Sunday, December 16, 2012

9 Ditahan, Bilik Khas Tahi Judi Wanita Dibongkar

TAHAN... sebahagian kaki judi yang tangkap oleh anggota polis semasa Operasi D7 di Plaza Pudu.
TAHAN... sebahagian kaki judi yang tangkap oleh anggota polis semasa Operasi D7 di Plaza Pudu.
KL: Bagi menarik tahi judi wanita, sebuah pusat judi Internet di Plaza Pudu, di sini, dikesan menyediakan bilik khas dilengkapi sofa merah jambu sesuai dengan warna kelembutan golongan berkenaan.
Bagaimanapun, taktik mereka terbongkar kelmarin hasil operasi Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Bukit Aman bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya di enam premis judi Internet di kawasan berkenaan bermula jam 9.30 malam.

Operasi diketuai Superintendan Amir Rasid Derani itu membawa kepada penahanan sembilan tahi judi wanita, seorang daripadanya berusia lewat 50-an. Amir berkata, hasil risikan pihaknya, enam premis berkenaan diserbu secara serentak dan ratusan alat komputer judi dirampas bersama wang tunai berjumlah RM4,979. Menurutnya, siasatan mendapati sebuah daripada premis itu menyediakan suasana kondusif dan bilik khas selesa untuk kaki judi wanita.

“Pemilik premis sanggup menghabiskan wang menyediakan ruang berjudi eksklusif, selain menyediakan ruang berasingan antara lelaki dan wanita mengikut kesesuaian mereka.
“Selain itu, makanan seperti nasi lemak dan minuman disediakan kepada pelanggan bagi memastikan mereka berjudi lebih lama di premis itu,” katanya.

Beliau berkata, turut ditahan 10 penjaga premis dan puluhan tahi judi lelaki, manakala kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. (myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Makin canggih wanita dalam bermaksiat. Itu judi haram menurut keajaan BN, 'judi halal' galakan kerajaan belum kira lagi.. Nak selamat dunia akhirat kena tolak UMNO/BN. Pilih PR yang ada PAS ada di dalamnya.

UMNO Keretapi Tergelincir. -D/Mokhtar Abd Hamid


Datuk Mokhtar mengisi borang permohonan keahlian PAS di atas pentas PGU.

DUNGUN: Tokoh korporat, Datuk Mokhtar Abd Hamid yang baru menyertai PAS petang tadi mendakwa Umno tergelincir dari perjuangan asal mereka iaitu membela Melayu. Bercakap di Himpunan PAS Ganti Umno (PGU 6.0) di Dataran PGU Paka, dekat sini malam ini,  Mokhtar, 68 berkata, pemimpin Umno kini hanyalah perompak duit rakyat.

"Suatu masa dulu Umno perjuangkan bangsa dan agama tapi kini mereka (ibarat) kereta api tergelincir dari landasan.
"Mereka sesat lagi menyesatkan. Menangis di Perhimpunan Agung Umno kononnya Melayu berpecah belah,  tak bersatu padu tapi sebenarnya merekalah puncanya," katanya yang merupakan anak kelahiran Paka.

Beliau berkata, sudah tiba masanya beliau berjuang bersama PAS dan Pakatan Rakyat demi kepentingan agama dan negara.

"Inilah masanya sebab saya mungkin tak ada masa panjang untuk berjuang bersama PAS.
"Kita mesti hentikan kejahatan kerajaan sekarang. Pakatan Rakyat bersungguh-sungguh berjuang tapi kalau rakyat tak menyokong mereka tak boleh buat apa juga.
"Marilah sama-sama kita mengundi PAS dan Pakatan Rakyat," katanya disambut laungan takbir kira-kira 50,000 hadirin.

Mokhtar menyerahkan borang permohonan keahlian PAS kepada  Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang petang tadi. (Hrkh)

Misteri Bayi Dlm Kotak Sampah, Lagi Salah BN




KAPAR: Misteri kotak yang disangka sampah dan diletakkan di hadapan pintu sebuah rumah kebajikan di Batu 3, Taman Mewah, di sini, membawa kepada penemuan seorang bayi perempuan yang masih hidup dan cukup sifat.

Individu tidak bertanggungjawab itu turut meletakkan susu, ubat, pakaian serta sekeping nota dalam bahasa Cina yang diletakkan di dalam kotak itu. Menurut sumber, wanita yang juga pekerja rumah kebajikan berkenaan menemui kotak itu kira-kira jam 4 pagi sewaktu tiba di rumah berkenaan untuk memulakan tugas.

Kata sumber, melihat kotak diletakkan di hadapan pintu rumah, dia cuba untuk mengalihkan tetapi hairan apabila menyedari kotak berkenaan berat.

“Hairan dengan kandungan kotak berkenaan, wanita terbabit kemudian membuka kotak itu dan terkejut sejurus menemui seorang bayi perempuan yang masih hidup di dalam kotak berkenaan.
“Bimbang keadaan sekitar yang sejuk, wanita terbabit segera membawa bayi malang itu masuk ke dalam rumah sebelum membuat laporan di Balai Polis Bukit Raja,” katanya.
Sumber berkata, sebaik menerima laporan daripada wanita terbabit, polis segera ke rumah kebajikan berkenaan dan memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah itu.

Menurutnya, berdasarkan rakaman CCTV, polis mendapati kotak berkenaan diletakkan seorang wanita di hadapan rumah kebajikan sebelum meninggalkan kawasan itu.

“Bagaimanapun polis sukar mengecam wajah wanita yang meletakkan kotak berkenaan memandangkan gambar pada CCTV itu tidak jelas,” katanya. (myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sudah bertahun-tahun kes-kes buang bayi ini masih belum seleai. Dalam Islam pemimpin-pemimpin negara itu bertanggung jawab. Siasat balik, sistemnya yang tidak Islamik dan berkebajikan. Siatem pendidikan, sistem rasuah pemimpi tinggi sukar ditangkap, pilih kroni, semuanya itu ada kena mengena dengan jenayah tersebut. Jelas BN/UMNO tidak boleh lepas tangan.

Lihat sebelum ini..
(IH)

PAS/DAP, Prinsip Kepelbagaan Agama -Abd Hadi

KUALA TERENGGANU – Pas tidak kisah gambaran DAP berhubung kerjasama antara kedua-dua parti itu, termasuk menyifatkan hubungan mereka berdasarkan atas prinsip pluralisme atau kepelbagaian agama.

Perkara itu dijelaskan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengatakan pluralisme merupakan satu bentuk fahaman yang tidak boleh dipaksa. Bagaimanapun, beliau meminta orang Islam supaya berpendirian tegas terhadap agama sendiri.

“Pluralisme itu merupakan kehidupan manusia yang kita tidak boleh paksa dan kita tegas dengan agama kita sendiri kerana ALLAH TAALA membawa dua pendekatan. Pertama, tiada agama yang ALLAH terima melainkan Islam.
“Yang kedua, tiada paksaan dalam agama dan sebab itu dalam negara Islam diizinkan bukan Islam jadi rakyat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Perasmian Himpunan Kebangkitan Rakyat Pas Ganti Umno 6.0 di Paka, semalam.

Majlis dirasmikan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan dihadiri pimpinan Pas Terengganu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa parti itu mendekati dan bekerjasama dengan Pas dalam PR bukan kerana negara Islam, tetapi atas prinsip galakan demokrasi, pluralisme, kepelbagaian budaya, hak asasi manusia, hak wanita dan pembangunan negara.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi menjelaskan, kerjasama Pas dan DAP berlaku atas titik persamaan dengan membiarkan hak masing-masing dalam perkara berbeza termasuklah soal hudud.

“Kita bersama-sama DAP dalam menentang kezaliman, menentang ISA, OSA, penyelewengan, ekonomi, rasuah. Itu sama, hudud dan kisas itu tidak sama.
“Bahkan kita kemukakan Undang-Undang Jenayah Syariah di Kelantan dan Terengganu di mana kita buat kelonggaran yang diizinkan Islam, dengan orang bukan Islam boleh pilih mana undang-undang yang dia mahu,” katanya.(SH)

Lebih 15,000 Sertai HKR P. Pinang



Para hadirin berdiri mengikuti ucapan pemimpin Pakatan Rakyat kerana padang becak.

NIBONG TEBAL: Sekalipun padang becak kerana hujan petang tadi, namun tidak menghalang lebih 15,000 orang menghadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Pulau Pinang di Padang Awam Jawi, malam ini.

Hujan yang turun renyai-renyai kira-kira jam 5.40 petang, yang kemudiannya lebat selama 15 minit pada jam 6.00 petang menyebabkan padang menjadi becak dan sebahagiannya ditakungi air.

Begitupun, selepas solat Isyak, orang ramai yang terdiri daripada pelbagai kaum mula berpusu-pusu ke padang tersebut untuk mengikuti pidato yang disampaikan pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu.


Aksi menarik Anwar Ibrahim dan Mohamad Sabu.


Lim Guan Eng menyampajkan ucapan.


Ito turut memeriahkan himpunan.


Auto show menarik perhatian hadirin.

Bekas Pelakon Radi Mat Isa Terlantar Sakit 3 Bulan

HALAMAN HIBURAN
KL: Jelas terpancar senyuman kegembiraan di wajah seorang bekas pelakon tanah air yang kini sedang terlantar sakit di hospital sejak 3 bulan lalu apabila menerima kunjungan Ketua Penerangan PAS Kawasan Larut, Mohd Akmal Kamaruddin, baru-baru ini.

Pelakon tersebut, Radi Mat Isa, 50, pernah membintangi beberapa buah filem pada era 80-an, antaranya ‘Panglima Badul’, ‘Hong Kong Angel 2’, ‘Tuan Besar’ dan lain-lain lagi.

Akmal yang juga merupakan Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak berkata, pelakon tersebut yang sebelum ini banyak membuat persembahan di pentas-pentas Felda selepas tidak lagi terbabit dalam dunia lakonan telah dimasukkan ke Hospital Selama pada bulan Julai yang lalu bagi menjalani satu pembedahan membuang satu ketumbuhan di bawah punggung.

Walau bagaimanapun jelas Akmal, selepas pembedahan itu Radi telah mengalami satu komplikasi yang mengakibatkan kedua-dua kakinya lumpuh.

Sebak melihat penderitaannya itu, Akmal berkata pihaknya amat berharap agar Persatuan-persatuan seperti Seniman, Karyawan dan mana-mana persatuan yang ditubuhkan untuk membela nasib golongan artis di negara ini agar mengambil perhatian serius akan hal yang menimpa bekas pelakon tersebut.

“Pihak kami mengalu-alukan juga sumbangan daripada orang ramai yang prihatin dan sumbangan tersebut boleh disalurkan terus ke akaun Maybank bernombor 158305335259 atas nama Madrazhid bin Isa,” jelas Akmal lagi. - http://persepsikitaberbeza.blogspot.com

Ini, Lagi Jenis Niaga Tak Kira Moral & Halal-haram!


Pameran Otoblitz International Classic Car Show 2012 ini berlangsung hingga 16 Desember di JI-Expo Kemayoran, Jakarta.
Seorang model seksi berpose di depan mobil antik saat pameran The 6th Otoblitz International Classic Car Show 2012 di JI-Expo Kemayoran, Jakarta, Jumat (14/12). Pameran yang menghadirkan 300 mobil dan motor klasik ini diikuti puluhan kolektor mobil dan motor klasik dan berlangsung hingga 16 Desember.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Ini satu lagi contoh jenis perniagaan, tidak peduli moral, ketamadunan dan halal-haram dari sudut semua agama. Gambar di atas ini berlaku di negara umat Islam terbesar di dunia. Agak-agak di Malaysia ade tak?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails