Wednesday, February 19, 2020

Tutup 4 Hotel Milik TH: Umat Islam 'wajar bangkit menentang' -Dr Mohd Khairuddin


Tamat operasi usaha (terancang) lumpuh ekonomi umat Islam?

SAYA amat bimbang penamatan operasi dan perkhidmatan 4 buah hotel milik TH Hotel & Residence Sdn Bhd (THHR) adalah usaha terancang pihak tertentu untuk melumpuhkan ekonomi umat Islam.


Tiba-tiba sahaja umat Islam di Malaysia dikejutkan dengan pengumuman bahawa THHR akan menamatkan operasi dan perkhidmatan 4 buah hotel miliknya, iaitu TH Hotel Kota Kinabalu, TH Hotel Pulau Pinang, TH Hotel & Convention Centre Alor Setar dan TH Hotel & Convention Centre Terengganu, pada 1 April depan.
Mengikut Pemangku Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif THHR, Zulkefli Ahmad, penamatan operasi dan perkhidmatan tersebut merupakan satu keputusan yang tidak dapat dielakkan memandangkan operasi dan pengurusan hotel-hotel yang terlibat tersebut telah dan/atau akan diambil alih oleh, Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB), dan bangunan hotel-hotel yang terlibat juga telah dipindah milik kepada UJSB.
Seperti yang kita semua tahu, UJSB adalah syarikat milik Kementerian Kewangan yang ditubuhkan di bawah Pelan Pemulihan dan Penstrukturan Lembaga Tabung Haji, dan seperti yang kita semua juga tahu, Kementerian Kewangan adalah dikuasai oleh pemimpin tertentu.
Walau apa sekalipun alasan yang diguna bagi menamatkan operasi dan perkhidmatan 4 buah hotel milik THHR ini, umat Islam di Malaysia wajar bangkit menentang tindakan ini kerana hotel-hotel ini bukan sahaja tidak diketahui mempunyai apa-apa masalah besar tetapi adalah juga lambang kebanggaan ummah.
Hotel-hotel ini adalah bukti bahawa ekonomi umat Islam boleh dimajukan dengan menceburi sektor yang didominasi oleh orang bukan Islam sehingga ia menjadi pilihan bukan sahaja kepada umat Islam tetapi juga bukan Islam tanpa mengabaikan prinsip kepatuhan syariah.
Kewujudan hotel-hotel yang memberikan jaminan perkhidmatan patuh syariah serta pematuhan kepada kehendak penyediaan makanan ‘halalan toyyiban’ ini juga adalah pembuka kepada jaringan yang sangat besar dalam mengembangkan ekonomi umat Islam.
Pertamanya, hotel-hotel milik THHR ini memberi ruang pekerjaan yang luas kepada tenaga kerja dan profesional Islam yang kurang diterima dalam sektor lain mahupun dalam sektor perhotelan konvensional, termasuk golongan wanita yang berhijab, untuk berkhidmat.
Lebih jauh dari itu, hotel-hotel milik THHR ini juga telah membuka jaringan yang sangat besar dalam pelbagai industri halal milik umat Islam dan keluaran Bumiputera, contohnya ialah syampu dan sabun serta haruman berasaskan buahan tempatan seperti tembikai susu.
Bayangkanlah betapa ramai yang akan terjejas ekoran penamatan operasi dan perkhidmatan hotel-hotel ini yang melampaui nasib malang para pekerjanya yang akan kehilangan kerja mereka, sedangkan sebelumnya hotel-hotel ini dirancang untuk diluaskan ke seluruh negara.
Sekian.
“Islam Memimpin Perpaduan”

DATO’ DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus – HARAKAHDAILY 18/2/2020
Hotel
Perihal keputusan ini



Kuala Lumpur
70 tempat untuk menginap
Purata RM 162/malam

George Town
38 tempat untuk menginap
Purata RM 240/malam

Melaka
70 tempat untuk menginap
Purata RM 170/malam

Kota Kinabalu
70 tempat untuk menginap
Purata RM 153/malam

Pulau Pinang
70 tempat untuk menginap
Purata RM 178/malam

Pulau Pinang
70 tempat untuk menginap
Purata RM 186/malam

Kuching
69 tempat untuk menginap
Purata RM 101/malam

Berdekatan Ampang, Selangor
Foto
TH Hotel & Residence Sdn. Bhd.
Foto
RM 232
PNB Perdana Hotel & Suites Kuala Lumpur
 (2,426)
Kolam renang terbuka
Tempat letak kereta percuma
map image

Lagi Pemandu Mabuk, Adegan Bodoh!


Kiev: Tiga lelaki di Ukraine parah selepas seorang daripada mereka meletupkan bom tangan ketika bertengkar di dalam kereta.
Insiden letupan itu dilihat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kampung Lelyaky, di Vinnytsia, wilayah tengah negara berkenaan.
Daily Mail melaporkan rakaman menunjukkan seorang lelaki keluar dari kereta itu beberapa saat sebelum letupan.
Berdasarkan laporan, empat rakan yang identitinya tidak dikenal pasti, menaiki kenderaan itu untuk ke bandar Zhmerynka di wilayah sama.
Sampai di satu lokasi, pemandunya yang dipercayai dalam keadaan mabuk tersilap haluan menyebabkan mereka tersesat.
Ia menyebabkan keempat-empat mereka bertengkar.
Ketika ini, seorang daripada mereka yang berusia 52 tahun, keluar dari kenderaan itu dengan niat untuk bertanyakan arah kepada penduduk tempatan.
Bagaimanapun, situasi bertambah tegang di dalam kereta itu menyebabkan seorang daripadanya mengeluarkan bom tangan dari poket dan meletupkannya.
Ia menyebabkan tiga lelaki berkenaan parah.
Pada masa sama, lelaki keempat yang berada beberapa tidak jauh dari kereta itu menghubungi talian kecemasan.
Mangsa parah kemudian dikejarkan ke hospital dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Ketua Unit Rawatan Rapi Hospital Zhmerynka, Irina Klokotska berkata, semua mangsa terpaksa menjalani pembedahan segera.
“Kami mengeluarkan serpihan logam di dalam perut dan saluran usus seorang mangsa,” katanya.
Beliau berkata, seorang lagi mangsa menjalani prosedur bagi membuang serpihan bom di kepalanya.
“Lelaki ketiga pula mengalami patah beberapa tulang rusuk. Satu daripada tangannya putus akibat letupan,” katanya.
Selain itu, doktor mengesahkan semua mangsa mengalami luka akibat serpihan bom di bahagian anggota badan dan muka.
Dalam pada itu, polis menyiasat kejadian itu sebagai kes pengendalian senjata api yang menyalahi undang-undang dan cubaan bunuh. (Agensi)

Hibur Hibur Sikit

Hafiz Hamidun - Zikir Terapi Diri (Audio)


Tuesday, February 18, 2020

Funfair Di Bandar Jengka. Jangan Bakar Perasaan U/Islam!


HALAMAN HIBURAN
PAS harap Pihak Berkuasa Tempatan batalkan funfair Jengka
PAS Pahang berharap Majlis Daerah Maran (MDM) segera membatalkan kelulusan operasi pusat hiburan (funfair)  di Bandar Jengka yang berpenduduk lebih 90 peratus orang Islam.
Timbalan Ketua Penerangan PAS Pahang, Ustaz Aris Hazlan Ismail, berkata, apatah lagi bulan Rajab, iaitu bulan yang mulia dalam Islam hanya beberapa hari sahaja lagi menjelang.
Beliau yang juga merupakan anak tempatan Jengka, mengingatkan masih ada masa untuk pihak Pihak Berkuasa Tempatan membatalkan kelulusan yang sengaja diberi kepada syarikat pengendali.
“Budaya apa yang nak diterap menerusi funfair? Sedangkan penduduk Jengka lebih 90 peratus beragama Islam, malah Adun Jengka merupakan seorang Hafiz Al Quran, yang sepatutnya disegani.
“Apa lagi yang nak dibanggakan, sedangkan rakyat setempat membantah, alim ulamak bantah, YB bantah, Exco agama juga nasihat jangan buat.
“Kenapa MDM pula yang beriya-iya nak luluskan juga?,” soalnya.
Beliau berkata, funfair ini bukanlah isu baru kerana sejak Ustaz Datuk Tuan Ibrahim dulu (1999-2004) sudah dibuat bantahan namun MDM luluskan juga.
Tambahnya lagi, kononnya pihak terbabit memberitahu bahawa kali ini tiada unsur perjudian. Namun apabila Adun dan Pegawai Agama Jengka dan Maran pergi melawat tapak, didapati tetap ada juga unsur perjudian di situ.
“Pandangan saya, kalau tak ada judi sekalipun, funfair bukan perkara yang bagus. Ia tetap membawa budaya hedonisma yang tidak bersesuaian dengan masyarakat Islam.
 “Umat Islam yang prihatin masih lagi  bersedih dan terkilan di atas kelulusan konsert hanya beberapa meter di hadapan Masjid As Syakirin Maran beberapa minggu lalu.
“Janganlah lagi dibakar perasaan umat ini dengan funfair sempena kedatangan bulan Rajab ini. Justeru umat Islam perlu bangkit dan bantah!
“Dan masih ada masa utk MDM batalkan kelulusan yang diberi”. (BP)
Hasil carian imej untuk funfair tidak islamik
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Funfair di Bandar Jengka, jangan bakar perasaan umat Islam dengan membiakkan maksiat!

Akibat Mungkir Janji, 1300 PH Sertai PAS Di BetingMaro. Tunggu, Ramai Lagi...


Tidak Percaya Lagi Pada PH, 1300 Sertai PAS BetingMaro
17 Feb, Beting Maro: PAS Sarawak menyambut baik keputusan 1300 penyokong PH di Beting Maro menyertai PAS, kelmarin.
Keputusan ini dibuat selepas rakyat berasa tertipu dengan janji PH.
Malahan, sikap tidak ambil peduli pemimpin PH Sarawak apabila menguasai Putrajaya jelas kelihatan.
Susulan daripada penghijrahan penyokong PH kepada PAS, kompenan PH dilihat tidak lagi releven pada penduduk Beting Maro.
Bahkan, penduduk melihat mereka sebagai boneka DAP yang digunakan untuk memecah belahkan masyarakat melayu disini.
Tindakan penyokong PH menyertai PAS telah membuktikan PAS semakin berpengaruh dan diterima baik oleh penduduk Sarawak.
Pendekatan turun padang dan penerangan yang baik kian diterima.
Tambah pula kerjasama politik Muafakat Nasional antara BN dan PAS memperhebatkan lagi pengaruh PAS Sarawak dalam lanskap politik di sini.
Walaupun PH Sarawak yang dikuasai DAP seringkali menyerang dan membuat tomahan  yang tidak berasas kepada PAS.
Selain acap kali mengaitkan sentimen agama dan bangsa bagi tujuan melemahkan PAS.
Nampaknya rakyat Sarawak tidak termakan dengan tomahan itu sepertimana yang berlaku di Beting Maro ini.
Justeru PAS Sarawak akan terus bergerak mendekati penduduk dengan memberi pendidikan politik secara budaya matang dan sejahtera.
PAS juga akan berusaha membantu menyelesaikan masalah rakyat yang sekian lama ditindas.
Usaha ini akan diteruskan sehingga rakyat Sarawak memberi kepercayaan kepada PAS untuk bersuara dan mewakili mereka disidang Dun Sarawak  yang akan datang.
ZHARUDIN NARUDIN
KETUA PENERANGAN PAS SARAWAK

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tunggu, ramai lagi. PH pasti tumbang!
Hasil carian imej untuk pokok tumbang

Aset LTH RM1.4 Bilion Milik Umat Islam: Boleh Dipindah Milik Se Wenangnya? -Tuan Ibrahim


Tuntut penjelasan tamat operasi Hotel THHR

PAS menuntut satu penjelasan tuntas daripada pengurusan tertinggi Lembaga Tabung Haji (LTH), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) dan Menteri Kewangan berhubung penamatan operasi serta perkhidmatan hospitaliti bagi empat rangkaian hotel di bawah kumpulan TH Hotel & Residence Sdn Bhd. 

Surat yang bertarikh 17 Februari 2020 daripada TH Hotel & Residences Sdn Bhd (THHR) telah tular di media sosial dan amat mengejutkan ramai pihak.

Setelah pihak kerajaan gagal mengemukakan jawapan konkrit berhubung transaksi penjualan meragukan dua syarikat subsidiari dan aset ladang kelapa sawit milik TH Plantations Berhad bulan lalu, kini LTH pula akan menamatkan operasi empat aset komersial milik TH Hotel & Residence kerana bangunan hotel tersebut didakwa telah diambil alih oleh SPV milik Kementerian Kewangan iaitu Urusharta Jemaah Sdn Bhd. 
Tindakan ini menunjukan semua aset di bawah pemilikan LTH yang diserahkan kepada UJSB akan terbuka untuk dipindah milik kepada pihak lain.
PAS meminta justifikasi kukuh berhubung perkara ini. Adakah keempat-empat hotel tersebut mengalami masalah kewangan yang serius? Adakah ia akan diambil alih oleh UJSB atau dijual kepada pihak lain? 
PAS turut bimbang dengan nasib semua aset hartanah LTH bernilai RM1.4 bilion (nilai buku) yang telah dipindahkan kepada UJSB antaranya tanah TRX KL (RM196 juta), Platinum Park (RM486 juta) dan tanah Presint 4 Putrajaya (RM92 juta). Apakah sebenarnya makna pemulihan jika aset-aset LTH milik umat Islam boleh dipindah milik kepada pihak lain dengan sewenang-wenangnya?
Sekian, terima kasih.
TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
Ahli Parlimen Malaysia (Kubang Kerian)
24 Jamadil Akhir 1441 | 18 Februari 2020 – HARAKAHDAILY 18/2/2020

Monday, February 17, 2020

Ubat Terkawal Mati Pucuk Merbahaya! Ini.. -KKM

Produk yang terlibat adalah ExtrAli Energy Candy, Extra Strong Energy Candy dan Mixed Fruit Candy. - Sumber KKM
Produk yang terlibat adalah ExtrAli Energy Candy, Extra Strong Energy Candy dan Mixed Fruit Candy. - Sumber KKM
KKM keluar amaran pengambilan Energy Candy mengandungi ubat mati pucuk

KL: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini berkata pihaknya telah dimaklumkan berhubung produk Energy Candy yang didakwa mengandungi bahan terlarang yang tular di media sosial.

Susulan itu KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) telah menjalankan pemantauan ke atas produk terbabit dan hasil analisis makmal ke atas produk Energy Candy yang dipercayai diimport disahkan mengandungi racun berjadual tadalafil.


Bahan itu telah dilarang penggunaannya dalam makanan di bawah Akta Makanan 1983.

Produk yang terlibat adalah ExtrAli Energy Candy, Extra Strong Energy Candy dan Mixed Fruit Candy.

“Tadalafil adalah ubat terkawal yang digunakan dalam merawat pesakit yang mengalami masalah Erectile Dysfunction (mati pucuk). Ubat ini hanya boleh diberikan kepada pesakit di bawah pemantauan ahli profesional kesihatanberdaftar.

"Penyalahgunaan tadalafil tanpa pengawasan boleh menyebabkan komplikasi pengurangan atau kehilangan penglihatan dan pendengaran, penurunan tekanan darah mendadak sehingga ke peringkat yang berbahaya dan kesan terhadap sistem kardiovaskular seperti strok dan serangan jantung,” menurut kenyataan itu hari ini.

Sehubungan itu larangan pengimportan telah dikeluarkan serta merta dan KKM memberi amaran kepada sesiapa yang masih menyimpan stok produk ini agar menghentikan pengedaran dan penjualan termasuk jualan atas talian.

Tindakan boleh dikenakan di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983 di mana jika disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

Pengguna juga dinasihatkan supaya tidak membeli produk tersebut.

"Sekiranya telah membeli, tidak memakannya dan mendapatkan nasihat daripada profesional kesihatan jika  mengalami sebarang ketidak selesaan atau kesan advers.

"Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Pejabat  Kesihatan Daerah atau  Jabatan Kesihatan Negeri terdekat," menurut kenyataan tu lagi.

Mereka juga boleh menghubungi KKM melalui laman  sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan  dan Kualiti Makanan(BKKM) www.facebook.com/bkkmhq (AA)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails