Thursday, November 18, 2010

China: Orang Tua Ramai Dari Orang Muda. Mengapa?

CATATAN SANTAI

China

Di China, penduduk tua lebih ramai dibanding yang muda

Cina

Bawah: Ibnu Hasyim di Maqam Abi Waqqas di China..

"KINI, jumlah penduduk menjadi problem di China, kerana rasio orang tua terus meningkat tajam, berbanding terbalik, dengan jumlah anak mudanya.." kata seseorang yang datang dari China sewaktu bertemu saya di KL baru-baru ini. Dia seorang pensyarah di sebuah universiti di China sewaktu saya melawat ke tempatnya tahun lepas.

Menurutnya, Cina juga menghadapi masa depan ketika ramai lelaki tidak dapat jodoh isteri kerana terjadi tidak seimbang jumlah lelaki dan perempuan. Penduduk Cina pula lebih suka dapat anak lelaki dibanding anak perempuan. Ramai yang menggugurkan kandungan bila tahu janinnya perempuan.

"Bagaimana pandangan anda?" Dia tanya saya.

Dilihat dari sudut sejarah, Mao Zedong yang berkuasa di Cina dari tahun 1949 hingga kematiannya tahun 1976 menganggap pertumbuhan penduduk yang pesat sebagai kekuatan produksi yang diperlukan Cina untuk menjadi negara kuasabesar. Beliau bertindak tegas kepada penentang yang mempertikainya.

Tetapi bila penggantinya Deng Xiaoping mengambil alih, lain pula jadinya. Deng merasa populasi Cina yang besar membebani pemulihan ekonomi yang masih rentan gara-gara kekacauan politik selama bertahun-tahun. Pada 25 September 1980, Biro Politik Partai Komunis mengeluarkan surat terbuka ke semua anggota partai dan liga pemuda komunis agar mereka hanya mempunyai satu anak saja.

Saya terang kepada kawan saya itu, "Pada saya, dengan terbitnya surat itu, saya anggap itulah bermulanya penerapan 'politik satu anak' (istilah saya sendiri) di China yang kontroversi. Kerajaan kamu telah mengumumkan bahawa politik itu telah membantu menurunkan angka kelahiran hingga 400 juta dalam 30 tahun terakhir.."

Pemerintahnya berulangkali menekankan bahawa projek politik satu anak itu dianggap berjaya membantu meringankan pembangunan ekonomi dan masyarakat, yang tetap akan diteruskan. Namun ada juga kritik-kritik yang mempertikainya.

Satu team termasuk dari akademisyen Cina telah menemukan faktor turunnya kelahiran adalah lebih disebabkan jatuhnya 'tingkat kesuburan' (atau jumlah anak yang akan dilahirkan oleh seorang perempuan semasa hidupnya) di tahun 1970an adalah kerana kerajaan menekankan projek tundaan perkawinan, meletakkan jarak lebih panjang antara kelahiran dan pengurangan jumlah anak.

Menurut Profesor Wang Feng dari Universiti California yang memimpin penelitian ini, turunnya tingkat kesuburan di Cina adalah kerana telah diperkenalkan alat kontrasepsi tahun 1978. Tingkat kehiran per keluarga rata-rata turun dari lima menjadi dua.

Setelah 30 tahun, kelemahan politik satu anak ini mula terserlah. Walau Cina masih memiliki populasi terbesar di dunia, sebuah laporan dari Asosiation Ilmuwan Sosial Cina yang diterbitkan bulan lalu menunjukkan pemerintah terlalu membesar-besarkan persoalan tingkat kesuburan ini, yang sepatutnya di tarik balik. Belum jelas bila Beijing akan mencabutnya. Tetapi ada kemungkinan persoalan ini akan dibincangkan dalam pertemuan komite partai bulan depan.

Pada saya sebagai seorang Islam, masih berpegang kepada pesan Nabi SAW, berkahwin dan beranaklah, sesungguhnya beliau gembira dengan umatnya yang ramai. Apalagi di masa sekarang, di dalam suasana perang yang tidak dapat dielakkan, jumlah ramai dan orang-orang muda amat diperlukan. Kalau di Malaysia pertarungan melalui 'peti undi', kira satu kepala untuk satu undi, bukan kira nilai tinggi atau cerdik di dalam kepala.

Sekian.

Ibnu Hasyim Catatan Santai
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
Nov 18, 2010
KL

Gagal 2/3 Majoriti, Rampas Semula 2 Negeri PR - Dr M


KL 18 NOV 10: BN dijangka terus gagal mendapatkan majoriti dua pertiga di parlimen tetapi mungkin berjaya merampas satu atau dua buah negeri kembali pada pilihan raya umum akan datang, kata mantan, perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pada wawancaranya dengan Bloomberg pada 16 November lalu, Mahathir berkata “BN mungkin tidak dapat dua pertiga majoriti yang membolehkan mereka memerintah negara dengan mandat yang kukuh” pada pilihan raya umum yang perlu diadakan sebelum 2013.

Namun, katanya parti pemerintah itu “mungkin mendapat satu atau dua” daripada lima negeri yang sekarang di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat.

Mahathir bagaimanapun tidak menamakan negeri-negeri yang dijangkakan akan jatuh semula ke tangan BN. Namun dipercayai beliau merujuk kepada negeri asalnya, Kedah yang jatuh kepada PAS buat pertama kali pada pilihan raya 2008.

Sebuah negeri lain yang diintai oleh BN adalah Selangor, antara negeri paling kaya di Malaysia. Andaian Mahathir itu dipercayai dipengaruhi oleh kejayaan BN pada dua pilihan raya kecil awal bulan ini - kerusi DUN Galas dan parlimen Batu Sapi - dan juga krisis kepimpinan yang melanda PKR sekarang.

“Buat masa ini, partinya (ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah dalam keadaan kucar-kacir,” kata Mahathir.

Anwar, yang dikatakan, merupakan bekas anak didik Mahathir dijangka menghadapi tentangan dalaman dari partinya berikutan perletakkan jawatan bekas menteri, Zaid Ibrahim yang merupakan pengerusi PKR Wilayah Persekutuan. Mahathir juga menyifatkan Perdana Menteri, Datuk seri Najib Razak sebagai “satu perubahaan besar” jika dibandingkan dengan penggantinya, Tun, Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah dipilih oleh Mahathir untuk menggantikannya apabila beliau bersara pada Oktober 2003. Namun, akibat pergeseran kedua-duanya dan diburukkan lagi dengan prestasi buruk BN pada pilihan raya umum 2008, Mahathir terus membidas Abdullah dan mendesaknya meletak jawatan. (AK)

Ikuti kisah PRK dari mula, seterusnya hingga ulasan-ulasan terakhir.
PRK DUN GALAS.

UMNO Makin Ekstream, Batalkan Pertunjukan Rap?

HALAMAN HIBURAN:
KL 18 NOV 10: UMNO nampaknya makin ekstream bila pertunjukan penyanyi rap kontroversi, Namewee yang dijadual Sabtu ini di sebuah pusat hiburan di Kuantan dibatalkan kononnya kerana mendapat bantahan banyak pihak.

Di Temerloh, Pergerakan Pemuda Umno Pahang membantah sekeras-kerasnya pertunjukan itu kerana bimbang akan mencetuskan perkara tidak diingini. Ketua Pemuda Umno Pahang Abu Jimmi Samat berkata bantahan itu bukan bersifat perkauman, tetapi bagi menjaga keamanan kerana sebelum ini pemuda terbabit pernah menguris perasaan rakyat negara ini.

"Kita mahukan penghibur yang baik, bersih dan berakhlak mulia yang boleh menjadi idola kepada semua kaum," katanya.

Sementara itu, pemilik pusat hiburan berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Wong ketika dihubungi hari ini mengesahkan perkara itu dan menyatakan ia berlaku akibat salah faham. Beliau berkata pengelola pertunjukan berkenaan sebelum ini datang menemuinya untuk menyewa premis berkenaan bagi pertunjukan seorang artisnya.

"Dia menawarkan harga yang tinggi, saya pun tidak tanya siapa artis itu," katanya.

Wong berkata beliau hanya menyedari artis berkenaan ialah Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee setelah kain rentang pertunjukan itu digantung di premisnya, Isnin lalu. Lebih 30 Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Pahang membantah pertunjukan individu yang pernah mencetuskan kontroversi mempermainkan lagu Negaraku dalam sebuah laman web pada 2007 selain menghasilkan klip video yang mencerca guru serta menyebut Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai kurang ajar.

Wong berkata beliau juga dinasihatkan polis dan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) supaya membatalkan pertunjukan itu. Tinjaun Bernama mendapati pemilik pusat hiburan terbabit telah mempamerkan kain rentang memberitahu pembatalan pertunjukan berkenaan. (AK)

Buku Wanita Gemparkan Saudi


RIYADH 18 NOV 10: Sebuah buku mengenai Wanita Muslim yang beredar di tengah masyarakat Arab Saudi menimbulkan kegemparan. Buku ini dicetak oleh Jabatan Pendidikan Riyadh dan membicarakan hak wanita di berbagai sektor di Arab Saudi.


Mantan Menteri Pendidikan Arab Saudi, Mohammad ar-Rashid, penulis buku ini menekankan pentingnya perana wanita di berbagai sektor dan lapangan pekerjaan di negara ini. Buku yang membangkitkan reaksi keras khusunya dari kelompok Wahabi. Demikian dilaporkan Televisyen al-Alam Rabu 17 NOV.

Ar-Rashid dalam bukunya mengkritik kebijaksanaan anti peranan wanita di berbagai sektor di Arab Saudi. Ia mendedakan, undang-undang yang melarang wanita menjadi jurukira, memandu kenderaan, yang menjadi undang-undang larangan wanita di tengah masyarakat. Sikap ar-Rashid ini mendapat penetangan kuat dari tokoh dan kelompok Wahabi di Arab Saudi dan menyebutnya sebagai pembangkangan terhadap fatwa ulama serta mufti negara ini. (AK)

Kabut Tebal 24 jam Terakhir Menutup Merapi

Kabut Tebal Tutupi MerapiAwan Panas Merapi

MAGELANG 18 NOV 10: Kabut cukup tebal selama 24 jam terakhir menutup Gunung Merapi di perbatasan antara Jawa Tengah dengan Daerah Istimewa Yogyakarta.

"Hampir selama 24 jam terakhir Merapi dari pengamatan di sini tertutup kabut tebal," kata petugas pengamatan Gunung Merapi di Pos Bukit Ketep, Kabupaten Magelang, Yulianto, Kamis (18/11).

Pengamatan secara visual dari pos darurat di Bukit Ketep menunjukkan di antara Gunung Merapi dengan Merbabu tidak terlihat kepulan asap sulvatara, semburan awan panas, dan guguran material.

Tetapi, lanjut Yulianto, hingga kini Gunung Merapi masih berstatus 'awas', level tertinggi atas aktivitas vulkaniknya. ''Kalau terjadi hujan abu, umumnya karena abu vulkanik yang menempel di pohon dan daun beterbangan tertiup angin, sehingga terjadi hujan abu tipis," katanya.

Yulianto mengatakan, petugas pengamatan Merapi dari bukit itu sebanyak empat orang dengan dibantu sejumlah warga Ketep. Pos utama pengamatan Merapi dari sisi barat daya terletak di Desa Babadan, Kecamatan Dukun, sekitar empat kilometer barat puncak Merapi.

Seorang warga Dusun Tangkil, Desa Ngargomulyo, Kecamatan Dukun, Kabupaten Magelang, Jayus, mengatakan, sebagian warga dusun setempat yang berjarak sekitar 6,5 kilometer barat puncak Merapi telah pulang dari beberapa penampungan pengungsi di Muntilan ke kampungnya.

Mereka yang telah pulang ke dusunnya, kata Yulianto, hingga kini masih sibuk membersihkan rumah yang terkena abu vulkanik dampak semburan awan panas intensif Merapi. ''Selain itu, mereka juga mencari pakan sapi di kebunnya seperti ketela dan batang pohon pisang ,'' jelasnya.

Areal pertanian yang umumnya ditanami sayuran di kawasan Kali Lamat itu, katanya, rusak oleh abu vulkanik. Sementara itu di Gunung Kidul, Pengungsi letusan Gunung Merapi melaksanakan Shalat Idul Adha 1431 Hijriyah di posko Rest Area Bunder Gunung Kidul, Daerah Istimewa Yogyakarta, dengan penuh keterbatasan, (REPUBLIKA/AK)

Halal: Wardina Tolak Tawaran S/Israel. Syabas!

HALAMAN HIBURAN

PETALING JAYA 17 NOV 10: Pengacara Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot mengambil pendekatan untuk berubah dan menyokong produk keluaran Muslim dan halal. Bukan bermakna kenyataan tersebut sengaja dikeluarkan setelah dia dilantik sebagai duta produk ubat gigi Mu’min.

Namun sebenarnya, dia telah lama memikirkan tentang perkara tersebut lantas sanggup menolak untuk bekerjasama dengan dua buah syarikat bertaraf antarabangsa.

“Saya rasa sudah tiba masanya untuk berubah menggunakan produk Muslim yang halal dan berkualiti. Jadi, tak perlu rasa hebat kerana memakai barangan buatan lain sebaliknya kita perlu rasa hebat kerana menyumbang kepada ekonomi Islam.

“Saya tidak nafikan, sebelum ini saya ada mendapat tawaran daripada sebuah syarikat yang berkait dengan Israel di Amerika Syarikat tetapi akhirnya saya tolak sebab saya rasa sangat bersalah,” katanya kepada mStar Online.

Tambahnya: “Jadi, saya memilih untuk menyokong syarikat yang membangun dari kecil kerana bukan mudah untuk lawan pasaran yang besar dengan modal berjuta-juta ringgit.

“Lagipun bukan mudah untuk memasuki pasaran terbuka yang didominasi oleh kaum Cina. Saya sangat tersentuh dengan cara mereka bangunkan syarikat tersebut. Atas dasar itu, saya ingin sama-sama membantu mereka.”

Dalam masa yang sama, dia berharap agar semua pihak memberikan sokongan kepada ubat gigi Mu’min. Wardina secara rasminya dilantik sebagai duta produk tersebut pada 30 Oktober lalu. Selain bergelar duta, Wardina turut muncul dalam sebuah iklan komersil di televisyen. (mStar Online)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Syabas Wardina, demi halal dan Islam. Bukan ikut perut sahaja.

Taushiyah Ba'syir Dari Penjara: Adha & Perjuangan


Jakarta16 November 2010: Semasa di penjara Mabes Polri Usataz Abu Bakar Ba’asyir memberikan taushiyahnya kepada umat Islam yang sedang merayakan hari raya Idul Adha. Dengan ilmiah beliau menjelaskan apa saja hikmah hari raya idul adha dan apa kaitannya dengan perjuangan menegakkan Islam, dan berikut inilah taushiyah beliau itu...

Idul qurban, qurban di sini dalam bahasa arab asalnya (قَرُبَ) qoruba artinya mendekat. Jadi sebenarnya pelajaran dari idul qurban yaitu untuk menguji kebenaran iman. Kebenaran iman itu harus dibuktikan dan siap untuk berkorban, dalilnya mana? Yaitu ketika Nabi Ibrahim mulai punya anak, setelah diberi anak satu yaitu Ismail diperintahkan Ibu (Hajar) dan anaknya pergi;

(رَبَّنَا إِنِّي أَسْكَنْتُ مِنْ ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ) artinya; Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman (Q.S. Ibrahim : 37).

Menurut akal anak dan ibunya ini akan mati, tidak ada tumbuh-tumbuhan tidak ada air - yang sekarang jadi masjidil haram – nah itu ujian iman. Kalau menurut akal tidak akan mau melaksanakan perintah itu. Tapi kerena Nabi Ibrahim imannya itu di atas segala-galanya maka di letakkan betul anak dan istrinya di sana. Memang ada kesulitan, sampai Hajar berlari-lari dari shafa ke marwa terus mucul sumur zam-zam semua kan ujian itu. Jadi iman itu harus dibuktikan dengan ta’at meski perintah itu sepertinya berbahaya. Ini ujian yang pertama.

Dalam surat As-Shafat ayat 102; (فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ..) artinya; “Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim…” Nabi Ibrahim yang mempunyai anak begitu baik sangat sayang, tetapi setelah dia dewasa, membantunya kerja dan akhlaqnya baik baik tiba-tiba ada lagi wahyu lewat mimpi, ayatnya;

(قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَى فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانْظُرْ مَاذَا تَرَى) artinya; "Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu maka fikirkanlah apa pendapatmu!” Nabi Ibrahim mendapat wahyu lewat mimpi untuk menyembelih Ismail. Bayangkan! orang yang sudah tua, baru punya anak satu yang begitu menyenangkan hati diperintahkan untuk menyembelih, disampaikanlah: "Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!". Dan ismail itu imannya sama dengan ayahnya, tidak banyak cakap; Ia menjawab:

(قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ) artinya; "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar". Nah ini ujian yang kedua.

Ujian itu yang kalau dipikir pakai akal bias stress. Allah Cuma mau nguji mau taat atau tidak, itu saja!

Itulah hikmah idul adha, menguji ketaatan, iman itu prinsipnya pada ketaatan. Kemudian dilaksanakan betul (oleh Nabi Ibrahim); (فَلَمَّا أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِينِ) artinya; “Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis (nya), (nyatalah kesabaran keduanya).” (Q.S. As-Shafat : 103). Setelah dicelentangkan mau disembelih diganti oleh Allah dengan kambing, terus ayat selanjutnya itu kan Allah menguji (إِنَّ هَذَا لَهُوَ الْبَلَاءُ الْمُبِينُ) artinya; “Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata.” (As-Shafat : 106) Itulah iman.

Dalam surat Al-Ankabut ayat 2-3 Allah berfirman:

أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آَمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ ( ) وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

Kalau dengan mulut semua orang bisa, tetapi ketika ada perintah Allah mau taat atau tidak? Itu persoalannya. Jadi idul adha itu titik beratnya pejaran iman untuk mengajarkan iman yang benar itu harus dibuktikan dengan taat, sami’na wa atha’na tidak boleh dibahas, dicocok-cocokan, hanya kita diberi kelonggaran menurut kemampuan. Sebab orang beriman itu modalnya percaya hanya kepada Allah dan RasulNya itu mutlak, pokoknya dari Allah dan Rasul itu benar titik! Apakah akal bisa memahami maslahatnya atau tidak, pokoknya dari Allah dan Rasul itu paling benar, paling ilmiah, paling modern titik! Sikap yang seperti ini namanya mukmin, sikap yang seperti ini yang dinamakan oleh orang-orang kafir itu ekstrimis, fundamentalis. Tapi memang begitu, iman itu harus begitu.

Maka dalam ayat yang lain;

إِنَّمَا كَانَ قَوْلَ الْمُؤْمِنِينَ إِذَا دُعُوا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ لِيَحْكُمَ بَيْنَهُمْ أَنْ يَقُولُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

“Sesungguhnya jawaban orang-orang mukmin, bila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka ialah ucapan." "Kami mendengar dan kami patuh." Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung” (Q.S. An-Nur : 51)

Kami dengar kami taati. Bukan kami dengar kami koreksi, itu syaitan, takabur itu. Seperti iblis kan begitu tidak mau sujud karena mengoreksi perintahnya Allah; “wong saya dari api dan dia dari tanah ya Allah kok saya yang suruh sujud” (lihat Q.S. Al-A’raf : 12, Shad : 76). Itu kan mengoreksi namanya, diusir, dilaknat sampai hari kiamat karena itu takabur.

Jadi idul adha itu prinsipnya mengajarkan tentang iman, iman yang benar itu dibuktikan dengan taat mutlak kepada Allah dan RasulNya menurut kemampuan, tidak boleh membantah, tidak boleh dikoreksi, kita harus mempunyai modal (iman);

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آَمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُولَئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar. (Q.S. Al-Hujarat : 15).

Keterkaitannya dengan perjuangan, di dalam ayat itu (Al-Hujarat ayat 15) karakter orang beriman itu ada dua.

Satu, imannya kepada Al-Qur’an dan Sunnah didasari yakin sehingga menimbulkan taat mutlak. Nah karakter semacam ini menimbulkan karakter yang kedua yaitu;

(وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ) artinya; “… dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah...” Hidupnya itu hanya untuk berjuang menegakkan Islam dengan harta dan nyawa. Berjuang dengan sistim perang, berjuang dengan sistim dakwah berjuang dengan harta masing-masing menurut kemampuan. Jadi otomatis orang beriman itu hidupnya untuk berjuang menegakkan Islam di luar itu tidak! Nah kalau sudah dua karakter ini ada baru ditutup ayat ini;

(أُولَئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ) artinya; “…mereka itulah orang-orang yang benar .“ itu kaitan idul adha dengan perjuangan.

Sekian.semoga Allah membebaskan beliau …! (Arrahmah.Com)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails