Friday, May 25, 2012

KDN Haramkan Buku I/Manji.. Ke Arah Pluralisme

 

 

KDN Haramkan Buku Irshad Manji

KUALA LUMPUR — Kementerian Dalam Negeri mengharamkan penerbitan buku tulisan Irshad Manji bertajuk ”Allah, Kebebasan dan Cinta” dan versi Bahasa Inggeris ”Allah, Liberty and Love” kerana mengelirukan orang awam dan menyalahi syariah yang ditetapkan dalam al-Quran dan hadis.

Timbalan menterinya Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata perintah larangan itu dibuat mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 kerana kandungannya ”boleh menggemparkan fikiran orang ramai dan memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam.” Buku itu diharamkan selepas kementerian menerima laporan dan ulasan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), katanya.

"Antaranya, pandangan terhadap perkahwinan campur antara Muslim dan bukan Muslim sebagai sesuatu yang harus dan pemahaman ini boleh menjurus kepada pluralisme,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata buku itu juga mengandungi unsur penghinaan terhadap Rasulullah SAW yang digambarkan dalam keadaan yang boleh mencemar kesucian agama Islam.

Selain itu, katanya buku itu juga mempertahankan fahaman sekularisme dengan mencampuradukkan dengan nilai-nilai akidah.

"Ia turut memberikan penerangan terhadap pelaksanaan kewajipan solat fardu lima waktu yang boleh didirikan dalam pelbagai pergerakan dan bahasa malah lebih dari lima kali sehari,” katanya.

Abu Seman berkata kenyataan ini boleh menimbulkan kekeliruan kepada orang awam terhadap kewajipan menunaikan solat fardu lima waktu. Buku ini juga menyeru kepada logik akal semata-mata dalam ijtihad dan penolakan konsep ijmak yang dikhuatiri akan menggalakkan interpretasi hukum-hukum agama yang tidak berpegang kepada nas-nas al-Quran dan al-hadis. — BERNAMA

Lihat Sebelum Ini..

Jangan Tengok Video Miley Cyrus Dedah Tubuh Ini..








HALAMAN HIBURAN

MILEY Cyrus nampaknya bangga jadi pusat perhatian. Berkali-kali bintang muda ini sengaja berpakaian terbuka dan mengekspos bahagian tubuhnya, terutama di bahagian dada. Ia tidak malu-malu mengenakan pakaian yang mengekspos bahagian peribadi tubuhnya.

Seperti yang dilihat semasa ia sedang berada di sebuah jalan di kawasan Los Angeles. Cyrus menyeberang jalan dengan pakaian yang terbuka. Ia pakai kaos singlet putih, yang dipotong bahagian tepinya, hingga terdedah dadanya, walaupun ia sendiri tidak pakai pakaian dalam.

Seperti dikutip dari Hollywoodlife, Cyrus dengan wajah selamba berjalan tanpa alas kaki. Foto-foto Cyrus itu langsung terus beredar di dunia maya. Dan menjadi sorotan lantaran keberanian artis berusia 19 tahun itu dalam berpakaian.

Sebelumnya, di acara Billboard Music Awards, Cyrus juga tampil tidak kalah hebohnya. Ia hanya mengenakan taksedo putih yang bahagian depannya di biarkan terbuka. Tidak hanya itu, ia tidak memakai bawahan. Ia membiarkan orang-orang melihat kakinya.

Beberapa waktu lalu, Persatuan Orangtua di Amerika Syarikat sempat memprotes video klip yang dibintangi Cyrus. Video itu dianggap terlalu seksi buat anak seumuran artis tersebut. Mereka bimbang  anak-anak mereka akan mencontoh perilaku artis tersebut.

Namun, Cyrus tidak peduli dengan protes orangtua tersebut. Ia tetap asyik dengan gayanya yang menonjolkan tubuhnya itu. (IH/Pelbagai sumber)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:
  • Itu kisah dedah tubuh artis terkenal di pinggiran jalan yang di'video'kan dan disebarkan ke seluruh dunia. Video itu dianggap terlalu seksi buat anak seumuran artis tersebut. 
  • Ia dibantah oleh Persatuan Orangtua AS. Mereka bimbang  anak-anak mereka akan mencontohi perilaku artis tersebut.
  • Pakaian itu, dalam Islam disebut 'berpakaian tetapi telanjang'. Pakaian seperti itu juga terdapat ramai pemakainya di Malaysia. Terutama artis-artis.
  • Cuma bezanya di Malaysia, kerajaan mengeluarkan peruntukan untuk hiburan dan artis dengan mengeksposkan 'pakaian telanjang' itu melalui tv di Malaysia dan media milik kerajaan.
  • Dipaksakan (secara halus) menonton, terus dari pintu ke pintu rumah orang Islam. Kanak-kanak, pelajar dan remaja ditarbiah dengan suasana begitu.
  • Maka kesannya, berlakulah keruntuhan sosial seperti yang berlaku sekarang.
  • Itulah corak pemerintahan kerajaan pimpinan UMNO dulu, kini dan selamanya.

    Lihat sebelum ini..
    Bertudung Saperti Ini Masuk Neraka?

Thursday, May 24, 2012

Gadis Pelajar Samseng.. Lagi Bukti D/didik Gagal..

KLANG: Seorang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) cedera di dada dan bahagian badan selain trauma selepas dibelasah sekumpulan gadis ‘samseng’ yang juga rakannya di sebuah sekolah menengah di sini, baru-baru ini.

Mangsa, Siti Nor Lela Muhammad Zambri, 17, tidak hadir ke sekolah dan membuat tiga laporan polis selepas dia sudah tidak tahan dipukul sekumpulan 10 pelajar perempuan sejak tiga minggu lalu.

Dalam kejadian pertama jam 11 pagi tiga minggu lalu, Siti Nor Lela berada dalam kelas bersama rakan lain sementara menunggu kedatangan guru sebelum didatangi sekumpulan pelajar terbabit dan memukulnya tanpa sebab.

“Tanpa bertanya apa-apa mereka menendang dan menumbuk saya berkali-kali di bahagian badan, tengkuk dan perut. Menurut Siti Nor Lela, selepas kejadian itu, dia mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan terpaksa memakai alat pendakap leher akibat cedera.

“Saya tidak hadir ke sekolah selama empat hari kerana tengkuk sakit,” katanya yang membuat laporan kali ketiga di Balai Polis Pandamaran, semalam.

Dalam kejadian kedua pada Isnin lalu, jam 1.15 tengah hari, Siti Nor Lela dan rakannya menunggu bas di hadapan sekolah sebelum didatangi lima pelajar perempuan dan bertanyakan namanya. Apabila dijawab, pelajar itu menyepak dan menumbuknya beberapa kali selain perutnya dipijak seorang daripada mereka.

Katanya, akibat kejadian itu, tisu dadanya terkoyak selain sukar bernafas. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Muhammad Mat Yusof ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit. (myMetro)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lagi contoh sistem pendidikan negara ini gagal. Dasar didik gurunya pun gagal, gurunya kencing berari  tentu muridnya kencing pecut lagi kuat. Bukan saja jadi samseng bahkan zina, bohsia, bohjan dll.

Oh, Tok Guruku. Tok Guru Rakyat!

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/529692_409178115761211_100000070773451_1602064_229465916_n.jpg
Keadaan ini adalah satu kebiasaan bagi TGNA menyantuni masyarakat. Apa yang orang biasa makan itulah yang Tok Guru makan......Kalau tak percaya datanglah ke Kelantan dan berjumpalah dengan Tok Guru.........

Lihat pula perbandingan rumah Menteri Besar dari PAS..

Uish .. Mewahnya Rumah Menteri Besar Dari Parti PAS

Cuba luorang perhatikan gambar ni bebetul, rumah kemain bagak, siap ada kubah, pagar lip lap, tempat letak kereta pon gadang, ada plak 'guard post' .. perghhh .. mewah mewah. 

Eh ni rumah Menteri JPM, Jamil Khir yang 'takde duit' sampai terpaksa pakai duit zakat untuk bayar kos guaman peribadi ..kah kah kah.. rujuk sumber sini dan sini .. sebab bukan foto ni yang wa nak fokus. 

Foto foto kat bawah ni adalah rumah kediaman yang menjadi lambang kemewahan pimpinan PAS ketika menyandang Jawatan Menteri Besar 
Tuan Guru Nik Aziz - Menteri Besar Kelantan, 1990 - Hingga Kini
Tuan Guru Haji Hadi Awang, Menteri Besar Terengganu 1999- 2004
Ust. Azizan Razak, Menteri Besar Kedah, 2008 - Hingga Kini.
Tagline: Dikala Pimpinan PAS sibuk membangunkan Ummah, Pimpinan Ameno sibuk membangunkan Rumah .. kah kah kah

Rakyat Mesir Pilih Presiden, Keputusan Ahad Ini..

CALON pergerakan Ikhwanul Muslimin, Mohammed Mursi menunjukkan dakwat hitam pada jari kelingkingnya selepas membuang undi di bandar Zagazig semalam. 

KAHERAH, Mesir: Rakyat Mesir keluar mengundi semalam dalam pilihan raya presiden pertama yang diadakan selepas kejatuhan diktator, Hosni Mubarak pada tahun lalu. Orang ramai berbaris panjang bagi menunaikan tanggungjawab mereka sejurus selepas pusat pembuangan undi dibuka tepat pukul 8 pagi (waktu tempatan ) di seluruh Mesir.

"Ini merupakan hari indah untuk Mesir," kata seorang penduduk, Nehmedo Abdel Hadi yang membuang undi di sebuah sekolah di sini.

"Hari ini bersejarah kerana kami sebagai rakyat, dapat memilih Presiden Mesir buat kali pertama," kata seorang pengundi wanita berusia 46 tahun.

Raniai yang keberatan mendedahkan calon pilihannya. Lebih 50 juta pengundi berdaftar dijangka memilih seorang daripada 12 calon yang bersaing untuk menggantikan Mubarak. Proses membuang undi dijadual berlangsung selama dua hari bermula semalam di 13,000 pusat pembuangan undi di seluruh Mesir manakala keputusan awal pilihan raya tersebut dijangka diketahui Ahad ini.

Calon utama yang bertanding termasuk bekas Menteri Luar dan ketua Liga Arab, Amr Mussa yang dilihat sebagai ahli politik berpengalaman. Namun, seperti pesaingnya Ahmed Shafiq yang merupakan bekas Perdana Menteri, Amr juga dianggap memiliki fahaman lama rejim Mubarak.

Selain mereka, calon pilihan Ikhwanul Muslimin, Mohammed Mursi ditentang hebat oleh bekas ahli pergerakan Islam berkenaan yang mendakwa mendapat sokongan lebih meluas di peringkat akar umbi.
Ikhwanul Muslimin merupakan kumpulan Islam paling berpengaruh di Mesir. Pilihan raya tersebut diadakan oleh Majlis Tertinggi Angkatan Tentera Mesir yang mentadbir negara selepas kejatuhan Mubarak pada awal tahun lalu.

Sementara itu, Mubarak, 84, yang jatuh sakit menyaksikan pilihan raya tersebut dari sebuah hospital tentera dekat sini. Bekas Presiden Mesir itu kini menunggu keputusan perbicaraan pada 2 Jun depan kerana pembabitannya dalam pembunuhan sekitar 850 penunjuk perasaan semasa kebangkitan rakyat Mesir awal tahun lalu. - AFP

Artis Jawab Mustapa Mohamed... Macam Lembu..

HALAMAN HIBURAN


Para artis hari ini membidas kenyataan Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menyatakan tindakan segelintir bekas pegawai kerajaan dan selebriti menyertai Pas konon untuk berdakwah, sebenarnya hanya untuk berpolitik. 

Salah seorang artis, Haire Othman mempersoalkan kenyataan Tok Pa itu mengapa jika para artis apabila berbeza pendapat dianggap pembangkang. Menulis di facebooknya, beliau menempelak Tok Pa dengan menyatakan jika artis berkempen atau menyertai UMNO tidak pula dijadikan isu.

Haire melahirkan rasa kehairanannya mengapa para artis tidak boleh berbeza pendapat dengan pihak kerajaan dan mesti ikut mereka seperti lembu.

Banyak pihak melihat kenyataan Tok Pa berkenaan menyerlahkan keadaan UMNO kini sedang tertekan dengan sikap beberapa orang bekas pegawai kerajaan dan artis/selebriti yang telah mengambil keputusan untuk menyertai PAS.

Kelmarin, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Fauzi Shaari telah menyerahkan borang penyertaan PAS kepada TG Hj Abdul Hadi Awang. Ia merupakan satu tamparan hebat kepada UMNO BN yang telah sekian lama memeperkudakan PDRM untuk pertahankan kuasa mereka.

Sebelum daripada ini beberapa orang artis seperti Bob Lokman, Aisyah dan Sham Kamikaze telah mengumumkan penyertaan mereka ke dalam PAS.

"saya artis jugak, kalau artis kempen/masuk UMNO x de pulak nak dijadikan isu, kenapa bila kita nak demokrat, nak berbeza pendapat selalunya dianggap pembangkang, kenapa, nak berbeza pendapat tak bole ke? mesti ikut macam lembu saja?" ~hairie othman
Selebriti sertai Pas bukan untuk dakwah, tapi politik
KOTA BHARU - Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, tindakan segelintir bekas pegawai kerajaan dan selebriti menyertai Pas konon untuk berdakwah, sebenarnya hanya untuk berpolitik.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, banyak saluran yang boleh digunakan jika benar mereka ingin berdakwah, termasuk menerusi badan bukan kerajaan (NGO) seperti Perkim atau badan agama yang lain.
"Kalau nak berdakwah tidak semestinya melalui PAS...boleh pergi ke masjid-masjid, menyertai Perkim atau sebagainya dan tidak perlu kepada parti politik," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Penjawat Awam dan Pemimpin Tempatan Negeri Kelantan, di sini malam tadi.
Mustapa berkata penjawat awam yang menyertai pembangkang selepas mereka berpencen, perlu menyedari jasa kerajaan selama ini yang mereka tidak pernah diabaikan.
"Bukan sahaja mereka dibela ketika bekerja malah ketika pencen hidup mereka jauh lebih selesa kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) pada hari ini tidak pernah mengabaikan mereka," katanya.
Beliau berkata pada masa yang sama, kerajaan menghormati pendirian mereka untuk menyertai pembangkang kerana negara mengamalkan konsep demokrasi.
"Ini negara demokrasi dan kita menghargai pendirian. Bagi saya penjawat awam itu janganlah lupa jasa kerajaan sehingga pencen pun tetap mendapat perhatian," katanya.
Mustapa berkata tidak ada negara lain seperti Malaysia yang melakukan segala yang terbaik agar penjawat awamnya hidup selesa sehingga mereka pencen. ~bernama
 (IH/Hrkh)

Lagi Penipuan Internet: Janda Kaya Rugi RM5J




RUMAH banglo seorang janda tua yang terletak tidak jauh dari Jalan Telawi, Bangsar, Kuala Lumpur telah dijual untuk mendapatkan wang bagi diserahkan kepada anggota sindiket penipuan. - Gambar hiasan

KL: Menurut Kosmo hari ini, demi cinta terhadap seorang 'Jeneral Tentera Amerika Syarikat' yang dikenali menerusi internet, seorang janda tua sanggup menjual harta dan menyerahkan wang miliknya yang kesemuanya berjumlah RM5 juta kepada kekasihnya itu yang merupakan ahli sindiket penipuan.

Ibu tunggal warga tempatan berusia 63 tahun itu mengenali suspek pada 2010 menerusi satu ruangan sembang sebelum mangsa dijerat dengan kata-kata manis warga asing itu yang dipercayai didalangi oleh warga negara Afrika. Mangsa yang memiliki sebuah firma audit di ibu negara dipercayai turut tergoda dengan ahli sindiket itu selepas suspek menunjukkan gambar-gambar wajahnya yang kacak dan mendakwa berusia 50-an.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghany berkata, dalam perkenalan itu, suspek mengambil kesempatan menawarkan peluang pelaburan di luar negara kononnya menjanjikan pulangan berlipat ganda. Mangsa yang teruja untuk mendapat kekayaan segera telah menyerahkan wang walaupun tidak pernah menemui suspek.

"Kesemua wang tersebut dimasukkan secara berperingkat sebanyak 30 kali ke dalam beberapa akaun sebelum wang itu dipindahkan ke akaun sindiket," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.
Menurut Izany, kali terakhir mangsa membuat transaksi sebanyak RM50,000 ke dalam akaun suspek adalah pada Ahad lalu.
RAMPAS...Izany (tengah) menunjukkan barangan yang dirampas daripada sindiket.
RAMPAS...Izany (tengah) menunjukkan barangan yang dirampas daripada sindiket.  

Sementara itu menurut myMetro melaporkan, “Tak sanggup lihat ibu ditipu lagi,” kata seorang lelaki mengenai ibunya yang terjebak dengan sindiket penipuan Afrika sehingga kerugian lebih RM5 juta dan kehilangan pelbagai harta benda.

Lelaki dikenali sebagai Zam, 30, berkata, dia membuat laporan polis mengenai perkara itu pada September tahun lalu dan sangat bersyukur selepas mendapat tahu kejayaan polis menahan 16 individu dipercayai anggota sindiket Afrika yang terbabit menipu ibunya, tiga hari lalu.

“Saya mula mengesyaki sikap ibu yang berubah sejak dua tahun lalu selepas berkenalan dengan seorang lelaki kononnya pegawai tentera berpangkat ‘jeneral’ dari Amerika Syarikat yang pernah bertugas di Iraq melalui laman sembang di Internet.

“Ibu sering mengeluarkan wang simpanannya dalam jumlah yang banyak dengan alasan mahu melabur dalam perniagaan dijalankan pegawai tentera terbabit.

“Menyedari kewujudan sindiket penipuan warga Afrika yang berleluasa di Malaysia ketika itu, saya cuba menasihati ibu berkali-kali, namun dia tetap mempercayai lelaki terbabit,” katanya, semalam. (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails