Sunday, January 03, 2021

Ziela hidup bermadu. Tahniah, Al-hamdulillah!

 

Awalnya, Datuk Ziela Jalil cuba merahsiakan perkahwinan daripada keluarga termasuk anak-anak kerana tidak mahu melukakan hati mereka. - Foto Datuk Ziela Jalil

HALAMAN HIBURAN

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penerbit terkenal, Datuk Ziela Jalil tidak berniat merahsiakan perkahwinan dan menyembunyikan status sebagai isteri kedua seperti tular dalam media sosial, ketika ini.

Sebaliknya, kata Ziela, dia berbuat demikian kerana mahu menjaga hati banyak dan menanti masa yang sesuai untuk mendedahkan berkongsi berita itu kepada umum.

"Sebenarnya, saya sudah lama memasang niat berkongsi berita gembira kepada rakan media. Cuma, saya menanti masa yang sesuai untuk berbuat demikian. Sebagai isteri kedua, saya perlu menjaga hati banyak pihak terutama keluarga isteri pertama.

"Sejujurnya, saya terkejut dan sedikit ralat apabila gadis berkenaan terlebih dahulu mendedahkan perkara ini kepada umum menerusi Twitter. Pun begitu, saya bersikap positif dengan melihat tindakannya sebagai satu isyarat menandakan masa untuk saya berkongsi berita ini kepada umum sudah tiba.

"Saya berpendapat tindakannya juga bermakna mereka sudah bersedia berdepan dengan pelbagai kemungkinan serta tanggapan masyarakat sebaik sahaja perkara inj menjadi tatapan umum," katanya kepada BH Online.

Pemilik syarikat produksi Pena Creative Pictures Sdn Bhd itu mengulas pendedahan yang dibuat oleh seorang gadis yang mendakwa Ziela adalah isteri kedua bapanya di Twitter sehingga mencetuskan perdebatan dan spekulasi dalam kalangan netizen.

Datuk Ziela Jalil memilih Pengerusi Masjid Ibnu Mas’ud, Datuk Syed Osman Al Habshee sebagai suami dan mendirikan rumah tangga pada 17 Februari, tahun lalu. - Foto Datuk Ziela Jalil

Ziela menambah, dia turut bertanggungjawab untuk menceritakan perkara sebenar supaya segala spekulasi yang bertebaran mengenai isu itu dapat ditamatkan.

"Kalau ikutkan suami, dia tidak mahu perkara ini dipanjangkan. Tetapi sebagai selebriti, saya percaya lambat laun orang akan tahu juga dan saya rasa bertanggungjawab untuk meletakkan titik noktah terhadap perkara ini. Justeru, saya perlu bersikap jujur untuk menjelaskan segala-galanya.

"Suami, Datuk Syed Osman Al Habshee adalah Pengerusi Masjid Ibnu Mas'ud. Kami bernikah pada 17 Februari 2019 selepas lima minggu berkenalan. Pada awalnya, saya cuba merahsiakan perkahwinan daripada keluarga termasuk anak-anak kerana tidak mahu melukakan hati mereka. Saya tak mahu mereka merasa seolah-olah saya sudah melupakan bapa mereka.

"Tetapi, saya sering tegaskan, tiada siapa yang mampu menggantikan tempat bapa mereka kerana dua lelaki ini adalah berbeza. Mungkin sudah tersurat jodoh saya dan satu ujian buat saya. Mungkin sebelum ini saya sering mengatakan yang tidak akan berkahwin lagi, namun siapalah saya untuk menidakkan ketentuan Ilahi," ujarnya.

Ditanya apakah yang membuatkan dirinya tertarik dengan lelaki berusia 54 tahun itu untuk dijadikan peneman hidup, Ziela atau nama sebenarnya, Norzila Abdul Jalil itu mengakui sifat terbuka Osman yang sanggup menerima dirinya yang masih belum mampu melupakan Allahyarham suami antara penyebab pintu hatinya yang terkunci sejak sekian lama itu terbuka kembali.

"Bukan mudah untuk saya buat keputusan kembali bergelar isteri. Jika ikutkan, saya boleh sahaja menamatkan zaman saya selepas kematian suami lebih sedekad lalu. Waktu itu usia saya lewat 30-an. Tetapi, saya lebih selesa hidup bersendirian.

"Bayangkan, selama sebelas tahun saya hidup bersendirian ditemani kenangan bersama arwah suami, sudah tentu agak sukar untuk saya memutuskan untuk berkahwin semula apatah lagi untuk menjalani kehidupan bermadu seperti sebelum ini.

"Saya tahu ramai yang menganggap saya mengahwininya kerana harta, itu tidak benar sama sekali. Dia orang biasa dan bukanlah hartawan. Saya tertarik dengannya kerana dia sering menjadi tempat untuk saya mengadu. Dia juga bersikap terbuka dan memahami walaupun tahu saya masih hidup dengan ditemani kenangan bersama bekas suami. Ini membuatkan saya yakin dialah calon yang tepat buat saya," luah Ziela. (BH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tahniah, Al-hamdulillah!

IHtv

'.. turun ke bawah menemui rakyat T'ganu yang sedang menunggu-nunggu tindakan..'


T-HRDC usaha atasi pengangguran di Terengganu

PUTRAJAYA: Pusat Pembangunan Sumber Manusia Negeri Terengganu (T-HRDC) telah menganjurkan Bengkel Perancangan Strategik bertempat di Hotel Everly, di sini 27 Disember lalu dan berakhir kelmarin.

Bengkel ini bertujuan menyediakan Pelan Pembangunan Strategik Sumber Manusia Terengganu selaras dengan Hala Tuju Kerajaan Negeri Terengganu atau PITAS2030 dan menyelaras peranan pelbagai agensi.

Ia dilakukan menerusi pemantapan rakan strategik dan menyelaras pendanaan serta merancang memperkasakan kebolehpasaran kerja selain merangka Pelan tindakan taktikal dan kerangka pemantauan.

Sepanjang bengkel, para peserta dilibatkan dalam perbincangan bagi menyelaraskan peluang penempatan pekerjaan di pelbagai industri, agihan sumber manusia dan pelatih lepasan pusat latihan.
 
Hasilnya perbincangan telah membuahkan kerangka kerja Pelaksanaan Pengurusan Sumber Manusia Terengganu melibatkan peluang penempatan pekerjaan dan program melahirkan tenaga kerja Teknokrat Rabbani.

Agenda ini diselaraskan oleh Urusetia Pekerjaan Negeri Terengganu, di bawah Jawatankuasa Keusahawan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna di mana T-HRDC bertindak sebagai sekretariat.
 
Menerusi kerjasama ini, memorandum persefahaman (MoU) antara pelbagai agensi rakan strategik bagi penyaluran maklumat, perkongsian sumber serta kecekapan pengurusan penempatan pekerjaan akan dimeterai.

Exco Kerajaan Negeri Terengganu, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, T-HRDC yang baharu setahun ditubuhkan antaranya bertujuan menangani pengangguran di Terengganu di mana melebihi kadar nasional.

“T-HRDC ini sebagai platform kerjasama, khususnya kepada dua institusi utama iaitu majikan yang mencari pekerja dan institusi latihan yang mengeluarkan pelatih. Job matching tidak wujud kerana kita bergerak secara silo,” ujarnya pada bengkel itu.

Menurutnya, T-HRDC menyeru untuk agensi-agensi terlibat menyelaraskan data untuk mengatasi isu tersebut agar penyelesaian yang dihasratkan tercapai secara optimum bagi membantu rakyat Terengganu.

“Harapan menjadikan T-HRDC agensi signifikan bagi menyelesaikan permasalahan pekerjaan negeri Terengganu, dan kita boleh menyelesaikan masalah ini secara tuntas dan berdata.

“Selepas ini kita akan turun ke bawah menemui rakyat Terengganu yang sedang menunggu-nunggu tindakan daripada hasil yang kita bincangkan hari ini,” ujarnya.

Antara agensi turut terlibat adalah Jabatan Tenaga Kerja Negeri Terengganu (JTK), PERKESO Negeri Terengganu, Majlis Pembangunan Wilayah Timur (ECER DC) dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).

Juga Kementerian Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu (KPLB), Bahagian Pembangunan Belia Kementerian Belia Sukan (KBS). – HARAKAHDAILY 31/12/2020

IHtv

Pelepasan najis babi: Tindakan kurang tegas? Pihak Berwajib, Sila Ambil Perhatian..

 

'Ada lompang dalam akta'

SUDAH puluhan tahun berlaku namun isu pencemaran sungai akibat pelepasan najis babi daripada ladang ternakan masih belum selesai.

Bukan saja sungai malah masyarakat sekitar turut terkesan akibat pencemaran bau dan isu lain seperti kesihatan.

Bila mahu selesai? Tepuk dada tanya selera.

Ikuti wawancara Pakar Kualiti Air dan Permodelan Kualiti Air Ir DR ZAKI ZAINUDIN dengan Pengarang Berita NAZARALI SAERIL berkaitan isu ini.

DR Zaki. FOTO BERNAMA

Apa isu utama pencemaran akibat ternakan khinzir?

Antara isu utama pencemaran membabitkan industri ternakan khinzir ialah beban pencemaran organik dibebaskan industri terbabit.

Laporan rasmi Jabatan Alam Sekitar (Jas) pada 2018 menyebut, 217 tan beban pencemaran oksigen biokimia (BOD) dilepaskan industri penternakan khinzir ini dalam sehari.

Jumlah beban pencemaran BOD ini ialah 33.2 peratus daripada keseluruhan pencemaran yang direkodkan.

Ia juga adalah yang kedua tertinggi selepas pencemaran akibat sisa kumbahan yang merekodkan 242 tan beban pencemaran BOD sehari atau 37 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Untuk rekod, industri pertanian menyumbang 133 tan sehari, industri pembuatan menyumbang 55 tan sehari manakala pasar basah enam tan sehari.

Selain beban pencemaran BOD, daripada segi pencemaran Beban Pepejal Terampai (SS), industri ternakan menyumbang beban cemar tertinggi.

Laporan Kualiti Alam Sekeliling 2018 oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) menyebut pada 2018, anggaran penghasilan beban pencemaran bagi SS adalah 835 tan sehari yang mana aktiviti ternakan babi kekal sebagai penghasil beban SS utama iaitu 450 tan sehari (54 peratus).

Ia diikuti loji kumbahan dengan 303 tan sehari (36 peratus), industri berasaskan pertanian dengan 39 tan sehari (lima peratus), industri pembuatan dengan 35 tan sehari (empat peratus) dan pasar basah dengan lapan tan sehari (satu peratus).

Daripada segi lokasi pencemaran, laporan Kualiti Alam Sekeliling 2018 menyebut, Johor menyumbang beban pencemaran BOD tertinggi membabitkan industri ternakan khinzir iaitu 190 tan sehari.

Ia diikuti Perak dengan 119 tan sehari, Selangor dengan 96 tan sehari, Pulau Pinang dengan 65 tan sehari, Sabah 31 tan sehari dan Sarawak dengan 29 tan sehari.

Beban BOD untuk lain-lain negeri termasuk Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya kurang daripada 27 tan sehari.

Apa jadi dengan hidupan di sungai yang mungkin turut menjadi sumber makanan masyarakat sekitar?

Apabila sisa-sisa organik berlebihan masuk ke sungai, ia boleh menyebabkan kejatuhan paras oksigen di dalam sungai berkenaan.

Apabila sisa ini terurai di dalam sungai, proses penguraian itu sendiri akan menggunakan oksigen.

Oleh itu, jika terlalu banyak sisa organik dalam sesebuah sungai, ditambah pula jika sungai itu kecil, maka paras oksigen di dalam sungai jatuh.

Akibatnya, spesies akuatik terjejas atau mungkin tiada hidupan lagi di sungai berkaitan.

Pereputan sisa organik ini boleh meningkatkan paras ammonia dalam sungai dan jika ammonia ini terlalu tinggi, ia juga boleh menjejaskan hidupan akuatik.

Tindakan kurang tegas terhadap isu babitkan pencemaran akibat pelepasan najis babi?

Untuk industri lain, contohnya punca pencemaran kumbahan dan industri, sebelum air sisa daripada industri ini dilepaskan ke sungai, sisa air ini perlu dirawat.

Ia untuk memastikan piawaian ditetapkan dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dipatuhi.

Masalah dalam industri ternakan khinzir ialah, ada lompang dalam akta ini sama ada ia terpakai untuk industri terbabit atau sebagainya.

Bagaimanapun, ada negeri seperti Selangor yang menetapkan dengan jelas yang mana industri penternakan tertakluk di bawah akta Lembaga Urus Air Selangor (Luas).

Kesan terhadap sungai yang tercemar?

Kesan kepada sungai bergantung kepada jumlah pencemaran dan saiz sungai.

Contoh, jika banyak pencemaran atau ladang khinzir tertumpu dalam kawasan sama dan dilepaskan di sungai sama, sungai akan terkesan dengan teruk kerana beban pencemaran besar selain sungai kecil.

Jika sungai besar, luas dan punca pencemaran tidak banyak, maka kesannya, sungai kurang terjejas dan tiada masalah untuk pulih secara semula jadi.

Sungai ada kebolehan untuk pulih secara semula jadi jika ada pencemaran.

Cuma isunya, jika pencemaran terlalu teruk, maka sungai tidak boleh menerimanya menyebabkan ia rosak. (MyMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Pihak Kementerian Alam Sekitar dan Air, sila ambil perhatian..

IHtv

Restoran di Penang promote komunis diserbu

 

GEORGETOWN: Polis telah membuka kertas siasatan berhubung tindakan pemilik sebuah restoran di sini menghiasi gambar semasa era revolusi kebudayaan China serta wajah pemimpin Komunis, Mao Tze Tong pada dinding premisnya petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais berkata, siasatan dijalankan selepas pihaknya menerima maklumat awam berhubung gambar poster terbabit pada dinding dua buah restoran makanan milik lelaki tempatan berusia 41 tahun tersebut.

“Kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 44 Akta Pertubuhan dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini malam ini.

Petang tadi, restoran itu yang menjadikan karya lukisan semasa era revolusi kebudayaan China menjadi tular di dalam laman sosial WhatsApp dan Facebook sekali gus mendapat kecaman netizen. – Utusan






IHtv

Muslim Berpengaruh Dunia 2021.. Ini 50 darinya. Benarkah?

  

Presiden Recep Tayyip Erdogan

TAHUN ini, Presiden Erdogan mendapat peringkat 1 di daftar Muslim Berpengaruh Dunia versi The Muslim 500. Ia mengalahkan peringkat Raja Salman dari Arab Saudi hingga Imam Besar Al-Azhar. 

Berikut daftar Muslim berpengaruh 2021:  

1. Presiden Recep Tayyip Erdogan - presiden Turki

2. Raja Salman bin Abdul-Aziz Al-Saud - raja Arab Saudi

3. Ayatullah Agung Hajj Sayyid Ali Khamenei - pemimpin tertinggi Iran

4. Raja Abdullah II bin Al-Hussein - raja Yordania

5. Sheikh Muhammad Taqi Usmani - pakar hukum dan keuangan Islam di Pakistan, tahun lalu di peringkat satu

6. Raja Mohammed VI - raja Maroko

7. Pangeran Mohammed bin Zayed Al-Nahyan - putra mahkota Uni Emirat Arab

8. Ayatullah Agung Sayyid Ali Hussein Sistani - salah satu ulama syiah paling berpengaruh di Iran dan dunia

9. Habib Umar bin Hafiz - ulama Yaman, keturunan Nabi Muhammad SAW

10. Salman Al-Ouda - ulama dan pendidik di Arab Saudi

Presiden Jokowi Juga Masuk Daftar Muslim Berpengaruh Dunia

Presiden Joko Widodo saat berpidato dalam Bali Fintech Agenda IMF-WB 2018 di Nusa Dua, Bali, Kamis (11/10). Jokowi mengaku mengacu pada kebijakan Amerika Serikat (AS) yang merupakan negara kelahiran internet. (Liputan6.com/Angga Yuniar)

11. Emir Tamim bin Hamid Al-Thani - pemimpin Qatar

12. Presiden Joko Widodo - presiden Indonesia

13. Sheikh Dr. Ahmad Muhammad Al-Tayyeb - Imam Besar Masjid Al-Azhar di Mesir

14. Sheikh Abdullah bin Bayyah - ketua Dewan Fatwa Uni Emirat Arab dan Presiden Forum for Promoting Peace in Muslim Societies

15. Perdana Menteri Imran Khan - pemimpin Pakistan

16. Presiden Muhammadu Buhari - pemimpin Nigeria

17. Ali Gomaa - mantan Mufti Agung Mesir

18. KH Said Aqil Siradj - Ketua Umum Pengurus Besar Nahdlatul Ulama di Indonesia

19. Sultan Muhammadu Sa'adu Abubakar III - sultan Sokoto, pemimpin spiritual umat Muslim di Nigeria

20. Seyyed Hasan Nasralllah - Sekretaris Jenderal Partai Hizbullah di Lebanon

Raja Saudi

 Putra mahkota Saudi, Mohammed bin Salman. (Foto: Bandar al-Jaloud / Istana Kerajaan Saudi / AFP)

21. Sheikh Habib Ali Zain Al Abideen Al-Jifri - Direktur Jendral Tabah Foundation Uni Emirat Arab, keturunan Ali bin Abi Thalib

22. Sheikh Hamza Yusuf Hanson - pendidikan dan co-founder Zayuna College di Berkeley, California

23. Pangeran Mohammed bin Salman - putra mahkota Kerajaan Arab Saudi

24. Sheikh Ahmad Tijani bin Ali Cisse - pemimpin Tijaniyya Sufi Order, kelompok Sufi terbesar di barat Afrika

25. Sheikha Munira Qubeysi - pemimpin Qubeysi Movement di Suriah yang merupakan gerakan wanita Muslim terbesar di dunia, ia dianggap wanita Muslim paling berpengaruh di dunia

26. Sheikh Abdul-Aziz ibn Abdullah Aal Al-Sheikh - Mufti Agung di Kerajaan Arab Saudi

27. Maulana Mahmood Madani - Sekretaris Jendral Jamiat Ulema-e-Hind (JUH) di India

28. Sheikh Mustafa Hosny - ustadz terkenal di televisi Mesir

29. Sheikh Usama Al-Sayyid Al-Azhari - cendekiawan di Universitas Al-Azhar, ia juga mengajarkan Hadis, Logika, dan Hukum Islam di Riwaq Al-Atrak di Kairo

30. Shah Karim Al-Hussayni (Aga Khan) - pemimpin sekte Syiah bernama Nizari Ismaili, keturunan Ali bin Abi Thalib

Yusuf bin Qardawi dan Habib Luthfi

31. Yusuf Al Qaradawi - ulama Mesir yang pernah 30 tahun diasingkan, pemimpin intelektual dari Ikhwanul Muslimin

32. Habib Luthfi bin Yahya - ulama Indonesia, ketua MUI Jawa Tengah

33. Sheikh Abdul-Malik Al-Houthi - pemimpin gerakan Houthi di Yaman

34. Sheikh Mahmud Effendi - ulama Turki

35. Maulana Tariq Jameel - ulama Pakistan, anggota Tablighi Jamaat

36. Moez Masoud - ustadz terkenal di Mesir serta dunia barat

37. Presiden Halimah Yacob - presiden Singapura

38. Sheikh Rached Ghannaouchi - cendekiawan dan politisi Tunisia

39. Sheikh Muhammad Al-Yacoubi - ulama Suriah, bukunya yang menentang ISIS berjudul Refuting ISIS tersedia dalam delapan bahasa, saat ini ia berada di Maroko karena menentang pemerintah Suriah

40. Prof. Seyyed Hossein Nasr - profesor Islamic Studies di George Washington University, ia telah menulis lebih dari 50 buku.

Mohamed Salah

MOHAMED SALAH TOP SKOR PEKAN KE-14: Penyerang Liverpool, Mohamed Salah, melakukan selebrasi bersujud usai mencetak gol ke gawang Crytal Palace (19/12/2020). Mohamed Salah menjadi top skor sementara Liga Inggris dengan torehan 13 gol. (AFP/Justin Setterfield/pool)

41. Sheikh Uthman Taha - penulis kaligrafi masyhur di Kerajaan Arab Saudi

42. Mohamed Salah - atlet Mesir, pemain di Liverpool FC

43. Sheikh Muqtada Sadr - ulama dan politisi Irak, ia adalah putra dari Ayatullah Agung Mohammad Sadiq Al-Sadr dan menantu Ayatullah Agung Muhammad Baqir Al-Sadr

44. Presiden Mahmoud Abbas - pemimpin Palestina

45. Maulana Nazur Rahman - Amir dari Tablighi Jamaaat di Pakistan

46. Dr. Aref Ali Nayed - cendekiawan Libya, berperan dalam Tim Stabilitasi Libya pada 2011

47. Dr. Timothy Winter (Abdal-Hakim Winter) - cendekiawan di Inggris, dikenal pula sebagai Sheikh Abdal Hakim Murad

48. Sheikh Ibrahim Salih - pemimpin majelis fatwa tertinggi di Nigeria

49. Dr. Mohamed Bechari - politisi kelahiran Maroko, ia aktif memberdayakan komunitas Islam di Prancis dan Eropa

50. Amr Khaled - ustadz dan aktivis sosial dari Mesir

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Benarkah?

(IH)

IHtv

Ekspesisi Malaysia-Everest 97: Kisah pengalaman 2 pendaki negara...

 

Gunung Everest kini diliputi teknologi komunikasi 5G

KUALA LUMPUR: Lebih dua dekad lepas apabila dua pendaki pertama negara Datuk M. Magendran and Datuk N. Mohanadas menjejakkan kaki di puncak Everest, mereka berkomunikasi dengan walkie-talkie dan terpaksa menunggu lebih 10 hari, untuk memproses  foto yang diambil di gunung tertinggi dunia itu.

Kini semuanya pantas dan canggih. Hasil kejayaan Huawei dan China Mobile memasang dua stesen pangkalan 5G di gunung itu pada April lalu, pendaki kini boleh gunakan pelbagai peralatan komunikasi termasuk telefon pintar, dan memuat naik terus gambar dan video perjalanan dengan peranti itu sehingga ketinggian 6,500 meter (m).

Menceritakan kisah nostalgik Ekspedisi Malaysia-Everest 97, Magendran menjelaskan bahawa, ekspedisi yang diketuai allahyarham Nor Ramlle Sulaiman ke gunung tertinggi dunia itu telah dibekalkan dengan peralatan yang paling canggih pada ketika itu, dalam percubaan untuk menawan puncak setinggi 8,848m.

Ia termasuk walkie-talkie, telefon satelit Inmarsat-B yang dibekalkan Telekom Malaysia (TM) yang turut memasang pemancar di puncak Gunung Kala Patthar, sebuah gunung dengan ketinggian 5,643m berdekatan Everest untuk memudahkan komunikasi di antara pendaki dengan Kem Induk Everest (EBC).

Selain itu, Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai penaja siaran telah menghantar krew untuk menyediakan studio mini di EBC dan memasang peralatan telekomunikasi, seperti parabola untuk siaran langsung daripada ketinggian 5,400m.
 
Magendran, Pengetua SMK Taman Sri Muda, Shah Alam, berkata ahli pasukannya juga telah membawa satu tong bateri AAA yang dibekalkan oleh sebuah syarikat bateri, kerana terpaksa menukar bateri walkie-talkie dengan kerap.

“Apabila berada dalam keadaan yang begitu sejuk, kuasa bateri cepat menurun jadi kita kena sentiasa tukar atau ada masa kita balut bateri dengan selimut, untuk memastikan bateri itu tak sejuk. Walaupun kami mempunyai enam kamera ketika berada di puncak, tapi kebanyakkannya dah jam.

“Pada masa itu kita menggunakan film roll, jadi kita tak dapat periksa sama ada gambar yang diambil itu jadi atau tidak jadi. Kita kena balik ke KL untuk hantar film ke kedai untuk cuci film itu, barulah kita tahu sama ada gambar itu jadi atau tidak.

“Bukan macam sekarang, kita terus dapat tahu kalau gambar tak cantik, kita boleh ambil sekali lagi dan masih boleh memuat naik ‘selfie’ dari EBC. Daripada segi komunikasi peralatan sekarang memang canggih,” katanya ketika satu pendakian santai bersama kakitangan Bernama di Bukit Wawasan, Puchong dekat sini, baru-baru ini.

Mengulas lanjut Magendran, 57, berkata sejurus beliau dan Mohanadas tiba di puncak Everest pada 23 Mei 1997, mereka telah menghubungi ‘radio base’ yang disediakan oleh pasukan Malaysia di Kem 2 (6,500m) menerusi walkie-talkie, yang kemudian menyampaikan mesej itu ke EBC.
 
Beliau berkata, dari EBC, RTM telah membuat siaran langsung mengumumkan berita yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia ketika itu. Malangnya, pasukan itu tidak dapat bercakap dengan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (kini Tun), yang berada di London kerana cuaca di Himalaya kurang baik.

Sementara itu, mengenai kesesakan di puncak itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Mohanadas berkata ia disebabkan oleh ketidakseriusan kerajaan Nepal, dalam mengehadkan jumlah pendaki bagi setiap tahun.

Menurut beliau, lebih 500 pendaki menggadai nyawa mereka untuk berdiri di puncak tertinggi itu setiap tahun, berbanding kurang daripada 200 pendaki setahun 20 tahun dahulu.

 “Aktiviti pendakian sudah menjadi popular sekarang dan ramai berkemampuan. Laluan perjalanan dan pendakian memang sempit dan berbahaya, apabila ramai diberikan permit, keadaan akan sesak sehingga pendaki beratur menunggu giliran mereka.

“Apabila terlalu ramai, agak sukar untuk menyelamatkan diri sekiranya berlaku apa-apa bencana seperti runtuhan salji (Avalanche) atau cuaca buruk. Kami bertuah kerana dapat meluangkan masa selama sejam di puncak pada 1997, tetapi kini hanya dapat berada di puncak selama beberapa minit sahaja,” kata Mohanadas yang menyambut ulang tahun ke-59 pada Isnin.

Bagi menggelakkan luka beku (frostbite) ketika pendakian di tempat beraltitud tinggi dan sejuk, beliau menasihatkan para pendaki supaya sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berwajib dan memakai pakaian tahan sejuk yang berkualiti tinggi.

Daripada 20 pelatih terakhir, hanya 10 peserta dipilih untuk meneruskan misi pendakian ke Everest dengan empat pendaki daripada itu – Magendran, Mohanadas dan juga allahyarham Mohamed Fauzan Hassan serta Gary Chong Kim Wah – sampai ke kem 4 (kem terakhir) di paras 8,000m, sebelum dua rakan mereka itu menarik diri kerana faktor kesihatan. – BERNAMA

IHtv

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails