Monday, August 31, 2009
Buat Kereta Sendiri, Cuma US4,000 Sebuah..
Idea awalnya bermula dari gagasan cemerlang Dekan Fakulti Teknik universiti tersebut Dr. Ghassan Abu Araf, yang bercita-cita supaya kampusnya boleh ikutserta dalam kompetensi pembuatan kereta bertaraf antarabangsa yang diadakan setiap tahun di England. Tetapi gagal kerana rendahnya fasiliti teknologi di Gaza, keadaan negara yang kelam kabut, juga kerana sayembara itu menghadkan hasil kreatif peserta seperti kereta bertenaga cahaya bukan elektronik dan lain-lain.
Akhirnya, gagasan dan semangat kreatif Abu Araf hendak buat kereta sendiri itu pun itupun disampaikan kepada mahasiswanya. Mereka pun menyambut baik dan memulai projek tersebut. "Kami yakin kami boleh buat... jika dikerjakan dengan sungguh-sungguh." sambut Ahmad Shaydam, ketua team itu.
Selain itu ialah kerana semangat Shaydam yang kuat ingin membuktikan kepada dunia, bahawa sekalipun Gaza terperok hancurlebur akibat sekatan dan keganasan Israel, namun tidak menjadikan orang-orang Gaza angkat bendera putih, apalagi menjadi kambing congek Israel. "..dan melalui karya, kami hendak curi perhatian dunia agar lebih dapat melihat kami!" tambah Shaydam.
Enam bulan, akhirnya lahirlah hasil kreatif mahasiswa Gaza ini. Hasil dari barangan buangan atau bangkai kereta akibat serangan Israel, dimanfaatkan. "Alhamdulillah, kereta ini mampu berjalan hingga kecepatan 100 Km per jam," terang Shaydam, setelah selesai merancang bahagian dalam, struktur bahagian dan tampilan luar kereta yang memakai bahan fiberglas.
Menurut Shaydam lagi, modalnya pun tak banyak, kira-kira US4,000 bagi sebuah kereta.
Komen Blog Ibnu Hasyim: Bagaimana, tak terbelalakkah negara-negara Arab lain seperti Saudi contohnya? Negara yang kaya raya wang ringgit tetapi papa kedana dalam berkreatif? (AK)
Sila lihat siri-siri kreatif..
Melihat Syed Qutb Dalam Kemerdekaan & Kebangkitan Islam M'sia.

Pertama:
Ramai yang melihat bahawa Syed Qutb menjadi salah satu arkitek utama dalam kebangkitan Islam kontemporer, bersama Abul A'la Maududi pendiri Jamaat Islami Pakistan. Syed Qutb telah memberi idea-idea dan pandangan yang memandu dan memotivasi jutaan umat Islam seluruh dunia termasuk Malaysia. Berusaha kembali mempraktekkan ajaran Islam dalam kehidupan, merubah lembaga politik dan sosial ke arah mencerminkan kembali prinsip-prinsip Islam.
Antara tulisannya yang terkenal awalnya berjudul 'Keadilan Sosial Dalam Islam', ditulis pada tahun 1949. Beliau menghabiskan waktunya pada tahun 1949 di Greeley Colorado AS untuk mempelajari kurikulum di Colorado State Teachers College, sekarang bernama Universiti Utara Colorado. Apa yang beliau lihat selama berkuliah di sana mendorongnya untuk mengutuk Amerika Syarikat sebagai negara yang hina, tempat penuh dengan materialisme dan beliau berharap umat Islam tidak bercita-cita untuk tinggal disana.
Penulis dari 24 buku ini, termasuk novel, kritik karya sastra, telah bekerja di bidang pendidikan bahkan terkenal di dunia Muslim. Beliau yakin dapat melaksanakan peraturan sosial dan politik Islam sepenuhnya. Khususnya, sila lihat dalam bukunya 'Keadilan Sosial Dalam Islam' atau 'Ma'alim Fit Thariq' (Petunjuk Sepanjang Jalan). Di samping tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Maududi, Hasan Al-Banna dan lain-lainnya, beliau dianggap paling berpengaruh serta berjuang sehingga syahid di tali gantung pada 20 Ogos 1966, bahkan sempat pula mencipta sajak terkenal berjudul 'Senyun Di Tali Gantung'.
Dikatakan dan dituduh pemikirannya menjadi inspirasi bagi maraknya radikalisme Islam. Karya tulisnya masih banyak tersedia dan telah diterjemahkan ke dalam banyak bahasa-bahasa di dunia. Antaranya banyak yang tergambar dalam kitab tafsir tulisannya 'Fii Zhilalil Quran'. Beliau dikenal sebagai tokoh yang total berjuang untuk agamanya, menyerahkan seluruh hidupnya untuk Allah, seorang Mukmin yang begitu kuat keyakinannya. Beliau persembahkan nyawanya kepada keyakinan dan akidahnya.
Beliau menghabiskan bertahun tahun usia terakhirnya dalam ipenjara. Beliau tuangkan jiwa dan fikirannya yang luar biasa dalam lembar-lembar tulisan tangannya dengan untaian kata yang penuh makna dan bernilai sastra. Hampir semua orang yang membacanya, dapat merasakan getar rohani dan fikirannya dari bunyi tulisan penanya yang tercantum hebat dalam karya-karya tulisnya. Itu pandangan satu golongan.
Kedua:
Mengimbas sejarahnya, Syed Qutb mendapat pendidikan pertama di rumah dari orang tua yang kuat beragama. Pada usia 6 tahun, Qutb di hantar ke sekolah rendah di kampungnya, Assiyut. Pada usia 7 tahun ia mulai menghafal Al-Qur'an. Dalam 13 tahun berikutnya, ia telah menghafal seluruh Al-Qur`an. Awal dekad 1940an, satu era baru telah mulai terjadi dalam kehidupan Syed Qutb, sebagai masa pencerahan kesedarannya terhadap Islam. Dalam karya tulisnya, ia mulai menulis beberapa siri 'At-Taswir Fanni Fil Qur'an' pada tahun 1939. Tulisan ini mengupas indahnya seni yang terdapat di dalam ayat-ayat al-Qur'an.
Pada tahun 1945 ia menulis sebuah kitab bertajuk 'Masyahidul Qiamah Fil Qur'an' yang isinya menggambarkan peristiwa hari kiamat dalam Al-Qur'an. Pada tahun 1948/9, Syed Qutb menghasilkan sebuah buku berjudul 'Al-Adalah Al-Ijtima'iyyah Fil Islam' atau Keadilan Sosial dalam Islam seperti yang disebutkan. Dalam kitab ini, ia tegas menyatakan bahawa keadilan masyarakat sejati hanya akan tercapai bila masyarakat menerapkan sistem Islam.
Fasa terakhir perjalanan Syed Qutb berawal pada tahun 1951, semasa beliau mulai bergabung dengan Jama'ah Al-Ikhwan Al-Muslimun, sampai tahun wafatnya di tali gantung tahun 1966. Baginya, rentang masa itu sangat penting dan kerana beliau pernah mengatakan bahawa tahun 1951 adalah tahun kelahirannya. Syed Qutb bergabung bersama Al-Ikhwan Muslimun, dua tahun selah wafatnya Imam Hassan al-Banna yang merupakan pengasas Al-Ikhwan, pada tahun 1949. Anehnya, mereka yang bergabung itu tidak pernah bertemu muka, meski dilahirkan di tahun sama 1906, dan dididik di tempat sama, di Darul Ulum.
Namun di antara mereka mempunyai kesatuan jiwa dan kesamaan orientasi berfikir. Sebelumnya, ketika Hasan Al-Banna membaca buku 'Al-'Adalah Al-Ijtima'iyyah Fil Islam', karangan Syed Qutb, beliau menganggap pengarangnya adalah sebahagian dari Al-Ikhwan. Lalu, Al-Banna telah mengatakan bahawa 'orang ini' (Syed Qutb) tidak lama lagi akan bergabung bersama Al-Ikhwan. Syed Qutb juga mempunyai perasaan yang sama terhadap Hassan Al-Banna. Kematian Al-Banna sangat membekas dalam jiwanya, meski beliau belum pernah bersama dengan Al-Banna.
Berita kematian Al-Banna diterimanya dengan perasaan tragis semasa dirawat di sebuah rumah sakit di Amerika. Kerana orang-orang Amerika bergembira menyambut berita kematian Al-Banna, maka setelah pulang dari AS, Syed Qutb mengkaji kehidupan Al-Banna dan membaca seluruh risalah karangannya. Selanjutnya ia pun memutuskan untuk memikul amanah perjuangan Hassan al-Banna. Beberapa karya Syed Qutb selanjutnya adalah: 'Haaza ad Din', 'Al-Mustaqbal Li Hadza Ad-diin', 'Khashaish Tashawwur Al-Islami', 'Ma'alim Fi Thariq', dan tafsir 'Fii Zilalil-Qur`a'n'.
Pesan utama yang ditekankan Qutb di dalam tulisan-tulisannya adalah konsep al-Tauhid dari sudut Uluhiyyah. Menurutnya inti dari Tauhid Uluhiyyah adalah hak Allah dari sudut Al-Hakimiyyah dan Al-Tasyri' (pembuatan peraturan). Kerananya, menurut Qutb ikrar 'Lailaha ilalLah' adalah pernyataan revolusi terhadap seluruh kedaulatan yang berkuasa di atas muka bumiNya. Maka seluruhnya itu mesti dikembalikan kepada hakNya.
Pada 13 Januari 1954, Revolusi Mesir mengharamkan Al-Ikhwan Muslimun dan pimpinannya ditangkap kerana dituduh sedang merancang rampasan kuasa. Tanpa bukti yang jelas, 7 orang pimpinan tertinggi Al-Ikhwan dijatuhi hukuman mati, termasuk Hasan Hudhaibi, Abdul Qadir Audah dan Syeikh Muhammad Farghali, ketua sukarelawan Mujahidin Ikhwan Muslimin di dalam Perang Suez 1948. Tetapi hukuman terhadap Hasan Hudhaibi diubah menjadi penjara seumur hidup dan Syed Qutb dihukum penjara 15 tahun dengan kerja berat.
Pada tahun 1964, Syed Qutb telah dibebaskan atas permintaan peribadi Abdul Salam Arif, Presiden Iraq. Tetapi Pemerintahan Revolusi Mesir belum menerima pembebasan tersebut. Setelah Presiden Abdul Salam Arif meninggal dalam satu musibah pesawat udara, Syed Qutb ditangkap lagi pada tahun berikutnya. Alasannya adalah kerana Qutb dituduh kembali merancang rampasan kuasa. Selain itu, Mahkamah Revolusi merujuk pada buku-buku Syed Qutb terutama Maalim Fit Thariq, yang mendasari pernyataan seruan revolusi terhadap seluruh kedaulatan yang tidak berdasarkan Syari'at Allah.
Syed Qutb ditahan bersama seluruh anggota keluarganya. Sebelum hukuman gantung dilaksanakan, Presiden Naser menghantar utusan menemui Syed Qutb. Melalui utusan itu Presiden Naser meminta agar Syed Qutb menulis pernyataan meminta ampun agar beliau dibebaskan. Tetapi Syed Qutb dengan tegas menjawab;
"Telunjuk yang bersyahadah setiap kali dalam solat menegaskan bahawa Tiada Ilah yang disembah dengan sesungguhnya melainkan Allah dan Muhamad adalah Rasulullah, dan aku takkan menulis satu perkataan yang hina. Jika aku dipenjara kerana kebenaran aku redha. Jika aku dipenjara secara batil, aku tidak akan menuntut rahmat daripada kebatilan. "
Pagi hari Isnin, 29 Ogos 1966, Syed Qutb digantung bersama-sama sahabat seperjuangannya, Muhamad Yusuf Hawwash dan Abdul Fatah Ismail. Dunia Islam pun kehilangan salah satu pejuangnya yang berani mempertaruhkan nyawanya untuk membela tauhid. Untuk apakah, sekiranya di beri pilihan, kita akan mati? Sementara masih sihat, eloklah bersama-sama berdakwah sehingga syahid untuk kebaikan manusia sejagat. Begitu kisahnya.
Ketiga:
Walaupun beliau tidak pernah datang ke Tanah Melayu atau Malaysia semasa hidupnya tetapi saya melihat peranan dan pemikiran beliau memberi saham kepada kemerdekaan dan kebangkitan Islam di Malaysia. Mengapa?
A.. Pada saya kemerdekaan dan kebebasan manusia sebenarnya adalah apabila manusia itu kembali kepada agama fitrah. Fikiran musyrik dan selain dari konsep 'La Ilaha Illallah' itulah yang datang menjajah dan menserabutkan pemikiran manusia jadi tidak keruan. Fikiran itu perlu dibebaskan. Jadi, jika pemikiran Syed Qutb itu dibawa ke Malaysia, samalah dengan kita melahirkan pejuang-pejuang kemerdekaan dan pembebasan di negara ini.
B.. Walaupun Malaya sudah merdeka pada tahun 1957, tetapi kemerdekaan itu masih belum penuh atau baru kemerdekaan tahap pertama. Maka perlukan perlukan tahap kedua pula iaitu pembebasan pemikiran pula. Di situlah apabila orang-orang Islam dan PAS membawa membawa masuk pemikiran tersebut di Malaya atau Tanah Melayu, maka ianya memberi sumbangan besar kepada kemerdekaan tanah air kita yang kita cintai ini.
C.. Contohnya pemikiran Islam yang dibawa ulama 3 serangkai Sheikh Muhammad Abduh, Rasyid Ridha dan Jamaluddin Al-Afghani ke Tanah Melayu dari Timur Tengah dulu (sebelum Malaya merdeka 1957) adalah suatu gerakan pembawa pembaharuan kembali kepada Al-Quran dan Hadis. Gerakan itu juga adalah juga gerakan yang membantu ke arah pembebasan dan kemerdekaan. (Sila lihat siri-siri sejarah PAS dalam blog Ibnu Hasyim.com)
D.. Saya masih ingat, kira-kira dalam tahun 80an PAS kalah teruk setelah ditipu PERIKATAN atau BN melalui projek 'Kerajaan Campuran'. Ahli parlimennya pernah cuma tinggal seorang, iaitu Tok Guru Nik Aziz dan Kelantan pertama kali dirampas balik oleh pemerintah pusat atau Kerajaan Persekutuan selepas merdeka. Waktu itu saya baru menyertai PAS. Antara buku-buku yang dijadikan teks motivasi semula ahli-ahlinya ialah kitab-kitab karya Syed Qutb, Hasan Al-Banna dan pemimpin-pemimpin Ikhwan Muslimin lain.
Dalam PAS berlaku peralihan kepimpinan ulama. Ustaz Fadzil Noor mengajar kitab Arab 'Fi Dzilallil Quran' di Markas PAS Kedah, Ustaz Abdul Hadi mengajar kitab 'Muallim Fit Thariq' di Terengganu dan Tok Guru Nik Aziz dengan kitab-kitabnya di Kelantan, dan begitu juga Tuan Haji Yusuf Rawa dan lain-lain. Buku-buku Hasan Al-Bana seperti wirid 'Al-Makthurat', 'Peraturan Dan Arahan' begitu terkenal pada masa itu. Pada saya, pada masa itu pemikiran Sayyid Quth yang sesuai dan telah digunakan oleh PAS untuk memotivasi serta membangkitkan umat Islam supaya kembali menegakkan Al-Quran dan Sunnah hatta di dalam politik pemerintahan negara sekalipun.
E.. Jadi, kebangkitan Islam di Malaysia adalah sebuah kebangkitan perdamaian, kebangkitan memerdeka dan membebaskan manusia kembali kepada agama fitrah dengan tidak mengganggu fahaman agama dan pemikiran orang lain. Maka peranan ulama Syed Qutb memang membantu ke arah kemerdekaan di Malaysia, atau di mana-mana di dunia, hatta di Amerika sekalipun.
Sekian Catatan Santai kali ini. Selamat Menyambut Kemerdekaan. Merdeka! Allahu Aklam.
Ibnu Hasyim
ibnuhasyim@gmail.com
31 0gos 2009
KL
Sunday, August 30, 2009
Sempena Merdeka: Imbas Kembali.
24 Ogos 1511 - Setelah hampir 2 minggu mempertahankan bumi Melaka, akhirnya Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka, kerajaan Melayu terulung di Nusantara jatuh ke tangan Benggali Putih berbangsa Eropah Portugis.
Raja Ahmad putera Sultan Mahmud Syah gugur bersama beribu-ribu pejuang Melaka di medan berdarah.
Perjuangan mendapatkan semula Melaka bermula setelah kejatuhan Melaka. Sultan Mahmud Syah memimpin perjuangan mendapatkan kembali Melaka, namun A Famosa menjadi penghalang kemerdekaan Melaka.
1641 - Setelah lebih 100 tahun bertapak di Melaka, akhirnya runtuh juga Kota Melaka, namun kemerdekaan Melaka masih tak tercapai jua kerana Belanda pula menjadi penguasa. Perjuangan memerdekakan Melaka terus menyala. Raja Ali Haji memimpin perjuangan suci merebut Melaka dari Belanda.
1784 - Peristiwa sedih di Teluk Ketapang, Melaka. Raja Ali Haji terkorban bersama pengikutnya di tangan Belanda. Melaka tetap belum merdeka.
1824 - Perjanjian Inggeris-Belanda, bumi Melaka ternoda lagi, bangsa Eropah membahagi Gugusan Kepulauan Melayu, satu untuk engkau, satu untuk aku. Begitu mudah sekali seolah-olah Kepulauan Melayu kepunyaan datuk nenek mereka. Inilah padah kuasa di tangan penjajah. Mereka memecahkan peta rumpun Melayu Nusantara.
Setelah Sultan Abdullah, Sultan Kedah ditipu dan dihina Francis Light untuk mengambil Pulau Pinang pada 1786, kemudian Sultan Husein, Sultan Johor diperdaya Stamford Raffles untuk mengambil Singapura pada 1819, kini bangsa Inggeris mendapat habuan Melaka dari perjanjian ciptaan mereka, adilkah?.
1874 - Kekayaan bahan mentah membuka mata penjajah. Bijih timah dan minyak adalah kekayaan tidak terkira nilainya. Inggeris mula mencipta alasan campurtangan di negeri-negeri Melayu, seumpama Amerika mencipta alasan untuk menyerang Iraq.
Bermula dengan Perjanjian Pangkor pada 1874 hingga 1895. Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang menjadi mangsa kerakusan Inggeris untuk menjadi kaya.
Bermula dari Perjanjian Burney pada 1826 hingga Perjanjian Bangkok pada 1909, Siam diugut dan menjadi mangsa tipu helah Inggeris mendapatkan negeri-negeri bunga emas Siam. Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu dipaksa tunduk kepada Inggeris.
1914 - Hanya Johor kekal merdeka. Inggeris kehilangan alasan, ketiadaan punca. Paduka Sultan Ibrahim mula diperdaya menyingkirkan Dato’ Abd Rahman Andak, penghalang utama Inggeris berkuasa diJohor. Johor negeri terakhir ditakluk Inggeris.
Sejak pengambilan Pulau Pinang pada 1786 hinggalah Johor pada 1914, semangat mendapatkan kemerdekaan terus membara di hati orang-orang Melayu.
Mereka sanggup mati, sanggup dipenjara, sanggup diseksa dan sanggup dibuang negeri, namun undur tidak sekali. Lawan tetap lawan, perjuangan tetap diteruskan.
Dato’Maharajalela dan Dato’ Sagor mati di tali gantung Inggeris di Matang, Perak.
Tok Janggut dibunuh dengan buluh runcing. Mayatnya diseksa, diarak dengan kaki ke atas dan kepala ke bawah mengelilingi Pasir Putih, Kelantan.
Haji Abdul Rahman Limbong, 'Peguambela' rakyat Terengganu yang ditindas, dibuang negeri ke Mekah.
Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau diburu Inggeris dari Pahang sehingga ke Patani, Siam dan terpaksa menetap di sana.
Mereka ini adalah pejuang agama, pejuang bangsa dan pejuang tanahair. Mereka juga tokoh kemerdekaan. Namun darah mereka yang mengalir masih belum mampu membebaskan negeri-negeri Melayu dari belenggu penjajah.
Awal kurun ke–20 - Kesedaran untuk mendapatkan kemerdekaan dicetus kembali. Syed Sheikh Al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abas Taha lulusan Al-Azhar, Mesir mencetuskan idea pembaharuan Islam melalu Kaum Muda.
Dari Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) lahir Ibrahim Haji Yaakub, pengasas Kesatuan Melayu Muda (KMM). Tuntutan kemerdekaan yang berani menjadi sebab Ibrahim Haji Yaakub dipenjara Inggeris Oktober1941, tetapi dibebaskan bila Jepun menjajah Tanah Melayu.
Desakan dan tuntutan janji kemerdekaan dari Jepun oleh Ibrahim Haji Yaakub menyebabkan Jepun mengotakan janji mereka.
Ibrahim Haji Yaakub bersama Sukarno dari Indonesia ke Jepun bagi merundingkan kemerdekaan bersama Indonesia dan Tanah Melayu dengan nama Negara Melayu Raya.
Sukarno pulang dan mengisytiharkan kemerdekaan oleh Jepun. Kemerdekaan sudah hampir kepada Tanah Melayu, namun bom atom Amerika ke atas Nagasaki dan Hiroshima memusnahkan segalanya. Ibrahim Haji Yaakub tidak sempat mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu.
1946 - Malayan Union diperkenalkan. Peluang Dato’ Onn mencetuskan kebangkitan orang-orang Melayu. Kongres Melayu SeMalaya mengumpulkan semua persatuan Melayu melahirkan umno. Tentangan orang-orang Melayu menguburkan Malayan Union.
April 1947 - PUTERA pimpinan Dr. Burhanuddin Helmi dan AMCJA pimpinan Tan Cheng Lock gabungan parti-parti politik Melayu dan Cina mengemukakan Perlembagaan Rakyat bagi mengantikan Malayan Union tetapi ditolak Inggeris kerana menjejaskan kepentingan Inggeris di Tanah Melayu.
Jun 1948 - Pengisytiharan darurat. Inggeris menggunakan kesempatan ini untuk menangkap pemimpin Melayu yang tidak disenangi Inggeris
Dr. Burhanuddin Helmi, Ishak HajiMuhammad (Pak Sako), Ahmad Boestamam, Ust. Abu Bakar al-Baqir dan ramai lagi disumbat ke penjara di bawah undang-undang kejam Inggeris.
Kini hanya umno satu-satunya parti Melayu menjadi tempat pergantunggan orang-orang Melayu selepas banyak parti yang mendapat sokongan terbesar orang Melayu seperti PKMM, AWAS, API dan Hizbul Muslimin diharamkan dan ramai pemimpin Melayu ditangkap.
1955 - Pilihanraya umum pertama di Tanah Melayu, Perikatan gabungan Umno, MCA dan MIC menang besar dalam pilihanraya ini.
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pengganti Dato’ Onn yang meletak jawatan, memimpin umno dan menjadi Ketua Menteri Tanah Melayu.
1 Jun 1956 - Tunku dan rombongan merdeka berangkat ke London dari Singapura menaiki kapal hingga Karachi dan kemudiannya menaiki kapal terbang ke London.
8 Feb 1957 - Tuntutan kemerdekaan dipersetujui dan ditandatangani di Lancester House, London antara Tunku dan Menteri Tanah Jajahan Inggeris, Alan Lennox Boyd, bagi pihak Inggeris. Suruhanjaya Reid merangka perlembagaan baru dibentuk.
21 Feb 1957 - Rombongan Tunku tiba di Padang Merdeka, Melaka dengan disambut puluhan ribu rakyat yang menunggu pengumumuman tarikh kemerdekaan Tanah Melayu.
9 Mei 1957 - Tunku sekali lagi pergi ke London untuk meneliti persiapan akhir kemerdekaan.
31 Ogos 1957 - 12.01 dinihari di Padang Kelab Selangor bangunan Sultan Abdul Samad, bendera Inggeris Union Jack diturunkan buat kali terakhir dan diganti dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu disaksikan ribuan penduduk.
8.00 pagi di Stadium Merdeka. Tunku sebagai Perdana Menteri Malaya di hadapan wakil Ratu Elezabeth, Duke Of Glouster, Pesuruhjaya Tinggi Inggeris terakhir Donald Mac Gillivray, raja-raja Melayu dan orang kenamaan serta puluhan ribu rakyat mengisytiharkan Kemerdekaan Tanah Melayu yang berdaulat.
31 OGOS 1957 MERDEKA!
Tabung Haji & Pusat Zakat Teliti Guna Dinar Emas.

KUALA LUMPUR, 30 Ogos 2009: Exco Kerajaan Negeri Kelantan Dato' Husam Musa menyambut baik saranan Kerajaan Persekutuan agar Tabung Haji (TH) dan Pusat Zakat (PZ) meneliti penggunaan dinar emas sebagai asas dalam urusan mereka.
Namun beliau yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat (Kelantan) berharap ianya dilaksanakan mengikut seperti yang dikehendaki Islam, bukan hanya mengambil sebahagian sahaja.
Pertama saya ucap tahniah kepada kerajaan persekutuan. Akhirnya boleh berkongsi pandangan dengan kerajaan negeri Kelantan. Tetapi pelaksanan itu mesti seperti yang dikehendaki Islam. Tak boleh ambil separuh-separuh," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.
Beliau turut berkongsi kebimbangan mengenai keadaan ekonomi negara yang tidak stabil ketika ini dan memerlukan kepada penggunaan dinar emas sebagai alternatif memandangkan ianya terkenal dengan sifatnya yang stabil terhadap aktiviti spekulasi dan manipulasi.
Idea penggunaan dinar emas telah dicadangkan oleh Husam dari tahun 2001 lagi apabila Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menganjurkan idea yang sama pada tahun itu. Pada tahun 2001, Tun Dr Mahathir mencadangkan penggunaan nilai dinar emas dalam perdagangan antara negara-negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) bagi menghadapi manipulasi mata wang.
Namun idea berkenaan terhenti setelah Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih pentadbiran negara pada tahun 2004. Kerajaan Kelantan bagaimanapun telah menggunakan Emas Dinar Kelantan sebagai simpanan nilai, walau pun ia tidak dipersetujui pihak-pihak tertentu termasuk Kerajaan Pusat ketika itu.
Manakala pada 24 Julai 2007, Kerajaan Kelantan melalui badan penyelidiknya, Kelantan Reserch Institute and Strategic Studies (Kriss) menganjurkan seminar antarabangsa dinar emas (International Seminar on Gold Dinar) di PWTC. Tun Dr Mahathir turut berada di majlis itu dan memberikan ucap utama atas kepentingan idea bersama iaitu 'dinar emas' antara beliau dan pemimpin PAS Kelantan.
Husam juga berkata, meskipun baru sekarang kerajaan menyedari kepentingan penggunaan dinar emas sebagai alternatif kepada penggunaan mata wang, namun ujarnya Kelantan bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan pusat bagi meningkatkan penggunaan dinar emas. "Walaupun dia terlambat tapi saya alu-alukan dan kelantan bersetuju untuk beri kerjasama untuk membolehkan wang dinar ni berkembang lagi," jarnya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom berkata, sistem kewangan dunia berasaskan wang kertas dan berlandaskan riba telah membawa kepada banyak kerosakan seperti kemiskinan, kerosakan alam sekitar, monopoli pengeluaran dan pengedarannya serta masalah lain seperti pengangguran, jenayah, maksiat dan kejatuhan moral.
Teks ucapan beliau dibaca oleh Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Shahabudin Yahya pada majlis perasmian Seminar Antarabnagsa Penjanaan Ekonomi Melalui Transaksi Wang Dinar 2009 di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) di Bangi Khamis lalu. Ini sekaligus menunjukkan apa yang teah dipraktikkan oleh Kerajaan Kelantan ternyata membawa kebaikan dan turut diakui oleh kerajaan pusat.
Komen Blog Ibnu Hasyim: Akhirnya Kerajaan Pusat akur cadangan dari Kerajaan Kelantan. Alhamdulillah! (Sumber: Harakah dll)
Sempena Merdeka: Tuntutan Cicit Tok Janggut..


PASIR PUTEH, 28 Ogos: Cicit kepada Allahyarham Tok Janggut, pahlawan Melayu yang menentang penjajahan Inggeris pada tahun 1914 mahu kerajaan memberi penghargaan yang setimpal terhadap jasa moyangnya sempena menyambut kemerdekaan negara yang ke-52.
Sulaiman Ismail, 85, berkata, sekiranya kerajaan sanggup memberi penghargaan kepada pejuang kemerdekaan seperjuangannya di negeri-negeri Pahang, Perak dan Negeri Sembilan dengan membina memorial mengenai mereka kenapa tidak pada moyangnya. “Ini penting kepada generasi sekarang dan akan datang supaya mereka tidak hilang jati diri,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya Kampung Batu Hitam di sini, semalam.
Tok Janggut atau nama sebenarnya Haji Mohd Hassan Munas melakukan penentangan terhadap Inggeris di Pasir Puteh dan terkorban ketika bertempur di Kampung Saring dan mayatnya disemadikan di Pasir Pekan oleh penjajah berkenaan. Sebelum itu, Tok Janggut pernah dilantik sebagai Perdana Menteri oleh Raja yang memerintah Jajahan Jeram. Sulaiman mendakwa keris moyangnya, iaitu ‘Keris Tok Janggut’ yang digunakan ketika penentangan itu masih disimpan olehnya dan ia akan dijadikan harta pusaka dari generasi ke generasi.
Beliau berharap sudah tiba masanya kerajaan mengambil perhatian serius mengenainya agar perjuangan moyangnya membela nasib bangsa dan agama tidak hilang identitinya kepada generasi muda bagi lima hingga 10 tahun akan datang. Antara lain beliau mencadangkan supaya kubur moyangnya dipindahkan dari Pasir Pekan, Kota Bharu ke kampung Saring iaitu kampung asalnya yang juga tempat kejadian itu berlaku supaya melengkapkan sejarah perjuangannya.
Sementara itu, anak kelahiran merdeka, Zulkifli Ali mahu kerajaan meletakkan perjuangan Tok Janggut setimpal dengan perjuangannya dalam usaha untuk memartabatkan perjuangan bangsa. Beliau, yang dilahirkan pada 31 Ogos 1966 di Kampung Bukit Abal di sini berkata, orang Melayu kini patut mencontohi perjuangan Tok Janggut yang rela berkorban nyawa untuk kepentingan bangsa dan agama.
Katanya, berdasarkan hakikat itu orang Melayu sekarang sepatutnya insaf jika mereka berpecah belah, disebabkan terlalu rakus untuk mencari kepentingan diri, tidak mustahil dalam tempoh terdekat orang Melayu akan kehilangan kuasa menyebabkan mereka akan merana di tanah air sendiri. “Sebelum terlambat orang Melayu patut menyokong konsep yang diperkenalkan oleh kerajaan sekarang iaitu konsep 1 Malaysia Rakyat
Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan bagi kesinambungan survival perjuangan bangsa dan kemakmuran rakyat Malaysia,” katanya. Bernama
Komen Blog Ibnu Hasyim: Tok Janggut adalah seorang pejuang atau mujahidin Islam. Melihat kepada latarbelakang dan perjuangan beliau, maka layaklah beliau dianugerahkan penghormatan 'As-syahid' ...
Sedikit Mengenai Tok Janggut..
TOK Janggut mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Ada riwayat mennyatakan bahawa beliau adalah anak murid Tok Ku Paloh. Selepas Perjanjian Inggeris-Siam 1909, pihak British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan.
Antara isu yang paling sensitif masa itu ialah pengenaan cukai seperti berikut:
-Cukai kelapa sebanyak 3 sen setandan
-Cukai cukai pokok buah-buahan sebanyak 3 sen setahun
-Cukai sireh sebanyak 5 sen sejunjung.
-Cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setahun
Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff yang bertugas sebagai pegawai pentadbiran British yang berasal daripada luar Kelantan dan menggantikan Engku Besar. Keadaan makin bertambah buruk apabila Encik Latiff menjalankan tugasnya dengan tegas terutama khususnya dalam hal pengutipan cukai.
Engku Besar membuat perundingan bersama-sama dengan Tok Janggut, Haji Said, Che Sahak dan Penghulu Adam, dan mereka memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan pihak British. Mereka mendapat sokongan sebilangan besar rakyat kelantan, dan ini keadaan ini membimbangkan Encik Latiff. Pada 29 April 1915, Encik Latiff mengarahkan sepasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib untuk bertemu dengan Tok Janggut Dalam satu perkelahian yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh.
Tok Janggut kemudian menghimpunkan pengikut-pengikutnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff melarikan diri ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh.
Begitulah perjuagan beliau menghambat penjajah seperti yang dituntut oleh Islam, jadi amat besarlah perjauangan ulama-ulama dalam membangkitkan semangat kemerdekaan. (Sumber: http://www.keriswarisan.com dll/2MA)
Rujukan sila lihat ...
1.. Sejarah PAS 014 - Merdeka !
2..Merdeka: Isteri A/Parlimen PAS 1955, Berumur 101 T...
3..Kes Natrah: Melayu Tolak Undang Penjajah. -Dr Mohd...
4..'Manifesto Al-Badawi' Bawa PAS Perjuangkan Merdeka...
5..Merdeka: Gambar Sejarah, Berkatalah Dr Mahathir..
Dan banyak lagi di blog ini..
Umno Punca Rakyat Tak Faham Hukum Islam
Demikian pandangan Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional Hamdan Fadel Ahmad mengulas isu hukuman rotan enam kali ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno, model sambilan yang didapati bersalah minum arak di sebuah hotel oleh Mahkamah Tinggi Shariah, Kuantan.
“Rakyat keliru, adakah pelaksanaan hukuman sebat ke atas Kartika ini menepati syariat Islam atau sama dengan sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang” Katanya
“Ini akan memberi gambaran salah terhadap syariat Islam. Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.” ujarnya
Beliau berkata kekeliruan yang berlaku dalam masyarakat tentang hukum Islam adalah disebabkan gambaran salah tentang hukum Islam yang diberikan oleh pemimpin kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat. “Banyak bukti yang menunjukkan pemimpin Umno menghina hukum Islam dengan mengambarkan hukum Islam sebagai zalim, berlaku huru-hara dan ketinggalan zaman”
Hamdan memberitahu gambaran salah ini bukan sahaja disampaikan kepada umat Islam malah kepada orang bukan Islam demi kepentingan politik Barisan Nasional. “Dulu mereka berkempen menakutkan orang bukan Islam. Jangan sokong PAS sebab PAS nak laksana hukum Islam, jika sokong orang bukan Islam akan kena potong” Katanya
Menurutnya lagi, kesan gambaran salah ini menyebabkan rakyat keliru dan tidak memahami tentang hukum Islam yang akan dilaksanakan. “Kerajaan perlu menerangkan kepada rakyat tentang kebaikan hukum Islam termasuk hukum hudud melalui Jabatan Agama dan media massa yang dikuasai kerajaan”
“Sekarang rakyat tak tahu, bagaimana hukuman sebat menurut Islam. Ramai yang menyangka sama seperti dalam filem ‘ Semerah Padi ’. Inilah masanya kerajaan menjelaskan kekeliruan ini” Katanya.
Sementara itu, PAS Parit Buntar menyokong saranan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang meminta pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno sehingga memberi gambaran salah terhadap syariat Islam.
Ketua Penerangan PAS Parit Buntar Fakhrurrazi Haji Khalid berkata pengharaman jualan arak ke atas umat Islam perlu dilaksanakan terlebih dahulu. “Semua pihak harus dididik bahawa arak adalah haram di sisi Islam. Jika semua pihak faham, maka barulah dapat diselesaikan masalah jualan arak ke atas umat Islam” katanya.
(Sumbar:http://paritbuntar.pas.org.my/AK)
Sila lihat dan klik artikel sebelum ini..
Hukum Sebat Itu Tidak Islamik -Presiden PAS
Cubaan Rogol Pembantu ADUN Bukit Kepayang.
SEREMBAN Ahad Ogos 30 2009– Seorang pembantu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepayang nyaris dirogol apabila pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN tersebut diceroboh dua lelaki tengahari semalam.
Suspek yang tiba ke pejabat terbabit dan mahu bertemu ADUN, Cha Kee Chin kemudian bertindak ganas terhadap mangsa, Cheng Wai Fong, 31 dengan mengheret dan menghantuk kepala mangsa ke di dinding selepas dia membuka pintu memaklumkan wakil rakyat yang ingin ditemui itu tiada di pejabat.
Tidak cukup dengan itu, mangsa diikat tangannya dan diheret masuk ke dalam pejabat sebelum seorang lagi rakan suspek yang dipercayai berada di aras bawah segera naik dan turut membelasah mangsa.
Tanpa menghiraukan rayuan, suspek terus membelasah mangsa dan meletakkan pisau di bahagian lehernya supaya tidak membuat bising sambil rakannya menyelongkar barangan berharga sebelum mengheret mangsa ke dalam sebuah bilik dan cuba merogol mangsa yang sudah tidak bermaya.
Mangsa ketika ditemui Sinar Harian berkata, dia berpura-pura lemah sebelum nekad melawan suspek dengan mencapai pisau yang diletakkan berhampiran sebelum menikam bahagian bahu kiri suspek.
“Rakan suspek yang berada di bawah segera naik ke atas dan bertindak membelasah saya sebelum menyelongkar barangan berharga di pejabat, sambil seorang lagi suspek bertindak menumbuk muka saya tanpa henti. Tidak puas dengan itu, suspek mengheret saya ke dalam bilik sebelum bertindak membuka baju dan cuba merogol,” katanya.
Komen Blog Ibnu Hasyim: Kes rogol kini sudah menjadi seolah-olah berita biasa. Apakah tiada harapan untuk memikirkan dan mencari sebuah perundangan alternatif masa kini dalam mendidik masyarakat bagi mengelakkan kes-kes jenayah? Cuba kita fikir-fikirkan!