Saturday, March 09, 2019

LGE: Pemuda PAS, Umno, MIC Lapor Polis.

 

KAMI hari ini melahirkan rasa kesal dan marah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Lim Guan Eng (Menteri Kewangan) yang mengatakan Umno dan PAS telah ‘mengisytiharkan perang’ kepada orang masyarakat bukan Melayu.
Kenyataan ini jelas biadab, rasis dan tidak bertanggungjawab yang jelas boleh menggugat perpaduan kaum dan keharmonian negara.
Jelas menunjukkan sikap Lim Guan Eng yang pendendam dan iri hati terhadap kerjasama antara Umno dan PAS ini. Beliau seperti ‘panas punggung’ dan ‘cacing kepanasan’ melihat hubungan baik yang semakin kukuh dua parti Melayu dan Islam terbesar di Malaysia ini.
Ditambah pula dengan 2 kekalahan besar Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highland dan Dun Semenyih yang menyaksikan kerjasama kedua-dua parti telah mencapai kemenangan yang cukup selesa dan diterima rakyat khususnya pengundi-pengundi Melayu.
Kenapa Lim Guan Eng perlu takut dengan situasi ini? Sehinggakan terpaksa mengeluarkan kenyataan biadab serta dangkal seperti ini. Cerminlah diri sendiri terlebih dahulu. Beliau seringkali mengatakan Umno dan PAS rasis tetapi sebaliknya dengan kenyataan beliaulah yang sebenarnya rasis.
Sebagai Menteri Kanan dalam Kerajaan PH, bukan ini jadi isu utama. Kembalikan keyakinan rakyat kepada Kerajaan PH dengan menunaikan segala Manifesto PH pada PRU14 yang lepas. Selesaikan banyak masalah rakyat seperti menangani kos barang semakin meningkat, beban kehidupan rakyat, masalah bantuan petani, pesawah dan banyak lagi yang boleh dilakukan dalam membantu meningkatkan ekonomi negara.
Kami ingin menggesa kepada pihak polis dan berkuasa agar satu tindakan tegas perlu diambil khususnya Akta Hasutan kepada Lim Guan Eng yang jelas kenyataannya boleh menggugat keamanan dan keharmonian antara kaum di Malaysia. Perkara ini cukup serius dan membimbangkan.
Kami juga ingin mendesak agar beliau memohon maaf atas kenyataan tersebut dan meletakkan jawatan sebagai Menteri Kewangan atas tanggungjawab mengeluarkan kenyataan biadab ini.
Terima kasih
Salam hormat dari kami,
1.     MOHD NORHIESAM HAJI ISMAIL
(Ketua Pergerakan Pemuda Umno Nibong Tebal)
2.     ABDUL MUSHAWWIR ABD RASHID
(Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Nibong Tebal)
3.     ELLANGOVAN A/L GENGAN
(Ketua Pemuda MIC Nibong Tebal) - HARAKAHDAILY 8/3/2019

6 Keluarga Tolak Tawaran K'jaan Negeri,Terus Tinggal Di Komtar.

PENDUDUK PPR Taman Manggis dan ahli Pas serta NGO mengadakan solat hajat
PENDUDUK PPR Taman Manggis dan ahli Pas serta NGO mengadakan solat hajat di pekarangan Komtar, Georgetown, Pulau Pinang malam ini.
PULAU PINANG 8 Mac - Meskipun diberi kelonggaran oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk pulang ke rumah masing-masing, namun enam buah keluarga yang dihalau dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis di sini enggan berbuat demikian.
SEBANYAK enam keluarga PPR Taman Manggis memilih untuk kekal tinggal di pekarangan Komtar
SEBANYAK enam keluarga PPR Taman Manggis memilih untuk kekal tinggal di pekarangan Komtar 

Mereka sebaliknya terus kekal berada di pekarangan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini sehingga malam ini sejak dihalau dari rumah masing-masing Rabu lalu.
Menurut mereka, keputusan untuk terus berada di pekarangan Komtar itu diambil selagi kerajaan negeri tidak membuat sebarang keputusan tetap dan tanpa syarat mengenai situasi yang dihadapi mereka ketika ini.
Suri rumah, Nazrimah Jamal Abidin, 44, berkata, dia membuat keputusan itu selepas tidak pasti dengan nasib mereka selepas berakhirnya kelonggaran memasuki rumah yang diberikan kerajaan negeri sehingga Ahad ini.
"Apa yang akan terjadi kepada kami selepas Ahad nanti? Adakah kami akan dihalau sekali lagi?
"Selagi tidak ada apa-apa yang pasti daripada kerajaan negeri, selagi itu kami akan terus tinggal di sini," katanya kepada pemberita di sini malam ini.
Sementara itu, seorang lagi penduduk, Khalidah Nazir Ahmad melahirkan rasa kecewa dengan tawaran kerajaan negeri yang disifatkan bukan penyelesaian jangka masa panjang.
Malah, dia juga melahirkan rasa terkilan kerana mendakwa penduduk diminta menandatangani dokumen tanpa dapat mengetahui kandungannya sekali gus menimbulkan kemusykilan penduduk.
Dalam pada itu, penduduk terlibat serta beberapa ahli Pas dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) malam ini turut mengadakan solat hajat di pekarangan Komtar bagi mendoakan penyelesaian terbaik berhubung kemelut tersebut. - UTUSAN ONLINE

Penceramah Terkenal A/Somad Ziarah Keluarga TG Nik Aziz..



KOTA BHARU: Penceramah terkenal nusantara, Ustaz Abdul Somad Batubara tidak mampu menahan sebak ketika berkujung ke kediaman almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka hari ini.
Katanya, nama bekas Menteri Besar Kelantan itu mulai mencuri hatinya sejak 1998.
Beliau mula mengenali almarhum Tuanh Guru ketika belajar di Kaherah, Mesir.
“Rakan saya berkahwin dengan seorang pelajar dari Malaysia iaitu dari Kelantan. Suatu hari saya singgah rumah kawan itu dan nampak gambar seorang yang berserban.
“Bermula saat itu saya mencari artikel berkaitan Tuan Guru di samping menyimpan gambar-gambar Tuan Guru di komputer riba,” katanya ketika mengunjungi kediaman Tok Guru di Pulau Melaka.
Berikutan itu beliau pernah menyimpan angan-angan untuk bertemu almarhum untuk membawa serban dan memakaikannya kepadanya.
"Namun semuanya menjadi kenangan apabila saya menjejak kaki ke kediamannya almarhum telah tiada," ujarnya sambil mengesat air mata.
Beliau juga berkata, begitu berpuas hati dapat menziarahi keluarga almarhum.
Oleh itu beliau berharap kunjungan itu mendapat rahmat dari Allah Taala serta mendapat ganjaran nikmat dariNya.
Turut hadir pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus, anggota Parlimen Bachok Ustaz Nik Aduh Nik Abdul Aziz dan anak serta adik beradik Tok Guru. - HARAKAHDAILY 15/2/2019

Hasil carian web

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails