Monday, October 09, 2017

Dilarang Berkahwin, Pelarian Rohingya Dengan Warga Islam Bangla.. Kalau Lain Islam, Boleh.


Imej yang berkaitan
DHAKA – Polis Bangladesh semalam memburu seorang lelaki tempatan yang melanggar larangan dengan mengahwini seorang pelarian Rohingya.
Shoaib Hossain Jewel, 25, dan isterinya yang berumur 18 tahun, Rafiza melarikan diri sejak mereka mendirikan rumah tangga bulan lalu, kata polis di bandar kelahiran Shoaib, Singair.
“Kami mendengar dia berkahwin dengan seorang wanita Rohingya. Kami pergi ke rumah lelaki ini di Kampung Charigram untuk mencarinya.
“Namun, kami gagal menemuinya di sana, manakala ibu bapanya tidak tahu di mana dia berada,” kata ketua polis Singair, Khandaker Imam Hossain.
Pada tahun 2014, Dhaka mengharamkan perkahwinan antara warga tempatan dan pelarian Islam Rohingya susulan dakwaan bahawa komuniti ditindas itu cuba menggunakan saluran perkahwinan untuk mendapatkan kerakyatan Bangladesh.
Bapa Shoaib, Babul Hossain berkata, motif perkahwinan tersebut bukan untuk mendapatkan kewarganegaraan.
“Jika rakyat Bangladesh boleh berkahwin dengan orang Kristian dan penganut agama lain, apa kesalahan anak saya yang mengahwini gadis Rohingya?,” soal Babul.
Hasil carian imej untuk pelarian rohinga di bangla desh

Hasil carian imej untuk pelarian rohinga di bangla desh
Hasil carian imej untuk pelarian rohinga di bangla desh
Perkahwinan mereka di Cox’s Bazar merupakan yang pertama disiarkan sejak keganasan di negeri Rakhine tercetus pada Ogos lalu.
Lebih 500,000 pelarian Rohingya melarikan diri ke Bangladesh sejak tentera Myanmar melancarkan operasi pembersihan di Rakhine pada 25 Ogos lalu.
Tindakan tentera Myanmar itu disifatkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai kempen penghapusan etnik. – AFP

PPIM Bantu Doktor Gigi Palsu. Nama Islam, Tapi Tak Tahu Halal-haram..


PENGGUNA
BANGI, 18 Muharram 1439H, Ahad – Rata-rata pengguna laman sosial, terutama Facebook hari ini berang dan menyelar tindakan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang membantu doktor gigi palsu dengan alasan wanita berkenaan teraniaya.
PPIM dan Team Dragon dilaporkan membantu mengumpul RM70,000 untuk membayar denda yang dikenakan kepada seorang wanita yang menjalankan perniagaan memasang pendakap gigi secara haram.
Nur Farahanis Ezzaty Adli, 20, merupakan graduan kolej vokasional diperintah membayar denda sebanyak RM70,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh selepas mengaku bersalah menjalankan perniagaan pergigian tanpa lesen di Bakti Homestay, Jalan Bukit Katil sejak Januari lalu.
Nur Farahanis didakwa hanya belajar menerusi Youtube sahaja cara-cara untuk memasang pendakap gigi sebelum membuka klinik pergigian.
“Shame on you #PPIM. Bela orang yang bersalah. Lepas ni lagi banyak kes FAKE BRACES. Good Job @PPIM. Nama je Persatuan Pengguna Islam Malaysia Tapi tak tahu beza HALAL dan HARAM dalam ISLAM,” luah Rezai’e Azlan Mulliadi dalam akaun Facebook miliknya.
Pemilik akaun Facebook lain, Nur Alwani Abd Aziz turut meluahkan rasa sebalnya terhadap tindakan PPIM membela doktor gigi palsu berkenaan.
“Ingat kami ni para dentist sengaja nak dengki2 ke? Fikir dululah nyawa. nk kena AIDS, HIV, HEPATITIS silakan. Tahu tak instrument yang doktor youtube2 ni pakai tak disteril pun! Hah eloklah. Kali ni PPIM pulak tolong kutip derma lepaskan malaun ni. Where is your integrity? #PPIM, siasat dulu. fahamkan dulu. jangan sampai penipu dan penganiaya orang ni dibela buta2!” katanya.
“Kemon la PPIM. Nak tolong pun tengok la kes. Jangan sebab family budak ni dah bayar korang, korang sanggup buat apa je. Ada sebab kenapa mahkamah jatuhkan denda yang tinggi.” Demikian pula luahan pemilik akaun facebook yang hanya dikenali sebagai Mat Yoe.
Rentetan isu doktor gigi ‘black market’ ini, halaman Facebook yang dikenali sebagai Public Health Malaysia menyiarkan satu kenyataan mengenai bahaya komplikasi memakai pendakap gigi palsu.
“Gigi merupakan satu struktur tubuh yang tiada galang ganti. Letaklah gantian gigi emas berlian sekalipun pasti tidak sama dengan gigi asal. Antara komplikasi Fake Braces yang biasa dilihat adalah gigi yang ‘terlajak tarik’sehingga menyebabkan akar gigi terdedah dan gigi longgar.
“Selain itu, gusi yang bengkak dan berdarah lebih mudah dijangkiti kuman. Kuman ini berisiko untuk masuk ke saluran darah dan menjelajah ke seluruh tubuh badan. Jika kuman tersebut terenap di injap jantung, struktur injap jantung boleh rosak dan menyebabkan sejenis penyakit injap jantung yang dikenali sebagai Infective Endocartis.
“Struktur injap jantung yang rosak mudah pecah dan serpihan tersebut akan dibawa ke otak lalu menyebabkan STROKE atau KEMATIAN!,” kata Public Health Malaysia.
Berikut kenyataan Ketua Unit Pergigian Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Malaysia (I-Medik),  Dr Nabilah Mohd Yaakob mengenai isu ‘fake brace’ atau pendakap palsu gigi, yang mana pesalah telah dijamin oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). 1. I-Medik berpendapat tindakan memberi perkhidmatan ‘braces’ tanpa daftar dan tanpa sijil kelayakan yang sah oleh sesiapa pun adalah bersalahan …Continue reading
(http://www.ismaweb.net)

Jika Harap Persekutuan, Mungkin Ketinggalan 10 tahun -Datuk Iskandar


PEGAWAI Pesuruhjaya Bangunan (COB) dapat berfungsi cemerlang di pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor ekoran sokongan dan polisi jelas kerajaan negeri.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad tidak dinafikan COB adalah pegawai Kerajaan Persekutuan tetapi mereka hanya ditempatkan di PBT Selangor tanpa penetapan hala tuju mengenai peranan mereka.
“Kerajaan negeri banyak memperkenalkan inisiatif baru untuk menyelesaikan masalah perumahan berstrata. Jika hendak diharapkan Kerajaan Persekutuan, kita mungkin akan ketinggalan 10 tahun.
“Kita amat menghargai pegawai COB dan mereka menerima perhatian yang sama seperti pegawai kerajaan negeri.
“Contohnya tahun ini, mereka menerima bonus dua bulan gaji seperti pegawai kerajaan negeri dan bukan RM500 diterima pegawai Persekutuan,” katanya dipetik SelangorKini.
Beliau berkata, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar, hanya mengakui COB pegawai Persekutuan setelah melihat mereka berkhidmat cemerlang.
Menurutnya, semasa Pakatan mengambilalih Selangor pada 2008, COB bagaikan anak ayam kehilangan ibu namun kerajaan negeri menyusun semula strukturnya agar mereka dapat menjalankan tugas lebih efektif.
“Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) telah memainkan peranan besar sebagai COB utama.
“Jelas sekali Menteri KPKT bagaikan bapa yang lari dari tanggungjawab apabila menyerahkan anak beliau kepada orang lain dan apabila anak itu berjaya, terhegeh-hegeh mengaku itu anaknya,” katanya yang juga ADN Cempaka. (Harakah)

Sunday, October 08, 2017

Nik Amar, Jelaskan Isu Yang Dibangkitkan..

Hasil carian imej untuk nik amar


...terbaik... NIK AMAR berceramah di Kampung Kebakat, TUMPAT... 18 Mei, 2017

Awas! Ada Racun Bernyawa Di PP. Apa Tindakan Kerajaan Negeri?



GEORGE TOWN: Dua spesies obor-obor yang boleh mengancam nyawa kini membiak di dalam laut di sekitar Pulau Pinang.
Sengatan haiwan itu boleh menyebabkan sindrom Irukandji termasuk tekanan darah tinggi dan sakit belakang melampau, loya, muntah, kekejangan, kesukaran bernafas serta kegagalan jantung.
Walaupun tidak berbahaya seperti obor-obor kotak atau Chironex fleckeri di luar pantai Australia yang berupaya membunuh manusia dalam tempoh tiga minit, haiwan itu boleh meragut nyawa kanak-kanak termasuk golongan dewasa, kata pakar biologi marin, Sim Yee Kwang.
Beliau berkata populasi dua spesies itu yang dikenali sebagai Chirop­soides buitendijki dan Morbakka sp di Pulau Pinang boleh ditemui dalam lingkungan dua kilometer persegi dari laut dan 400 meter dari kawasan pantai.
Yee Kwang yang juga seorang saintis di Pusat Kajian Samudera dan Pantai (Cemacs), Universiti Sains Malaysia (USM) sudah lama memantau kawasan pantai di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah, Tanjung Tokong dan Pantai Bersih di Butterworth setiap dua minggu sejak Julai lalu untuk menangkap obor-obor.
Obor-obor kotak terbesar pernah ditangkapnya ditemui pada jarak 200 meter dari kawasan Pantai Bersih, Butterworth, berukuran 18 sentimeter.
Pengarah Cemacs, Prof Datuk Dr Aileen Tan berkata obor-obor kotak bukan spesies yang membiak di Pulau Pinang.
"Ini adalah spesies invasif. Kemungkinan besar, larva mereka telah dibawa ke perairan kita dalam pemberat kapal kargo," katanya.
Dr Aileen berkata, keadaan cuaca tidak menentu yang membawa kepada perubahan suhu dan kemasinan laut boleh mencetuskan pembiakan obor-obor di sekitar Pulau Pinang dan juga sepanjang Selat Melaka.
Katanya, amat penting untuk membangunkan mekanisme laporan mangsa yang terkena sengatan obor-obor di hospital tidak lama lagi.
"Kita perlu mengesan kes sindorm Irukandji di hospital untuk menyelesaikan masalah dan memantau pembiakan obor-obor kotak," kata Dr Aileen.
Jelasnya, lima tahun lalu, beliau telah menemubual seorang penternak ikan yang disengat obor-obor ketika membersihkan sangkar ikannya di laut terbuka.
"Dia beritahu kami bahawa dalam tempoh lima minit, dia berdepan kesukaran bernafas dan dimasukkan ke wad selama beberapa hari.
"Kami mengesyaki ia ada kaitan dengan sindrom Irukandji tetapi tidak ada data untuk mengesahkannya," kata Dr Aileen.
Pada Februari lalu, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang berenang di Teluk Bahang turut disengat seekor obor-obor dan dilaporkan koma selama tiga hari. (mStar)

Anak Siapa, 'kaki clubbing' Pula Tersebar..

Hasil carian imej untuk MB SELANGOR

ANAK AZMIN MB SELANGOR "KAKI CLUBBING" PULA TERSEBAR?



TERLIBAT BERSIH, ANAK MB SELANGOR DIAMBIL KETERANGAN [25 NOV 2015]?

Cuci Kereta Tawar Gadis Seksi Di M'sia..



JIKA berkunjung ke premis cuci kereta, apa yang dapat dilihat kita akan dilayan oleh pekerja lelaki yang mungkin terdiri daripada warga asing dari Indonesia atau Bangladesh.

Namun, berbeza pula dengan premis car wash ini di mana ia beroperasi dengan menawarkan lebih dari ‘pekerja’ biasa sehingga menjadi bahan bualan hangat dalam kalangan netizen tempatan. Lihat menerusi media sosial ini, apabila video yang memaparkan mengenai operasi premis cuci kereta mewah cuba ‘memancing’ pelanggan dengan cara menawarkan gadis seksi itu mula tersebar luas.

Menerusi video berdurasi kurang daripada dua minit tersebut, terdapat beberapa orang gadis yang hanya memakai short pants dan singlet berwarna putih sedang asyik mencuci kenderaan pelanggan sambil menari ‘ghairah’.

Manakala, pelanggan dan orang awam di sekeliling premis berkenaan pula dilihat hanya mampu ‘mencuci mata’ dengan melihat panorama yang agak ‘istimewa’ itu tanpa caj tambahan. Premis itu dipercayai terletak di Malaysia kerana terdapat satu papan tanda sebuah bank tempatan berdekatan dengan kawasan berkenaan. 

Namun, kedudukan lokasi sebenar masih belum dapat dipastikan. Video yang tular itu, secara tidak langsung telah mengundang kecaman teruk daripada netizen. Rata-rata berpendapat  strategi pemasaran seperti itu tidak sesuai kerana bertentangan dengan budaya Timur dan agak kurang sopan dibuat di Malaysia.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Cari makan yang halal tetapi guna kaedah yang 'haram', bolehkah dalam Islam? Sila tanya bahagian agama dan ulama kerajaan atau parti masing-masing.. Yakni parti yang ambil kira halal-haram dan dunia akhirat, bukan parti sekular.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails