Tuesday, December 25, 2012

Ini Cerita Bisnes Seks, Tak Minat, Jangan Tengok!


www.anehdidunia.com

CATATAN SANTAI

MAAF! Bila baca tajuk di atas, jangan lihat kalau tak minat. Kerana, ini cerita mengenai bisnes dan pameran sek se dunia. Ada yang menganggap cerita begini tiada faedah. Tapi bagi saya tiada masaah, kerana banyak faedahnya.

Dalam Qur'an disebut kisah Nabi Musa AS, Tuhan juga sebut kisah Firaun, sekutunya. Banyak diceritakan kisah Malaikat, ada juga cerita iblis. Ada dikisahkan pandangan Nabi Muhammad SAW, ada juga kisah masyarakat jahiliah di zamannya. Di Maaysia ada parti-parti politik. Ada parti Islam (PAS) yang memperjuangkan cita-cita Islam dan negara Islam (lihat Perlembagaan PAS Fasal 3), ada parti UMNO memperjuangkan negara kebangsaan yang tidak Islamik (lihat Perlembagaan MNO Fasal 3).

Semuanya perlu dibentangkan, supaya masyarakat sedar.  Itulah dakwah, wajib atas tiap individu Muslim laksanakan. Bila bercakap pula tentang seks dalam Islam, tidak salah diperjelaskan seks amalan jahiliah walaupun bertopengkan kemodenan. Apalagi bagi pendakwah, kena tahu bahan-bahan yang akan didawahkan, termasuk ilmu yang ada kaitan dengan seks.

Ramai yang mempertikai blog ini, kerana tersiar juga gambar-gambar wanita dedah aurat. Namun berkali-kali saya jelaskan, saya memilih pandangan 'gambar aurat itu tetap bukan aurat. Hukum lihat aurat itu tidak sama dengan hukum melihat gambar aurat.' Ertinya, sama hukumnya melihat gambar artis wanita bertelanjang dada dengan  gambar isteri pemimpin wanita kita bertelanjang rambut. 

Kecuali kalau pendedahan gambar-gambar tersebut mempunyai kesan buruk kepada pembaca, seperti.
  •  melihat gambar artis itu menimbulkan ghairah nafsu. 
  • Atau melihat gambar isteri pemimpin tak bertudung itu biasa sahaja seolah-olah tiada salahnya walau tidak tutup rambut atau tidak tutup aurat sepenuhnya. Jelasnya gambar itu boleh mengelirukan orang ramai.
Kalau begitu gambar separuh lucah yang disiarkan oleh tv-tv di Malaysia ini tidak salah le?  

Pada saya, salahnya lagi berat, kerana program-program di tv itu tiada perancangan untuk mengIslam masyarakat, samada menggunakan gambar lucah atau tidak. Cukup, setakat ini dulu.

Okey, sekaang kita masuk kepada topik di atas, mengenai bisnes atau pameran seks masa kini. Meskipun seks tetap tabu di beberapa negara, tetapi ianya tetap menjadi topik terpanas di dunia. Revolusi seksual di negara-negara Barat mengubah nilai-nilai tradisional anak-anak muda dan pandangan tentang seks dan seksualiti.

Setelah beberapa dekad, pembangunan industri pornografi telah menjadi salah satu industri yang paling berkembang di banyak negara. Misalnya, dilaporkan pendapatan tahunan dari industri porno melebihi US $100 milion di Amerika Syarikat (AS) saja. Selain itu, menurut statistik setiap hari 70 persen orang di situs porno Eropah , tiga dari empat orang Jerman di Jerman telah berhubungan seks dengan pelacur dan lebih dari 1 juta perdagangan seks terjadi di dunia.

Lihat festival-festival seks di bawah ini..
 
www.anehdidunia.com

Satu: Sexy Israel festival. Sex Israel Festival mulai diadakan pada tahun 2007. Sex festival akan menjadi acara tiga hari yang berlangsung pada bulan Februari yang diselenggarakan oleh kontes mantan model Nitzan Kirshenboim. Terinspirasi untuk panggung acara setelah mengunjungi festival seks di Berlin. Acara ini mempromosikan media Israel khusus, termasuk saluran Playboy lokal dan hiburan toko dewasa lokal.

 www.anehdidunia.com



Dua: Kinky Copenhagen. Festival ini berfokus pada subkultur seksual dan membahas secara terbuka mengenai seks . Ditampilkan penari telanjang dan berlimpah mainan seks serta majalah porno, tattoo, jasa tindik dan modifikasi tubuh.

Tiga: Mexico Sex Expo. Mulai dari tahun 2004, Expo Sex Tahunan Kota Mexico adalah terbesar di Amerika Latin dan salah satu yang terbesar di dunia. Meskipun acara tersebut menerima banyak kritik dari Gereja Katolik dan kelompok konservatif lainnya, pameran ini membuat kontribusi yang signifikan terhadap peningkatan kesihatan seksual. The Sex 2012 dan Entertainment Expo berlangsung pada 29 Peb 2012, menampilkan segala macam pertunjukan seks dan menjual mainan, video dan majalah dari Mexico, ASdan Eropah.
www.anehdidunia.com

Empat: Erotica Show London. Erotica Show di London, adalah salah satu acara erotis terbesar dan pameran paling menarik di dunia. Setiap tahun, acara itu menerima perhatian luas media dan menarik ribuan pengunjung dari seluruh dunia. yang mencakup berbagai macam kategori, seperti fashion, video, majalah, tattoo dan perhiasan. 

Semua ini dipamerkan di sebuah galeri seni besar dengan lukisan, fotografi dan patung dan area demonstrasi. The Erotika Show 2012 di London diadakan pada bulan November di Olympia Grand Hall.
www.anehdidunia.com

Lima: Ball Erotis Exotic Show diadakan setiap tahun sekitar Oktober di wilayah San Francisco Bay of California dan merupakan acara public terpanjang bertema dewasa di dunia. Acara tahunan dalam ruangan telah menjadi daya tarik utama di San Francisco Bay.  Pengunjung dapat melepaskan nafsu binatang dalam diri mereka sendiri, yang disebut “Desire,” dan menikmati tarian seksi lainnya.

Enam: Folsom Street Fair. The Folsom Street Fair tahunan di San Francisco pada dasarnya adalah sebuah parade orang-orang yang menjadi fans dari kebebasan seks. Ini adalah festival seksual hard core (penyiksaan seksual) terbesar di dunia. Ia menampilkan lebih dari 250 vendor khusus, dua panggung muzik live dan tari striptis yang dipandu DJ. 
www.anehdidunia.com
 Selama acara tersebut, orang yang tertarik boleh pergi ke panggung dan menikmati sensasi yang dipukul atau disebat.  Pameran berlangsung setiap tahun pada bulan September.
www.anehdidunia.com 
Tujuh: The Pageant Nudes-A-Poppin diadakan pada bulan Julai atau Ogs di Indiana, merupakan salah satu kontes terpanas. Kontes tahunan telah diselenggarakan oleh Club Sun Ponderosa selama tiga dekad terakhir. Ribuan orang menghadiri tahunan Nudes-A-Poppin kerana mungkin kesempatan terbaik untuk menyaksikan sejumlah wanita telanjang dibawa ke panggung. 
www.anehdidunia.com
Lapan:International Erotic Film Festival. Salah satu festival filem yang paling terkenal. Diadakan di Barcelona setiap September, bertujuan untuk memecahkan tabu sekiar filem porno, festival selalu menyiarkan filem porno. Selain itu, ia mengundang bintang-bintang dari filem ini untuk membahas filem mereka dengan para fans. Festival ini juga menjual banyak produk seks, termasuk piyama dan mainan.
 
www.anehdidunia.com
Sembilan: The Sex Kutemajrvi Festival di adakan di Kangasniemi, Finland. Festival lebih relatif ringan dibandingkan dengan yang lebih ekstrim lainnya dalam daftar. Ada kuliah langsung disampaikan oleh profesor, pameran mainan seks terbaru dan fitur hidup demonstrasi.Penting lagi, kontes Aphrodite adalah melihat sebagai sejumlah besar wanita bersaing untuk penghargaan tertinggi festival.

Sepuluh: Mardi Gras yang diadakan pada bulan Februari di New Orleans, Louisiana, dan jauh melampaui dari sekedar menampilkan pesta kostum. Orang-orang yang bergabung dalam karnaval tidak hanya datang untuk melihat parade bunga dan mendengar jazz tersebut. 

 www.anehdidunia.com
Para wanita berpesta di tengah jalan dan kehidupan malam panas adalah tujuan bagi para pelancong muda. The Krewe du Vieux parade merupakan puncak festival dan menawarkan seks. Tidak haian itu adalah tempat favorit untuk mendapatkan wanita.

www.anehdidunia.com
Sebelas: Love Parade.  Ini adalah festival techno bertema “Perdamaian dan Persahabatan.” Ini terbesar festival techno dunia dan pada awalnya didirikan untuk merayakan persatuan dan pengertian setelah runtuhnya Tembok Berlin. Jutaan lelaki dan wanita muda berkumpul untuk menari, mencium dan berhubungan seks setiap tahun pada bulan Julai.

DuabelasHot d’Or
www.anehdidunia.com

Dikenal sebagai Oscar dari filem porno, Hot d’Or diadakan pada bulan Mei setiap tahun menarik bintang porno paling terkenal dari seluruh dunia serta penggemarnya. Di sinilah industri bernilai milion dolar setiap tahun berkumpul mengucapkan selamat kepada dirinya untuk terus-menerus memicu fantasi seksual.

Kesimpulanya: .Untuk masa depan dunia jahiliah begini, perniagaan seks ini mempunyai masa depan yang baik.. atau individu, boleh jadi jutawan. Kerajaan Maayisa pun boleh labur sama, kalau pemerintahnya masih seperti sekarang, berfalsafah 'asal dapat duit, tidak peduli halal-haram!'.

Na'auzubillahi minzalik! Simpang malaikat 44...

Catatan Santai Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com  6 Dis 2012
KL

Sila lihat...
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012 

Kenangan Bersama P.Ramlee

CATATAN SANTAI IBNU HASYIM  

MEMANG saya dapat jemputan dari Penang Institute untuk hadir ke Festival P.RAMLEE Pulau Pinang beberapa hari lalu, tetapi tak dapat hadir. Walaupun cadangan diadakan forum mengenai P. Ramlee itu, adalah termasuk cadangan dari saya sendiri, semasa saya menjadi ahli penal  'Forum Intelektual Nusantara 5, Syed Sheikh Al Hadi' sebelum itu. (Sila lihat E-Buku IH-56: Syed Syeikh Al-Hadi, Pemikiran dan; P.Pg)

 

Menyorot wacana pada malam itu bertajuk, “Kosmopolitanisme Melayu dalam karya P Ramlee: Melihat dimensi identiti Melayu yang lain” merupakan acara pertama dalam Festival P Ramlee anjuran Penang Institute yang akan berlangsung selama sebulan. Pelbagai lagi aktiviti akan diadakan, termasuk forum yang lain, pertandingan esei, tahlil peringatan, pameran khas, pesta rakyat, pertandingan nyanyian, permain tradisional dan lain-lain lagi. 

Seperti dalam ucapan alu-aluan Zairil Khir Johari, CEO Penang Institute.

P. Ramlee dilahirkan, hasil dari perkongsian hidup Teuku Nyak Putih Teuku Karim dengan Che Mah Hussein sejak tahun 1925. P.Ramlee telah dilahirkan pada 22 Mac 1929 pagi Hari Raya Aidilfitri di rumah neneknya di 40A, Counter Hall, Penang, MalayaP.Ramlee memulakan pendidikan awal beliau di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudiannya ke Francis Light School.  Sebelum perang meletus, P.Ramlee sempat menyambung pelajarannya ke Penang Free School tetapi tidak sempat menamatkannya. Semasa Perang Dunia Ke 2, P.Ramlee telah mendapat pendidikan di Japanese Navy School'

Bermula dengan bermain ukele, P. Ramlee beralih kepada gitar dan biola di bawah bimbingan Encik Kamaruddin (pemimpin brass band di Penang Free School). Beliau menyertai Orkes Teruna Sekampung dan kemudian Sinaran Bintang Sore. Beliau pernah menjadi juara nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang pada tahun 1947 dan terpilih sebagai Bintang Penyanyi Utama Malaya. Dalam pertandingan itu, beliau menggunakan huruf "P" (bagi Puteh) di awal namanya dan kekallah nama P. Ramlee itu hingga ke akhir hayatnya.

Pada tahun berikutnya, P.Ramlee bersama sahabatnya Mohd Yusop telah menubuhkan sebuah pancaragam bernama Pancharagam Mustika. Beliau telah mendapat undangan menyanyi di atas pentas di Agricultural Show di Bukit Mertajam. B.S Rahjans kebetulan berada di situ untuk mencari bakat baru. Setelah menyaksikan persembahan P.Ramlee, beliau menawarkan P.Ramlee untuk datang ke Singapua.
.
P.Ramlee meninggal ketika berusia 44 tahun pada pagi Selasa 29 Mei 1973 kerana diserang sakit jantung. Jenazahnya telah disembahyangkan di Masjid Kampung Baru dan dikebumikan di Tanah Perkuburan orang-orang Islam di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Waktu itu saya (Ibnu Hasyim) masih remaja dan masih belajar. Siangnya saya bekerja di sebuah sekolah di Jelutung bawah Kementerian Pelajaran, malamnya saya belajar tambahan di Sekolah Al-Mashhor (antara pengasasnya Syed Sheikh Al-Hadi), Lebuh Tek Soon yang berdiri tersergam bangunan KOMTAR sekarang.  

Secara sambilan saya juga menjadi penarik beca, di mana lesen beca saya lulus pada tahun 1972. Waktu itu antara idola saya adalah P.Ramlee yang terkenal dengan filemnya 'Penarik Becha'

Satu  peristiwa yang tak dapat saya lupakan, semasa saya membawa penumpang seorang gadis Melayu guru pelatih di sebuah sekolah di Jalan Counter Hall, tempat P.Ramlee dilahirkan. Dia bertanya saya.

"Betui-betui.. adik ini sapa?"  Walaupun dia panggil saya adik, sebenarnya umur kami sebaya. Cuma dia penumpang (tuan) saya pengayuh (buruh)..

Bila saya tanya balik mengapa dia tanya begitu, katanya, "Aku rasa pelik, aku tak pernah tengok tukang kayuh lanca (beca), orang Melayu muda macam hang! ".  Kerana waktu itu hampir tidak ada langsung orang muda kayuh beca. Dia bercakap loghat Kedah.

"Apa lagi, bila aku tengok masa hang berenti dekat lampu merah (traffic light) tadi, hang beli surat habak 'The Star' tu... (dari penjual-penjual di kaki lima jalan), dan  baca-baca sikit  sebelum naik lampu hijau. Budak Melayu kayuh lanca baca Star? Huuu.... tak pernah aku bayangkan.." Katanya dengan rasa kagum.

Di situ kami mula berkenalan  Ku ceritakan padanya tentang diriku yang miskin seperti P.Ramlee dalam filem 'Penark Beca'. Tapi, kisahku mengembara, kerana mencari ilmu.  Akhirnya kulihat bintik-bintik air jernih sudah bergelumang di pelupuk matanya, tanda bersimpati.  Kami mula berkenalan... dan...
  P.Ramlee dalam filem Penarik Becha
Cukup sampai di sini, kerana apa yang saya nak sampaikan ialah pengaruh P.Ramlee sudah menjiwai pemikiran anak-anak muda Melayu waktu itu. Bukan sahaja di Malayisa, Singapura, Indonesia, bahkan hingga ke Selatan Thai. Saya dapat berita kepergian P.Ramlee, melalui corong radio  semasa saya sedang makan nasi kandar pagi, di gerai bawah pokok ketapang sebelah Masjid Jelutong.

Lepas itu tiap-tiap pagi radio Malaysia mendendangkan lagu-lagu P.Ramlee, kira-kira sebulan lebih. Hari-hari orang memperkatakan kehebatan dan kekreatifan beliau yang mempengaruhi pemikiran masyarakat. Di dalam dunia perfileman tempatan, P.Ramlee telah berlakon dalam 66 filem. Bermula dengan filem pertama 'Chinta' sehinggalah filem terakhirnya 'Laksamana Do Re Mi'. Terakhir lagi filem 'Air Mata Di Kuala Lumpur', tapi tak sempat siap.Di dalam dunia seni suara pula, P.Ramlee telah mendendangkan 359 buah lagu.

P.Ramlee juga telah memenangi beberapa buah anugerah di Festival Filem Asia di Hang Kong, Jakarta, Kuala Lumpur, Manila, Singapura, Taipe dan Tokyo. Tidak ketinggalan juga, Festival Filem Antarabangsa di Berlin.  Allahyarham telah dianugerahkan Bintang Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung pada tahun 1990 yang membawa gelaran Tan Sri.

Berbalik kepada tajuk forum  “Kosmopolitanisme Melayu dalam karya P Ramlee: Melihat dimensi identiti Melayu yang lain”. Mengapa perlu diperbesarkan 'Kosmopolitanisme Melayu' sehingga perlu melihatnya dari sudut 'identiti Melayu yang lain', di tengah-tegah realiti kosmopolitan luar bangsa Melayu, di Malayisa? Mungkin penganjur melihat sifat keterbukaan dalam .'kosmopolitanisme.Melayu' itu yang membantu kejayaan P.Ramlee?

Dalam ucapan alu-aluan Zairil Khir Johari, CEO Penang Institute mengatakan, 

"P Ramlee yang berketurunan Acheh, lahir dan membesar di Pulau Pinang, kemudian bekerja dengan tauke besar filem Singapura, Shaw Brothers, untuk menghasilkan filem-filem Melayu yang pertama.

" Ironinya, perwatakan Melayu yang dihasilkan P Ramlee terbit melalui industri filem multi-etnik yang kuat dipengaruhi penerbit Cina, pengarah India serta menjiwai jalan cerita Hollywood, India serta koleksi kisah-kisah fantasi Arabian Nights.

"Dan saya rasa penggemblengan pengaruh luar dengan budaya tempatan inilah yang dapat menzahirkan jambatan antara alam fantasi yang direka dengan realiti masyarakat tempatan. Apabila dilihat Ali Baba Bujang Lapok yang makan belacan Pulau Pinang, secara langsung watak fantasi itu menjadi relevan dan tidak asing kepada kita." Jelasnya.

 
Saya bersetuju dengan pemikiran keterbukaan melalui kosmopolitanisme yang membangunkan ketamadunan manusia. Faham Anamisme dan Hiduisme Alam Melayu sanggup menerima 'agama yang Hanif (Islam)' pimpinan Muhammad SAW dari Asia Barat sampai ke sini pada kurun ke 12 Masihi hasil dari kosmopolitanisme tersebut. Waktu itu budaya pendidikan melalui hiburan dibawa bersama. Di Pulau Pinang lahirnya 'Boria', 'Hadrah', pelbagai jenis zikir, nyanyian rakyat, berzanji dan sebagainya.

Hampir semuanya itu dibawa masuk dengan ciri-ciri budaya dan ketamadunan Islam yang juga turut memainkan peranan membangunkan masyarakat. Tetapi semuanya itu bertukar misi dan cara apabila penjajah barat masuk,  hasil dari Perang Salib di Eropah.  Di Malaya bermula dengan kemasukan Portugis 1511 Masihi, Indonesia oleh Belanda,dan sterusnya. Di bidang hiburan, faham barat berjaya menyemaikan pengaruhnya melalui media baru masa itu iaitu lagu dan filem.  

Filem-filem dan lagu-lagu P.Ramlee begitu berjaya mempengaruhi masyarakat Melayu yang secara tidak langsung berperanan menjauhkan diri dari agamanya walaupun masih banyak nilai-nilai baik. Contohnya, ada lagu P.Ramlee yang meminta Tuhan cabutkan nyawanya. Ada filem yang memilih jalan selesai dalam kemelut cinta melalui membutakan mata sendiri. 

Banyak memperkenalkan simbol-simbol maksiat, kelab malam, meringan-ringankan najis zina, aurat, minum kencing syaitan (arak), lawak lucah, membesar hubungan cinta hingga membelakang agama dan adat yang baik. Memburuk-burukkan pemimpin-pemimpin dan raja-raja Melayu seolah-olah terlalu 'bodoh' sangat memerintah negara. Serangan-serangan budaya beginilah yang merosakkan sendi-sendi agama Islam. 

Bahkan ianya terus berlanjutan hingga sekarang.samada disedari atau tidak, oleh pemerintah masa kini. Pihak-pihak berkuasa sepatutnya memainkan peranan membimbing media tersebut ke arah pembangunan negara dalam ertikata sebenarnya. Yang penting hiburan perlu ada haltujunya, jangan tersasar dan disalahgunakan, yang kadang-kadang lebih bahaya dari salahguna dadah.

Sasarannya perlu ke arah pembangunan insan dan negara. Begitu kira-kira. As-salamu 'alaikum.
Catatan Santai Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com  18 Dis 2012
KL

Sila lihat...
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012.

E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012 

Sunday, December 23, 2012

Keretapi Laju 300 KSJ Terpanjang Di Dunia


SEBUAH kereta api laju tiba di sebuah platform dalam wilayah Hebei semalam. 

BEIJING/ZHENGZHOU - China bakal mempunyai landasan kereta api laju terpanjang di dunia apabila laluan tren itu yang menghubungkan bandar raya ini dengan kota metropolitan Guangzhou, di selatan negara berkenaan dirasmikan minggu depan, kata beberapa pegawai semalam.

Landasan sepanjang 2,298 kilometer itu yang kini beroperasi, akan memulakan perkhidmatan penuh pada Rabu depan dengan laluan tersebut menjimatkan separuh masa perjalanan kereta api antara dua kota utama itu. Perjalanan dengan kereta api laju antara dua bandar raya berkenaan kini mengambil masa kurang 10 jam pada kelajuan mencecah 300 kilometer sejam.

Laluan baharu itu memberikan peluang kepada Kementerian Kereta Api China yang dihimpit pelbagai skandal dan kesilapan untuk menebus maruahnya. Pada Julai 2011, satu kemalangan kereta api laju meragut 40 nyawa dan mencetuskan kebimbangan berhubung tahap keselamatan laluan kereta api laju di negara berkenaan.

Beijing membelanjakan 2.3 trilion yuan (RM981 bilion) di bawah pelan lima tahun yang tamat pada 2015 untuk membangunkan sistem perkhidmatan kereta api laju di China. - Reuters

AS: Wabak Penembak Gila, Ikut K'jaannya..

SEORANG pembantu syerif berbincang dengan anggota peronda lain berikutan kejadian tembakan yang membunuh empat orang di Frankstown, Pennsylvania semalam. 

NEW YORK - Seramai empat orang maut kelmarin manakala beberapa anggota polis cedera dalam satu kejadian tembakan di pedalaman negeri Pennsylvania, kata pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS). Bercakap mengenai tragedi terbaharu itu, jurucakap Agensi Pengurusan Kecemasan Daerah Blair, Diane Meling berkata, insiden tembakan itu meliputi 'satu kawasan sekitar beberapa kilometer' dekat bandar Frankstown di negeri berkenaan.

"Empat orang ditembak mati. Jumlah itu termasuk penyerang.
"Terdapat beberapa anggota keselamatan Pennsylvania yang cedera namun, saya difahamkan kecederaan mereka tidak serius," tambah Meling.

Beberapa pegawai lain memberitahu, serangan melibatkan seorang lelaki yang menembak mati seorang wanita ketika mangsa menghias dewan sebuah gereja untuk persediaan parti kanak-kanak di Geeseytown, Pennsylvania sekitar pukul 9 pagi waktu tempatan.

Menurut mereka, penyerang turut membunuh dua lelaki lain di sekitar bandar itu sebelum dia mati ditembak pasukan polis dalam satu kejadian tembak-menembak. Dalam satu lagi serangan, dua orang ditembak mati di sebuah kelab malam di Birmingham, dalam negeri Alabama kelmarin.

Seorang pegawai polis, Kapten Jim Coker berkata, kedua-dua mangsa mati di tempat kejadian dalam serangan yang berlaku sekitar pukul 11.30 malam waktu tempatan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Wabak penembak gila kerajaannya membunuh rakyat Palestin, Afghanistan dan lebih ratusan negara lain di dunia, antara penyebab wabak gila itu turun kepada rakyatnya. Moga-moga dengan beberapa peristiwa seperti itu akan dapat menimbulan kesedaran kepada pemimpin-pemimpin negara yang bongkak sombong dan biadap itu.(IH)

Gangnam Style Lakar Sejarah Satu Bilion Tontonan


PSY beraksi di konsert Jingle Ball tajaan stesen radio KIIS FM di Los Angeles, California pada 3 Disember lalu. 
HALAMAN HIBURAN
SEOUL - Penyanyi rap Korea Selatan, Psy menyambut gembira kejayaan klip video lagu tarian kudanya, Gangnam Style yang mencecah angka satu bilion tontonan di laman perkongsian video YouTube semalam.
Gangnam Style mencipta sejarah apabila menjadi klip video pertama melepasi angka 10 digit berkenaan.

Lagu Gangnam Style yang dimuat naik di laman web berkenaan pada 15 Julai lalu mencecah angka satu bilion tontonan sekitar pukul 11.50 malam waktu Malaysia kelmarin. Setakat pukul 2.30 petang semalam, lagu rap popular itu sudah ditonton sebanyak 1,010,321,921 kali.

"Gangnam Style akhirnya menjadi #BillionStyle!!!" kata Psy di laman Twitternya berhubung pencapaian tersebut. Antara mereka yang pertama mengucapkan tahniah kepada Psy, 34, berhubung kejayaannya termasuk bintang rap era 90-an yang popular dengan lagu U Can't Touch This, Mc Hammer.

Psy mengucapkan terima kasih kepada pengurus baharunya Scooter Braun kerana membantu mempromosikan klip video lagu berkenaan. "Saya mencipta 100 juta (tontonan) dan anda mencipta 900 juta lagi, saudaraku yang berlainan ibu (Braun)," kata Psy di laman Twitternya.

Braun turut menguruskan bintang pop kelahiran Kanada, Justin Bieber yang sebelum ini mengungguli senarai tontonan terbanyak di YouTube menerusi lagunya, Baby. Bieber masih di tempat kedua apabila lagu popular itu mencatat lebih 813 juta tontonan setakat ini. Laman web agensi carta lagu Amerika Syarikat, Billboard.com pula melaporkan lagu Gangnam Style menjana perolehan AS$2,000,000 (RM6.1 juta) daripada siarannya di YouTube atau pada kadar AS$2 untuk setiap 10 tontonan.

Pendapatan daripada muat turun lagu digital lagu 'panas' itu kini mencecah angka AS$6.01 juta (18.3 juta) sejak lima bulan lalu. - AFP

Tan Sri Muhyiddin Yang Mulut Celupar!

KL: Rupanya, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) yang bermulut celupar, menurut Weblog Ibnu Hasyim.

Hal ini, berikutan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan menyelar kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden Umno itu, yang mendakwa Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat sebagai ‘bermulut celupar’ kerana mengatakan bahawa orang Melayu yang menyokong Umno adalah mungkar.
“DPPNK melihat kenyataan terbaru Muhyddin ini sebagai satu kenyataan yang melampau dan tidak berasas.

Ia dihamburkan semata-mata untuk mengalih perhatian daripada isu sebenar yang dilontarkan oleh Menteri Besar Kelantan itu,” kata Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari (gambar) dalam satu kenyataan.

Berikut ialah kenyataan penuh beliau.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan menyelar kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat sebagai ‘bermulut celupar’ kerana mengatakan bahawa orang Melayu yang menyokong UMNO adalah mungkar.

Kenyataan Muhyiddin tersebut disiarkan oleh beberapa akhbar termasuk Berita Harian dan Sinar Harian hari ini 23 Disember 2012.

DPPNK melihat kenyataan terbaru Muhyddin ini sebagai satu kenyataan yang melampau dan tidak berasas. Ia dihamburkan semata-mata untuk mengalih perhatian daripada isu sebenar yang dilontarkan oleh Menteri Besar Kelantan itu.

Apa yang patut difahami oleh Muhyiddin ialah kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz bermaksud perjuangan UMNO yang berterusan menentang PAS khususnya di Kelantan dan berusaha menjatuhkan kerajaan Kelantan yang jelas melaksanakan dasar-dasar pentadbiran Islam adalah satu perbuatan yang mungkar.

Ini kerana jika PAS diganti dengan UMNO di Kelantan, sudah pasti dasar-dasar mesra syariat yang diperkenalkan di Kelantan akan dirombak semula dan Kelantan akan kembali ditadbir sebagaimana negeri-negeri lain di bawah pentadbiran UMNO/Barisan Nasional.

Ini belum mengambil kira budaya rasuah dan pecah amanah yang sudah mendarah daging di dalam perjuangan UMNO. Justeru, meletakkan parti sebegini sebagai pemerintah adalah merugikan negara dan jelas merupakan perkara mungkar.

DPPNK menyeru Muhyiddin agar bercermin diri terlebih dahulu sebelum melabelkan pihak lain sebagai celupar. DPPNK ingin mengingatkan Muhyiddin keceluparannya sendiri ketika berkempen di Pilihanraya Kecil DUN Tenang pada 22 Januari 2011 yang memberikan amaran kepada MCA tentang ‘negara Islam yang menjadi matlamat PAS’. Bahkan Muhyddin menyokong tindakan MCA yang memainkan isu negara Islam atas asas ‘untuk mengingatkan masyarakat Cina’. Kenyataannya ini direkodkan sendiri oleh Jabatan Penerangan Malaysia dan jika Muhyddin lupa, beliau boleh merujuk kepada pautan berikut : (http://eakhbar.penerangan.gov.my/eakhbar/berita/cetakberita.php?idk=346444)

Untuk lebih jelas, DPPNK menukilkan kembali sebahagian daripada petikan yang terdapat di dalam kenyataan penuh beliau, “Since years ago, PAS has never said it will amend the party constitution, the establishment of an Islamic State is still there..” (Sejak dulu, PAS tidak pernah berkata ia akan meminda perlembagaan parti, cita-cita untuk menubuhkan Negara Islam tetap masih ada..")

Apakah matlamat daripada kenyataan Muhyiddin di hadapan pemimpin MCA ini jika tidak bertujuan untuk menakut-nakutkan masyarakat Cina tentang negara Islam? Dalam masa yang sama, Muhyiddin di ucapan pembukaaan Perhimpunan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO yang lalu melabelkan PAS sebagai ‘Lebai Malang’ kerana kononnya terpaksa menggadaikan prinsip negara Islam. Inilah lidah bercabang yang dimiliki oleh Muhyiddin yang wajib diketahui oleh orang Melayu Islam keseluruhannya. Sifat hipokrit inilah yang menjadi senjata UMNO sekian lama untuk meraih sokongan orang-orang Melayu.

Merujuk kepada kenyataan Al-Mursyidul Am PAS yang menyebut perkataan ‘mungkar’ dan didakwa oleh Muhyddin sebagai fatwa, bagaimana pula dengan kenyataan ulama muktabar UMNO di Kelantan, Abdullah Saamah yang mengeluarkan fatwa bahawa berdosa menyokong PAS? Kenyataan ini disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 21 Februari 2012. Ini belum mengambil kira kenyataan Menteri Besar Terengganu yang melabel PAS sebagai ‘parti ajaran sesat’. Tidakkah ini juga boleh disebut sebagai ‘fatwa’ pemimpin Barisan Nasional?

Justeru, dalam hal ini DPPNK menyeru Muhyddin sekali lagi agar berfikir terlebih dahulu sebelum melontarkan kata-kata. Perlu diingatkan bahawa sejarah politik Malaysia menyaksikan tidak semestinya seorang Timbalan Perdana Menteri akan menjadi Perdana Menteri. Cita-cita Muhyiddin barangkali tinggi melangit, tetapi nasib jatuh bangun kerajaan Barisan Nasional masih belum diketahui. (IH)

Puak Telanjang Dada Menggila Lagi..


Dalam aksinya mereka menentang kunjungan Presiden Rusia, Vladimir Putin ke Brussel, Belgia.
©REUTERS/Francois Lenoir : Gambar di atas ini, pegawi polis sedang mengamankan salah satu dari kelompok aktivis Femen yang berdemonstrasi menentang kunjungan Presiden Rusia, Vladimir Putin di depan Bangunan Kesatuan Eropah di Brussel, Belgium, Jumaat (21/12).

Di bawah, juga gambar dari kelompok yang sama.

Dalam aksinya mereka menentang kunjungan Presiden Rusia, Vladimir Putin ke Brussel, Belgia.
©REUTERS/Francois Lenoir

Dalam aksinya mereka menentang kunjungan Presiden Rusia, Vladimir Putin ke Brussel, Belgia.
©REUTERS/Francois Lenoir
Dalam aksinya mereka menentang kunjungan Presiden Rusia, Vladimir Putin ke Brussel, Belgia.
©REUTERS/Francois Lenoir

Dalam aksinya mereka menentang kunjungan Presiden Rusia, Vladimir Putin ke Brussel, Belgia.
©REUTERS/Francois Lenoir
(IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails