Saturday, December 07, 2013

UMNO.. Banjir.. Antara 2 Darjat.


Bekatalah Blog Addin.. 

Inilah realiti yang tidak siapa boleh nafi ... rakyat di Kuantan dan Kemaman dua daerah yang cukup teruk dilanda banjir tetapi para perwakilan UMNO di PAU 2013. 

Termasuklah para pemimpin tertinggi suami isteri anak beranak boleh ada selera makan besar di PWTC malam tadi.Apa punya hati para perwakilan dan pemimpin-pemimpin UMNO ...

Langsung tidak ada rasa ehsan dan simpati langsung kepada rakyat bawahan yang sedang menderita kerana bencana banjir. 

Bila nak undi pandai bermuka-muka buat muka sardin seposen .. bila rakyat dilanda duka dan kepayahan langsung tidak menunjukkan rasa simpati sedih sedikit pun.

Ini gambar perlayanan banjir di Kuantan..

Komen Weblog Ibnu Hasyim:
Antara 2 darjat..
  • satu rakyat biasa lihat mangsa banjir di Kuantan, satu latu pemimpin UMNO & suku-sakat, makan besar di PWTC malam tadi. Tidak sedar rakyat derita..
  • satu rakyat biasa golongan mustad'afin, ditindas dengan cukai, harga naik segala macam. Satu lagi golongan atasan atau berlagak atasan bermewah-mewah di atas penderitaan rakyat?
Ertinya, timbangan dacing sudah senget..

Lihat Banjir..
IKLAN 
Daun Stevia Siap Kering & Potong
Daun Stevia Siap Kering & Potong
1 kg = rm 70 tidak termasuk kos penghantaran berminat sila hubungi/sms kami : 014 222 5865 / 011 2302 8768 resourceshmh@gmail.com
 

Gambar-gambar Ini, Selak Kain Ijat, Londeh Seluar Shahidan?

Ini mangsa banjir di Kuantan..

Blog Gendang Perang menulis..

EDISI SELAK KAIN SHARIZAT

Ini jawapan untuk lolongan sharizat jalil yang bertanya di mana Fuziah semasa banjir kuantan. Pertanya Sharizat  seolah-olah MP Fuziah tidak mengambil berat akan masalah yang dihadapi penduduk Kuantan yang dilanda banjir buruk tahun ini

ini Fuziah... wahai ijat
Sharizat cuba menutup malu kerajaan barisan nasional kerana gagal menyalur bantuan cepat kepada mangsa. Setakat ini tiada berita menteri bn menghulur bantuan kepada mangsa banjir Kuantan. MB Pahang pun belum menunjukkan muka.

Kenyataan Shahidan Kasim kononnya Malaysia terbaik urus banjir cuma cakap besar untuk menunjukkan kehebatan BN yang tak guna.
Sebaliknya apa yang berlaku ialah kerajaan BN gagal melaksanakan tanggungjawab mengurus mangsa banjir di Kuantan dengan baik. Lihat sahaja keadaan mangsa banjir Kuantan 2013 berbanding mangsa banjir Jepun dan Thailand dalam gambar di bawah.
Kuantan: bagi dewan- lepas tu pandai-pandai la nak idup
Cara pengurusan mangsa banjir di Jepun
Iini di Thailand ketika banjir besar dulu





Ini juga di Thailand

Friday, December 06, 2013

Mayat AJK Umno Pekan Yang Lemas Ditemui


Mayat Jamali Ali telah ditemui oleh penduduk dan anggota penyelamat berdekatan tali air utama di Sungai Isap. Gambar The Malaysian Insider. 

Mayat Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Pekan Jamali Ali, 44, yang lemas ditelenggami pusaran banjir pada Rabu di Sungai Isap, ditemui di tali air Kampung Razali jam 2.30 petang tadi, kata Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Lembing Datuk Md Sohaimi Md Shah.

Beliau berkata, mayat ditemui penduduk bersama anggota penyelamat dalam keadaan terapung kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian lemas.

“Mayat mangsa ditemui jam 2.30 petang oleh penduduk kampung, anggota tentera dan bomba. Lokasi penemuan mayat berhampiran tali air utama di Sungai Isap,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Jamali dan Megat Nazri dipercayai terjatuh ke dalam arus deras selepas bot itu terbalik dipercayai melanggar arus pusaran air. Md Sohaimi berkata kini mayat Jamali sedang dibedah siasat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan dan akan dimandikan di hospital berkenaan. Katanya, mayat dua beranak itu akan dibawa pulang ke Pekan sebelum dikebumikan dalam satu lahad hari ini juga.

Banjir melanda negeri Pahang, Terengganu dan Johor dan dikatakan diantara yang terburuk sehingga menyebabkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek turun sendiri ke kawasan Parlimennya di Kemaman untuk memberikan bantuan.

Sementara Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru kerajaan agar dapat mengisytiharkan kawasan Kuantan, Pahang dan daerah Kemaman, Terengganu sebagai “kawasan bencana” akibat dilanda banjir yang terburuk dalam sejarah kedua-dua negeri berkenaan.

Menurut Abdul Hadi, pengisytiharan kawasan bencana ini adalah perlu kerana ia membolehkan proses menyelamatkan nyawa penduduk dan penghantaran bekalan. Katanya penghantaran makanan, pakaian, air bersih terutamanya dapat dilakukan dengan kadar segera tanpa kerenah birokrasi, dan bencana banjir ini diangkat sebagai perkara yang sangat perlu disegerakan penyelesaiannya di peringkat nasional. – 6 Disember, 2013.(TMI)

Iklan:  
Daun Stevia Siap Kering & Potong
1 kg = rm 70
tidak termasuk kos penghantaran
berminat sila hubungi/sms kami :
014 222 5865 / 011 2302 8768
resourceshmh@gmail.com

Bangsat! Shshrizat Bangsat?

[BERGAMBAR] Lihat Dulu, Siapa Yang Sebenarnya Membuat Kenyataan Bangsat?


Shahrizat: Bangsat betul kenyataan pembangkang

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil menyelar tuduhan pemimpin Umno lambat dan tidak mempedulikan nasib penduduk Pantai Timur khususnya Kuantan yang dilanda banjir besar.

Beliau menyifatkan tuduhan tersebut sebagai 'bangsat' dan tidak berasas.

"Memang pembohongan, memang bangsat betul kenyataan itu.

"Semalam presiden kita sanggup tinggalkan kita di dewan ini. Hanya setahun sekali kita berhimpun tetapi beliau tetap melawat tempat banjir," kata beliau dalam satu sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Tambah Shahrizat, dewan persidangan lengang kerana ramai menteri, ahli Parlimen, ADUN, ketua bahagian dan perwakilan terutamanya dari Pahang, Terengganu dan Kelantan menumpukan aktiviti bantuan di kawasan terlibat.

"Saya nak tanya mana dia pembangkang? Dari apa yang saya dengar ahli parlimen Kuantan, Fuziah (Saleh) sibuk di Parlimen dan tidak kelihatan di mana-mana kawasan bencana," kata beliau.

Shahrizat turut mengumumkan bantuan dari Skuad Sayang Wanita Umno yang telah berada di tempat banjir membantu Kelab Putra Satu Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan agensi terlibat dalam soal bencana.

Justeru beliau mahu penyokong dan pemimpin pembangkang untuk melihat dan menilai sendiri usaha pihak Umno dan BN dalam membantu perkara ini.

"Apa dia (pembangkang) buat kepada mangsa dan pengundi mereka di Kuantan dan Indera Mahkota hari ini?

"Jika tidak kerana perdana menteri, ADUN, menteri besar BN tidak ada, hanyutlah semua pengundi mereka di sana," kata beliau. -mk

ULASAN GB

Shahrizat menuduh "... Dari apa yang saya dengar ahli parlimen Kuantan, Fuziah (Saleh) sibuk di Parlimen dan tidak kelihatan di mana-mana kawasan bencana,"

Kenyataan di atas benar-benar satu fitnah yang amat nyata. Saksikan foto-foto di bawah ini:-












 Foto : FB YB Fuziah

Sekarang siapa sebenarnya yang membuat kenyataan yang BANGSAT? Memfitnah kononnya Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh tidak kelihatan di mana-mana kawasan bencana ternyata satu kenyataan BANGSAT. (HD)



Iklan: Daun Stevia Siap Kering & Potong

1 kg = rm 70
tidak termasuk kos penghantaran
berminat sila hubungi/sms kami :
014 222 5865 / 011 2302 8768
resourceshmh@gmail.com

Luput Ibadah Solat & Doa Akibat Rasuah -JAKIM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui khutbah Jumaat hari ini mengingatkan umat Islam mengenai bahaya rasuah kerana antara kesan buruk perbuatan itu adalah terluputnya ibadah solat dan doa akibat menggunakan sumber yang haram.

Menurut Jakim, sekiranya rasuah tidak segera dibanteras nescaya umat Islam akan terdedah dengan pelbagai malapetaka dan bencana dalam kehidupan akibat kemurkaan Allah.

“Bayangkan, alangkah ruginya kita disebabkan perbuatan ini, ibadah dan doa menjadi sia-sia. Justeru, ia menjauhkan kita daripada mendapat rahmat Allah.
“Rasuah hanya dilakukan oleh mereka yang tidak yakin dengan pengawasan Allah serta pembalasan-Nya di hari akhirat. Ingatlah bahawa setiap darah daging kita daripada hasil yang haram, tipu daya, khianat dan pecah amanah maka api neraka adalah tempatnya,” katanya melalui khutbah Jumaat hari ini yang bertajuk “Merakyatkan Usaha Membasmi Rasuah”.

Jakim turut menyifatkan mereka yang menolak rasuah adalah manusia hebat kerana menjamin kesinambungan keturunan beriman dan berintegriti serta meningkatkan martabat organisasi warga pengurusan.

Kata badan itu, mereka yang menjauhi rasuah dapat meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap pemimpin berani memerangi rasuah serta membuktikan amalan ibadah khusus seperti solat, puasa, zakat dan haji yang diamalkan berjaya mencegah diri daripada terlibat dengan najis rasuah.

“Sabda Rasulullah SAW bermaksud setiap daging yang tumbuh hasil daripada makanan yang haram itu maka api neraka adalah lebih utama untuknya. Mimbar ingin mengingatkan bahawa pengamal rasuah, penyalahguna kuasa, pengkhianat amanah dan mereka yang bersubahat dengan amalan rasuah adalah pengkhianat kepada agama, bangsa dan negara.
“Apabila sifat tamak telah bertapak di hati, bisikan untuk melakukan rasuah akan mula mempengaruhi diri. Inilah buktinya kelemahan iman seseorang yang menyebabkan mereka mudah diperkotak-katik oleh nafsu dan mengikut hasutan syaitan,” katanya.

Menurut Jakim, seseorang yang didorong oleh perasaan tamak haloba dan mementingkan diri sendiri amat cekap serta berani melanggar batasan digariskan Islam padahal perbuatan itu hanyalah memusnahkan diri sendiri, organisasi dan negara malah mengakibatkan setiap punca pendapatan yang tidak halal.

Katanya, kesalahan rasuah tidak mengira golongan atau amaun transaksi yang terlibat tetapi terletak pada perbuatan sama ada pemberi, penerima atau menjadi orang tengah kepada perbuatan rasuah tersebut.

“Ini boleh berlaku apabila seorang pekerja yang mengampu ketua dan suka bermuka-muka dengan kerjanya, sedangkan diri sendiri tiada kebolehan dan kemahiran.
“Kemahirannya ialah berlakon untuk mengaburi mata ketua dan kadangkala melibatkan penyelewengan tugas, penipuan dalam kenaikan pangkat dan ketirisan dalam penggunaan wang rakyat,” katanya.

Khutbah hari ini turut mengingatkan hadirin perjuangan menentang rasuah bukan hanya terletak di tangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau pun pihak pemerintah semata-mata bahkan ian adalah tanggungjawab bersama pelbagai lapisan masyarakat.

Khatib berkata, perbuatan licik lagi jahat itu nampak seperti tidak bercanggah dengan undang-undang negara tetapi ia tetap bercanggah dengan hukum Syarak.

“Sempena sambutan Hari Anti Rasuah Sedunia pada 9 Disember, inilah masanya semua pihak perlu menggembleng tenaga memerangi rasuah secara serius demi melahirkan urus tadbir yang baik dalam perkhidmatan kerajaan mahu pun swasta.
“Yakinlah, semakin gigih usaha dakwah yang kita laksanakan untuk memerangi rasuah, pasti semakin jelas kesan perubahan positif yang akan berlaku. Ini selaras dengan tuntutan syarak dan hasrat kerajaan supaya hak rakyat didahulukan dan prestasi menghapus rasuah di utamakan,” katanya. – 6 Disember, 2013.(TMI)

Iklan: Daun Stevia Siap Kering & Potong

1 kg = rm 70
tidak termasuk kos penghantaran
berminat sila hubungi/sms kami :
014 222 5865 / 011 2302 8768
resourceshmh@gmail.com

Thailand Jual Pendatang Rohingya?


Pelarian Rohingya yang dilayan seperti hamba abdi di Thailand

 (AP)
KL: Ratusan warga Muslim Rohingya yang mengungsi ke Thailand diketahui menjadi korban perdagang manusia. Mereka dijual oleh pegawai kerajaan di Thailand, yang kemudian di kirim ke kem-kem hutan brutal.

Namun, praktik perdagangan manusia dengan korban para pengungsi Rohingya dilakukan secara rahsia. Praktik itu dikesan sejak bulan Oktober 2013 lalu. Pendatang itu dibawa dari tahanan imigresyen menuju ke broker atau pedagang manusia yang sudah menunggu di laut.

Mereka dibawa ke sejumlah kem tersembunyi di dekat perbatasan Malaysia. Sebahagian dari mereka ditebus kerabatnya dengan wang ribuan dolar AS. Mengutip laman Reuters, malam tadi, sejumlah wartawan yang menyusup ke kem-kem dan berdesakan dengan pengungsi Rohingya mengorek praktik perdagangan manusia itu.

Salah satu pengungsi Rohingya yang dijual bernama Ismail, 23. Sebahagian dari para pengungsi itu dijaga ketat di sebuah desa bernama Baan Klong Tor. Sebagian lagi dibawa melewati medan tropis, yang beberapa dari mereka meninggal kerana dehidrasi, bahkan ada yang dibunuh oleh penjaga kem. Kesaksian itu disampaikan pengungsi kepada wartawan yang ikut menyusup.

Pihak berkuasa Thailand mula mengelak laporan itu. Namun, setelah mendengar wawancara itu, polis Thailand mengakui, kerana itu merupakan kebijaksanaan rahsia yang mereka sebut sebagai “opsi kedua” menyingkirkan pendatang Rohingya dari Thailand.
Kampung asal Rohingya di Myanmar

Ismail, yang merupakan salah satu dari lima pengungsi Rohingya, mengatakan, pejabat imigresyen Thailand telah menjual dirinya langsung. ”Nampaknya itu begitu resmi pada awalnya,” kata Ismail, seorang petani kurus berambut keriting itu.

”Mereka mengambil foto-foto kami. Mereka mengambil sidik jari kami. Dan kemudian diangkut sekali dalam perahu, sekitar 20 minit di laut, kami diberitahu bahawa kami telah dijual,” lanjut Ismail. Ismail mengatakan, perjalanan itu berakhir di sebuah kem di Thailand selatan.

Korban lain, Bozor Mohamed, 21, seorang Muslim Rohingya, mengaku berada di dalam kem yang djaga ketat. Di kem itu, katanya, setidaknya satu orang meninggal setiap hari kerana dehidrasi atau terkena penyakit. ”Aku dipilih untuk menjadi orang yang kuat,” katanya.

Mohamed sempat merasakan kelaparan dan mengalami penyiksaan oleh apa yang ia sebut sebagai penuclik dari Thailand. Dia yang mempunyai saudara di Malaysia menelepon dan meminta agar membayar wang tebusan USD2,000 agar dia bebas. (IH)

Iklan:
Daun Stevia Siap Kering & Potong

1 kg = rm 70
tidak termasuk kos penghantaran
berminat sila hubungi/sms kami :
014 222 5865 / 011 2302 8768
resourceshmh@gmail.com

Hijrah, Tunaikan Kewajipan Sebagai Wanita Islam.

 HALAMAN HIBURAN

HATINYA  terbuka untuk berhijrah sebaik saja selesai menjalani tempoh berpantang selepas melahirkan cahaya mata sulung pada Disember tahun lalu. Bagi pelakon muda berbakat besar, Amanda Misbun, 24, dia nekad bertudung kerana percaya sudah sampai masanya dia menunaikan kewajipannya sebagai wanita Islam.

“Terus terang, saya bertudung dengan kerelaan hati tanpa paksaan daripada sesiapa.
“Saya sudah tidak boleh menidakkan perintah agama selepas kehidupan saya kini lengkap bergelar isteri dan memiliki cahaya mata.
“Saya bersyukur, suami, Hairulzain Fauzi, 29, dan anggota keluarga termasuk kakak, Haliza serta orang di sekeliling yang rapat memberi sokongan positif pada penghijrahan ini,” katanya. (myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Al-hamdulillah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails