Monday, October 15, 2018

Berenang Seberangi Sungai Sejak 10 Tahun, PH Tak Prihatin Orang Asli..

Berenang Seberangi Sungai Sejak 10 Tahun, Orang Asli Mohon Jambatan

ALOR GAJAH – Sejak 10 tahun lalu, penduduk Kampung Orang Asli di Kubang Badak, Tebong di sini terpaksa mengharungi air sungai sedalam satu meter dan adakalanya berenang untuk ke kebun buah-buahan, kelapa sawit dan getah mereka yang terletak di seberang.

Mereka mendakwa terpaksa berbuat demikian selepas jambatan kayu yang menghubungkan perkampungan mereka dengan kawasan ladang tersebut roboh gara-gara kegiatan melombong pasir yang berleluasa sejak 15 tahun lalu.
“Kira-kira 50 penduduk Orang Asli berulang-alik dari rumah ke tanah seberang sungai setiap hari dan keadaan adalah berbahaya terutama pada musim hujan kerana air sungai boleh naik secara mendadak,” kata Tok Batin Kampung Kubang Badak Besi Dulah kepada Bernama, di sini.
Menurutnya air di sungai selebar 30 meter itu boleh naik sehingga tiga meter jika hujan sekali gus menghalang penduduk mengangkut hasil kebun.
Menurut Besi, 37, masalah mereka telah dibawa kepada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (Jakoa) dan juga pemimpin setempat namun sehingga kini tiada tindakan diambil untuk menggantikan jambatan tersebut.
Katanya jambatan asal di sungai berkenaan dibina sekitar 1980-an sebelum roboh pada 2008 akibat perlombongan pasir yang kali terakhir dijalankan tahun lepas.
“Sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, ketika kita bertanya kepada pihak terlibat bila mahu bina jambatan baharu, mereka kata masih dalam proses dan baru-baru ini juga saya ada bertanya untuk mendapatkan penjelasan, namun mereka memberikan alasan tiada bajet untuk membina jambatan tersebut.
“Saya bimbang dengan keselamatan penduduk di kampung ini dan mereka menyeberang ke sungai juga untuk mencari sumber rezeki. Kita harap kerajaan dapat membina jambatan baharu itu demi kemudahan dan keselamatan penduduk,” katanya.
Pada 11 Jun lepas, Kerajaan Negeri Melaka mengarahkan semua kegiatan mengorek dan mengambil pasir bagi aktiviti daratan serta kutipan hasil hutan negeri itu dihentikan berkuat kuasa 1 Julai bagi menjamin kelestarian alam sekitar untuk generasi akan datang. – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kerajaan PH masih tak prihatin lagi? Terus menyambung kazaliman kerajaan terdahulu? Porrah!!

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-32: Bersama Orang Asli..
E-Buku IH-32: Bersama Orang Asli..

Sunday, October 14, 2018

Bekas Isteri Salman Rushdie Mengaku Mangsa Rogol. Artis Padma Lakshmi..

Imej yang berkaitan
Padma Lakshmi 
HALAMAN HIBURAN


LOS ANGELES - Penulis dan artis, Padma Lakshmi telah mendedahkan bahawa dirinya pernah dirogol ketika berusia 16 tahun.

Memetik laporan The New York Times, dia berasa kesal kerana telah menyimpan selama beberapa dekad. Bekas isteri penulis novel tersohor, Salman Rushdie turut menyalahi diri sendiri atas kejadian yang berlaku pada 32 tahun lalu bersama teman lelakinya.


"Jika saya beritahu atau uar-uarkan perkara itu pada waktu berkenaan, saya akan berasa rendah diri dan malu.
"Saya terfikir, saya telah melepaskan individu yang merogol. Kini, selepas 32 tahun peristiwa itu, saya berani menyatakan secara terbuka," katanya.

Katanya, dia tiada menerima apa-apa keuntungan apabila menceritakan kisah silamnya.
"Namun ada ketikanya, kita perlu mengambil masa yang sesuai untuk menceritakan kebenaran tentang serangan seksual," katanya.

Lakshmi, 48, pertama kali mendedahkan pengalamannya menerusi Twitter sebagai menyokong kempen media sosial tentang mangsa penderaan seksual dengan menggunakan hashtaq #WhyIDidntReport.

Siapa Salman Rushdie?
Salman Rushdie semasa melancarkan buku Shalimar the Clown
Salman Rushdie satu-satunya anak Anis Ahmed Rushdie, seorang peguam tapi terlibat dalam perniagaan. Isterinya Negin Butt seorang guru. Rushdie dilahirkan sebagai seorang Islam. Mendapat pendidikan di Sekolah / Gereja John Connon di Mumbai, Sekolah Ragbi dan King College, Cambridge, jurusan sejarah.

Rushdie pernah berkahwin dengan empat isteri. Isteri pertamanya Clarissa Luard (1976 - 1987) dan mendapat anak lelaki Zafar Rushdie. Isteri kedua novelis Amerika Marianne Wiggins (1988 - 1993). Isteri ketiga Elizabeth West (1997-2004) dan mendapat anak lelaki Milan Rushdie. Sejak 2004 mengahwini artis dan model bernama Padma Lakshmi. Padma merupakan pengacara siri realiti televisyen Amerika Top Chef.

Rushdie, penulis novel 'The Satanic Verses'. Novel yang mengundang kontroversi pada September 1988 kerana menghina Nabi Muhammad SAW. Tajuk novel ini memaksudkan, Al-Quran dan hadis nabi sebagai surah syaitan. 

Salman menuduh semua itu adalah hasil ciptaan nabi Muhamad belaka yang disandarkan kepada malaikat Jibrail. Lantas buku ini telah difatwakan haram di seluruh negara Islam.

Pada 14 Februari 1989fatwa hukum bunuh ke atas Salman Rushdie disiarkan melalui Radio Tehran oleh Ayatollah Ruhollah Khomeini. Pada 7 Mac 1989, hubungan diplomatik antara Iran dan United Kingdom diputuskan. Hubungan diplomatik dipulihkan pada 24 September1998 semasa Presiden Iran, Mohammad Khatami.
Salman Rushdie masih menerima surat/kad Valentine setiap 14 Februari yang merujuk beliau masih diancam bunuh oleh rakyat Iran.

Salman Rushdie di Malaysia..
Salman mendakwa dirinya seorang Islam tapi dianggap murtad oleh seluruh umat Islam kerana telah menghina Nabi Muhammad SAW. Novelnya banyak mengkritik peranan agama dalam masyarakat dan konflik antara yang benar dan tidak benar. 

Masih ramai Salman-salman yang mengaku Islam di Malaysia ini. Mereka mengaku Islam, tetapi telah menghina Nabi Muhammad SAW. Mereka mengaku Islam tetapi mengkritik peranan agama dan ulama dalam masyarakat negara ini. 

Mereka mengaku Islam, tetapi menolak sistem perundangan Islam, menolak Islam sebagai way of life. Mereka mengaku Islam tetapi menganut faham sekularisme yang memisahkan hari akhirat dengan kehidupan di dunia. Nada cakap-cakap mereka serentak dengan cakap musuh-musuh Islam, walaupun mereka rakyat Malaysia, di negara umat Islam! (IH)

Al-Hamdulillah! Tiada Pesta Arak Di K'tan.


ISLAM MEMIMPIN

KOTA BHARU: Sambutan pesta arak atau Octoberfest tidak pernah diadakan di Kelantan, kata anggota Exco, Dr Izani Hussin. 


Begitu juga katanya, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Kelantan tidak pernah menerima sebarang permohonan untuk diadakan pesta arak seperti di Shah Alam atau Kuala Lumpur.

“PBT Kelantan juga tidak menemui sebarang iklan atau promosi untuk mengadakan pesta arak.
“Bagaimanapun sekiranya terdapat iklan atau promosi untuk mengadakan pesta arak di mana-mana premis restoran khas yang dibenarkan jualan arak, orang ramai hendaklah tampil memberi maklumat.
“Insyaallah PBT akan mengambil tindakan yang sewajarnya,” kata beliau di sini.
Hari ini tular di media sosial seorang pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) Kelantan menyifatkan ada tiga restoran di negeri tersebut dikaitkan dengan mempromosi pesta arak.
Dipapar pada dinding media sosial pemimpin terbabit ‘grab the great fest 2018 limited edition designer mugs at the participating outlets, the brew inspired art limited edition mugs be available’.
Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI), Lim Guan Seng berkata, restoran yang dimaksudkan pemimpin PAN terbabit mendapat lesen khas daripada PBT dan dilarang orang Islam masuk.
Katanya, promosi tersebut bukan bentuk pesta seperti Oktoberfest di Kuala Lumpur dan hanya sekadar jualan biasa untuk nonMuslim sahaja. – HARAKAHDAILY 12/10/2018
Hasil carian imej untuk bahaya arak

Pemandu Teksi Menyesal Ditipu Rejim Mahathir...



Pemandu teksi menyesal ditipu rejim Mahathir kononnya Rosmah pemilik Grab dan Uber
Hasil carian imej untuk rejim mahathir
Saya pasti ramai yang terkejut dengan pengumuman Kementerian Kewangan mahu menggantikan bas perantara MRT dan LRT dengan Grab.
Sebelum PRU14, salah satu fitnah yang disebar oleh mereka yang menyokong PH kononnya isteri saya, Rosmah adalah pemilik Uber dan Grab.


Oleh itu, jika benar isteri saya pemilik Grab, kenapa PH mahu menggunakan Grab? Tuduhan kononnya isteri saya pemilik Grab atau Uber adalah satu lagi fitnah PH untuk menyemarakkan kemarahan orang ramai terhadap saya dan isteri.
Uber adalah syarikat Amerika Syarikat dan kini bernilai US$72 bilion (RM300 bilion) manakala Grab adalah syarikat tempatan yang dimulakan oleh usahawan muda Malaysia ketika pentadbiran saya.
Grab yang bermula sebagai ‘My Teksi’ berjaya bersaing dan turut menggantikan Uber di Malaysia dan negara di Asia Tenggara – suatu kebanggaan untuk negara.

Jika benar isteri saya pengasas dan pemilik Uber dan Grab maka dia adalah usahawan paling berjaya di Malaysia yang turut memahat nama di luar negara! Malangnya, ini tidak benar. isteri saya tiada kena-mengena dengan Uber dan Grab.

Selepas PRU14, saya sempat bertemu dengan beberapa pemandu teksi. Ada antara mereka meminta maaf kepada saya kerana terperdaya dengan fitnah ini kerana mereka Uber dan Grab yang mencetus saingan kepada sumber rezeki mereka.
Mereka beritahu ramai pemandu teksi yakin bahawa kerajaan PH akan mengisytihar Uber dan Grab sebagai haram di Malaysia jika mereka menang. Sebab itu, mereka turut membantu berkempen bagi PH dan mencemuh kerajaan BN setiap kali mereka membawa penumpang.
Itu adalah taktik sangat licik PH untuk menipu dan menggunakan pemandu teksi dan meracuni pemikiran sebagai penyebar propaganda anti-kerajaan kerana PH tahu, pemandu teksi berjumpa dengan ramai orang setiap hari.
Saya akui saya dapat lihat ramai rakyat Malaysia senang dengan khidmat e-hailing pada masa itu Ramai pemandu Malaysia turut memperoleh pendapatan tambahan apabila menjadi pemandu Grab atau Uber.

Sebagaimana dilihat di banyak negara, saya buat kesimpulan bahawa adalah agak sukar untuk mengharamkan Uber dan Grab kerana ia hanya memerlukan satu aplikasi telefon pintar.
Ketika itu, saya juga perlu mengimbangi antara keperluan rakyat Malaysia yang mendapat manfaat dari khidmat e-hailing dan keperluan industri teksi.
Untuk itu, saya rasakan perlu ada kesimbangan persaingan bagi semua perkhidmatan. Rancangan kami adalah untuk mengawal selia Uber dan Grab sambil memastikan kerajaan turut menyediakan lebih banyak bantuan kepada pemandu teksi agar mereka dapat turut bersaing secara sihat.
Selain dari bantuan kewangan, kerajaan BN masa saya PM juga berusaha supaya pemandu teksi mendapat permit persendirian dan bukan lagi menyewa permit dari syarikat kroni yang terima beribu permit hasil legasi sebelum pentadbiran saya.

Hari ini, remai pemandu teksi menyesal kerana sedar mereka tertipu. Grab tidak diharamkan sebagaimana mereka harapkan, manakala bantuan khusus untuk pemandu teksi sebagaimana ketika pentadbiran saya turut dihentikan.

Ada kemungkinan fitnah isteri saya pemilik Uber dan Grab ini timbul apabila saya mencadangkan kepada Khazanah Nasional untuk untuk melabur dalam Grab ketika mereka baru bermula kerana saya dapat lihat potensi dalam syarikat ini.

Bagaimanapun, selepas membuat penilaian, Khazanah tidak membuat pelaburan dalam Grab dan saya tidak meneruskan lagi kerana saya menghormati pendirian mereka.
Sudah tentu, Khazanah kesal sekarang kerana syarikat Grab kini sudah bernilai US$11 bilion (RM46 bilion).

Anwar Bakal PM Ke-8. Sah? Belum Tentu

Hasil carian imej untuk Anwar selangkah bakal PM ke-8
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) P.132 Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat tangan selepas diumumkan menang pada PRK Port Dickson di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Sivik Majlis Perbandaran Port Dickson malam ini. 


KUALA LUMPUR – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini selangkah  bakal Perdana Menteri kelapan selepas menang bergaya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson hari ini.

Anwar memperoleh 31,016 undi, menewaskan calon Pas. Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar (7,456 undi) dan lima calon bebas; bekas pembantu peribadi Anwar, Saiful Bukhari Azlan (82 undi), bekas Menteri  Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (4,230 undi),  Lau Seck Yan  (214 undi), personaliti media sosial Stevie Chan (337 undi) dan Kan Chee Yuen (154 undi).

Sejarah menyaksikan pada dua puluh tahun lepas, figura penting politik ini dipecat daripada kerajaan, dipenjara atas tuduhan liwat sebelum bermulalah laungan reformasi yang akhirnya membentuk penubuhan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Selepas dibebaskan dari penjara pada 2004 dan disekat daripada terlibat politik selama lima tahun, Anwar kembali ke pentas politik dengan menjadi calon PRK Permatang Pauh pada 2008.

Beliau yang memenangi PRK itu kemudian dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, namun terpaksa kembali ke penjara semula pada 2015 atas tuduhan liwat sebelum mendapat pengampunan diraja pada 16 Mei lepas.

Anwar dikenali sebagai penggerak utama agenda reformasi yang akhirnya membawa satu perubahan dalam landskap politik negara melalui perjuangan yang penuh liku.

Dilahirkan pada 10 Okt, 1947 di Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Anwar mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Cherok Tok Kun dan Sekolah Stowell.

Beliau menyambung ke pengajian menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar dari 1960 hingga 1966 sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang Pengajian Melayu (Sastera) di Universiti Malaya dari 1967 hingga 1971.

Anwar, yang menerajui Yayasan Anda dan pertubuhan bukan kerajaan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), mula terlibat dalam politik apabila menyertai Umno pada 1982 dan bertanding dalam Pilihan Raya Umum keenam pada tahun yang sama.

Beliau bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh dan menang dan seterusnya mempertahankan kerusi itu dalam beberapa lagi pilihan raya umum.

Bintang Anwar cerah dan langkahnya pantas dalam politik apabila dilantik ke pelbagai jawatan dalam kabinet di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu.

Beliau bermula sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 1982, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (1983), Menteri Pertanian (1984), Menteri Pendidikan (1986) dan Menteri Kewangan (1991).

Beliau yang dianggap sebagai 'anak didik' Mahathir kemudian dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1993 sebelum dipecat pada 1998.

Kini, selaku wakil rakyat kawasan Port Dickson yang terkenal sebagai destinasi pelancongan dan percutian popular, Anwar meneruskan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri kelapan seperti yang dipersetujui Pakatan Harapan sebelum ini.

Anwar dijangka mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Port Dickson pada persidangan Dewan Rakyat Isnin ini. - Bernama

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sah ke? Belum tentu..

Lihat sambungan siri ini..
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir

PRK Port Dickson: Bukan Penamat. T.Kasih Pengundi Dari Presiden PAS.


PAS menghormati keputusan rakyat dalam PRK Port Dickson yang terpaksa diadakan demi kepentingan politik seseorang.
PAS mengucapkan terima kasih kepada para pengundi di atas kepercayaan yang diberikan dengan menunjukkan peningkatan jumlah undi kepada PAS berbanding PRU14.
Peratusan keluar mengundi yang rendah adalah petanda undi protes terhadap Kerajaan Pakatan Harapan yang gagal melaksanakan manifesto dan menunjukkan rakyat memboikot politik berkepentingan diri.
PAS terus komited untuk menegakkan keadilan dan kedaulatan undang-undang dan memperjuangkan kebajikan rakyat termasuk warga tentera melalui saluran demokrasi sebagai pembangkang yang menasihat.
Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada calon PAS, Lt. Kol (B) Haji Mohd Nazari Mokhtar di atas kesungguhan beliau dalam melaksanakan keputusan parti dengan penuh istiqamah.
Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada jentera PAS, rakan-rakan NGO, pasukan keselamatan dan pengamal media serta semua pihak yang memberikan sokongan dan kerjasama yang baik.
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 3 Safar 1440 / 13 Oktober 2018 – HARAKAHDAILY 13/10/2018




Pemuda Ini Dipaksa Kahwini Lembu.. Lebih Baik Dari LGBT?


Pemuda dipaksa kahwini lembu selepas ‘kantoi’ lakukan seks luar tabii dekat sawah padi 


SEORANG remaja Bali yang ditangkap ketika melakukan perbuatan bersetubuh dengan seekor lembu tidak sedarkan diri pada Jumaat selepas dia dipaksa berkahwin dengan haiwan tersebut dalam upacara yang disaksikan oleh ratusan orang awam.
Seperti yang dilaporkan di Jakarta Globe, Ngurah Alit, 18, seorang penganggur dari kampung Yeh Emcbang di Jembrana ditangkap dalam keadaan bogel dekat sebuah sawah.
Dalam pembelaannya, Alit mengakui perbuatan tersebut tetapi mendakwa lembu itu, yang dipercayainya adalah seorang wanita muda dan cantik, telah menghiburkannya dengan puji-pujian.
Sebagai sebahagian daripada ritual Pecaruan iaitu upacara membersihkan kampung daripada perbuatan tidak suci seorang lelaki mengawan dengan seekor lembu, Alit terpaksa 'berkahwin' dengan binatang itu.
Bagaimanapun, menurut Detik.com, Alit pengsan ketika dikelilingi penduduk tempatan dan polis yang cuba menghalang beberapa wartawan yang datang untuk membuat liputan.
Masih tidak jelas sama ada Alit sempat melafazkan ikrar perkahwinan atau tidak. Ibu remaja terbabit menangis teresak-esak dan rebah semasa upacara itu berlangsung. 
Bagaimanapun, 'isteri' Alit dihanyutkan ke laut selepas upacara tersebut. - Business Insider  
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kisah  pemuda di atas adalah suatu penyakit sosial dalam masyarakat. Ia adalah  sebahagian daripada ritual pecaruan iaitu upacara membersihkan kampung daripada perbuatan tidak suci.
Tetapi bahaya lagi wabak LGBT. Walaupun sama-sama wabah tua, tetapi LGBT sedang diubahsuai semula dan mula menyerang dunia masakini.
Lihat imbas LGBT, bahaya dan pandangan Islam..

LGBT atau dalam singkatan (Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender) iaitu sebuah perilaku penyimpang yang bertentangan dengan hukum islam yang sangat mengkuatirkan bagi kehidupan umat. Dimana perbuatan ini menjadi dosa besar 

Dalam firman Allah SWT menyebutkan:

Dan Kami telah mengutus Luth ketika ia berkata kepada kaumnya: “Mengapa engkau melakukan perbuatan keji yang belum pernah dilakukan seorang pun kecuali kamu (di dunia ini). Sungguh engkau telah melampiaskan syahwatmu kepada mereka sesama lelaki dan bukan kepada mereka seorang wanita. Sesungguhnya engkau merupakan kaum yang telah melampaui batas fitrahmu sebagai manusia.” (QS. Al-A’raf: 80 – 81).

1. LGBT Dosa Besar
Ketika kaum Nabi Luth A.S melakukan perbuatan keji seperti ini, maka kemudian Allah SWT memusnahkan dengan cara yang sangat mengerikan. Dalam firman-Nya:

Mengapa kamu (laki-laki) mendatangi kaum laki-laki diantara manusia lainnya, dan kamu tinggalkan istri-istri yang telah diciptakan Tuhanmu untukmu, bahkan kamu merupakan orang-orang yang telah melampaui batas fitrah manusia.” (QS. As-Sty’ra: 165 – 166).

Bahkan Nabi SAW bersabda:

Barangsiapa yang telah mengetahui ada yang melakukan perbuatan liwath (sodomi) sebagaimana yang telah di lakukan oleh kaum Nabi Luth A.S. Maka bunuhlah kedua pasangan liwath tersebut.”

2. LGBT Tidak Hasilkan Keturunan

Di dalam pernikahan yang sah seseorang ingin melangsungkan kehidupan alamiahnya untuk meneruskan kehidupan dengan memperbanyak keturunannya. Seperti firman Allah SWT yang berbunyi:

Harta dan anak-anak merupakan perhiasan dunia.” (QS. Al-Kahfi: 46).

3. Kesan Buruk

Dalam firman Allah SWT:
Hai orang-orang beriman, bertakwalah kepada Tuhan-Mu yang telah menciptakan kamu semua dari seorang diri, dan dari padanya Allah SWT menciptakan isterinya, dan dari pada keduanya Allah SWT menciptakan keturunan yakni seorang lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah SWT yang dengan mempergunakan nama-Nya engkau akan meminta satu sama lain dan (peliharalah) hubungan silaturahmi. Kerana sesungguhnya Allah SWT akan selalu menjaga dan mengawasi hambanya.” (QS. An-Nisaa: 1).

Mengapa kamu (laki-laki) mendatangi kaum laki-laki diantara manusia lainnya, dan kamu tinggalkan istri-istri yang telah diciptakan Tuhanmu untukmu, bahkan kamu merupakan orang-orang yang telah melampaui batas fitrah manusia.” (QS. As-Sty’ra: 165 – 166).

Rasulullah SAW pun bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT akan meminta pertanggungjawaban kepada setiap pemimpin (khalifah di bumi) atas apa yang dipimpinnya, apakah ia telah menjaganya atau justru menyia-nyiakannya.” (HR. Bukhari).

Dalam hadist tersebut, apa yang telah diperbuat (manusia) selama masa hidupnya di muka bumi maka akan dipertanggung jawabkan kepada yang Maha Pencipta.

4. Siksaan Sangat Pedih Bagi Pelakunya

Saat perilaku LGBT banyak dilakukan oleh umat Nabi Luth A.S di zamannya, Allah SWT telah melakukan adzab yang sangat pedih. Dimana semua umatnya dibinasakan dalam keadaan yang sangat menyedihkan. Hal ini mungkin tidak perlaku untuk saat ini, namun semua tindakan dan perbuatan tentu akan dimintai pertanggung jawabannya dengan berbagai siksaan yang sangat pedih. Termasuk perbuatan LGBT yang sangat bertentangan dengan ajaran islam.

5  Menularkan Penyakit Kelamin
LGBT merupakan perbuatan yang sangat bertentangan dalam islam. 

Dimana perbuatan ini dapat menimbulkan dampak yang sangat buruk, iaitu timbulnya wabak penyakit kelamin atau AIDS.

6. Kesan Pada Pendidikan, keamanan, kehancuran kehancuran sistem keluarga dan lain.

Begitulah kira-kira secara ringkas. Wallahu aklam.


gambar hiasan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails