Tuesday, April 17, 2018

'Todak Untuk Rondaan', Dihasilkan Pelajar UIAM



KUALA LUMPUR – Todak biasanya dikaitkan dengan sejenis ikan yang mempunyai muncung yang panjang dan tajam tetapi lain pula “Todak” yang dihasilkan oleh sekumpulan pelajar dan pensyarah dari Kulliyah Kejuruteraan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang boleh menjalankan rondaan di perairan.


Dikenali sebagai aset ketenteraan pertama yang diciupta oleh UIAM, Todak — wyang melambangkan ketangkasan dan dinamik – direka khusus untuk memenuhi keperluan perisikan, pemantauan dan peninjauan (ISR) untuk tentera laut dan agensi maritim.
Menurut salah seorang pensyarah yang terlibat dalam projek itu, Prof Madya Dr Yasir Mohd Mustafah, 36, protaip kapal tanpa kawalan manusia atau unmanned surface vessel(USV) dicipta oleh empat pensyarah termasuk beliau dan 11 pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Mekatronik.
“Selain tugas peninjauan, Todak direka untuk melakukan tugas lain seperti pemetaan laut dan menyelamatkan anak kapal yang lemas,” kata beliau kepada Bernama di luar Persidangan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia (NatSec Asia) 2018 di sini, hari ini.
Ketika ditanya bagaimana kapal itu berfungsi, Yasir menjelaskan bahawa Todak dikawal oleh manusia menggunakan stesen daratan mobil, baik di daratan mahupun di atas kapal, dan boleh dikerahkan sehingga 2 km dari stesen.
“Mereka yang mengendalikan stesen daratan mobil boleh memantau keadaan secara ‘live’ menerusi video definisi tinggi yang dirakamkan oleh kamera peluru infra-red yang dipasang di atas kapal.
“Jika terdapat penceroboh yang cuba menyerang perairan, Todak boleh digunakan untyuk menangani mereka dan menghasilkan bunyi siren sementara mereka yang mengendalikan peranti boleh mengeluarkan amaran dari daratan,” kata beliau dan menambah ciri-ciri lain termasuk lampu sorot (spotlight) dan laser designation.
Mengenai spesifikasi teknikal, beliau berkata kapal itu yang berharga RM50,000 seunit berukuran 1.75 m panjang dan 0.85 m lebar dan menggunakan kuasa enjin penebat elektrik dengan kelajuan maksimum 5 km satu jam dan boleh menarik muatan 00 kg.
Beliau berkata projek itu yang dimulakan pada 2015 adalah hasil kerjasama antara UIAM, DEFTECH (DRB-HICOM Defence Technologies Sdn Bhd) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
“Kami berterima kasih kerana menerima dana RM200,000 daripada MOSTI untuk menjalankan projek ini dan melalui STRIDE (Institut Penyelidikan Sains & Teknologi Pertahanan), iaitu agensi di bawah MOSTI, kami berpeluang mengemukakan idea itu kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Teluk Sepanggar, Disember lepas.
“TLDM memberikan maklum balas positif apabila membuat penilaian mengenai kapal itu dan saya berharap mereka akan membeli dan menggunakan Todak pada masa akan datang,” kata beliau. – BERNAMA
Hibur Hibur Sikit.. Video: J Rukimin IkanTodak

Jom Lawat Pasar Filipina Di Sabah, Perniagaan Mereka Mula Merosot..

Peniaga Pasar Filipina rayu premis dinaik taraf
KOTA KINABALU: Arus ekonomi yang mencabar kini banyak memberi impak terutamanya kepada golongan peniaga tempatan di negeri ini. Hasil tinjauan yang dibuat di Pasar Filipina, Kota Kinabalu, penulis sempat mengutip keluhan peniaga tempatan mengenai perniagaan mereka yang dikatakan agak lembap berbanding sebelum ini.

Abshar Ruhil, 26 tahun, peniaga kraftangan di pasar tersebut lebih tujuh tahun menggesa agar kerajaan dapat membawa satu corak perubahan terhadap ekonomi di negeri ini.

"Saya harap kerajaan buat satu perubahan dari segi ekonomi yang mana boleh membantu sekali gus meningkatkan lagi pendapatan kami peniaga tempatan," kata Abshar.

Tambah Abshar, perniagaannya mula merosot apabila pelanggan mula 'berkira' dalam urusan jual beli yang boleh merugikan perniagaan mereka.

"Kesan ekonomi sekarang ini saya rasa kurang baik sebab semua pelanggan saya berkira disebabkan kos sara hidup yang semakin meningkat.


"Jadi apabila mereka ingin membeli mereka menggesa kami (peniaga) menawarkan harga yang rendah di mana ia dapat menjejaskan perniagaan kami," katanya.

Abshar turut menggesa agar kerajaan yang bakal menerajui kepimpinan negeri selepas pilihan raya umum nanti membuka mata dengan menaik taraf tapak perniagaan mereka untuk keselesaan pengunjung.

Pasar Kraftangan Sabah Pasar Kraftangan Sabah

Bagi peniaga Aziz Ariel, 40 tahun, turut meluahkan rasa sama dalam arus ekonomi negara yang semakin mencabar ini.

Beliau yang berniaga makanan laut kering menyeru agar kerajaan negeri memperkenalkan sistem baharu dalam menolong peniaga-peniaga tempatan meningkatkan hasil jualan.

Jelasnya, kerajaan yang akan mentadbir negeri selepas ini digesa untuk menaik taraf tapak perniagaan mereka, terutamanya daripada segi keselamatan dan kebersihan.

"Alhamdulillah, itulah yang kami nak sebenarnya kerana kami lama sudah tertunggu-tunggu ada pihak yang menaik taraf tapak perniagaan ini sebab kami memang betul-betul nak tempat ini berubah.

"Saya harap tapak ini boleh dinaik taraf dari segi keselamatan dan kebersihan untuk keselesaan pengunjung yang datang," katanya.
Pasar Kraftangan Sabah Pasar Kraftangan Sabah
Sementara itu, Mohd Kamarul Omar, 28 tahun, pelancong dari Kuala Lumpur turut menggesa agar pihak yang bertanggungjawab untuk memperbesarkan lagi tapak pasar tersebut bagi kemudahan semua pihak.

"Bagi saya kena besarkan lagilah tempat ini dalam keadaan orang yang ramai dengan pelancong dari luar dan dalam pasti akan datang ke Pasar Filipina.

"Pasar ini juga adalah satu imej kepada negeri Sabah, jadi saya harap pihak yang bertanggungjawab dapat melakukan apa yang sepatutnya," ujarnya.
Pasar Kraftangan Sabah Pasar Kraftangan Sabah

Untuk rekod, Pasar Kraftangan Sabah atau lebih dikenali dalam kalangan warga tempatan terutamanya pelancong sebagai Pasar Filipina menjual pelbagai barangan kraftangan buatan tempatan.

Pasar ini ditubuhkan pada tahun 1980 dengan mempunyai sebanyak 100 tapak perniagaan bagi peniaga tempatan dengan menjadikan pasar ini destinasi wajib bagi pelancong luar dan dalam. (AA)



559686_505894539456840_1348145350_n

Lihat..

Pondan Hidap HIV Kempen perjuangkan LGBT. PKR Suka?

Hidap HIV

PONDAN terkenal Eropah, Conchita Wurst yang memenangi pertandingan nyanyian Eurovision 2014, mendedahkan dia menghidap HIV positif. 

Conchita dari Austria berkata dia hanya memutuskan untuk membuat pengumuman berkenaan kepada umum selepas bekas teman lelakinya mengugut akan mendedahkan perkara tersebut jika Conchita enggan melakukannya.

Dalam kenyataan dalam Instagramnya, Conchita atau nama sebenarnya Tom Neuwirth berkata dia tidak akan memberikan peluang kepada orang lain untuk menakutkannya dan mengganggu kehidupannya.

“Saya disahkan HIV positif sejak bertahun-tahun lalu. Sejak saya mengetahuinya, saya telah menjalani rawatan dan selama bertahun-tahun tanpa gangguan.
“Sehingga kini, saya tidak mahu mendedahkan kepada umum mengenainya kerana beberapa sebab, terutama keluarga saya yang tahu segala-galanya dan menyokong saya sejak hari pertama,’’ katanya.

Dia menjadi terkenal selepas memasuki pertandingan Eurovision 2014 dengan memakai gaun wanita tapi berjambang. Di sebalik ramai yang memuji suaranya, pengkritik ketika itu menyelarnya sebagai sesuatu yang menjijikkan dan menggesa dia disingkirkan.

Sejak kemenangan itu, dia telah menggunakannya sebagai loncatan untuk berkempen dalam memperjuangkan hak LGBT.  Lapor MYNEWSHUB.CC

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dikatakan inilah yang PKR dan gengnya suka, kerana itu puak-puak LGBT ni sentiasa dibela sifunya. Anda benci ini? Tolaklah PKR dan kuncu-kuncunya dalam PRU14.

UNDILAH PAS dalam PRU14 ini. 
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan parti sekular, yang tiada kaitan dengan akhirat, politik suku agama suku. Bukan seperti DAP dan kuncu-kuncu sekularnya yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?
 
Kini DAP memakai selimut PKR pula. Musang DAP berbulu ayam PKR, DAP Berlogo PKR..


 Politik Kartun219
Visit Advertiser's Site

‘Kunyit’ Dan Pedofilia Menular Di FB. Ini Solusinya!




Terbaharu isu melibatkan homoseksual dan pedofilia sekali lagi membuka mata ramai pihak apabila tersebarnya beberapa paparan skrin perbualan beberapa ahli Group Anak Ikan di Facebook yang sepatutnya membimbangkan ibu bapa di luar sana.
Menerusi gambar yang tular itu, seorang pengguna laman sosial tersebut yang menggunakan nama Hakimi Captainzr Hafizi membuat perkongsian dalam group berkenaan mendakwa dirinya mahu ‘menuai’ seorang remaja lelaki berusia 14 tahun.
“Dapat emergency call dari budak ini. Minta balik Kuantan cepat. Mungkin dia yakin dah boleh dituai kot. Yeahhh, tunggu abang,” tulisnya. 
Lebih mengerikan, ahli-ahli lain dalam group tersebut tampil meninggalkan komen mendedahkan mereka juga mempunyai anak ikan berusia 14 tahun dan seringkali melakukan seks songsang.
Malah mereka turut bangga berkongsi gambar ‘anak ikan’ mereka yang jelas masih di bawah umur untuk tatapan ahli group yang lain biarpun ada yang menegur tindakan mereka.
Semakan di laman Facebook mendapati, Hakimi Captainzr Hafizi telah menyahaktifkan akaunnya di laman sosial berkenaan. Netizen kini telah beralih arah kepada salah seorang lagi pengguna Facebook yang meninggalkan komen pada entri Hakimi yang dikenali sebagai Amirul Hafifi.
Tinjauan ke laman Facebook Amirul Hafifi mendapati suatu perkara yang semamngnya mengkhuatirkan sesiapa yang melihatnya Ternyata individu tersebut langsung tidak cuba menyembunyikan kecenderungan seksualnya dan sekiranya dilihat daripada senarai rakan Facebooknya, rata-rata merupakan anak-anak kecil lelaki di bawah umur.



Perkara ini jelas menunjukkan sisi buruk media sosial zaman ini apabila sebuah laman sosial seperti Facebook digunakan untuk mendapatkan mangsa-mangsa aktiviti terkutuk pedofilia.
Tinjauan ke Group Anak Ikan pula menunjukkan masalah sosial yang jelas melanda rakyat Malaysia sekarang ini terutama melibatkan aktiviti homoseksual.
Lebih menyedihkan, rata-rata di antara mereka merupakan bangsa Melayu beragama Islam yang dengan terbuka berbual mengenai perkara-perkara homoseksual yang sememangnya ditegah.
Ekoran tularnya gambar-gambar paparan skrin itu, pengendali laman Komuniti Harmoni Kita mengambil inisiatif membuat satu laporan polis agar tindakan tegas dapat diambil terhadap pengendali dan ahli-ahli group jelik berkenaan.
Pengendali laman itu juga menggesa pihak berkuasa untuk sentiasa peka dengan aktiviti seperti itu di media sosial dan memastikan aktiviti jenayah pedofilia sentiasa dipantau.

Selain itu, mereka juga meminta pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan terhadap pengendali group Facebook berkenaan.
Dalam pada itu, pensyarah daripada Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia, Prof. Madya Dr. Rafidah Hanim Mokhtar turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai aktiviti homoseksual dan pedofilia untuk tampil bersuara.
Jelasnya, aktiviti yang menjadikan anak-anak kecil sebagai sasaran ini sepatutnya dibendung dan dicegah bermula dari rumah dan ibu bapa memainkan peranan penting dalam menghindar perbuatan jijik ini.

“Semua ibubapa harus cakna, dan memulakan pendidikan tentang gejala liwat kepada anak-anak.
“Pendidikan seksual bermula di rumah, dan bagi ibubapa Muslim, kenalkan pada anak anak apa yang halal, dan apa yang haram dalam Islam,” tulisnya di laman Facebook.
Malah, Dr. Rafidah juga mendedahkan bahawa beberapa minggu lalu dia mendapat khabar berita bahawa seorang budak lelaki bawah umur dijangkiti penyakit HIV positif selepas terlibat dengan gejala itu.
“Dua minggu lepas, seorang doktor pakar perubatan keluarga menyampaikan kepada saya sudah ada kes budak lelaki berumur 12 tahun yang HIV positif. Perangi paedofilia, budaya liwat dan hubungan sejenis,” ujarnya.  Lapor MYNEWSHUB.CC/EZ

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Untuk mengelak perlakuan begini dalam masyarakat kita, negara kita perlu memilih pentadbiran Islam memayungi negara. Memilih Islam sebagai cara hidup. Berpolitik bersama parti Islam..

Oleh itu solusinya.. 
UNDILAH PAS dalam PRU14 ini.  
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan parti sekular, yang tiada kaitan dengan akhirat, politik suku agama suku. Bukan seperti DAP dan kuncu-kuncu sekularnya yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?
482322_629223370428202_763549202_n

MB K'tan Test Akta Baru Anti-Berita Tidak Benar Kepada Husam Musa.

Hari ini MB Kelantan telah mengarahkan Penolong Pegawai Kanannnya untuk membuat laporan polis berhubung laporan palsu Husam Musa berkenaan melulus kawasan balak baru di balai polis pada 12.43 tengah hari tadi di Balai polis Kota Bahru, Kelantan.

Laporan dibuat untuk tindakan pihak polis ke atas laporan palsu di bawah akta berita tidak benar 2018. Kalau saman Husam Musa tak ambil. Tutup pintu sehingga saman terpaksa diiklan di akhbar. Semasa ceramah hebat cabar saman. Kalau tak betul PAS boleh saman.

Kali ini PAS test akta baru, teengok terkencing tak Husam Musa. Patutlah sehari dua nampak baik aje solat beriman dengan Nik Abdul..

Akta Baru ni HARAPAN tentang, supaya sedap dia orang fitnah. Tapi PAS setuju sebab PAS jadi mangsa fitnah.

XOXO - Cybertroopper Harapan selepas ini nak letak muka mana pasal jaja isu balak. Dunia ni ok, akhirat nanti tahu kena bakar!!...
Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

559686_505894539456840_1348145350_n

Ingat Pak Lah... La Mahathir Pun Merloh Juga..


Ingat Pak Lah... La Mahathir

Kredit
JackSparrow 



 Politik Kartun219
Visit Advertiser's Site

Lihat..

Hibur Hibur Sikit..

Kepada Pengundi PRU14: Surat Dari Presiden PAS.



1. SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari mengundi awal pada 5 Mei 2018 dan hari mengundi pada 9 Mei 2018. Mengundi adalah kewajipan bagi rakyat Malaysia yang menjadi salah satu urusan agama dalam Islam. 

Tanggungjawab memilih pemimpin dapat dilihat melalui Peristiwa Thaqifah Bani Saidah apabila para sahabat meninggalkan majlis pengebumian jasad Rasulullah S.A.W semata-mata menghadiri perhimpunan memilih khalifah.

2. Islam menggariskan dalam Al-Quran tentang sifat-sifat seorang pemimpin iaitu Al-Qawiy (kompetensi) dan Al-Amin (amanah). Namun, masalah utama negara kita berdepan dengan pemimpin rasuah. Perkara ini didedahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahawa 71 orang pemimpin Barisan Nasional (BN) disiasat oleh SPRM dan 21 orang daripada Pakatan Harapan (PH3. Alhamdulillah PAS kosong, tiada seorang pun disiasat atas salah laku rasuah walaupun PAS memerintah Kelantan, Terengganu dan Kedah dalam keadaan disekat peruntukan oleh Kerajaan Pusat. PAS pernah juga menyertai kerajaan yang dipimpin DAP di Pulau Pinang dan PKR di Selangor serta mengetuai Kerajaan Perak. Terbukti betapa bersihnya pemimpin PAS.

4. Inilah tawaran PAS kepada rakyat yang tidak mampu ditunaikan oleh parti politik lain kerana PAS berdasarkan kepada aqidah Islam, tidak memisahkan politik dan agama, dan percaya kepada Hari Akhirat yang ada perkiraan dosa pahala. 

Sebenarnya masih banyak perkara yang boleh diberikan peluang kepada PAS untuk menjadi bukti bahawa Islam boleh menyelesaikan masalah yang telah gagal diurus oleh semua ideologi dan teori ciptaan manusia, jika PAS diberi lebih kebebasan berkuasa.

5. Malaysia bukan negara tiada hasil tetapi masalahnya banyak kebocoran dan ketirisan sehingga rakyat terpaksa menanggung bebanan seperti kenaikan kos sara hidup, pelaksanaan GST dan pengangguran.

6. Di Malaysia, Melayu adalah kaum dominan. Maka kepimpinan utama negara semestinya dilantik daripada kaum bumiputera Melayu Islam yang beriman, budiman dan adil untuk semua, bersama kaum bukan Islam juga dilantik sebagai menteri kabinet atau exco kerajaan negeri.

7. Rakyat perlu menolak parti-parti yang cauvinis dan oportunis yang tidak menghormati Islam sebagai agama persekutuan sehingga berani menentang PAS dalam segala usahanya bagi melaksanakan Islam, walaupun dalam perkara yang tidak ada kaitan dengan penganut bukan Islam. Mereka juga mengambil kalangan penganut Islam yang sanggup menjadi topeng atau bersedia diperalatkan. Umat Islam tidak sepatutnya dipermainkan sehingga dinafikan hak mengamalkan ajaran Islam seluruhnya, sedangkan penganut agama lain berhak beramal agama mereka dengan bebas.

8. PAS tidak boleh bersama BN mahupun PH dalam PRU 14. Kalau masuk BN seumpama memikul biawak hidup kerana PAS pernah menyertainya dahulu. Sekarang BN memerintah negara dengan bebanan masalah dan penyakit, serta masih ada halangan terhadap dasar dan matlamat PAS. PAS tidak boleh bersama kerajaan yang dituduh sehinggalah dibuktikan bersih atau bersalah.

9. PAS tidak boleh menyertai PH kerana bercanggah dengan dasar dan konsepnya. Di dalamnya ada parti dan pemimpin yang terus menerus menentang Islam secara terbuka, bersembunyi atau oportunis. DAP berani mencampuri perkara berkaitan Islam seperti RUU 355 yang tiada kaitan pun dengan kalangan bukan Islam. Di dalamnya juga ada para pemimpin yang dahulu bersekongkol dengan punca masalah negara dan dikenakan tuduhan sama bertali arus.

10. Selain itu, memandangkan tarikh pengundian pada hari Rabu, semua pengundi khususnya di perantauan semestinya berusaha untuk balik mengundi walaupun menghadapi pelbagai halangan, ujian dan kesukaran kerana tiada lagi tanggungjawab paling penting sebagai seorang rakyat melainkan menentukan kepimpinan negara.

11. Akhir sekali, saya menyeru dan merayu kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, kaum dan bangsa supaya memberi peluang kepada PAS berkuasa dan memerintah dengan tawaran penyelesaian Islam yang adil untuk semua bagi mewujudkan keharmonian, keamanan dan kesejahteraan kepada rakyat dan negara. PAS akan mengemukakan pelbagai latarbelakang calon yang berkaliber dan bersih rasuah untuk memimpin dan mentadbir negeri dan negara.

Sekian, terima kasih. “Sejahtera Bersama Islam
DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 27 Rejab 1439 / 13 April 2018 - HARAKAHDAILY 13/4/2018

559686_505894539456840_1348145350_n

Lihat..










LinkWithin

Related Posts with Thumbnails