Monday, July 23, 2012

Muslimat PAS Santuni Penduduk Pulau Perhentian

 (Gambar: Siti Zailah menghulurkan sumbangan Ramadhan kepada seorang penduduk Pulau Perhentian.)
BESUT: Dewan Muslimat PAS (DMP) 'memecah tradisi' apabila berjaya mengadakan program ziarah ke Pulau Perhentianyang merupakan kubu kuat Umno.

Terletak lebih kurang 10.8 batu nautika (20 km) ke Timur Laut Kuala Besut dengan keluasan keseluruhan 1,392.15 hektar, Pulau Perhentian merupakan salah satu salah satu unit peti undi (UPU) di Dun Kuala Besut. UPU yang mempunyai seramai 708 pengundi berdaftar ini merupakan undi penentu bagi Dun Kuala Besut dan menjadi 'UPU jagaan Umno BN'.

Menurut Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Besut, Napisah Ismail, Umno BN giat 'menghulurkan' bantuan kepada penduduk di situ bagi mengumpan mereka agar terus memberi undi kepada mereka pada pilihan raya umum ke-13. Hal ini katanya menyebabkan penduduk takut menzahirkan sokongan terhadap PAS kerana khuatir segala bantuan akan ditarik balik.

"Senjata Umno iaitu ugutan dan wang ringgit cukup berkesan di sini. Sebenarnya agak ramai penduduk yang menyokong PAS tapi tidak berani tunjuk kerana jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung mengawal gerak-geri mereka," kata beliau kepada Harakahdaily.

Menyedari perkara itu, DMPK Besut dengan kerjasama DMPN Terengganu dan DMPP turun mendekati mereka dalam program kemasyarakatan dan kebajikan pada 19 hingga 20 Julai lalu. Program ziarah itu turut disertai Ketua DMPP, Siti Zailah Mohd Yusoff dan Ketua DMPN Terengganu, Sapinah Jusoh yang juga bekas senator.

Selain menziarahi penduduk yang sudah dikenal pasti sebagai ahli PAS, mereka juga turut mendekati penduduk-penduduk lain.

Tertutup daripada maklumat luar

Siti Zailah berkata, penduduk di pulau itu masih tertutup daripada menerima maklumat yang tepat sebaliknya hanya bergantung kepada sumber maklumat daripada Umno BN. Tambahan pula, mereka 'terikat' dengan bantuan dan janji-janji Umno sejak sekian lama.

"Masyarakat di sini tertutup daripada maklumat luar. Mereka hanya takut kerana diugut. Ada yang berbisik kepada saya sewaktu ziarah, dia penyokong PAS tapi terpaksa sembunyikan kerana JKKK kawal sini sungguh-sungguh.

Namun ujar Ahli Parlimen Rantau Panjang itu, beliau yakin minda penduduk akan terbuka jika PAS kerap turun dan mengadakan program kemasyarakatan di kawasan tersebut.

"Kalau kita kerap turun saya yakin boleh buat perubahan tapi kita kena guna pendekatan kemasyarakatan dan kebajikan. Tak sesuai adakan program ceramah sebab orang tak akan datang," katanya.

Dalam pilihan raya umum ke-12 pada 2008, calon PAS, Nik Muhammad Zawawi Salleh dikalahkan calon BN, Dr A. Rahman Mokhtar dengan majoriti 2,631 undi.

Sekurang-kurangnya satu calon muslimat

Menyentuh soal calon muslimat di Terengganu pula, Siti Zailah berkata, pihaknya berharap sekurang-kurangnya satu calon diletakkan di negeri ini. Beliau berkata, DMPP sudah mengemukakan beberapa calonnya ke peringkat pusat namun bergantung kepada mesyuarat dan penilaian akhir.

"Dengar khabar memang ada calon muslimat di Terengganu tapi disebabkan proses penamaan calon itu belum lagi, kadang-kadang perkara itu boleh berubah bila-bila masa.

"Tapi cadangan pihak negeri dan pusat menang nak sekurang-kuranngnya satu calon muslimat di Terengganu," kata beliau.

Tambah beliau lagi, sudah tiba masanya muslimat dipilih sebagai calon, bukan hanya menyumbang tenaga untuk kerja-kerja pilihan raya.

"Kita nak suara muslimat di Terengganu sampai ke peringkat penggubal dasar negeri dan negara sama ada peringkat Dun atau Parlimen.

"Kita tidak mahu muslimat hanya jadi pekerja. Kalau sebelum ini muslimat bekerja untuk orang mengundi, sekarang muslimat juga berhak diundi. Inilah perubahan yang kita cuba buat," katanya. (Hrkh)

Ura-ura P'raya Sept Makin Kuat -Sumber


 
KUALA LUMPUR: Ura-ura Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan memanggil pilihan raya mengejut September ini iaitu selepas seminggu umat Islam beraya semakin kuat.

The Malaysia Insider melalui tulisan yang dibuat Pengarangnya, Jahabar Sadiq juga membuat ramalan yang sama berdasarkan sumbernya.

Pentadbiran Najib dijangka mengadakan pilihan raya mengejut pada September sebelum Hari Malaysia, jika rancangan untuk membubarkan parlimen bulan hadapan menjadi kenyataan, kata sumber dalaman dan penganalisis, lapor TMI.

The Malaysian Insider difahamkan, penasihat dan pembantu perdana menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak telah memberitahu beberapa orang tentang rancangan untuk mengadakan pilihan raya diantara Hari Raya Aidilfitri pada 19 Ogos dan hari pembentangan bajet pada 28 September. Hari Malaysia adalah pada 16 September.

“Pilihan raya mengejut adalah sebelum 16 September supaya memberi masa yang cukup untuk membentangkan bajet 2013 pada 28 September jika BN masih menguasai Putrajaya,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Baru-baru ini, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyebut, Najib dijangka akan memanggil pilihan raya tidak lama selepas umat Islam pulang ke tempat kerja masing-masing selepas bercuti raya.

“Kami jangka BN akan menggunakan peluang Aidilfitri sebaikmya kerana pengundi akan berfikir serius untuk kembali kepada kampung halaman mereka untuk mengundi hanya selepas mereka pulang dari cuti," katanya kepada wartawan Harakahdaily, Nazri Abdullah di Rabat, Maghribi.

Sebelum ini, PAS telah menyerang BN berikutan adanya ura-ura untuk mengadakan pilihan raya di musim haji. Ini kerana, tindakan ini bermakna BN menafikan hak 30,000 umat Islam untuk mengundi. Ekoran itu, ura-ura untuk mengadakan pilihan raya di musim haji dikatakan sukar untuk dilakukan BN.

Dengan mengadakan pilihan raya selepas umat Islam baru sahaja pulang ke tempat kerja selepas bercuti di kampung bermakna BN cuba menafikan pula hak golongan ini mengundi. Dalam pilihan raya 2008, fenomena pulang mengundi di kampung memberikan kesan besar kepada sokongan PAS khasnya di Kelantan dan Kedah. Tanpa mereka, PAS tidak akan menang dengan selesa di Kelantan khasnya dalam PRU 12 lalu, kata seorang penganalisis.

Lihat sebelum ini..

Saspek Bunuh Bekas K/Wanita Umno Ditahan



ALOR SETAR, 22 Julai — Seorang lelaki telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan bekas Ketua Wanita Umno cawangan Kampung Bukit Hangus, Jeneri, Sik pada Jumaat lalu. Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata lelaki berusia 29 tahun itu ditahan di sebuah rumah di kampung berkenaan kira-kira 3.30 pagi semalam.

Polis turut merampas baju serta seluar suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian berkenaan, katanya. Ahmad berkata bagaimanapun pihaknya masih belum menemui senjata yang dipercayai digunakan untuk membunuh Halimah Yunus, 66.

Katanya suspek direman selama tujuh hari bermula semalam dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Dalam kejadian kira-kira 9.20 malam itu, mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah selepas rumahnya dipecah masuk melalui pintu belakang.
Dia meninggal dalam perjalanan ke hospital. – Bernama

Thai Pohon K/Pusat Buka Laluan Pasir Mas Golok.



(Tuan Guru Nik Aziz menyambut kedatangan Consul General baru Thailand di pejabatnya)

KOTA BHARU: Konsul General Thai, Jackrid Kanjanasoon memohon kerajaan Kelantan pimpinan Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mencadangkan kerajaan Pusat membuka semula laluan keretapi melalui Pasir Mas ke Golok, Thailand.

Menurutnya, laluan itu penting bagi meningkatkan lagi tahap ekonomi antara Kelantan dan Selatai Thai melalui perniagaan. Beliau berkata demikian sewaktu berkunjung menemui Tuan Guru sempena perlantikannya sebagai Konsul Geral Thai yang baru bagi menggantikan Surapon Petch-Vra baru-baru ini.

Katanya, pembatalan laluan keretapi antara Pasir Mas ke Thailand sebagaimana yang pernah berlaku sebelum ini merugikan masyarakat kedua-dua belah pihak.

“Saya berharap kerajaan negeri mengusulkan pada kerajaan Pusat supaya membuka semula laluan itu, banyak hasil mahsul dari sana dipasarkan di sini,”ujarnya.

Pada masa yang sama beliau meminta hubungan erat antara Kelantan dan Thailand dapat dipereratkan sebagaimana hubungan yang sama dengan kerajaan Pusat. Tuan Guru ketika mengulas hasrat konsul thai yang baru itu  berkata Islam sejak awal lagi mengajar penganutnya supaya menghormati orang lain, walaupun bukan Islam.

“Kami khususnya pejuang Islam tidak pernah membiarkan golongan bukan Islam tanpa dibantu, malah masyarakat pelbagai kaum di negeri ini sama ada Siam, Cina, India mendapat layanan yang sama juga,”ujarnya. Hrkh)

Pengalaman Derita Pelajar M'sia Di Syria



 DERETAN bangunan mengalami kerosakan akibat pertempuran di pinggir bandar Erbeen, Damsyik.

KL: Seorang pelajar Malaysia yang baru pulang ke Syria setelah bercuti di Istanbul, Turki menceritakan saat cemas untuk kembali ke Damsyik yang merupakan ibu kota Syria apabila helikopter tentera berlegar-legar di udara sambil melepaskan tembakan bertalu-talu.

Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, 25, berkata pada mulanya, dia menaiki bas dari bandar Aleppo menuju ke Damsyik. Bagaimanapun, katanya, sebaik tiba di Jisir Baghdad, pihak tentera menahan kumpulannya dan tidak membenarkan mereka meneruskan perjalanan.


 
Muhammad Nadir Al-Nuri
“Saya terpaksa berjalan kaki sejauh 25 kilometer untuk ke Damsyik namun bersyukur dapat menumpang sebuah lori bersama tiga rakan warga Syria,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Syria bergolak dengan perang saudara berikutan keengganan Presiden Bashar Al-Assad untuk meletakkan jawatan yang telah menyebabkan kumpulan pemberontak meneruskan perjuangan menentang askar-askar Syria sejak Mac tahun lalu.

Menurut Muhammad Nadir, ketika tiba di pinggir bandar Damsyik pada pukul 7.30 malam, sebuah helikopter berlegar di ruang udara sambil melepaskan tembakan ke arah sebuah bangunan.

“Bunyi letupan meletus dan berselang-seli dengan bunyi tembakan ke udara.

“Kami begitu takut dan saya tidak putus-putus berzikir dalam hati supaya dapat pulang dengan selamat,” ujar pemuda itu yang merupakan Exco Penerangan Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS).

Pelajar jurusan Syariah dan Bahasa Arab di Ma’ahad Dawil, Damsyik itu yang mempunyai keluarga di Bandar Baru Bangi, Selangor bersyukur kerana terselamat.
“Tidak ada mayat kelihatan tetapi kerosakan pada bangunan sekitar kawasan itu jelas dapat dilihat,’’ katanya.

Ketika ditanya mengenai keadaan rakyat Malaysia di sana, dia menjelaskan, rakyat Syria telah banyak membantu memastikan keselamatan mereka terjamin.

“Jika ada pelajar Malaysia yang pulang lewat daripada kuliah, beberapa orang penduduk yang lengkap bersenjatakan parang dan kayu akan mengiringi pelajar kita pulang ke rumah dengan selamat,” katanya. (Kosmo)

Pemberontak Tempur Tentera Presiden Syria

AFP: SEBUAH bangunan musnah akibat serangan tentera Bashar di pinggir Damsyik


Tentera Bashar Bertempur Di Damsyik

AMMAN - Para pemberontak bertempur dengan tentera Presiden Syria, Bashar Al-Assad (gambar) dekat sebuah ibu pejabat agensi perisikan di bandar Aleppo, utara negara itu semalam. 

 Menurut saksi-saksi, beberapa buah helikopter membedil beberapa daerah di Damsyik dalam usaha untuk mengusir para pemberontak. Pertempuran berlaku di beberapa bahagian lain di Aleppo yang merupakan hab perdagangan dan industri.

"Bunyi letupan kedengaran dari beberapa tempat yang berbeza sehingga menggegarkan bandar raya itu.

"Satu pertempuran melibatkan insiden berbalas tembakan berlaku dekat Ibu Pejabat Keselamatan Negara di daerah al-Mouhafaza sejak waktu pagi," kata seorang suri rumah kepada agensi berita Reuters menerusi telefon.


REUTERS: SEBUAH trak musnah dalam pertempuran antara kumpulan pemberontak dengan tentera Presiden Bashar Al-Assad di Erbeen, Damsyik kelmarin. 
Sementara itu, seorang pegawai kanan Amerika Syarikat menyatakan Washington memberikan bantuan sebanyak AS$100 juta (RM314.95 juta) kepada Jordan untuk membantu puluhan ribu penduduk Syria yang melarikan diri dari negara mereka.

Menurut kumpulan Pemantau Hak Asasi Untuk Syria, lebih 19,000 orang telah terbunuh di Syria sejak kebangkitan penduduk menentang pemerintahan Bashar bermula pada tahun lalu.

"Sekurang-kurangnya 19,106 orang terbunuh, kebanyakannya orang awam, sejak Mac tahun lalu," kata seorang kakitangan kumpulan itu, Rami Abdel Rahman kepada agensi berita AFP.

Jumlah itu melibatkan 13,296 orang awam, 4,861 askar Bashar dan 949 pembelot.
"Jumlah itu tidak termasuk ribuan orang yang hilang di dalam tahanan," katanya. - Agensi

Tips Seks Di Bulan Ramadhan


Biarkan seks berkembang, awas jangan meletup!

CATATAN SANTAI IBNU HASYIM
"TOLONG beri tip sikit untuk bulan Ramadhan." Seseorang memberi komen kepada saya. Maka inilah tips saya untuk para remaja, terutama yang baru berkahwin.


TIPS SEKS PADA BULAN RAMADHAN.  
KULIAH URA (UNIVERSITI RAMADHAN AL-MUBARAK)

Sebelum persembah tipnya, kena tahu ini dulu... 


Firman Allah SWT: 
  • فَالآنَ بَاشِرُوهُنَّ وَابْتَغُوا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَكُمْ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمْ الْخَيْطُ الأَبْيَضُ مِنْ الْخَيْطِ الأَسْوَدِ مِنْ الْفَجْرِ ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ. 
  • Maka sekarang (1) setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan 
  • (2) makanlah serta 
  • (3) minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar. 
  • Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib). [al-Baqarah 2:187]

Sabda Nabi SAW:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: هَلَكْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ! قَالَ: وَمَا أَهْلَكَكَ؟ قَالَ: وَقَعْتُ عَلَى امْرَأَتِي فِي رَمَضَانَ. قَالَ: هَلْ تَجِدُ مَا تُعْتِقُ رَقَبَةً؟ قَالَ :لاَ. قَالَ: فَهَلْ تَسْتَطِيعُ أَنْ تَصُومَ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ؟ قَالَ: لاَ. قَالَ: فَهَلْ تَجِدُ مَا تُطْعِمُ سِتِّينَ مِسْكِينًا؟ قَالَ: لاَ. قَالَ: ثُمَّ جَلَسَ فَأُتِيَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِعَرَقٍ فِيهِ تَمْرٌ فَقَالَ: تَصَدَّقْ بِهَذَا. قَالَ: أَفْقَرَ مِنَّا فَمَا بَيْنَ لاَبَتَيْهَا أَهْلُ بَيْتٍ أَحْوَجُ إِلَيْهِ مِنَّا. فَضَحِكَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى بَدَتْ أَنْيَابُهُ ثُمَّ قَالَ: اذْهَبْ فَأَطْعِمْهُ أَهْلَكَ.
Dari Abu Hurairah RA,bahawa seorang lelaki datang menemui NabiSAW berkata: “Celakalah saya wahai Rasulullah!” 
Rasulullah bertanya: “Apa yang mencelakakan kamu?” 
Dia menjawab: “Saya telah melakukan hubungan seks dengan isteri saya pada (siang hari) bulan Ramadhan.” 
Lalu Rasulullah bertanya: “Bolehkah kamu mencari seorang hamba untuk dibebaskan?” 
“Tidak!” 
“Bolehkah kamu berpuasa dua bulan berturut-turut?” 
“Tidak!” 
“Bolehkah kamu memberi makan kepada enam puluh orang miskin?” 
“Tidak!”
Kemudian dia duduk. Tatkala itu dibawakan kepada Nabi SAW sebakul kurma. Rasulullah berkata kepadanya: “Sedekahkanlah (kurma) ini”. 
Dia menjawab: “Adakah yang lebih miskin dari kami? Tidak ada yang lebih miskin di antara dua lembah Madinah ini melainkan keluarga saya.” 
 Mendengar yang sedemikian Nabi SAW ketawa sehingga nampak gigi beliau. Lalu baginda bersabda: “Pergilah dan berilah makan keluarga kamu (dengan kurma ini).”
[Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1111-1 (Kitab al-Siyam, Bab larangan keras melakukan hubungan seks…)].

Dikatakan semasa memasuki Ramadhan, sudah menjadi gejala umum bila ramai isteri yang akan menolak diajak berhubungan intim oleh suaminya selama bulan suci. Atau dengan kata lain, Ramadhan juga bererti puasa seks. Aneh memang, kerana tak ada hukum pun yang melarang hal itu. Maka kegiatan Ramadhan perlu  jalan terus, dan aktifiti seks pun tidak ketinggalan.

Pertama: Bukan Beban.

Memang, terkadang berhubungan intim selama bulan puasa jadi beban bagi sesuatu pasangan. Tidak jarang, salah satu pihak, biasanya dari pihak isteri, menolak diajak bercumbu. Alasannya macam-macam. Dari kelelahan menyiapkan hidangan berbuka dan sahur, tidak mahu menodai kesucian bulan puasa, sampai sudah meniatkan diri untuk total beribadah sebulan penuh.

Sebetulnya, hal itu tidak perlu terjadi. Sebab, kita mesti dapat membedakan mana hal yang wajib dan mana yang sunat. Quran Surat al-Baqarah ayat 187, menyatakan dihalalkan kepada kamu pada malam Ramadhan berhubungan sebadan dengan isteri-isterimu. Ayat ini membolehkan hubungan seks di malam hari. Ini bererti hanya di siang hari Ramadan, hubungan seks tidak dibenarkan. Kerana itu, jangan jadikan ianya sebagai beban. Bukankah hukum agama membolehkan? Jadi, nikmati sajalah! 

Kedua: Seks Berpahala.

Melakukan hubungan seks di bulan Ramadan, sebetulnya tidak apa-apa. Jangan merasa bersalah. Kerana berhubungan seks itu berpahala. Bagi isteri, itu sama saja dengan ibadah. Kamu pasti tahu, melayani suami termasuk ibadah. Kerana itu lakukan dengan senang hati, dengan ikhlas. Kamu boleh nikmatinya.


Apalagi, itu merupakan kewajiban seorang isteri. Jadi sepanjang permintaan suami masih wajar, lakukan saja. Jadi, kamu berdua yang akan merasakan nikmatnya. Jadi mengapa tidak? Jangan sampai ada perasaan ingin merasa menang dan memaksakan. Misalnya, suami yang menginginkan hubungan intim memaksakan kehendaknya pada isteri yang sebenarnya tidak mahu. 

Ketiga: Pandai Atur Masa.

Hanya saja, dalam berhubungan intim, kamu mesti pandai mengatur waktu. Kerana waktunya memang singkat dan padat. Itulah ilmu pentadbiran.Contohnya, lepas berbuka, solat Magrib. Makan, lepas itu ke masjid solat Isyak dan tarawih. Selesai kira-kira pulul 11 malam. Waktu itulah peluang untuk bermesra suami isteri, kerana besok pukul 2 atau 3 kena siapkan untuk bersahur. Perlukah guna teknik khas? Teknik dan gaya apa pun, radikal sekalipun, dapat kamu lakukan dengan bebas  tanpa gangguan, dengan masa yang terhad.

Keempat: Seks kilat.

Berpuasa, mahu tak mahu, membuat keadaan fizik jadi melemah. Apalagi jika kamu berdua adalah pasangan yang sama-sama bekerja. Belum lagi waktu kerja yang sedikit dan sempit. Oleh  itu, waktu yang ada perlu dimanfaatkan semaksimal mungkin. Kalau kamu biasa melakukan hubungan seks selama 2 atau 3 jam, selama bulan puasa lakukanlah lebih singkat. Cukup satu jam atau setengah jam saja. Seks kilat lebih tepat dilakukan pada situasi seperti ini. Pokoknya, kegiatan seks tetap dilakukan selama bulan puasa. Meski singkat. Itu tetap lebih baik daripada tidak sama sekali. Seks tidak mengenal kata berhenti, setuju? 

Kelima: Mandi cepat.

Salah satu hal yang membuat seseorang itu malas bersebadan pada bulan Ramadan adalah kewajiban mensucikan diri (janabah) selepas aktivitas seks itu. Kamu mungkin berpikiran mesti mandi, sebelum waktu imsak tiba. Dan itu membuat kamu berfikir 10 kali untuk bersebadan.

Padahal, pendapat sepakat ulama menyatakan, bagi yang berhubungan seks di malam hari, tidak harus mandi sebelum terbitnya fajar. Kamu hanya berkewajiban mandi sebelum terbitnya matahari, paling tidak dalam jangka waktu yang memungkinkan solat subuh dalam keadaan suci.  Boleh kamu mandi semasa hampir masuk waktu subuh.

Jadi tiada alasan berpuasa, untuk meneruskan  seks di bulan Ramadan, kan?


Catatan Santai Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com
 
22 Julai  2012
 KL

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails