Monday, August 23, 2021

Pupuk semangat perpaduan negara

 

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) menyambut baik ucapan dan gesaan yang diberikan oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang Ucapan Perdana Menteri Ke-9.

Harapan dan kesungguhan YAB Perdana Menteri agar seluruh kepimpinan politik dapat menumpukan perhatian bagi mewujudkan ketenangan dan keharmonian agar kerajaan memberi fokus utama kepada menangani pandemik Covid-19 dan ekonomi rakyat serta negara.

PAS menyambut baik pendekatan ‘Keluarga Malaysia’ sebagaimana disebutkan oleh YAB Perdana Menteri. Ia pendekatan yang bertujuan menyatukan semua pihak dalam menghadapi wabak dan krisis ekonomi negara.

PAS juga menyambut baik ruang tawaran Kerajaan Perikatan Nasional (PN) kepada kepimpinan pembangkang bagi menganggotai Majlis Pemulihan Negara dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19.

Pada ketika ini kita berada di bulan kemerdekaan negara. Kemerdekaan daripada menentang penjajahan seterusnya membangunkan negara. Marilah bersama-sama bekerja sebagai satu pasukan demi negara tercinta.

YB DATO’ SRI USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
13 Muharram 1443 | 22 Ogos 2021 – HARAKAHDAILY 22/8/2021

Ismail Sabri menang pecutan PM ke-9

Sunday, August 22, 2021

Prihatin rakyatlah.. Sisa balak hanyut risaukan penduduk.

 

© Provided by Berita Harian Keadaan sisa kayu balak yang memenuhi Sungai Baleh dan mengalir ke hilir termasuk Sungai Batang Rajang sejak semalam. - NSTP/ERIKA GEORGE

Sisa balak hanyut di Sungai Baleh risaukan penduduk

KAPIT: Longgokan sisa kayu balak di Sungai Baleh sejak semalam, menjadi mimpi ngeri penduduk di sepanjang sungai berkenaan kerana sekali lagi berdepan kejadian seperti 10 tahun lalu.

Sejak semalam, longgokan kayu balak mengalir ke hilir sungai sehingga hilir Sungai Batang Rajang termasuk Bahagian Kapit.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr James Jemut Masing, berkata kejadian sisa balak hanyut itu bukan sahaja menjejaskan penduduk tetapi turut membunuh pelbagai spesies hidupan termasuk ikan di sepanjang Sungai Baleh dan Sungai Batang Rajang.

"Sungai Baleh adalah cabang Sungai Batang Rajang dan apa yang berlaku ini sama dengan insiden 10 tahun lalu.

"Waktu itu, sisa kayu balak memenuhi Sungai Baleh dan menjejaskan penduduk serta ekosistem sepanjang sungai," katanya di sini, hari ini.

Justeru, Masing mengarahkan lesen balak di kawasan Sungai Baleh ditarik balik dan tidak wajar diperbaharui kerana mendatangkan kesan buruk buat alam sekitar.

Katanya, Sungai Baleh adalah nadi kehidupan penduduk di sepanjang sungai berkenaan.

Beliau turut melahirkan kebimbangan bahawa longgokan sisa balak itu akan menjejaskan tapak binaan Hidroelektrik Baleh yang giat dilaksanakan.

"Aktiviti pembalakan tanpa kawalan ini memberi kesan cukup besar terhadap ekosistem di Sungai Baleh dan Sungai Batang Rajang," katanya.

Dalam kejadian pada 2010, hulu Sungai Melatai di Sungai Baleh mengalami 'tsunami balak' susulan pembalakan tanpa kawalan yang menyebabkan sisa kayu balak hanyut ke hilir sungai selepas hujan lebat.n(BH)

‘Keluarga Malaysia’ Pendekatan baru..,

 

Pendekatan ‘Keluarga Malaysia’ sangat tepat dengan masa

KUALA LUMPUR: Pendekatan baru ‘Keluarga Malaysia’ merujuk kepada pemimpin dan rakyat Malaysia keseluruhannya yang dikemukakan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Yaakob sangat tepat pada masanya di saat krisis politik, pandemik kesihatan serta gelora ekonomi sedang dihadapi oleh rakyat Malaysia.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, Keluarga Malaysia menuntut kebersamaan semua pihak dalam menghadapi segala situasi.

Menurutnya, Keluarga Malaysia juga menuntut muafakat dan sepakat serta perpaduan semua pihak untuk saling berganding bahu ibarat dicubit peha kanan peha kiri terasa juga. 

Tambahnya, dengan pengenalan dan pendekatan baharu Keluarga Malaysia, nyatalah betapa pentingnya seluruh rakyat Malaysia terus maju dan bergerak ke hadapan sebagai sebuah keluarga merentasi sempadan agama, bangsa dan kaum.

Beliau berkata, ikatan nilai kekeluargaan amat penting dalam suasana getir ketika ini untuk menjayakan agenda utama pemulihan negara.

“Jangan kita biarkan anasir-anasir jahat yang sengaja mahu merosakkan nilai ini dalam negara kita.

“Sebagai Ahli Parlimen Kuala Nerus, saya menegaskan kebersamaan dengan kerajaan yang mengutamakan kebajikan dan muafakat rakyat ini,” ujarnya swbagai respons kepada ucapan sulung Ismail Sabri sabagai Perdana Menteri ke-9, petang ini.

Beliau juga menyeru semua pihak juga bersatu kembali melupakan segala perbezaan demi mencapai kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

“Justeru, saranan kerjasama rentas parti yang turut ditawarkan oleh beliau kepada parti pembangkang melalui Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19 sangat wajar disahut oleh pembangkang.

“ Semoga Malaysia terus dilimpahi rahmat oleh Allah SWT. Ayuh kita bersama menjadikan negara yang kita cintai ini lebih baik dan diredhai oleh Allah SWT,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 22/8/2021

Sultan, K'jaan K'tan penyumbang utama baik pulih bangunan Gaza

 

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman  mengucapkan terima kasih kepada Sultan Kelantan dan kerajaan negeri itu yang menjadi penyumbang utama projek membaik pulih bangunan di Gaza.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia turut memberi sumbangan melalui pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan di bawah Aid4Palestine.

“Inilah projek yang mencuri tumpuan media semalam, sehinggakan ke mana-mana saya pergi penduduk tempatan bersalaman mengucapkan tahniah,” ujarnya dalam satu hantaran melalui laman Facebook beliau, semalam.

“Inilah projek yang mencuri tumpuan media semalam, sehinggakan ke mana-mana saya pergi penduduk tempatan bersalaman mengucapkan tahniah,” ujarnya dalam satu hantaran melalui laman Facebook beliau, semalam.

Pertama, katanya kerana ia projek baik pulih bangunan pertama di Gaza selepas perang.

Ini, jelas beliau, bermakna Malaysia mendahului seluruh dunia dalam membaik pulih bangunan yang terkesan oleh serangan lalu.

Tambahnya, kedua kerana kosnya yang besar berjumlah 190,000 dollar membuatkan ia mendapat liputan Al-Jazeera Mubasher, stesyen TV AqsaShehab dan lain-lain.

“Di waktu negara-negara lain ragu-ragu dan takut untuk membantu Gaza kerana ancaman dipinggirkan dan sekatan menyalurkan kewangan, kita membuktikan bahawa tidak ada yang dapat berdiri di depan semangat setia kawan antara dua buah negara yang hebat dan berdaulat ini.

“Teruskan menyumbang, teruskan peduli, teruskan bersatu dan jangan berpecah-belah, perjuangan kita masih panjang!” katanya. – HARAKAHDAILY 20/8/2021

Beijing tambak laut dekat Taiwan. Proses 'hukum rimba'?

 

Beijing tambak laut dekat Taiwan

TAIPEI: Rancangan China mahu membangunkan sebuah lapangan terbang di tanah yang ditambak di laut berdekatan Taiwan mengeruhkan lagi hubungan yang sedia tegang.

Berdasarkan dokumen baru yang dikeluarkan oleh Fujian, sebuah wilayah di seberang selat dari Taiwan, pembinaan lapangan terbang itu dirancang antara pulau kecil Dasha dan Xiaosha, di pantai timur daerah Pingtan.

Pingtan, sebuah pulau berukuran 392 kilometer persegi (km/p) dengan 350,000 penduduk, adalah zon perdagangan bebas yang ditubuhkan oleh Beijing di wilayah Fujian pada tahun 2013 untuk meningkatkan perdagangan dengan Taiwan.

Menurut Minxi Daily, lapangan terbang yang menelan belanja sekitar AS$463 juta (RM1.9 bilion) itu adalah sebahagian daripada rancangan Fujian untuk mengubah pulau Pingtan menjadi hab pengangkutan dan logistik.

Namun, tidak dipastikan bila pembinaan akan bermula tetapi sebaik selesai, lapangan terbang itu akan berfungsi sebagai hab penerbangan dan logistik utama bagi akses China ke Taiwan.

Ia sebagai sebahagian daripada pelan pembangunan pengangkutan komprehensif China Fujian 2035, yang kini menjadi pemain utama dalam pelan pembangunan integrasi Beijing dengan Taiwan.

Difahamkan, garis panduan bangunan infrastruktur tinggi akan diumumkan pada awal bulan ini, merangkumi lebih 10 lapangan terbang awam baru dan berpuluh pelabuhan baru.

Menurut garis panduan itu, pihak berkuasa tempatan akan terus melakukan kajian hubungan darat dengan Taiwan sambil mempercepatkan pembinaan jambatan teluk yang menghubungkan dengan pulau Matsu dan Quemoy (dikenali sebagai Kinmen).

Kedua-dua pulau itu berdekatan dengan Fujian tetapi berada di bawah kawalan Taiwan, namun China tidak pernah meminta kebenaran Taiwan, yang tetap berpendirian jambatan itu tidak perlu.

Pengkritik melihatnya sebagai usaha jangka panjang China cuba meletakkan pulau itu di bawah kekuasaannya, terutama selepas Taiwan mempertingkatkan hubungan ketenteraan dengan Amerika Syarikat (AS) sejak beberapa tahun kebelakangan.

Ketegangan politik antara Beijing dan Taipei meningkat sejak 2016 ketika Tsai Ing-wen dari Parti Progresif Demokratik dipilih sebagai presiden pulau itu.

Beliau sama sekali menolak untuk menerima dasar satu-China, suatu tindakan yang menimbulkan kemarahan Beijing, sekali gus membantutkan usaha China memperluaskan jajahannya.

Walaupun Tsai lantang menentang pencerobohan China, Beijing terus meningkatkan tekanan ketenteraan serta ekonomi di Taipei dan kini mula menceroboh kawasan perairan. - AGENSI

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Nampaknya, hukum dan perundangan di dunia antarabangsa masakini, tak ubahnya seperti 'hukum rimba', hukum siapa kuat, dia berkuasa dan menang.

Contohnya Israel, sebelumnya Yahudi tidak ada negeri. Bersepah-sepah jadi pelarian bangsat di seluruh dunia. Negara Israel yang ada sekarang adalah asalnya milik Palestin, dipaksakan kepada Palestin supaya menerima perjanjian itu pada tahun 1948. Dengan perjanjian itulah hingga sekarang Yahudi bangsat itu memperluaskan jajahannya ke atas bumi Palestin, sebagai samseng dunia.

Begitu juga di Asia Tenggara, Pulau Singapura juga adalah milik Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya. Tetapi akhirnya melalui penjajah juga di'sedekah'kan kepada Cina Lee Kuan Yew. Maka bebaslah mereka seperti Israel yang mulanya menumpang bumi Palestin, akhirnya terus memperluaskan jajahannya. 

Itulah yang berlaku sekarang, termasuk dalam kes Pulau Batu Putih, di Johor yang dulunya milik Malaysia, termasuk seluruh Pulau Singapura itu sekali. 

Tiba-tiba peliknya, ada pula puak-puak talibarut penjajah yang sedang berkempen di Malaysia, 'lupakan Singapura'. Adakah mereka berkerja untuk PAP Singapura atau DAP Malaysia? Atau terus langsung dengan Zionis?

Apakah dalam kes Pulau Batu Putih ini akan berlaku tambakan laut seperti yang berlaku antara Beijing dengan Taiwan?

Na 'au zubillahi minzalik.

Tidak Benar! Dakwaan Agong Anwar TPM...

 

Laporan Berita Astro Awani Berkenaan Dakwaan YDP Agong Mahukan Anwar Ibrahim Sebagai TPM Adalah Tidak Benar

TULAR:  
1266

SEBENARNYA:

Hasil penelitian pihak MCMC mendapati bahawa pihak Astro AWANI mengesahkan bahawa pihak mereka tidak pernah mengeluarkan laporan seperti yang tular di Whatsapp pada Jumaat (20 Ogos 2021).

Komen rakyat dalam blog ini..

1 comment:

Anonymous said...

Laporan Berita Astro Awani Berkenaan Dakwaan YDP Agong Mahukan Anwar Ibrahim Sebagai TPM Adalah Tidak Benar

Hasil penelitian pihak MCMC mendapati bahawa pihak Astro AWANI mengesahkan bahawa pihak mereka tidak pernah mengeluarkan laporan seperti yang tular di Whatsapp pada Jumaat (20 Ogos 2021).

Siapa tak kenal Astro milik siapa di nrgsra ini. Astro selalu jemput Tun dlm wawancara Astro.

Milik kroni Tun dan saham anak anak Tun dlm Astro buksn kaleng kaleng. Mungkin kroni sabagai proksi sahaja dan siapa milik Astro sebrnarnya.?

Sama pattern suka buat fitnah persepsi kemudian u turn..!!

Alahai

Taliban nafi warga asing diculik, China bangunkan Afghanistan..

 

1. Taliban nafi berita warga asing diculik berhampiran lapangan terbang Kabul

KABUL: Taliban menafikan laporan mengenai warga asing diculik berhampiran lapangan terbang Kabul, lapor Agensi Berita Xinhua memetik media tempatan pada Sabtu.

“Laporan mengenai penculikan itu hanya khabar angin. Anggota Taliban membantu memudahkan urusan semua warga asing untuk ke lapangan terbang. Kami tekad untuk memastikan keselamatan mereka,” kata jurucakap Taliban Ahmadullah Waseq.

Beliau berkata anggota Taliban turut mengiringi 150 warga India untuk memastikan mereka selamat tiba di lapangan terbang.

Pada Ahad lalu Taliban menawan Kabul, ibu negara Afghanistan berikutan itu ribuan rakyat membanjiri lapangan terbang Kabul untuk meninggalkan negara itu.

Penerbangan untuk membawa keluar penduduk termasuk warga asing dikatakan bermula sejak Sabtu dan kira-kira 5,000 tentera Amerika Syarikat dikerahkan di lapangan terbang Kabul untuk membantu proses itu.

Sekurang-kurangnya 12 terbunuh akibat ditembak dan dipijak ketika orang ramai berpusu-pusu di lapangan terbang. – BERNAMA

2. Taliban: ''China Dapat Mainkan Peranan Besar dalam Membangun Semula Afghanistan''

Suhail Shaheen jurucakap Taliban, mengatakan bahawa China dapat memainkan peranan besar dalam pembangunan semula Afghanistan.

Bercakap dengan China Central Television (CCTV), Shaheen menekankan pentingnya pembinaan semula Afghanistan,

"China adalah negara besar dengan ekonomi dan kemampuan yang besar. Negara ini dapat memainkan peranan besar dalam membangun semula Afghanistan." Katanya.

Mengajak seluruh dunia, bersama dengan negara-negara jiran dan serantau, untuk berperan dalam pembangunan semula Afghanistan, Shaheen menyatakan bahawa mereka memerlukan sokongan semua negara.

Menekankan bahawa kehendak rakyat Afghanistan harus dihormati, Suhail Shaheen meminta masyarakat antarabangsa untuk secara rasmi mengenali Taliban.

Suhail Shaheen menyatakan bahawa kemajuan Taliban di Afghanistan mewakili "pemberontakan rakyat terhadap peraturan yang diberlakukan" dan dia berkomentar bahawa kepantasan penguasaan negara itu mengesahkan pengambilalihan mereka.

Menolak kebimbangan mengenai kebebasan wanita di Afghanistan di bawah pemerintahan Taliban, Shaheen berpendapat bahawa mereka akan melindungi hak wanita untuk pendidikan dan bekerja.

Shaheen juga menyeru institusi ekonomi dan kewangan antarabangsa meminta dana untuk pentadbiran baharu.

Taliban, yang mengepung ibu negara Kabul pada hari Ahad, menguasai bandar itu tanpa konflik ketika Presiden Ashraf Ghani meninggalkan negara itu dan pasukan kerajaan meninggalkan ibu negara.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Saya sendiri (IH) pada pertengahan tahun 1980an pernah sampai ke Afghanistan, sewaktu Rusia menyerang dan memasuki Afghanistan, meletakkan boneka-bonekanya, menjajah negara Afghanistan. Waktu itu Afghanistan dipimpin oleh kumpulan-kumpulan mujahidin seperti Burhanuddin Rabbani, Gulbuddin Hekmatiyar dan beberapa lagi. 

Penentangan diteruskan sehingga Rusia cabut lari dan digantikan oleh AS. AS sekarang pun tak tahan dan cabut lari juga, kini diambil-alih oleh Taliban. Malang bagi Afghanistan, negerinya tidak pernah aman.

(IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails