Chandra Bahadur Dangi (72) diukur oleh Editor in Chief Rekor Dunia Guinness, Craig Glenday (kanan) dan Dr. Rashila Pradhan di Kathmandu, Minggu (26/02/2012). Foto: REUTERS/ Navesh Chitraka
Akhirnya, pecah rekod dunia Guinness untuk kategori 'Manusia Terpendek di Dunia'. Seorang lelaki Nepal bernama Chandra Bahadur Dangi berjaya menandingi sebelumnya yang dipegang oleh Junrey Balawing dari Filipina.
Lelaki berusia 72 tahun tersebut memiliki tinggi badan 54.6 cm. Lihat video pengukuran dan penetapan Dangi sebagai 'Manusia Terpendek di Dunia' di sini. Lihat juga foto 'Perempuan Terpendek di Dunia' di sini. (Foto: REUTERS/ Navesh Chitrakar)
DUA orang penduduk Yahudi menunggu untuk menonton filem A Separation di sebuah pawagam di Baitulmuqaddis kelmarin.
TEHERAN - Televisyen milik pemerintah Iran mengisytiharkan kemenangan pertama ke atas Israel semalam apabila filem A Separation arahan pengarah negara ini memenangi kategori filem berbahasa asing terbaik pada Anugerah Academy yang turut dikenali sebagai Oscar Kali Ke-84 di Los Angeles, Amerika Syarikat kelmarin.
Filem itu yang dibintangi oleh aktres Iran, Leila Hatami mengalahkan filem Footnote dari Israel yang merupakan musuh ketat Iran.
Ia diarahkan oleh Asghar Farhadi yang mengisahkan satu pasangan yang berkahwin dan berdepan dengan dilema sama ada untuk meninggalkan Iran demi keluarga mereka. Israel dan AS tidak menolak kemungkinan akan melakukan serangan ketenteraan ke atas kemudahan nuklear Iran.
Kedua-dua negara itu mendakwa kemudahan nuklear itu dibina dengan tujuan untuk membangunkan teknologi senjata. Kejayaan filem itu turut dikongsi penduduk Iran.
"Saya bangun awal untuk menonton Oscar dan saya berasa gembira bahawa kami menang.
"Saya berharap terdapat lebih banyak kebebasan untuk pengarah Iran menyuarakan idea bijak mereka," kata seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Sara. - Agensi
KUALA LUMPUR, 27 Feb 12: Kenapa gambar seperti di atas boleh disiarkan di akhbar The Star - Star 2 - Music ms 17 - hari ini, 27 Februari.
“Dan kenapa penyanyi Erykah Badu boleh buat persembahan di Kuala Lumpur setelah seolah-olah menghina Islam dengan gambar ini?” demikian pertanyaan dilontar seorang pembaca Harakahdaily yang menamakan dirinya Hamba Allah.
Beliau merujuk kepada satu artikel yang disiarkan akhbar tersebut hari ini mengenai Erykah Badu yang akan membuat persembahan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Justeru, penyanyi Neo-Soul kelahiran Texan, Amerika Syarikat, Erykah Badu yang bakal mengadakan persembahan di Malaysia hujung Februari ini disifatkan menghina Islam.
Perkara itu jelas melalui tatu kalimah Allah yang terdapat di dadanya seperti gambar yang disiarkan akhbar The Star. Kehadiran penyanyi yang berusia 40 tahun itu tidak sepatutnya berlaku kerana pihak berkuasa sepatutnya memantau sebarang artis luar yang ingin membuat persembahan di negara ini.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tiap perbuatan yang menghina Allah SWT, Rasul dan Islam, jika berlaku di negara ini, pemerintah turut terlibat bersekongkol dengannya, jika tiada inisiatif menghalangnya. (IH)
Masjid Jami Pontianak dipandang dari jembatan Kapuas
CATATAN PERJALANAN: Kalimantan siri 2
HANG di mana la nie? Dok buat apa?
"O maaf, aku takdan bagitau hang. La ni aku ada di sebuah masjid tua bersejarah, Masjid Kesultanan Pontianak, di Kota Pontianak Kalimantan Barat. Baru lepas sembahyang Magrib." Aku jawab telefon dari Encik Shukri kawanku di KL semalam.
Keraton Kadariah Pontianak
Aku berada di komplek keraton tempat bertahta megah hingga kini, sebuah masjid Jami Kesultanan Pontianak. Masjid yang dibangunkan pertama kali oleh sultan pertama dan pengasas kesultanan. Iaitu Sultan Syarif Abdurrahman Alkadrie. Masjid awal mulanya sejarah kota Pontianak, yang setiap tahun diperingati sebagai hari lahir kota Pontianak, ibukota Propinsi Kalimantan Barat. Masjid Jami tua tersebut kini dinamai sesuai dengan namanya sebagai Masjid Sultan Abdurrahman Pontianak. Jelas terasa kedinginan angin malam meniup lembut dari Sungai Kapuas, dari halaman masjid, yang berada di dalam lingkup Kampung Beting, Kelurahan Dalam Bugis Kecamatan Pontianak Timur. Berada di kawasan pemukiman padat penduduk dengan Pasar Ikan, begitu dekat ke bangunan masjid yang menghadap ke Sungai Kapuas.
Masjid Jami’ yang dapat di jangkau dengan menggunakan sampan dari pelabuhan Seng Hie atau dengan kendaraan darat melewati jembatan kapuas.
Tak cukup di dalam masjid, di padang dan di dalam sampan mereka tetap sholat berjamaah
Masjid Jami Pontianak dari arah Sungai Kapuas dengan latar depan perahu motor yang merupakan salah satu moda transportasi di kota Pontianak
Menyembul diantara rumah rumah penduduk kampung Beting
Sultan Syarif Abdurrahman Alkadrie adalah Pendiri dan Sultan pertama Kerajaan Pontianak, melambangkan, seorang ulama adalah seorang kepala pemerintah yang juga pemimpin politik. Kerajaannya bukan kerajaan sekular yang memisahkan pemerintahan dengan agama dan hari akhirat. Beliau dilahirkan pada tahun 1142 Hijriah / 1729/1730 M, putera Al Habib Husin, seorang penyebar ajaran Islam berasal dari tanah Arab. Tiga bulan setelah ayahnya wafat pada tahun 1184 Hijriah di Kerajaan Mempawah, Syarif Abdurrahman bersama dengan saudara-saudaranya bermufakat untuk mencari tempat kediaman baru. Mereka berangkat dengan 14 perahu kakap menyusuri Sungai Peniti. Waktu dzuhur mereka sampai di sebuah tanjung, Syarif Abdurrahman bersama pengikutnya menetap di sana. Tempat itu sekarang dikenal dengan nama Kelapa Tinggi Segedong. Namun Syarif Abdurrahman berpendapat tempat itu tidak baik untuk tempat tinggal. Beliau terus mudik ke hulu sungai. Tempat mereka salat zuhur itu kini dikenal sebagai Tanjung Dhohor. Ketika menyusuri Sungai Kapuas, mereka temui sebuah pulau, dikenal dengan nama Batu Layang. Di tempat itulah akhirnya beliau dan pengikutnya di maqamkan. Di pulau itu mereka mulai mendapat gangguan 'hantu Pontianak'. Beliau memerintahkan pengikutnya memerangi hantu-hantu itu. (Lihat Pontianak, Aku Cinta Kamu!) Setelah itu, rombongannya kembali melanjutkan perjalanan menyusuri Sungai Kapuas. Menjelang subuh 14 Rajab 1184 Hijriah atau 23 Oktober1771, mereka sampai pada persimpangan Sungai Kapuas dan Sungai Landak. Setelah lapan hari menebas pohon di daratan itu, maka Syarif Abdurrahman membangun sebuah rumah dan balai, dan kemudian tempat itu diberi nama Pontianak. Di tempat itu kini didirikan Mesjid Jami dan Keraton Kadariah. Akhirnya pada 8 bulan Sya'ban 1192 Hijriah, bertepatan dengan hari Senin dengan dihadiri oleh Raja Muda Riau, Raja Mempawah, Landak, Kubu dan Matan, Syarif Abdurrahman dinobatkan sebagai Sultan Pontianak dengan gelar Syarif Abdurrahman Ibnu Al Habib Alkadrie. Syarif Abdurrahman Alkadrie mangkat tahun 1707.Dibawah kepemimpinannya kerajaan Pontianak berkembang sebagai kota pelabuhan dan perdagangan yang cukup disegani. Itulah tokoh agama sebenarnya..
BUDAYA mempamerkan dengan membawa beg-beg bimbit begini perlu diawasi supaya jangan berlaku di Malaysia. Apa pandangan tuan-tuan? Apa baik buruknya? (IH)
Sholat di Masjid Jami' di Kota Pontianak. Sholat mencegah mungkar, tak kira di mana saja berada.. Nanti hantu syaitan pun takut!
CATATAN PERJALANAN: Kalimantan siri 1
PEREMPUAN, yang mati masa lahir, arwahnya ber'gentayangan' untuk balas dendam. Begitu, kira-kira diertikan kata pontianak atau kuntilanak. Lihat juga Wikipedia disini.
Dalam cerita rakyat Melayu, sosok pontianak digambarkan dalam bentuk wanita cantik. Mudah mengganas penduduk kampung untuk menuntut balas. Sewaktu muncul selalu diiringi harum bunga Kemboja. Konon lelaki yang tidak berhati-hati akan dibunuh sesudah berubah menjadi penghisap darah.
Pontianak juga dikatakan sering menjelma sebagai wanita cantik berjalan seorang diri di lorong yang sunyi. Dalam cerita seram dan filem horor televisyen Malaysia, ada yang digambarkan membunuh mangsa dengan cara menghisap darah di bahagian tengkuk, seperti vampire.
Pontianak atau kuntilanak menurut tradisi Sunda tidak memiliki lubang di belakang leher atau tengkok dan hanya mengganggu dengan penampakan saja. Jenis yang memiliki lubang di belakang leher sebagaimana deskripsi di atas disebut sundel bolong. Pontianak, konon juga suka pohon tertentu sebagai tempat bersemayam. Atau disebut juga 'penunggu' pokok.
Teringat aku semasa kecil-kecil dulu, di antara perbatasaan Kampung Perlis Balik Pulau dengan Kampung Pulau Betong Pulau Pinang terdapat sebuah pohon besar. 'Pohon beringin tempat bergantungan hantu-hantu di situ', demikian anggapan sebahagian penduduk kampong kelahiranku. Untuk melintas pohon besar di depan berhampiran rumah Cikgu Embon itu, amat menakutkan terutama di waktu malam.
Maklum, waktu itu, malam gelap gelita, tiada lampu-lampu letrik tepi jalan, kecuali waktu bulan mengambang. Tetapi waktu bulan mengambang yang samar-samar, suasana lebih menyeramkan lagi. Ada yang nampak pontianak mengilai, kononnya. Sehingga ada orang tua-tua yang mempetuakan, "Bila lalu dekat pohon beringin itu, kena hormat kepada penunggu atau penjaga pokok itu, kata lah... 'Tabik tok! Anak cucu nak tumpang lalu.' Kalau tidak, akan terkena tulah atau bencana."
Bila ku ceritakan pada ayahku, seorang guru agama kelulusan 'Pondok Kubang Semang' Butterworth... "Jangan sebut begitu! Syirik! Haram! Nanti rosak aqidah." tengking ayah kepadaku. Memanglah 'menjadi syirik'lah yang amat ditakuti sekali dalam agama. Minta simpang malaikat 44! Kata mereka.
Ibuku pula pernah bercerita tentang hantu pontianak. Katanya..
'Pada zaman dahulu, ada seorang pemuda tiap-tiap hari kerjanya memancing ikan hingga ke malam. Tiap hari, ada saja hasilnya dibawa pulang ke rumah. Tetapi bila ia tertidur semasa memancing, selalunya kantung ikan pancingannya kosong. Kerana ikannya sudah tiada, sudah dicuri semasa terlena.
Siapa pencurinya? Inilah yang menyebabkan ia menyiasat. Dari maklumat yang ia perolihi, memang di sekitar situ ada hantu pontianak berupa perempuan cantik yang sering mengganggu manusia. Dia sering mencuri ikan pemaqncing-pemancing di situ.
"Aku nak ajar dia. Bagaimana nak tahu dia bukan manusia?" Tanya pemuda itu.
"Di tengkuknya ada lubang. Untuk mengalahkannya engkau perlu memasukkan paku ke lubang itu, dan dia akan bertukar menjadi manusia." Kata beberapa orang tua di situ.
Akhirnya, pemuda yang gagah dan berani itu bernekad untuk menangkap si pontianak perempuan itu. Suatu malam selepas memancing, dia pura-pura tidur. Ternyata dia berjaya menangkapnya, semasa hantu perempuan datang mencuri ikannya. Lalu dipakunya tengkuk wanita itu. Wanita itu jatuh pengsan, dibawa ke rumah, disedarkan dan memang akhirnya menjadi manusia, seorang gadis yang cantik.
Gadis itu dikahwininya sehingga beroleh dua anak, hidup rukun dan damai.'
Begitu kisah hantu perempuan versi ibuku dulu-dulu. Mengapa aku nukilkan kembali kisah ini? Kerana aku (Ibnu Hasyim), kini berada di Kota Pontianak Kalimantan Barat Indonesia. Aku ingin tahu kenapa kota ini diberi nama Pontianak? Ramai juga yang kutemui, akhirnya aku bersetuju dengan kisah yang ada kaitan dengan Syarif Abdurahman atauSultan Syarif Abdurrahman Alkadrie.
Syarif Abdurrahman adalah Pendiri dan Sultan pertama Kerajaan Pontianak. (Biografi singkat Syarif Abdurrahman bisa klikdisini). Dikatakan beliau sering diganggu oleh hantu Pontianak ketika beliau menyusuri Sungai Kapuas sepanjang 1100 kilometer, sungai terpanjang di Indonesia. Menurut ceritanya, Syarif Abdurrahman terpaksa melepaskan tembakan meriam untuk mengusir hantu itu sekaligus menandakan dimana peluru meriam itu jatuh, maka disanalah wilayah kesultanannya didirikan.
Peluru meriam itu jatuh melewati simpang tiga Sungai Kapuas dan Sungai Landak yang kini lebih dikenal dengan Beting Kampung Dalam Bugis Pontianak Timur atau kota Pontianak. Sejarah Kota Pontianak klikdisini. Berita tentang tradisi menyulut meriam pengusir kuntilanak di Kalimantan sila klik disini.
Oh. Ya, berbalik kepada cerita ibuku yang masih belum habis lagi.
'Walaupun, rumah tangga mereka bahagia hidup rukun dan damai (pemuda yang berkahwin makwe gadis pontianak seperti diceritakan tadi), namun pada suatu malam Ponti (nama yang diberi kepada bekas hantu pontianak itu), sedang bermain-main dengan dua anak-anaknya. Anaknya yang besar baru pandai bercakap-cakap, berkreatif, korek sana korek sini dan sedang mencari kutu di rambut ibunya.
Tiba-tiba apabila diselaknya rambut ditengkok ibunya, ternampaklah paku yang tertanam, tertancap di situ.
"Mak! Paku apa yang terbenam di tengkuk mak ni?" Anaknya ingin tahu.
Ibunya terperanjat terkejut, terkenang kepada kisah lama, "Jangan. Jangan kau sentuh dan cabut...."
Belum pun habis cakapnya, paku itu sudah dicabut oleh anaknya.
Maka sebentar itu juga wajahnya bertukar menjadi wajah asal. Bertukar menjadi pontianak semula. Bangun dan terbang mengilai dengan rambut yang menggerbang, berpusing-pusing di langit rumah.
"Mak! Mak! Tunggu, jangan tinggal kami..." Anaknya menjerit-jerit, menangis memanggil ibunya yang sedang berlegar-legar mencari ruang untuk keluar dari rumah.
Suaminya juga terkejut melompat bangun, menjerit sekuat-kuatnya, "Ponti! Ponti! Jangan pergi, aku cinta kamu! Ponti! Ponti! Jangan pergi, aku cinta kamu! Ponti! Ponti! Jangan pergi, aku cinta kamu!" "Heeee, heeee, heeee, heee!" Ngilai isterinya."Heeee, heeee, heeee, heee!"Heeee, heeee, heeee, heee!" Suara Ponti, makin lama makin perlahan, hilang, sayup-sayup kedengaran.' Begitulah hantu dan syaitan sentiasa mengganggu manusia, termasuk pemimpin besar Syarif Abdurahman tadi. Itu baru muqaddimah catatan perjalanan di Pontianak. Bersambung, insya Allah. Ibnu Hasyim alamat: ibnuhasyim@gmail.com 21 Feb 2012 Pontianak, Ind.
KL 21 Feb 12: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini mengulangi pendirian parti Islam itu tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel, walaupun pandangannya mungkin berbeza dengan pihak lain.
"Saya ingin mengulangi pendirian saya dan Majlis Syura serta pendirian PAS khususnya bahawa tidak sekali-kali mengiktiraf walaupun seinci pun hak Yahudi terhadap bumi Palestin yang dirampas pada hari ini.
"Berbeza atau tidak dengan sesiapa, PAS tetap dengan pendirian ini," katanya yang juga menteri besar Kelantan.
Nik Aziz pada 14 Februari lalu meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya yang didakwa menyokong usaha melindungi keselamatan Israel seperti dilaporkan The Wall Street Journal atau menyaman media itu jika laporannya tidak benar.
Berikutan itu, berlaku ketegangan seketika di kalangan penyokong Pakatan Rakyat. Namun, selepas pertemuan kedua-dua pemimpin utama pembangkang itu pagi tadi, Anwar berkata, mereka kini saling faham pendirian masing-masing, termasuk PAS yang tegas tentang Israel.
Dalam kenyataan di Facebook merujuk perkara itu petang ini, Nik Aziz bagaimanapun tidak menyentuh langsung sama ada beliau berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan Anwar kepadanya hari ini.
Nik Aziz sebaliknya mengambil peluang menempelak "pihak yang kelihatan sangat anti-Yahudi" tetapi tergamak menjalinkan hubungan dagang dengan Israel dan membenarkan pelabuhan negara disinggahi kapal Israel.
"Pihak-pihak ini hakikatnya hanyalah ayam jantan yang berkokok gagah sedangkan ekornya bergelumang najis!" katanya merujuk dakwaan kapal Israel dikesan berlabuh di Pelabuhan Klang.
NGO mesra PKR, JINGGA 13, semalam membekalkan "bukti" menunjukkan kapal-kapal yang dimiliki sebuah syarikat yang didakwa dikuasai oleh kerajaan Israel mempunyai akses bebas ke Westport, Pelabuhan Klang.
Mendedahkan dokumen dari Jabatan Kastam, Wesport dan syarikat Zim Integrated Shipping Services Ltd, Jingga 13 mendakwa kapal Zim Atlantic yang berlabuh di Pelabuhan Klang pada 16 Februari lalu datang secara langsung dari pelabuhan Ashdod di Israel.
Bagaimanapun, semalam Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir dilaporkan berkata kerajaan tidak melarang perdagangan antara syarikat swasta negara ini dengan ahli-ahli perniagaan Israel.
Justeru, katanya, kapal-kapal yang dimiliki oleh Israel juga dibenarkan berlabuh di pelabuhan di Malaysia untuk tujuan perdagangan tetapi dengan syarat bahawa anak kapal yang memegang pasport Israel dilarang daripada mendarat.
Sementara itu,kerajaan BN perlu meminta maaf kepada seluruh rakyat negara ini dan seluruh rakyat Palestin kerana tindakannya yang mengiktiraf negara haram Israel. Walaupun pihak kerajaan menafikan pengiktirafannya terhadap negara itu, tetapi tindakan-tindakan yang dilakukan jelas menunjukkan kerajaan BN sebenarnya sememangnya mempunyai hubungan dan mengiktiraf negara haram regim zionis Israel. Jelas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pula. (IH)