Sunday, May 20, 2012

I/Mianji: Sendiwara Politik K'jaan -Tuan Ibrahim



NONEBuku oleh  penulis pro lesbian ini, dibenarkan pelancarannya oleh kerajan pimpinan UMNO..


KL: Sendiwara Politik Kerajaan rupanya. PAS melahirkan kekesalan terhadap kerajaan atas kegagalan menghalang Irshad Manji memasuki negara ini, biarpun menerima bantahan awal daripada PAS.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, menegaskan kerajaan sewajarnya menghalang kemasukan Irshad dengan kuasa yang ada, lebih-lebih lagi arif mengenai pegangan Irshad.

Tegas beliau, kerajaan bukan tidak tahu mengenai Irshad, sedangkan warga Kanada itu pernah menimbulkan kontroversi sebelum ini dengan bukunya-The Trouble With Islam Today.

"Kerajaan sepatutnya menghalang lebih awal, sebelum kemasukan beliau.  Macam sekarang, ia sudah terlewat apabila buku terbarunya- Islam, Liberty and Love dilancarkan di negara ini, pagi tadi.

"Sedangkan PAS, melalui Dewan Pemuda PAS Pusat sebelum ini, ada menyerahkan nota bantahan meminta kerajaan menghalang kemasukannya," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Tegas Pesuruhjaya PAS Pahang itu lagi, kerajaan juga tidak bersikap konsisten berhubung isu LGBT ini, memandangkan bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga terus dikecam kerana dikatakan penyokong LGBT.

Sebaliknya, tambah Tuan Ibrahim, kerajaan tidak bertindak tegas terhadap Irshad yang juga dikatakan pro-LGBT.

Begitu juga, katanya dengan pihak-pihak tertentu yang kononnya menentang dan mengecam Ambiga sebelum ini, apabila kemudiannya hanya berdiam diri berhubung isu Irshad.

"Bagi saya, ia hanya tindakan sandiwara politik yang dimainkan kerajaan berhubung LGBT.  Sedangkan kerajaan tidak konsisten, malah tidak menggunakan kuasa yang ada untuk menghalang program beliau," kata Tuan Ibrahim lagi.

Memandangkan buku terbaru Irshad telah dilancarkan, maka Tuan Ibrahim menggesa kerajaan agar meneliti semula dan bertindak segera terhadap penjualan buku tersebut.

Katanya, jika sebelum ini kerajaan bertindak mengharamkan buku pertamanya, hanya selepas lapan bulan dilancarkan, PAS menggesa kerajaan segera bertindak untuk buku terbaru Irshad ini.

Irshad, pernah mengarang sebuah buku yang menimbulkan kegelisahan dan kemarahan umat Islam di seluruh dunia bertajuk 'The Trouble With Islam Today' yang mengandungi idealisme sama seperti penulis novel 'The Satanic Verses', Salman Rushdie.

Manakala, buku terbaru yang dilancarkan hari ini, bertajuk 'Islam, Liberty and Love' yang dikatakan dipenuhi unsur penghinaan terhadap Islam serta perjuangannya dalam mempertahankan cara hidup sebagai seorang lesbian.

Seblum ini,  weblog Ibnu Hasyim menyokong Dewan Pemuda PAS yang menggesa kerajaan supaya segera menghalang seorang penulis pro-lesbian, Irshad Manji daripada mengadakan program di ibu negara. Menurutnyanya, kerajaan perlu menyiasat dan menghalang program berkenaan sekiranya benar akan dijalankan.

"Dan hari ini penerbit menerbitkan versi terjemahan buku tersebut, yang mengurus kemasukan Manji ke negara ini, telah mengumumkan semua acara berkaitan telah ditangguh ke minggu hadapan, sehingga masalah di Indonesia selesai. Ertinya program tersebut akan diteruskan juga." Kata editor Weblog Ibnu Hasyim, Hj Mohd Hasyim.

Lihat..

Gereja Katolik Pun Perangi Kahwin Homo

NAJIB dan Rosmah melihat keindahan dari Istana Apostolic di Castel Gandolfo, sebuah tempat peranginan dekat Tasik Albano, Rom.
NAJIB dan Rosmah melihat keindahan dari Istana Apostolic di Castel Gandolfo, sebuah tempat peranginan dekat Tasik Albano, Rom.
LONDON: Gereja Katolik Rom pun memerangi perkawinan homoseksual oleh negara Inggeris itu. Bahkan melibatkan pelajar., sebagaimana pernah dilaporkan Guardian bulan lepas. Gereja Katolik Roma telah menulis surat kepada setiap sekolah menengah Katolik yang didanai pemerintah di England dan Wales, untuk meminta mereka menyokong siswa menandatangani petisyen anti perkawinan sesama jenis.

Catholic Education Service (CES), lembaga yang bertindak sebagai wakil dari para uskup Katolik di daerah England dan Wales– menghubungi 385 sekolah agar memperhatikan sebuah surat yang dibacakan di paroki gereja-gereja sebelum itu. Dalam surat tersebut, uskup agung dari kedua wilayah menegaskan bahawa umat Katolik memiliki “kewajiban untuk melakukan apapun yang kita boleh guna bagi memastikan erti pernikahan yang betul tidak hilang di kalangan generasi mendatang.”

Para pelajar sekolah menengah, sebagai generasi muda, diminta untuk menolak rencana pemerintah yang akan melegalkan perkawinan sesama jenis. CES juga meminta agar pihak sekolah mengajak para siswanya untuk menyokng kempen yang digalakkan oleh Coalition for Marriage, sebuah kempen di kalangan penganut Kristen yang telah berhasil mengumpulkan lebih dari 466,000 tandatangan penentang legalisasi perkawinan kaum homoseksual.

Pihak pendukung para pecinta sesama jenis tentu berang melihat tindakan CES. British Humanist Association (BHA) menilai tindakan CES melanggar pasal 406 dan 407 dari UU Pendidikan 1996, yang melarang indoktrinasi paham politik kepada murid sekolah dan mewajibkan berbagai pandangan politik disampaikan kepada siswa secara berimbang.

“Tindakan Catholic Education Service ini benar-benar keterlaluan, “ kata Richy Thompson, seorang pegiat kampen BHA. Namun, tudingan BHA itu disanggah oleh CES mellui jurucakapnya,  “Kami mengatakan bahawa sekolah mungkin mahu pertimbangkan untuk menggunakan [surat] ini dalam pengajaran di kelas. Kami mengatakan bahawa mungkin ada yang mahu mempertimbangkan untuk meminta para siswa dan orangtua menandatangani petisyen itu.”
 
Jurucakap CES itu juga menekankan bahwa tidak boleh ada sekolah yang mendiskriminasi anggota komuniti sekolahnya.
 
“Sekolah-sekolah bercirikan agama dibolehkan untuk mengajar tentang seks dan hubungan serta hal-hal yang berkait dengannya sesuai dengan pandangan agama sekolah tersebut. Dan pandangan Katolik tentang pernikahan bukanlah pandangan politik, itu merupakan pandangan agama,” tegas jurucakap CES tersebut. (IH)

B/Pengarah JSJ B/Aman sertai Pas. Menyusul Lagi....

SHAH ALAM: Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari akan menyerahkan borang menyertai Pas di kampung halamannya, Larut, Perak, hari ini. Lapor Sinar Harian ini.

Difahamkan, beliau akan menyerahkan borang keahlian kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu program yang turut dihadiri pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR). Fauzi berkata, beliau telah membuat keputusan menyertainya selepas membuat beberapa perbandingan dengan parti lain antaranya, Umno, PKR dan DAP.

“Takkan saya hendak menyertai DAP…, saya melihat Pas lebih konsisten dalam perjuangan yang membuatkan saya memilih parti Islam itu. Saya memilih politik kerana berniat untuk berbakti dalam Islam selepas pencen ini, Pas adalah lebih syumul.

“Sekurang-kurangnya, saya boleh memberikan pendedahan kepada Pas apa sebenarnya yang berlaku dalam polis, ada juga kebaikan… tetapi tidak nampak, sekurang-kurannya akan menjernihkan tafsiran masyarakat kepada polis,” katanya kepada Sinar Harian.

Selain Fauzi, difahamkan antara nama-nama yang disebut bakal menyertai Pas adalah bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Ramli Yusoff.
Bagaimanapun beliau pernah menafikannnya.

Ramli yang pernah dituduh di mahkamah berhubung kes rasuahnya, tetapi telah dibebaskan dan didapati tidak bersalah. Fauzi berkata, walaupun beliau terlibat dalam politik, beliau masih berpegang teguh kepada etika dan prinsipnya semasa berkhidmat, bukannya akan dipergunakan seperti yang dianggap pihak yang tidak senang dengan keputusannya.

“Saya tahu apa yang akan dilakukan dan apa yang tidak boleh. Sebagai bekas penjawat awam, saya tahu batasannya, bukan semua akan didedahkan pada ceramah-ceramah yang akan disertainya.

“Insya-ALLAH saya gunakan pendekatan berhemah, tak perlulah risaukan penyertaan saya kepada Pas,” katanya.

Fauzi yang ditanya sekiranya akan menjadi calon pada Pilihan Raya Umum ke-13, katanya, “biarlah pucuk pimpinan tentukan, kerana saya masuk Pas bukan tujuan dicalonkan tetapi hanya berbakti kepada rakyat."

“Cuma selepas menjadi ahli, sudah tentu saya akan memberikan lebih tumpuan kepada parti, jika tidak lebih baik menjadi ahli biasa sahaja dan keluar mengundi,” katanya.

Menurut Fauzi, beliau memilih mendaftarkan sebagai ahli Larut kerana kedua ibu bapanya berasal dari kawasan berkenaan.

“Tidak salah saya mencurahkan bakti di kawasan yang saya pernah membesar. Cuma dulu semasa dalam kerajaan, saya ada tanggungjawab lain, kini dah pencen, jadi boleh lah aktif sikit dalam politik,” katanya. (IH)

Nik Aziz Saman NST RM1J, Patut Pun



KL, 19 Mei 12:  Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat telah menghantar notis saman kepada mereka yang terlibat dalam penyiaran artikel yang mendakwa dirinya sebagai bapa kafir dalam akhbar The New Straits Times (NST).

Beliau (gambar) dijangka akan memfailkan saman itu pada minggu hadapan kepada editor dan tiga wartawan syarikat penerbitan akhbar The New Straits Times Press Holdings (NSTP), dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Nor, dengan tuntutan penyelesaian di luar mahkamah sebanyak RM1 juta.
Saman itu dibuat ekoran kegagalan kedua dua pihak mengemukakan permohon maaf dan menarik balik tuduhan terhadapnya sebagai “bapa kafir” dalam tempoh yang diberikan.

Dipetik Harakahdaily, Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Kelantan Hisham Fauzi  berkata, dokumen untuk tindakan tersebut telahpun siap dan saman itu dijangka akan difailkan Isnin depan.

"Minggu depan kami akan faikan saman terhadap kedua-dua pihak tersebut, dan kita jangka ianya boleh dibuat Isnin ini," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

NSTP dan Rahim telah diberi tempoh 24 jam untuk mengemukakan permohonan maaf, bagaimanapun, kedua-dua pihak gagal menarik balik kenyataaan tersebut dan mengemukakan permohonan maaf kepada Menteri Besar Kelantan itu, sebaliknya, Rahim menafikan dakwaan beliau membuat kenyataan tersebut.
Antara penama yang dinyatakan dalam saman tersebut adalah Ketua Editor NST serta tiga wartawan yang terlibat dengan penulisan berita tersebut, iaitu Rahmah Ghazali, Lim Poh Lean dan Nik Imran Abdullah.
Notis itu antara lain menuntut NST menyiarkan penarikan balik dan permohonan maaf di muka hadapan akhbar itu, manakala enam kali dalam muka yang lain.

Mereka juga menuntut disiarkan satu muka penuh permohonan maaf itu di akhbar Berita Harian ataupun Utusan Malaysia.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Wajar dan patut pun.

Al-hamdulillah, Piala FA Akhirnya Milik K'tan


GHADDAR (kiri) dicabar kapten Sime Darby, Es Lizuan Zahid pada aksi final Piala FA 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi. 

SUKAN
KEMASKINI "Semoga The Red Warrior dapat pulang dengan kejayaan unggul menggenggam piala FA 19 Mei ini... yang penting permainan biarlah bersemangat, penonton pula jagalah akhlak dan peribadi sesuai dengan semangat kesukanan" Demikian harapan dan doa Tok Guru Nik Aziz MB Kelantan.

Maka ternyata Keantan muncul juara Piala FA selepas menewaskan Sime Darby 1-0 pada aksi final di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Penyerang import, Muhamad Ghaddar muncul watak utama di sebalik kejayaan manis Kelantan itu apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-59 menerusi sepakan penalti.
Sepakan penalti itu berpunca selepas tonggak pertahanan Sime Darby, menolak pemain Kelantan, Obinna Nwaneri dalam kotak penalti.

Ghaddar yang diberi tanggungjawab mengambil sepakan penalti itu mudah menolak masuk bola ke gawang Sime Darby yang dikemudi penjaga gol, Mohd. Redzuan Harun. Jaringan tunggal penyerang kelahiran Lebanon itu sudah cukup buat Kelantan memadam kekecewaan sebelum ini apabila tewas dalam aksi final Piala FA edisi 2009 dan 2011.

Pada 2009, Kelantan tewas 1-4 kepada Selangor pada penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat masa tambahan. Musim lalu, Kelantan terus kempunan mendakap Piala FA apabila tewas 1-2 kepada jiran tetangga, Terengganu pada aksi final penuh dramatik di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Kejayaan Kelantan menjulang Piala FA yang baharu itu malam tadi diraikan bersama kira-kira 67,000 penyokong setia The Red Warriors yang hadir ke stadium. Pada aksi itu, rentak permainan seimbang ditunjukkan kedua-dua pasukan sepanjang babak pertama berlangsung.

Bagaimanapun, Sime Darby terlebih dahulu menguji benteng Kelantan apabila percubaan Azmirul Azmi seawal minit kesembilan berjaya dinafikan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat. Kelantan menerima tamparan apabila tonggak pertahanan, S. Subramaniam terpaksa dikeluarkan apabila mengalami kecederaan di bahagian kepala selepas bertembung dengan penyerang Sime Darby, Patrick Ronaldinho Wleh pada minit ke-28.

Peluang terbaik Kelantan untuk mencipta jaringan hadir menerusi kapten, Mohd. Badhri Radzi, namun bola tandukannya pada minit ke-36 gagal menerjah gawang Sime Darby. Bersambung babak kedua perlawanan, Kelantan terus melancarkan serangan bertali arus ke kubu Sime Darby bagi memburu gol.

Akhirnya gol yang dicari-cari menjelma pada minit ke-59 hasil sepakan penalti Ghaddar. Tersentak dengan gol tersebut, Sime Darby mula mengatur rentak lebih kemas bagi mencari gol penyamaan. Bagaimanapun, beberapa peluang yang terhidang gagal diterjemahkan dengan baik. Kelantan hampir menggandakan jaringan menerusi Indra Putra Mahayuddin, namun percubaannya pada minit ke-85 dinafikan Mohd. Redzuan.

Sementara itu sebentar tadi, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak negeri itu yang berjaya merangkul Piala FA pada perlawanan akhir, malam ini.

“Tahniah diucapkan atas kejayaan pasukan The Red Warriors yang telah berjaya menjuarai Piala FA sebentar tadi,” tulisnya dalam Facebook beliau.

Pemuda PAS Kelantan juga merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan bola sepak Kelantan The Red Warriors.

"Saya mengira bermula dari pemain, jurulatih, pihak pengurusan bahkan pegawai-pegawai KAFA berhak untuk diberikan penghargaaan di atas kejayaan yang bersejarah ini," kata ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman.

Para penyokong Kelantan di Stadium Bukit Jalil malam tadi



Pasukan Kelantan menjulang piala FA

Al-hamdulillah dan tahniah dari Weblog Ibnu Hasyim. (IH)

Klik Video ini..

Bongkar Penipuan Dalam Internet (7)

By mAYANGmAYA
(Sambungan Bongkar Penipuan Dalam Internet (6)

KEENAM: PROGRAM PELABURAN PULANGAN TINGGI (HYIP High Yield Online Investment Program)

Program pelaburan pulangan tinggi. Ha.. Ini yang menarik Seterusnya..
Bongkar Penipuan Dalam Internet (7)

Muzakkarah N/Aziz: Awal Setuju, Akhir Tak Jadi?

Ahmad Fadhli Shaari
Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan
19 Mei 2012
Nik Aziz Nik Mat
Nik Aziz Nik Mat

SAYA merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 17 Mei 2012 yang lalu yang dikatakan sedia menyahut seruan Pas untuk bermuzakarah asalkan tujuannya adalah untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara.

Di dalam kenyataan tersebut, Muhyiddin turut dilaporkan berkata, "...Kalau ikut yang lepas, Nik Aziz tak pernah setuju. Masa itu dia kata Umno tak boleh dipercayai, tapi kalau hasrat dia ikhlas, tujuan untuk kebaikan ummah, masyarakat Islam dan negara Malaysia kita tidak jadi masalah.."

Suka saya membuat sedikit penjelasan terhadap kekeliruan Muhyiddin tentang sikap Tuan Guru Nik Abdul Aziz selaku al-Mursyidul Am Pas. Di dalam isu dialog dengan mana-mana pihak atas nama muzakarah, muqabalah mahupun mujadalah, YAB Tuan Guru sentiasa konsisten dengan komitmen bahawa pertemuan dialog harus dilakukan sentiasa bagi mencari penyelesaian.

Antaranya sukalah saya merujuk kepada kronologi berikut:

1. Kenyataan yang dikeluarkan oleh YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz pada 5 Februari 2011 yang antara lain menyatakan kesediaannya untuk berdialog dengan mana-mana pihak termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan ekoran dakwaan yang menyatakan beliau mengeluarkan fatwa yang melanggar syarak. Antara lain beliau berkata,

“Saya setuju benar orang berdialog dengan saya. Ini kerana ajaran Islam menggesa diadakan mujadalah sekiranya ada isu tertentu, dan ‘hendaklah kamu berdebat dengan mereka dengan cara terbaik.." Kenyataan ini boleh dirujuk di pautan berikut:

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30703:belajar-kesan-ulama-mesir-yang-ditutup-mulutnya&catid=1:utama&Itemid=50 dan juga http://paspb2.blogspot.com/2011/02/hosni-mubarak-lama-dah-tutup-mulut.html

2. Pada 20 Ogos 2009, YAB Tuan Guru sebagaimana dilaporkan Bernama juga menyatakan kesediaannya untuk bersemuka dengan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung isu-isu yang timbul ekoran kenyataan yang dikeluarkan olehnya. Laporan Bernama di pautan berikut boleh dirujuk:
http://bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=434567

3. Bahkan pada tahun 2008, YAB Tuan Guru juga menyatakan kesediannya untuk bermuqabalah (bersemuka) dengan mana-mana pihak yang tidak setuju dengan pelaksanaan undang-undang Islam. Ia boleh dirujuk melalui laporan BERNAMA di pautan:

http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?id=349406&cat=ut

Justeru, apabila Muhyiddin menyatakan bahawa YAB Tuan Guru tidak pernah setuju untuk bermuzakarah, ia menunjukkan kekeliruan di pihak Muhyiddin yang gagal membezakan antara muzakarah dengan penyatuan antara Pas-Umno. Di dalam isu penyatuan Pas-Umno, benar sekali YAB Tuan Guru konsisten menentang penyatuan ini yang dilihat hanyalah helah Umno untuk menyelamatkan diri dari lemas dalam pilihan raya.

Kekeliruan Muhyiddin memahami perbezaan antara kedua-dua isu ini menyebabkan beliau mengeluarkan kenyataan bahawa YAB Tuan Guru tidak pernah setuju untuk bermuzakarah. Ia diperkuatkan lagi dengan kenyataan Muhyiddin sendiri yang menolak debat dengan pembangkang seperti yang dilaporkan di pautan berikut: http://malaysiakini.com/news/198296

Menolak debat dengan pembangkang namun dalam masa yang sama bersetuju dengan muzakarah bersama Pas membuktikan sedikit sebanyak silap faham Muhyiddin dalam isu ini. Sekalipun muzakarah dan debat berkemungkinan sedikit berbeza tetapi asasnya sama iaitu bertemu, berdialog dan berhujah. Apatah lagi jika muzakarah ditafsirkan sebagai penyatuan, ia lebih silap!

Hakikatnya, bukan YAB Tuan Guru yang mengemukakan pelawaan untuk bermuzakarah. Beliau hanya menjawab soalan wartawan selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan pada 16 Mei 2012 yang lalu iaitu "Adakah Pas sedia bermuzakarah?" maka jawapan dari YAB Tuan Guru ialah, "Ya.."

Dipercayai soalan wartawan tersebut merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Datuk Seri Presiden Pas yang memberikan respons ekoran kenyataan Mufti Perak yang menyatakan bahawa Pas telah terpesong daripada perjuangan Islam. Justeru, respons Tuan Guru Datuk Seri Presiden Pas ialah, "Pas bersedia membuka pintu dan bermuzakarah dengan semua badan bukan kerajaan (NGO) Islam termasuklah Umno..." (Rujuk : http://www.sinarharian.com.my/politik/pas-sedia-muzakarah-soal-islam-1.47630)

Kesimpulannya, pendirian YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am Pas dalam isu muzakarah ialah jelas. Pintunya sentiasa terbuka untuk sesiapa sekalipun. Tetapi untuk berpadu dengan Umno bagi menyelamatkan Umno yang sedang terkapai-kapai, pohon maaf.

Kenyataan oleh:
Ahmad Fadhli Shaari, 
Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan  

Sementara itu di Marang Ahad lalu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melahirkan kesediaan parti itu untuk membuka pintu dan bermuzakarah dengan semua badan bukan kerajaan (NGO) Islam termasuklah Umno bagi menyelesaikan isu dakwaan yang mengatakan perjuangan parti tersebut sudah jauh terpesong dari perjuangan asal.

Kenyataan itu disusuli dengan pendirian Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Timbalan Presiden Umno dipetik berkata, Umno sedia menyahut seruan Pas untuk bermuzakarah asalkan tujuannya adalah untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Memang pada awalnya nampak setuju tetapi akhirnya tak jadi. Begitulah sejak PAS ditubuhkan, kecuali berlaku di zaman Asri dengan Tun Razak (PM ke2) berlaku Kerajaan Campuran. Siapa punya kerja? (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails