Monday, April 29, 2013

Zuna, Berjuang Melalui Lukisan & Kartun.


Kartun yang dihasilkan Zunar kini menghiasi papan-papan iklan di tepi jalan


KUALA LUMPUR: Dari berjuang melalui lukisan di dalam akhbar, laman web dan pameran lukisan, kini lukisan kartun yang dihasilkan oleh kartunis Zunar terpampang di papan-papan besar. Pelbagai jenis lukisan yang dibuat Zunar atau nama sebenarnya Zulkifli Anwar Ulhaq, kini di pasang di tepi-tepi jalan dan pusat perhimpunan orang ramai.

Zunar membuat perkara ini bersama dengan rakan -rakannya yang bertungkus lumus mahu memenangkan perjuangan rakyat dalam pilihan raya umum kali ini.

"Saya buat ini untuk rakyat," kata Zunar dalam satu majlis.

Nama Zunar mula popular melalui majalah kartun Gila-gila. Kemudiannya beliau menjadi kartunis utama akhbar Berita Harian. Apabila reformasi meletus 1998, Zunar menyertai Harakah menjadi kartunis dengan akhbar milik PAS itu.

"Sumbangan utama Zunar adalah semasa pilihan raya umum 1999. Ketika itu Zunar bersama redaksi Harakah membuat keluaran khas untuk pilihan raya tersebut," kata Zulkifli Sulong Ketua Pengarang Harakah ketika itu.

Ketika itulah Harakah berada di kemuncaknya apabila diedarkan 350,000 naskah setiap keluaran dan kemuncaknya 380,000 naskah menjelang hari mengundi pilihan raya umum 1999. Hasilnya, dalam pilihan raya itu PAS mendapat dua buah negeri iaitu Kelantan dan Terengganu di samping dapat menghantar 27 pemimpinnya ke Parlimen.

Kini Zunar bergerak bersama rakan-rakan kartunis mengasilkan pelbagai jenis kartun untuk pelbagai jenis media. Beliau pernah membuat kartun pameran solo di London. Tahun lepas, beliau juga membuat pameran solo kartun di Shah Alam. (Hrkh)

Respon Kajian UMCEDEL 27 April 2013

Oleh UMCEDEL



Nota ini merujuk kepada pandangan beberapa orang penganalisis politik berkaitan dengan hasil kaji selidik yang telah dijalankan oleh UMCEDEL berkaitan pilihan pengundi menjelang pilihan raya umum ke-13 yang disiarkan dalam www.sinarharian.com.my online pada 27 April 2013.


Hasil kaji selidik ini telah dihebahkan semasa persidangan akhbar pada 25 April 2013 di Universiti Malaya yang telah dihadiri oleh pemberita daripada dalam dan luar negara termasuk beberapa orang diplomat antarabangsa. Kesempatan juga telah diberikan kepada wartawan dan diplomat untuk mengemukakan persoalan dan meneliti lebih lanjut kajian yang kami jalankan.


Beberapa penjelasan kepada kajian tersebut:

1. Berlaku kekeliruan berkaitan istilah populasi dan sampel. Populasi merujuk kepada keseluruhan komponen samada jumlah penduduk negara atau jumlah pengundi. Sementara sampel adalah sebahagian komponen yang akan mewakili keseluruhan populasi. Standard dan prosedur statistik yang menjadi amalan kajian di peringkat tempatan dan antarabangsa adalah mendapatkan sampel. Contoh yang paling mudah, doktor tidak perlu mendapatkan sebahagian besar atau kesemua darah pesakit untuk mengetahui penyakit namun hanya cukup dengan setitik darah sahaja.   

2. Pemilihan responden seramai 1407 adalah mewakili keseluruhan komponen pengundi berdasarkan pecahan etnik, jantina, struktur umur, lokasi tempat tinggal, status pekerjaaan dan pendidikan. Sampel yang dipilih adalah responden yang telah mendaftar sebagai pengundi dan pernah mengundi dalam pilihan raya. Jumlah sampel tersebut adalah standard sampel yang digunakan oleh badan penyelidik antarabangsa seperti MORI, YouGov dan Gallup. Malah beberapa badan penyelidik akademik serantau seperti Election Study Center di National Chengchi Universiti di Taiwan, Lembaga Survey dan Lingkungan Survey di Indonesia juga mengggunakan jumlah sampel yang hampir sama.  Metodologi yang digunakan dalam kajian adalah secara bersemuka menggunakan soalan yang berstruktur.  

3. UMCEDEL adalah badan penyelidikan akademik yang bernaung di bawah Kluster Kemanusiaan dan Sains Sosial Universiti Malaya yang dianggotai oleh ahli akademik tempatan dan antarabangsa. Kepakaran ahli UMCEDEL termasuk dalam bidang statistik, sains politik, politik antarabangsa,sistem maklumat geografi, sejarah dan geografi pilihan raya. Kajian yang kami jalankan mematuhi standard akademik dan dibiayai oleh universiti yang mempertahankan nilai intergriti, telus dan tidak memihak kepada mana-mana individu ataupun parti politik.  

4. Masyarakat juga tentunya menantikan kajian daripada penganalisis-penganalisis politik yang terlibat secara langsung di lapangan untuk mendapatkan gambaran sebenar yang berlaku di peringkat akar umbi dan bukannya bergantung kepada pemerhatian politik melalui media semata-semata. 

5. Pihak yang berminat boleh melayari laman sesawang www.umcedel.um.edu.my untuk mendapatkan butiran lanjut kajian tersebut dan beberapa kajian yang telah kami jalankan. Pihak kami juga bersedia berdiskusi dengan mana-mana individu dan pertubuhan yang mahu meneliti lebih lanjut kajian kami. Pandangan dan komen separuh masak yang tidak mempunyai nilai akademik tanpa melihat dengan lanjut kajian tersebut amat dikesali.


Sekian.



Sekretariat UMCEDEL
27 April 2013

Husam Jawab M/Dlm Negeri, Saya Insensitive & Biadab?












"Respon Balas terhadap Kenyataan Menteri Dalam Negeri Dato Seri Hishamuddin Hussin

Merujuk kepada kenyataan Menteri Dalam Negeri Dato Seri Hishamuddin Hussin berhubung insiden pembunuhan Timbalan Pengarah Kastam, arwah Dato Shaharuddin B Ibrahim yang menyatakan bahawa saya tidak sensitif dan biadap, saya ingin menegaskan bahawa saya menyentuh perkara ini untuk menyatakan kesedihan terhadap kejadian yang menimpa arwah - pegawai tinggi kerajaan yang terlibat dengan penguatkuasaan.

Kedua, saya mengutuk sekeras-kerasnya pihak yang tidak berperi kemanusiaan. Saya bertegas mahu Kerajaan khususnya Menterinya bertindak cepat mengesan penjenayah yang melakukan heinous crime ini. 


Adakah ini menjadikan saya insensitive dan biadab? Rakyat dan warga kastam dan anggota agensi penguatkuasaan  juga tertunggu tindakan Kerajaan ! Kenyataan Hishamudin hanya utk menutup malu bila kerajaan interim gagal menunjukkan kebersamaan mereka dgn tidak mewakilkan walau hanya seorang menteri dr 28 orang menteri dan 40 tim menteri.

Dato Paduka Haji Husam Musa
28 April 2013
husammusa.com
dinarkel.net"


Malam tadi di Putrajaya.

Majlis Tun Dr Mahathir dan Ustaz Azhar di Putrajaya malam tadi.
Pelakun Mustafa Kamal, Ust Azhar  turut datang memberikan sokongan kepada Husam di Putrajaya

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-69: PAS (PR) Bebaskan Putrajya.

E-Buku IH-69: PAS (PR) Bebaskan Putrajya.
 

Putrajaya Dalam Bahaya. Balik K'tan Jual Goreng Pisang -Dr Mahathir


PUTRAJAYA: Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad menyerang calon PAS Datuk Husam Musa bertubi-tubi di ceramahnya semalam memberi petunjuk bahawa Putrajaya dalam bahaya buat BN.

“Saya datang sebab saya tak mahu Putrajaya jatuh kepada orang yang tak sepatutnya, tentukan Husam dikalahkan dengan teruk sekali,” kata Dr Mahathir ketika berceramah di Presint 9, Putrajaya kelmarin bertajuk Pertahankan Putrajaya.

Dalam ucapannya juga semalam, Mahathir dengan angkuhnya merendah-rendahkan Husam dengan berkata;

“Balik betulkan Kelantan dahulu. Kalau dah berjaya baru mohon izin untuk bekerja di Putrajaya. Kalau dia nak jual goreng pisang pun saya benar. Itu latihan terbaik untuk jadi PM, bagi kuali,minyak kelapa dah pandai baru bercita-cita jadi PM.

“Sebelum daripada itu duduk diam-diamlah di Kelantan, itu tempat tinggal kamu. Tiru presint-presint di Putrajaya ini. Buat pejabat-penjabat dan rumah yang baik di Kelantan, Selepas itu baru minta kerja di Putrajaya,” kata Mahathir.

Mahathir terlupa, jikalau bukan kerajaan pusat menyekat duit royalti pada Kelantan, sudah pasti Kelantan hari ini jauh terkehadapan berbanding mana-mana negeri BN. Persoalan yang terpenting yang perlu dibaca daripada cacian Mahathir ialah; jika Putrajaya kubu kuat Umno BN, mengapa ada terlintas di fikiran Mahathir bahawa Putrajaya akan jatuh kepada “orang yang tak sepatutnya.”

Pertanding di P125-Putrajaya ini adalah antara Husam dan calon BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Kedua-duanya bukan berasal daripada Putrajaya. Tengku Adnan berasal daripada Melaka. Kedua-duanya bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Jadi apa kriteria “orang yang tak sepatutnya” bagi Mahathir. Mahathir juga  berasal dari Kedah, perlu balik Kedah ke?

Selepas Mahathir, kata sumber Umno itu, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak akan turun padang menyelamatkan Putrajaya. Husam, katanya, harus berdepan dengan serangan Najib pula. (IH)

Sunday, April 28, 2013

Ada Cara Sendiri Memenangi Hati Masyarakat -Aishah

Aishah

 JEMPOL - “Dunia politik ada persamaan dengan dunia artis, jika tiba masa dan 'mood' yang sesuai, artis baru pun boleh berjaya. Ini satu peluang baik bagi diri saya kerana 'mood' rakyat ketika ini ialah inginkan perubahan. Jadi saya tak ada masalah bertanding dengan siapa pun."

Demikian menurut calon Pas kerusi Parlimen Jempol, Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah. Aishah bakal berdepan saingannya yang merupakan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai calon BN Parlimen Jempol.

Walaupun mengakui dirinya kurang pengalaman, namun Aishah yakin beliau mempunyai cara tersendiri untuk memenangi hati masyarakat kawasan tersebut.

“Jika ada orang pertikai golongan artis tidak berpengalaman, siapa di antara kita yang benar-benar ada pengalaman?
"Kita kena akui industri hiburan memberi pengaruh besar kepada masyarakat. Jadi medium seni sebenarnya adalah medium yang efektif untuk menyampaikan mesej yang baik," katanya.

Menurutnya, cara beliau juga pasti lebih dekat di hati pengundi kerana menggunakan kaedah beri 'kail'. "Untuk mengatasi kemiskinan penduduk, kita bukan bantu dengan bagi duit sahaja, tetapi perlu ada pelan pembangunan agar rakyat berdikari dan boleh menjana pendapatan sendiri,” katanya. (SH)

Cadangan projek hospital Rembau yang majlis perasmian perletakan batu asasnya telah disempurnakan oleh Dato Seri Utama Hj Mohamad bin Hj Hasan pada 7 Mac 2008 telah menunjukkan perkembangan baru. Hari ini tinjauan mendapati papan tanda projek hospital Rembau telah diganti dengan papan tanda yang baru dengan gambaran rupa bentuk hospital tersebut. 

Untuk maklumat, hospital Rembau ini hanya akan mula dibina dalam tempoh 3 tahun dari sekarang walaupun majlis perletakan batu asasnya telah dibuat lebih 5 tahun yang lalu. Gambar papan tanda lama dan papan tanda baru cadangan projek hospital Rembau di rembau-hari-ini.blogspot.com"  (IH)

Rosmah Yang Bijak..



KLIK

Rosmah Tak Bayar Saman
Facebook PAS Sabah 


Nampaknya Datin Seri Rosmah Sendiri Meyakini Pakatan Rakyat Akan Berjaya Membentuk Kerajaan Malaysia Yang Baru Pada PRU13 Ini..

Beliau Meyakini Salah Satu Dari Manifesto Pakatan Rakyat Iaitu 'Menghapuskan AES'... Itu Sebabnya Beliau Tidak Mahu Bayar Saman Itu Lagi...

Adakalanya Bijak Juga Beliau Kan?

Sumber: FB PAS Sabah


Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia?
E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia?

Husam & 2 Puteri UMNO..Bila Susah UMNO Tiada? Lihat Ini,

LIHAT ini, kisah Datuk Husam Musa dan 2 puteri UMNO..

Pertama:  
 
PUTRAJAYA - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mengucapkan takziah kepada keluarga Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia II (Bahagian Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim yang meninggal dunia akibat ditembak pagi semalam. 

"Saya ucap takziah kepada keluarga Allahyarham, saya juga telah hadir ke masjid, saya telah solat jenazah dan telah hantar jenazah ke tanah perkuburan," katanya pada ceramah anjuran Pas di sini, malam ini. 

Bagaimanapun, beliau berkata semasa proses pengurusan jenazah Shaharuddin sehingga pengebumian tidak terdapat seorang menteri pun yang turun memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Beliau juga percaya kematian Shaharuddin berkaitan dengan tugasan dan tanggungjawab yang dilakukan arwah demi negara.

"Saya yakin operasi-operasi yang diuruskan beliau menjadi salah satu sebab beliau ditembak di Putrajaya, sebuah kota yang canggih.
"Saya juga syak CCTV tidak dapat 'cam' penjenayah itu," katanya lagi.

Shaharuddin meninggal dunia akibat terkena tiga das tembakan berhampiran lampu isyarat ibu pejabat polis, di Persint 8, Putrajaya. Dalam pada itu, Husam yang juga calon kerusi Putrajaya menggesa pihak penguat kuasa dan kerajaan segera mengambil tindakan.

Katanya, jika penjenayah itu gagal ditangkap, ia akan menimbulkan kebimbangan kepada pengundi khususnya warga Putrajaya. "Kita harap kerajaan dapat bertindak segera sebelum pilihan raya umum ini," katanya lagi.

 
Calon PAS Putrajaya, Datuk Husam Musa mengiringi jenazah bekas Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Allahyarham Datuk Shaharuddin Ibrahim yang ditembak pagi semalam sehingga ke tanah perkuburan.

Kedua: Lihat gambar di atas sekali.. 

Rakaman gambar yang dikirim kepada (Blog) Omak Kau memberitahu ada (kemalangan) jalanraya berlaku melibatkan 2 buah motosikal yang ditunggangi oleh dua Puteri UMNO. Datang membantu segera ialah para petugas PKR yang kebetulan berada dekat situ sedangkan petugas UMNO masih tidak nampak muka.

Kawan ketawa ramai kawan untuk sama menangis sukar nak jumpa... Sekarang baru tahu siapa kawan siapa lawan..Kawan boleh jadi lawan ... lawan boleh menjadi kawan.

Ini dinamakan politik dinamika..politik tolak fahaman sempit...politik berhemah bukannya politik lucah...Politik guna otak bukan pakai otot.


Kesimpulan:  Sebagai sutu pengajaran, UNDILAH PAS 5 Mei ini...

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-69: PAS (PR) Bebaskan Putrajya.

E-Buku IH-69: PAS (PR) Bebaskan Putrajya. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails