Monday, November 11, 2019

MB Perak Dipelawa Bentuk Kerajaan Baru.




TANJUNG PIAI: Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu dan Adun yang telah melompat parti hingga terbentuk Kerajaan ‘ehsan’ PH Perak dipelawa bersama Muafakat Nasional jika sekiranya masih sayang kepada agama dan bangsa.
Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Razman Zakaria menyifatkan kedudukan Faizal bertambah buruk berikutan pergolakan sesama anggota kerajaan dan ahli parti PH di mana keadaan tersebut memberi kesan negatif kepada negeri dan rakyat Perak.
“Macam saya di Perak, saya seorang terkontang-kanting nak lawan dengan puak-puak DAP ini,” ujarnya mengajuk semula ucapan penuh hiba Faizal yang juga Ahli Parlimen Tambun ketika mengadakan lawatan ke Bilik Gerakan BN sempena PRK P.165 Tanjung Piai, kelmarin.
Razman selaku juga Adun Gunung Semanggol berkata demikian sebagai simpati dan mengulas keluhan Faizal yang menjadi tular menerusi satu rakaman video ketika Menteri Besar dari BERSATU itu turun berkempen di PRK sama.
“Kedudukan beliau (Faizal) bertambah parah dengan kenyataan Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dan Setiausaha DAP Perak, Wong Kah Woh yang jelas dan nyata menentang kenyataan diulas Faizal.
“Pertelingkahan sesama ahli kerajaan akan memberi kesan langsung kepada pentadbiran negeri. Bagaimana boleh mereka berada dalam kapal sama kalau punya hala tuju berbeza dan nakhoda asyik bercakaran? Ini amat merugikan rakyat.
“Jadi, mereka seolah-olah ‘tikus membaiki labu’. Kehidupan rakyat lebih teruk berbanding dulu di mana banyak peruntukan sewajarnya diterima, kini disekat pemberiannya,” bidas Razman yang yakin rakyat semakin menilai prestasi PH.
Sebaliknya ujar beliau, perkembangan positif ditunjukkan oleh pihak pembangkang di mana menerusi Muafakat Nasional telah semakin rancak mengembalikan wajah politik sebenar Malaysia yang tidak sebagaimana sikap menyalakan api perkauman oleh DAP.
Perkara tersebut juga disifatkannya terzahir dari keputusan tepat BN meletakkan MCA yang mencerminkan permuafakatan tersebut sekali gus diharap membawa kebaikan buat masyarakat majmuk negara ini. –HARAKAHDAILY 10/11/2019

Sunday, November 10, 2019

Malam Tadi, GRO Sembunyi Balik Tokong.

Hasil carian imej untuk GRO bersembunyi di sebalik tokong ibadat, celah kotak elak ditangkap
Hasil carian imej untuk GRO bersembunyi di sebalik tokong ibadat, celah kotak elak ditangkap
Taktik licik 28 pelayan pelanggan (GRO) warga Vietnam yang bersembunyi di sebalik pintu rahsia diperbuat daripada tokong ibadat, berjaya dikesan oleh anggota Jabatan Imigresen Malaysia Perak di sebuah pusat hiburan di Jalan C.M Yusof, Ipoh, malam tadi. 
Manakala dua lagi GRO yang bersembunyi di celahan kotak minuman keras untuk mengaburi pihak berkuasa, turut ditahan dalam serbuan yang dijalankan bermula jam 11 malam itu.




GRO bersembunyi di sebalik tokong ibadat, celah kotak elak ditangkap

PLUS Henti Lorong Tambah Nilai Touch ‘n Go


SEPERTI yang dimaklumkan, PLUS Malaysia Berhad (Plus) telah menghentikan perkhidmatan tambah nilaiTouch ‘n Go di semua lorong keluar Plaza Tol lebuh raya yang berada di bawah seliaannya minggu lalu.
Pendekatan ini dikatakan bertujuan untuk mengurangkan kesesakan yang disebabkan oleh urusan tambah nilai di semua Plaza Tol Wilayah Utara dan Selatan.
Pendekatan tersebut malah disertakan dengan statistik yang membawa nilaian kesesakan adalah berpunca daripada pengguna lebuh raya yang tidak mempunyai baki mencukupi untuk melaksanakan transaksi di lorong keluar.
Hal tersebut dikatakan telah menyebabkan perjalanan pelanggan lain terganggu kerana setiap transaksi tambah nilai akibat baki rendah boleh mengambil masa sehingga tiga minit untuk setiap kenderaan.
Selain itu, PLUS juga menyertakan sebab lain, antaranya untuk meningkatkan keselamatan pembantu perkhidmatan pelanggan PLUS kerana kemalangan membabitkan kenderaan berat merempuh pondok tol kerap berlaku.
Tidak cukup dengan itu, PLUS malah sebelum ini telahpun memperkenalkan inisiatif ‘Tiada Tambah Nilai’ di semua lorong tol di Plaza Tol Wilayah Tengah antara laluan Sereban hingga Ipoh Selatan.
Usaha itu, menurut PLUS telah berjaya mengurangkan 60 peratus kesesakan trafik dan jumlah kendeaan beratus untuk menambah nilai di semua lorong keluar Plaza Tol Wilayah Tengah.
Dengan sistem baharu yang diperkenalkan ini, PLUS menasihati pengguna lebuh raya merancang perjalanan serta memastikan kad Touch ‘n Go mereka mempuyai baki yang mencukupi sebelum memasuki lebuh raya.
Pelaksanaan sistem baru yang diperkenalkan PLUS mendapat pelbagai reaksi orang ramai, namun kebanyakannya boleh dikatakan tidak bersetuju dengan pelaksanaan tersebut yang dikhuatiri lebih menyusahkan pengguna.
Rata-rata pengguna agak berat dengan sistem baru yang diperkenalkan ini kerana sekiranya pengguna terlupa untuk menambah nilai, mereka harus keluar daripada kenderaan dan berjalan ke kaunter perkhidmatan yang berada di luar kawasan jalan raya.


Pengguna 1 : “Pagi tadi tengok ada orang kena parking kereta di lorong tol Kajang nak ‘top up‘. Kemudian mereka kena berjalan dalam 100 meter lintas lorong tol dan lorong motosikal (laju) ke bangunan tol.
“Apa PLUS tidak utamakan keselamatan jalana raya ke? Memalukan pihak pengurusan tertinggi, PLUS berkompromi dan menggadaikan keselamatan pengguna demi nak pastikan TnG dihentikan jualan kat tol plaza dengan alasan tak masuk akal macam lori langgar tol plaza,” katanya.


Pengguna 2 : “Apa salahnya buka satu kaunter utk tambah nilai kat Tol? Kadang-kala nak tambah nilai kat Stesen minyak selalu offline dan kena cari stesen minyak yg lain.
“Mesin tambah nilai di RnR (Rehat dan Rawat) selalu rosak kerana jarang diselenggarakan. Saya pernah tolong satu pakcik ‘try‘ tambah nilai di RnR Guthrie kerana matanya kabur dan rumit untuk beliau tekan dan ‘follow‘ arahan.
“Dan kadang kala duit kertas tak diterima, kalau nak orang guna tol tolonglah banyakkan kemudahan untuk ‘top up‘,” ujarnya.
Pelbagai cadangan yang dilontarkan oleh penggunanya, antaranya ialah penyediaan kiosk pandu lalu sebelum melepasi plaza tol, pembayaran yang menyokong paywave Visa/Mastercard dan lain-lain lagi.
PLUS sebelum ini telah membuka peluang untuk pengguna membuat pembayaran terbuka melalui kad kredit atau kad debit yang dihubungkan terus kepada sistem pengenalan frekuensi radio (RFID), namun amaun tersebut hanya terpakai melalui sistem e-wallet dan penggunaan e-wallet boleh dikatakan belum menyeluruh.
Bagaimanapun, pengguna masih mempunyai pilihan lain iaitu dengan mengisi e-wallet Touch n Go, akan tetapi pelaksanaannya belum menyeluruh kepada semua plaza tol PLUS. – HARAKAHDAILY 10/11/2019

Bantah Cadangan Naik Cukai 300% -PAS Labuan


PAS Labuan bantah cadangan naik cukai 300%
  1. KENAIKAN harga barangan berterusan 
  2. Turunnya kuasa beli rakyat, 
  3. Turunnya nilai matawang negara. 
  4. Kurangnya  peluang pekerjaan menyebabkan pendapatan rakyat terhad dan 
  5. Ekonomi Negara merudum. 
Semua perkara tersebut sudah cukup membuat rakyat terseksa dan Perbadanan Labuan tidak sepatutnya menambah lagi kepayahan hidup rakyat Labuan.
Selagi lima perkara di atas tidak diperbaiki, maka selagi itulah pihak berkuasa tidak boleh melakukan sebarang kenaikkan terhadap apa jua jenis cukai ke atas rakyat. 
PAS Labuan menggesa agar pihak PL dan Kerajaan PH mencari kaedah lain untuk meningkatkan sumber pendapatan mereka begitu juga pemimpin PH, rakyat menuntut janji-janji manis mereka pada PRU14 lalu. Rakyat Labuan memilih pemimpin bukan untuk dijadikan mangsa keadaan sewenangnya. 
PL wajib mengukuhkan kecekapan pengurusan mereka, jangan jadikan kehidupan rakyat bertambah sukar akibat kelemahan pengurusan. 
PAS Labuan juga mencadangkan agar PL maju setapak lagi dengan menggunakan kaedah Online Votingbagi memudahkan rakyat Labuan menyalurkan bantahan terhadap cadangan menaikkan kadar cukai pintu. 
Kaedah menghantar dan memasukkan borang bantahan ke bangunan PL adalah merupakan cara lama dan tidak efisyen serta membazir dari segi kos (kertas, fotostat) malah akan menambah beban rakyat, melambatkan proses penelitian dan pengiraan serta menghasilkan keputusan yang tersasar dari kehendak sebenar rakyat. 
PAS Labuan bimbang kaedah ini akan dijadikan alasan untuk meneruskan kenaikan cukai kadaran akibat tidak banyak borang bantahan yang dihantar.
Kesimpulannya PAS Labuan membantah dan tidak bersetuju kenaikan cukai kadaran yang dicadangkan oleh pihak Perbadanan Labuan untuk dilaksanakan.
HAJI HAMIR HAJI ZAHARI 
Yang DiPertua 
PAS Kawasan Labuan 10 November 2019 – HARAKAHDAILY 10/11/2019

Boleh Pakai Bikini Di Pantai Jeddah? Jom Lawat!



Riyadh: Arab Saudi baru-baru ini melancarkan pelan untuk membangunkan sebahagian pantai barat negaranya menjadi pusat peranginan Laut Merah.
Projek itu akan membongkar potensi pantai sepanjang 200 kilometer dan 50 pulau batu karang dengan pembangunan hotel, kediaman mewah di satu zon pelancongan.
Pembinaan, termasuk sebuah lapangan terbang baru dijadual bermula 2019 sementara pusat peranginan itu akan ‘ditadbir menggunakan undang-undang yang setara dengan standard antarabangsa,’ kata kerajaan Saudi.
Ini mungkin bermakna wanita akan dibenarkan mandi dan berjemur dengan hanya memakai bikini, sesuatu yang tidak pernah dilihat dan tidak pernah dijangka akan berlaku di negara tempat terletaknya dua tempat paling suci umat Islam.

Pelan itu ialah sebahagian daripada projek Wawasan 2030 yang diketuai oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman dan dirancang untuk menamatkan penggantungan ekonomi Saudi pada minyak.
“Projek Laut Merah akan menjadi destinasi pelancongan mewah. Ia akan meletakkan standard baru bagi pembangunan lestari dan menempatkan Arab Saudi dalam peta pelancongan antarabangsa pada masa akan datang,” menurut kenyataan yang dikeluarkan Tabung Pelaburan Awam (PIF) Saudi.
Untuk tujuan itu, sekatan terhadap visa pelancong akan dilonggarkan di zon itu walaupun setakat ini tidak jelas sama ada pengharaman arak di kawasan itu juga akan ditarik balik.
Fasa pertama projek itu dijangka siap menjelang 2022 dengan jumlah pengunjung diramalkan mencecah sejuta setahun menjelang 2035.
Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), PIF akan menyumbang modal awal sementara mencari rakan kongsi dalam kalangan syarikat utama dalam sektor pelancongan dan hospitaliti. - Agensi
(Sabtu, 5 Ogos 2017)

Mengapa (Akhirnya) Arab Saudi Bebaskan Wanita Pakai Bikini di Pantai?

Video

Perlukan Wakil Cina Moderat, Tidak Akstrem -SU PAS.

Hasil carian imej untuk Perlukan wakil kaum Cina moderat, tidak ekstrem
SETIAUSAHA Agong PAS, Dato’ Takiyuddin Hasan mengetuai pimpinan dan petugas Pilihan Raya PAS Negeri Johor untuk PRK Tanjung Piai mengunjungi Pusat Operasi Pilihan Raya MCA Tanjung Piai pagi tadi.

Kehadiran kami disambut oleh Naib Presiden MCA, Dato’ Seri Ti Lian Ker dan calon BN, Dato’ Seri Dr Wee Jeck Seng serta Timbalan Setiausaha Agong MCA serta beberapa pimpinan kanan MCA.
Dato’ Takiyuddin menjelaskan beberapa pendirian PAS terhadap masyarakat majmuk, senario politik semasa, sikap terbuka dan penghargaan PAS terhadap masyarakat Cina yang memahami asas-asas kenegaraan Malaysia. 
Kerjasama PAS adalah satu keperluan untuk mengukuhkan pakatan pembangkang di Malaysia pada waktu ini memandangkan MCA dan MIC (masyarakat India) hanya ada satu kerusi di Parlimen. MCA perlu menang bagi mewakili masyarakat Cina yang moderat dan tidak ekstrem, sama ada sebagai pakatan pembangkang dan untuk membentuk kerajaan pada masa depan bersama Muafakat Nasional. 
Dato’ Seri Ti Lian Ker mewakili MCA merakamkan terima kasih kepada PAS atas sokongan dan bantuan yang diberikan di PRK Tanjung Piai. Mereka mengakui kehebatan dan kebaikan PAS (disebut kesucian), disiplin ahli-ahli PAS yang sangat tinggi dan keterbukaan pimpinan PAS untuk bertemu dan bekerjasama dengan pihak lain demi keharmonian rakyat Malaysia. 

MCA sangat menghargai ucapan Presiden PAS dalam majlis ceramah perdana malam tadi yang sangat jelas, padat dan tegas. Itulah sikap seorang pemimpin yang perlu ada di negara ini. Itulah kali pertama pemimpin MCA mendengar sendiri daripada mulut pemimpin nombor satu PAS mengenai pendirian PAS dan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. 

Mereka sangat bersyukur kerana melalui kerjasama di Tanjung Piai, satu halangan besar perkauman dan kebimbangan yang menjadi taboo dalam politik Malaysia telah dapat dilepasi. 

Sekian lama DAP dan sesetengah pemimpin masyarakat Cina memainkan sentimen perkauman untuk menakut-nakutkan MCA dan masyarakat Cina supaya menjauhi PAS, khususnya tentang dasar Islam perjuangan PAS. 

Mereka bertujuan membunuh sama sekali MCA daripada pentas politik Malaysia, apabila ada usaha mendekati satu sama lain. Kali terakhir ialah di PRK Balakong, bila DAP menyebarkan persepsi kerjasama PAS-MCA untuk menjauhkan pengundi Cina daripada MCA. 

Terbukti pada hari ini, yang sangat rasis dan bahaya kepada masyarakat Malaysia ialah DAP. Apabila mereka sibuk dan terkapai-kapai dalam Kerajaan PH yang huru-hara, mereka tak ada masa untuk meniupkan sentimen rasis untuk menjauhi PAS dan masyarakat Cina. Pertemuan ini sangat bersejarah, dan akan membuka lembaran baru politik Malaysia. 

Dato’ Seri Ti Lian Ker dan Dato’ Takiyuddin Hasan adalah rakan sekuliah dan sama-sama memimpin Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya satu ketika dulu sebagai Presiden dan SU Agong MPPUM. 

Catatan: 
MUHAMMAD SANUSI MD NOR 
Pengarah Jawatankuasa Induk PAS 
PRK Tanjung Piai – HARAKAHDAILY 7/11/2019 
Hasil carian imej untuk Perlukan wakil kaum Cina moderat, tidak ekstrem

Hibur Hibur Sikit


Leo Rojas LIVE - Oelsnitz, DE 2015


Musik instrumen penenang hati Saat Jiwa Gelisah Dan Sterss - seruling cina


Yuki and Taku in Singapore

Tun M Cari Negara Sanggup Terima Pembangkang Kemboja..

Pemimpin pembangkang Kemboja hidup dalam buangan tiba di Kuala Lumpur
Rainsy ketika ditemui pemberita di lapangan terbangan turut memaklumkan telah dijemput ke Parlimen pada Selasa ini sebagai sebahagian lawatan peribadi. - Gambar AP


Pemimpin pembangkang Kemboja hidup dalam buangan tiba di Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR: Pemimpin parti pembangkang Kemboja yang hidup dalam buangan, Sam Rainsy selamat mendarat di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Lapor agensi berita AP, Pengasas Parti Penyelamat Nasional Kemboja (CNRP) itu  tekad untuk kembali ke Kemboja walaupun terdapat cubaan oleh Perdana Menteri Hun Sen untuk menghalangnya.

Beliau ketika ditemui pemberita di lapangan terbangan turut memaklumkan telah dijemput ke Parlimen pada Selasa ini sebagai sebahagian lawatan peribadi.

Ia seolah-olah memberi gambaran bahawa Rainsy akan terlepas sambutan Hari Kemerdekaan Kemboja, Sabtu ini.Ketika ditanya mengenai rancangan, Rainsy menegaskan beliau mempunyai hak untuk pulang ke negara itu, malah akan menjalankan tugasnya seperti biasa.
Terdahulu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan kerajaan akan cuba mencari negara lain yang sanggup menerima pemimpin pembangkang Kemboja yang hidup dalam buangan. (AA)

Hibur Hibur Sikit

D'lloyd-hidup di bui





D'lloyd - Keagungan Tuhan [Official Music Video]

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails