1. PMX perlu bertanggungjawab terhadap peminjam PTPTN
ANTARA perkara yang pernah diperjuangkan oleh PMX dan Pakatan Harapan adalah menghapuskan hutang PTPTN yang dipinjam oleh anak Muda.
Hapus PTPTN menjadi modal politik utama Pakatan Harapan sehingga perkara ini pernah dimasukkan dalam manifesto, dibuat himpunan dan dibincangkan dalam program rasmi seperti Konvensyen Tahunan PKR.
PMX juga pada 2012 pernah berceramah di Permatang Pauh dan menyeru peminjam PTPTN supaya jangan membayar hutang tersebut kerana Pakatan Rakyat ketika itu akan memansuhkan hutang PTPTN dalam tempoh setahun selepas menawan Putrajaya.
Terbaru Menteri Pengajian Tinggi Dato Seri Zambry Kadir memaklumkan kabinet telah bersetuju untuk mendakwa 430,000 peminjam PTPTN yang tidak pernah membuat pembayaran balik pinjaman.
Anehnya, mesyuarat kabinet ini juga turut dipengerusikan oleh individu yang sama iaitu PMX.
Oleh yang demikian saya mendesak PMX untuk bertanggungjawab terhadap 430,000 peminjam ini yang suatu ketika dahulu terpengaruh dengan hasutan PMX.
Saya mendesak segala kos guaman dan kerugian mereka, ditanggung oleh PMX dan sekiranya mereka terpaksa bayar semula pinjaman tersebut, maka PMX perlulah bertanggungjawab dan membayarnya. Nilainya hanya RM6 billion. – HARAKAHDAILY 23/9/2024
Ts. Nurul Islam Bin Mohamed Yusoff
Pengarah Jabatan Kajian dan Polisi
Lajnah Penerangan PAS Pusat
2. Awak PM, bukan JKKK, kena ‘cool’ – Tuan Ibrahim
Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan ManKLUANG: “Pemimpin ni kena pressure ni biasa dan dia tak boleh cepat melenting. Dia kena cool… Awak PM, bukan JKKK. Bila Perdana Menteri dia kena cool. Tekanan, desakan suruh letak jawatan ni biasalah.”
Demikian dinyatakan Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai mengulas tindak balas Perdana Menteri, […]
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Banyak tuduhan-tuduhan kepada PAS. Antaranya:
(i) Tindakan cybertrooper PH melampau.
Di KL, tindakan seorang cybertrooper Pakatan Harapan (PH) tidak berakhlak dan sangat melampau kerana menuduh Ketua Pemuda PAS Malaysia, Afnan Hamimi Taib Azamudden sebagai golongan qazaf. Afnan Hamimi dituduh kononnya telah menyebut Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX) sebagai peliwat dalam ucapannya baru-baru ini.
Bila tengok dan teliti dalam ucapan Ketua Pemuda PAS, tiada pun beliau menyebut nama sesiapa dalam ucapan itu termasuklah nama PMX. Tapi kenapa tiba-tiba individu ini telah menuduh Ketua Pemuda menyebut nama PMX dalam ucapannya sebagai seorang peliwat? Apa yang diucapkan oleh Ketua Pemuda adalah seorang bekas banduan yang dituduh atas kesalahan meliwat.
Tdak pun menyebut bahawa PMX itu peliwat, bahkan PMX sendiri baru-baru ini mengaku bahawa dia sendiri adalah bekas banduan. Lebih teruk lagi adalah apabila individu tersebut menayangkan gambar ahli keluarga Afnan Hamimi dan melibatkan ahli keluarganya dalam video berkenaan. Adakah ini budaya politik Pakatan Harapan yang melibatkan ahli keluarga dalam isu-isu politik?
Apakah relevannya cubertrooper Pakatan Harapan melibatkan ahli keluarga Ketua Pemuda dalam hal ini sedangkan tidak ada kena-mengena pun. Cybertrooper PH diberi amaran agar tidak ‘mengusik’ Ketua Pemuda PAS Malaysia terutamanya dengan melibatkan ahli keluarga beliau dalam hal yang berkaitan politik. Jikalau perkara ini berlaku lagi tindakan akan diambil.
Terdahulu, PMX yang akhirnya mengakui yang beliau adalah seorang bekas banduan yang diucapkan dengan begitu bangga di hadapan khalayak ramai. Bahkan beliau menyebut dengan terbuka bahawa beliau merupakan ‘Banduan Terhormat’ yang dikenakan tindakan keji dan zalim ketika zaman pemerintahan Umno Barisan Nasional yang kini menjadi sebahagian daripada kerajaan PMX.
(ii) Nasihat kepada Ketua Pemuda UMNO.
Di KL, Penolong Setiausaha Agung 1 PAS, menasihati Ketua Pemuda Umno, agar tidak berundur walaupun setapak berhubung isu pensijilan halal. Bahkan tidak menyokong desakan Ahli Jawatankuasa DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau agar memohon maaf.[…]
(iii) Terengganu terap cara Norway urus hasil minyak, gas.
Di Terengganu, Kerajaan Negeri Terengganu kini menjadikan Norway sebagai model dalam usaha mengurangkan kebergantungan kepada hasil minyak dan gas, dengan tumpuan kepada pembangunan sumber tenaga baharu yang lebih mampan.Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, strategi Norway dalam menguruskan hasil minyak dan gas adalah contoh terbaik […]
Tahniah Terengganu, kerana terus berkreatif untuk kebajikan Rakyat. Allahu akbar!
..
No comments:
Post a Comment