Sunday, February 17, 2019

Cubaan Tun M Pecahbelah Parti Melayu Terbesar. -Mursyidul Am

HASHIM
PAS Tidak Akan Lakukan Sesuatu Yang Merugikan Islam - Mursyidul Am Pas


ARAU 17 Feb. - Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin mengingatkan Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa parti itu sama sekali tidak akan melakukan sesuatu yang merugikan Islam.
Malah Hashim juga melihat kenyataan Dr. Mahathir kononnya Pas tidak akan menyokong UMNO dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih sebagai cubaan memecahbelahkan perpaduan antara kedua-dua parti terbesar orang Melayu itu.
Katanya, tindakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu juga berkemungkinan bagi menutup kelemahan di dalam PH sendiri khususnya ketika mereka begitu terdesak untuk memenangi PRK kali ini selepas ditolak di Cameron Highland.
“Ya, saya ada dengar Dr. Mahathir kata Pas tidak akan sokong UMNO, jadi kita tunggu dan dengar apa penjelasan daripada Presiden Pas (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) sendiri mengenai perbincangan dalam pertemuan baru-baru ini.
“Kita pun tidak tahu apa tujuan Dr. Mahathir keluar kenyataan begitu (Pas tidak akan sokong UMNO) kerana seperti sedia maklum Perdana Menteri itu sememangnya licik bermain politik,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Dr. Mahathir mengenai pengakuan Abdul Hadi yang Pas tidak akan menyokong calon UMNO pada PRK DUN Semenyih.
Tambah Hashim, beliau percaya rakyat boleh menilai sendiri kenyataan Dr. Mahathir itu terutama apabila melihat beberapa pemimpin kanan Pas hadir ke pusat penamaan calon semalam bagi menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN).
“Jadi saya tidak nampak pula pemimpin Pas hadir ke pusat penamaan calon untuk menyokong PH. Kita juga penuh yakin kepemimpinan Abdul Hadi tidak akan melakukan sesuatu yang merugikan Islam,” katanya.
Sementara itu, Hashim tidak menolak kemungkinan turun membantu kempen BN di Semenyih. - UTUSAN ONLINE

Banyak Pelaburan KWSP Rugi Pada Tahun 2018 -Ibnu Hasyim


Tahu tak, kebanyakan dana KWSP dilaburkan ke dalam syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia?


Kira bersyukur jugalah, di kala pasaran saham indeks FBMKLCI telah turun sebanyak 9.16% pada tahun lalu, pihak KWSP masih mampu memberi dividen sebanyak ini. Tengok sendiri Prestasi Tahunan FBMKLCI Dari 1982-2019. Dan untuk pengetahuan, FBMKLCI terdiri daripada 30 syarikat terbesar di Bursa Malaysia berdasarkan market capitalization mereka.
Nak tahu kat mana KWSP banyak melabur dalam syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, boleh baca dalam artikel Duit KWSP ‘Hilang’ RM6 Bilion?
Semoga tahun 2019 membawa sinar harapan yang baik untuk negara kita, bersama-sama kita berusaha dan berdoa agar Malaysia terus maju.
Al-hamdulillah Lagi..

Dividen KWSP Simpanan Syariah Turun 0.5%, Manakala Konvensional Turun 0.75% Bagi Tahun 2018


Alhamdulillah, baru-baru ini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan pemberian dividen sebanyak 5.9% bagi simpanan Syariah, turun sebanyak 0.5% berbanding tahun lalu.
Manakala KWSP mengumumkan pemberian dividen sebanyak 6.15% bagi simpanan konvensional, turun 0.75% berbanding tahun lalu.
Sumber: Laman Web KWSP
Hasil carian imej untuk ibnu hasyim (Ibnu Hasyim)


Dia Ini, Serupa Barua-barua Melayu PH..

Othman Wok PAP Serupa Baruah2 Melayu PH-

Sebelum pembaca membaca kisah sedih kejatuhan bangsa Melayu akibat dari pengkhianatan oleh bangsa Melayu sendiri, admin tayangkan video klip tentang sejarah bangsa Melayu untuk kita renungkan..


Dalam sejarah negara, ramai terlupa tentang antara sebab Singapura berjaya di keluarkan dari Malaysia...




Salah seorang individu yang bertanggungjawab dalam pemisahan tersebut adalah Othman Wok, bekas pengarang akhbar Berita Harian dan Utusan Melayu... Kerana kuasa politik orang Cina, Singapura terpaksa di pisahkan dari Malaysia...

Othman Wok yang paling banyak membantu mempengaruhi orang Melayu Singapura yang kemudiannya di jadikan menteri dalam kerajaan Lee Kuan Yew sebagai ganjaran...
  
Di antara peranan yang dimainkan oleh Othman Wok pada masa itu ialah melakukan hasutan dan fitnah terhadap isu semasa dan menaikkan kemarahan anak muda terhadap UMNO Singapura... Fitnah dan hasutan ini telah menjadikan anak muda terus menolak UMNO di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman...
Akhirnya, UMNO tewas semua kerusi di Singapura (BACA DI SINI)...
Sekarang peranan Othman Wok mirip dengan apa yang di lakukan oleh Anwar Ibrahim mahupun Mat Sabu terus memperdayakan anak muda Melayu agar memberi undi kepada sekutu kuasa politik orang Cina PAP... Setiap kali dia berceramah, setiap kali itu juga dia mengatakan yang hak2 keistimewaan orang Melayu dan Raja Raja Melayu ini hanya retorik dan mainan Tunku...

Kononnya Tunku ada agenda lain, iaitu untuk merampas tanah orang Melayu di Singapura... Pengkhianatan sedang di lakukan oleh beberapa pemimpin Melayu yang kini berada berasama DAP untuk tujuan yang sama di lakukan oleh Othman Wok terhadap bangsa Melayu dan UMNO di Singapura...
Akhirnya bangsa Melayu Islam dan UMNO hilang di persada politik Singapura dan menjadikan bangsa Melayu seperti pengemis...


DAP dengan agenda liciknya sedang memporak perandakan dunia Islam di Malaysia... Melalui jaringan yang mantap penuh rahsia...

Jalan yang paling mudah ialah menghidangkan hiburan dan mengajak manusia yang bernama Melayu melakukan kerja bodoh dengan berdemo menentang kerajaan yang di pimpin oleh orang Melayu...

Pada awal 70'an, Lee Kuan Yew telah mencadangkan agar semua jenazah orang Islam Singapura di bakar kerana kawasan kuburan sangat terhad... Othman Wok yang juga menteri mewakili orang Melayu membuktikan ketaatannya dengan menyokong pendirian Lee Kuan Yew itu sehingga mencetuskan bantahan MUIS dan seluruh masyarakat Islam...

Tindakan tersebut mempunyai persamaan di mana isu wang zakat, azan, kalimah Allah serta banyak lagi isu berkaitan dengan aqidah serta hukum halal dan haram di dalam agama Islam yang mahu di anggap sebagai perkara yang remeh dan di cadangkan agar di halalkan segalanya...


Sikap yang ditunjukkan Othman Wok saling tak tumpah dengan sebilangan pemimpin Melayu di Pakatan Harapan yang sentiasa akur dengan DAP sebagai kata pemutus muktamad... Apakah kita sehingga kini masih lagi dalam keadaan begitu bodoh yang mahu menerima pengkhianat seperti ini dalam politik kita...
Sehingga sekarang ini Othman Wok masih di anggap sebagai pengkhianat Melayu oleh kebanyakan orang Melayu Singapura, kerana hasutan dialah, Lee Kuan Yew mengharamkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS aka UMNO Singapura) salah satu sayap UMNO di Singapura... Cara jalan cerita Othman Wok ini seakan sama dengan jalan cerita yang berlaku sekarang ini di negara kita...
Takkan kita orang Melayu di sini ingin jadi seperti orang Melayu di Singapura, ibarat melukut di tepi gantang, merempat di bumi sendiri...
Kalau di zaman Kesultanan Melayu Melaka, Si Kitol muncul sebagai pengkhianat agama dan bangsa, sehingga Empayer Melaka tewas di tangan Portugis...
Di zaman Belanda pula, muncul Melayu2 pengkhianat yang di gelar oleh As Syahid Raja Haji sebagai Melayu yang Berwajah Melayu, Berhati Belanda!!!
Dan Tun Sri Lanang pula dengan pengkhianatannya dalam bidang penulisan yang menghina bangsa sendiri!!! Era awal kemerdekaan, muncul pula Osman Wok sebagai pengkhianat bangsa... Apakah hari ini, ada Melayu yang di katakan sebagai berwajah Melayu tetapi berhati DAP!!!

Mirip siapakah watak Si Kitol, Tun Sri Lanang dan Othman Wok di Malaysia? Tepuk dada tanya minda...

Kredit :

Dr M Bimbang K'jaan PH Tumbang, Berdasarkan Senario Semasa,



KUALA LUMPUR – Rakyat akan menukarkan kerajaan Pakatan Harapan sekiranya gagal memenuhi janji yang dibuat dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, berdasarkan senario semasa, rakyat kini sedang memerhatikan pentadbiran kerajaan sama ada boleh memenuhi janji yang dibuat.
Namun beliau mengakui PH tidak dapat melaksanakan sebahagian janji tersebut selepas sembilan bulan bergelar kerajaan.
“Sekarang ini negara, rakyat memerhatikan untuk melihat apakah kerajaan baharu ini dapat melaksanakan janji itu.
“Tetapi malangnya, kami (PH) tidak dapat menunaikan banyak janji.
“Mana-mana kerajaan yang tidak memenuhi janji akan jatuh dan begitu juga untuk pusingan akan datang kerajaan ke bawah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucap utama sempena Pesta Demokrasi Kuala Lumpur 2019 anjuran Gerakan Pembaharuan Untuk Asia Tenggara (FORSEA) di di sini hari ini.
Turut hadir, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.
Mahathir menambah, rakyat ingin melihat perubahan segera selepas PH mengambil alih kerajaan daripada pentadbiran Barisan Nasional.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, kerajaan hari ini berdepan kesukaran dalam melaksanakan pembaharuan yang pantas berikutan ketirisan yang ditinggalkan oleh pentadbiran terdahulu.
“Orang ramai sudah tentu tidak sabar dan mereka mahu melihat perubahan sekarang.
“Tetapi mereka perlu menanggung dengan kerajaan sekarang kerana ia memerlukan masa untuk membetulkan semua kesalahan yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu (BN),” katanya.
Beliau memberi amaran kepada kerajaan PH, jika dapat berkuasa terlalu lama seperti kerajaan sebelum ini, ia akan tumbang juga jika tidak mengambil kritikan rakyat secara serius. – MalaysiaGazete

Jadilah Pejuang Islam Di Alam Siber -Presiden PAS




ومن احسن قولا ممن دعا إلى الله و عمل صالحا وقال إنني من المسلمين
  • Maksudnya: "Dan siapakah yang lebih baik perkataannya dari orang yang menyeru kepada Allah dan beramal soleh, dan dia berkata: “Sesungguhnya aku termasuk dalam kalangan orang Islam”.
Kita adalah umat yang bertangungjawab meneruskan perjuangan menyampaikan Islam ke seluruh alam.
Dunia akhir zaman, diberi ilmu yang sedikit berbanding Ilmu Allah tetapi begitu canggih dan hebat.
Cukup di akhir zaman dengan seorang rasul kerana maklumat mengenainya dapat diketahui.
Segala berita, hukum-hakam, tentang alam dilaporkan oleh Quran dengan benar.

Juga teori pemikiran dan lain-lain yang gagal menunjukkan benarnya Quran.

Allah mencabar manusia supaya datangkan seperti Quran tetapi gagal.
Islam tidak mati dengan wafatnya Nabi, tetapi ajarannya mesti disampaikan.
Teknologi maklumat, dunia tanpa sempadan, langit terbuka, boleh digunakan untuk serang Islam atau sampaikan Islam.
Allah boleh sahaja pertahankan agamaNya, sebagaimana yang pernah berlaku dalam sejarah manusia, dengan kun fa yakun, tetapi kita mesti menjadi bala tentera Allah, termasuk dalam lapangan siber.
Nabi pernah dibawa dalam peristiwa Israk Mikraj, melihat neraka. Antaranya mereka yang diazab dengan dahsyat kerana sebarkan berita hingga ke seluruh ufuk dunia. Ini disebut 1,000 tahun lampau. Kita dapati ia berlaku sekarang melalui alam siber.
Mereka yang ada kemampuan dalam bidang ini mesti pertahankan Islam, lawan balik musuh Islam.
Dalam PRU14 lepas, ramai yang terpengaruh dengan berita dari siber, hingga menyebabkan negara kini dikuasai oleh bukan Islam.
Ayat Quran janjikan pahala kepada orang yang sebarkan kebaikan, walaupun dia telah meninggal dunia. Begitu juga mereka yang berkongsi berita jahat, menulis fitnah dan lain-lain, ia berterusan walaupun sudah meninggal dunia.
Semoga ijtimak siber ini mendatangkan manfaat kepada kita sebagai amal soleh.
Catatan:

Ustaz Nik Muhammad Nasri Nik Malek

Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu

Ketua Lajnah Media Baharu, Dewan Ulamak PAS Terengganu

Sabtu 16 Feb 2019
Kemaman – HARAKAHDAILY 16/2/2019

Tulisan di atas ialah intisari ucapan penutup Ijtimak Siber, Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman oleh Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.


Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

Seekor Lembu Bertembung Keretapi Terpantas Di India..

KERETA api tersebut bertembung dengan seekor lembu sehari selepas
KERETA api tersebut bertembung dengan seekor lembu sehari selepas dirasmikan Predana Menteri India, Narendra Modi.-AFP 

NEW DELHI 16 Feb.- Perkhidmatan kereta api terpantas India yang dilancarkan baru-baru ini mengalami gangguan setelah bertembung dengan seekor lembu.

Vande Bharat Express yang dilancarkan Perdana Menteri, Narendra Modi memulakan perjalanan buat kali pertama dari New Delhi menuju Varanasi pada Jumaat lepas.

Namun, kereta api malang itu bertembung dengan seekor lembu dan mengakibatkan nya terkandas ketika dalam perjalanan pulang ke New Delhi hari ini.-AFP

'PAS tak sokong UMNO PRK Semenyih'? Mahathir-A.Hadi, Siapa Main Siapa?


PAS tak sokong UMNO PRK Semenyih, Mahathir cuba ‘game’ Hadi, agaknya siapa yang kena?

Dr Mahathir Mohamad berkata dalam pertemuan beliau dengan Presiden PAS semalam Abdul Hadi Awang memberi perakuan untuk tidak menyokong Umno.

Ketika ditemui di Petaling Jaya hari ini Mahathir mendakwa pada asasnya beliau dan Abdul Hadi berbincang mengenai politik semalam.

Ditanya mengenai butiran lanjut, Mahathir berkata PAS tidak akan menyokong Umno lagi.

"Tak akan menyokong Umno, tapi ada juga pengakuan secara tertulis dan ditandatangani," katanya.

Sebelum saya ulas cakap-cakap Mahathir yang lebih banyak sinikal ini macam dulu dia pernah kata"saya tangkap Anwar, saya penjara dia... saya buat aniya dia" dalam ertikata Mahathir menafi dia tangkap Anwar. Tapi puak-puan bodoh dalam PKR masa itu sebar video ini sehingga 5 juta tontonan, apa PKR dapat... Mahathir macam itu juga. Penonoton 5 juta juga kena kencing.

Mari kita imbas kembali apa sikap Mahathir apabila ada pimpinan parti lain jumpa dia. Kita ambil terdekat ketika Zahid Hamidi jumpanya semasa Najib masih lagi menjadi PM. Mahathir ketika itu selamba aje 'kencing' penyokong PH dan rakyat kononnya Zahid datang nak jatuhkan Najib.

Bagaimanapun, Zahid menafikan ia bertujuan menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak, sambil berkata pertemuan itu dirakamkannya, malah direstui presiden Umno itu sendiri (Najib). 

“Perkara yang tidak berlaku dikatakan berlaku. Saya ingin katakan, ia berlaku atas keizinan perdana menteri selepas 10 hari saya dilantik sebagai timbalan perdana menteri,” katanya merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Jerlun, Kedah pada 3 Ogos 2017 lalu.

Itu licik Mahathir.

Sekali lagi Zahid Hamidi cuba dimanipulasi pertemuannya dengan Mahathir selepas PRU-14 kononnya nak bubar UMNO.

Selepas sekian lama membisu dan berdiam diri, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akhirnya mengakui yang beliau menemui Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebanyak dua kali selepas Pilihan Raya Umum (PRU) lalu untuk perbincangan politik dan menghalang 'pengharaman umno'.

Orang yang bijak politik tahu siapa Mahathir yang dulunya MAHAFIRAUN. Perkataan "Maha" nak tunjuk jahatnya lebih daripada firaun... dari bahasa sangat jahat, suka putar belit.

Berbalik isu terkini Mahathir kata "Tak akan menyokong Umno, tapi ada juga pengakuan secara tertulis dan ditandatangani," 

Ada 2 perkara:-

1. Tak akan sokong UMNO (harus dia yang merayu)
2. Ada pangakuan dan tandatangan (maybe penjanjian royati)

Kaki belit dan penipu seperti Mahathir kita kena analisis betul-betul cakap dia. Rekod dia ni "kencing" (menipu) semenjak 1981 lagi.

Dalam isu yang sama apabila ditanya berkenaan petemuan itu respon Presiden PAS, cepatnya... dah tahu, ada gambar keluar ke? Mungkin pembantu Abdul Hadi jawab mungkin gambar lama.

Mahathir bijak main psikologi dan bijak menipu

Prinsip Mahathir tak boleh tipu semua boleh tipu seorang dua sudah cukup. Tak boleh perbodohkan lawan bodohkan penyokong sudah memadai.

Pasal itu tak hairan pengawai peribadi Ustaz Ahmad Awang si Muhammad Radzi Ismail 
mulalah buat kerja bodoh dan sanggup sebar fitnah. Kesian solat macam hebat tapi fitnah pun lagi hebat.

Katakan kita semua bodoh dan minum kencing Mahathir percaya kepada kata-kata Mahathir PAS tak akan sokong UMNO pada PRK Semenyih. Habis Mesyuarat PAS Kawasan dengan UMNO Bahagian di Semenyih tu apa hal?
 Itu yang kawasan bertanding. Bagaimana PAS dan UMNO luar Selangor. Habis gambar diatas apa hal pula. Takkan Abdul Hadi sama-sama mabuk 'kencing' boleh buat perjanjian tak sokong UMNO di Semenyih?

Orang berakal boleh fikir samada Mahathir kaki kencing atau pun maybe dah nyanyuk! 

Naib presiden PAS Iskandar Samad apabila ditanya wartawan menjawab dia meragui dakwaan Dr Mahathir Mohamad 

"Saya tidak tahu isi pertemuan presiden dan Tun M tetapi arahan yang diterima untuk PAS sokong calon BN. Kami dah bentuk jawatan kuasa pilihan raya bersama di peringkat daerah mengundi. Mustahil tidak sokong," katanya ringkas

Mahathir kena game oleh Hadi macam Husam Musa juga!!

Sebelum ini Husam kena game oleh Nik Abdul pasal Audio bila ditanya dia menjawab bahawa sebarang itu fitnah jahat kepada dia dan parti tidak merujuk suara audio.

Mungkin juga Hadi pun mainkan orang tua tu... mana kita tahu.
Orang tua kalau kita layan dan berpura-pura dia percaya...
Melainkan kalau dia dah nyanyuk

Mahathir Terdesak

Ramai penganalisis politik melalui komen ringkas dalam facebook dan whatsapp menyifatkan tindakan Mahathir adalah tindakan orang terdesak dengan kedudukan kajian sokongan kepada PM menurun sehingga 42% sahaja. Manakala sokongan Melayu sahaja turun sehingga 27% dalam kajian terkini.

Biasa orang yang terdesak akan buat perkara yang pelik.

MINDARAKYAT

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails