Monday, October 29, 2012

Ada Berhala Berhubungan Seks Dalam Kaabah?

Beginilah Isi di Dalam Ka'bah
BANYAK cerita-cerita karut, tidak bertanggung-jawab, menunjukkan kebodohan orang yang mempercayainya, difitnahkan oleh puak-puak perosak Islam tentang apa ada dalam kaabah. Konon dalam kaabah tersimpan berhala-berhala zaman dulu, termasuk berhala yang berhubngan seks..

Kerana bukan sembarang orang boleh masuk dalam kaabah. Namun kita boleh lihat dokumenteri yang pernah dikeluarkan oleh Kerajaan Arab Saudi, di mana isinya hanya berupa ruangan kosong. Di bahagian dalam Kaabah terdapat tiga tiang dari kayu gaharu terbaik.seperti gambar di atas.

Panjang satu tiang sekitar seperempat meter atau setengah meter berwarna campuran antara merah dan kuning. Ketiga tiang ini berjejer lurus dari utara ke selatan.

Pada awal abad ini (tahun 2000-an), bahagian bawah ketiga retak retak yang kemudian diperbaiki dengan diberi kayu melingkar sekelilingnya. Ketiga tiang ini dibuat atas inisiatif Abdullah ibn Al Zubair tiga abad lalu. Meski demikian, ketiganya masih tetap kokoh hingga sekarang.

Bumbung dalam kaabah penuh dengan ukiran-ukiran hebat, diberi lampu-lampu indah, terbuat dari emas murni dan dari per­hiasan-perhiasan indah lainnya. Lantai Ka'bah dibuat dari batu pualam putih. Dinding Kaabah bahagian dalam dibalut dengan batu pualam war­na-warni dan dihiasi dengan ukiran gaya Arab.
Kaabah

Terdapat tujuh papan menempel di dinding, bertulis nama-nama orang yang pernah merenovasi atau menambahkan sesuatu yang batu di dalam kaabah atau Masjidil Haram. Dikatakan, tembok Syadzarwan adalah bangunan tambahan kaabah yang dibuat oleh kaum Quraisy.

Menurut mazhab Syafi'i dan Maliki, tembok Syadzarwan termasuk bahagian kaabah, sehingga jamaah haji yang bertawaf perlu berada di luarnya. Pendapat sebaliknya dikatakan oleh mazhab Hanafi. Menurut mereka, tembok Syadzarwan bukan merupakan bahagian kaabah.

Mazhab Hanbali memilih berada di antara dua pendapat di atas. Menurut mereka, menjauhi tembok itu sangat dianjurkan, tetapi seandainya jamaah melakukan tawaf di dalamnya maka tawafnya tetap sah dan tidak sampai rusak.

Yang jelas, belum diketahui secara pasti bila pertama kali tembok Syadzarwan dibangunkan. Setiap kali Masjidil Haram dipugar, tempat-tempat di sekitarnya juga dipugar. Yang pasti, tembok Syadzarwan mengalami pemugaran pada tahun 542 H, 636 H, 660 H, dan 1010 H.(IH/ROL)
Kunci pintu kaabah

Peras Ugut Melalui Foto Bogel



KUALA LUMPUR: Luluh hati seorang ibu apabila bukan saja gagal menyelamatkan anak gadisnya daripada menjadi mangsa nafsu serakah teman lelaki zuriatnya, malah terpaksa menampung perbelanjaan anak dan lelaki itu sejak sembilan bulan lalu.

Difahamkan, anak mangsa berumur 19 tahun bukan saja dipaksa melayan nafsu lelaki itu, malah mengikutnya ke Pulau Pinang dengan bermodalkan gambar bogel remaja itu sebagai taruhan.

Mangsa yang berasal dari Perak dan mahu dikenali sebagai Shiela, 45, berkata, anaknya berkenalan dengan lelaki itu ketika melanjutkan pelajaran di utara tanah air selepas terjerat dengan ayat-ayat cinta bapa ayam terbabit.
“Anak saya terlanjur buat kali pertama sembilan bulan lalu dan kesempatan itu digunakan lelaki terbabit untuk merakam gambar bogelnya sebelum dijadikan modal bagi memaksa anak saya meneruskan hubungan terlarang itu.

“Anak saya pernah cuba bunuh diri beberapa kali akibat tekanan perasaan, namun berjaya diselamatkan dan apabila dia melarikan diri ke Perak, lelaki itu menjejakinya semula sebelum memaksa dia mengikutinya pulang ke Pulau Pinang,” katanya kepada Metro Ahad.

Menurutnya, sepanjang tempoh berkenaan, dia turut dipaksa menghantar wang perbelanjaan bagi mengelak anaknya dibelasah lelaki itu.
Katanya, akibat tidak mampu menahan penderaan fizikal dan seksual lelaki itu, dia dan anaknya berjaya melarikan diri ke ibu kota pada awal bulan ini, malangnya dapat dijejaki semula lelaki itu.

“Pada 25 Oktober lalu, lelaki itu memaksa anak saya mengikutnya semula dan apabila saya menghalang, saya turut dipukul.
“Bagi mencari penyelesaian untuk masalah ini, saya membuat laporan di Balai Polis Brickfields kelmarin dengan harapan lelaki itu ditahan dan anak saya dibebaskan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan. (myMetro)

Sunday, October 28, 2012

Idul Adha Diambang Kebangkitan Islam..


Pejuang Suriah

CATATAN SANTAI IBNU HASYIM
DIAMBANG
Hari Raya Aidil  Adha ini, Abdulkader Ali Hilal, Datukbandar Sanaa, Yaman, sedang berkeliling kota menginspeksi persiapan perayaan Hari Raya Korban esok harinya. Tiba-tiba seorang lelaki membonceng motosikal menembak ke arahnya. Namun tembakan meleset, pelaku akhirnya ditangkap polis Yaman  Ini hanya satu dari serentetan peristiwa kekerasan di negeri yang sedang bergolak ini. (Rabu, 24 Oktober 2012, seorang lelaki bersenjata ditembak mati dalam sebuah operasi antiterorisme).

Di Republik Tatarstan, pihak keamanan menewaskan dua militan pada Rabu lalu. Di lokasi penyergapan, ditemuki senjata, amunisi dan bahan-bahan peledak. Pihak keamanan menyatakan, akan ada aksi terorisme skala besar pada Hari Raya Korban yang jatuh pada 26 Oktober. Di Myanmar, konflik pengikut Islam dengan maooriti Buddha membuat 3 juta Muslim tidak dapat merayakan Idul Adha.


"Saudara kami telah dibunuh dan kampungnya dibakar.... Atas alasan ini, kami tidak merayakan Idul Adha," kata Myo Latt, seorang pemimpin senior Muslim Myanmar di Yangon.


BBC
melaporkan, pihak keamanan masih melakukan rondaan malam di dua kota di Myanmar. Sejak hari Minggu kemarin, kekerasan kembali meningkat, tiga orang terbunuh dan lebih dari 400 rumah, dan dua rumah ibadah dibakar.

Di Syria, perang saudara masih terjadi. Diberitakan
Al-Jazeera, 25 orang, termasuk kanak-kanak terkorban di kota Douma, dekat Damaskus pada Rabu. Mereka dibunuh oleh para Shabiha, tentara Syiah pendukung Assad. Di selatan Damaskus, bom kereta membunuh enam orang. Hingga hari ini, PBB menganggarkan, korban  di Syria tewas sejak tahun lalu telah mencapai sekitar 30,000 orang. Ada pihak menganggarkan 35,000 orang, kebanyakannya warga awam.

Utusan Liga Arab dan PBB untuk Syria, Lakhdar Brahimi, mengatakan bahawa pemerintahan Bashar al-Assad dan kubu pemberontak di negara tersebut sepakat untuk gencatan senjata sepanjang Idul Adha. Gencatan senjata kali ini diharapkan berjaya.


Tetapi hancur berkecai.


Sengaja saya petik Otoriti tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, beliau mengatakan kekerasan di dunia Islam ini akibat hasutan dari Amerika Syarikat dan Israel.


"Agen Amerika, NATO dan Zionis yang korup berusaha mengalihkan gerakan pemuda Muslim dan membawa mereka berkonfrontasi satu sama lain atas nama Islam," kata Khamenei dalam pesan tahunan di depan warga Iran yang pergi haji ke Mekkah.


"Mereka berupaya mengalihkan jihad melawan kolonialisme dan Zionisme menjadi terorisme buta di jalanan ... sehingga orang Muslim saling menumpahkan darahnya," kata Khamenei.


Pejabat resmi Iran yang Syiah berulang kali menyebut "Musim Semi Arab" sebagai "Kebangkitan Islam". Di beberapa negara, gerakan ini membuat kaum Islamis berkuasa, namun di negara seperti Syria dan Bahrain, membuat pertempuran Sunni-Syiah. Di Syria, Iran bersekutu dengan
status quo, penzalim Presiden Bashar al Assad.

Jadi, Aidil Adha dirayakan di tengah konflik. Tahun ini, rakyat Libya mengadakan pilihan raya umum pertama dalam 47 tahun. Selain itu, masyarakat dunia juga menyaksikan terpilihnya presiden-presiden baru di Mesir dan Somalia. Begitu juga dengan Pakistan yang tengah mempersiapkan pilihan raya umum untuk 2013. Namun di tengah perayaan dengan harapan terbaik bagi umat Muslim di seluruh dunia, konflik Syria masih saja terjadi.


Bermulanya, Idul Adha tahun ini memberi harapan baik, kepada kebangkitan Islam. Pergolakan politik dunia hari ini juga termasuk suatu proses tarbiah ke arah mematangkan kebangkitan Islam se dunia. Hari Raya Korban adalah pemangkin ke arah penerusan dan perlonjakan semangat pengorbanan. Moga-moga..


Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh pembaca-pembaca blog ini di seluruh dunia, terutamanya yang dari Maaysia.


Maaf zahir batin!

Catatan Santai Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com  27 Okt  2012
KL

Sila lihat...
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012
 

Sultan K'tan Sembelih Sendiri Sempurna Korban.

Sultan Kelantan tidak ketinggalan bersama-sama rakyat menyempurnakan majlis korban.

KOTA BHARU - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan menyempurnakan majlis korban di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji, di sini, hari ini. Baginda yang mengenakan baju T-shirt berwarna merah tiba di majlis tersebut kira-kira jam 12.15 tengah hari dengan diiringi pasukan keselamatan.

Turut menyertai baginda ialah Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra, kerabat diraja Kelantan dan pegawai-pegawai kerajaan negeri. Acara tahunan kali ini menyaksikan sebanyak 49 ekor lembu dikorbankan sempena dengan sambutan Aidiladha.

Daripada jumlah tersebut, dua ekor disumbangkan oleh Sultan Kelantan dan seekor lagi oleh Tengku Mahkota. Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Che Hamat Che Muda berkata, daging korban tersebut akan diagih-agihkan kepada fakir miskin melalui  masjid-masjid di  Kota Bharu dan Masjid Muhammadi.

"Dianggarkan 4,000 bungkus daging akan diagihkan bermula tengah hari ini," katanya kepada pemberita.

Pada majlis tersebut Sultan Kelantan turut menyempurnakan sendiri majlis tersebut termasuk menyembelih sendiri dua lembu korban disumbangkan baginda. Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

Bertindak Segera, Islam Rohingya Di Ambang Maut

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menggesa kerajaan Malaysia segera bertindak melakukan sesuatu, jika etnik Islam Rohingya di Myanmar sekarang mahu diselamatkan.


 “Mapim sedang mengikuti perkembangan keganasan terbaru di Myanmar dengan dekat melalui Union of World Rohingya Organization yang menjadi rakan jaringan kami agar maklumat yang sah dan terkini dapat diperolehi,” ujar Setiausaha Agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, perkembangan terkini sangat meruncing di beberapa bandar di Arakan dan ada tanda ketegangan akan merebak ke seluruh Myanmar.

“Kami  sangat kecewa keganasan yang tercetus terkini yang lebih meruncing dan sangat mengkhuatirkan tidak mendapat perhatian segera untuk menyelamatkan komuniti Muslim Rohingya yang menjadi mangsa serangan oleh etnik Buddha Rakhine.

“Apakah Malaysia sebagai anggota OIC dan Asean hanya mahu menjadi pemerhati kepada keganasan penghapusan etnik yang sangat kejam sedangkan tragedi itu sedang berlaku dirantau ini?” katanya

Kini, jelasnya keadaan sangat meruncing kerana serangan kali ini nampaknya nekad untuk menghabiskan semua penduduk etnik Rohingya dan Kaman Muslim di seluruh Myanmar. Menurutnya, angka kematian sebenarnya sudah mencecah hampir seribu orang , sedangkan bilangan rumah dan perkampungan orang Rohingya yang dibakar jauh lebih besar jumlahnya.

Sebenarnya, kata beliau dunia sedang menyaksikan pengulangan peristiwa pembunuhan massa kaum Serbia ke atas kaum Bosnia pada 1995. Katanya lagi, hanya setelah ratusan ribu kaum Muslim Bosnia terbunuh barulah Nato bertindak ke atas Serbia.

“Kami menegaskan bahawa saat ini bukan lagi masanya untuk mengeluarkan kenyataan tetapi hendaklah melakukan tindakan konkrit untuk melindungi mangsa Rohingya Muslim yang menjadi sasaran serangan kaum Rakhine yang dibantu oleh tentera dan polis Myanmar,” ujarnya.

Justeru, katanya Mapim mendesak kerajaan Malaysia menghantar delegasi khas dengan segera untuk menyampaikan mesej tegas bahawa tindakan kerajaan Myanmar tidak boleh diterima sama sekali. Katanya, pihak kedutaan Myanmar di Malaysia hendaklah dipanggil segera untuk menyampaikan pendirian negara terhadap kekejaman yang sedang berterusan sekarang. (Hrkh)

Sekolah Khas Untuk Penajis Zina Wujud Di M'sia?

‘Tuisyen’ dagang tubuh


KL: Bagi menarik lelaki hidung belang melanggani pekerja khidmat seks warga China dan Vietnam yang baru tiba di Malaysia, sindiket pemerdagangan manusia menganjurkan ‘sekolah mini’ kursus bagi mempelajari bahasa tempatan bagi memudahkan komunikasi.

Antara perkataan yang diajar ialah abang, sayang, cinta, saya bersih, kacak, atas atau bawah dan baring.
Bagaimanapun, jika gagal menguasainya dalam masa tiga hari, mereka dipukul. Harian Metro difahamkan, setiap wanita yang baru tiba di Malaysia diajar bapa ayam bertutur beberapa bahasa tempatan, termasuk Bahasa Malaysia bagi memudahkan mereka berkomunikasi dengan pelanggan.

Malah, wanita yang berjaya menguasai bahasa tempatan mampu meningkatkan pendapatan kerana lebih disenangi pelanggan. Tambahan pula, pelanggan dilaporkan lebih puas dengan layanan pelacur yang boleh berkomunikasi berbanding rakan sekerja yang hanya menggunakan bahasa isyarat.

Perkara itu didedahkan wanita dari China, Yen, 24, yang pernah berkhidmat dengan sindiket terbabit sejak setahun lalu. (myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ertinya, sudah diwujudkan sekolah khas untuk penajis zina di Maaysia? Najis zina bukan 'khidmat seks'.

Lelong Dara RM2.4 juta, Teruna RM9,00, B/Baik?


SEORANG lelaki melihat poster dipaparkan laman sesawang Virgins Wanted di Sydney, Australia, semalam, memaparkan Catarina (kiri) dan Stepanov.
SEORANG lelaki melihat poster dipaparkan laman sesawang Virgins Wanted di Sydney, Australia, semalam, memaparkan Catarina (kiri) dan Stepanov. 

SYDNEY: Seorang penuntut dari Brazil memperoleh bayaran AS$780,000 (RM2.4 juta) hasil lelongan dara di Internet, manakala seorang teruna cuma dibayar AS$3,000 (RM9,000). Menurut dokumentari berjudul Virgins Wanted dihasilkan seorang karyawan Australia, Catarina Migliorini, 20, dibida 15 peminat dan akhirnya ia dimenangi seorang lelaki warga Jepun - hanya dikenali sebagai Natsu - malam kelmarin.

Sebahagian besar peminat yang ingin meniduri Catarina datang dari Brazil, selain India, Australia dan Amerika Syarikat (AS). Pemuda yang melelong terunanya dikenali sebagai Alex Stepanov, 21, berasal dari Sydney. Seorang wanita Brazil memenangi bidaan ke atas Stepanov. Media melaporkan, Catarina akan “dihantar” kepada pembelinya menggunakan kapal terbang. Dia juga akan ditemubual di sebuah lokasi rahsia bagi menceritakan pengalaman sebelum dan selepas mengorbankan daranya.
Karyawan yang menghasilkan Virgins Wanted, Jason Sisely, berkata dia memulakan projek berkenaan pada 2009 dan berdepan dengan tentangan banyak pihak apabila poster mengenainya dinaikkan di Sydney serta Melbourne. Katanya, dia terkejut melihat reaksi orang ramai.

“Sejak lelongan ditutup Catarina amat teruja.

“Dia bercakap dengan keluarganya dan mereka juga gembira dengan apa yang berlaku,” katanya. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Suatu berita gembira, bagi puak-puak yang kreatif dalam bisnes, 'asal dapat duit tidak peduli halal-haram'. Juga tidak kira maruah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails