Monday, May 28, 2012

GRO Mekong River Dicekup. Tiada Jalan Selesai?



SEBAHAGIAN daripada 14 GRO Vietnam yang ditahan ketika serbuan di sebuah pusat hiburan di Taman Kinrara, Puchong kelmarin.
PUCHONG - Pelbagai taktik digunakan oleh pengusaha pusat hiburan untuk menarik pelanggan dan terbaru mereka didapati menggunakan nama Mekong River (Sungai Mekong) sebagai isyarat yang mereka menyediakan perkhidmatan pegawai perhubungan pelanggan (GRO) dari Vietnam.

Taktik tersebut terbongkar selepas premis di Taman Kinrara di sini itu diserbu pada pukul 11 malam dan menahan seramai 14 GRO warga Vietnam berusia antara 19 dan 35 tahun yang sedang asyik melayan dan memeluk pelanggan.

Setiap pelanggan perlu membayar antara RM150 dan RM300 untuk mendapatkan khidmat mereka termasuk seks. Serbuan diketuai Inspektor Joycelyn Liza Edmond dari cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat, Jabatan Siasatan Jenayah Selangor selepas melakukan risikan selama 24 jam. (Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tidak malukah kerajaan Malaysia pimpinan BN/UMNO perkara begini semakin menjadi-jadi, seoah-olah tiada jalan penyelesaian. Bodoh sangatkah pemimpin-pemimpin yang memerintah negara ini?

Sekurang-kurangnya kaji balik pusat maksiat bertopengkan 'pusat hiburan' yang tidak menghibur, dalam sistem perundangan kita. Kaji balik tiadanya undang-undang kesalahan najis zina suka sama suka dlam peraturan kerajaan Persekutuan. Dan lain-lain. (IH)

Wardina Diganggu Panggilan Lucah..


















 WARDINA menunjukkan laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Taman Melawati, Hulu Klang, Selangor semalam

KL: Pengacara televisyen tidak asing lagi, Wardina Saffiyah Fadhlullah, 33, membuat laporan polis di Balai Polis Taman Melawati, Hulu Klang semalam selepas diganggu dengan panggilan lucah daripada seorang lelaki bernama Arif. 

 

Lelaki itu membuat panggilan sebanyak dua kali kepada Wardina sambil mendakwa dia merupakan kakitangan sebuah stesen penyiaran dan mahu menemubualnya. Menurutnya, lelaki itu membuat panggilan pada pukul 5 pagi dan diikuti pada pukuk 9.15 pagi.

 

"Saya tidak menjawab panggilan telefon yang pertama. Pada pukul 9.15 pagi, lelaki itu menghubungi saya sekali lagi tetapi apabila saya tanya dia dari stesen mana, dia kata tidak boleh beritahu.

“Selepas itu dia mula mengeluarkan perkataan-perkataan yang saya sendiri malu untuk sebut.

“Saya tidak faham kenapa ada orang yang sanggup melakukan perkara seperti itu,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Sama juga dengan beberapa pengomen dalam blog ini, yang mengunakan perkataan-perkataan lucah biadab dan kurang ajar, apabila melihat pandangan kita yang berbeda dengan pandangan politik mereka. Dalam Islam disebut orang yang 'di dalam hatinya ada penyakit'.

K'tan: Isu Tanah Wat Siam Di Tumpat Selesai

TUMPAT: Isu tanah wat Siam milik penganut agama Buddha di sini yang berlarutan sejak zaman kerajaan Barisan Nasional (BN) kini diselesaikan kerajaan PAS. Sebelum ini pemimpin masyarakat Siam meluahkan rasa bimbang berhubung status tanah rumah ibadat mereka yang tidak selesai.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, mana-mana tanah milik kaum Siam di kawasan ini yang pernah dilelong suatu ketika dahulu akan dipulangkan kepada tuan asalnya. Katanya, bagi mewujudkan keharmonian di antara kaum di Kelantan setiap bangsa perlulah menghormati kebudayaan kaum lain.

“Jangan ada di antara mana-mana  rakyat di negeri ini memaksa kaum minoriti supaya ikut budaya hidup mereka,” katanya pada Majlis Ramah Mesra Bersama Kaum Siam di Wat Machimmaram, Kampung Jubakar Darat baru-baru ini.

Menurutnya sikap seperti itu boleh mencetuskan rasa tidak puas hati dan permusuhan yang akan merugikan semua pihak. Menteri Besar berkata, dalam usaha meningkatkan syiar Islam, kepentingan dan hak kaum-kaum lain tidak pernah diabaikan memandangkan mereka juga rakyat Kelantan.

Hadir sama anggota Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar dan Ketua Wat Buddha, Prak Kru Vitidthamanat, Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim, Penyelia Dun Pengkalan Kubor, Wan Rosdi Wan Ibrahim dan Ketua Pemuda PAS, Mohd Rosli Abdullah.

Pada program tersebut yang dianjur Majlis Daerah Tumpat sebanyak 200 hamper diberi kepada ketua-ketua wat dan warga emas kaum Siam. (Hrkh)

Fred, Pemain Brazil Perkenal Sujud Di Padang


SUKAN

TIDAK ramai yang tahu bahawa salah satu pemain kebangsaan Brazil merupakan seorang Muslim. Dia adalah Frederico Chaves Guedes atau biasa dipanggil Fred.

Pemain bola sepak Muslim ini dilahirkan di Teofilo Otoni, Minas Gerais, Brazil pada 3 October 1983. Bekas pemain Cruzeiro ini mulai mengenal Islam ketika bermain di Eropah. Perpindahannya ke Perancis pada 2005, untuk membela Olympique Lyon membuatnya bersentuhan dengan Islam.
Selama empat musim di Lyon, dia mampu membawa Lyon menjadi yang terbaik di Ligue 1. Sebagai ujung tombak kelab, Fred mampu membuktikan kapasitinya sebagai pemain berbahaya.

Pada musim pertama membela Lyon, dia menjadi runner up pencetak gol terbanyak di liga tempatan. Setelah melewatkan dua bulan pada musim 2006/2007, dia mampu mencetak 11 gol dari 20 perlawanan.

Pada musim 2007/2008, Fred mengalami beberapa kali mengalami kecederaan. Namun dia mampu mempersembahkan gelar Copa America 2007 bagi Brazil pada pertengahan tahun. Dia melakukan come back di kelab medio Oktober 2007, tetapi tidak mampu lagi bersaing di tempat utama.

Itu lantaran Lyon mempunyai dua striker tajam, iaitu Milan Baros dan Karim Benzema, yang mulai bersinar. Sebelum musim 2008/2009 berakhir, dia meninggalkan Lyon untuk kembali ke kampung halamannya bersama Fluminense.

Tinggal di bandar Lyon yang ramai dihuni pendatang Muslim, membuat Fred bersentuhan dengan budaya Islam. Bergumul dengan Karim Benzema menjadi sebahagian dia semakin mengenal ajaran Islam. Namun sangat sedikit maklumat pada masa bila dan kepada siapa Fred mengucapkan kedua-dua kalimat syahadat ketika menjadi mualaf.

Saat keIslaman Fred terbuka kepada umum ketika dia mampu mencetak satu gol dalam Piala Dunia 2006 di Jerman. Ketika itu Brazil memukul Australia dengan skor 2-0, pada Jun 18, 2006.

Selepas meledakkan gol, penonton di stadium dan televisyen dikejutkan dengan gaya Fred yang melakukan gaya merayakan gol dengan cara tidak biasa. Kerana dia bersujud syukur di padang.

Dalam video berdurasi lima saat itu yang boleh dilihat di dunia maya, Fred melakukan itu sebagai bentuk rasa syukur kepada Sang Pencipta yang masih memberikannya kesempatan untuk mengukir prestasi. (IH)

Lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam

Sunday, May 27, 2012

Didik Pelajar Bertakwa, N/Aziz Solat Bawah Pokok



MACHANG: Mendidik pelajar yang  bertakwa, itulah hakikatnya. Di saat pihak tertentu yang tidak sebulu dengan perjuangan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menuduh sebagai ‘bapa kafir’, beliau terus menunaikan solat sunat rutin hariannya tidak kira di mana sahaja berada. Menurut weblog Ibnu Hasyim.

Harakah melaporkan, semalam Tuan Guru menunaikan solat sunat syukur sebaik sahaja melihat pelajar menunaikan solat sunat dhuha di bawah pokok tanpa sejadah dan hanya berlantaikan tanah di hujung dewan Madu bersebelahan khemah masing-masing.

Tuan Guru tidak dapat membendung perasaan sedih gembiranya apabila melihat pelajar sekolah aliran Yayasan Islam Kelantan (Yik) menunaikan solat sunat dhuha. Lebih 1,000 pelajar Yik menghadiri program Muqayyam Tarbawi di Kompleks Tarbiah Islam Ulama (Madu), dekat sini pagi semalam, antara pengisiannya menunaikan solat sunat dhuha.

Tuan Guru yang kebetulan melalui laluan itu untuk merasmikan Muktamar Dewan Ulamak PAS Kelantan di dewan besar Madu, tidak dapat menahan sebak kerana syukur anak didik rakyat Kelantan di bawah pentadbiran kerajaan negeri begitu tekun menunaikan solat sunat itu.

Kerana sebak dan terharu yang amat sangat, menyebabkan bacaan solatnya sesekali teresak dan terganggu. Tuan Guru mendedahkan perkara itu sewaktu berucap merasmikan Muktamar Dewan Ulamak PAS Kelantan.

“Di saat-saat anak muda merempit di jalan-jalan, di tengah anak-anak muda lepak di pasaraya, di tengah anak-anak muda leka bersama teman masing-masing di luar Kelantan, tetapi pelajar Yik, anak muda Kelantan tekun menunaikan solat.

“Saya tidak dapat menahan sebak, saya begitu terharu, ya Allah ini hasil yang telah kami dapat hasil pentadbiran kami selama 22 tahun lalu, subhanallah,” ujarnya sekali lagi lagi menahan sebak.

Hampir seluruh pelajar Yik mewakili program yang diadakan setiap tahun selama tiga hari itu. Selain seminar, turut diadakan slot solat berjemaah, riadah, qiamullail dan lain-lain lagi. (IH/sumber Hrkh)

Mesir: I/Muslimin Dahului Bekas PM Mubarak

 Oleh Dr Syed Azman

 Gambar: Penulis bersama Dr Waleed El-Hadad, jurucakap Hal Ehwal Luar Ikhwan

KAHERAH: Tempoh pengiraan undi bagi daerah mengundi di seluruh Mesir  tamat pada jam 2 petang Jumaat semalam. Pada jam 10 malam semalam, proses pengiraan undi bermula. Proses pengiraan pada keseluruhannya berjalan lancar tanpa sebarang masalah besar dan ia di kawal-selia oleh seorang hakim dan wakil-wakil calon yang bertanding dibenarkan menyelia peti undi di sepanjang tempoh pengundian.

Keputusan tidak rasmi yang di keluarkan setakat ini menunjukkan calon parti Huriyyah Wal-Adalah (FJP), Ikhwan Muslimin Dr. Mohamad Morsi akan bersaing dengan Ahmed Shafiq bekas Perdana Menteri yang juga bekas komander tentera udara ketika pemerintahan Hosni Mubarak, di pusingan kedua yang akan diadakan pada 16 hingga 17 Jun ini.

Adalah dianggarkan lebih 50 peratus penduduk Mesir telah keluar mengundi di kalangan 50 juta pengundi yang layak berbuat demikian walaupun Suruhanjaya Pilihanraya belum menyiarkan angka rasmi. Bagi keputusan tidak resmi, Dr. Mohamad Morsi dianggarkan telah memperolehi  27.8% undi, Ahmad Syafik memperolehi 24.6% undi dan di ikuti oleh Hamdeen Sabahi, tokoh berhaluan kiri 18.3% undi dan Dr. Abul Futouh dengan 17.6%. undi. Calon yang banyak mendapat sokongan kuasa Barat  Amar Mousa jauh ketinggalan dengan hanya mendapat  kurang dari 10% undi.

Semasa penulis menziarahi markas parti  Huriyyah Wal-Adalah (FJP), Ikhwan Muslimin yang terletak di tengah-tengah kota Kairo, suasana penyokong Ikhwan nampaknya amat ceria dan rata-rata menyatakan bahawa mereka kini cukup bersedia untuk menghadapi pilihanraya Presiden pusingan kedua ini. Kesempatan ini juga di ambil untuk bertemu dan berbincang dengan Dr. Waleed El-Haddad, jurucakap Hal ehwal luar Ikhwan Muslimin dan Dr. Ahmed Hamdy, jurucakap resmi parti FJP.

Sementara itu, Calon Ikhwan dari FJP,  Dr. Mohamad Morsi turut menyatakan bahawa FJP kini bersedia untuk memimpin rakyat Mesir kearah politik baru bagi membangun masadepan Mesir yang lebih  adil. Beliau turut mempertegaskan bahawa rakyat Mesir mesti menolak calon 'feloul' Ahmed Syafik yang terlibat secara langsung dalam jenayah kekejaman sepanjang pemerintahan rejim Mubarak dan turut menjadi sebahagian dari pimpinan rejim Mubarak.

Lebih menggembirakan lagi apabila  Dr. Moneim Abul Futouh yang merupakan bekas pimpinan Ikhwan Muslimin dalam ucapan awal setelah menerima keputusan kekalahan telah secara terbuka menyeru rakyat Mesir agar memberi sokongan penuh kepada calon FJP Dr. Mohamad Morsi. Dr. Abul Futouh juga mahukan rakyat Mesir menolak terus calon 'Feloul' Ahmed Syafik yang di lihat merupakan rangkaian rejim Mubarak dan tangan beliau penuh dengan darah-darah kekejaman terhadap para pejuang kebangkitan rakyat Mesir.

Ya, keputusan tidak resmi ini yang meletakkan calon Ikhwan Dr. Mohamad Morsi berhadapan dengan calon ‘Feloul’ Ahmad Syafik di jangka akan berlangsung sengit. Libih-lebih lagi Ahmed Syafik disokong penuh oleh pihak tentera dan saki-baki penyokonhg Mubarak serta Kuasa Besar Barat dan sekutunya Israel. Mereka akan menggunakan apa cara sekalipun bagi memastikan calon ‘tajaan’ mereka akan menang dalam pilihanraya ini terutamanya bagi menjamin ‘keselamatan’ Israel’ serta perjanjian ‘Camp David’ yang termeterai antara Israel dengan mesir semasa pemerintahan rejim Anwar Sadat dan Mubarak.

Keputusan resmi penuh hanya akan di umumkan pada Selasa depan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Mesir.  Saya yakin Mesir selepas kejatuhan rejim zalim Mubarak akan terus berubah dengan “Kuasa rakyat’ akan terus memimpin.  Masa depan Ikhwan Muslimin dan gerakan Islam adalah cerah setelah kemenangan awal calon Ikhwan Muslimin. Kemenangan Ikhwan ini jugalah akan juga menjadi inspirasi dan semangat kepada Pas bagi menghadapi PRU -13 akan datang di negara kita Malaysia. (Hrkh)

Ceramah Ustaz Azhar Idrus Diharamkan?

 

KOEKSI foto Kuliah Maghrib Perdana Ustaz Azhar Idrus di Masjid As-Salam Puchong Perdana Selangor...Walapun diharamkan memberikan kuliah di Putrajaya namun umat Islam terutamanya anak-anak muda tetap membajiri Masjid As-Salam ,,,

Lihatlah dengan mata kepala sendiri....Ulama yang dibenci oleh UMNO namun disanjung dan dijulang oleh umat Islam dinegara ini terutamanya anak-anak muda.. Mereka tidak terpukau dan tersilau dengan program-program yang dihidangkan di Hari Himpunan Jutaan Belia.

Lagi UMNO tekan Ulama lagi anak-anak muda memberikan sokongan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails