Tuesday, January 13, 2015

Tukar Polisi Untuk Hina Islam, BBC Pula Cari Nahas.

BBC Akan Nekat Tampilkan Kartun Menghina Islam, Sengaja Cari Nahas!

London: Meski banyak akhbar dan media ternama berhenti memaparkan kartun yang menghina Islam, BBC malah beralih sebaliknya. Ia nekad akan menampilkan kartun yang menghina Islam.  

Selama ini BBC dikenal paling santun, dengan tidak memaparkan gambar Nabi Muhammad SAW. Kini, media Inggeris itu dikhabarkan menyemak semula peraturannya dan menukar polisi dengan membebaskan pembuat program menghina Islam.

The Independent melaporkan rencana semakan itu diungkapkan wartawan BBC David Dimbleby dalam edisi Question Time. Menurutnya, sebelum ini, tidak memperlihatkan gambar Nabi Muhammad adalah dasar organisasi. Namun, demikian The Independent melaporkan, dasar itu telah ditarik keluar.

"Pedoman redaksi itu sudah usang, dan tidak mencerminkan kedudukan BBC sebagai pembuat program yang dasar editorial memberikan maklum sekitar isu sensitif berdasarkan kes per kes," kata jurucakap BBC.

Perubahan dasar ini muncul setelah serangan ke pejabat redaksi majalah penista Islam Charlie Hebdo, Rabu (7/1). Serangan menewaskan 12 orang, termasuk dua anggota polis.

BBC sempat menunjukan sampul majalah kontroversi, berupa gambar Nabi Muhammad SAW, dalam liputan mereka mengenai Charlie Hebdo. Pelantikan itu hanya berlangsung sebentar, tapi telah cukup menggambarkan BBC tidak akan lagi "santun" dan beradap.
 


Apakah BBC tidak mengambil pelajaran dari kes-kes media penghina Islam dan Rasul-Nya? Bahkan BBC seolah-olah mencabar umat Islam, tidak gentar bahkan sanggup mengundang serangan yang akan berlaku? Kalau hal itu berlaku jangan salahkan dan tuduh orang yang membela agama dan Nabinya sebagai pengancam atau pengganas lagi. (IH)

Lihat ini.. 
E-Buku IH-99: C/Hebdo, Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..
E-Buku IH-99: C/Hebdo, Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..

Begini Sikap Muslim Semasa Musim Hujan Tiba.


MUSIM hujan telah tiba. Dalam menyingkapinya, umat Islam memiliki cara dan adab yang ianya termasuk dalam ibadat umum yang sentiasa dikira berpahala, atau mendapat balasan baik.

Perlu diketahui, tidak ada setitik pun  air hujan yang membasahi bumi ini kecuali atas kehendak Allah SWT. Ia merupakan rahmat Allah kepada bumi dan seisinya. Melalui hujan Allah menumbuhkan berbagai tanaman untuk memberi rezeki kepada umat manusia.

Dalam al-Qur`an Allah berfirman:
وَنَزَّلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً مُّبَارَكاً فَأَنبَتْنَا بِهِ جَنَّاتٍ وَحَبَّ الْحَصِيدِ
وَالنَّخْلَ بَاسِقَاتٍ لَّهَا طَلْعٌ نَّضِيدٌ
رِزْقاً لِّلْعِبَادِ وَأَحْيَيْنَا بِهِ بَلْدَةً مَّيْتاً كَذَلِكَ الْخُرُوجُ
  • “Dan Kami turunkan dari langit air yang penuh berkah lalu Kami tumbuhkan dengan air itu pohon-pohon dan biji-biji tanaman yang diketam, dan pohon kurma yang tinggi-tinggi yang mempunyai mayang yang bersusun-susun, untuk menjadi rezeki bagi hamba-hamba (Kami), dan Kami hidupkan dengan air itu tanah yang mati (kering). Seperti itulah terjadinya kebangkitan.” (Qaaf [50]: 9-11)
Satu: Imam An Nawawi dalam al-Adzkar (1/182) berkata, “Dianjurkan untuk bersyukur kepada Allah atas curahan nikmat ini, iaitu nikmat diturunkannya hujan.”

Dua: Berdoa kepada Allah agar hujan tersebut membawa manfaat. Adalah Rasulullah ketika melihat hujan langsung berdoa:

اَللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا
  • (Ya Allah, jadikan hujan ini sebagai hujan yang membawa manfaat dan kebaikan.” (Riwayat Bukhari)
Tiga: Mengguyur sebagian badan dengan air hujan. Yakni, ketika hujan datang Rasulullah membasahi badannya dengan air hujan.
  • Dari Anas RA, dia berkata, “Hujan mengguyur kami beserta Rasulullah. Kemudian Rasulullah menyingkap sebahagian bajunya sehingga hujan membasahi sebahagian tubuhnya. Kami bertanya kepada beliau, ‘Wahai Rasulullah, mengapa engkau lakukan hal itu?’ Beliau menjawab, ‘Aku melakukannya kerana hujan tersebut adalah rahmat yang baru saja diciptakan oleh Allah’.” (Riwayat Muslim)
Empat: Banyak berdoa. Hujan merupakan salah satu tanda dikabulkannya doa seorang hamba. Dalam sebuah Hadits disebutkan bahwa Rasulullah bersabda,
“Carilah doa yang mustajab pada tiga keadaan:
  1. Bertemunya dua pasukan, 
  2. Menjelang shalat dilaksanakan, dan 
  3. saat hujan turun.”  
(Riwayat Imam Syafi’i dan Al Baihaqi)
Lima, berdoa agar cuaca dicerahkan kembali. Apabila hujan turun dengan derasnya dan dikhawatirkan membawa mudharat, kita dianjurkan untuk berdoa kepada Allah agar cuaca dicerahkan kembali.

Sebagaimana Hadits riwayat Anas, dimana Rasulullah berdoa dengan lafadz:
ﺍَﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺣَﻮَﺍﻟِﻴْﻨَﺎ ﻭَﻻَ ﻋَﻠَﻴْﻨَﺎ،ﺍَﻟﻠَّﻬُﻢَّﻋَﻠَﻰ ﺍْﻵﻛَﺎﻡِ،ﻭَﺍﻟﺠِْﺒَﺎﻝِ،ﻭَﺍْﻟﻈَﺮَﺍﺏِ،ﻭَﺑُﻄُﻮْﻥِ ﺍْﻷَﻭْﺩِﻳَﺔِ،ﻭَﻣَﻨَﺎﺑِﺖِ ﺍﻟﺸَّﺠَﺮِ
  • “Ya Allah, turunkanlah hujan di daerah sekitar kami, bukan di daerah kami. Turunkanlah hujan di perbukitan, pegunungan, di lembah-lembah dan tempat tumbuhnya pepohonan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Enam: Berdoa ketika mendengar petir yang membimbangkan.
Dari Abdullah ibnu ‘Umar RA, bahawa Rasulullah apabila mendengar suara petir, maka beliau berujar:
ﺍَﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﻻَ ﺗَﻘْﺘُﻠْﻨَﺎ ﺑِﻐَﻀَﺒِﻚَ،ﻭَﻻَ ﺗُﻬْﻠِﻜُﻨَﺎﺑَﻌَﺬَﺍﺑِﻚَ،ﻭَﻋَﺎﻓِﻨَﺎ ﻗَﺒْﻞَ ﺫَﻟِﻚَ
  • “Ya Allah, janganlah Engkau hancurkan kami dengan kemarahan-Mu dan janganlah Engkau binasakan kami dengan azab-Mu, selamatkanlah diri kami sebelum hal tersebut terjadi.” (Riwayat Bukhari dalam Adabul Mufrad, Tirmidzi dan Hakim). 
Begitulah hebatnya Islam, apabila matlamat dan niat diikut betul-betul, maka seluruh kehidupan menjadi ibadat, walaupun pada zahirnya nampak macam bencana. Al-hamdulillah. Allahu Akbar! (IH)

Lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-97: Siri Amalan Ibadah. Buat Sikit-sikit Dulu..
  E-Buku IH-97: Siri Amalan Ibadah. Buat Sikit-sikit Dulu..

Ini Beg Sekolah Kreatif?



Gambar murid lelaki membawa beg daripada kotak ini menjadi viral hingga ramai yang simpati padanya.

JOM KREATIF
KOTA KINABALU: Gambar seorang murid lelaki ke sekolah menggunakan kotak sebagai beg menjadi viral hingga menyebabkan ramai yang ingin tahu lokasi budak itu bagi menyalurkan bantuan. Malahan, ada yang bertanggapan budak lelaki itu adalah mangsa banjir di negeri Pantai Timur.

Bagaimanapun, selepas ia turut dikongsi menerusi WhatsApp, seorang pengguna Facebook, Azie Azrriena tampil meredakan keadaan di kalangan netizen itu. Jelasnya, gambar itu diambil di kawasan pedalaman Sabah, iaitu daerah Pensiangan sebelum cuti sekolah tahun lalu.
Beliau juga memuji kebijaksanaan dan kreativiti budak lelaki itu mengubahsuai kotak untuk dijadikan beg sekolah.

"Ia kotak bungkusan susu yang diagihkan pihak sekolah kepada pelajar," katanya.

Katanya, budak itu berbuat sedemikian untuk memudahkannya membawa pulang bungkusan susu yang diletakkan dalam kotak berkenaan. (mStar)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)

E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)

K-Pop: Jawi Minta 3 Wanita Peluk Tampil. 2 Lagi Tak Dipanggil?

 
Aksi sumbang yang berlaku pada konsert kumpulan pop korea (K-Pop), B1A4 di Kuala Lumpur, Sabtu lalu. 3 Wanita bertudung (gambar di atas satu darinya) dipanggil untuk siasatan..

Dua wanita bergambar di bawah (peluk juga) tak dipanggil?
PETALING JAYA: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) membuka kertas siasatan berhubung aksi sumbang yang berlaku pada konsert kumpulan pop korea (K-Pop), B1A4 di Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Pengarahnya, Paimuzi Yahya berkata, pihaknya kesal terhadap perbuatan peluk dan cium antara ahli kumpulan K-Pop berkenaan dengan beberapa peminat wanita beragama Islam yang bertudung. Katanya, perlakuan beberapa peminat itu dilihat melampaui batas dan bertentangan dengan ajaran Islam serta mengganggu sensitiviti umat Islam di negara ini.

"Sehubungan itu, bahagian penguatkuasaan Jawi telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 29 Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1977 (Akta 599) Perbuatan Tidak Sopan Di Tempat Awam.
"Mereka yang terlibat diminta tampil bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Aksi pelukan dan ciuman antara ahli kumpulan K-Pop tersebut bersama tiga peminatnya yang bertudung ketika berada di atas pentas konsert mencetuskan kontroversi sehingga menjadi viral dan hangat diperkatakan di laman sosial.

Paimuzi berkata, akta itu memperuntukkan individu yang bertindak atau berkelakuan tidak sopan yang bertentangan dengan hukum syarak di mana-mana tempat awam adalah suatu kesalahan.

"Jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya," katanya.

Beliau menambah, Jawi akan melakukan siasatan lanjut sekiranya terdapat bukti-bukti dan keterangan yang mencukupi. (mStar)
 
Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Dua lagi (wanita peluk, 2 gambar terkebawah) tidak pernah dipanggil. Mengapa?
 

Monday, January 12, 2015

Kpop: Nasihat Siti Nurhaliza, Kata Periuk Belanga Hitam..

Minat boleh tapi perlu peka batas agama, nasihat Siti Nurhaliza
Siti turut mengumumkan bahawa hadiah dari suaminya, Khalid pada tahun ini buat dirinya, akan disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir.

HALAMAN HIBURAN
KL: Penyanyi nombor satu negara, Dato Siti Nurhaliza menasihati peminat-peminat yang begitu obses kepada mana-mana artis perlu lebih peka kepada batas agama.

Siti berkata demikian berhubung dengan video peminat bertudung dipeluk oleh anggota sebuah kumpulan Kpop yang mengadakan konsertnya di Malaysia baru-baru ini. Video yang menunjukkan beberapa gadis negara ini yang dipeluk mesra dan dicium artis K-Pop dari Korea Selatan, B1A4 semasa sesi perjumpaan bersama peminat di KL Live pada Sabtu menjadi viral di media sosial.

Kata Siti,  dalam situasi tersebut selain peminat, pihak penganjur juga harus lebih sensitif dengan program yang dianjurkan lebih-lebih lagi yang melibatkan peminat yang berhijab.

"Saya terkejut dengan perkara ini, tak salah meminati tetapi peminat harus peka dengan batas-batas sebagai seorang Islam bila bertemu artis pujaan. Sepatutnya penganjur perlu awasi sensitiviti di negara ini.

"Ada budaya dan batas yang perlu mereka ambil tahu lebih-lebih lagi menganjurkan aktiviti pentas yang membabitkan peminat bertudung. Penganjur perlu terangkan kepada artis anjuran mereka, lebih-lebih lagi dari luar negara” kata Siti yang ditemui di majlis sambutan ulangtahunnya yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Siti Nurhaliza
Acara memotong kek Dato' Siti Nurhaliza dilakukan bersama suami, ibu dan ibu mertuanya, manakala Zizan Razak selaku pengacara majlis - Foto Astro AWANI

Mengakui memahami rasa minat seseorang itu, namun beliau berharap agar sebagai gadis adalah lebih manis untuk menjaga tatasusila di mana pun berada.

“Saya faham, memang saya sendiri pernah bertemu peminat yang sangat obses dengan saya. Ada yang sampai menggigil dan menggeletar. Cuma sebagai artis, saya sendiri akan menjaga batas lebih-lebih lagi melibatkan peminat lelaki,” tambah Siti.

Siti yang meraikan sambutan harijadinya yang ke 36 bersama keluarga, rakan media dan rakan-rakan artis pada Ahad, turut mengumumkan bahawa hadiah daripada suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa pada tahun ini buat dirinya, akan disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir.

“Saya sangat bersyukur apabila hasrat saya ini dipersetujui suami dan bersama-sama individu-individu lain kami telah berjaya mengumpulkan kutipan derma sebanyak RM310,000 untuk diberikan kepada tabung untuk mangsa banjir.

“Tiada apa yang menggembirakan saya apabila melihat kegembiraan terukir di wajah mangsa-mangsa banjir” umum Siti.

Sumbangan tersebut diserahkan kepada wakil Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang turut hadir di majlis berkenaan. (astro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dato Siti Nurhaliza menasihati peminat-peminat yang begitu obses kepada mana-mana artis perlu lebih peka kepada batas agama. Al-hamdulillah!  Beliau berjaya mengumpulkan kutipan derma sebanyak RM310,000 untuk diberikan kepada tabung untuk mangsa banjir, pun Al-hamdulillah!

Cuma gurau-gurau sikit.. Dato Siti Nurhaliza nasihatkan peminat-peminat supaya perlu lebih peka kepada batas agama, adakah profesyen Dato sendiri sebagai penyanyi wanita itu sudah berjalan sesuai dengan kehendak agama? Jangan sampai ada orang berkata, 'Kata Periuk Belanga Hitam'..

Maaf! Gurau-gurau sikit Dato'! (IH).

Najib pun Kpop juga. Tetapi gambar di bawah ini bukan Kpop.
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

M'sia Pun Ada Iklan Seks? Bertindak Segera..

Dari KedahLanie.info..

"Sg. Petani ada IKLAN SEX, diharap pihak berkuasa ambil tindakan...!!
 
ini di LOT 88
DIHARAP PIHAK BERKUASA SIASAT dan MENGESAN NO TEL TERSEBUT
DAN BAWA KEMUKA PENGADILAN PIHAK YANG MELAKUKAN IKLAN
YANG TAK SENONOH INI..!!! "

M'alaysia pun ada iklan seks? Pihak berwajib, bertindaklah segera..  Ini bukan perkara kecil. (IH)

Jejak 'raja judi' Dari Macau Ke Vegas

 
Lelaki yang menjadi subjek dalam surat Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) dikatakan memiliki kehidupan mewah dan bersenang-senang di Caesars Palace, hotel agam di Las Vegas.

Zahid menulis membersihkan nama Phua, seorang rakyat Malaysia, yang dikaitkan dengan kumpulan kongsi gelap terkenal berpangkalan di Hong Kong 14K, untuk prosiding di mahkamah AS.

Bagaimanapun, peguam Phua menarik balik surat itu pada 29 Disember lalu selepas kerajaan Malaysia membantah penggunaannya di mahkamah.

Dalam pembelaannya terhadap pertuduhan melibatkan perjudian, peguam Phua dan anaknya Darren mendakwa bahawa mereka diperangkap.

Sebagai reaksi, kerajaan AS yang diwakili oleh pendakwanya Daniel Bogden mengeluarkan jawapan 53 halaman bagi menjawab perkara itu.

Jawapan itu, yang diubah statusnya, termasuk eksibit 295 halaman.

Eksibit itu termasuk nota FBI, pengakuan saksi yang tidak didedahkan, ratusan pesanan WhatsApp, Skype dan SMS, jutaan transaksi bank, termasuk juga resit dan pengisytiharan kastam.

Berdasarkan semua ini, nyata kedua-dua tertuduh begitu berhati-hati.

Saksi-saksi memberitahu FBI bahawa Phua – kadang-kadang digelar “bos” – tiba Vegas selepas ditangkap di Macau atas dakwaan perjudian haram.

Bagaimanapun beliau bebas, berdasarkan keratan akhbar di China, “tidak diketahui”. (MK)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails