Wednesday, January 06, 2021

Semua pihak perlu komited, jujur &bertanggungjawab urus pemerintahan... PAS

 


Tidak kecil hati dengan Umno, PAS teruskan usaha penyatuan

KOTA BHARU: PAS sama sekali tidak berkecil hati dan akan meneruskan perjuangan menyatukan umat Islam dan bukan-Islam bersama Umno.

Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob berkata, pihaknya akan meneruskan hubungan dan menyerahkannya kepada kepimpinan atasan, termasuk menerima apa-apa arahan dari pihak tersebut.

“Sebenarnya kita bersyukur kerana selepas 22 bulan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah, dengan keadaan yang kita lihat memberi kesan yang amat besar kepada orang Melayu dan juga kedudukan Islam.

Apabila dapat bertukar kerajaan, ia adalah satu rahmat kepada kita dan sekarang ini kita kena bina dan sedar matlamat kita,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Amanat Tahun Baru Kepada Penjawat Awam di Kota Darulnaim di Kota Bharu di sini hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Nazran Muhammad dan Speaker Dewan Negeri Kelantan Datuk Abdullah Ya’kub.

Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan, melahirkan rasa syukur kerana dapat membentuk dan mengambil satu kerajaan yang boleh membela semula nasib rakyat.

“Usaha (membentuk kerajaan) itu penting. Kita akan terus berjuang sedaya upaya kita,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub memaklumkan, pihaknya menerima usul daripada bahagian-bahagian supaya membuat kajian semula kerjasama, berdasarkan sikap PAS yang tidak mengutamakan hubungan dengan Umno dalam Muafakat Nasional (MN). Demikian lapor BERNAMA.

Sementara itu menurut Dato' Takiyuddin Haji Hassan, Setia Usaha PAS melalui Harakahdaily, PAS sebagai sebuah parti politik utama negara yang pula berprinsipkan Islam dengan tegas berpandangan aspek perpaduan amatlah penting dalam proses bina negara demi kepentingan rakyatnya.

Menurut beliau, selepas bersama memimpin ke arah perpaduan ummah melalui Muafakat Nasional, dikuti menyelamatkan negara melalui persefahaman menubuhkan Kerajaan Perikatan Nasional, PAS berpandangan semua pihak perlu komited, jujur dan bertanggungjawab dalam menguruskan pemerintahan dan pentadbiran negara terutama di zaman dunia umumnya berada dalam keadaan yang amat sukar.

"PAS tidak mahu terlibat mahupun dilibatkan dalam sebarang polemik politik yang membawa negara ke kancah perpecahan yang sekaligus mengundang kepada ketidakstabilan, ancaman terhadap keamanan dan kehidupan ekonomi rakyat. Justeru PAS bertekad memperkasakan Gagasan Muafakat Nasional di samping mempertahankan Kerajaan Perikatan Nasional.

"Maka PAS menyeru rakan-rakan politik terutama di pihak Kerajaan agar terus berlapang dada, bertolak ansur serta mengambil iktibar dari peristiwa lampau demi maslahat rakyat yang memerlukan kepimpinan yang baik dan berintegriti.

"PAS amat percaya hanya perpaduan yang sejati dan ikhlas sahaja mampu membawa kepada pembinaan negara yang harmoni, maju, bersatu padu serta saling menerima dan hormat menghormati di antara rakyat pelbagai kaum, agama, adat resam dan budaya di negara kita yang tercinta ini." Kata Dato' Takiyuddin. (IH)

Hibur Hibur Sikit. Pilihan..
Album 1 

Tuesday, January 05, 2021

142 K/Bhg UMNO tolak kerjasama dengan BERSATU dalam PRU15.

 

Foto yang dirakamkan pada 14 September 2019 menunjukkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) bersama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada sidang media selepas menghadiri Himpunan Penyatuan Ummah (HPU914) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). - Foto BERNAMA

Pertemuan tertutup Zahid, Hadi

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengadakan pertemuan secara tertutup petang ini.

Menurut sumber, pertemuan antara kedua-dua pemimpin itu berlangsung di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, pada jam 5 petang.

Difahamkan, pertemuan itu adalah bagi membincangkan perkembangan terkini politik semasa terutama membabitkan kedudukan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan kerjasama Muafakat Nasional (MN).

Pendirian dan kedudukan UMNO dalam kerajaan PN sekali lagi menimbulkan persoalan apabila 142 Ketua Bahagian UMNO di seluruh negara menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Hampir semua ketua bahagian mengadakan pertemuan dengan Ahmad Zahid pagi tadi, dipercayai bagi membincangkan mengenai perkara terbabit.

Ia susulan Mesyuarat Bahagian parti itu yang berlangsung hujung minggu lalu mengusulkan supaya UMNO tidak bekerjasama dengan BERSATU pada PRU akan datang.

Langkah itu diperkukuhkan lagi dengan keputusan Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob yang meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Difahamkan, peletakan jawatan itu berkait dengan polemik politik yang berlaku ketika ini khususnya membabitkan hubungan kerjasama antara UMNO, BERSATU serta PN. (BH)

IHtv

Ini jalan penyelesaian masalah 'pusat hiburan'..

 

Kesalahan berkaitan aktiviti hiburan merekodkan jumlah tertinggi pelanggaran SOP ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa. - Foto hiasan ihsan polis

HALAMAN HIBURAN

Pusat hiburan langgar SOP akan dibatal lesen, senarai hitam - Ismail Sabri

KUALA LUMPUR: Pemilik pusat hiburan bakal berhadapan tindakan dibatalkan lesen dan disenarai hitam sekiranya dikesan masih berdegil meneruskan aktiviti mereka.

Ini kerana sejak kebelakangan ini kesalahan berkaitan aktiviti hiburan merekodkan jumlah tertinggi pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh negara untuk meningkatkan pemantauan dan mengambil tindakan tegas terhadap premis hiburan yang dikesan melanggar arahan PKPB.

"KPKT sudah menulis surat kepada kerajaan negeri untuk PBT ambil tindakan tegas terhadap premis termasuk menarik lesen dan senarai hitamkan jika didapati ingkar. Ini selaras dengan kelab malam yang masih termasuk dalam senarai aktiviti terlarang sepanjang PKPB dilaksanakan," katanya hari ini.

Ismail Sabri berkata, kerajaan juga sudah mengarahkan Jabatan Imigresen untuk membatalkan permit pekerja asing yang gagal menjalani saringan COVID-19.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata, mangsa banjir diingatkan agar sentiasa mematuhi SOP sepanjang bencana ini agar penularan COVID-19 dapat dikawal sepenuhnya.

SOP ini membabitkan pemeriksaan sebelum mangsa banjir ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), pelaksanaan semasa operasi iaitu ketika mangsa banjir berada di PPS dan pelaksanaan selepas operasi iaitu ketika mangsa banjir dihantar pulang ke kediaman mereka sekembalinya dari PPS.

"Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) juga diminta untuk menyediakan PPS yang lebih banyak bagi mengelakkan kesesakan jika pertambahan mangsa berlaku di sesebuah kawasan.

"Proses pemindahan mangsa ke PPS perlu mematuhi Garis Panduan Pengurusan PPSCOVID-19 dan mengikut nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti menjaga penjarakan fizikal serta memakai pelitup muka setiap masa," katanya.

Ismail Sabri berkata mangsa yang dipindahkan ke PPS perlu disaring dan kemudian ditempatkan dengan mematuhi aspek penjarakan fizikal.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Konsep hiburan atau 'pusat huburan' dalam Islam atau dalam negara umat Islam seperti di Malaysia ini... Itu perlu diperbetulkan.

Baru terbuka jalan penyelesaian masalah. Kalau tidak pusat hiburan tetap berfungsi sebagai pusat maksiat. Sekurang-kurangnya, wujudkan 'hiburan mengikut syariah' seperti di Kelantan dan lain-lain. 

IHtv

Gelombang banjir ini, terus dirempuhi Agung dan Permaisurinya.

 

Agong pandu kenderaan redah banjir hantar bantuan

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan untuk memandu sendiri meredah banjir di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) untuk menghantar bantuan kepada mangsa di Pahang.

Turut mengiringi baginda adalah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah.

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan mengadakan lawatan mengejut ke daerah Maran, Pahang bagi mengurniakan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sekitar Maran.

Turut berangkat Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah.

Menurut Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara, Pahang merupakan negeri paling teruk terjejas bencana banjir dengan 13,218 orang daripada 3,603 keluarga telah dipindahkan ke PPS.

Sebanyak 10 daerah di negeri itu dilaporkan ditengelami air. Di Maran terdapat 2,781 mangsa daripada 738 keluarga telah ditempatkan di 22 PPS.

Kuantan merupakan kawasan yang paling teruk terjejas dengan 3,400 orang daripada 991 keluarga telah dipindahkan ke 32 PPS.

Selain Pahang turut terjejas adalah Johor (5,484 mangsa), Perak (812), Selangor (184) dan kelantan (78).

Sejumlah 19,776 orang penduduk daripada 5,300 telah dipindakan ke PPS di seluruh negara.-SM

IHtv

Turki Mula Menyerang Eropah Melalui Ekonomi..

 

1. Erdoğan: 'Era Baru Bermula Di Mana Turki dan England akan Menang'

"Perjanjian Perdagangan Bebas dengan England akan menjadi perjanjian perdagangan terpenting kami setelah Perjanjian Kesatuan Kastam," kata Presiden Turki Recep Tayyip Erdoğan.

Presiden Erdoğan membuat kenyataan selepas mesyuarat kabinet.

Presiden Erdoğan membuat kenyataan mengenai Perjanjian Perdagangan Bebas dengan England, 

"Ia adalah perjanjian perdagangan terpenting kami setelah Perjanjian Kesatuan Kastam (1996). /.../. Bermula pada tahun 2021, permulaan era baru bermula di mana Turki dan England akan menang." Katanya.

2. Pengilang telefon pintar China dan Timur Jauh akan Membuat Pengeluaran di Turki

Pengilang telefon pintar global dari China dan Timur Jauh, akan memulakan pengeluaran di Turki.

Menteri Perindustrian dan Teknologi Turki, Mustafa Varank, dalam satu kenyataan, mengatakan bahawa dalam beberapa tahun terakhir mereka menjalankan kajian agar Turki menjadi pusat tarikan dari segi pelaburan.

Kami juga berusaha menarik pelabur asing ke Turki, kata Menteri Varank yang melaporkan bahawa Turki telah menjadi sebuah pangkalan pengeluaran.

Menteri Varank menyatakan bahawa pemain global di pasaran telefon pintar baru-baru ini mempunyai minat ke Turki,

"Semalam, sebuah syarikat China (Oppo) mengumumkan keputusan pengeluaran dan pelaburannya. Syarikat itu merancang untuk menghasilkan produk pertamanya pada bulan Februari." Katanya.

(IH)

IHtv

UMNO kemungkinan jilat punggung DAP dan PH... -Ahli Majlis Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman

 

Ahli Majlis Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman berkata tidak mustahil untuk Umno bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), termasuk parti komponennya DAP.

Tajuddin berkata demikian ketika diminta untuk menjawab spekulasi mengenai kemungkinan kerjasama BN-PH

"Apa sahaja mungkin berlaku dalam politik, anda tidak boleh menolaknya," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Tajuddin berkata, Bersatu secara sistematik berusaha untuk "mencuri" anggota Umno hingga ke peringkat akar umbi dalam usaha untuk mengecilkan parti itu.

Ini berlaku walaupun kedua-dua parti menjadi sebahagian daripada gabungan kerajaan persekutuan.

“Ahli Umno merasakan parti itu akan terkubur jika bekerjasama dengan Bersatu pada PRU-15 berdasarkan perkembangan politik muktahir ini.

“Ini kerana ketika ini Umno tiada kedudukan dalam kerajaan sekali gus menyukarkan untuk membela nasib Melayu.

“Ahli Umno yang ‘dicuri’ dan ‘dibeli’ untuk Bersatu membolehkannya menubuhkan lebih banyak cawangan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) di Wisma UOA hari ini.

Tajuddin, yang juga pengarah pilihan raya Umno, mendakwa sejumlah besar wang dibelanjakan oleh Bersatu untuk tujuan berkenaan.

"Kami mengesyaki mereka mahu menjadi (parti) lebih besar sehingga Umno akan diturunkan menjadi parti kecil.

"Walaupun dalam kerajaan sekarang, Umno hanya menjawat jawatan kecil," katanya.

Tajuddin menambah bahawa Umno lebih senang bekerjasama dengan PAS pada pilihan raya akan datang tetapi parti itu kini dilihat lebih mesra Bersatu.

Dia memberi gambaran umpama pasangan yang sudah berkahwin yang kini mencari pasangan baru.

"Kami berharap PAS akan setia kepada kami kerana kami telah setia kepada mereka di bawah Muafakat Nasional. Itu adalah janji PAS tetapi sekarang mereka goyah," katanya.

Tajuddin turut menolak desakan beberapa pemimpin Umno bahawa parti itu tidak boleh bekerjasama dengan presiden PKR Anwar Ibrahim dan DAP.

Dengan mengambil contoh Ahli Parlimen Ketereh, Annuar Musa yang merupakan penentang kepada kerjasama itu.

Umno bahagian Ketereh yang dipimpin Annuar menjadi antara dua daripada 191 bahagian Umno yang sedia mempertahankan kerjasama dengan Bersatu.

"Kenyataannya tiada penghujung... tetapi hanya sebilangan kecil orang," katanya.

Ketika ditanya apakah ini boleh menyebabkan perpecahan di kalangan ahli parlimen Umno, Tajuddin mengatakan tidak akan memerlukan semua 39 ahli parlimen untuk menjatuhkan kerajaan PN.

Katanya Belanjawan 2021 Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hanya lulus dengan 111 undi berbanding 108.

Bagaimanapun, Tajuddin berkata dia tidak dapat mengesahkan apakah BN akan menarik diri dari kerajaan Muhyiddin.

"Tetapi rasa tidak puas hati terhadap Bersatu yang memimpin kerajaan PN tidak dapat dinafikan," katanya.

Perkara itu katanya, akan dibincangkan dalam mesyuarat majlis tertinggi Umno.

(Diangkat dari MINDARAKYAT)
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Tender terbuka,jika projek ini diteruskan dengan model baharu kelak.. -Menteri JPM (Ekonomi).

 

HSR: kos bayaran pampasan lebih rendah kepada Singapura

KUALA LUMPUR: Malaysia yakin kos pampasan yang perlu dibayar berhubung pembatalan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura adalah jauh lebih rendah berbanding jumlah yang dinyatakan Menteri Pengangkutan Singapura, Ong Ye Kung.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata ini kerana jumlah S$270 juta (RM821 juta) yang dinyatakan menteri terbabit merangkumi beberapa komponen antaranya konsultan, tenaga kerja dan lain-lain kos.

"Menteri Pengangkutan Singapura menyatakan pampasan itu tidak termasuk kos tanah kerana kita difahamkan kerajaan Singapura ada membeli beberapa bidang tanah untuk melaksanakan projek ini.

"Oleh itu, kita yakin jumlah pampasannya (bayaran kepada pembatalan HSR kepada Singapura) adalah jauh lebih rendah berbanding jumlah S$270 juta yang dinyatakan itu," katanya dalam program temubual yang disiarkan secara langsung malam ini.

Mustapa turut menegaskan, kerajaan buat masa ini tidak boleh mendedahkan jumlah pampasan yang akan dibayar kepada Singapura kerana terikat dengan klausa kerahsiaan.

Malah, beliau berkata, jumlah pampasan yang perlu dibayar Malaysia masih belum dimuktamadkan.

"Kita ada perjanjian menjaga kerahsian, maknanya (jumlah pampasan) tidak boleh didedahkan dan itu sebabnya banyak tekanan kepada saya dan kerajaan supaya mendedahkannya.

"Sudah pasti akan didedahkan nanti cuma buat masa ini tidak wajar didedahkan kecuali dengan persetujuan kedua-dua pihak.

"Apa yang penting (jumlah pampasan perlu dibayar) masih belum dirunding. Jadi adalah tidak wajar bagi kerajaan mengumumkan satu angka yang belum muktamad dan jadi saya harap rakyat faham perkara ini," katanya.

Justeru, beliau memberi jaminan sebaik sahaja nilai pampasan itu dimuktamadkan, kerajaan akan mengumumkan perkara itu kerana ia membabitkan wang rakyat.

Dalam pada itu, Mustapa berkata, kerajaan masih berminat melaksanakan projek terbabit namun kaedah serta model projek berkenaan perlu dikaji semula.

"Tidak dinafikan projek ini akan memberi limpahan ekonomi kepada negara sama seperti pelaksanaan Projek Lebuh Raya Utara Selatan, Jambatan Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) suatu ketika dahulu.

"Itu sebabnya kita masih berminat melaksanakan projek ini cuma model, cara dan kaedahnya yang kita rasa perlu dilihat semula disebabkan keadaan COVID-19 yang melanda negara ketika ini.

"Kerajaan juga memberi jaminan jika projek ini diteruskan dengan model baharu kelak, ia akan dibuat secara tender terbuka," katanya.

Menteri Pengangkutan Singapura, Ong Ye Kung, pada sesi Parlimen hari ini, memaklumkan jumlah pampasan pembatalan projek HSR Kuala Lumpur-Singapura akan merangkumi pelbagai kos, tetapi tidak membabitkan kos pembelian tanah.

Beliau berkata, Singapura sudah membelanjakan S$270 juta setakat ini membabitkan projek berkenaan iaitu merangkumi perkhidmatan konsultan, reka bentuk infrastruktur dan tenaga buruh. (BH)


IHtv

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails