Wednesday, August 21, 2013

Hari Ini, Bersama Konsert Rock Metallica, Juru Azan Ke Neraka?


HALAMAN HIBURAN

HARI ini, hari Rabu 21 Ogos 2013.  Dikatakan Kumpulan Rock Keras iaitu Metallica akan mengadakan persembahan mereka di Stadium Merdeka. Tiket telah dibuka jualannya pada Sabtu lalu, 13 Julai 2013 iaitu hari keempat Ramadhan. 

Penganjur program ini iaitu Galaxy Group Sdn Bhd telah menjual tiket awal dan kebanyakan tiket yang dijual sudah Sold Out. Tiket-tiket bukan murah, mencecah RM615 hinggit dan kebanyakan semuanya sudah habis dijual, dan ramai sanggup cuti untuk ke sana hari ini.

"Saya melihat YB (Menteri Belia) merasa teruja dan gembira apabila Kumpulan Metallica bersedia datang ke negara ini, kata-kata YB ..
  • '…mungkin tiba masanya kita tidak lagi kalah dengan negara jiran kita Singapura..' 
 ..kenyataan itu sangat bahaya buat kami sebab cara hidup ahli kumpulan tersebut jauh tersasar daripada manusia normal dan bayangkanlah bagaimana anak muda kita yang menjadikan cara hidup mereka sebagai ikon?."

Kata Ahmad Nazri Khamis, Penyanyi(1) ABC Band, Batu Pahat, Johor  melalui surat Terbuka Kedua untuk Menteri Belia Dan Sukan.(Sumber: http://www.kakisembang.com) 


Kumpulan Rock Heavy Metal yang di bentuk pada tahun 1981 di Los Angeles Amerika Syarikat dan merupakan Kumpulan Legenda dalam dunia muzik Rock dunia. Kumpulan Metalicca juga telah menerbitkan 9 album sepanjang penglibatan kumpulan ini di dalam dunia muzik.

"Ya, selama ini Metallica sering mengunjungi Singapura dalam persembahan mereka apakah apabila mereka ingin ke negara kita untuk buat persembahan itu sesuatu petanda yang baik?.

"Saya kira sikap YB sebagai Menteri Belia dalam hal ini cukup memaksa kami menyatakan pendirian, apakah YB bersedia mencari kemenangan di dalam merosakkan generasi pelapis negara?

"Hari-hari di dada-dada akhbar, di media elektronik cukup banyak isu gejala sosial dilaporkan, daripada sekecil-kecil jenayah sehinggalah sebesar-besar jenayah, hari ini isu bunuh bersenjata api pula, isu-isu tersebut berlaku di Malaysia bukan Singapura tetapi pemimpin seperti YB masih menutup mata seolah-olah apa yang berlaku itu tiada kaitan dengan kerja buat menteri-menteri seperti YB yang dibayar gaji oleh rakyat." Jelasnya lagi.

Kerana itu beliau membantah

"Mewakili rakan-rakan saya dari ABC Band kami ulangi sekali lagi pendirian kami, membantah sekeras-kerasnya keizinan kerajaan membenarkan Kumpulan Metallica membuat persembahan di negara Malaysia kerana kesan negatif buat belia dan rakyat negara ini akan lebih parah, serta selepas ini kerajaan terpaksa mengeluarkan banyak lagi dana untuk membasmi jenayah yang akan semakin kronik." Jelas beliau bersunguh-bersungguh.



Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kata ulama, artis-artis 'lagha' adalah juru azan (penyeru atau pemangggil) ke neraka.  Malang lagi, di tengah-tengah kegelisahan dan tangisan umat Islam seluruh dunia kepada bumi berdarah Mesir dan Syria, Malaysia pula bergalak dengan konsert hiburan maksiat. Sanggup pula mengimport perosak belia-belia kita ke neraka?

Na 'auzubillahi minzalik.

(IH)

Tuesday, August 20, 2013

Mesir, Perutusan Mursyidul Am PAS Tok Guru Nik Aziz..

Oleh  TG Nik Abdul Aziz Nik Mat
Nik Aziz juga mempertikaikan kesahihan gambar-gambar yang sudah tersebar luas di alam media sosial. – Gambar fail

SAYA tidak terkejut apabila bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dibebaskan daripada penjara oleh Mahkamah Mesir. Inilah tujuan sebenar rampasan kuasa yang dilakukan oleh tentera. Tidak perlu berlindung di sebalik alasan ekonomi dan sebagainya.

Padahal kezaliman Hosni Mubarak selama 30 tahun menduduki takhta presiden satu fakta yang tidak boleh dinafikan sama sekali. Barangkali, Sheikh Al-Azhar yang kuat menyokong rampasan kuasa tentera pun sudah berpuas hati dengan pembebasan Hosni Mubarak.  Saya menghormati kelilmuan yang ada pada Sheikh Al-Azhar, namun pendirian beliau dalam hal ini jelas salah seterang cahaya matahari di siang hari. Pada saya, inilah ujian berat yang sedang dihadapi oleh gerakan Islam khususnya di Mesir iaitu di saat para pemimpin mereka disumbat ke dalam penjara manakala penjenayah besar dilepas bebas.

Berpuas hatilah kerajaan Saudi yang kuat menyokong rampasan kuasa tentera. Benarlah kenyataan bahawa kebenaran itu milik Allah, tidak di Barat dan tidak Timur. Sekalipun penjaga dua tanah suci dimuliakan Allah SWT dengan tugas ini, namun belum tentu mereka memegang anak kunci kebenaran. Di samping menjaga dua tanah Suci, Saudi jugalah yang menjaga telaga minyak yang menghilangkan haus Amerika sekian lama. Inilah satu-satunya negara yang dinamakan sempena nama pemerintahnya iaitu Bani Saud.

Justeru, janganlah Saudi menyangka dengan sokongan mereka kepada tentera Mesir, mereka boleh mempengaruhi seluruh umat Islam di dunia. Jika darah Abdullah bin Zubair radhiallahuanhu pernah tertumpah akibat diperangi oleh Hajjaj bin Yusuf di Tanah Mekah, apa peliknya darah umat Islam di negara lain tertumpah angkara pemerintah Saudi hari ini? Jika kabilah Arab Jahiliyyah pun pernah bertugas untuk menjaga Tanah Suci sebelum kedatangan Islam, apakah jaminan penjaga Tanah Suci hari ini bebas dari melakukan kesilapan?

Barangkali sedikit kasar kiasan saya, tetapi ia belum apa-apa jika dibandingkan dengan sokongan Saudi terhadap tindakan tentera Mesir yang telah membunuh ribuan rakyat yang tidak berdosa. Saya menyeru kepada jiwa-jiwa yang telah dimuliakan Allah SWT dengan ilmu agama, janganlah sesekali cenderung kepada kezaliman agar tidak disambar oleh api neraka.

Hari ini Mesir ditinggalkan 'saudara-saudara'nya, bagaikan Nabi Yusuf yang pernah dibuang oleh saudara-saudaranya di dalam telaga ribuan tahun yang lampau. Tetapi Baginda akhirnya diselamatkan dan menjadi penguasa Mesir. Saya yakin Insya-Allah, Mesir akan keluar dari telaga kezaliman para tentera dan akan bangkit semula sebagai sebuah bumi yang subur dengan gerakan Islam.

Pesan saya kepada para hakim yang membebaskan Mubarak sebagaimana pesan ahli sihir yang beriman kepada Firaun :

فَاقْضِ مَا أَنْتَ قَاضٍ إِنَّمَا تَقْضِي هَذِهِ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا

yang bermaksud :
  • Berhukumlah kamu selagi mana kamu boleh berhukum, sesungguhnya kamu hanya mampu berhukum di dalam kehidupan dunia ini sahaja... - Surah Toha, ayat 72

Mursyidul Am Parti Islam Semalaysia (PAS)

Lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-78: I Support Dr Mohamed Mursi (2)  

Gambar Gandengan Tentera Mesir-Israel & Seruan Qardhawi..

 
TIDAK terkejut terhadap status tentera Mesir terhadap keganasan yang berlaku kerana gambar ini. Sedia maklum, arahan untuk menyerang penyokong Morsi adalah dengan persetujuan sepakat oleh General Israel dengan As-Sisi. 

Inilah bukti bergambar tentera Mesir dan Israel mempunyai hubungan erat antara kedua-dua pihak sebelum tercetusnya pemberontakan mengguling Presiden Dr.Muhammmad Morsi yang berlaku sejak awal bulan Julai lalu, di samping banyak lagi bukti-bukti lain. (via: Pahang Daily)
DR YUSUF AL-QARADHAWI 
Sementara itu, Ketua Kesatuan Ulama Se-Dunia, Dr Yusuf al-Qaradhawi menyeru sekali lagi ke atas semua rakyat Mesir untuk keluar berhimpun bagi meneruskan tuntutan hak dan membantu saudara-saudara mereka dan kita. Selain itu, beliau turut menggesa pihak luar bagi membantu untuk memberhentikan kezaliman yang berlaku di Mesir.

Beliau juga menyifatkan bahawa apa yang berlaku di Mesir khusunya di medan Rab'ah dan Nahdah adalah perkara yang tidak pernah berlaku ke atas rakyat Mesir. Beliau juga menyeru agar semua rakyat berdoa ke atas pihak yang melakukan kezaliman agar Allah membalas segala perbuatan mereka. Seruan ini merupakan susulan bagi seruan yang dilakukan bagi menjayakan himpunan pada 16 Ogos, Jumaat baru-baru ini.

Di akhr seruannya, beliau menyeru kepada semua umat Islam, penganut Kristian dan para ulama al-Azhar untuk keluar dari tempat kediaman masing-masing untuk menyertai himpunan tersebut.

  • "Sesunggunya mana-mana rakyat Mesir tidak akan mati melainkan apabila tiba ajal yang telah ditetapkan." - Dr Yusuf al-Qaradhawi.
Lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-78: I Support Dr Mohamed Mursi (2)  

Pelakon Didie Alias, Semoga Kesedaran Bertambah, Al-hamdulillah!

Didie Alias sewaktu memenangi Pelawak Wanita Paling popular pada Anugerah Lawak Warna Sabtu lalu.

HALAMAN HIBURAN

 PETALING JAYA: Pelakon Didie Alias mengambil langkah untuk mengurangkan sedikit imej pelik yang sering ditampilkannya sebelum ini kerana menghormati empat anak perempuannya yang sudah bertudung.

Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd Ali, 40, berkata, sebagai ibu, dia perlu menjaga penampilan diri dan tidak terlalu berlebih-lebih kerana enggan anak-anaknya pula terkena tempias kritikan masyarakat.

"Sekarang ini anak-anak perempuan saya semua sudah berhijab. Dan saya sebagai ibu tidak mahulah melihat mereka dikritik hanya kerana penampilan saya.
"Bagaimanapun unsur-unsur pelik masih lagi ada, cuma ia tidaklah keterlaluan seperti sebelum ini. Dan fesyen yang dibawakan mengikut kesesuaian tema majlis," katanya kepada mStar Online.

Didie mempunyai lima orang anak termasuk seorang anak lelaki iaitu Nur Dania, 20, Muhammad Danial, 19, Nur Dinie, 17, Nur Danie, 15 dan Nur Diana, 14.

Antara imej pelik yang pernah digayakan Didie.

Tambah Didie, perubahan imejnya juga dibuat berdasarkan komen-komen umum di laman sosial dan akan menukarkannya jika ada gaya yang kurang disenangi masyarakat. Bagaimanapun, dalam usaha Didie memperbaiki gaya penampilannya, dia bersedia menerima kritikan.

Sementara itu, Didie baharu saja menyambut hari kelahirannya pada Sabtu lalu dan pada hari sama dia telah memenangi Artis Lawak Wanita Paling popular Anugerah Lawak Warna yang berlangsung di Istana Budaya.
Didie juga menyifatkan kemenangan itu sebagai hadiah hari jadinya yang paling bermakna dan berazam untuk menjadi pelakon dan pelawak yang lebih baik pada masa akan datang.

"Sudah lama saya dalam industri seni tempatan dan macam-macam penambahbaikan kualiti kerja saya buat peminat-peminat yang sering menyokong saya.
"Bukannya mudah nak jadi pelawak wanita kerana kami perlu menjaga batas-batas terutamanya daripada segi pertuturan kata. Sebab itulah negara kita kekurangan pelawak wanita sebab ianya bukan mudah," ujarnya. (mStar)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Semoga kita semua dianugerahkan Allah SWT dengan kesedaran yang bertambah-tambah lagi.. Insya Allah, Al-hamdulillah!

Cemas, Kisah 30 Jam Dikepung T/Mesir -Wartawan Agensi Anadolu












Heba Zakariya, wartawan Agensi Anadolu



MESIR: Seorang wartawan perempuan Agensi Anadolu, yang turut terkepung di Masjid Fath, Ramsis, Sabtu lalu, berkongsi detik cemas yang dihadapi beliau dan ratusan penyokong legitimasi yang berlindung di masjid tersebut.

Menyifatkan kejadian itu sebagai "detik paling sukar" dalam hidupnya, Heba Zakariya (gambar) mendakwa ianya bermula dengan satu kunjungan biasa beliau ke Medan Ramsis untuk membuat liputan himpunan penyokong Morsi di situ.

Secara tiba-tiba katanya, suasana seperti pertempuran meletus apabila pihak tentera melepaskan tembakan peluru hidup yang memaksa para penyokong Morsi dan mereka yang cedera mencari perlindungan di Masjid Fath di medan itu. Sebuah hospital sementara juga telah dibuka bagi merawat mereka yang terdera dan bagi menempatkan jenazah mereka yang terkorban.

"Saya menuju ke Masjid Fath untuk meninjau keadaan. Terdapat banyak mayat dan mangsa yang cedera di dalam masjid," katanya menceritakan.
"Saya masih ingat seorang kanak-kanak 11 tahun yang ususnya telah terkeluar selepas ditembak dengan peluru sniper," katanya sambil menangis.
"Tidak lama selepas itu, kenderaan tentera, pasukan polis dan helikopter mengepung tempat itu dan cuba untuk mengheret penunjuk perasaan ke luar masjid dengan kekerasan. Pada masa ini, kami berpendapat pembunuhan beramai-ramai mungkin berlaku," katanya.

Bagaimanapun ujarnya, ramai yang mengambil sikap enggan keluar dari masjid kerana bimbang diserang oleh samseng upahan, dan pihak polis.

Polis menyerbu masuk ke masjid, memaksa penyokong Morsi agar keluar dari masjid

Selepas itu katanya, pasukan keselamatan mengetatkan kawalan di seluruh kawasan, dan mengepung masjid semalaman.

Pagi keesokannya, pasukan keselamatan bertindak untuk "membersihkan" masjid dari penyokong Morsi yang berada di dalamnya. Penyokong Morsi dipaksa untuk keluar dari masjid.

"Tentera dan polis mula mengiringi penunjuk perasaan (keluar dari masjid), termasuk 33 wanita , di luar masjid di tengah-tengah penghinaan samseng yang berdiri di luar," katanya.
"Penunjuk perasaan bergegas ke dalam kenderaan pengangkutan banduan di luar masjid, mereka khuatir diserang oleh samseng," katanya.
"Saya ditumbuk di muka, tangan dan kaki sebelum ketika berjalan menuju ke kenderaan."
"Saya merasakan mereka "raksasa yang mahu mengganas" dan ianya memalukan kerana kita mempertahankan kebebasan dan ingin menyampaikan kebenaran," kata beliau.

Beliau kemudian dibawa ke Penjara Tora di selatan Kaherah, bersama-sama dengan penyokong Morsi yang lain yang diambil dari masjid. Di dalam penjara, Heba Zakaria telah melalui satu lagi pusingan penderitaan.

"Orang-orang yang ditahan didera secara fizikal, manakala wanita telah dilayan dengan kasar oleh tentera yang membuat ancaman terhadap mereka jika mereka tidak menurut perintah," ujarnya.
"Pada 02:30, kami diberitahu bahawa wanita akan dibebaskan. Sejurus kemudian, kenderaan pengangkutan banduan tiba dan membawa kami ke Masjid Al-Azhar di mana kami dikumpulkan sehingga saudara-mara kami datang untuk membawa kami ke rumah."
"Itulah 30 jam yang paling sukar dalam kerjaya saya," katanya membuat kesimpulan.
 
Polis menangkap penyokong Morsi yang berlindung dalam Masjid Fath

Dalam pada itu sumber Parti Keadilan dan Kebebasan (FJP) menyebut, polis melepaskan gas pemedih mata ke dalam masjid pada waktu Subuh, Ahad lalu, bagi memaksa penyokong Morsi keluar. (Hrkh)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-78: I Support Dr Mohamed Mursi (2)

E-Buku IH-78: I Support Dr Mohamed Mursi (2)

Perlembagaan Baru Mesir, Bakal Larang Parti Agama.

Konstitusi baru Mesir bakal larang partai agama
PERLEMBAGAAN baru Mesir kemungkinan bakal melarang pembentukan partai politik yang berlandaskan agama.

Komite yang bertugas menggubal perlembagaan baru telah diminta oleh lebih dari 400 lembaga politik, ekonomi, dan sosial untuk menulis larangan itu di dalam perlembagaan. Ianya dilakukan sebagai cara untuk menjaga Mesir dari faksi-faksi Islam yang berusaha mengubah negara awam menjadi sebuah negara dengan pemerintahan berdasarkan oligarki agama. Demikian stasiun televisi Al Arabiya, Selasa (20 Ogos), mengutip laporan surat khabar Al-Ahram kemarin, dari seorang sumber tidak disebutkan namanya.

Ketua komite perlembagan dan penasihat hukum Presiden sementara Mesir Adli Mansur, Ali Awad Saleh, mengatakan perlembagaan atau konstitusi amandemen 2012 diharapkan akan diumumkan besok. Minggu lalu, Saleh mengatakan Pasal 2 Konstitusi 2012 yang menyatakan bahwa Syariah Islam adalah sumber utama dari undang-undang akan tetap dipakai dalam rangka untuk menekankan identitas Islam di Mesir.

Sumber mengatakan bahawa dengan tetap mempertahankan pasal itu diperlukan untuk mencegah boikot terhadap konstitusi baru dari golongan Islam. Tambahan dalam perubahan konstitusi ini juga meliputi menghilangkan Dewan Syura, Majelis Parlemen Mesir yang dibubarkan pada awal Julai lalu, dan peraturan berkait Mahkamah Konstitusi dan media.

Selain itu, sebuah pasal di Konstitusi 2012 yang mencegah para pejabat dari partai mantan Presiden Husni Mubarak yang digulingkan dari kekuasaannya untuk mencari posisi politik juga akan dibatalkan. Presiden sementara Mesir Adli Mansur juga membuat sepuluh anggota komite yang terdiri dari enam hakim dan empat profesor hukum konstitusional.

Sementara komite kedua, yang terdiri dari 50 tokoh masyarakat, akan diberikan waktu selama 60 hari untuk meninjau amandemen sebelum konstitusi menjadi sebuah referendum nasional, yang kemudian akan diikuti dengan pemilihan parlemen. (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-78: I Support Dr Mohamed Mursi (2)

E-Buku IH-78: I Support Dr Mohamed Mursi (2)

Mursyidul Am Ikhwan Ditahan Jam 2 Pagi, Ini Gantinya..


 
MESIR: Jemaah Ikhwan Muslimin hari ini mengumumkan secara rasmi bahawa Dr Mahmoud Ezzat (gambar) dilantik sebagai Mursyidul Am sementara gerakan Islam itu.

Pengumuman itu dibuat selepas pihak keselamatan mengumumkan penahanan Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Mohammed Badie.

Mohammed Badie dilaporkan telah ditahan kira-kira jam 2 pagi di sebuah kediaman flat di Madinah Nasr yang terletak di Timur Laut Kaherah.

Penahanan tersebut turut disahkan Kementerian Dalam Negeri yang memaparkan gambar Mohammed Badie dengan keterangan mengesahkan penahanannya. Beliau antara pemimpin Ikhwan yang paling dikehendaki pihak tentera Mesir.

Al-Jazeera melaporkan, kerajaan sementara Mesir melabelkan pemimpin Ikhwan sebagai pengganas. Bagaimanapun, Mohammed Badie tidak bersenjata atau mempunyai pengawal ketika penahanan dibuat. Sementara itu, Peguam Ikhwanul Muslimin, Ali Kamal menyifatkan penangkapan Dr Mohammed Badie sebagai balas dendam oleh tentera dan kerajaan sementara.

"Sudah diketahui bahawa semua tuduhan ke atas Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin dan sayap politiknya, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) serta pemimpin Anti-Kudeta dan Pakatan Kebangsaan Pro-Demokrasi adalah palsu dan tanpa bukti yang boleh diterima.

"Apa yang mereka hadapi adalah rekaan tuduhan politik yang dicat dengan warna jenayah," katanya. (Hrkh)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-78: I Support Dr Mohamed Mursi (2)

E-Buku IH-78: I Support Dr Mohamed Mursi (2)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails