Thursday, March 17, 2011

Judi: Cina Terima & Faham Dasar PAS - Pemuda DAP



KOTA BHARU, 17 Mac 11:
Masyarakat Cina telah menerima pentadbiran PAS dalam tempoh 20 tahun. Dasar PAS sudah diketahui termasuk oleh bukan Islam. Jadi, DAP hari ini menjelaskan aktiviti judi yang perlukan premis seperti Magnun atau Nombor Ekor tidak lagi berbangkit sekarang, kerana semua rakyat Kelantan sudah faham.

Ketua Pemuda DAP Kebangsaan, Anthony Loke Siew Fook berkata, semua bangsa di negeri ini telah menerima larangan kegiatan tersebut sudah melewati 20 tahun.

”Masyarakat Cina telah menerima pentadbiran PAS dalam tempoh 20 tahun. Dasar PAS sudah diketahui termasuk bukan Islam.

”Itu tidak lagi menjadi isu, yang ditimbul sekarang hanya penjualan tiket loteri sahaja. Ini kerana ada pihak berhujah loteri tidak memerlukan premis dan diberi kelulusan kerajaan pusat.

”Dan apabila kerajaan negeri menguatkuasa larangan itu seolah-olah melampaui batasan kuasa kerajaan pusat. Dan kerajaan Kelantan menjelaskan isu ini akan dikaji Penasihat Undang-Undang,” katanya pada persidangan media selepas perjumpaan dengan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Darulnaim hari ini.

Hadir sama perjumpaan itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Ketua Penerangan PKR, Dr Muhd Nor Manuty dan anggota parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong. Sebelum ini ada pihak mempertikaikan tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam menyerbu premis yang disyaki menjual tiket loteri.

Loke berkata, beliau dan Liew menyatakan pandangan DAP terhadap isu loteri kepada Menteri Besar.

”Hanya penjualan loteri yang jadi isu baru-baru ini. Dan kita berpuas hati dengan perbincangan hari ini. Kita menghormati judi adalah haram kepada orang Islam.

“Hanya menjadi persoalan kepada bukan Islam membeli loteri kerana ia dibenarkan di peringkat pusat, dan kerajaan negeri bersedia mengkaji spesifik isu loteri.

”Dan kalau dibenarkan selepas dilihat dari aspek undang-undang kita perlu melihat semula bagaimana melaksanakan perkara ini,” ujarnya.

Beliau juga berkata, loteri sudah menjadi kebiasaan kepada masyarakat Tionghua sejak sekian lama. Beliau yang juga anggota parlimen Rasah berkata, dalam isu judi bola sepak DAP awal-awal lagi menentang ketika perbahasan di parlimen.

Menurut Mustafa pula, kerajaan Kelantan menyerah kepada Penasihat Undang-Undang (LA) untuk mengkaji isu penjualan tiket loteri yang tidak membabitkan premis. Ini kerana kegiatan perjudian yang memerlukan premis memang tidak boleh di Kelantan, tetapi dalam konteks tanpa premis lesen judi itu diluluskan kerajaan pusat.

“Kuasa kerajaan negeri premis di bawah peraturan PBT, tetapi kalau kegiatan judi yang tidak memerlukan premis inilah yang LA hendak kaji.

“Kalau mereka jual di tepi sungai kita pun tidak tahu, macam mana hendak buat. Itu maksudnya. Tengok dahulu apa hasil yang dikaji LA,” ujarnya.

Beliau juga berkata, pertemuan dengan Menteri Besar hari ini bagi menerangkan keputusan mesyuarat Pakatan Rakyat yang lepas berkaitan isu berkenaan. Cuma kata beliau apa yang dilaporkan beberapa akhbar tidak tepat berkaitan kenyataan dikeluarkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, dakwaan mengatakan Anwar menegur Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak berbangkit sama sekali kerana apa yang dilaporkan media berlainan.

”Keputusan diambil kita serah kepada kebijaksanaan negeri Pakatan masing-masing. Pulau Pinang macam mana pendekatan yang mereka hendak diambil.

”Kelantan sudah lama diketahui sikapnya. Tidak semesti apa yang dilakukan Kelantan negeri Pakatan Rakyat lain pula hendak ikut, jadi terpulang di atas kebijaksanaan dan autoriti negeri terbabit,” tambahnya.

Dalam kenyataan sebelum itu Menteri Besar berkata, isu larangan penjualan tiket-tiket loteri Big Sweep yang dikatakan tidak memerlukan premis tetap, kerajaan negeri sedia menelitinya.

“Kita serahkan kepada Penasihat Undang-Undang Negeri untuk melihat dari sudut perundangan yang ada,” katanya.

Kenyataan media itu dibaca Setiausaha Akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari. (IH)

Judi: UMNO/BN Curang, Tikam PAS Dari Belakang

Kota Bharu 17 Mac: Kerajaan UMNO/BN curang ke atas umat Islam dan rakyat negara ini. UMNO melalui Kerajaan Persekutuan telah menikam kerajaan Kelantan pimpinan PAS dari belakang, walau di depan pura-pura inginkan perpaduan Melayu.

Hal ini disifatkan oleh weblog ini, apabila Kerajaan Kelantan merakamkan rasa dukacita kerana pihak kerajaan pimpinan Umno BN di peringkat Pusat adalah pihak berkuasa meluluskan pelbagai jenis lesen judi, sehingga memerangkap umat Islam dan penganut agama lain.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan kerajaan negeri tetap berpendirian menjaga kesucian ajaran Islam dan mendokong keluhuran undang-undang, selari dengan perlembagaan persekutuan.

“Natijahnya, apa sahaja bentuk perjudian pasti membawa lebih keburukan daripada kebaikan,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, berkaitan dengan apa yang dihebohkan oleh pemimpin parti politik tertentu yang mengungkit rasa tidak puas hati dengan polisi sedia ada kerajaan negeri berhubung penguatkuasaan larangan premis judi di Kelantan, pihak kerajaan negeri sedia menerima pandangan dan sedia memberi penjelasan.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau.

SEBAGAIMANA semua pihak sedia maklum bahawa polisi pentadbiran kerajaan negeri Kelantan sejak 1990 adalah berteraskan prinsip pentadbiran Islam. Dalam isu pengharaman premis judi dan perjudian haram, kerajaan negeri sedia melaksanakan pematuhan kepada ajaran Islam yang tidak membenarkan penganutnya berjudi atau terlibat dengan sebarang aktiviti berkaitan perjudian.

Begitu pula, sebelum pelaksanaan penguatkuasaan larangan premis judi dan aktiviti perjudian dibuat pihak kerajaan negeri turut mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak di luar kerajaan. Antaranya berunding dengan badan-badan NGO dan wakil-wakil dari semua agama seawal 1991.

Hasilnya telah sepakat dan bersetuju dengan hujah bahawa perjudian wajar dilarang atas pendirian bersama bahawa perjudian memberi banyak keburukan daripada kebaikan dan mudaratnya sehingga boleh membawa seseorang itu menjadi muflis, mengalami kerosakan dan kehancuran kerukunan rumah tangga.

Perjudian melupakan ‘akal fikiran’ manusia, menyebabkan manusia hanya berserah kepada ‘nasib’. Apa kata kalau manusia menyerahkan kepada nasib semata-mata dalam semua aktiviti hidup? Pasti akan jahanam dan porak-peranda. Manakala perniagaan dihalalkan kerana berniaga mencetuskan aktiviti rasional manusia.

Sehubungan itu, pihak berkuasa tempatan telah diarah menggubal peraturan penguatkuasaan yang tidak membenarkan mana-mana premis menyediakan khidmat perjudian dan aktiviti berkaitan. Penguatkuasaan itu adalah selari dengan bidang kuasa kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.

Adapun berbangkit isu larangan penjualan tiket-tiket loteri big sweep yang dikatakan tidak memerlukan premis tetap untuk dijual, maka dalam isu ini, pihak kerajaan negeri sedia menelitinya dan menyerahkan kepada legal adviser untuk melihat dari sudut perundangan yang ada.

Apa pun, pendirian kerajaan negeri ialah tetap menjaga kesucian ajaran Islam dan mendokong keluhuran undang-undang, selari dengan perlembagaan persekutuan. Natijahnya, apa sahaja bentuk perjudian pasti membawa lebih keburukan daripada kebaikan.

Berkaitan dengan apa yang dihebohkan oleh pemimpin parti politik tertentu yang mengungkit rasa tidak puas hati dengan polisi sedia ada kerajaan negeri berhubung penguatkuasaan larangan premis judi di Kelantan, pihak kerajaan negeri sedia menerima pandangan dan sedia memberi penjelasan.

Sehubungan itu, kerajaan negeri merakamkan rasa dukacita kerana pihak kerajaan pimpinan Umno-BN di peringkat Pusat sana adalah pihak berkuasa yang meluluskan pelbagai jenis lesen judi sehingga memerangkap umat Islam dan penganut agama lain.

Sekian. Terima kasih.

Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat,
Menteri Besar Kelantan
Pejabat Menteri Besar Kelantan.
Kota Darulnaim, Kota Bharu.
12 Rabiulakhir 1432/17 Mac 2011 (IH)

P/PAS: Manjung Mari Cadang Dr Mujahid T/Presiden


Muktamar dan pemilihan PAS 2011.. Aku cadangkan Dr Mujahid sebagai calon Timbalan Presiden.

Salam Sejahtera.
Pagi tadi buka saja Malaysiankini terkejut seketika aku... sebabnya dah bermula, apa yang mula.. kempen, entahlah tak tau aku nak identified apa ... hangpa nilai sendiri... DI SINI dan juga DI SINI

Kemudian bila masuk kat blog MSO, pun ada juga isu-isu yang lebih kurang serupa,, sila baca DI SINI .

Sebelum, sengaja aku buka topik isu ini di Facebook aku Nak tengok pandangan kekawan, walaupun ada seorang dua yang tak bersetuju namun nampaknya majoriti memberikan jawapan yang positif...

Apa yang aku tahu dalam parti PAS tak seperti dengan UMNO, jauh berbeza umpama langit dengan bumi..., UMNO tidak melaksanakan semangat demokrasi seperti mana yang dilaung-laung selama ini..., Hak ahli untuk memilih sesiapa pemimpin mereka di sekat dengan secara terang-terangan demi untuk mengelak perpecahan parti... alasann......

Jadi di sini dengan secara resminya aku memaklumkan, blog Manjungmari mencadangkan Dr Mujahid Yusof Rawa sebagai calon Timbalan Presiden PAS.

Di sini aku mengharap, mana-mana pembaca yang juga ahli-ahli PAS yang bersetuju dengan cadangan blog MM bolehlah mencadangkan dalam mesyuarat agung kawasan masing-masing.

Selamat bermesyuarat...

Demikian dari Manjong Mari
Komen Weblog Ibnu Hasyim: ????
Sebelum ini..

Wanita UMNO Peluk-Cium Jantan Non Muhrim Depan Umum..

Seekor kerbau bawa lumpur, habis semua terpalit! Atau semua kerbau-kerbau itu berlumpur?

Lihat lagi...
E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia?
E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M\

Peter Pang Dipecat T/Ketua Menteri Sabah. Krisis?


Datuk Peter Pang Digugurkan Dari Jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah

KOTA KINABALU 16 Mac 11: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, Datuk Peter Pang En Yin digugurkan dari jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah berkuatkuasa serta merta, demikian diumumkan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Bagaimanapun, Musa berkata Pang, 51, yang kini menyertai parti Gerakan kekal sebagai Menteri Belia dan Sukan negeri.

Pengganti Pang sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah akan diumumkan kemudian, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet negeri di sini hari ini.

Pang mengumumkan keluar Parti Liberal Demokratik (LDP) pada 1 Sept tahun lepas selepas Timbalan Presiden LDP Chin Su Phin mengumumkan pucuk pimpinan parti itu tidak lagi boleh bekerja dengan Musa, yang juga merupakan pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri.

Selepas beberapa bulan tidak menganggotai mana-mana parti, semalam, beliau bersama 118 penyokongnya menyerahkan borang keanggotaan kepada Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon di Sandakan, Sabah. - BERNAMA

Wednesday, March 16, 2011

Injil BM, Orang Islam Boleh Baca & Banding -PUM


KL, 16 Mac 11: Penggunaannya Bahasa Malaysia dalam kitab Injil sepatutnya tidak dipolitikkan. Orang Islam boleh baca dan boleh buat perbandingan dengan al-Quran. Demikian menurut, Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir.

“Saya positif dalam perkara ini, bila ada dalam Bahasa Malaysia orang Islam boleh baca dan boleh buat perbandingan dengan al-Quran, bahasa inikan perantara jadi ia bukannya isu. Jadi kenapa mesti diperbesarkan.

“Sebagai contoh al-Quran, ia telah diterjemahkan dalam banyak bahasa..bukan hanya Bahasa Malaysia tapi bahasa-bahasa lain,” katanya.

Jelas beliau, penggunaan Bahasa Malaysia dalam kitab Injil tidak memberikan sebarang kesan terhadap agama Islam yang merupakan agama rasmi negara.

“Bukan ia (kitab Injil) itu boleh jejaskan Islam sebaliknya ia memudahkan penganut Kristian yang tak faham Bahasa Inggeris faham apa yang ada dalam buku itu.

“Jadi buat apa nak sekat, kalau ia ada beri kesan kepada Islam itu lainlah,” katanya.

PUM berkata langkah kerajaan mengeluarkan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia yang dirampas Kementerian Dalam Negeri di Kuching dan Pelabuhan Klang adalah keputusan bijak dan tidak wajar dihalang menggunakan terbitan itu. Pihaknya tiada halangan dengan keputusan terbaru kerajaan ini kerana Bahasa Malaysia milik semua rakyat Malaysia termasuk yang beragama Kristian.

“Ia bagus, bagi saya ia tiada masalah dan saya juga boleh membaca kitab Injil itu kalau ada.

“Kita di Malaysia ini Bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi dan rakyat kita terdiri daripada pelbagai latar belakang... ada yang Islam, ada yang Kristian, ada yang Buddha dan ada yang Hindu dan banyak lagi.

“Jadi kenapa kita perlu halang mereka dari gunakan Bahasa Malaysia dalam buku-buku mereka, sebenarnya ia memang tiada masalah, kalau boleh terjemahkan dalam semua buku agama dalam Bahasa Malaysia,” kata Sheikh Abdul Halim lagi.

Semalam, kerajaan telah bersetuju untuk mengeluarkan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia yang ditahan Kementerian Dalam Negeri di Kuching dan Pelabuhan Klang, sejak 2009, beberapa hari selepas pelbagai pihak mendesak kerajaan berbuat demikian.

Keputusan itu selaras dengan warta 1982 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah membenarkan pengeluaran dan penyebaran kitab Injil dalam Bahasa Malaysia secara terhad dan terkawal, di mana buku-buku tersebut mesti dicap dengan tag “Untuk Penganut Agama Kristian Sahaja”.

Beberapa pihak termasuk PAS berpendapat tidak wajar kitab Injil dalam Bahasa Malaysia seharusnya tidak ditahan oleh Kementerian Dalam Negeri. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala berkata sejak 1982, dengan akta tersebut, laporan menunjukkan bahawa tiada sebarang isu atau masalah yang dihadapi dalam pelaksanaannya. (IH)

Pemilihan PAS: Mohd Sabu Antara 6 Calon T/Presiden?

NONE
KL 16 Mac 11: Angin pemilihan jawatan dalam kepimpinan PAS mula bertiup. Ibu pejabat PAS dilapor menetapkan tarikh mesyuarat agung dan pemilihan bagi 179 kawasannya bermula semalam hingga 10 Mei ini. Muktamar pemilihan PAS dijadual berlangsung Jun ini.

Malaysiakini hari ini mula mempromosi calon yang akan bertanding, Muhamad Sabu.

"
Malaysiakini difahamkan sudah terdapat pertemuan di kalangan pemimpin tertentu yang berusaha memberi laluan kepada Mohamad yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Pulau Pinang bertanding kali kedua merebut jawatan berkenaan."

"Malah, menurut sumber, sudah ada kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur membuat keputusan mencalonkan Mohamad merebut 'kerusi panas' itu." Lapor Malaysiakini.

Dalam pemilihan PAS dua tahun lalu, Mohamad Sabu tewas kepada penyandangnya Nasharuddin Mat Isa dan bekas naib presiden Datuk Husam Musa dalam persaingan tiga penjuru. Nasharuddin mendapat 480 undi, Husam (281) dan Mohamad memperolehi 261 undi. Selepas pengumuman itu, Mohamad tidak menolak kekalahannya mungkin disebabkan undi pecah dengan penyokong Husam.

Kali ini, Mohamad dilihat yakin dan bersedia apabila dalam masa dua minggu lagi, beliau akan mengumumkan pendirian sama ada bertanding ataupun tidak bagi jawatan berkenaan. Ditanya Malaysiakini mengenai masa yang sesuai untuk beliau mengumumkan pendiriannya, Mohamad berkata:

"Tengok awal bulan April ini. Tak lama dah... Awal bulan April, telefon semula," katanya sambil memberitahu perlu mendapatkan maklum balas rakan-rakannya terlebih dahulu.

Menurut Malaysiakini lagi, jika Mohamad bertanding, beliau dijangka berdepan dengan beberapa tokoh yang disebut-sebut bertanding antaranya naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ahli jawatankuasa PAS Pusat Datuk Abu Bakar Chik dan Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Dikatakan juga, dalam masa yang sama, Nasharuddin sebagai penyandang kerusi itu tidak akan mempertahankan jawatan itu manakala ada sumber mendakwa Husam pula akan memberikan laluan kepada Mohamad. Kedua-dua mereka bagaimanapun setakat ini belum membuat sebarang kenyataan rasmi berhubung pendirian mereka.

Kalau Nasharuddin dan Husam terus tidak memberi laluan, mungkin pertandinagn merebut Timbalan Presiden PAS terdiri dari enam tokoh. (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails