Tuesday, January 24, 2017

Jangan Ambil Tanah Kami, Beri Kepada Pemaju -Hj Johri Jaraiee Sarawak



Oleh Hj Johri Jaraiee
SEMENJAK pemerintahan Rajah pada 1841, Rajah telah menyedari tentang sensitifnya undang-undang adat berhubung dengan hak adat Bumiputera. Maka, tanah hak adat Bumiputera menurut adat resam sesuatu kaum telah mula diiktiraf oleh pemerintahan Rajah Brooke sejak tahun 1841 lagi. 

Ini terbukti apabila Rajah James Brooke menulis dalam Jurnal Bil. Salah satunya yang menyatakan: "Pokok-pokok buah-buahan mengenai kampung, dan sejauh mana hutan diterokai, adalah harta persendirian. "
Masalah tanah masih lagi menjadi isu utama rakyat Sarawak dan perlu diberi perhatian oleh kerajaan Sarawak dibawah pimpinan Ketua Menteri Baru Datuk Amar Dato' Sri Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg.

Banyak masalah tanah adat dan tanah Temuda penduduk asal Sarawak masih lagi belum diberi hak milik oleh kerajaan dan akhirnya jadi milik pihak swasta dan pemaju.



Persoalannya mengapa perkara ini boleh terjadi sedangkan mereka sudah banyak kali memohon untuk mendapat hak milik dari pihak kerajaan dan menunggu terlalu lama pemohonan mereka untuk diproseskan tiba-tiba mendapat tahu tanah mereka sudah dimiliki oleh pihak pemaju dan pihak swasta.

Sudah tentu mereka kecewa dan marah dan cuba menghalang pemaju dari memasuki dan menceroboh tanah warisan datuk nenek moyang mereka. Jabatan Tanah dan Survei Sarawak perlu memberi alasan kukuh mengapa mereka dengan mudah melepaskan tanah milik orang tempatan kepada pemaju dengan alasan untuk pembangunan.

Rata-rata harga rumah yang dibangunkan oleh pemaju hanya mampu dimiliki oleh mereka yang berpendapatan tinggi bukan golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah. Orang kampung hanya mampu lihat saja kerana tidak mampu untuk memiliki rumah yang mewah.

Kebanyakan penduduk asal yang memiliki tanah tersebut tidak memiliki tempat lain untuk menyara kehidupan harian mereka selain menjadi petani dan juga tempat mereka mendirikan rumah. Mengapa susah sangat pihak berkenaan memberi hak milik kepada mereka seolah-olah mereka dianaktirikan dan masalah mereka langsung tidak diberi perhatian oleh pihak pemerintah dengan alasan tanah yang mereka duduki itu tanah kerajaan untuk dimajukan.

Ada penduduk kampung mengadu rumah mereka yang didirikan dalam tanah yang diiktiraf sebagai zon kampung dirobohkan oleh pihak penguatkuasa Jabatan Tanah dan Survei. Ada pegawai penguatkuasa Jabatan Tanah dan Survei yang bertindak merobohkan dan melarang penduduk tempatan yang mendiri pondok di tanah kebun mereka dan mereka juga dilarang untuk bercucuk tanam dengan alasan tanah itu tanah kerajaan.

Penduduk yang kebanyakan tinggal di luar bandar dan pinggir bandar menjadi mangsa arus pembangunan disebabkan banyak tanah mereka yang diwarisi turun-temurun telah diberi kepada pemaju untuk dibangunkan disebabkan mereka tidak memiliki hak milik tanah. Akhirnya mereka menjadi setinggan di negara sendiri setelah tanah warisan mereka diberi kepada pemaju sedangkan pemaju dari luar diberi keistimewaan untuk menguasai dan mengambil keuntungan dari tanah mereka.

Ketua Menteri baru Sarawak perlu mendengar rintihan serta mengambil tindakan sewajarnya kepada masalah yang dihadapi oleh rakyat terutama peribumi dan juga masalah pengambilan tanah adat orang Melayu Bumiputera di pinggir bandar untuk tujuan pembangunan. Mereka ini bergantung hidup dengan sumber pendapatan dari hasil pertanian sekiranya tanah mereka diambil oleh pemaju bagaimana mereka hendak bercucuk tanam dan menyara kehidupan harian mereka.

Banyak kes ini berlaku di kawasan Lusut, Tukau Jaya, Pujut Padang Kerbau dan kawasan Kuala Baram Land District. Kawasan ini adalah kawasan yang pernah diduduki dan diterokai oleh peribumi Sarawak semasa pemerintahan Rajah Brooke dulu lagi.

Mereka merayu kepada pihak kerajaan agar jangan ambil tanah mereka dan beri kepada pemaju untuk tujuan pembangunan sebab mereka juga memerlukan tanah untuk tempat tinggal dan tempat menyara kehidupan harian dengan cara pertanian. Dalam keadaan ekonomi yang semakin gawat mereka perlu menyara kehidupan harian dengan menjual hasil tani. Kalau punca pendapatan mereka disekat apa yang dapat mereka lakukan untuk menyara kehidupan harian? Adakah kerajaan suka melihat mereka ini hidup merempat dan meminta sedekah kerana punca pendapatan mereka sudah hilang?

Kami mengesa pihak berkuasa yang berkaitan menyiasat apakah punca sebenar yang menyebabkan tanah pribumi (Tanah NCR dan Tanah Temuda) banyak jatuh ke tangan pihak pemaju dan pihak swasta.
Bagaimana pula dengan proses pemohonan mereka yang sudah lama memohon sehingga kini masih belum ada jawaban. Ada pemohon yang sudah meninggal dunia dan diwarisi oleh anak-anak mereka pun masih belum diberi hak milik. Mengapa hak mereka disekat oleh pihak pemerintah semata-mata hanya melayan kehendak pemaju?

Pihak kerajaan sepatutnya menggalakkan pemilik tanah ini menjalankan kegiatan-kegiatan menambah pendapatan dengan melaksanakan kegiatan-kegiatan pengeluaran bahan makanan seperti penanaman sayur-sayuran, buah-buahan, tanaman kontan, ternakan dan akuakultur. Sekurang-kurangnya mereka dapat berdikari dan meringankan bebanan mereka dari terus mengharapkan bantuan kerajaan semata-mata.
Hasil carian imej untuk rampas tanah sarawak
Hasil carian imej untuk rampas tanah sarawak
Pihak berwajib perlu memikir akan nasib rakyat yang kehilangan tempat tinggal dan tempat mereka menyara kehidupan. Pihak pemerintah perlu memberi keutamaan kepada rakyat dulu sebelum memberi kemudahan kepada pihak pemaju yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikir akan nasib yang menimpa rakyat yang memerlukan keperluan asas.

Jangan hanya memberi hakmilik tanah kepada pemaju semata-mata untuk mendapat keuntungan sedangkan nasib penduduk tempatan terus terpinggir dari arus pembangunan yang tidak seimbang. Kerjasama dengan pihak yang berwajib untuk menyelesaikan masalah tanah ini dengan telus dan adil sangat dihargai.

“Sesiapa yang memakmurkan (mengusahakan) tanah yang tidak dimiliki oleh sesiapa maka dia lebih berhak terhadapnya”. (Hadis riwayat Al-Bukhari). Allahua’lam

Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak

'Letup Rumah Putih’, Bintang Pop Madonna Berpolitik..


Madonna

HALAMAN HIBURAN

WASHINGTON – Bintang pop, Madonna, mendakwa kenyataan ‘meletupkan Rumah Putih’ yang diucapkan pada perarakan wanita, di sini, hanya kiasan.

Ucapan Madonna yang dikritik hebat di media sosial memaksa beberapa rangkaian televisyen menghentikan siaran langsung perarakan itu.
Perarakan itu disertai ratusan ribu penunjuk perasaan bagi membantah pemilihan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS).
“Saya bukan seorang yang ganas. Kata-kata itu hanyalah sekadar kiasan dan saya berkongsi cara melihat sesuatu.
“Satu dengan penuh harapan, manakala satu lagi dengan rasa kemarahan, iaitu apa yang saya sedang rasakan,” kata penyanyi itu di Instagram.
Ucapan penyanyi berusia 58 tahun itu turut disiarkan di Youtube. Beberapa penonton menggelar penyanyi itu sebagai ‘jahat’ dan mendesak beliau disiasat kerana mengeluarkan ancaman keganasan.
Lebih lima juta penunjuk perasaan berarak di seluruh dunia, dengan jumlah yang membanjiri ibu negara AS melebihi jumlah 200,000 penyertaan yang diramalkan pihak penganjur. – REUTERS/BH ONLINE

PAN, Perlu Bergabung Dengan DAP. -Datuk Iskandar Abdul Samad




PESURUHJAYA PAS Negeri Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad mencadangkan agar PAN bergabung dengan DAP kerana mereka kelihatan lebih rapat dengan DAP.

Beliau juga menasihatkan pemimpin PAN agar hentikan serangan terhadap PAS tetapi tumpukan perhatian kepada usaha-usaha untuk menyelesaikan masalah dalaman mereka.

"Kehadiran PAN telah menimbulkan kecelaruan kepada suasana politik negara. Oleh itu, memang tepat saranan agar PAN bergabung dengan parti lain tetapi bukan dengan PKR seperti yang disarankan. 

"Saya mencadangkan agar PAN bergabung dengan DAP kerana mereka kelihatan lebih rapat dengan DAP. 

"Jika ini berlaku maka pemimpin-pemimpin PAN boleh diperuntukkan kerusi-kerusi selamat DAP dan ini akan dapat menyelesaikan banyak masalah." 

Jelas beliau ketika menjawab tuduhan PAN terkini yang mengatakan adalah Blok Ketiga merupakan proksi BN untuk melemahkan pembangkang. Lapor Harakah.

Menurut Iskandar, tuduhan ini seperti banyak tuduhan-tuduhan dan dakwaan-dakwaan parti itu adalah meleset. Sekiranya terdapat dua pakatan pembangkang maka serangan terhadap BN akan bertambah. 

Dengan dua pakatan pembangkang, lebih banyak pendedahan penyelewengan BN yang akan dapat dilakukan. Maka ini tidak mungkin akan menguatkan BN tetapi di sebaliknya akan melemahkannya.

Sementara tentang pertandingan tiga penjuru semasa pilihan raya umum akan datang, menurut beliau, PAS juga tidak seharusnya dipersalahkan jika ia berlaku.

"Apabila berlaku tiga penjuru kerana parti Pakatan Harapan memasuki kawasan yang dimenangi oleh PAS atau kawasan yang ditandingi oleh PAS pada pilihan raya umum yang lepas, tidak wajar untuk menuding jari kepada PAS.

"Adalah tidak masuk akal PAS yang bersalah apabila parti-parti lain yang mengacau kerusi PAS.

"Tambahan pula jika konsep dua penjuru ini tidak lagi dihormati oleh parti-parti lain maka kenapa pula PAS perlu menghormatinya?" Tempelak beliau.  (IH)


PERHATIAN
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat


Bogel Bentong Bukan Kali Pertama, Mengapa Biarkan?

1485212787_41485073842_kemmotivasibogel.jpg

BENTONG: Insiden pengunjung berbogel dan berkelakuan tidak sopan di sebuah resort di sini Sabtu lalu bukan kejadian pertama, malah kejadian serupa pernah berlaku beberapa bulan lalu.


Pengerusi jawatankuasa penduduk kawasan itu, Rozzana Chung Abdullah, 59, mendakwa beliau pernah melihat ratusan peserta mandi tanpa segan silu termasuk ada yang berbogel pada satu penganjuran acara sukan di situ.
“Hampir 1,600 individu menyertai acara itu. Mereka mendirikan khemah dan tandas sementara.
“Bilik tidur saya berdepan padang permainan itu, menyebabkan saya dapat melihat dengan jelas mereka hanya memakai seluar dalam dan ada yang berbogel semasa mandi secara terbuka,” katanya semasa ditemui di rumahnya di sini, pada Isnin.
Rozzana menambah sebelum ini, sebuah syarikat lain juga pernah menganjurkan kem motivasi di lokasi yang sama.
Antara pengisiannya ialah acara merebut bola yang dakwanya, ada peserta lelaki mengambil peluang memeluk peserta perempuan.
Menceritakan kembali kejadian pada petang Sabtu lalu, Rozzana berkata penghuni di situ tidak dimaklumkan mengenai penganjuran kem motivasi itu kerana ia adalah urusan resort berkenaan, yang merupakan pemaju pusat peranginan itu.
Beliau menambah, penganjuran aktiviti sukan dan kem motivasi sudah menjadi kebiasaan kepada mereka, termasuk penganjuran kem motivasi kontroversi itu anjuran sebuah syarikat.
“Saya hanya sedar tentang penganjuran kem itu apabila mendengar muzik yang kuat sekitar pukul 3 atau 4 petang memandangkan balkoni rumah saya menghadap padang permainan itu, tetapi saya tidak begitu mengendahkannya.
“Bagaimanapun pada pukul 6 petang, ketika hendak membuang sampah saya melihat jiran ketawa dan apabila ditanya mereka memaklumkan ada ramai lelaki yang sedang berbogel di padang,” katanya.
Tambahnya, selaku pengerusi jawatankuasa penduduk, beliau menerima banyak pertanyaan daripada penghuni resort itu yang juga marah dengan kejadian itu sama ada menerusi Whatsapp atau panggilan telefon.
“Ini bukan hanya resort tapi juga kawasan perumahan. Ada di antara kami mempunyai anak kecil. Kawasan itu pula adalah padang permainan. Saya tidak faham perangai sebegitu.
“Saya sendiri merasa tidak selamat dengan persekitaran sebegitu menyebabkan saya segera menghubungi saudara mara dan menasihatkan mereka supaya tidak membenarkan anak mereka bergaul dengan sembarangan orang,” kata beliau.
Katanya, terdapat 776 unit rumah di situ, namun hanya kira-kira 100 keluarga tinggal secara tetap di situ, manakala yang lain menjadikan kediaman itu sebagai rumah persinggahan hujung minggu.
Seorang pekerja penyelenggara unit kediaman penduduk kawasan itu Mohd Azmi Ismail, 32, setuju dengan kenyataan Rozzana tentang perkara itu.
“Pihak penganjur yang mengadakan acara di sini tidak pernah menghormati privasi penduduk, ada yang memasang muzik yang kuat, minum alkohol sehingga mabuk tanpa mempedulikan sensitiviti penduduk beragama Islam di sini, selain membuang sampah merata-rata.
“Sepatutnya kejadian berbogel ini tidak berlaku di negara kita yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi,” katanya.
Sementara itu, semasa tinjauan dilakukan Bernama di kawasan kejadian, seorang lelaki berusia 50an dipercayai pengurus kawasan resort tersebut menghampiri wartawan dan menghalang daripada mengambil gambar kawasan itu.
Beliau mengugut akan mengambil tindakan undang-undang jika gambar kawasan itu disiar kerana dakwanya kawasan itu milik persendirian.
— BERNAMA
PERHATIAN
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat


Elak Rasuah,China Tutup Lebih 100 Padang Golf.


Hasil carian imej untuk najib main golfGolf lambang rasuah?
BEIJING – China mengarahkan penutupan satu perenam padang golf di negara itu sejak tahun 2011, kata Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan (NDRC) dalam ope­rasi berterusan ke atas sukan kontro­versi tersebut yang sinonim dengan rasuah membabitkan golongan elit dan kaya.
Parti Komunis yang memerintah China mempunyai hubungan berbelah bahagi dengan sukan golf.
Pihak berkuasa tempatan mengaut keuntungan dengan menjual tanah untuk dijadikan padang golf tetapi fasiliti itu dilihat sebagai tempat untuk golongan elit dan ahli politik melakukan urusan mencurigakan.
Pihak berkuasa pusat juga telah mengarahkan pembekuan pembinaan padang golf baharu di seluruh China pada 2004 tetapi arahan itu gagal dipatuhi.
NDRC dalam satu kenyataan di laman webnya kelmarin berkata, sebanyak 111 daripada 683 padang golf di seluruh China diarahkan ditutup sejak operasi pembanterasan baharu dilancarkan pada 2011.
Menurutnya, penutupan secara sukarela juga dilakukan oleh 11 pengendali padang golf lain.
Antara punca penutupan itu, kata NDRC, termasuk menggunakan tanah pertanian secara haram, menggunakan sumber air bawah tanah di kawasan yang dilarang dan pelanggaran undang-undang lain.
NDRC telah mengarahkan tambahan 18 padang golf lain supaya mengembalikan tanah yang diduduki secara haram di samping mengarahkan pembinaan 47 padang golf baharu dihentikan.
“Padang golf terdapat di semua wilayah di China kecuali Tibet,” kata NDRC.
Pada 2015, keseluruhan 88 juta anggota Parti komunis dilarang daripada menjadi ahli kelab golf dalam operasi membanteras rasuah yang turut menyasarkan jamuan mewah dan pemberian hadiah mahal. – AFP

Remaja Wanita Ganas Rogol Lelaki. Ini Hukum Sepatutnya..

Hasil carian imej untuk Remaja Perempuan Rogol Lelaki Dihukum Penjara


GANAS betul remaja perempuan ini yang dikenali sebagai Lestina Marie Smith dan berusia 17 tahun ini. Dia telah ditangkap selepas didakwa merogol seorang lelaki di Saginaw, Michigan.
Mangsa bagaimanapun tidak didedahkan nama.
Lestina didakwa menggunakan pisau dan mengacukannya ke leher mangsa yang berusia 19 tahun sebelum merebahkannya dan merogol mangsa. Kesnya telah dibawa ke mahkamah dan akan disebut semula pada 3 Februari ini.
Jika didapati bersalah dia boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup.
Kejadian itu berlaku pada 11 Januari lalu dan Lestina juga diarahkan mahkamah ditahan tanpa ikat jamin.
Sementara itu keluarga dan rakan Lestina telah memuatnaik mesej sokongan kepada Lestina dalam akaun Facebooknya.

Hasil carian imej untuk Remaja Perempuan Rogol Lelaki Dihukum Penjara

Sekilas Mengenai Rogol.. Ini hukum yang Sepatutnya..

Rogol ialah jenayah yang hina dan dosa besar kalau dalam Islam. Jenayah terkutuk ini dilarang bukan sahaja dalam Islam tetapi dalam semua agama, dan semua manusia yang berfikiran waras dan naluri manusia yang suci menolaknya.

Menjawab persoalan tersebut, pensyarah Islam Saudi terkenal dan penulis Sheikh Muhammad Saleh Al-Munajjid menyatakan yang berikut:


Perkataan Arab ightisab (rogol) merujuk kepada mengambil sesuatu secara salah dengan kekerasan. Perkataan itu sekarang digunakan khasnya untuk merujuk kepada pencabulan terhadap maruah wanita dengan kekerasan.
Rogol ialah satu jenayah yang hina yang dilarang dalam semua agama dan dalam minda semua manusia baik dan mereka yang memiliki naluri manusia yang suci. Semua sistem dan undang-undang dunia menganggap perbuatan ini sebagai hina dan mengenakan hukuman paling berat atasnya. Islam mempunyai pendirian jelas yang menyatakan yang perbuatan terkutuk ini haram (dilarang) dan mengenakan hukuman pencegahan atas seseorang yang melakukannya.

Islam menutup pintu kepada penjenayah yang ingin melakukan jenayah ini. Kajian barat menunjukkan kebanyakan perogol ialah penjenayah sedia ada yang membuat jenayah mereka dibawah pengaruh alkohol dan dadah, dan mereka mengambil kesempatan atas keadaan mangsa mereka berjalan sendiri di tempat terlindung atau tinggal sendirian di rumah. 


Kajian itu juga menunjukkan apa-apa yang penjenayah saksikan di media dan gaya pakaian separuh-bogel yang perempuan pakai semasa keluar juga mendorong kepada perlakuan jenayah hina ini. (Tetapi dalam kes di atas perempuan rogol lelaki atas sebab-sebab lain).

Hukum Islam datang untuk melindungi maruah dan kehormatan wanita. Islam melarang perempuan memakai pakaian yang tidak sopan. Bahkan, Islam menggalakkan lelaki dan permpuan muda berkahwin awal, dan banyak lagi hukum yang menutup pintu rogol dan jenayah lain. Maka tidaklah mengejutkan apabila kita dengar atau membaca yang kebanyakan jenayah ini berlaku dalam masyarakat yang bebas, yang dipandang oleh sebahagian Muslim sebagai contoh ketamadunan dan kecemerlangan! 


Perlu dinyatakan disini yang di Amerika , contohnya, Amnesty International menyatakan dalam satu laporan 2004 yang bertajuk “Hentikan Keganasan Terhadap Wanita” yang setiap 90 saat seorang wanita dirogol sepanjang tahun itu.

Hukuman rogol dalam Islam sama dengan hukuman zina, iaitu rejam jika penjenayah berkahwin, dan satu ratus sebatan dan buang negeri untuk satu tahun jika dia belum berkahwin.

Disamping itu, Ibn `Abdul-Barr (semoga Allah merahmati ruh nya) berkata:

Para ulama bersepakat bersetuju yang perogol tertakluk kepada hukuman hadd jika terdapat bukti jelas terhadap nya yang dia sepatutnya diberi hukuman hadd, atau jika dia mengakui. Sebaliknya, dia dihukum 

  • (iaitu, jika tiada bukti yang hukuman hadd untuk zina boleh dilaksanakan terhadapnya kerana dia tidak mengakui dan tiada empat saksi, maka hakim boleh menghukumnya dan menetapkan satu hukuman yang akan mencegahnya atau yang lain sepertinya). Tiada hukuman untuk perempuan jika benar yang lelaki memaksanya dan mengatasinya. (Al-Istidhkaar, 7/146).
Disamping itu, perogol itu tertakluk kepada hukuman hadd untuk zina, walaupun jika rogol itu tidak dilakukan dengan pisau atau senapang. Jika senjata digunakan untuk mengancam, maka dia ialah muharib, dan tertakluk kepada hukuman hadd yang dinyatakan dalam ayat. Allah berfirman...
  • (Sesungguhnya pembalasan terhadap orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya dan membuat kerusakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib, atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal balik, atau dibuang dari negeri (tempat kediamannya). Yang demikian itu (sebagai) suatu penghinaan untuk mereka didunia, dan di akhirat mereka beroleh siksaan yang besar) (Al-Ma’idah 5:33).

Jadi hakim mempunyai pilihan empat hukuman yang disebutkan dalam ayat ini dan boleh memilih mana-mana yang beliau fikirkan paling sesuai untuk mencapai matlamat, iaitu untuk menyebarkan keamanan dan keselamatan dalam masyarakat, dan mencegah penjenayah dan pencabul. 
(Terjemahan daripada: Islamic Punishment for Rapehttp://www.islamonline.net/servlet/Satellite?)

(IH)

Monday, January 23, 2017

PAS Makin Mahal, Semoga Perjuangan Islamnya Tidak Berubah. -I/Hasyim

Imej yang berkaitan
​Selepas perpisahan pahit antara DAP dan PAS akibat hudud 2 tahun lalu, Lim Kit Siang hari ini berkata beliau sanggup bergabung dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Lim yang juga ketua Parlimen DAP berkata mereka boleh bekerjasama sekali lagi jika presiden PAS itu sedia memberi komitmen untuk menyelamatkan Malaysia daripada menjadi kleptokrasi dunia.
“Jika presiden PAS bersedia untuk memuktamadkan perjanjian yang keutamaan teratas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ialah menyelamatkan Malaysia daripada menjadi kleptokrasi dunia dan negara gagal dan jahat, saya bersedia bekerjasama dengannya.
“Itu akan menjadi agenda negara bagi tempoh 5 hingga 10 tahun. Adakah Hadi sedia membuat komitmen itu,” kata Lim ketika melawat Bukit Gelugor.
PAS memutuskan hubungannya dengan DAP selepas parti itu berulang kali menyerang hasrat Hadi untuk melaksanakan Kanun Keseksaan Syariah di Kelantan pada 2015. Berakhirnya hubungan 2 parti itu menyebabkan Pakatan Rakyat terkubur.
PKR dan DAP kemudian membentuk Pakatan Harapan, gabungan baharu bersama Amanah, parti dibentuk oleh bekas pemimpin dalam PAS.  Kini, seluruh Rakyat Malaysia memahami bahawa PAS hanya diperlukan DAP kerana sumber tenaga dan undi Melayu Islam. 

Selepas PAS dipergunakan, sekali lagi PAS akan dipijak dan dihina seperti sampah. Begitu banyak pengkhianatan DAP terhadap PAS dan Islam. Begitu banyak kerosakan yang mereka lakukan terhadap gabungan pembangkang yang akhirnya menguntungkan Umno/BN serta merugikan Rakyat.

Sehingga berkatalah PAS melalui Harakah hari ini (HUZIR SULAIMAN | .)..

"Sayonara DAP. Sayonara PAN. Keputusan PAS sudah muktamad. Cukuplah PAS yang acapkali terpaksa berkorban untuk sediakan tangga kepada mereka untuk naik ke atas. 

Tiba sudah giliran PAS untuk naik ke atas melalui GAGASAN SEJAHTERA bersama-sama mereka yang ikhlas menghormati tiga prinsip asas tahaluf siyasi PAS, iaitu Islam dan PAS memimpin, kerjasama di atas dasar Islam semata-mata dan kerjasama yang menguntungkan Islam sahaja.

Bunga kemboja putih berseri,
Putihnya melur dihujung dahan,
Setelah sekian lama bantuan diberi,
Selamat tinggal DAP kami ucapkan."

Ertinya, PAS makin mahal dalam politik tanah air masakini, dan telah membuktikan cita-cita Islamnya tidak berubah, dulu, sekarang, bahkan hingga hari kiamat.

Oleh  Ibnu Hasyim

PERHATIAN
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails