Tuesday, October 01, 2024

Lubnan pula. PASRelief bantucemas RM41,200. & ..bia-DAP?

 

Mohd Yusni Mat Piah

1. Lubnan: PASRelief hulur bantuan kecemasan RM41,200

KUALA LUMPUR: PASRelief akan memberikan bantuan kecemasan awal sebanyak RM41,200 (AS$10,000) dan mengadakan kempen tabung kecemasan bagi membantu rakyat Lubnan yang memerlukan bantuan termasuk perubatan, makanan, air dan keperluan hidup.

Pengerusinya, Ustaz Mohd Yusni Mat Piah berkata, PASRelief mengajak semua pihak yang prihatin untuk menyumbang seikhlas hati bagi meringankan beban rakyat Lubnan yang sedang menghadapi krisis kemanusiaan.  

“PASRelief dengan kerjasama rakan NGO tempatan yang merupakan rakan strategik PASRelief akan memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

(Ikuti selanjutnya 'Lubnan: PASRelief hulur bantuan kecemasan RM41,200-HARAKAHDAILY 30/9/2024)

PerhatianSehubungan itu, sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Maybank Islamic (PASRelief5640-7061-2333 dengan rujukan KECEMASAN, serta boleh dihubungi melalui Hotline PASRelief http://www.wasap.my/60175001144/  HARAKAHDAILY 30/9/2024


2. GISBH: Budaya buat ‘keputusan’ sebelum diputuskan mahkamah. 

Tuan Ibrahim Tuan Man

KUALA LUMPUR: “Semua pihak harus menghentikan budaya membuat ‘keputusan’ sebelum pemutusan oleh mahkamah berkenaan isu yang tular tentang Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH).”

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, banyak pihak yang mengulas isu siasatan terhadap GISBH ini sehingga menggambarkan seolah-olah hukuman bersalah telah dijatuhkan.

“Seharusnya kita perlu membiarkan siasatan lengkap oleh pihak polis, agensi penyiasat, badan berautoriti agama sehinggalah keputusan daripada mahkamah. 

“Budaya membuat ‘keputusan’ sebelum mahkamah memutuskan sesuatu perkara sepatutnya dihentikan,” katanya dalam kenyataan tersebut.

(Ikuti selanjutnya 'GISBH: Budaya buat ‘keputusan’ sebelum diputuskan mahkamah.' -HARAKAHDAILY 30/9/2024)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lagi pemimpin DAP celupar dan biadap terus. 

Isu sijil halal JAKIM, siapa punya kerja buat semua kelam-kabut?

Di KL, isu AP Seputeh (Ahli Parlimen Seputeh) yang membantah cadangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkenaan sijil halal mandatori menunjukkan keperluan untuk mengimbangi antara kehendak peniaga dan sensitiviti agama majoriti penduduk Malaysia.

Walaupun tindakan AP Seputeh atau pemimpin DAP itu mungkin bertujuan untuk meringankan beban perniagaan, tapi ia dilihat oleh ramai pihak sebagai kurang memahami kepentingan agama Islam bagi majoriti masyarakat di Malaysia.

a. Keputusan Jemaah Menteri untuk menolak cadangan tersebut menggambarkan keperluan untuk lebih berhati-hati dalam menilai dasar yang melibatkan sentimen agama. 

b. Dalam konteks ini, adalah penting bagi semua pihak untuk mengambil kira sensitiviti golongan majoriti sambil memastikan keseimbangan dalam menyokong perniagaan. 

c. Media sosial pula terus menjadi cermin utama yang memaparkan bagaimana golongan majoriti merasa terpinggir dalam isu-isu berkaitan agama.

Terdahulu, kenyataan AP Seputeh itu disanggah oleh pelbagai pihak, sama ada dari pihak kerajaan mahupun pembangkang, serta orang awam.  PMXi juga dilaporkan berkata bahawa kenyataan AP Seputeh itu adalah tidak wajar dan menambah kekeliruan. 

Pada 18 September 2024, Jemaah Menteri memutuskan untuk mengekalkan dasar sedia ada, sekali gus menolak cadangan JAKIM supaya restoran yang tidak menghidangkan babi dan alkohol wajib mendapatkan sijil halal. 

Pada 22 September, DAP meminta Ketua Pemuda Umno untuk memohon maaf susulan bantahan beliau terhadap kenyataan Seputeh. QgenAnalysts berkata, walaupun Presiden Umno menyatakan bahawa isu antara Ketua Pemuda Umno dan AP Seputeh telah reda, perbincangan serta tindakan mahkamah oleh AP Seputeh terhadap Ketua Pemuda Umno berkenaan masih berterusan. DAP terus mendesak Ketua Pemuda Umno itu untuk meminta maaf. 

Sehubungan itu, QgenAnalysts  berkata, hasil dapatan kecerdasan buatan (AI) menunjukkan reaksi yang bercampur, yang mana kebanyakan respon diterima dari Facebook iaitu sebanyak 65 peratus reaksi adalah negatif terhadap Pakatan Harapan (PH)–Barisan Nasional (BN).

Di mana netizen (di Facebook) merasakan kenyataan AP Seputeh sebagai menghina agama Islam dan ‘lakonan’ kerajaan untuk meraih undi. Di TikTok pula, 40 peratus reaksi adalah negatif terhadap PH-BN, apabila netizen merasakan gabungan PH-BN hanya tunduk kepada DAP dan tiada tindakan susulan diambil kerana menyentuh isu 3R (agama, bangsa dan raja).

Di X, pula, 70 peratus reaksi adalah negatif terhadap Dr. Akmal Saleh, Ketua Pemuda Umno. Netizen di X menyokong kenyataan AP Seputeh dan mahu tindakan saman di mahkamah diteruskan.

Isu sijil halal JAKIM, siapa punya kerja buat semua kelam-kabut? Apakah geng ini ada kaitan dengan puak-puak yang menentang kebangkitan Islam se dunia, bersekongkol dengan Israel/AS/PBB/kuncu-kuncu?

Begitu kira-kira.

....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails