Friday, September 29, 2017

Suami Dedah Isteri Khalwat, Pasangan Kapten Ditahan



ISU suami atau isteri main kayu tiga kini tidak lagi asing dalam negara kita. Walau sudah punya pasangan yang sempurna, tapi masih lagi mahu mencari‘spare part’.

Sejak bulan April lalu, seorang lelaki telah memuat naik satu gambar dengan kapsyen yang memilukan hati apabila isterinya sendiri dikatakan telah mengadakan hubungan terlarang di belakangnya.
Difahamkan bahawa wanita itu merupakan Kapten dari Maktab Tentera Diraja manakala si lelaki pula berpangkat Leftenan di pangkalan TLDM Tanjung Gelang, Kuantan, telah menjalinkan hubungan sejak September tahun lalu.
Pasangan itu telah ditangkap berkhalwat di sebuah hotel bertaraf empat bintang di Cyberjaya, Selangor pada 2 April yang lalu, jam 3 pagi.
Ketika kejadian, suami wanita tersebut telah membawa dua orang anggota polis dari Balai Polis Cyberjaya, seorang saksi dan beberapa kakitangan pihak hotel bersama seorang pengawal keselamatan sebagai saksi.
Pasangan ini juga difahamkan pernah ditangkap pada September tahun lalu di Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Lelaki tersebut telah memaklumkan di akaun Facebooknya bahawa pasangan itu mengambil masa hampir setengah jam untuk membuka pintu hotel tersebut. Setelah diserbu, wanita itu sedang menyorok di dalan tandas.
Menurut posting tersebut, selepas disoal siasat, kapten itu mengaku sanggup datang dari Kuantan, Pahang dengan menaiki bas ke Putrajaya dan seterusnya menuju ke hotel di Cyberjaya untuk bertemu si kekasihnya itu.
Hasil perkongsian itu, ramai netizen memberi komen negatif dan ada juga positif yang menyebelahi si suami serta terdapat sesetengah menyebelahi nasib wanita itu kerana terdapat satu berita lain mengenai kisah curang ini yang tular di media sosial.
Menurut portal Sila Meninggal, terdapat satu gambar menunjukkan perbualan seorang individu dengan admin sebuah page yang tidak diketahui sedang menceritakan mengenai hal sebenar yang berlaku.
Lain pula cerita seorang individu itu yang mengatakan bahawa penangkapan itu telah dirancang oleh si suami kononnya kerana tidak berpuas hati si isteri telah meminta cerai.
Katanya suami tersebut tidak menjalankan tanggungjawab serta sering memukulnya dan telah melakukan hubungan terlarang bersama wanita lain serta melanggan khidmat pelacur bagi memuaskan nafsunya.
Bukan itu sahaja, si suami juga dikatakan tidak mempunyai pekerjaan tetap dan tidak memberi nafkah zahir termasuk tidak menanggung perbelanjaan isi rumah selama mereka berkahwin.
Dikatakan si suami telah menceraikan isterinya lebih daripada 10 kali namun tiada sebarang pengesahan dilakukan kerana si suami sering berdolak dalik menafikan lafaz talak itu.
Kononya, leftenan yang merupakan kekasih wanita itu dikatakan kenalan rapat keluarga wanita tersebut dan sering bersama dengannya ketika dia mengalami masalah dengan suaminya itu.
Hubungan perkahwinan leftenan tersebut turut goyah kerana isterinya dihasut oleh suami wanita itu yang mengadu mengenai hubungan terlarang pasangan itu.
Namun, jika dilihat di sini keadaan masih tidak jelas lagi. Walaupun terdapat cerita lain di sebalik kejadian yang berlaku, sebagai orang luar, kita tiada hak untuk masuk campur dalam hal rumah tangga orang lain.
Di akaun Facebook suami kapten itu, dia telah menyatakan bahawa jika masih ada lagi dakwaan yang mengatakan dia mereka cerita mengenai kecurangan isterinya, dia tidak akan teragak-agak untuk menyatakan bukti yang lain.
Namun, pasangan itu akan didakwa pada 25 Oktober di Mahkamah Syariah Daerah Sepang di bawah seksyen 29(a&b) jenayah syariah dan jika di dapati bersalah boleh dihukum penjara maksimum  tiga tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya sekali.
Biarlah pengadilan yang menentukan siapa betul dan siapa salah. Jika hanya mendengar khabar angin tanpa bukti, masalah tidak akan selesai sama sekali. – Mynewshub.cc/AH

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kes di atas menggambarkan kewujudan masyarakat pincang di Malaysia jauh dari mendapat tarbiah dari sistem perundangan Islam yang selayaknya diletakkan sebagai asas perundangan negara ini.

Sudah puluhan tahun kita merdeka, Kembalilah melihat agama sebagai 'deen' yang meliputi seluruh kehidupan. Bukan 'deen' dari songsang penjajah barat.

(IH)

Thursday, September 28, 2017

SPRM Hanya Alat Umno/BN Terus Berkuasa. -Ustazah Siti Zailah

Hasil carian imej untuk Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof,


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya menjadi alat untuk Umno dan BN terus berkuasa.
Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, berkata apabila nama senarai calon PAS sampai kepada mereka, pelbagai cara dibuat untuk mensabotajkannya.
Menurutnya, apabila PAS mengemukakan senarai calon yang mampu menggugatkan kedudukan, mereka akan melakukan sesuatu.
“Saringan yang akan dibuat SPRM hanya satu alasan untuk mengaburi parti-parti lain,” ujarnya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan SPRM yang mempelawa parti-parti politik yang bercadang untuk bertanding pada PRU 14 menyerahkan senarai nama bakal calon kepada suruhanjaya itu untuk disaring.
Ketua Pesuruhjayanya, Dzulkifli Ahmad berkata walaupun tiada undang-undang atau paksaan untuk parti-parti politik berbuat demikian tetapi saringan dibuat bagi memastikan bakal-bakal calon bersih khususnya dari aspek rasuah dan salahguna kuasa.
Zailah seterusnya berkata, perkara itu tidak  pernah menjadi amalan sebelum ini.
“Dengan mendedahkan nama-nama calon bererti ia mendedahkan kepada umum.
“Sekiranya stategi itu akan dibuat, ia adalah satu cara untuk menyaingi calon pembangkang khususnya PAS.
“Mereka ada peluang untuk mengkaji kekuatan senarai nama pembangkang,” ujarnya.
Beliau memberitahu, dakwaan mengatakan BN telah menyerahkan senarai nama calon, ia belum dapat dibuktikan.
Beliau yakin pucuk pimpinan tidak akan mengikut kehendak ini. –HARAKAHDAILY 28/9/2017

Bongkar! Rafizi Ramli Bayar Kepada Syarikat Rafizi -AIDCNEWS


Rizal Mansor -Rafizi Ramli dalam kenyataannya pada 24 September di perkara nombor 5 menjawab seperti berikut tentang persoalan mengenai kakitangan invoke;
“Kakitangan INVOKE menandatangani kontrak perjawatan dengan sebuah syarikat yang bernama KEIP Resources Sdn Bhd.
KEIP Resources Sdn Bhd pula menandatangani satu perjanjian membekalkan sumber manusia mengikut keperluan INVOKE dari semasa ke semasa. Kontrak perjawatan kakitangan dimuktamadkan begini dengan mengambil kira perkara-perkara bersabit undang-undang buruh dan perkara-perkara lain”.
Soalan tambahan saya kepada Rafizi Ramli hari ini; kontrak perjawatan kakitangan dimuktamad begitu kerana mengambil kira undang-undang buruh atau taktik Rafizi mahu mengalihkan duit yang disumbangkan orang ramai ke dalam Invoke untuk dibawa ke syarikat sendiri ??
Dalam bab membohong orang ramai dan memfitnah saya terpaksa memberi tabik hormat kepada dia. Kepakaran dia berbohong dan berimaginasi berada di luar jangkauan pemikiran manusia normal.
Sebagaimana dia berimaginasi seolah-olah dia bersama-sama PM dalam lawatan ke Amerika baru-baru ini. Dia memberitahu bagaimana keluarga PM mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika di Trump Tower New York.
Jangan kata pegawai-pegawai PM sahaja yang terkejut, pencuci bangunan di Trump Tower New York pun terkejut. Kerana dalam lawatan ke Amerika baru-baru ini PM tidak ke New York pun.
Berbalik kepada kisah KEIP dan INVOKE..
Mengikut rekod gaji yang dipamerkan oleh Rafizi menunjukkan Invoke Solutions Sdn Bhd, telah membayar KEIP Resources Sdn Bhd bermula dari RM 147,974.30 hingga RM 350,608.64 , dari Mac hingga September 2017.
Hampir RM 1.3 juta telah dibayar kepada KEIP dalam tempoh 7 bulan itu. (Rujuk gambar yang disertakan di bahagian yang bertanda kuning).
Mengikut senarai itu juga, menunjukkan Invoke tidak membuat sebarang pembayaran kepada KEIP pada bulan Julai.
Hanya selepas berjaya mengutip derma RM1.5 juta dari orang ramai pada Ogos, Invoke telah membayar kepada KEIP sebanyak dua kali pada 28.08.2017. Pembayaran pertama RM 160’349.95 dan pembayaran kedua RM 156,132.10.
Manakala bulan September pula Invoke membuat pembayaran kepada KEIP, sebanyak RM 350,608.64.
Kelihatan tanda-tanda yang jelas bagaimana Invoke bermewah-mewah dan ‘kenduri sakan’ selepas berjaya mengutip derma jutaan ringgit dari orang ramai.
Siapakah KEIP RESOURCES SDN BHD ?
Inilah bahagian yang agak menarik..
Alamat berdaftar KEIP adalah di Temerloh. Bagaimanapun berdasarkan slip bayaran KWSP dan Socso yang ditunjukkan oleh Rafizi menunjukkan KEIP Resources beroperasi bersebelahan atau berhampiran dengan pejabat Invoke.
Semakan juga mendapati KEIP Resources tidak menjalankan sebarang aktiviti perniagaan membekal tenaga kerja atau perkara bersangkutan seperti yang didakwa oleh Rafizi.
Milik siapakah KEIP RESOURCES SDN BHD ?
Mengikut carian yang dilakukan di SSM menunjukkan pemegang saham utama syarikat itu bernama MOHD RAFIZI BIN RAMLI. Yang memegang sebanyak 10,050 saham.
Individu yang bernama MOHD RAFIZI BIN RAMLI yang sama juga (berdasarkan nombor kad pengenalan), adalah pemegang saham terbesar dalam INVOKE SOLUTIONS SDN BHD. Iaitu sebanyak 250,000 saham. (Rujuk dokumen-dokumen SSM yang disertakan).
Kesimpulannya apa?
Kesimpulannya, Rafizi membekal tenaga kerja kepada Rafizi. Dan Rafizi pula membayar kepada Rafizi ratusan ribu sebulan atas nama membekalkan sumber manusia.
Hasil duit yang dikutip dari orang ramai. Campur tolak kali bahagi, akhirnya dia juga yang untung.
Yang menjadi mangsa adalah orang ramai yang diperdaya untuk memberi derma kepadanya.




Advertisements

Pemimpin PAN Tersinggung Apabila DAP Diasak.. -Wacana Ilmiah Jais.



SHAH ALAM, 8 Muharram 1439H, Khamis – Program Wacana Isu Semasa dan Perundangan Peringkat Negeri Selangor di sini, pagi tadi bertukar tegang selepas beberapa peserta yang mengakui daripada sebuah parti politik tidak berpuas hati dengan pembentangan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (Iksim), Prof Datuk Naser Disa.
Keadaan itu tercetus ketika sesi soal jawab berlangsung, di mana salah seorang peserta yang mendakwa antara pimpinan Parti Amanah Negara (PAN), berang dengan pembentangan Prof Naser yang mengaitkan isu Rang Undang-Undang Akta 355 (RUU355) dengan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad daripada parti itu.
Prof Naser menerusi pembentangannya bertajuk ‘Kedaulatan Islam di Malaysia Diancam Pengembangan Doktrin Palsu’ menyatakan bahawa sikap segelintir Ahli Parlimen enggan menyokong, malah merumitkan cadangan memperkasakan undang-undang Syariah.
“Ahli Parlimen Shah Alam tidak mahu menyokong RUU355, itulah yang menyebabkan pindaan akta itu tidak dapat dilaksanakan lagi. Tidak tahu bila agaknya.
“Jika kita nak RUU355 dilaksana, maka selepas ini pilih pemimpin, jika tidak mahu (RUU355 dilaksana), maka boleh terus mengekalkan MP sekarang,” kata Prof Naser.
Sejurus berakhir pembentangan berkenaan, dan sesi soal jawab dibuka, individu yang mendakwa sebagai Naib Ketua Pemuda PAN itu lantang membidas dan menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap kenyataan itu.
Katanya, kenyataan Prof Naser seolah-olah memberi gambaran bahawa Khalid yang menjadi punca berlaku permasalahan kepada pelaksanaan itu.
Seorang lagi penyokong PAN bangun dan menyatakan pendirian sama, termasuk mendesak Prof Naser menarik balik kenyataanya itu.
Individu terbabit juga mendesak Prof Naser supaya mengemukakan bukti terhadap dakwaannya itu, untuk ditunjukkan hari ini di hadapan peserta lain yang hadir dalam program anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
“Saya tidak akan menarik balik apa yang saya katakan tadi. Dan saya kira program hari ini bukan berkaitan dengan isu sebegini sebaliknya kita fokus dengan tajuk asal,” kata Prof Naser, disambut tepukan gemuruh peserta di dalam dewan.
Ismaweb juga sempat menemubual individu terbabit, yang turut mendakwa kandungan pembentangan Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni dalam program berkenaan sebagai cuba menyasarkan satu pihak, iaitu sekutunya, parti rasis dan cauvinis DAP.
“Kita melihat kertas kerja yang dibentangkan hari ini juga adalah doktrin untuk membenci kepada satu pihak. Kita nampak itu adalah tuduhan-tuduhan tidak berasas, contohnya pembentang sekarang (Ustaz Fauzi) dalam kertas kerja dia ada menceritakan berkaitan pesta arak, ianya menuduh kepada DAP.
“Tetapi kalau kita lihat terang-terang benda itu dianjurkan oleh MCA tetapi yang lain pula dituduh, seolah-olah memberi gambaran fitnah yang dilemparkan kepada pihak tertentu iaitu, DAP,” katanya.
Ustaz Fauzi ketika ditemui membidas kenyataan individu terbabit sambil berkata, meskipun MCA terlibat dalam penganjuran itu, namun dia tidak sepatutnya berasakan bahawa sekutunya, DAP, sebagai suci.
Tegasnya, individu terbabit berhak mengkritik MCA tanpa sebarang halangan, namun perlu menerima dan tidak tersinggung jika DAP dikritik.
“Mempertahan DAP menimbulkan persoalan mengenai ke manakah wala’ beliau. Sepatutnya tidak timbul perasaan sayang kepada DAP yang terang-terangan menghalang penegakan syariah.
“Jika benar ahli-ahli PAN telah berdialog dan menjelaskan prinsip Islam kepada DAP, sepatutnya kesan tersebut boleh dilihat jelas dalam tindak tanduk DAP. Tetapi apa yang diperhatikan dari dulu sampai sekarang, penentangan DAP terhadap penegakan syariah di Malaysia tetap sama.
 “Saya mengucapkah tahniah kepada Jais yang berjaya menganjurkan wacana pada hari ini. Ia adalah wacana akademik dan perbincangan dengan hujah ilmiah. Dakwaan bahawa ianya adalah serangan kepada pihak tertentu adalah tuduhan atas dasar emosi tanpa meneliti keseluruhan kertas-kertas kerja yang dibentangkan,” katanya. (http://www.ismaweb.net)

Bagini Cara, K'tn Tarbiah Rakyat Menutup Aurat. Al-hamdulillah!


KOTA BHARU – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) me­negaskan tindakan anggota pe­nguat kuasanya mengeluarkan notis arahan kepada seorang pemuda kerana memakai seluar pendek di tempat terbuka adalah untuk mendidik umat Islam supaya menutup aurat.
Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan) JHEAIK, Mohd. Fadzuli Mohd. Zain berkata, individu yang menerima notis arahan daripada pihaknya hanya diminta menghadiri sesi kaunseling.
Bagaimanapun, sekiranya ing­kar arahan tersebut dia boleh dikenakan denda sehingga RM1,000.
“Notis tersebut dikeluarkan selaras dengan Seksyen 5 (1) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1985 iaitu perbuatan tidak sopan. Untuk makluman, peraturan ini bukan perkara baharu, sebaliknya ia sudah termaktub sejak 1985, namun kita tidak kuatkuasakan secara tegas sehingga sekarang.
“Sebelum ini pun memang ada individu yang dikenakan tindakan sama tetapi selepas menghadiri sesi kaunseling, mereka faham dan tidak dikenakan denda,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bagini antara cara-caranya, Kelantan mentarbiah rakyatnya supaya menutup aurat. Al-hamdulillah!

Saudi Benarkan Wanita Memandu, Bahkan Jimat Berbilion?


Hasil carian imej untuk wanita saudi memandu
AP - GAMBAR fail bertarikh 29 Mac 2014 menunjukkan seorang aktivis wanita memandu kereta di sebuah lebuh raya di Riyadh, Arab Saudi.


RIYADH – Arab Saudi berkata kelmarin bahawa ia akan membenarkan golongan wanita memandu sekali gus menjadi negara terakhir di dunia berbuat demikian.
Pengumuman bersejarah itu merupakan antara transformasi Arab Saudi dalam menempuh era pascaminyak di samping memperbaiki reputasinya di mata dunia.
“Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud mengeluarkan perintah supaya wanita di negara ini dibenarkan memandu.
“Perintah ini akan berkuat kuasa pada Jun 2018,” kata pengumuman oleh stesen televisyen kerajaan.
Arab Saudi akan menggunakan ‘tempoh persediaan’ sebelum tarikh tersebut untuk menambah fasiliti perlesenan di samping membina lebih banyak infra­s­truktur bagi menampung jutaan pemandu wanita, tambah pengumuman sama.
Barisan ulama Arab Saudi, sebuah negara monarki berpandukan undang-undang syariah, sudah lama menyokong larangan memandu terhadap wanita dan berhujah pembatalannya akan mendorong kepada maksiat.
Salah seorang daripada mereka juga mendakwa bahawa memandu boleh menjejaskan rahim wanita.
Sebelum ini, ramai aktivis hak wanita dipenjarakan kerana melanggar larangan tersebut.
Namun, pengumuman mengejutkan itu dialu-alukan di Arab Saudi dan di negara luar.
“Hari yang gemilang. Sukar untuk saya menahan air mata ini,” kata ahli majlis syura, Latifah Alshaalan di laman Twitter
Aktivis Manal Al-Sharif yang menge­tuai protes Women2Drive pada tahun 2011 pula menyatakan di Twitter: “Hari ini, negara terakhir di dunia membenarkan wanita memandu, kita berjaya.”
Bagaimanapun, masih samar sama ada wanita memerlukan kebenaran mah­ram mereka untuk memohon lesen memandu.
Pengumuman bersejarah itu juga mendorong hashtag “Wanita Arab Saudi Boleh Memandu” menjadi viral di media sosial.
Dalam perkembangan sama, pakar-pakar berkata, dasar baharu Riyadh itu memberi kelonggaran kepada wanita yang selama ini bergantung kepada pemandu warga asing dan aplikasi perkongsian kenderaan sebagai kaedah pengangkutan.
Perubahan itu, kata mereka, dapat meningkatkan penyertaan wanita dalam sektor pekerjaan sekali gus membantu menjana ekonomi negara ketika harga minyak dunia merudum.
Langkah itu juga selaras dengan Wawasan 2030 kerajaan Arab Saudi bagi menjana transformasi sosial dan ekonomi.
Dekri diraja itu diumumkan ketika lebih separuh daripada populasi Arab Saudi berumur bawah 25 tahun. Pewaris takhta, Putera Mahkota Mohammed bin Salman yang juga arkitek Wawasan 2030 dilihat cuba merintis aspirasi golongan muda.
Terdapat lebih lapan juta wanita dalam usia layak mendapatkan lesen memandu daripada kira-kira 32 juta rakyat Arab Saudi. Lapor AFP. 

Sedangkan menurut Reuters pula..

Saudi jimat berbilion bila benarkan wanita memandu


RIYADH/DUBAI: Keputusan Arab Saudi menamatkan larangan wanita untuk memandu boleh membantu isi rumah negara itu berjimat berbilion dollar, merancakkan pertumbuhan pelbagai industri termasuk automotif dan insurans.
Keadaan itu sekali gus meningkatkan keyakinan pelabur bahawa Arab Saudi akan mampu mempelbagaikan kegiatan ekonomi selain minyak.
Ia juga menggalakkan lebih ramai wanita ke dalam sektor pekerjaan dan meningkatkan produktiviti ekonomi, walaupun penganalisis menjangka pertumbuhan awal adalah sederhana.
Namun ratusan ribu pemandu lelaki yang membawa wanita ke mana-mana, kebanyakannya dari Asia Selatan dan Filipina, berisiko kehilangan pekerjaan.
Selasa lalu, Raja Salman mengarahkan wanita dibenarkan memandu, menamatkan larangan berunsur agama yang menjadikannya sukar buat wanita bekerja dan memaksa ramai keluarga Arab Saudi menggajikan sekurang-kurangnya seorang pemandu.
Dekri itu menjanjikan perubahan gaya hidup terhadap jutaan rakyat. Kira-kira 10 juta wanita berusia lebih 20 tahun termasuk warga asing, tinggal di Arab Saudi. Hampir 1.4 juta warga asing bekerja sebagai pemandu peribadi, memperoleh pendapatan kasar AS$500 (RM2,111.25) sebagai tambahan kepada tempat tinggal dan makanan.
Larangan itu mungkin tidak ditarik balik hingga Jun 2018, dan kerana tradisi konservatif, ia mungkin mengambil masa bertahun berbanding bulan buat wanita memandu di sesetengah kawasan.
Lebihan pendapatan keluarga kemungkinan meningkat ketika mereka memberhentikan pemandu.
Perkhidmatan berita ekonomi Arab Saudi, Maaal, menganggarkan pemandu kini secara bersama memperoleh pendapatan AS$8.8 bilion (RM37.16 bilion) setahun. Lapor Reuters
(IH)

Hajar Aswad Kemaluan Wanita, 10,000 Melayu Murtad Di Johor.. Betul Ke?


Sebuah video yang ditularkan semula berikutan tersebarnya gambar seorang lelaki berkopiah dengan rantai salib, memaparkan ceramah yang dirakamkan melibatkan seorang Paderi Melayu yang dikenali sebagai Benjamin Stephen. 

Video berdurasi lebih 1 jam 30 minit, memaparkan Benjamin berkongsi pengalaman dan kesaksiannya sebagai seorang bekas muslim kepada jemaah yang hadir di dalam majlis tersebut.

Video yang memuatkan beberapa bentuk penghinaan terhadap Islam, diucapkan oleh Paderi tersebut. Namun, apa yang lebih mengejutkan ialah kenyataannya yang mendakwa bahawa di Johor sahaja sudah lebih dari 10,000 orang Melayu telah pun dimurtadkan. 

“Jadi.. aaa.. saya dari suku ‘M’, suku yang paling sensitif.. ya.. dan segala puji Tuhan, tiada yang mustahil bagi tangan Tuhan, orang ‘M’ juga mampu dipanggil Tuhan dan segala puji Tuhan, di Johor sahaja lebih daripada.. atau hampir kepada 10,000 jiwa M sudah diselamatkan” 

Kenyataannya itu disambut ucapan ‘Amen’ yang gemuruh. 

 https://www.menara.my/hajar-aswad-kemaluan-wanita-dakwa-paderi-melayu/ 

turut membuat beberapa kenyataan berunsur menghina Islam. Penghinaan yang diucapkan Paderi tersebut termasuk menyatakan umat Islam memasang pelita semasa malam tujuh likur kerana Malaikat mereka rabun malam (minit 16:30). 

Beliau juga menyatakan, umat Islam tidak mempunyai konsep kelahiran semula lalu perlu mencipta Hajarul Aswad yang dibentukkan seperti kemaluan wanita dan jemaah haji memasukkan kepala ke dalam Hajar Aswad dalam bentuk kemaluan wanita tersebut sebagai mencuci dosa seperti kelahiran semula. 

“Banyak sangat yang pelik-pelik, aneh-aneh, yang bodoh-bodoh, yang diajar orang-orang itu. Jadi Bagimana? Kemudian ada lagi dalam Islam lahir kembali, lahir baru. Dalam Kristian ada ‘reborn’. Apabila kita percaya kepada Yesus, maka hidup kita dijadikan ciptaan yang baru, lahir kembali kita. Tetapi dalam Islam tidak ada ‘reborn’, tidak ada istilah lahir kembali itu. 

Jadi Muhammad melihat orang dah berdosa 50 tahun, 60 tahun, 40 tahun, jadi Islam, bagaimana nak ampun dosa balik? Teringat dia lahir kembali. Tetapi konsep berlain dari konsep kita orang kristen. Dibikinnya di Mekah, satu batu hitam, diukir bentuk, maaf cakap, women secret part.. ya.. alat sulit orang perempuan. 

Apa yang dibikin? Dibuat lobang, diukir persis gambarnya sama gambarnya.. orang semua pergi masuk kepala dalam lobang itu, waktu musim Haji,” Video kelihatan mengapi-apikan kebencian golongan Kristian terhadap Islam di Malaysia. 

Sebelum ini, turut tular sebuah video radikal yang menghasut golongan Kristian di Johor untuk merampas negeri dan menghalau keluar semua musuh-musuh mereka dari negeri tersebut. Kemuncak kepada video tersebut, menyaksikan laungan Johor For Jesus diulang-ulang beberapa kali dengan footage gambar Istana Johor dipaparkan sebelum laungan tersebut dibuat.

https://www.menara.my/hajar-aswad-kemaluan-wanita-dakwa-paderi-melayu/

Kemunculan video-video yang memuatkan seruan radikal dalam amalan beragama seperti ini, harus disekat pihak berkuasa dan penghasil dan mereka-mereka yang terlibat berucap dan menghasilkannya perlu dikenakan tindakan oleh undang-undang dengan segera. 
(diangkat dari https://www.menara.my)

Pihak berwajib kena siasat dan bertindak segara.. (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails