Sunday, March 28, 2010

Politik MCA: Chua Menang Presiden, Tiong Lai Timbalan


Chua menang presiden, Tiong Lai timbalan
Mac 28, 10 10:33am
Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memenangi jawatan presiden MCA manakala Datuk Seri Liow Tiong Lai pula menang jawatan timbalan presiden.

Empat jawatan naib presiden dimenangi oleh Datuk Ng Yen Yen, Gan Ping Sieu, Datuk Donald Lim dan Datuk Chor Chee Heung.

Chua mendapatkan 901 undi, menewaskan Tan Sri Ong Ka Ting yang mendapat 833 undi manakala Datuk Seri Ong Tee Kiat memperolehi 578 undi.

Bagi jawatan timbalan pula, Liow mendapat 1,171 undi, menewaskan Datuk Kong Cho Ha yang memperolehi 1,106 undi.

Bagi jawatan naib presiden, Dr Ng mendapat 1,528 undi, Donald Lim (1,469) manakala Chor dan Gan masing-masing mendapat 1,202 undi.

Yang paling menarik ialah mereka yang menang, merupakan campuran penyokong kepada Chua, Ka Ting dan Tee Keat.

Liow merupakan regu kepada Ka Ting, manakala bagi naib presiden pula, Dr Ng dikaitkan dengan Chua, Chor (Ka Ting), Gan (Tee Keat) manakala Donald Lim dilihat tidak memihak.

Manakala 25 pemenang jawatankuasa pusat (penyandang dihitamkan) ialah:

1.Lee Chee Leong (1,430)
2. Hou Kok Chung (1,312)
3. Heng Seai Kie (1,267)
4. Wee Jeck Seng (1,175)
5.Toh Chin Yaw (1,142)
6. Tee Siew Kiong (1,141)
7. Gan Tian Loo (1,117)
8. Tan Chai Ho (1,114)
9. Ong Ka Chuan (1,104)
10. Lee Wei Kiat (1,100)
11. Loh Seng Kok (1,086)
12. Hoh Khai Mun (1,077)
13. Liew Yuen Keong (1,059)
14. Tan Cheng Liang (1,054)
15. Koh Nai Kwong (1,040)
16. Por choo Chor (1,037)
17. Tan ken Ten (999)
18. Kong Sing Chu (981)
19. Chong Itt Chew (975)
20. Yoo Wei How (974)
21. Tan Ah Eng (969)
22. Wong Koon Mun (953)
23. Ti Lian Ker (929)
24. Teh Kim Poo (864)
25. Chuah Poh Khiang (851)

Seramai 14 penyandang CC berjaya mengekalkan jawatan masing-masing. Kesemua mereka yang menang CC terdiri daripada sebelas penyokong Chua, Ka Ting (9) dan Tee Keat (5).

Sejumlah 2,318 perwakilan MCA mula mengundi bagi 31 jawatan tertinggi parti, termasuk presiden, timbalan dan naib presiden di ibupejabat parti itu hari ini.

6.50pm: Proses pengiraan undi bagi jawatan presiden, timbalan dan naib presiden sudah selesai. Keputusan sedang diumumkan bermula dengan 25 pemenang jawatankuasa pusat MCA.

6.40pm: Proses pengiraan undi bagi jawatan presiden, timbalan dan naib presiden sudah selesai. Manakala pengiraan semula undi bagi kerusi ke-25 jawatankuasa pusat sedang berjalan.

5.11pm: Proses pengiraan undi bagi jawatan timbalan presiden pula bermula selepas selesai pengiraan undi bagi jawatan naib presiden, Manakala pengiraan undi bagi jawatankuasa pusat selesai kira-kira jam 4.30 petang.

4.37pm: Proses pengiraan undi bagi jawatan naib presiden pula bermula. Pengiraan undi bagi jawatankuasa pusat sudah selesai kira-kira jam 4.30 petang.

1.53pm: Petugas MCA telah mengira 2,315 undi. Tiga perwakilan tidak mengambil kertas undi.

1.20pm: Pengiraan bermula. Semua ejen dan pengawas pemilihan dilarang bawa telefon bimbit ke dalam dewan.

12.25pm: Tempat pengundian ditutup secara rasmi.

12.19pm: Proses pengundian selesai. Proses pengiraan undi akan bermula jam 1 tengahari.

11.23pm: Selepas mengundi Ka Ting beredar dari bangunan ibupejabat MCA. Sebelum beredar, Ka Ting berkata beliau gembira dan puas hati dengan proses pengundian kerana semunya berjalan lancar.


11.19am: Selepas mengundi, Tee Keat memberitahu pemberita yang beliau tidak percaya yang beliau adalah 'underdog' dalam pertandingan jawatan presiden, dan menyifatkan ia 'satu putarbelit media tertentu'. Mengenai peluangnya, Tee Keat berkata beliau sentiasa optimistik.

10.53am: Dari Twitter Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Sing's: Saya harap selepas hari ini tiadalah krisis dalam parti.

10.54am: Yip berkata beliau telah mempengerusikan lebih banyak EGM MCA berbanding orang lain, dan mengucap terima kasih kepada perwakilan atas sokongan mereka.

10.15am: Timbalan ketua Pemuda MCA, Dr Mah Han Soon dilantik sebagai penyelia pemilihan.

10.10am: Pengerusi EGM, Yip Phooi Hong mengumumkan bahawa 2,318 daripada 2,380 atau 97 peratus perwakilan hadir.

9.30am: Calon-calon berbaris di sepanjang laluan ke Dewan San Choon di mana EGM akan diadakan, untuk mengalu-alukan kedatangan para perwakilan. Sestengah calon gagal mendapatkan tempat di tepi laluan tersebut, pula kelihatan berada di anak tangga menuju ke dewan tersebugt.

9.05am: Datuk Seri Ong Ka Ting tiba di ibupejabat parti dan bergambar untuk jurufota bersama regunya, Datuk Seri Liow Tiang Lai.

8.05am: Datuk Seri Ong Tee Keat tiba di ibupejabat parti sambil tersenyum lebar.

Beliau memberitahu pemberita yang beliau tidak terganggu dengan spekulasi akhbar bahawa beliau hanya mampu memperolehi tiga lebih daripada 15 peratus undi.

7.45am: Datuk Seri Dr Chua Soi Lek merupakan calon presiden pertama yang tiba di ibupejabat. Dia ditemani anak lelakinya yang juga ahli parlimen Labis, Tee Yong.

Ditanya sama ada mengenai peluangnya, Chua tersenyum sambil bertanya: "Saya nampak risau ke?"(AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Cantiknnya politik MCA setakat ini..

Jom Heboh K'tan Berjaya.. Bagaimana A/Fantasia?

HALAMAN HIBURAN

KOTA BHARU, 28 Mac: Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan, berkata pihaknya tiada sebarang masalah untuk mematuhi peraturan enakmen hiburan di Kelantan dan akan menggunakan format pengasingan penonton seperti di negeri ini apabila bertandang ke Johor nanti dalam siri jelajah Jom Heboh seluruh negara tahun ini.

“Saya lihat penonton begitu gembira hadir ke konsert ini walaupun mereka dibahagikan kepada tiga tempat yang dihalang dengan pagar besi di antara satu sama lain,” ujarnya ketika ditemui selepas berakhir konsert Jom Heboh di Stadium Sultan Muhammad ke-IV malam tadi.

Beliau juga melahirkan rasa kagum di atas sambutan yang amat menggalakkan dan setakat ini Kelantan adalah negeri yang begitu berjaya dalam mengadakan program Jom Heboh yang berakhir malam tadi.

“Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz serta kakitangan kerajaan negeri yang begitu mesra dalam memberi kerjasama kepada kami dalam menjayakan program ini untuk kali pertama di Kelantan dan insya Allah ia akan diadakan pada setiap tahun di sini sekiranya mendapat kelulusan pihak kerajaan,” kata beliau.

Beliau juga berkata walaupun program Jom Heboh hanya diadakan dua hari tetapi dari segi pendapatan peniaga ia amat menggalakkan sehinggakan ada beberapa gerai jualan kehabisan barangan sebelum berakhir program.

“Saya juga ingin memohon maaf kepada kerajaan Kelantan sekiranya selama dua hari Jom Heboh berada di Kelantan ada sedikit sebanyak kekurangan yang berlaku dan ia akan ditingkatkan pada masa akan datang.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negri, Datuk Takiyuddin Hassan (gambar kanan) berkata, pihak penganjur telah sanggup untuk mematuhi peraturan yang kerajaan tetapkan dan tidak menafikan masih terdapat beberapa kes terpencil dalam perlaksanaannya kali ini.

“Saya akui masih terdapat banyak perkara yang perlu dibetulkan dalam penganjuran kali pertama ini dan insya Allah ia akan dibincangkan dengan penganjur sekiranya mereka ingin adakan tahun hadapan di sini,” katanya.

Kerajaan memandang serius dalam meluluskan mana-mana agensi mahupun syarikat yang ingin adakan pertunjukan mahupun hiburan kerana memikirkan terhadap kesannya terlebih dahulu.

“Kita lihat dalam penganjuran konsert hiburan pentas yang diadakan malam ini, penonton telah diasingkan dalam tiga peringkat iaitu kaum lelaki, perempuan dan juga berkeluarga dan menampilkan hanya penyanyi lelaki sahaja,” ujar beliau lagi.

Walaupun ini kali pertama konsert yang tidak ada artis wanita, namun ia amat berjaya dan stadium dipenuhi orang ramai yang dianggarkan hampir 40,000 hadirin yang menampilkan artis lelaki seperti Jamal Abdillah, Jay Jay, Yassin, Kumpulan Raihan termasuk Megat Nordin.

Kelantan sememangnya tidak menghalang mana-mana pihak untuk tampil untuk mengadakan pelbagai bentuk hiburan, namun ia mestilah mematuhi enakmen hiburan negeri yang telah menjadikan dasar Islam sebagai garis panduan.

Setiap kali masuk waktu Maghrib, azan telah dikumandangkan dan penyediaan tempat solat yang banyak juga turut memberi keselesaan kepada pengunjung. (AK)

Masjid Niuiie: K/China Buat Masjid, China Negara Islam?

Masjid Niujie

See  full size image









Masjid Cina di Rantau Panjang, Kelantan

BEIJING, 28 Mac — Sambil memakai songkok buatan Malaysia, imam masjid tertua dan terbesar Beijing, dengan penuh ceria mempelawa para pelawat memasuki kawasan masjid berkenaan.

Taudin Baiyuchin, 62, berkata masjid seluas 10,000 meter persegi dan memiliki seni bina bercirikan budaya Islam serta Cina itu menjadi tumpuan umat Islam dari seluruh dunia.

Kedai dan pasar raya yang menjual makanan halal juga mudah didapati di sekitar kawasan masjid berkenaan.

“Saya sungguh gembira melihat umat Islam dari seluruh dunia mengunjungi masjid ini... semua umat Islam adalah bersaudara.

“Songkok ini adalah pemberian seorang pelawat dari Malaysia,” kata imam itu sambil memegang sebuah buku nota bersaiz A-4 yang mengandungi komen mereka yang melawat masjid berkenaan.

Dibina pada tahun 1996, Masjid Niujie berdiri megah di daerah Xuanwu, kawasan kediaman paling ramai umat Islam di ibu negara China ini.

Xuanwu juga adalah sebuah bandar moden yang sentiasa sibuk dengan pelbagai kegiatan.

Taudin, yang menjadi imam di masjid itu sejak 10 tahun lepas, berkata Masjid Nuijie pernah menerima kunjungan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Tun Razak, sebelum beliau menjadi perdana menteri.

“Rakyat Malaysia sungguh baik hati, peramah dan negara mereka juga cantik... saya melihatnya dalam gambar dan berharap akan berpeluang ke sana,” kata beliau.

Kerajaan China membiayai beberapa projek pemulihan masjid berkenaan, yang dianggap antara masjid paling terkenal di dunia sejak 1949.

Pada 2005, kerajaan menyumbangkan 25 juta Yuan bagi melaksanakan kerja pembaikan dan pembesaran Masjid Niujie — projek terbesar seumpamanya setakat ini — termasuk membina semula Dewan Wanita.

Sementara itu, Imam Wilayah Ningxia, Ding Guobao, 42, yang ditemui di masjid berkenan Jumaat lepas, berkata pelawat Islam ke China pasti berminat mengunjungi wilayah kediamannya, yang merupakan antara kawasan paling ramai penduduk Islam di negara ini. “Wilayah kami mempunyai lebih dua juta penduduk Islam, banyak masjid dan restoran makanan halal.

“Wilayah kami juga terkenal kerana sinseh dan kaligrafi,” kata Ding, yang akan berlepas ke Mesir bagi menghadiri satu mesyuarat berkaitan Islam.

Sekumpulan pelajar Malaysia yang mengikuti pengajian bahasa Mandarin di Beijing Foreign Studies University dan sekumpulan petugas lapangan terbang dari Pulau Pinang adalah antara umat Islam yang menunaikan solat Jumaat di masjid itu minggu lepas. — Bernama

Komen Blog Ibnu Hasyim: Kerja-kerja pembaikan Masjid Niujie in,i kerajaan China keluarkan 25 juta Yuan (kira-kira 12.5 RM). Adakah negara China sudah dikategorikan negara Islam, kerana buat masjid? (AK)

90 Aduan, 50,000 Kena Tipu, Kerajaan BN Tak Bertanggungjawab?

PENGGUNA
pix_gal0
Pelabur rugi lebih RM100 juta sertai pelaburan sejak dua tahun lalu

MAC 28 10.KUALA LUMPUR: Kira-kira 50,000 pelabur kerugian lebih RM100 juta kerana menyertai pelaburan penternakan cacing, lintah, sarang burung layang-layang, lembu dan kafe ala kopitiam di seluruh negara sejak dua tahun lalu. Menggunakan status syarikat skim berkepentingan, lima syarikat terbabit dipercayai menyalahgunakan lesen perniagaan masing-masing, walaupun berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Pengarah Kanan Penguatkuasaan SSM, Mohammad Redzuan Abdullah, berkata dua daripada syarikat itu sudah didakwa dan beberapa lagi akan dihadapkan ke mahkamah tidak lama lagi. Katanya, satu daripada lima syarikat berkenaan, Island Red Cafe Franchise Sdn Bhd sudah didakwa di Mahkamah Majistret Ampang atas tiga pertuduhan menipu dan memperdayakan pelabur membabitkan pelaburan RM16 juta.

Baru-baru ini, SSM menyerbu Hadhari Cattle Industry Sdn Bhd dan Hadhari Agro Holding Sdn Bhd kerana dipercayai mempengaruhi orang awam untuk melabur dalam skim ‘Projek Pembangunan Usahawan’. Difahamkan, pelabur skim itu tidak menerima pulangan seperti dijanjikan pengurusan syarikat berkenaan. Mohammad Redzuan dilaporkan berkata, modus operandi lima syarikat berkenaan ialah menawarkan saham serendah RM1,000 seunit dan menjanjikan pulangan sehingga 10 kali ganda daripada nilai pelaburan, selain insentif lain seperti kupon makanan, pakej pelancongan dan kad diskaun.

Ada syarikat menawarkan pakej pembayaran pelaburan secara ansuran bulanan untuk menarik lebih ramai menyertai skim mereka, malah sesetengah syarikat menggunakan kaedah perniagaan pelbagai peringkat (MLM) dengan pelbagai strategi pemasaran, termasuk menggunakan selebriti dan VIP. Serentak itu, SSM kini memburu syarikat yang menganjurkan skim pelaburan sedemikian atau menyalahgunakan skim berkepentingan, terutama dalam sektor pertanian dan inovasi baru.

Beliau berkata, sepanjang tahun lalu, SSM menerima 90 aduan membabitkan skim pelaburan berkepentingan dan daripada jumlah itu, 60 adalah syarikat yang tidak tahu mereka melanggar peraturan skim berkepentingan serta diberi notis sebelum mematuhi mengikut peraturan ditetapkan SSM.

“Bagaimanapun, kebanyakan daripada 60 syarikat itu mengambil keputusan menutup operasi dan tidak meneruskan skim berkepentingan, sebaliknya meneruskan perniagaan seperti biasa mengikut Akta Syarikat 1965.

“Selain itu, 10 syarikat dikenal pasti degil dan meneruskan skim berkepentingan. Notis sudah dikeluarkan dan ada yang meminta diberi tempoh untuk mematuhi syarat ditetapkan.

“Bagi yang masih ingkar, kita sudah mengumpulkan bukti dan saksi untuk mendakwa mereka di mahkamah,” katanya.

Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menerima aduan kes itu, tetapi sukar bertindak kerana kekurangan bukti sebelum menyalurkan maklumat kepada SSM bagi membolehkan tindakan diambil. Selain polis, SSM bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta Bank Negara jika kes membabitkan aktiviti pengambilan deposit haram atau melanggar peraturan Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (Bafia), Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Beliau berkata, ramai pelabur tidak mengetahui skim berkepentingan hanya boleh dijalankan syarikat berstatus berhad (Bhd), bukannya syarikat sendirian berhad (Sdn) atau berstatus syarikat perniagaan tunggal.

“Syarikat yang menganjurkan skim berkenaan perlu mempunyai prospektus, surat ikatan amanah antara pelabur dengan syarikat dan terma serta pemegang amanah syarikat. Jika ketiga-tiga syarat tidak dipenuhi, pelabur tidak wajar menyertai skim kepentingan ini,” katanya.

Beliau mendedahkan kebanyakan syarikat yang menganjurkan skim berkepentingan berdaftar dengan SSM, namun statusnya sebagai syarikat sendirian berhad tidak melayakkannya menganjurkan skim itu., Justeru, katanya, pengguna perlu menyemak dengan SSM jika ditawarkan mana-mana pelaburan skim berkepentingan untuk mengetahui status syarikat yang menganjurkan skim pelaburan itu.

“SSM memandang berat kes ini kerana mahu melindungi kepentingan pelabur, terutama berpendapatan rendah atau mereka yang melabur menggunakan wang pencen, gratuiti, wang simpanan dan pelaburan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB),” katanya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Nampaknya kerajaan BN seolah-olah tak mampu mentadbir negara lagi. Puluhan tahun masalah ini timbul, sejak dari Pak Man Telo, Labu Peram, sehingga ke penipuan yang lebih canggih melibatkan ke peringkat antarabangsa, masih tidak dapat diatasi.. Jangan sampai ada yang menyangka mungkin kerana pemimpin dan rakan-rakan mereka turut terlibat menipu rakyat, menyebabkan kerajaan sengaja menggagalkan, atau tidak menemui formula penyelesaiannya.

Maaf, sekadar luahan pandangan, demi pembangunan minda rakyat Malaysia. Wallahu aklam.

Pelajar Pintar Hilang, Dah Jumpa. Sihat & Kahwin.

pix_gal0

MAC 28 10. BALING: Pelajar pintar, Halimaton Abd Rashid, 15, yang dilaporkan hilang sejak enam hari lalu, mendakwa sudah berkahwin dipercayai dengan seorang pemuda berasal dari Langkawi berusia 19 tahun dan kini menetap di Kuala Krai, Kelantan.

Perkahwinan itu dimaklumkan sendiri Halimaton menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada ibunya, Normah Abd Mutalib, 46, di sini, semalam tetapi tidak menjelaskan siapa pemuda yang dikahwininya.

Bagaimanapun, menerusi siasatan yang dilakukan datuk saudaranya, Ahmad Omar, 43, nama Halimaton didapati tercatat dalam daftar perkahwinan di Golok, sempadan Kelantan-Thailand. Normah ketika ditemui turut menunjukkan SMS yang memaparkan kata-kata “Salam...dikton (Halimaton) minta maaf banyak-banyak kat mak dan ayah...ya, kami dah kahwin...”

Selain memaklumkan sudah berkahwin, Halimaton yang berasal dari Baling, turut meminta ibunya tidak risau kerana dia selamat. Normah yang masih terkejut dengan SMS itu, sedih kerana usia anaknya baru mencecah 15 tahun dan bakal menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini.

“Saya sedih dan amat terkejut apabila membaca SMS berkenaan. Namun, saya berharap dia pulang ke pangkuan keluarga demi masa depannya,” katanya.

Sementara itu, Ahmad mendakwa Halimaton dilarikan pemuda yang dikenali sebagai Md Nor Abdullah atau Adam dari Langkawi, sebelum berkahwin di Golok. Berdasarkan maklumat, katanya, Halimaton dilarikan Adam ke Golok dan kini menetap di sekitar Kuala Krai selepas berkahwin.

Katanya, maklumat itu diperoleh daripada rakannya yang membantunya, termasuk ke Golok dan mendakwa melihat nama Halimaton tersenarai dalam daftar perkahwinan.

“Saya harap dia pulang kerana keluarganya merinduinya, apatah lagi dia satu-satunya harapan keluarga untuk mengubah masa depan mereka.

“Dia pelajar yang pintar dan pada usianya yang muda, sepatutnya dipenuhi dengan ilmu yang berguna dan bukannya dirosakkan dengan kata-kata manis lelaki,” katanya.

Halimaton yang terpilih sebagai pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Kedah pada 2007, dilaporkan keluar dari rumah pada pagi Isnin lalu untuk mengulang kaji pelajaran bersama rakannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Panjang (SMKPP), dekat sini.

Dia bagaimanapun, dikatakan menghubungi ibunya lewat malam berkenaan, untuk memaklumkan dia ke Langkawi menemui seorang kawan. Bagaimanapun, keesokan harinya, Halimaton dikatakan pulang ke rumah kakaknya di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, sebelum disedari hilang dan gagal dikesan.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Hanya orang baik-baik yang mahu berkahwin, tidak seperti remaja-remaja lain yang lari rumah ikut lelaki tetapi tidak berkahwin. Untuk menyelesaikan masalah pelajaran dan lain-lain seperti yang disebutkan, semuanya boleh dirunding semula. Perkahwinan tidak menghalang pembelajaran. Jangan ada pula puak-puak tertentu campur tangan mengeruhkan suasana, menuduhnya kahwin bawah umur, tiada kebenaran wali dan lain-lain. (AK)

Lihat sebelum ini..

Mesin Pengimbas & Impian Bom Payu Dara.


LONDON: Mac 28,10: Implan payu dara mengandungi bahan letupan akan digunakan pengganas supaya mesin pengimbas dan taktik baru itu belum lagi dikesan alat pengimbas di lapangan terbang.

Pakar bedah plastik dikesan menggunakan implan mengandungi bahan letupan dan memasukkannya ke dalam payu dara pengebom bunuh diri, taktik baru. Agensi perisikan British melaporkan, pihaknya mengesan taktik pengebom bunuh diri tajaan al-Qaeda untuk memasukkan implan ke bahagian itu kerana ia hampir mustahil dikesan.

Pakar keganasan, Joseph Farah, berkata pihaknya percaya, doktor terbabit mendapat latihan di beberapa hospital di London, sebelum kembali ke negara asal untuk melakukan prosedur pembedahan. Perkhidmatan Keselamatan (M15) turut mengesan puak militan yang memasukkan bahan letupan dalam punggung pengebom lelaki. – Agens

Komen Blog Ibnu Hasyim: Bagi perjuangan Islam, tiada istilah 'bom bunuh diri'. Yang ada adalah bom syahid. Pengganas sebenarnya adalah Zionis yang merampas hak asasi manusia. (2MA)

Ada kaitan..

Nik Aziz Bersubahat, Dr M Akui Tak Pandai Baca Quran.

KUALA LUMPUR, 27 Mac — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa PAS dan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersubahat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mempertahankan Ketua Umum Pakatan Rakyat itu yang didedahkan cuba menggerakkan usaha mengambil alih kuasa pada 16 Sept 2008.

“Nik Aziz kata (Datuk Seri) Zahrain (Hashim) tak patut dedah perbuatan jahat, tak baik bersubahat.

“Kalau benda itu... kalau tidak ambil tindakan untuk halang tindakan mendedahkan kesalahan, itu semacam kita bersubahatlah,” kata beliau ketika ditemui pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan sulung Perkasa di sini hari ini.

Bekas presiden Umno itu berkata dengan meminta tidak menyiarkan maklumat berkaitan Nik Aziz dan PAS sebenarnya bersubahat dengan Anwar. Pada 19 Mac, Nik Aziz menyelar tindakan sesetengah pemimpin politik yang mendedahkan keburukan pemimpin lain atau ketuanya di khalayak umum apabila keluar parti.

Menurut Menteri Besar Kelantan itu, sepatutnya jika anggota parti yang tidak suka kepada pemimpinnya, ia boleh diselesaikan di peringkat dalaman mengikut prosedur dalam sesebuah pertubuhan sama ada melalui mesyuarat agung atau sebagainya.

“Mendedahkan keburukan bekas pemimpin kepada orang lain di khalayak umum perbuatan tidak berakhlak dan tidak bertamadun,” katanya mengulas tindakan Zahrain, Ahli Parlimen Bayan Baru yang mendedahkan kepincangan dalam Pakatan Rakyat, membabitkan Anwar apabila keluar dari parti itu dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Zahrain mendedahkan nama lapan Ahli Parlimen yang disebut-sebut akan melompat parti ke PKR bagi menjayakan rancangan pembangkang untuk mengambil alih kerajaan pusat pada 16 Sept 2008. Nik Aziz berkata, masyarakat bukan Islam akan memerhatikan bagaimana buruknya politik orang Melayu apabila bertelagah sesama sendiri.

Mengenai hukuman sebatan yang dikenakan ke atas bekas model sambilan Kartika Sari Dewi Sukarnor dan tiga orang wanita Islam yang didapati mengadakan hubungan seks secara haram, bekas perdana menteri memberitahu, “kita kena tahu sama ada adil atau tidak hukuman ini.”

“Sama ada hukuman ini berasaskan agama Islam yang terdapat dalam al-Quran, hadis atau tafsiran yang dibuat oleh ahli-ahli fiqah tertentu” kata beliau ketika menjawab bahawa hanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seorang sahaja memberikan pandangan ‘tidak memihak’ dalam pelaksanaan hukuman sebatan dalam kes Kartika.

“Saya baca al-Quran tapi tak lah pandai... tapi dalam al-Quran dan hadis tidak disebut,” kata Dr Mahathir sambil menambah, “jika hendak memukul orang, kena pukul dengan betul-betul.”

“Kalau tidak pukul betul-betul, tak jadi teladan,” katanya.

Dengan menunjukkan cara merotan, kata Dr Mahathir, al-Quran tidak menyebut “dia kena pergi macam itu, tak ada kepit buku (ketika merotan).”

“Ini semua saya baca lah, tak tahu siapa buat,” katanya lagi. (Sumber: The Malaysian Insider/AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Dr M kata, Nik Aziz bersubahat dengan Anwar. Memang pembangkang kena berbaik-baik sesama pembangkang nak jatuhkan kerajaan mengikut proses demokrasi. Cuma Dr M bersubahat pertahankan kerajaan zalimnya tidak mengikut proses demokrasi, sehingga sanggup membunuh rakyat sendiri. Contohnya di Memali.

Teruk lagi bila DrM bersubahat, menentang perlaksanaan hukum Allah 'hudud' yang pernah hendak dilaksanakan di Kelantan. Sedangkan dia sendiri hari ini mengaku tidak pandai Al-Quran tetapi menyekat perlaksanaan undang-undang Al-quran. Aneh lagi bila kata, tidak tahu siapa buat undang-undang kerajaan yang pimpinannya laksanakan.

Ke'tidakpandai'an agama inilah yang diwariskan UMNO kepada PM selanjutnya. Tak pandai tu tak cerdik la! Kalau dibiarkan UMNO memerintah terus, maka kekallah Malaysia yang pemimpinnya tetap jahil, tak cerdik dan buta agama. Na'auzubillahi minzalik.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails