Tuesday, May 05, 2009

Fokus Ulama & 27 Ciri-cirinya..


TERTARIK kami dengan perbahasan Ustaz Idris Ahamd seorang AJK PAS Pusat 2007-2009, antara rumusannya setelah membincangkan panjang lebar mengenai..


27 Ciri-ciri seorang ulama ialah..


1.Sentiasa tawaduk dengan ilmunya


2.Dia tidak menuntut kemuliaan disisi pemerintah dengan ilmunya


3. Katakan Wallahua’lam jika tidak tahu. Daripada Abdullah Ibn Masud, “Wahai manusia apabila ditanya dari perkara ilmu yang kamu tahu maka kamu jawab, jika kamu tidak tahu maka katakanlah Allah a’lam. ” (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:92.)

4.Dan tiada menjadikan ilmu tadi sebagai barang dagangan

5. Tidak menjadikan ilmunya untuk mendekatkan dunia dan menjauhkan orang faqir

6.Tawaduk dengan orang faqir dan orang yang saleh

7.Apabila ia berada di dalam majlisnya maka ia sabar atas orang yang lambat faham dengan hal ehwal agamanya sehingga ia menjawab dengan lembut dan beradab.

8. Ulamak mesti beramal dengan ilmunya. Sabda Rasulullah SAW “ Sedahsyat-dahsyat manusia yang diazab di hari qiamat ialah seoang alim yang tidak bermanfaat imunya”. (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:92.)

Kata Fudhail bin ‘Iyyad, Awal ilmu ialah diam, kemudian mendengar, kemudian hafal kemudian beramal dan menyebarkan. Begitu juga dengan kata-kata Ibn. Mubarak “awal imu ialah diam, kemudian memperdengar, kemudian memberi faham, kemudian menghafaz kemudian beramal” (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:46.)

9. Apabila disoal kepadanya perkara yang provokasi yang akan menimbulkkan fitnah di kalangan orang muslimin maka ia minta elak dan minta supaya soalan ini ditanya kepada orang yang lebih aula daripadanya

10. Ulama’ ia tidak akan bertengkar dan memperbodohkan orang lain.

11. Mengajar orang lain kepada tuhannya dan memperingatkan bagi mereka yang lupa. Mengajar bagi mereka yang jahil dan meletakan hikmah kepada ahlinya. (Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, Akhlaq al-Ulama’, 1996/1417, t.tpt, hlm, 50-53)

12.Sentiasa bersyukur kepada Allah SWT .

13. Sentiasa berzikir kepada Allah .

14.Hatinya sentiasa bermunajat dengan Allah .

15.Hanya bergantung kepada Allah dan tidak takut kepada lain daripada Allah.

16. Sentiasa beradab dengan Quran dan Sunnah .

17. Tidak berlumba dengan ahli dunia dalam menuntut kemuliaan.

18.Berjalan atas muka bumi dengan tunduk dan patuh.

19. Sibuk hatinya menuntut kefahaman dan iktibar.

20. Sentiasa menyebut nama Allah bersama bersama orang berzikir

21.Lidahnya sentiasa menyebut nama Allah. Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, Akhlaq al-Ulama’, t.tpt 1996/1417,hlm:13,

22.Sentiasa dahagakan ilmu. Kata-kata Ibn Masud “Dua perkara yang tidak pernah kenyang iaitu orang yang ada ilmu yang sentiasa menambahkan rida Allah dan ahli dunia yang berusaha menghimpunkan harta. Kata-kata Masruq seorang Tabiin di zaman Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Ali dan Saidina Osman “ Tanda seorang yang berilmu ialah orang yang takut kepada Allah dan tanda orang yang jahil ialah orang yang kagum dengan ilmunya” Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, 1996:64.)

23.Tidak berkompromi dengan maksiat yang dilakukan oleh pemerintah. Daripada Ummu Salamah berkata” Bersabda Rasulullah SAW” Adalah atas kamu pemimpin, kamu kenal mereka dan kamu engkar, maka sesiapa yang ingkar maka ia telah melepaskan diri dan siapa yang benci maka ia selamat, dan tetapi siapa yang ridha dan mengikutnya maka dijauhkan oleh Allah kepadanya oleh Allah”. Maka dikatakan Wahai Rasulullah Apakah kamu perangi mereka tetapi baginda menjawab “tidak , selagi mereka solat”. Sahih Muslim: 1854

24.Orang alim musuh iblis “Sabda Rasulullah SAW Seorang faqih begitu susah atas iblis, berbading dengan 1000 orang jahil” Kitab Ilmu Turmizi

25.Para ulama’ hendaklah mempunyai iltizam qiadi atau iltizam kepimpinan, kerana ulama’ adalah pemimpin masyarakat dan ummah seperti para Rasul SAW . Firman Allah “ Dan ingatlah ketika nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa kalimah (perintah suruhan dan larangan) maka nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. Allah berfirman: “….Sesungguhnya aku akan melantik mu menjadi pemimpin bagi umat manusia..” (al-Baqarah,2:124)


Dengan demikian ulama’ bukan sekadar mengetahui tentang hukum hakam yang terbatas, bukan orang yang mengaji kitab feqah dan bukan juga ditentukan oleh serban dan jubah besar. Prof. Dr. H. Abdul Karim Amrullah (Hamka), Tafsir al-Azhar, , Bandung: Yayasan Latimojong, cet. Pertama, juz 22/30, 1984, hlm. 302-303. Sebab itu ulama’ yang layak memimpin mereka mestilah meniru sikap dan akhlak nabi, maka barulah layak mereka menjadi pemimpin.

“Para ulama’ adalah pewaris nabi-nabi dan sesungguhnya para nabi tidak meninggalkan wang emas atau perak, tetapi mereka meninggalkan ilmu, sesiapa yang mengambilnya maka sesungguhnya ia telah mengambil habuan yang cukup”. (Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, Akhlaq al-Ulama’: 19) Sebab itulah para ulama’ mereka yang layak mewaris nabi kerana nabi hanya meninggalkan ilmu dan mereka yang boleh memahami apa yang nabi tinggal ialah ulama’.

26. Keikhlasan dan ketakwaan kepada Allah. Kata Imam Ghazali : Maka inilah dia perjalanan ulama’ dan juga adat mereka pada menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran, kurangnya mereka bergaul dengan pihak pemerintah dan akan tetapi mereka menyerahkan kepada kuasa Allah Taala untuk mengawasi mereka, mereka redho dengan ketetapan Allah Taala
supaya dianugerahkan kepada mereka syahadah di jalanNya. Ketika mereka mengikhlaskan niat kerana Allah maka kalam-kalam mereka memberi kesan pada hati yang keras maka dengannya lembutlah hati dan hilanglah kekerasannya.

27. Bertolak ansur tolak ansur. Tidak fanatik dengan pandangannya sahaja. Contoh Imam-Imam mazhab boleh dijadikan ukuran. Diriwayatkan bahawa Imam Shafie telah mengatakan “Seluruh manusia dalam bidang fiqah adalah keluarga Abu Hanifah” Beliau juga melaku kan solat subuh dekat kubur Abu Hanifah, beliau tidak melakukan qunut, beliau berbuat demikian kerana menghormati Abu Hanifah yng negatakan qunut tidak ada dalam solat subuh dan untuik mengajar pengikutnya supaya bertolak ansur kepada mazhab berkenaan. (Mohd. Radzi Othman dan O.K. Rahmat, 1996:61)

Kiyai Hasyim Asyaari, daripada Nahdatul Ulama, sebuah organisasi kaum tua mengatakan umat Islam agar jangan taksub kepada setengah mazhab atau setengah hukum di dalam soal furuk. Yang utama bagi umat Islam ialah membela Islam dan berjuang menentang orang yang menolak al-Quran. Berjihad menghadapi musuh adalah wajib. Adapun takasub pada satu mazhab dan satu qaul ini tidak disukai oleh Allah. Apatahlagi sehingga mendorong kepada berebut-rebut dan berdengkian. (Umar Hasyim , 1982:232-233.)

(Untuk detailnya sila lihat http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=4341 ,http://idrisahmad.wordpress.com )

..dipanjangkan oleh Blog Ibnu Hasyim.com.(2MA)

Gambar Ini Bukan Filem Ninja…

TAPI, ini gambar polis wanita Iran sedang menjalani latihan. Membuktikan pakaian tidak menghalang tugas. Aurat tertutup bukan bererti fikiran tertutup, sama dengan yang berfikiran tidak terbuka (bengap), walaupun auratnya sentiasa lebar terbuka. Maaf, hanya sindir-sindir kecil..





(Sumber http://arruhuljadid86.blogspot.com/ dll.AK)

Monday, May 04, 2009

Presiden/Timbalan: Ulama Profesional Yang Layak –Nik Aziz, Sesuaikah Regu 2H?


MURSYIDUL Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan hanya golongan ulama profesional yang layak memegang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti itu pada pemilihan yang akan diadakan bulan depan. Mereka yang ingin menawarkan diri bertanding jawatan tertinggi parti itu perlu bermuhasabah diri sama ada mereka benar-benar memenuhi kriteria yang ditetapkan parti.


“PAS parti pimpinan ulama. Memang dulu ulama tidak berpelajaran tapi kini ulama sudah banyak yang terpelajar dan pandai. Dia ulama dia jugalah profesional. Ulama dan profesional ni kita gabungkan. Dah lama dah selesai benda ni, sepatutnya tak timbul lagi isu,” katanya ketika ditemui pemberita di kediaman beliau di Pulau Melaka, dekat sini, hari ini.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pemilihan parti bulan depan yang dijangka menyaksikan saingan sengit untuk jawatan Timbalan Presiden yang dikaitkan dengan hala tuju sebenar parti. Penyandang jawatan, Nasharuddin Mat Isa telah mengesahkan untuk pertahankan jawatan itu. Antara nama yang disebut-sebut akan mencabarnya ialah dua Naib Presiden, Datuk Husam Musa dan Mohammad Sabu selain Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.


Ada pula yang meregukan dengan nama ‘2H’, iaitu Hadi & Husam, Presiden dan Naibnya menjadi suatu regu yang paling layak memimpin PAS sesudah dikatakan berbeda pendapat mengenai Kerajaan Perpaduan. Cadangan pencalonan ini telah dikemukakan oleh PAS Kawasan Shah Alam. (sumber Jiwo Kelate wordpress.com dll. 2MA)

Penanti: Jangan Buat Kacau -Nik Aziz, Sokong Calon PKR –Abdul Hadi.


KOTA BAHARU Isnin Mei 4, 2009 : Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang baru pulang dari Mekah berkata, beliau tidak mahu anggota parti itu membuat kacau dan membelakangi perjanjian dengan sekutunya dalam pakatan PAS-DAP-PKR dengan menuntut PAS meletakkan calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.


Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata PAS perlu berpegang pada janji yang dibuat dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung pengagihan kerusi pilihan raya yang dibuat sebelum ini. "Kalau itu kawasan PKR, hak dialah. Kita kena balik kepada perjanjian. Kita orang Islam pentingkan janji, jangan buat kacau, janji mesti sempurna. Macam di Kelantan, kita ikut perjanjian. Kita beri (kerusi) kepada PKR, dia nak menang ke, kalah ke, itu dia punya pasallah," katanya ketika ditemui pemberita di kediaman beliau di Pulau Melaka, dekat sini, hari ini.


Beliau mengulas desakan bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohd Hafiz Mohd Nordin supaya pimpinan parti itu menimbangkan untuk meletak calon PAS bertanding di DUN Penanti, setelah kerusi itu kosong berikutan peletakan jawatan penyandangnya yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin, 32, berkuat kuasa 16 April lepas.


Semalam, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut mengulangi pendirian parti itu untuk menyokong calon PKR, Mansor Othman dan keputusan itu adalah muktamad. Beliau berkata keputusan itu dibuat berdasarkan beberapa faktor antaranya PKR telah bertanding di kawasan berkenaan pada pilihan raya umum (PRU) tahun lepas dan memenanginya.


Komen Blog Ibnu Hasyim: Agensi-agensi berita pun ada yang buat kacau melaporkan berita yang tak betul mengenai PAS di Penanti, baru-baru ini. (2MA)

Mengapa Gambar Ini? Saya Pun Tak Faham..

Ibnu Hasyim Catatan Santai


HARI ini saya lihat e-mail saya. Ada 5 keping gambar ini dihantar kepada saya. Saya pun tak faham apa maksudnya? Lihat gambar ini…





Boleh tolong teka apa tujuannya?

Ibnu Hasyim Catatan Santai
(e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)
Mei 4, 2009.
KL.

Jihadul Murtaddien…

Hamas di Palestin.. tetap dengan Islam sebagai dasar perjuangan..

Renungan 10 Minit Sebelum Tidur 10:

JIHAD dari jenis lawan yang dihadapi, telah diterangkan tiga jenis dalam huraian yang lalu, kini yang keempat pula…

Keempat: Jihadul Murtaddien.

Perbuatan orang yang murtad disebut Riddah. Menurut bahasa: Riddah adalah mundur iaitu kembali dari sesuatu, menuju ke sesuatu yang lain. Jadi, orang Murtad adalah orang yang kembali kepada kekafiran sesudah masuk Islam. Menurut Syarak: Riddah ialah kembali dari Islam kepada kekafiran. Jadi Murtad bermakna orang yang menjadi kafir sesudah memeluk Islam, baik dengan ucapan, keyakinan, keraguan ataupun dengan perbuatan.

Seseorang atau sesuatu kumpulan boleh menjadi Murtad dengan melalui salah satu dari beberapa sebab berikut ini, antara lain:

1..Mempersekutukan Allah apakah melalui I’tikad, ucapan ataupun perbuatan seperti sujud kepada berhala atau berjalan ke gereja dengan fesyen orang Nashrani.
2..Mengingkari agama Islam atau satu rukun padanya, atau mengingkari satu hukum Islam yang dapat diketahui secara daruri
3.. Orang yang meng’itikadkan bahwa tidak wajib berhukum denga hukum yang diturunkan Allah.
4.. Orang yang meninggalkan Sholat kerana mengingkari kewajibannya, dan demikian pula jika ia mengingkari kewajiban sholat walaupun tidak meninggalkannya.
5..Orang yang meninggalkan sholat kerana kesombongan atau kedengkian.
6.. Orang yang meninggalkan sholat kerana meremehkan dan memandang hina terhadap sholat
7.. Orang yang meninggalkan sholat, dan berterusan meninggalkannya hingga dibunuh.
8..Orang yang meninggalkan sholat kerana berpaling daripadanya, ia tidak mengakui kewajiban sholat dan tidak pula mengingkarinya.
9..Dan banyak lagi yang lainnya.

Perbuatan-perbuatan diatas jika dilakukan oleh seorang yang baligh serta berakal, baik lelaki atau wanita dan perbuatan demikian dilakukan dengan inisiatif sendiri maka perbuatan itu menjadikannya Murtad.

Hukum mengenai orang murtad ini adalah dibunuh.

Firman Allah:
“Barangsiapa yang murtad diantara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal didalamnya.”(QS Al-Baqarah ayat 217)

“Sesiapa yang menukarkan agamanya maka bunuhlah ia.” (HR Bukhari, Abu Daud, Tirmidzi, An-Nasa’i dan Ibnu Majah)

“Dari Muhammad bin Abdullah bin Abdurrahman bin Abdul Qari dari bapanya, bahwa seorang laki-laki dari arah Abu Musa Al-Asy’ari telah datang kepada Umar ra, kemudian Umar ra berkata kepadanya: “Adakah sesuatau khabar dari sebelah barat?” Ia menjawab : ” Ya…ada seseorang laki-laki menjadi kafir setelah ia memeluk islam.” Umar berkata : “Apa yang telah kalian lakukan terhadapnya?”Ia menjawab: “Kami hampiri dia kemudian ia kami bunuh.” Umar berkata: “Mengapa tidak kamu tahan selama 3 hari, kemudian kamu beri makan sepotong roti tiap harr, dan ia diminta bertaubat agar ia kembali kepada perintah Allah? ya…Allah, sesungguhnya aku masa itu tidak hadir, dan tidak menyuruh, dan aku tidak redha ketika khabar itu sampai kepadaku.” (Riwayat Imam Malik didalam Al-Muwhata, dan Asy-Syafi’i)

Mengenai hukuman bagi perempuan yang murtad, Jumhur Fuqaha sepakat bahawa ia harus dibunuh juga kecuali menurut Mazhab Hanafi berpendapat bahawa ia harus ditahan masuk Islam kembali atau ditahan sampai mati.

“Telah thabit dari Abu Bakar ra : Bahwa beliau menghukum bunuh perempuan yang murtad.” (HR Darquthuni)

“Bahawa seorang perempuan yang biasa dipanggil Ummu Ruman telah murtad dari Islam. Kemudian urusan itu sampai kepada Nabi, maka Nabi menyuruhnya bertaubat jika ia bertaubat maka ia bebas, dan jika ia tidak bertaubat maka ia perlu dibunuh.”

Soalnya, apakah memerangi orang yang murtad termasuk Jihad fi Sabillah dengan makna menurut syarak’?

Ya…, memerangi orang murtad termasuk Jihad fi Sabilillah dengan makna menurut syara’, kerana takrif jihad memang sesuai baginya.

Iaitu, memerangi orang kafir untuk meninggikan Kalimah Allah, sedangkan orang-orang murtad itu adalah orang-orang kafir dan memerangi mereka, untuk meninggikan kalimah Allah…
Bahkan Ibnu Qudamah penulis Kitab Al-Mughni menetapkan bahawa sama juga memerangi kafir asli. Ibnu Qudamah berkata: ‘mereka ini, yakni orang-orang murtad (lebih lagi) berhak untuk diperangi, kerana membenarkan mereka boleh membuat orang-orang seperti mereka membujuk untuk menyamai mereka lalu murtad bersama mereka.

Bersambung…

Wassalam dari Ibnu Hasyim.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails