Sunday, April 07, 2013

TPM Tuduh PAS, Parti Ajaran Sesat... UMNO Tiada Kafir?




Pas Parti Ajaran Sesat bawa fatwa songsang
KUALA LUMPUR — Timbalan Perdana Menteri hari ini melabelkan Parti Pas sebagai Parti Ajaran Sesat berikutan kenyataan kontroversi Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disifatkannya sebagai fatwa songsang yang boleh mengelirukan rakyat. 

Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau kecewa dengan kenyataan songsang itu kerana Nik Abdul Aziz merupakan seorang ulama dan tokoh agama.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan ter baharu Nik Abdul Aziz yang mendakwa solat orang UMNO tidak memberi sebarang pahala kerana parti itu telah menolak dasar Islam. Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan turun padang ke kawasan Lembah Pantai dan bersarapan pagi di Gerai Singgah Santai, Kondo Rakyat Desa Pantai di sini hari ini.

“Ini bukan kali pertama, Pas dan Nik Abdul keluarkan fatwa menghukum UMNO. UMNO sebagai kafir di dalam Amanat Haji Hadi. Ini sudah terbukti bahawa Pas ialah Parti Ajaran Sesat, dan bukannya Parti Islam SeMalaysia,” ka tanya. - BERNAMA (Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim
  • Menuduh parti Islam (PAS) sebagai parti yang membawa ajaran sesat, adakah bermaksud menuduh pengikut-pemgikut PAS sudah sesat terkeluar dari agama Islam? 
  • Kalau itu yang berlaku bolehkan TPM dibawa ke mahkamah kerana menuduh PAS sesat terkelaur dari agama Islam atau membawa ajaran sesat yang baru"
  • Adakah TPM mendahului Majlis Fatwa Kebangsaan dengan menfatwakan ada ajaran sesat dibawaoleh PAS, sedangkan sudah banyak ajaran-ajaran sesat yang diharamkan oleh kerajaan Malaysia sejak dulu sampai sekarang kecuali PAS.
  • TPM tidak semakkah di pejabat daftar pertubuhan erti PAS, yang tiada bertulis Parti Ajaran Sesat? TPM hina jabatan negaranya sendiri.
  • Bolehkah Majlis Fatwa Kebangsaan mengelurkan fatwa apa hukum parti orang Islam yang 'menolak dasar Islam'?
  • Bolehkah UMNO/TPM buktikan kenyataan 'Pas dan Nik Abdul keluarkan fatwa menghukum UMNO. UMNO sebagai kafir' yang kononnya ada di dalam Amanat Haji Hadi?
  • Bolehkah UMNO nafikan bahawa ada ramai ahli-ahli UMNO yang kafir tidak menganut agama Islam?
  • Bolehkah UMNO nafikan 'UMNO kafir', kerana ramai ahli-ahlinya yang kafir tidak beragama Islam, saparti rakyat Malaysia keturunan Siam/Buddha di Kedah, kaum bumiputera bukan Islam di Sabah/Serawak dan lain-lain? 
Cukup  sampai di sini dulu (IH)

Manifesto: BN Tidak Adil, PR 10 Minit, BN Siaaan Langsung.


 
KL: Ketika Pakatan Rakyat (PR) bertungkus lumus menjelajah ke seluruh negara bagi membentangkan manifesto pilihan raya kepada rakyat, Umno BN mendapat laluan mudah apabila manifestonya disiarkan secara langsung oleh media milik kerajaan dan media arus perdana.

“Agak lucu apabila dia (Umno BN) tawarkan 10 minit kepada Pakatan Rakyat untuk bentangkan manifesto (secara rakaman),” kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Johari Abdul kepada TV Selangor hari ini berhubung perkara itu.

Majlis pelancaran manifesto BN untuk PRU13 oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib di Stadium Bukit Jalil malam ini dalam satu majlis khas akan disiarkan secara langsung oleh media perdana di negara ini. Johari turut mempersoalkan siaran langsung tersebut kerana kerajaan yang wujud ketika ini adalah kerajaan sementara di mana Umno BN sebagai pentadbir tidak boleh menggunakan agensi atau jentera kerajaan bagi kerja parti.

“Saya ingin bertanya sama ada Umno BN membayar atau tidak kepada RTM kerana menggunakan fasiliti kerajaan. Secara undang-undang, dia (Umno BN) tidak boleh menggunakannya untuk tujuan kerja-kerja parti,” ujarnya dipetik Selangorku.

Johari mendakwa, Umno BN melakukan perubahan terhadap manifestonya yang diyakini telah disiapkan awal tetapi ditarik semula apabila PR melancarkan manifesto lebih awal. Sebagai contoh, katanya, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak pernah didebatkan di dalam Parlimen sama ada bagi bajet 2010, 2011 atau 2012.

“Bila PR menyediakan Buku Jingga pada 2010 yang didalamnya jelas menyatakan bantuan RM1,000 setahun kepada rakyat khususnya berpendapatan rendah maka Umno-BN lantas melancarkan BR1M walaupun tiada bajet diluluskan oleh Parlimen.

“Ini menunjukkan Umno-BN ketandusan idea. Dia cuma akan buat ‘adjustment’ terhadap apa yang dia ada dan mengikut apa dicadangkan PR. Bagi saya, Umno-BN tidak mempunyai ‘originality’ tetapi ‘copycat’,” katanya. (Hrkh)

Lihat sebelum ini... 

Kota Putih Andalusia, Pengaruh Islam Jadi Daya Tarik

Kota Putih Andalusia (Amusing Planet)

DI SELATAN Sepanyol, di antara Lautan Atlantik di barat dan Mediteranian di timur, terdapat salah satu kota paling cantik di Sepanyol, Kota Putih Andalusia, atau  Pueblo Blancos. Menyajikan sebuah pemandangan indah sempurna. Bangunan bercat putih, atap ubin merah-coklat, jalan-jalan sempit dan jalan bebatuan di atas tebing, sungai dan ngarai dengan latar belakang perbukitan.

Kota Putih Andalusia 
Seperti dimuat Amusing Planet, pengaruh arsitektur Islam menjadikan kawasan pemukiman ini menjadi sangat menarik. Labirin sempit, bangunan dengan dinding putih tinggi dengan kisi-kisi besi. Warna putih dipilih bukan kerana sifat antibakteria dari kapur alkali semata.

Diktator Miguel Primo de Rivera pada 1920 yang menjalankan kohesi sosial menjadikan putih warna utama di wilayah ini. Masa itu, dia memberi instruksi untuk menekan perbedaan dalam masyarakat dengan menghilangkan penyimpangan termasuk dalam hal cat bangunan. (IH)

Abu Bakar Omar, Lagi Pelakon Sertai PR

HALAMAN HIBURAN

PELAKON lelaki yang terkenal semasa era pasca filem OPAH di dalam tv1 tv3 dahulu telah berikrar untuk menolong calon Pakatan Rakyat pada pru 13 yang di jangka 27 may ini. 

Banyak artis yang telah berhijrah dari Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat dewasa ini, fenomena ini adalah fenomena luar biasa setelah pendedahan demi pendedahan yang di lakukan oleh bloger, facebooker dan pakatan rakyat, dalam membongkar salah laku serta betapa LANUNnya Barisan Nasional merompak wang rakyat selama ini. 

Telah membuka mata dan minta pelbagai artis dari pelbagai latar belakang untuk turut bersama anak muda meNUMBANGkan BN, ABU BAKAR OMAR adalah salah seorang daripadanya

Dalam BN tinggal Artis Awie tokey kelab malam sajalah! kah3..  ~erapasca

Adik PM Hisap Darah Pekerja? 1,000 Pekerja Bank Bantah..


Lebih 1,000 pekerja bank berdemo bantah pengurusan CIMB dan Maybank

KL: 'Adik PM Hisap Darah Pekerja', 'CMB Jadikan Rakyat Malayisia Sebagai Hamba', antara sepanduk dalam demo ini.

Lebih 1,000 Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (Nube) berhimpun di Menara Maybank di ibu negara hari ini bagi membantah pengurusan CIMB dan Maybank.

Kumpulan mereka juga dijangka akan berarak ke bangunan CIMB Jalan Tun Perak sebentar lagi. Pelbagai sepanduk mengecam pengurusan CIMB dan Maybank dibawa besama.

Mereka melaungkan hidup Nube, dan mendesak pimpinan negara turun bersama mereka hari ini jika benar menghayati semangat 1 Malaysia. (IH/Hrkh)

UMNO-Porno. Cis Begini!! Are You Ready?


KL : Tranungkite melalui AKULA70 mendedahkan 'Perancangan Jahat BN Menggunakan Salah Satu Agensi Kerajaan Untuk Politik Busuk', tulisnya.. 

"Pada minggu lepas beberapa ketua agensi kerajaan telah dikumpulkan di salah sebuah rumah di kawasan mewah Johor Bahru oleh satu agesi kerajaan di bawah PM. Mereka bermesyuarat untuk merancang tindakan-tindakan yang perlu dilakukan bagi menghalang menularnya sokongan kepada Pakatan Rakyat. 

"Antaranya: menyebarkan gambar-gambar porno melibatkan pemimpin Pakatan (walaubagaimanapun cadangan ini tidak diterima kesemua yang hadir pada hari tersebut kecuali seorang wakil..). antara perkara yang sangat jijik yang dirancang adalah.. 
  1. meminta arak-arak rampasan oleh salah satu agensi kerajaan bagi diagih-agihkan kepada pengundi sebagai umpan. 
  2. menimbulkan suasana huru-hara dengan bantuan samseng yang telah diaturkan dan PEKIDA/PERKASA jika dilihat BN akan kalah.....begitulah lebih kurang info yang diterima.....

"DOSA..PAHALA..SYURGA ..NERAKA..BUKANLAH ALAT PERTIMBANGAN UNTUK MEMBUAT CADANGAN DAN KEPUTUSAN WALAUPUN 100% YANG HADIR ADALAH MELAYU ISLAM...WAKIL JABATAN AGAMA JOHOR JUGA ADA BERSAMA............

"MEMANGLAH UMNO ITU SYAITAN YANG DIKENALI...........MAKLUMAT INI BUKANLAH REKAAN.......

"BERSEDIALAH WAHAI PEJUANG...DOA...TAWAKAL..WALAU BAGAIMANAPUN IA DIRANCANG...SESUNGGUHNYA PERANCANGAN ALLAHLAH YANG TERBAIK... " Demikian pendedahan tersebut.

So, memang jelas, otak umno porno. Bersiapkah anda menghadangnya? Menterbalikkan UMNO/BN seluruh negara? Biar mereka pula jadi pembangkang..Cis!! Are you ready? 
(IH)

Demo Tuntut Blogger Ini Dihukum Mati, Wajarkah?


Warga Bangladesh berdemo tuntut hukuman mati bagi narablog
Tnjuk perasaan di Bangladesh. ©aljazeera.com


DHAKA: Ratusan ribu warga Bangladesh di Ibu Kota Dhaka hari ini mengadakan tunjuk perasaan menuntut pemerintah menghukum mati blogger  yang menghina Islam dan nabi.

Stesyen Tv Aljazeera melaporkan, Sabtu (6/4), para demonstran itu juga menuntut diwujudkan undang-undang anti penghinaan tersebut. Satu orang dilaporkan terkorban, di Kota Bhanga, sebelah barat Dhaka. Hal ini akibat dari pergaduhan antara kelompok Liga Awami dan Partai Hefazet-i-Islami.
 

Tunjuk perasaan hari ini merupakan ungkapan kemarahan rakyat setelah sekelompok blogger dikatakan telah menghina partai agama di negeri yang berperlembagaan sekuler itu. Demonstrasi yang dituduh disokong oleh Partai Jamaat-i-Islami, Hefazat-e-Islam itu, bermaksud menyokong 13 aturan termasuk undang-undang untuk menghukum dan menggantung blogger atheis tersebut. 
 
Empat hari lalu polis telah menangkap tiga blogger kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad. Ketiga blogger itu boleh dihukum sepuluh tahun penjara kerana perbuatannya. Menteri Dalam Negeri Muhiuddin Khan mengatakan ketiga mereka itu termasuk dalam 84 nama blogger atheis yang dilaporkan  menghina Islam di Internet.

Belakangan ini, Bangladesh juga dilanda sejumlah demo menuntut hukuman terhadap pelaku kejahatan perang selama masa kemerdekaan Bangladesh dari Pakisan pada 1971.Ratusan ribu penunjuk perasaan yang dipelopori blogger sekuler menuntut eksekusi terhadap pemimpin partai Islam terbesar, Jamaat-i-Islami.


Sebalikya, kelompok Islam penyokong parti itu juga menunjuk perasaan menentang penghukuman terhadap pelaku kejahatan perang dan mereka mulai menyerang blogger-blogger sekuler.  


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itulah akibatnya, bila negara umat Islam tersebut diperintah oleh bukan perlembagaan Islam, bahkan dipimpin oleh parti asobiah sekuler. Kerana itu, cuba-cubalah fikirkan, wajarkah dihukum blogger-blogger yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW itu?
(IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails