Monday, July 18, 2011

Bersih 2.0, Najib, Nik Aziz, Yingluck -Tan Sri Abdullah Ahmad

Oleh TAN SRI ABDULLAH AHMAD

Tan Sri Abdullah Ahmad. Pernah jadi SU Politik PM Tun Razak, ditahan di bawah ISA semasa PM lain ambil alih (previously Editor-in-Chief of NST) was at the Malay ...)

Kulomnis Sinar Harin
7/17/2011 7:08:59 AM

NIAT baik tidak mesti membawa kita kejayaan apa lagi masuk syurga. Penguasaan ilmu lebih penting dari mengetahui tatabahasa! Sebaik-baiknya kedua-dua lah. Tanpa pengetahuan apa yang kita boleh tulis atau sampaikan walaupun bahasa/ejaan/idiom kita betul?

Ingatan saya cepat kembali pada tahun 1959: Tun Razak, ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan saya wartawan Straits Times Singapura bertugas di Kuala Lumpur. Sebelum pilihan raya umum 1959 – iaitu PRU pertama selepas merdeka; PRU pertama pernah berlaku di Tanah Melayu ialah tahun 1955 – Timbalan Perdana Menteri telah menolak cadangan dan desakan Kesatuan Guru-Guru Melayu Semenanjung yang berpengaruh itu agar Sultan Idris Training College (SITC) di Tanjung Malim dinaikkan taraf sebagai sebuah universiti.

Sebabnya simple dan munasabah sungguhpun tidak bijak dari segi politik: mana boleh sebuah institusi rendah melatih guru-guru sekolah rendah atau primary schools dalam Bahasa Melayu menjelma sebagai institusi pengajian tinggi? Sistem pendidikan seperti tentera, perkhidmatan awam juga organisasi media bertata tingkat: dengan peringkat-peringkat kuasa, taraf – dari yang paling rendah hingga kepada yang tertinggi. Negara kita, seperti United Kingdom, tegas Speaking: ‘a hierachical society.’ Apa pun di mana pun: dari sekolah rendah ke sekolah menengah, menengah atas, kolej, universiti kolej, universiti dan akademi.

Di media – pemberita, ketua pemberita, penolong editor, pengarang, penulis lidah pengarang, ketua pengarang, pengarah urusan dan pengerusi. Zaman itu kita hanya ada dua tiga kerat saja pensyarah universiti anak Melayu antaranya Ungku Aziz. Mana bisa mahu ada sebuah universiti yang bahasa pengantarnya Bahasa Melayu? Syukur Alhamdulillah, sesudah lama diperjuangkan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akhirnya tertubuh atas kehendak Tun Razak (kerana desakan dan kepentingan politik bukan sebab pendidikan dalam Bahasa Melayu!).

Tunku Abdul Rahman dan Khir Johari tidak berapa senang tetapi turut kehendak Biro Politik UMNO yang berpengaruh dan berkuasa serta dipengerusikan oleh Tun Razak. Antara anggotanya yang terpenting ialah Tun Ismail dan Khir Johari. Tun Ismail, setelah berbincang empat mata dengan Tun Razak, menyokong pendirian Tun Razak. Lama setelah UKM berjaya barulah SITC dinaikkan tarafnya kepada universiti.

Antara akibatnya – menolak keinginan Kesatuan Guru-Guru Melayu – UMNO kalah teruk di Terengganu dan Kelantan di tangan Pas tahun 1959. Guru-guru Melayu di bawah kepimpinan Cikgu Mohd Nor Ahmad dari Pulau Pinang, majoriti tokoh UMNO yang terdiri dari guru ‘memberontak’ dalam pilhan raya itu. Ramai juga sebelum dan selepas pilihan raya itu berhijrah kepada Pas. Waktu penubuhan UKM dibincangkan dalam Biro Politik UMNO – Musa Hitam, setiausaha kerja UMNO dan saya sebagai setiausaha politik Tun Razak hadir atas nama jawatan – Tun Razak dan Tun Ismail tidak mahu peristiwa krisis antara UMNO dan guru-guru Melayu berulang maka penubuhan UKM direstui dan kerajaan diarah melaksananya secepat mungkin. Lagipun pada perkiraan Biro Politik masanya sudah sampai ‘dan kena’ kata orang Kelantan.

Ilmu kuasa – knowledge is power. Pengetahuan mesti dikejar. Madah Speaking: ‘good genes can give an edge, but the right learning/working environment benefits a man or a woman – gen yang baik menyumbang kepada kualiti yang diwarisi. Persekitaran pendidikan/tempat bekerja juga membantu...’

Dalam kolum saya, 21 Januari 2010, saya telah menggunakan istilah REALPOLITIK – sebutan real – pol – i – tik, asal bahasa Jerman yang telah lama diserap ke dalam Bahasa Inggeris ditukar oleh seorang penyunting (saya diberitahu seorang graduan sebuah universiti di utara tanah air) kepada realpolitics. REALPOLITIK (bukan realpolitics) bermakna kekuasaan bergantung semata-mata kepada kuasa totok dan keadaan masa, buka pada falsafah atau idealisme atau moral bagi mencapai kejayaan/matlamat. Minggu lepas kesalahan yang sama berulang.

Kata Speaking: ‘the same mistake was repeated!’ Yang jelas salah sebab keralatan saya sendiri ejaan ‘reconcilliation’ (salah) dalam kolum itu tidak pula dibetulkan padahal ejaan sebenar perkataan itu hanya satu L sahaja (reconciliation). Apa pun, kalau berwaswas, check lah; kalau tak tahu, tanyalah atau hubungi kolumnis atau rujuk pada fail lama atau kamus! Sesungguhnya kerja kuat, rajin membaca menyumbang kepada bakat.

Demonstrasi BERSIH telah selesai. Semua pihak mendakwa hajat masing-masing tercapai! Kalau saya Perdana Menteri walaupun minda cetek, saya akan melakukan perhitungan politik yang amat salah jika saya mengadakan PRU 13 secara terkejut atau snap polls. Apabila Parlimen dibubar hak mutlak PM (dengan persetujuan Yang di-Pertuan Agong). Adalah prerogatif Tuanku untuk memilih siapa perdana menteri dan bila Parlimen dibubarkan.

Siapa berjaya petang Sabtu 9 Julai akan ditentu oleh pengundi dalam pilihan raya umum sama da diadakan tahun depan atau 2013. Saya tidak jangka PRU 13 akan berlangsung pada 11.11.11 atau tahun ini. Perdana Menteri Najib bukan naif, bukan kavalier (tidak berfikir panjang); dia pemimpin yang berhati-hati seperti ayahnya dalam percaturan politik.

Tok Guru Nik Aziz menegaskan dia sokong Bersih dan sedia menunjangkan Bersih yang akan datang. Tambahnya, rakyat perlu diberi peluang dan kebebasan meluahkan perasaan tanpa sekatan. Bisa macam kita berlalu di Mekah dan Saudi Arabia, Tok Guru? Saya juga, seperti Tok Guru, mahu masuk syurga. Siang malam berdoa semoga dosa diampuni-Nya dan diberi pahala pada apa yang saya lakukan yang diperkenankan-Nya. Bagi mencapai keinginan ini kita mesti bersih peribadi, politik, pentadbiran kerajaan, agama, bisnes, media, urusan kewangan, pembahagian zakat hanya pada yang berhak.

Menunaikan semua perintah Allah termasuk amal jariah, meninggalkan wang dan harta untuk digunakan bagi pendidikan dan kesempurnaan hidup ummah. Ramai solat tetapi tidak ramai pula yang meninggalkan umpat mengumpat, caci mencaci, gosip, fitnah, hasad dengki, rasuah dan seks haram dan yang berpoligami pula jarang adil! Menipu, merompak, membunuh dan menafikan hak-hak rakyat berleluasa! Dan mempersekutukan Allah Taala!

Yingluck, bakal Perdana Menteri Thailand, belum disahkan oleh Suruhanjaya Pilihan raya Thailand dia memenangi kerusi Parlimennya. Kita di Malaysia, si pemenang boleh tubuh kerajaan keesokan harinya! Baiknya kita! Di Thailand, walaupun Yingluck dan sekutunya, menang dan kontrol 3/5 anggota Parlimen yang berjumlah 500 itu belum dapat melakukannya. Perdana Menteri Thailand hanya boleh dilantik selepas Parlimen bersidang dan Speaker dipilih – kedua-dua memerlukan masa dua bulan setelah semua pemenang diperakui oleh SPR. Kita di Malaysia lantik PM dahulu. Speaker kemudian! Hebat dan untungnya kita!

Demokrasi ada berbagai bentuk – demokrasi berparlimen, demokrasi ala presidential dan demokrasi ala komunis; demokrasi ala Singapura, ala kita dan Thailand. Sebagai demokrat kita harus faham atas prinsip-prinsip demokrasi ala masing-masing kalau tidak jangan bertanding dalam pilihan raya yang diagak dan dilihat tidak telus serta adil!

(Diangkat dari Sinar Harian/IH)

Harry Porter Terakhir Kutip RM276.3J Di AS

HALAMAN HIBURAN

LOS ANGELES: Filem terakhir siri Harry Potter mencatatkan rekod box office untuk tayangan hari pertama.

Pengedar, Warner Bros melaporkan, ‘Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2" mencatatkan jualan tiket sebanyak $92.1 juta (RM276.3 juta) di Amerika Syarikat pada tayangan pembukaan Jumaat lalu.

Jumlah itu melebihi RM60 juta berbanding pemegang rekod lalu, ‘The Twilight Saga: New Moon.’ - AP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa mesej filem Harry Porter? (IH)

Jom Solat Jenazah Dr Lo' Lo' 10.00 Pagi Di Keramat.


KL 18 Jul 11 Jenazah Dr Lo' Lo' sampai tengah malam tadi dari hospital Selayang ke Masjid Ikram Jalan Datuk Keramat (dekat pasar lama). Ramai sedang menunggu dan menyambut dengan bacaan Ya Siin.

Gambar atas jenazah beliau di masjid tersebut. Gambar bawah Dr Hatta Ramli antara pemimpin PAKATAN paling awal yang menziarahinya kira-kira jam 1.30 pagi ini.

Lihat berita sebelum ini...
(IH)

Jenazah Ahli Parlimen Titiwangsa Dr lo' Lo' Ghazali tiba di Masjid Al-Akram malam Ahad. Allahyarhamah meninggal dunia di Hospital Selayang pada pukul 10.13 malam Ahad. Beliau meninggal dunia akibat penyakit kanser paru-paru. Foto THE STAR: ROHAIZAT MD DARUS

Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo'Lo' Meninggal Dunia

KL (mStar Online): Anggota Parlimen Titiwangsa Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali dari PAS yang menerima rawatan komplikasi penyakit kanser meninggal dunia pada pukul 10.13 malam Ahad di Hospital Selayang.

Sunday, July 17, 2011

Dr. Lo' Lo' Meninggal Dunia Sebentar Tadi


KL, 17 Julai 11: Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali (gambar) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam ini.

Jenazah beliau kini sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat. Perkara itu disahkan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof ketika dihubungi Harakahdaily.

Maklumat berkenaan kematian itu juga turut dimuatkan pada laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah atas nama keluarga. Beliau sebelum ini menerima rawatan akibat kanser.

Dalam respons awal, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Allahyarhamuha seorang yang istiqamah berjuang untuk Islam sehingga akhir hayat.

"Saya dimaklumkan oleh keluarga terdekat almarhumah Dr Lo' Lo', MP PAS Titiwangsa tentang pemergian beliau sebentar tadi.

"Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Beliau seorang yang istiqomah berjuang untuk Islam hingga ke saat akhir hayatnya," tulisnya di Facebook.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan pula menyifatkan Allahyarhamah seorang tokoh pejuang Islam yang tabah.

"PAS dan rakyat sebentar tadi kehilangan tokoh pejuang Islam yg tabah apabila sbentar td Dr Lo' Lo' telah kembali ke rahmatillah.. Al Faatiihah." tulisnya di Twitter. (IH/Sumber Harakah)

M'sia Ikut Negara Komunis.. Benarkah? -Abd Hadi

AMPANG, 17 Jul 11: Malaysia ikut negara komunis? Benarkah? Itu pertanyaan yang timbul, bila Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan semua negara demokrasi kecuali Malaysia sahaja yang tidak membenarkan demonstrasi diadakan walaupun ia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Jelas Ahli Parlimen Marang (gambar) ini, mana-mana negara demokrasi membenarkan rakyat mengadakan demonstrasi untuk menyatakan hasrat dan rasa hati kepada pemimpin negara. Tegas Hadi, hanya negara komunis tidak membenarkan rakyat meluahkan perasaan mereka.

“Semua negara demokrasi moden mengizinkan rakyat meluahkan perasaan bukan sahaja melalui ahli Parlimen, (malah) melalui demonstrasi yang dibenarkan oleh kerajaan.

“Di mana kerajaan membenarkan demonstrasi (diadakan) dan polis bertindak mengawal keselamatan, yang tidak benarkan untuk demonstrasi hanya negara komunis,” katanya pada sidang media di sini.

Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa demonstrasi jalanan bukan jawapan bagi melahirkan rasa ketidakpuasan hati terhadap kerajaan kerana perbuatan itu boleh menjadi terkawal dan mungkin mengakibatkan kecederaan serta kerosakan harta benda.

“Sekiranya ada pihak yang masih tidak berpuas hati dengan kerajaan, marilah kita selesaikannya apabila tiba pilihan raya dan biar rakyat yang membuat keputusan.

“Kami akan bentangkan kes kami dan pembangkang akan kemukakan kes mereka. Biar rakyat yang menentukannya,” kata Najib.

Kata Najib: “Kita tidak perlukan semua ini (demonstrasi).

Mengulas lanjut mengenai Himpunan Bersih 2.0 minggu lalu, Hadi berkata perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mendapat respons yang menggalakkan daripada rakyat walaupun dihalang pihak keselamatan.

“Himpunan Bersih 2.0 yang kita sertai mendapat respons yang positif (daripada rakyat) dengan jumlah yang begitu besar yang datang,” katanya yang terlebih dahulu mempengeruskan mesyuarat bulan parti Islam itu.

Minggu lalu ribuan rakyat Malaysia telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 untuk menuntut pembaharuan sistem pilihan raya. Lebih 1,600 orang ditahan kerana menyertai perhimpunan Bersih 2.0. (IH/Sumber The Malaysian Insider)

Lihat sebelum ini..

Kedah: Larangan Maksiat, Bukan Hanya Ramadhan?



AMPANG, 17 Jul 11: Penguatkuasaan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 sepanjang Ramadhan ini oleh kerajaan negeri Kedah tidak akan sesekali menyekat hak orang bukan Islam di negeri itu.

Sehubungan itu, Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pusat hiburan di Kedah akan beroperasi seperti biasa pada bulan Ramadhan namun ia terhad kepada orang bukan Islam sahaja.

Perkara itu dijelaskan beliau pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat di sebuah hotel di sini. Turut serta pada sidang media itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Salahudin Ayub dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

"PAS ambil jalan terbaik yang tidak boleh diselesai oleh Umno iaitu tidak menghalang hak orang bukan Islam dalam masa yang sama orang Islam tidak boleh mengerjakan maksiat

"Orang Umno buat peraturan orang Islam boleh masuk tempat maksiat, tempat judi. Kita buat pembetulan supaya pengendali pusat hiburan dikalangan orang bukan Islam buat peraturan agar orang Islam tidak boleh masuk," katanya yang juga ahli parlimen Marang.

Keputusan itu juga katanya telah dipersetujui oleh pengusaha pusat-pusat hiburan di negeri itu dan bersedia diambil tindakan termasuk menarik lesen perniagaan jika gagal berbuat demikian. Penjelasan itu dibuat selepas mesyuarat tersebut mendengar penerangan dari wakil kerajaan negeri Kedah iaitu Setiausaha Politik kepada menteri besar, Mohd Sanusi Md Noor.

Hasrat sebenar perlaksanaan undang-undang itu kata Abdul Hadi, bertujuan mencegah orang bukan islam melakukan maksiat sepanjang bulan Ramadhan. Bagaimanapun kekeliruan telah berlaku berhubung perkara itu ekoran media arus perdana yang tidak menyiarkan laporan tepat sehingga membangkitkan rasa kurang senang di kalangan orang bukan Islam.

"Di sana banyak perkara-perkara tidak tepat di lapor media yang sengaja dimainkan Umno Barisan Nasional.

"Kita membetulkan peraturan yang salah yang dibuat Umno. Umno membenar pusat hiburan kepada bukan Islam, dan tidak ada peraturan tegas bagi menghalang orang Islam" tambahnya.

Sementara itu, Mohd Sanusi yang ditemui selepas itu berkata, penguatkuasaan enakmen itu adalah tanggungjawab pihak polis. Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebelum ini mengumumkan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang wujud sejak zaman pemerintahan Umno dilaksanakan sepenuhnya tahun ini.

Tindakan itu bagaimanapun mendapat bantahan dari beberapa pihak termasuk MCA, Gerakan dan rakan Pakatan Rakyat, DAP. Difahamkan, kontroversi tersebut bagaimanapun selesai selepas menteri besar bertemu wakil pusat hiburan semalam bersetuju membenarkan mereka beroperasi tetapi tidak boleh membenarkan umat Islam memasuki premis mereka.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sepatutnya sudah lama penguatkuasaan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 sepanjang Ramadhan ini dilaksanakan oleh kerajaan negeri Kedah yang sudah hampir sepenggal pilihan raya memerintah.

Dan maksiat pula bukan hanya dilarang pada bulan Ramadhan sahaja, kerana ianya tidak sesekali melibatkan atau menyekat hak orang bukan Islam di negeri itu. Sepatutnya diperjelaskan lebih awal lagi.(IH)

Dedahkan Siapa Tangan Yahudi Dibalik Hak Asasi?

NONE
KL 17 Jul 11: Bekas ketua polis negara, Tan Sri Rahim Noor dicabar supaya dedahkan siapa tangan ghaib di belakang isu hak asasi manusia seperti yang diperjuangkan oleh bersih 2.0 kini?

Hal ini berikutan kenyataan beliau yakin di sebalik tirai isu hak asasi, sebenarnya ada puak yang menentukan supaya negara yang menentang Yahudi dan Israel, akan jatuh dan Malaysia adalah salah sebuah negara tersebut.

"Pihak itu akan gunakan segala-galanya dan menjadikan orang politik tempatan yang telah dikaji latarbelakangnya sebagai sasaran atau alat menghalalkan cara mereka.

"Saya yakin ada tangan yang tersembunyi menggunakan soal hak asasi untuk menentukan kerajaan sesuatu negara yang ghairah membaham Israel akan jatuh," kata Rahim dalam wawancara yang disiarkan oleh Mingguan Malaysia hari ini.

Berdasarkan pengamatan dan bacaannya, kata Rahim, istilah hak asasi manusia sebenarnya lahir dari Ghetto of the Jews, di mana bangsa Yahudi mengalami tekanan, penindasan oleh pelbagai kuasa besar untuk beratus tahun lamanya sehingga tertubuhnya negara Israel.

"Ya, sila dedahkan seperti pendedahan yang pernah dibuat mengenai APCO Worldwide yang diambil khidmatnya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga memberikan perkhidmatan yang sama kepada diktator-diktator dan pemimpin-pemimpin korup di seluruh dunia." Kata seorang pembaca laman Malaysiakini, kepada Weblog Ibnu Hasyim sebentar tadi.

Rahim Noor percaya ada sesuatu "yang kita tidak nampak di peringkat antarabangsa" bertujuan mahu menentukan survival Yahudi dalam memastikan 'the promise land' yang disebut dalam kitab-kitab dalam pegangan mereka. Kumpulan tanpa wajah ini, menurut beliau, bergerak di mana-mana dan "bagi saya AS kini menjadi Israel terbesar di dunia."

"Manakala tangan tersembunyi mencari mana-mana individu yang boleh dijadikan puppet (boneka), mereka boleh berpangkalan di mana-mana baik di Washington, Paris, Jakarta atau di mana saja.

"Tidak perlu ramai, mereka mungkin hanya tiga tokoh yang faceless dan merekrut beberapa wakil beberapa orang secara tidak untuk menyebarkan kerosakan dan menyalurkan dana yang bukan sedikit."

Kata pembaca laman Malaysiakini itu lagi, "Sila buat pendedahan segera, supaya orang tidak menuduh PM dan kuncu-kuncunya yang terlibat, termasuk isterinya yang banyak wang dan berbelanja besar.... macam sang kancil berak gajah!"(IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails