Monday, May 13, 2024

Hebat, dron kamikaze M'sia disekat AS, mengapa?

 

Foto Bernama

1.'Todak' - dron 'kamikaze' buatan pertama Malaysia, berfungsi serang tepat musnahkan sasaran


KUALA LUMPUR: Dron amunisi musnah sendiri atau 'kamikaze' buatan pertama Malaysia yang juga ciptaan dirintis syarikat tempatan Mindmatics, bakal dikomersialkan tidak lama lagi. 

Dinamakan sebagai 'Todak', dron inovatif itu mengambil masa setahun untuk dibangunkan dan kini masih dalam proses kajian dan pembangunan lebih lanjut yang dijangka selesai enam bulan lagi.

Memperkenalkan senjata itu pada pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024, di sini, Pengurus Projek Azman Ahmad, berkata dron terbabit berfungsi menyerang dengan tepat untuk memusnahkan sasaran yang dikehendaki.

"Sebelum ini, kami telah membangunkan dron pemantauan tetapi kali ini, kami maju selangkah lagi dengan dron 'kamikaze' untuk objektif dan tujuan khusus.

"Terdapat beberapa agensi menunjukkan minat terhadap produk ini, dan kami melihat ada potensi pasaran dalam kalangan agensi penguat kuasa tempatan serta wilayah," katanya kepada Bernama di reruai Mindmatics pada pameran itu yang berlangsung di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa (MITEC), di sini.

'Todak' yang direka bentuk sebagai amunisi risikan dalam industri pertahanan, turut dilengkapi algoritma kawalan Kecerdasan Buatan (AI) serta Unit Kawalan Api (FCU) bersaiz kecil.

Azman berkata, dron itu dikuasakan dengan bateri litium-besi pepejal 25.5 voltan dengan masa operasi hingga 40 minit, selain berupaya terbang serta menyerang sasaran pegun atau bergerak tanpa memerlukan input"

'Todak' berukuran dua meter (m) panjang dengan kelebaran sayap 1.35m dan berat pelepasan maksimum 12 kilogram (kg). Ia mampu membawa beban seberat 3kg dan mencapai kelajuan 100 kilometer sejam dengan kaedah pelancaran menggunakan lastik (catapult)," katanya. – BERNAMA


2. Amerika kenakan sekatan ke atas firma Malaysia, Indonesia susulan program dron Iran

Jabatan Perbendaharaan AS mengumumkan sekatan keatas sepuluh entiti dan empat individu di Iran, Malaysia, Hong Kong dan Indonesia. 
Dron yang dapat dilihat di satu lokasi yang tidak didedahkan di Iran, dalam imej yang diedarkan oleh Tentera Iran pada 20 April 2023.

Amerika Syarikat (AS) telah mengenakan sekatan ke atas empat firma di Malaysia dan satu di Indonesia, yang mana ianya dilihat sebagai salah satu langkah baharu dalam mengekang program dron Iran.

Washington menuduh Iran membekalkan dron berbahaya kepada proksi pengganas di Timur Tengah dan juga kepada Rusia untuk digunakan di Ukraine.

Menurut Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat, pihaknya telah menyasarkan sepuluh entiti dan empat individu di beberapa buah negara – Iran, Malaysia, Hong Kong dan Indonesia- yang dipercayai terlibat dengan rangkaian yang memudahcara perolehan komponen yang bernilai ratusan ribu dolar bagi kegunaan Pertubuhan Jihad Sara Diri Pasukan Kor Aeroangkasa Pengawal Revolusi Islam (Islamic Revolutionary Guard Corps Aerospace Force Self Sufficiency Jihad Organization).

Terdahulu, Amerika telah mengarahkan dua siri sekatan yang menyasarkan pengeluaran dron “Shahed” oleh pihak Pengawal Revolusi yang bercirikan serangan sehala dilengkapi dengan kepala peledak dan kupayaan memusnahkan diri sendiri, demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh jabatan tersebut pada Selasa.

“Pihak Amerika Syarikat, dalam kerjasama rapat dengan rakan dan sekutu kami, akan terus menggunakan sepenuh keupayaan dan kuasa untuk membantutkan rangkaian perolehan haram ini, selain memastikan individu dan entiti yang menyokong mereka dipertanggungjawabkan,” kata Setiausaha Bahagian Keganasan dan Perisikan Kewangan Brian Nelson.

Sementara itu, Amerika telah mendakwa seorang warga Iran Hossein Hatefi Ardakani atas tuduhan mengetuai rangkaian tersebut yang dikatakan menjalankan operasi melalui beberapa entiti syarikat di Asia dan Timur Tengah.

Entiti berkenaan mengeksport teknologi sensitif merangkumi barangan seperti servo motor, pam minyak elektrik dan antena- di mana kebanyakan daripada barangan itu dikategorikan sebagai teknologi dwi kegunaan yang mana ianya boleh digunakan samaada untuk tujuan orang awam mahupun ketenteraan.

Senarai entiti Malaysia yang dikenakan sekatan oleh Pejabat Kawalan Aset Luar Negeri Jabatan Perbendaharaan AS adalah Arta Wave, Integrated Scientific Microwave Technology, Nava Hobbies dan Skyline Advanced Technologies.

Manakala firma Indonesian yang tersenarai dalam sekatan tersebut adalah Surabaya Hobby, yang mengiklankan dirinya sebagai penjual sah dron DJI buatan China.

Sekatan dikenakan ke atas firma terbabit kerana membantu penghantaran sekurang-kurangnya 100 servo motor ke sebuah lagi syarikat Iran yang disekat, Pishgam Electronic Safeh.
Dalam masa yang sama, pemilik kepada Surabaya Hobby, Agung Surya Dewanto, turut dikenakan sekatan secara individu ekoran penglibatannya dalam pengurusan penghantaran, tambah jabatan tersebut.

Impak arahan sekatan ke atas individu atau syarikat secara langsung menghalang pihak terlibat dari sebarang akses aset-aset dalam Amerika Syarikat selain menghalang warganegara tersebut atau institusi kewangan dari berurusan dengan mereka.

Sehubungan dengan sekatan baharu itu, Jabatan Kehakiman AS mengumumkan pendakwaan terhadap Ardakani dan seorang warga China, Gary Lam, yang turut dikenali sebagai Lin Jinghe, atas kesalahan berkaitan perolehan haram selain aktiviti mengeksport teknologi sensitif dan dwi kegunaan buatan Amerika kepada Iran.

“Langkah yang diambil hasil kerjasama dengan Jabatan Perbendaharaan pada hari ini menunjukkan komitmen Jabatan Kehakiman dalam memastikan peralatan ketenteraan tidak jatuh ke tangan rejim Iran,” kata pembantu peguam negara Matthew G. Olsen dari bahagian Keselamatan Negara Jabatan Kehakiman.

Iran telah lama menjadi sasaran sekatan Amerika Syarikat sejak tahun 1979, ekoran insiden pelajar Iran radikal bertindak menjadikan pekerja di Kedutaan AS sebagai tebusan di Tehran.

Ili Shazwani Ihsan di Kuala Lumpur turut menyumbang dalam laporan ini.


3. Permintaan terhadap dron 'kamikaze' buatan Iran meningkat - Pakar 

Dron Shahed-136. - Foto AGENSI


TEHRAN: Walaupun Israel dan Amerika Syarikat (AS) mendakwa berjaya menembak jatuh sebahagian besar dron 'kamikaze' dalam serangan dilancarkan baru-baru ini, namun ia dijangka tidak akan menjejaskan minat pelbagai negara terhadap dron buatan Iran itu.

Dron 'kamikaze' bukanlah sesuatu yang baharu dan ia juga dibekalkan AS kepada Ukraine dalam peperangan yang berterusan dengan Russia.

Dron ini adalah pesawat kecil tanpa pemandu yang penuh dengan bahan letupan yang boleh diterbangkan terus ke kereta kebal atau sekumpulan tentera. Apabila mengenai sasaran, ia terus meletup.

Nama 'kamikaze' itu berasal daripada juruterbang kamikaze Jepun era Perang Dunia I yang digeruni, apabila melakukan serangan berani mati dengan sengaja merempuh pesawat berisi bahan letupan mereka ke sasaran musuh.

Seorang pakar teknologi kecerdasan buatan (AI) dan sistem tanpa pemandu sebuah badan pemikir di Washington, Samuel Bendett, berkata kebanyakan negara yang bercadang memperoleh dron buatan Iran tidak akan berhadapan dengan sistem pertahanan udara yang canggih seperti sistem pertahanan tercanggih Israel yang digelar Iron Dome (Kubah Besi).

1 comment:

Anonymous said...

Cerita drone pulak dah.

Hashim, mana cerita pasal kekalahan pilihanraya diKuala Kubu Bharu?
Komen lah sikit.
Kira mcm bedah siasat lah. Apa punca kalah tu? Dimana silap berkempen? Calon sesuai ke tak sesuai? Mcm2 lagi lah.

Kalau menang sja kah ada komen engkau?
Kalau begitu kira tak berapa cerdik lah tu.
Tapi bila masa pula walaun cerdik kan? Keh, keh, keh.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails