Indokini: Dari Jakarta untuk Gaza






LUAHAN kekesalan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow kononnya Kerajaan Pusat enggan meluluskan sumbangan dikatakan dari seorang penderma dari sebuah syarikat Antarabangsa bagaikan cubaan meraih simpati.
Sebaliknya, isu ini seolah-olah adanya sandiwara dan muslihat politik di pihak Kerajaan DAP Pulau Pinang apabila disahkan tawaran tersebut adalah palsu (bogus) dan penipuan (scam).
Chow bagaikan cuba untuk dilihat sebagai hero rakyat dengan usaha memperolehi vaksin tersebut dan kemudian mempolitikkannya seakan Pulau Pinang ditindas atau dilayan secara tidak adil oleh Kerajaan Pusat. Tetapi hakikat memalukan, apabila sebuah kerajaan ditipu sedemikian dan dalam perkara yang melibatkan kesihatan dan keselamatan awam.
Malah, timbul persoalan mengapa Chow begitu beria-ia seperti mahu mempertahankan syarikat tersebut?Jikapun hal ini menjadi satu cubaan DAP meraih perhatian politik dengan mencipta pertembungan acah-acah dengan Kerajaan Persekutuan diterajui Perikatan Nasional, namun jaminan kesihatan dan keselamatan rakyat tidak harus sama sekali diperjudikan.
Dalam keterdesakan dunia seluruhnya memerlukan vaksin COVID-19, ia wajib diperolehi yang benar dan dengan sebenarnya untuk mengelak risiko yang lainnya pula. Isu ini juga telah menunjukkan sikap gopoh Kerajaan Pulau Pinang dan integriti yang dipersoalkan.
Keterujaan terhadap tawaran tanpa disahihkan daripada individu dan syarikat tersebut menjelaskan tadbir urus yang longgar dan tidak profesional Kerajaan Negeri, tetapi menyalahkan pula pihak Persekutuan. Apakah juga Kerajaan Negeri mempunyai kepentingan di sebalik tawaran ‘menggiurkan’ tersebut atau imbalan cuba diraih pihak tertentu.
Kenyataan berbaur ejekan ‘derma politik boleh, derma vaksin tidak boleh’, kini bagaikan meludah ke langit dan jatuh ke muka pihak Kerajaan Pulau Pinang sendiri. Rupanya, pihak Pulau Pinang yang seperti cuba menerima derma politik. Malang sekali, individu berkenaan tidak diketahui dan syarikat tersebut hasil semakan pihak berwajib juga tidak wujud di alam nyata. Mungkin ia hanya wujud di alam mimpi indah DAP.
Sebagai rakyat, kami berharap urusan vaksinasi ini mewujudkan kerjasama baik antara Negeri dan Persekutuan demi kepentingan rakyat dan negara. Masing-masing kita terancam dan vaksin tersebut adalah satu daripada ikhtiar kita untuk menang perang dahsyat ini. Jangan ditambah lagi dengan api politik dan pertembungan yang hanya merugikan semua pihak.
USTAZ HANIF HARON
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang – HARAKAHDAILY 20/5/2021
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Parti DAP sudah tak profesional langsung, ketinggalan zaman, tak layak pimpin negeri. Negeri jadi busuk tahi babi, tak mampu selesaikan masalah beli air dengan Kedah dan segala macam lagi. DAP kini sudah out of date, tak layak dipilih lagi dalam PRU akan datang. Porrah!
Pengagihan sup daging lembu kepada penyumbang jam 10 pagi.
KUALA LUMPUR: Baru sahaja separuh hari jualan amal sup bernilai RM10 sebungkus untuk dana #Aid4Palestine berlangsung ia sudah berjaya memperoleh sebanyak RM12,030.
Jumlah hasil terkumpul jualan amal sup anjuran Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) dengan kerjasama Restoran Sururi itu direkodkan pada 1.47 petang tadi sejak program ini berlangsung pagi tadi.
Ketua DPPWP, Mohammad Rashidi Abd Razak berkata, dana tersebut meliputi hasil dari penjualan serta sumbangan ikhlas dari beberapa pihak untuk membuat amal kebajikan melalui jualan amal ini.
“Kita tidak mampu untuk ke sana tetapi kita boleh menghulurkan sumbangan infak kewangan bagi meringankan beban penderitaan mereka.
“Penderitaan yang saudara kita alami dan dizalimi dengan begitu kejam oleh rejim Zionis Israel.
Proses memasak sup daging lembu untuk dijual dan disumbangkan kepada dana Palestin.
“Mereka berjuang dengan darah dan air mata demi mempertahankan tanah suci umat Islam Baitul Maqdis,” ujar Mohammad Rashidi kepada Harakahdaily selepas mengagihkan bungkusan sup kepada pengunjung yang datang membeli.
Katanya lagi, jualan amal ini hasil kerjasama DPPWP dengan beberapa pihak iaitu Restoran Sururi, Jabatan Amal Malaysia, Alternative Riding Club (ARC), Jabatan Seni Budaya dan Sukan (DACS), Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) dan Jabatan Media Baru (NUMED).
Jelasnya, butiran dana untuk sup sudah dibayar adalah sebanyak RM6,970, sumbangan sup, RM330, sumbangan secara pembayaran talian, RM2,300, sumbangan secara tunai, RM1,960 dan sumbangan melalui Toyyibpay, RM470.
“Konsep kami adalah mengeluarkan modal, kemudiannya kami menjual balik dan mengoperasikan sup tersebut. Jualan keseluruhannya, 100 peratus kami masukkan ke dalam tabung dana Palestin.
“Dengan kerjasama Restoran Sururi yang terkenal di ibu kota ini untuk membenarkan premis bersama dan gerak kerja mereka adalah memasak dan kami pula membungkus sup untuk jualan amal ini.
Usaha kreatif ini dihasilkan selepas entiti Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan memikirkan langkah sesuai untuk mengumpul dana Tabung Palestin.
Beliau juga memaklumkan mengenai perancangan untuk mendapatkan jualan dana selama empat hari bagi menjayakan program ini.
Justeru, orang awam boleh menyumbang dana secara terus melalui pautan https://toyyibpay.com/DERMASAVEPALESTIN atau hubungi Exco DPPWP, Adam Syukri Muhammad di talian 019-367 3249. – HARAKAHDAILY 22/5/2021
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itulah istimewanya PAS, tidak ada program-program jihad begini dalam parti asobiah DAP di Malaysia.