Thursday, July 16, 2009

Remaja Melayu Murtad. Benarkah?

Mereka ini di'pulih'kan disebuah gereja di Rawang yang ditemui oleh Ibnu Hasyim.

Pertama:
  • Malaysiakini: Roti suci seret Al-Islam ke balai
Abdul Rahim Sabri
Jul 15, 09


Roti suci yang diberi makan kepada penganut Kristian menjadi isu besar terhadap wartawan Al-Islam yang menyamar untuk menyiasat dakwaan wujudnya usaha memurtadkan gadis bertudung.

Dalam satu laporan polis minggu lalu terhadap majalah bulanan tersebut, dua penganut Kristian turut meminta roti putih itu dikembalikan kepada pihak gereja.

Dalam artikel "Tinjauan Al Islam Dalam Gereja: Mencari Kesahihan Remaja Melayu Murtad" yang diterbitkan dalam edisi Mei lalu, roti tersebut diluahkan dari mulut penulis untuk diambil foto.

Dalam aduan Joachim Francis Xavier dan rakannya Sudhagaran Stanley di balai polis daerah Timur Laut, Pulau Pinang, tindakan wartawan lelaki tersebut juga dianggap menghina Katholik.

"Perbuatan dua lelaki ini iaitu meninjau di dalam gereja, menerima roti putih ini (daripada paderi), meludah keluar roti putih tersebut bagi tujuan mengambil gambar dan kemudian menulis mengenai pengalaman tersebut dalam majalah Al-Islam merupakan perbuatan yang amat menghinakan kepada umat Katholik dan berprovokasi," aduan polis 8 Julai lalu dipetik.

"Kami juga meminta polis supaya pihak Al-Islam mengembalikan secepat mungkin roti putih tersebut kepada pihak atasan gereja."

Mereka juga dilaporkan mendakwa perbuatan wartawan itu sebagai "pencerobohan" satu majlis keagamaan di gereja dan boleh dianggap mempermain-mainkan ajaran agama tersebut.

Joachim memberitahu Malaysiakini dalam program video "Citizen Journalism" semalam, wartawan itu hadir di gereja dengan tanggapan yang salah.

"Isunya ialah mereka mengintip tentang aktiviti gereja yang pada sangkaan mereka menjalankan aktiviti memurtadkan orang Islam tertentu kepada agama Kristian," katanya.

"Jadi mereka datang dalam keadaan andaian yang salah, (dan membuat) laporan salah. Bukan itu sahaja malah mereka juga tidak memahami maksud tubuh Isa."

Sementara Sudhagaran, ditemubual dalam video "Police report against Al-Islam", berkata setelah membelek-belek majalah tersebut, beliau rasa terkejut dan marah dengan gambar roti suci di majalah tersebut sehingga mendorongnya dan Joachim membuat aduan polis.

Artikel Muhammad Ridhwan Abdul Jalil tentang pengalamannya di dua gereja, termasuk sebuah dekat Puduraya, dimuatkan di halaman 28-30 edisi Mei yang menfokuskan isu "Al-Islam Masuk Gereja Cari Gadis Bertudung Murtad".

Bagaimanapun siasatan majalah tersebut tidak menemui isu murtad seperti khabar angin yang sering kedengaran dalam masyarakat Islam.

"Apa pun, sepanjang tinjauan yang dibuat, kami dapati dakwaan-dakwaan yang mengatakan ramai remaja Melayu dimurtadkan di gereja-gereja pada setiap hari Ahad tidak kami temui.

"Yang ada hanyalah mereka yang berwajah Melayu tetapi berasal dari Sabah yang menganut Kristian sejak lahir," artikel itu dipetik.

Penulis turut memuji akhlak penganut Kristian di gereja.

"Sewaktu kami membuat tinjauan ini, kami berasa amat kagum melihat akhlak mereka yang hadir.

"Mereka sangat menghormati satu sama lain dan sangat mudah mesra kerana mereka sangat berpegang kepada konsep kasih sayang dan hormat menghormati," tulis Muhammad Ridhwan.

"Mereka turut berjabat tangan dan diikuti dengan senyuman yang manis dengan kami apabila paderi memberi arahan ramah dan mesralah bersama saudara-saudaramu."

Kedua:

Malaysiakini: 9 orang Kristian ditahan di UPM
Wong Pheak Zern
Jul 15, 09


Sembilan penganut Kristian termasuk dua pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) ditahan polis semalam berhubung dakwaan cuba menukar agama pelajar universiti tersebut.

Mereka yang ditangkap di kampus Serdang menjelang 10 malam tadi dibebaskan di balai polis Sepang kira-kira 3.45 petang ini, kata peguam Annou Xavier kepada Malaysiakini hari ini.

Kesemua mereka ditahan di sebuah bilik pelajar di Kolej ke-10 sewaktu berkunjung ke situ tetapi aduan polis dibuat dengan dakwaan mereka cuba menyebarkan Kristian.

Selain dua mahasiswa, kumpulan itu termasuklah tiga rakyat tempatan dan empat warga Hong Kong.

Tindakan tersebut diambil susulan satu aduan polis yang dibuat oleh lima pelajar UPM terhadap kumpulan tersebut.

Seorang daripada kumpulan itu Yip Bok Wan, selepas dibebaskan, membuat aduan balas di balai polis terbabit, menafikan pembabitan mereka dan menuduh laporan awal berasaskan maklumat palsu.

Beliau dan peguam tersebut enggan memberikan butiran lanjut saat-saat penangkapan mereka.

Sumber-sumber pelajar memberita Malaysiakini hari ini, kumpulan itu berada beberapa hari di beberapa kolej kediaman UPM dengan bergerak dari bilik ke bilik untuk menyampaikan ajaran mereka.

"Selain itu, mereka juga didapati menyebarkan risalah kepada warga kampus dan bergerak di tiga buah kolej iaitu Kolej Pendeta Zaaba, Kolej Sepuluh, dan Kolej Sebelas," kata Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UPM Safwan Abdul Ghani dalam satu kenyataan.

"Aktiviti yang berlaku beberapa hari itu akhirnya membawa kepada penangkapan sembilan individu tersebut."

Bagaimanapun tiada pengesahan rasmi diperolehi daripada pihak universiti dan polis, setakat ini.

Undang-undang negara melarang seseorang bukan Islam menyebarkan agama kepada seorang Muslim.

Ketiga:

Ada orang Melayu-Islam yang dipulihkan di geraja. Lihat Catatan Santai Ibnu Hasyim..
Tuesday, July 14, 2009
Kalau Murtad Melalui Gereja, Salah Siapa?

Benarkan Remaja Melayu dimurtadkan? Kita lihat perkembangan lanjut..

Wednesday, July 15, 2009

Akhil Hayy Sah Bercerai, 'Aku Pohon Setangkai Bunga..'

HALAMAN HIBURAN

KEMELUT rumah tangga penyanyi dan pendakwah Akhil Hayy dan isterinya, Maizawati Zainal berakhir dengan penceraian. Keputusan itu disahkan oleh Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Ipoh, Mohd. Ridhuan Yusof.

"Semua dah selesai..jangan keruhkan suasana..saya tegaskan penceraian saya bukan disebabkan pihak ketiga. Ini ketentuan 'tuan punya dunia' ..jalan hidup perlu diteruskan. Cukup-cukuplah gosipkan pihak yang satu lagi. Moga-moga semuanya dapat meneruskan kehidupan," ujar Akhil yang berkali-kali menegaskan penceraian mereka bukan disebabkan oleh pihak ketiga.

Ditanya kenapa dia berbuat demikian, Akhil berkata sebab spekulasi yang timbul. Akhil berkata dengan penuh makna,"Kadang-kadang aku pohon setangkai bunga, Allah bagi pohon berduri; aku pohon rama-rama, Allah bagi ulat berbulu.....mula-mula saya kecewa tapi itu yang jadi.. Allah dah letak keputusan yang baik dan saya ambil hikmah yang positif.

"Kita tiada ruang... orang panggil saya berceramah dan ini kehidupan peribadi saya. Itu (penceraian) hakikat dan lepas ni jangan sensasikan lagi. Doakan yang terbaik.. Kredibiliti saya sudah banyak yang tercalar... tapi perjuangan perlu diteruskan," hujahnya.

Dalam pada itu, Akhil sempat lagi mengaitkan kes cerainya hari ini dengan PAS menang tipis dalam pilihan raya kecil Manek Urai, dia berkata: "Takbir...semalam keputusan di Manek Urai dan hari ini keputusan saya."

Akhil yang kelihatan gembira itu juga memaklumkan yang program 'Cafe Akhil Hayy' dijangka akan disambung siarannya dalam masa terdekat ini. Hasil persetujuan kedua belah pihak, hak penjagaan empat orang anak (hadanah) mereka diserahkan kepada Maiza manakala hak lawatan diberikan kepada Akhil pada bila-bila masa termasuk cuti sekolah dan perayaan. Bagi anak-anak yang telah mumaiyiz (cukup umur) dibenarkan untuk tinggal dengan ibu atau bapa mereka mengikut keselesaan.

Melalui persetujuan itu juga, Akhil akan biayai keseluruhan keperluan am dan nafkah anak-anak termasuk tempat tinggal, persekolahan dan sebagainya. Selain itu, Akhil perlu melunaskan bayaran ansuran kereta Gen 2 milik Maiza sebanyak RM500 sebulan selagi bekas isterinya itu tidak mendirikan rumah tangga. Sementara itu, rumah yang didaftar atas nama bersama akan dikekalkan bahagian pada Maiza manakala bahagian Akhil akan diserahkan kepada empat orang anak dan dia menjadi peneraju rumah serta biayai ansuran dan bil-bil dalam rumah tersebut.

Seterusnya, Akhil diminta membayar nafkah edah sebanyak RM15,000 kepada Maiza dalam tempoh tiga kali suci. Ditanya sama ada dia berpuas hati dengan keputusan penceraian itu, Akhil berkata 'orang beriman tidak akan puas selagi tidak jalankan tuntutan sunnah.' Diaju pula tentang isu dia pernah meminta persetujuan Maiza untuk berkahwin dengan penyanyi Waheeda pada Februari lalu, Akhil berkata itu antara dia dan bekas isterinya lantas berkata 'buat apa saya nak beritahu wartawan?'.

Diasak pula dengan soalan adakah dia akan meneruskan niat untuk berkahwin dengan Waheeda selepas ini, Akhil enggan mengulas lanjut. Hos program 'Cafe Akhil Hayy' ini hanya berkata dia tidak mahu melibatkan isu itu dengan penceraiannya sebaliknya mereka bercerai kerana masalah peribadi. Sebelum Akhil pulang, dia sempat berjumpa dan bersalaman dengan anak sulung perempuannya.

Anaknya itu kelihatan sebak dan menangis tersedu-sedan saat memeluk Akhil. (Sumber mStar Online/AK)

Ekoran Ledakan Beg Misteri.. Beratur Ambil Wang.

Inilah kesan seperti dalam tulisan 'M/Urai: Beg Misteri, Strategi Serangan Berkesan BN...
Antaranya:

Satu...

Ramai beratur ambil wang di Manek Urai

Email Oleh : Designer
http://malaysiakini.com/news/108448

camana ni....Topeng... tarak gambaq close up ka... kot2 leh nampak tokey dia sapa...
skrip awek baju hijau tu "Hang dah dpt duit tak? aku dapat RM300" gadis import daripada PERAK undi kat MU.

Kira-kira 40 dilihat beratur di hadapan sebuah rumah kayu dalam kawasan bangunan pejabat Kesedar, yang terletak kira-kira 50 meter dari pusat mengundi di SK Peria. Malaysiakini nampak mereka menghulurkan kad pengenalan masing-masing kepada beberapa petugas di depan pintu rumah tersebut.

Beberapa orang yang bertugas di situ memegang senarai nama yang didakwa pengundi yang tinggal di luar Manek Urai dalam daftar pemilih. Petugas terbabit kemudiannya memanggil nama dari senarai berkenaan dan mereka yang beratur di situ akan menunjukkan kad pengenalan masing-masing bagi mengesahkan identiti mereka.

Seorang lelaki warga emas yang pulang dari Kuala Lumpur untuk mengundi, memberitahu Malaysiakini bahawa mereka menerima RM300 jika nama mereka terdapat dalam senarai tersebut sebagai elaun tambang. Wartawan melihat sendiri orang ramai menunjukkan kad pengenalan mereka kepada petugas di situ dan kemudian keluar sambil memegang beberapa keping wang tunai RM50.

Tidak kelihatan sebarang logo parti politik tetapi terdapat sebuah kereta Proton Wira warna putih bersama logo Kesedar di depan rumah tersebut, tempat orang ramai beratur. Seorang petugas lelaki yang berbaju putih memanggil nama mereka yang beratur. Difahamkan beliau merupakan tuan rumah bagi ceramah "Pentas Pemuda" di Sungai Peria beberapa hari lalu.



Kedua:

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kemerosotan drastik jumlah majoriti kepada PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai semalam kerana pengundi terpengaruh dengan janji pembangunan Barisan Nasional (BN).

Menteri Besar Kelantan itu berkata faktor berkenaan menjadi elemen utama yang menyebabkan BN mampu menarik pengundi di Manek Urai untuk memilih parti berkenaan kerana ia menyentuh aspek pembangunan di kawasan hulu Kelantan itu.

"Sebagai contoh janji-janji pembangunan yang dibawa oleh BN apabila Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sendiri berjanji untuk membina jambatan berharga RM7 juta di Manek Urai jika parti itu menang dalam pilihan raya itu," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Kota Darulnaim, di sini, pada hari Rabu.


Dua perkara ini tentu boleh dikaitkan dengan' beg misteri' seperti yang disebutkan.


Lihat tulisan ini, ada kaitan..


Gambar Ini Hina Islam.. Apa Boleh Kita Buat?






PIHAK kami cuma panjangkan dari web http://budakkampungonline.blogspot.com/..
Katanya...

"Islam difitnah, dihina dan dilekehkan? Banyak halaman-halaman di internet yang isinya sarat dengan fitnah, perlekehan Islam, penggunaan ayat Al Qur’an sebagai tatoo dan juga permainan isu pribadi Rasulullah SAW. Sebagai umat Islam, wajar sekali kita merasa sedih dan marah dengan keadaan seperti ini. Di sebalik isu ini perlulah difikirkan adakah mereka ini takut dengan kebangkitan Islam sehingga sanggup melabelkan Islam sebagai penjenayah? "

M/Urai: Beg Misteri, Strategi Serangan Berkesan BN.


M/Urai: Lihat Gambar Ini, Siapa Cedera?

salah seorang muslimah pas yang cedera parah diusung keluar selepas berlakunya perang botol dan batu di hadapan sek men perial kelmarin
Kerana keceraan yang agak serius di kepala dan mulut dia telah di hantar ke hospital Kuala Krai untuk mendapatkan rawatan lanjut
Pemuda PAS ini juga cedera teruk di kepala kerana lontaran batu dari penyokong -penyokong UMNO di peti undi Perial
kepalanya terpaksa dibalut dengan kain tuala utk memberhentikan darah yang keluar..
Gambar dari atas..

1..Salah seorang Muslimah PAS cedera parah diusung keluar selepas berlakunya perang botol dan batu di hadapan Sek Men Perial kelmarin.

2..Kerana kecederaan yang agak serius di kepala dan mulut dia telah di hantar ke hospital Kuala Krai untuk mendapatkan rawatan lanjut.

3..Pemuda PAS ini juga pecah di kepala kerana lontaran batu dari penyokong -penyokong UMNO di peti undi Perial.

4..Kepalanya terpaksa dibalut dengan kain tuala untuk memberhentikan darah yang keluar..

Menurut blog http://wfauzdin.blogspot.com

"Saya difahamkan bahawa terdapat dua orang penyokong Pas turut menjadi mangsa kejadian yang tidak diketahui siapa puncanya itu. Mereka yang dilaporkan mengalami kecederaan yang lebih parah dari Puteri Umno tersebut adalah seperti berikut:

1. Sdr Sahruddin bin Yahya (Pemuda Pas Kawasan Merbok) -Mengalami kecederaan di kepala dan Laporan Polis telah dibuat (No Report KK 001811/09).

2. Muslimat Perak – Nadia bte Mohd Kamil (No HP: 013-23701xx) – Mengalami kecederaan di dagu dan masih dirawat di Hospital Kuala Krai , Wad Kenari Katil No 24. (Laporan Report Polis belum diperolehi). Gambar mangsa-mangsa tersebut akan disiarkan kemudian oleh blog Pinkturtle selepas ini."

Tunggu pembongkaran dan bukti-bukti selanjutnya. (AK)

Lihat tulisan ini, ada kaitan.

Xinjiang 8: Cina Indonesia Selar China. Cina Malaysia, Bagaimana?

JENDELA GLOBAL

JAKARTA 12 Julai - Persatuan China Muslim Indonesia (PITI) menyelar tindakan ganas China terhadap masyarakat minoriti Uighur Islam dan kesal dengan sikap membisu negara-negara Islam terhadap penderitaan akibat diskriminasi yang ditanggung mereka.

"Masyarakat China Islam kini terpinggir dalam dunia Islam. Mereka telah melalui penderitaan yang berpanjangan dan diabaikan," kata jurucakap PITI, Steven Indra Wijaya kepada Jakarta Post melalui panggilan telefon. "Kami minta seluruh umat Islam mengenepikan soal identiti etnik masing-masing dan bantulah saudara seagama Uighur."

Lebih 180 orang terbunuh dalam rusuhan dan keganasan etnik yang melibatkan puak Han dan Uighur di wilayah Xinjiang. Rusuhan berlaku apabila ribuan orang Uighur berarak membuat bantahan ekoran pembunuhan ke atas dua pekerja kilang kaum berkenaan di Guangdong.

Tifatul Sembiring, Pengerusi Parti Keadilan Sejahtera (PKS) yang berlandaskan Islam mengutuk pembunuhan umat Islam di Xinjiang. "Sebagai sebahagian masyarakat antarabangsa, kerajaan China mesti menghentikan segala bentuk tindakan yang mencabul hak asasi kemanusiaan.. China tidak boleh terus bertindak sewenang-wenang ke atas orang-orang yang berpegang dengan agama kepercayaan berlainan. Kami mendesak kerajaan China agar mengambil tindakan ke atas mereka yang bertanggungjawab dalam pembunuhan," katanya.

PKS juga mahu badan antarabangsa hak asasi manusia membuat siasatan segera kejadian tersebut. Kerajaan China bagaimana menuduh puak pemisah yang hidup dalam buangan sebagai dalang. -AGENSI

Komen Blog Ibnu Hasyim: Cina Islam Indonesia dan parti Islamnya dah bantah, bagaimana sikap Cina Islam dan parti Islam di Malaysia? Yang penting lagi bagaimana sikap Cina bukan Islam yang menjadi rakan karib orang Islam di Malaysia? (AK)

Lihat ini..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails