Monday, April 26, 2010

Awas, HP Tiruan, Anda Jangan Jadi Mangsanya..

PENGGUNA
pix_middle
GOMBAK, APR 26, 10: Hasrat menghadiahkan telefon bimbit baru kepada isteri dan ibu mentua sebagai tanda kasih sayang tidak disambut gembira, malah melukakan hati seorang kontraktor yang tersedar dia ditipu Geng Sabah yang dikesan aktif melakukan penipuan menerusi penjualan telefon tiruan atau jenis cap ayam kepada mangsa.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Nizam, 36, berkata kegiatan penipuan licik terbabit berlaku ketika dia berhenti untuk mengisi minyak di stesen Petronas tidak jauh dari Plaza Tol Gombak, Lebuhraya Karak, dekat sini.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari Sabtu lalu, dia dihampiri seorang lelaki berusia awal 20-an yang menyapanya sambil menunjukkan telefon bimbit Nokia model N97.

“Lelaki terbabit menawarkan telefon itu pada harga RM600 berbanding harga pasaran mencecah RM1,500.

“Dia mendakwa memperoleh bekalan telefon itu daripada hasil rampasan Kastam Diraja Malaysia (KDRM),” katanya ketika ditemui di sini.

Menurut Nizam, dia membelek telefon bimbit berkenaan dan yakin ia model tulen berdasarkan keadaan luarannya selain turut berfungsi seakan-akan model asli.

“Selepas berunding dan tawar-menawar hampir 10 minit, lelaki terbabit bersetuju menjual telefon bimbit Nokia N97 dengan harga RM600 manakala model N95 dengan harga RM250.

“Saya yang tertarik harga ditawarkan itu bersetuju membeli dua N97 dan dan dua N95 dengan membayar tunai RM1,700,” katanya.

Menurutnya, dia berniat membeli empat telefon berkenaan untuk dihadiahkan kepada isteri dan ibu mentuanya.

“Lebih meyakinkan apabila selepas dibelek berulang kali, telefon bimbit terbabit mempunyai aplikasi dan paparan tidak ubah seperti telefon asli hingga menyebabkan saya sukar membezakan antara produk palsu dan tulen.

“Namun, selepas selesai membuat pembelian, saya singgah di sebuah kedai telekomunikasi di sebuah pasar raya besar di Gombak untuk memeriksa telefon itu,” katanya.

Nizam berkata, dia bagaimanapun terkejut apabila dimaklumkan pekerja kedai berkenaan empat telefon yang dibelinya itu tiruan dan mudah rosak.

“Malah telefon bimbit ‘tipu’ berkenaan tidak berfungsi seperti didakwa apabila aplikasi kamera, ‘bluetooth’ dan perisian lain termasuk WiFi tidak wujud,” katanyaenurutnya, dia yang berang berusaha menjejaki suspek, namun lelaki terbabit tiada di stesen minyak berkenaan.

“Dengan bantuan rakan saya merancang untuk memerangkap suspek dengan menghubungi telefon bimbitnya seolah-olah mahu membuat lebih banyak tempahan telefon palsu itu.

“Selepas beberapa hari mencuba, suspek membalas SMS saya dan bersetuju menjual telefon bimbit BlackBerry dan Nokia N97 dengan harga beberapa ratus saja,” katanya.

Nizam berkata, selepas rancangan diatur, dia bersama beberapa rakan berjumpa suspek di stesen minyak Petronas berhampiran Plaza Tol Gombak kira-kira jam 1 tengah hari semalam.

“Sebaik melihat kelibat suspek, kami menangkapnya sebelum memaksa pemuda terbabit mendedahkan kegiatan dilakukan. Dia mengaku bekerja untuk seorang lelaki Sabah yang membekalkan telefon palsu terbabit.

“Suspek berasal dari Kelantan dan dikenali sebagai Raja itu mendakwa menerima upah lumayan bagi setiap telefon bimbit yang dijual kepada mangsa. Berikutan itu kami memaksanya memulangkan semula wang ditipu sebanyak RM1,700 jika tidak mahu diheret ke balai polis,” katanya yang sempat merakam wajah suspek yang menipunya.

"Menurutnya, pemuda terbabit yang didesak menghubungi ‘bos’ yang melindunginya bagi meminta wang terbabit dihantar segera.

“Tidak sampai 15 minit kemudian seorang lelaki muncul membawa sampul kertas berisi wang sebelum menyerahkannya kepada kami. Sejurus itu kedua-dua lelaki terbabit meninggalkan lokasi.

“Mereka menyasar mangsa di kalangan pemandu kereta terutama yang berhenti mengisi minyak. Mereka sentiasa berpindah bagi mengelak jejak mereka dikesan,” katanya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Perlu dihebahkan kepada orang ramai, supaya pengguna tidak ditipu. Banyak penipuan model begini, yang bukan sahaja HP. Kementerian bertanggung jawab teruskan pemantauan, supaya anda tidak termasuk mangsanya. (AK)

Menang, Cina Tak Sokong, 'Mana Silap Kita?' -SU Agung BN


APR 26 H/SNGOR: Menyifatkan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil kawasan Parlimen Hulu Selangor semalam, sebagai kemenangan yang baik, para pemimpin BN berkata parti masing-masing telah dapat menawan hati dan fikiran rakyat di kawasan tersebut.

Namun Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (kiri) berkata walaupun menang dengan majoriti 1,725, tetapi pengundi Cina didapati tidak menyokong BN, bukan sahaja dalam pilihan raya kecil itu tetapi juga semasa pilihan raya umum 2008.

"Kita perlu melihat di mana silap kita. Saya akan berjumpa dengan parti-parti komponen untuk membincangkan perkara ini, tetapi kita gembira kerana pengundi India kembali menyokong BN. Begitu juga dengan pengundi Melayu.

"Kita hilang kerusi pada pilihan raya 2008 dengan majoriti kecil 198 undi tetapi kini mengekalkan kembali kerusi dengan majoriti yang lebih besar. Ini menunjukkan rakyat menyambut baik konsep yang diutarakan pucuk pimpinan seperti gagasan 1Malaysia dan Model Ekonomi Baru," katanya selepas pengumuman keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor diumumkan di Dewan Serbaguna Kuala Kubu Baharu.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (kanan, berbaju kelabu) pula berkata MCA memerlukan anjakan paradigma bagi mendekati masyarakat Cina yang dilihat tidak begitu memberi perhatian kepada soal kehendak dan keperluan asas.

"Anjakan paradigma ini mesti datang dari pemimpin MCA. Selain itu Hulu Selangor mempunyai masalah dalamannya sendiri. Bagi saya dan pemimpin parti yang lain, banyak perkara yang perlu dilakukan.

"Ia satu lagi isyarat, jika mereka tidak meletak ke tepi perbezaan antara mereka, maka MCA akan menjadi bakul sampah politik atau dinosur politik.

"Kami p
erlu melihat kembali diri kami, sama ada selepas 50 tahun menumpukan perhatian kepada masyarakat peringkat setempat, kami perlu melihat lebih lagi. Anda boleh pasti bahawa kami akan menjadi lebih vokal selepas ini," katanya.

Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata walaupun BN menang, tetapi terdapat pelbagai isu yang perlu ditangani dan diselesaikan.

"Sokongan di kalangan masyarakat Cina tidak bertambah. Apabila kita mula berkempen di sini, tahap sokongan hanya sekitar 12 hingga 15 peratus. Selepas perdana menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) turun menemui rakyat, ia meningkat kira-kira 25 peratus.

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu pula berkata partinya perlu menggandakan usaha untuk menarik kembali sokongan pengundi India.

"Ya, kami mendapat sedikit kejayaan dalam memenangi pengundi India. Dalam pilihan raya ini kami mendapat kira-kira 65 peratus sokongan. Ia pernah mencapai 80 peratus sebelum 2008. Kami perlu mencapai sasaran ini," katanya.

Timbalannya Datuk G Palanivel (bawah, berbaju perang) yang juga bekas wakil rakyat Hulu Selangor sebelum tewas pada pilihan raya 2008 berkata, sementara kejayaan kali ini meningkatkan motivasi BN, ia perlu menilai semula dan memperbaiki kelemahannya.

"Kemenangan ini adalah baik, kita mendapat majoriti yang lebih baik tetapi terdapat kelemahan yang perlu difikirkan," katanya.

Beliau berkata MIC perlu melakukan bedah sasat dan terus berusaha mendapat sokongan pengundi India menerusi pelbagai strategi.

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula menyifatkan keputusan pilihan raya kecil itu sebagai kemenangan Najib dan juga kemenangan rakyat Malaysia yang ingin melihat kestabilan, keamanan dan kemakmuran negara.

"Wanita Umno telah menjalankan tugas dengan penuh komitmen, disiplin dan kesungguhan sebagai jentera utama parti dalam menentukan kemenangan ini. Adalah amat penting juga untuk kita tunaikan setiap janji yang telah dibuat," katanya.

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kemenangan itu menunjukkan rakyat yakin dengan dasar yang di bawa Perdana Menteri berbanding keyakinan mereka terhadap pembangkang.

"Rakyat telah pilih parti yang lebih jamin masa depan, itu tanda pemulihan rakyat dan keyakinan rakyat pada BN. Saya harap ini akan menjadi titik tolak untuk BN untuk pilihan raya kecil yang lain pada masa depan," katanya.

- Bernama

Muslim Malaysia Tuntut Pembuat 'South Park' Minta Maaf

Pencipta South Park, Matt Stone dan Trey ParkerPencipta South Park, Matt Stone dan Trey Parker

Sabtu, 24/04/2010: Partai Islam Malaysia (PAS) Jumat kemarin (23/4) menuntut orang-orang yang berada di balik film kartun satir AS "South Park" untuk meminta maaf kepada umat Islam di seluruh dunia atas kelancangan mereka memberikan gambaraan yang melecehkan Nabi Muhammad SAW.

Sebelumnya pada hari Kamis lalu, saluran TV Amerika melaporkan bahwa mereka telah menghapus semua film yang terkait dengan pelecehan terhadap Nabi Muhammad setelah kelompok umat Islam mengancam pencipta acara kartun tersebut.

"Bahkan meskipun mereka telah menambahkan bleeps audio, produser 'South Park' dan penyiarnya harus meminta maaf kepada umat Islam karena hal ini adalah masalah sensitif," kata wakil presiden PAS Mahfuz Omar kepada AFP.

"Acara itu sendiri berisi kata-kata yang buruk dan melecehkan Nabi Muhammad secara provokatif. Hal ini bisa menciptakan ketegangan agama," ia menambahkan.

Kelompok Islam berbasis di New York "Revolusi Islam" mengatakan bahwa pencipta 'South Park' Matt Stone dan Trey Parker hidupnya bisa berakhir terbunuh seperti yang menimpa pembuat film Belanda Theo Van Gogh, yang dibunuh oleh seorang Muslim di Amsterdam pada tahun 2004.

Pernyataan mereka tersebut datang menyusul sebuah episode 'South Park,' pada 14 April lalu di mana Nabi Muhammad digambarkan muncul mengenakan kostum maskot beruang untuk menghindari penggambaran Nabi Muhammad secara jelas.(Era Muslim/2MA)

Sunday, April 25, 2010

BN Menang, Majoriti 1.725

HULU SELANGOR, 25 April - Calon Barisan Nasional (BN) P. Kamalanathan menang pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Beliau dikatakan memperoleh kira-kira 1,725 undi menewaskan calon Pakatan Rakyat (PR) Datuk Zaid Ibrahim. Kamalananthan terima sebanyak 24,997 unid, manakala Zaid terima 23,272 undi.

Ketika keputusan diumumkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berada di dewan kompleks sukan di Kuala Kubu Baru di sini. Keputusan diumumkan oleh Pegawai Pilihan Raya kira-kira 9:15 malam tadi.

Walaupun BN menang dengan 1,683 undi, tetapi ia jauh lebih kecil daripada kira-kira 6,000 yang disasarkan oleh Muhyiddin. Di peringkat awal perjumlahan rasmi undi, Zaid mendahului Kamalanathan ketika 100 daripada 137 peti undi diumumkan.

Kemudian Zaid depan dengan majority kira-kira 1,500 undi. Bagaimanapun, Kamalanathan mengatasi kedudukan apabila peti-peti undi dari kawasan Felda diumumkan. Dalam pilihanraya 2008, PKR menang dengan majoriti 198 undi. (The Malaysian Insider)

Laporan lanjutnya, menurut Malaysiakini......

9.27pm: Pakatan Rakyat mengadakan perhimpunan di Stadium Kuala Kubu Bahru. Ia dihadiri Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, calon PKR Datuk Zaid Ibrahim, pemimpin DAP Lim Kit Siang, ahli parlimen Batu Tian Chua dan ahli parlimen Gombak Azmin Ali serta kira-kira 300 penyokong PKR

"Ini bukan kali pertama kita kalah. Kekalahan ini tidak akan mematahkan semangat kita. PKR pernah kalah teruk sehingga tinggal satu kerusi sahaja. Kita akan terus berjuang," kata Tian Chua.

9.20pm: Keputusan rasmi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor ialah calon BN P Kamalanathan mendapat 24,997 undi, manakala calon PKR Datuk Zaid Ibrahim memperolehi 23,272 undi. Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi. Undi rosak 731. Keputusan itu diumumkan oleh pengurus pilihan raya kecil itu, Nur Hisham Ahmad Dahlan pada jam 9.20 malam.

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu tiba ketika Nur Hisham sedang membuat pengumuman keputusan pilihan raya kecil tersebut.

9.10pm: Keputusan rasmi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor ialah calon BN P Kamalanathan mendapat 24,997 undi, manakala calon BN Datuk Zaid Ibrahim memperolehi 23,272 undi. Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi.

9.05pm: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di pusat penjumlahan undi, untuk menunggu keputusan rasmi diumumkan.

Ketibaan beliau disambut dengan laungan 'Hidup BN' serta ucapan tahniah.

8.37pm: Timbalan presiden MIC, Datuk G Palanivel dan setiausaha agung PKR yang juga menteri sumber manusia, Datuk Dr S Subramaniam turut berada di pusat penjumlahan undi. Turut kelihatan ialah naib presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

8.30pm: Calon BN, P Kamalanathan tiba di pusat penjumlahan undi, dengan ditemani oleh isterinya.

8.20pm: Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di pusat pengiraan undi sambil tersenyum lebar.

8.150pm: Beberapa pemimpin BN, termasuk Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengucap tahniah kepada calon BN Kamalanathan melalui blog mereka.

Sehingga ini, dalam 10 sepuluh pilihan raya kecil selepas 2008, Pakatan Rakyat kalah di tiga kawasan - DUN Batang Ai (Sarawak), DUN Bagan Pinang (Negeri Sembilan) dan parlimen Hulu Selangor.

Dan ini merupakan kekalahan pertama Pakatan di negeri yang dikuasainya.

Dengan ini juga, PKR kehilangan satu lagi kerusi parlimen dan kini tinggalkan25 kerusi.

MIC pula menambah satu lagi kerusi parlimen menjadi tiga sekarang, selain Segamat (Datuk Dr S Subramanian) dan Cameron Highlands (SK Devamany).

Keputusan itu juga menunjukkan bahawa BN telah berjaya memperolehi semula sokongan pengundi, yang enggan mengundi Datuk G Palanivel pada 2008.

BN memperolehi majoriti terkumpul 6,000 bagi tiga DUN dalam parlimen Hulu Selangor, yang dimenanginya pada 2008. Bagaimanapun ia kalah kerusi parlimen kepada PKR dengan majoriti 198 undi.

8.12pm: Undi untuk calon BN meningkatkan kepada 24,669 undi selepas lebih banyak peti undi dikira. Calon PKR pula kini memperolehi 22,986 undi. Majoriti BN ialah 1,683 undi.

Undi yang diperolehi calon BN dijangka bertambah apabila kesemua peti dari kawasan majoriti pengundi Melayu selesai dikira.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan juga sedang dalam perjalanan ke tempat pengiraan undi di dewan serbaguna Komplek Sukan, Pejabat Daerah Hulu Selangor.

8.07pm: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan dalam perjalanan ke pusat penjumlahan undi. Ini dilihat sebagai petanda bahawa BN menuju kemenangan.

8.05pm: Keputusan tidak rasmi menunjukkan calon BN terus menambah undi kepada 22,395 undi, manakala PKR memperolehi 2,0815 undi.

7.50pm: Sumber-sumber BN mendakwa calon BN P Kamalanathan memang pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor dengan majoriti kira-kira 1,500 undi.

Difahamkan, sehingga ini, Kamalanathan mendapat 21,919 undi, manakala PKR mendapat 20,305 undi.

Secara tidak rasmi, difahamkan kepimpinan PKR menerima kekalahan dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

7.36pm: Sumber-sumber BN mendakwa mereka mendahului dengan sebanyak 3,000 hingga 4,000 undi.

BN - 19,067
PKR - 17,554
Majoriti - 1,513

Keputusan rasmi SPR (7.41pm)

PKR - 4,082
BN - 3,398
Majoriti - 497

Keputusan rasmi SPR (7.22pm)

PKR - 3,153
BN - 2,888
Majoriti - 234

Keputusan rasmi SPR (7.20pm)

PKR - 2,722
BN - 2,468
Majoriti - 258

7.15pm: Ulasan

Kemenangan awal menunjukkan PKR memang dua pertiga undi daripada kawasan majoriti pengundi Cina - di bawah 85 peratus yang menurut pemimpin PKR, Lim Kit Siang, perlu diperolehi calon PKR.

PKR dijangka kalah besar di gugusan Felda yang majoriti pengundinya adalah Melayu.

Keputusan rasmi SPR


PKR - 2,173
BN - 1,934
Majorii - 239

7.128pm: Keputusan tidak rasmi

PKR - 9,133
BN - 7,261
Majoriti - 1,872

Kira-kira 33 peratus undi telah dikira

7.08pm: Keputusan tidak rasmi

PKR - 8,557
BN - 7,116
Majoriti - 1,639

7pm: Ulasan

Undi di sebahagian besar kawasan majoriti pengundi Cina telah dikira, dengan PKR mendahului dengan 1,226 undi. Kira-kira 30 peratus telah dikira.

Pengiraan undi dari kawasan majoriti Melayu belum diperolehi. PKR difahamkan tidak dapat banyak undi dari kawasan berkenaan.

6.58pm: Keputusan tidak rasmi

PKR - 7,770
BN - 6,504
Majoriti - 1,266

6.57pm: Keputusan tidak rasmi

PKR - 7,410
BN - 6,339
Majoriti - 1,071

6.54pm: Keputusan tidak rasmi


PKR -7,053
BN - 6,010
Majoriti - 1,034

6.45pm: Keputusan tidak rasmi


PKR - 6,389
BN - 5,385
Majoriti - 1,004

Kira-kira 11,674 undi, atau 25 peratus, telah dikira.

6.43pm: Keputusan tidak rasmi

PKR - 5,596
BN - 5,041
Majoriti - 555

6.41pm: Keputusan tidak rasmi

PKR - 4,204
BN - 3,592
Majoriti -612

6.34pm: Keputusan tidak rasmi

Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 2 - PKR 203, BN 77
Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 4 - PKR 256, BN 73
Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 1 - PKR 207, BN 56

Tidak rasmi - PKR 666, BN 206

6.29pm: Unofficial results (PKR 2,972, BN 2,259)

Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 1 - PKR 135, BN 82
Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 2 - PKR 272, BN 212
Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 3 - PKR 490, BN 205

Tidak rasmi - PKR 897, BN 499

6.23pm: Keputusan tidak rasmi

Kg Baru Batang Kali (Chinese area), saluran 1- PKR 220, BN 58
Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 - PKR 205, BN 184
Ampang Pecah (Malay area), saluran 5 - PKR 148, BN 216
Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 - PKR 224, BN 168
Kg Gumut (Malay area), saluran 1 - PKR 104, BN 172

Tidak rasmi - PKR 901, BN 798

6.23pm: Keputusan tidak rasmi


Kg Baru Batang Kali (kawasan Cina), saluran 1- PKR 220, BN 58
Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 - PKR 205, BN 184
Ampang Pecah (Malay area), saluran 5 - PKR 148, BN 216
Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 - PKR 224, BN 168
Kg Gumut (Malay area), saluran 1 - PKR 104, BN 172

Tidak rasmi - PKR 901, BN 798

6.18pm: Keputusan tidak rasmi

Kg Sungai Tengi Selatan (Malay Felda), saluran 1 - PKR 62, BN 176
Kuala Kalumpang (mixed area), saluran 1 - PKR 98, BN 128
Kg Baru Rasa (Chinese area), saluran 1 - PKR 301, BN 75
Kg Bahru Kerling (Chinese area), saluran 1 - PKR 268, BN 122

Tidak rasmi - PKR 729, BN 501

6.13pm: Keputusan tidak rasmi

Kuala Kalumpang, saluran 1 - PKR 98, BN 128
Ulu Yam Barat, saluran 1 - PKR 171, BN 94
Kg Bharu Kerling, saluran 1 - PKR 172, BN 83
Pertak Bukit Fraser - PKR 22, BN 15
Pertak, saluran 2 - PKR 18, BN 98
Ampang Pecah, saluran 1 - PKR 105, BN 155

Tidak rasmi - PKR 491, BN 445

6.10pm: Proses pengiraan undi sudah bermula. Menurut keputusan tidak rasmi, BN menang undi pos.

BN: 767
PKR: 120

(AK)

Perang Undi Tamat. Tunggu Keputusan...

5.30ptg: Sejumlah 48,935 atau 75.87 peratus keluar mengundi hari ini. Jumlah tersebut bertambah daripada pilihan raya umum lalu di mana 75.24 peratus keluar mengundi.

5.00ptg: Proses pengundian bagi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor tamat jam 5 petang.

Terdapat sekitar 500 orang (separuh penyokong BN dan separuh lagi penyokong Pakatan) di Sekolah Rendah Agama Hulu Bernam - salah satu tempat tumpuan dalam daerah mengundi Hulu Bernam.

Penyokong BN melaungkan slogan dan mengebar bendera, manakala penyokong Pakatan - sebahagian besarnya penyokong PAS - memilih untuk berdoa dan tidak menghiraukan tindakan provokasi.

4.30ptg: Sehingga jam 4 petang, 73.82 peratus atau 47,615 sudah keluar mengundi.

4ptg: Tinggal sejam lagi sebelum tempoh pengundian tamat jam 5 petang dan awan hitam kelihatan di pekan Kuala Kubu Bahru.

3.39ptg: 32 orang ditahan polis kerana pelbagai kesalahan sepanjang tempoh pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor, termasuk enam orang yang ditahan hari ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata kesemua mereka berumur dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun ditahan di pelbagai lokasi kerana dipercayai menjadi "tukang kecoh" dan cuba menimbulkan kekacauan.

"22 termasuk tiga wanita ditahan sepanjang tempoh dari hari penamaan calon (17 April) hingga tempoh (tamat) berkempen (12 tengah malam tadi) manakala enam lagi ditahan pada hari ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua 22 orang itu telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah keterangan mereka diambil.

Katanya sementara lima daripada enam lelaki yang ditahan hari ini disiasat mengikut Seksyen 147, Kanun Keseksaan kerana merusuh manakala seorang lagi disiasat mengikut Seksyen 427 kanun yang sama kerana khianat.

Khalid berkata polis akan menyiasat laporan sebuah portal berita yang disiarkan hari ini yang mendakwa polis menahan pengundi hantu yang membawa senjata ke pusat pengundian.

"Saya nafikan laporan tersebut yang dilihat boleh menimbulkan perasaan takut kepada pengundi dan kita akan buat laporan polis terhadap media terbabit dan memanggil wartawan yang menulisnya," katanya sambil memberi jaminan bahawa keselamatan pengundi adalah terjamin.

3.30ptg: Sehingga jam 3 petang, 67.18 peratus atau 43,333 sudah keluar mengundi.

2.48ptg: Hujan renyai di Batang Kali.

2.30ptg: Sehingga jam 2 petang, 63.74 peratus atau 41,112 sudah keluar mengundi.

2.15ptg: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata BN meletakkan sasaran 6,000 undi sebagai KPI mereka dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor hari ini.

Beliau memberitahu sidang media di ibupejabat polis daerah Kuala Kubu Bahru bahawa sasaran itu dibuat berdasarkan kepada pencapaian BN di peringkat DUN dalam pilihan raya umum yang lalu.

Dalam pilihan raya umum lalu, BN menguasai ketiga-tiga DUN - Hulu Bernam, Kuala Kubu Bahru dan Batang Kali tetapi tewas di peringkat parlimen dengan majoriti tipis 198 undi.

2.05ptg: Restoran mamak dan restoran Melayu di Hulu Bernam sesak dengan penyokong BN. Manakala petugas Pakatan sudah kembali semula ke pusat pengundian untuk mencari undi.

Juga tiada tanda hujan akan turun walaupun Jabatan Kajicuaca meramalkan petang ini akan hujan.

1.30 tengahari:Sehingga jam 1 tengahari ini, 56.82 peratus atau 36,650 sudah keluar mengundi.

12.42tengahari: Pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Hulu Selangor berjalan lancar sehingga kini, kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar.

12.30pm: Menurut petugas PKR, di Sekolah Kebangsaan Hulu Yam Baru, 765 daripada 1,749 pemilih telah keluar mengundi.

Manakala anggota polis ditempatkan mengawal di antara penyokong PKR dan BN.

Penyokong BN, sebahagian besarnya terdiri daripada remaja Melayu, India dan Cina, melaungkan "kaki judi" "lumba kuda" - merujuk kepada calon PKR.

12.30 tengahari: Sehingga jam 12 tengahari ini, 49.4 peratus atau 31,632 sudah keluar mengundi.

12.05tengahari: Menteri Besar Selangor, Tan Seri Khalid Ibrahim melawat pusat mengundi di Sekolah Rendah Agama Hulu Bernam. Penyokong PKR menyambut beliau dengan laungan "Reformasi", manakala Pemuda Umno melaungkan "tauke babi)". Penyokong PKR membalas dengan laungan "Altantuya" dan "rasuah".

12 tengahari: Exco Selangor, Elizabeth Wong mengesahkan 'halangan' di dua kampung Orang Asli telah dibuang selepas jam 3 pagi tadi, setelah laporan polis dibuat mengenainya.

11.53pagi: Menurut petugas PKR, pondok maklumat parti itu di SRJK (C) Khing Ming di robohkkan oleh SPR.

11.48pagi: P Kamalanathan dan isteri S Shobana melawat Sekolah Kebangsaan Ulu Yam Baru.

11.30pagi: Menurut SPR, sehingga jam 11 pagi tadi, 38.21 peratus atau 24,645 sudah keluar mengundi.

Menurut petugas PKR, kadar pengundian di Sekolah Agama Serendah setakat ini kira-kira 25 peratus daripada 1,898 pengundi.

Terdapat juga laporan mengenai pengundi, terutama warga emas, yang pergi ke pusat pengundian yang salah kerana tidak tahu yang nama mereka telah dipindah ke tempat lain.

Warga emas yang pergi ke SRJK (C) khususnya, tidak tahu yang nama mereka telah dipindahkan ke pusat mengundi yang lain dalam daerah mengundi Kampung Baharu Serendah.

Seorang warga emas yang pergi ke Sekolah Agama Serendah medapati namanya didaftar mengundi di SRJK (C) Serendah. (AK)

UMNO, Bagaikan Kupu-kupu Malam-siang Lagak Suci..



Biayai teman lelaki

myMetro melaporkan... Biayai teman lelaki

KL: Memakai tudung mencerminkan keimanan seseorang wanita tetapi bagi seorang ‘kupu-kupu siang dan malam’ ini, dia berbuat demikian untuk menyembunyikan kegiatan hariannya. Pekerjaannya bermula seawal jam 12 tengah hari dan berakhir sehingga jam 3 pagi jika dia memilih melakukan kerja lebih masa selepas selesai kerja tetapnya di spa maksiat di ibu kota yang berakhir sekitar jam 12 tengah malam.

Wartawan Metro Ahad menjejak kegiatan wanita berusia 22 tahun itu selepas menerima maklumat daripada seorang rakan yang pernah melanggannya. Maklumat diterima mendakwa Lina, yang bekerja di spa maksiat, meletakkan harga tinggi kepada pelanggan yang mahukan khidmatnya di luar.

“Ketika mengambilnya di luar tempat kerjanya kira-kira jam 12.30 pagi, saya seolah-olah tidak percaya ‘kupu-kupu’ yang saya langgan itu bertudung. Bagaimanapun, pakaiannya ketat juga.

“Ketika tiba di hotel tempat saya menginap, dia segera membuka tudung dan ketika itu baru kelihatan tembelangnya,” kata rakan dikenali sebagai Rozman itu.

Menurutnya, dia memperoleh nombor telefon Lina daripada seorang lagi ‘kupu-kupu’ yang sama ‘2x5’ dengan Lina.

“Saya mahu melanggan orang lain, tetapi dia tidak larat buat ‘kerja lebih masa’ lalu memberi nombor telefon Lina. Saya hubungi Lina dan kebetulan dia habis kerja.

“Pada mulanya harga yang ditawarkan RM800 tetapi berasakan tak berbaloi, saya tawar menawar. Kesudahannya dia bersetuju dengan harga RM500 untuk tempoh dua jam. Saya mengambilnya dan baru saya tahu dia bertudung,” katanya.

Rozman berkata, berdasarkan perbualan mereka, Lina mengaku melakukan pekerjaan terkutuk itu kerana teman lelaki.

Katanya, Lina mendakwa teman lelakinya belajar di luar negara.

“Cinta punya pasal, teman lelaki suruh jual ‘body’ kerana upahnya lumayan. Menerusi hasil itu Lina membiayai pengajian teman lelakinya.

“Lina memberitahu, teman lelakinya yang memperkenalkan dia dengan ‘captain’ spa maksiat sehingga dia terjerumus dalam pekerjaan itu,” katanya.

Bagi membuktikan kebenaran dakwaan Rozman, wartawan Metro Ahad menghubungi Lina untuk membawanya keluar, namun cubaan kali pertama gagal kerana dia memberitahu ramai pelanggan sehingga tidak larat membuat kerja luar.

Cubaan kedua berjaya kerana dia sanggup bekerja lebih masa berikutan tidak ramai pelanggan pada hari itu. Tidak seperti dimaklumkan Rozman, Lina meminta bayaran RM1,000 untuk tempoh dua jam dengan alasan pelanggan baru. Namun apabila ‘menjual’ nama Rozman, baru Lina bersedia mengurangkan harga kepada RM500.

Wartawan mengambil Lina kira-kira jam 1 pagi di luar tempat dia bekerja. Benar seperti diperkatakan Rozman bahawa Lina bertudung. Ikuti perbualan wartawan dengan Lina Wartawan (W): Saya bawa kawan.

Lina (L): Kenapa datang dua orang? W: Tak apa. Lepas sampai hotel kawan nak pakai kereta jumpa kawan dia.

L: Kita nak pergi hotel mana? W: Hotel ***** L: Janji 2 jam RM500 tau.

W: Iyalah. Eh... awak pakai tudung? L: Habis itu, abang tengok saya pakai apa? W: Tak sangkalah pula.

L: Memang kalau di luar saya pakai tudung. Masuk spa, tukar bajulah.

W: Baju seksi? L: Iya. Nak tarik perhatian pelanggan.

W: Lama dah kerja? L: Tak sampai setahun.

W: La... baru lagi. Kenapa kerja macam ini? L: Nak ‘support boyfriend’ belajar kat ‘overseas’. Saya pun sebenarnya nak sambung belajar juga.

W: Bohonglah.

L: Kalau abang tak percaya sudahlah. Boyfriend saya baru belajar dan saya kenalah tolong. Dia belajar kat Australia, kos tinggi di sana.

W: Kenapa buat macam tu? L: Kami dah bercinta sejak sekolah lagi, saya buat semua ini untuk dia. Dia bagi jalan, saya buat. Saya bukan baik pun.

W: Banyak ke dapat duit kerja macam ini? L: Kalau ikutkan, apa yang saya bagi dah lebih daripada cukup, buat kerja ni pendapatannya lumayan tetapi saya juga perlu simpan duit untuk sambung belajar di kolej nanti. Sebab itu saya buat kerja lebih masa dan terima ‘outcall’ (perkhidmatan di luar) pelanggan.

W: Lumayan ke? Berapa banyak awak boleh dapat sebulan kalau macam tu? L: Boleh tahan, untuk satu pelanggan saya dapat komisen RM100, kalau ada 10 pelanggan sehari ‘income’ dah cukup banyak dah. Biasanya saya kerja 20 hari je sebulan, kurang-kurang pun boleh kumpul RM10,000 sebulan. Kalau kerja lebih, boleh dapat banyak lagi.

Namun kena juga bagi tips kat kapten (bapa ayam) setiap hari. Sehari saya biasanya bagi RM50 hingga RM100, itu tak masuk bayaran tetap untuk kapten yang ‘jaga’ saya di sini. Sebulan saya kena bayar RM3,000. Itu tak termasuk ‘income’ ‘outcall’, saya boleh dapat ekstra RM5,000 sebulan.

W: Kata tadi nak sambung belajar, kat mana? L: La... dah bagitau tadi nak belajar kat kolej, kat mana tu abang tak perlu tahu. Apasal banyak tanya sangat? W: Saja.

L: Saya tak sukalah banyak tanya macam ini.

Selepas mendapat maklumat dikehendaki, wartawan memberitahu tidak jadi hendak melanggannya. Lina marah dan meminta RM500 seperti dijanjikan. Pada mulanya wartawan hanya mahu memberi RM50, tetapi Lina berkeras mahu lebih daripada itu kerana jika tidak, dia tidak mahu turun, malah mengugut mahu menghubungi samseng. Selepas bertegang urat 15 minit, Lina meminta dibayar RM200 dan dihantar ke lokasi dikehendakinya.

Komen nukilan myMetro diringkaskan:

1..Tokoh agama dan penceramah bebas, Fauzi Mustapha, berkata ramai remaja yang terjebak dalam masalah sosial sebenarnya tidak dilengkapkan dengan panduan agama hingga sanggup mengetepikan soal haram dan dosa walaupun memiliki akal serta pendidikan baik.

2..Perunding Pakar Motivasi, Dr Rubiah Kulup Hamzah, pula berkata apa yang berlaku terhadap Lina menunjukkan kepincangan masyarakat yang tidak mengendahkan ilmu agama kepada anak.

3..Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Zainul Rijal Abu Bakar, mengatakan satu faktor yang mendorong gejala sosial berleluasa dan tidak ditakuti remaja kerana ‘kelonggaran’ sistem perundangan di negara ini.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Kesimpulan boleh dibuat, kerana ekonomi dan nafsu 3 ta (harta, tahta & wanita -bagi lelaki) seseorang itu sanggup berbuat apa saja dengan tidak perduli ''halal haram'nya. Itu bagi indivitu. Begitu juga bagi sesebuah keluarga, masyarakat, parti politik atau negara.

Kalau kita lihat parti politik orang Islam di negara ini atau mana-mana negara di dunia, parti-parti yang berfalsafah seperti invidu itu (wanita pelacur atau kupu-kupu siang malam yang berlagak suci) adalah parti sekular yang sangat tidak bermaruah, ciri-cirinya ada pada UMNO. Bolehkah dikatakan UMNO dan yang sekandang dengannya bagaikan kupu-kupu malam yang berlagak suci?

Sama-samalah kita fikirkan. (AK)

Pertarungan 2 Jam Pertama 16,932 Mengundi..

HULU SELANGOR, 25 April — Proses pengundian mula rancak dengan lebih 26 peratus keluar mengundi dalam dua jam pertama dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor pagi ini.

Ia bersamaan dengan 16,932 orang. Secara perbandingan jumlah yang keluar mengundi agak lebih tinggi sepanjang jam kedua berbanding satu jam pertama. Kira-kira 12 peratus atau 7,891 pemilih keluar mengundi dalam tempoh satu jam pertama.

Bahagian Hulu Selangor mengandungi 64,500 pemilih layak mengundi dan sekitar 700 pengundi pos telah mengundi dua hari yang lalu.

Sambungan Perang Peti Undi Bermula...

11.20 am : Di Sek. Keb. Ulu Yam Baru- Pemuda BN dilihat mendominasi keadaan. Gelagat sorakan mereka hanya diperhatikan penyokong Pakatan rakyat

11.15 am: Sukarelawan PKR, Maznah Abdul Aziz, 59 mendakwa seramai empat pengundi kaum Tionghua di Sek. Keb. Batang kali Baru terkejut apabila dimaklumkan SPR bahawa nama mereka masing-masing telah dipindahkan ke Parlimen Kepong.

11.10 am : Datuk Zaid Ibrahim tiba di Sek. Keb. Bandar Baru Batang Kali. Beliau bagaimanapun hanya meninjau dari kenderaan yang dinaikinya akibat jalan terlalu sesak.

Beliau bagaimanapun sempat bertanya khabar pengundi yang datang membuang undi dan bersalam dengan penyokong yang berbaris di tepi jalan.

11.05 am : Di Sek. Men. Ampang Pecah-Penyokong PR terus berlawan sorak dengan penyokong BN. Di sebelah PR, mereka melaungkan " enjin jet hilang...BN, curi pasir...BN" manakala di sebelah BN mereka hanya membalas " dua tahun perintah tak buat apa-apa".

Biarpun berbalas sorakan, keadaan masih terkawal dengan beberpa anggota keselamatan dihat cuba menenangkan penyokong dari kedua belah pihak.

11. 00 am : Di Sek. Men. Ampang Pecah- Berlaku sedikit kekecohan apabila pihak polis tidak membenarkan petugas media termasuk wartawan dan jurugambar masuk ke kawasan pembuangan undi biarpun mempunyai pas SPR.

10.45 am : Di Sek. Men. Ampang Pecah- Kekecohan berlaku antara penyokong kedua-dua pihak. Mereka pada mulanya salang berbalas sorakan sehingga membawa kepada perang mulut yang hampir-hampir mencetuskan pergaduhan.

Beberapa anggota polis dilihat berkawal ditengah-tengah kedua-dua penyokong.

10: 40 am: Pemimpin Pakatan Rakyat bersama penyokong sedang giat menjalankan tugas meraih undi di Sek. Men Batang Kali Baru.

Zaid Ibrahim dijangka tiba di sini sedikit masa lagi. Para wartawan sedang berkumpul di sini difahamkan mahu bertemu dengan Timbalan Pengerusi SPR berhubung isu jumlah pengundi Kampung Tanjong yang sebelum ini sebahagian besar dipindahkan ke Selayang.

Sila hibur hibur sikit..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails