Wednesday, September 27, 2023

Syabas PAS sedia berdepan siapa saja. Insya Allah, Al-hamdulillah!

 

Wan Rohimi Wan Daud

PAS sedia berdepan sesiapa sahaja di Parlimen Kemaman

KUALA TERENGGANUPAS tidak takut menghadapi pilihan raya untuk berdepan dengan sesiapa sahaja di Parlimen Kemaman.

Pengerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat, Wan Rohimi Wan Daud berkata PAS sanggup menyertai mana-mana pilihan raya walaupun esok pilihan raya itu diadakan.

Beliau menyatakan demikian di sini hari ini, mengulas keputusan Mahkamah Pilihan raya membatalkan kemenangan Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid dalam Pilihan raya Umum Ke 15 (PRU15) yang lalu.

Bagaimanapun, beliau berkata pada 3 Oktober ini adalah permohonan rasmi dari pihak responden dalam kes Petisyen Pilihan raya Parlimen Kemaman itu untuk pergantungan keputusan mahkamah pilihan raya hari ini.

Katanya, pihak responden mempunyai masa 14 hari (sehingga 9 Oktober) untuk membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan hakim hari ini.

“Tadi kita (pihak responden) ada mohon pergantungan sementara (keputusan hakim) sehingga pihak responden memfailkan permohonan rasmi.

“Bagaimanapun bila bincang dengan hakim dalam kamar tadi, beliau memberi ruang sehingga 3 Oktober ini untuk kami memfailkan permohonan rasmi untuk menggantung perintah mahkamah hari ini sehingga rayuan di Mahkamah Persekutuan diputuskan,” ujarnya.

Menurutnya jawatan ahli parlimen tergugur apabila tiada rayuan difailkan dalam tempoh 14 hari di bawah Seksyen 36 dan 37 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.

“Jika tiada rayuan dibuat dalam tempoh tersebut barulah keputusan hari ini menjadi muktamad.

Jika ada rayuan dalam tempoh itu dia (keputusan itu) akan tergantung, sehinggalah Mahkamah Persekutuan membuat keputusan terhadap rayuan tersebut,” jelasnya.

Pihak peguam responden perlu mengambil masa seminggu bagi berbincang dengan pihak Ahli Parlimen Kemaman, PAS Terengganu dan PAS Pusat bagi mendapatkan posisi dan keputusan terbaik untuk kes tersebut.

“Sebab kita tidak takut pilihan raya, kita kalau boleh nak lawan besok terus,” tegasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Kelantan.

Mahkamah Pilihan Raya Terengganu di sini hari ini, menerima petisyen difailkan seorang pengundi bagi membatalkan kemenangan Che Alias bagi Parlimen Kemaman pada PRU15.

Keputusan itu dibuat Hakim Pilihan Raya, Datuk Anselm Charles Fernandis.

Pada 12 Februari lalu, Mahkamah Pilihan Raya Terengganu menolak petisyen yang dikemukakan BN dan mengekalkan kemenangan Che Alias di Parlimen Kemaman pada PRU15.

Hakim Datuk Mohamad Abazafree Mohd Abas membuat keputusan tersebut selepas bersetuju bantahan awal responden Ahli Parlimen Kemaman terhadap petisyen keputusan bagi parlimen tersebut.

Namun, pada 2 Mei lalu, Mahkamah Persekutuan memerintahkan petisyen pilihan raya yang difailkan untuk mencabar keputusan PRU15 bagi Parlimen Kemaman dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan penuh.

Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat membenarkan rayuan yang dikemuka oleh BN dan pengundi dari Parlimen Kemaman supaya mahkamah mendengar perbicaraan penuh petisyen berkenaan. – HARAKAHDAILY 26/9/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Syabas PAS sedia berdepan siapa saja. Insya Allah, al-hamdulillah!

Lihat komen ini..

(i) Ini berita KOSMO! ONLINE.. Mahkamah: Kemenangan Pas di Parlimen Kemaman dibatalkan.

Che Alias (dua dari kiri) dan Ahmad (tiga dari kiri) sewaktu keputusan petisyen PRU15 Parlimen Kemaman di Mahkamah Pilihan Raya Terengganu, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Kemenangan calon Pas, Che Alias Hamid di kerusi Parlimen Kemaman pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada akhir tahun lalu dibatalkan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu di sini hari ini.

Hakim Datuk Anselm Charles Fernandis memutuskan demikian selepas mendapati wujud unsur sogokan kepada pengundi di kawasan Parlimen terbabit sewaktu kempen PRU15.

Beliau yang juga merupakan Hakim Mahkamah Tinggi Melaka memerintahkan pihak responden iaitu
Che Alias membayar kos sebanyak RM30,000 kepada pihak pempestiyen.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said pada 3 Januari lalu memfailkan petisyen memohon mahkamah membatalkan keputusan PRU15 bagi Parlimen Marang, Kemaman dan Kuala Terengganu.

Kesemua petisyen itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu atas dakwaan berlakunya pengagihan wang secara berleluasa di ketiga-tiga kawasan tersebut sewaktu PRU15.

Pada mulanya, petisyen bagi Parlimen Kemaman tersebut telah dibatalkan di Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 12 Februari lalu.

Begitupun, Mahkamah Persekutuan memerintahkan petisyen pilihan raya tersebut ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan penuh setelah rayuan Badan Perhubungan UMNO Terengganu diterima pada 2 Jun lalu.

Pada PRU15, Che Alias memenangi kerusi Parlimen Kemaman dengan majoriti 27,179 undi menewaskan tiga calon lain iaitu Ahmad (Barisan Nasional), Hasuni Sudin (Pakatan Harapan) dan Rosli Ab. Ghani (Pari Pejuang Tanah Air). – 

 

 (ii) Keputusan petisyen pilihan raya Parlimen Kemaman  -HARAKAHDAILY 26/9/2023


BERIKUT ialah kenyataan daripada Lujnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) PAS Pusat berhubung keputusan petisyen pilihan raya Parlimen Kemaman.

Keputusan petisyen pilihan raya P.040 Kemaman

Tarikh: Selasa | 26 September 2023
Waktu: 10.30 pagi
Tempat: Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu
Hakim: YA Datuk Anselm Charles Fernandis

Mahkamah Pilihan Raya di Kuala Terengganu sebentar tadi telah membenarkan Petisyen Pilihan Raya P.040 Kemaman dengan kos sebanyak RM30,000.

YA Hakim Pilihan Raya Datuk Anselm Charles Fernandis memutuskan sedemikian dan selanjutkan mengisytihar bahawa YB Che Alias bin Hamid telah dilapor pilih secara tidak sah sebagai Ahli Parlimen bagi Bahagian Pilihan Raya P.040 Kemaman pada 19.11.2022 yang lalu.

Antara alasan yang dikemukakan Hakim ialah pemberian Bantuan Wang Tunai secara One-Off bagi program Ibu Tunggal, Pencen Rakyat, i-Belia dan i-Siswa di ambang PRU15 adalah terjumlah kepada perbuatan mempengaruhi undi (to induce voters) untuk mengundi Responden.

YB Exco/Timbalan Exco yang merasmikan program tersebut dianggap sebagai ejen kepada Responden atas dasar ”common interest” untuk memastikan kemenangan Responden.

Responden mempunyai masa selama 14 hari (tarikh akhir 9.10.2023) untuk memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan ini.

Peguam-peguam yang bertindak mewakili YB Che Alias Hamid sepanjang perbicaraan petisyen ini adalah:

1. Wan Rohimi bin Wan Daud
2. Yusfarizal bin Yussoff
3. Mohd Faizi bin Che Abu
4. Saifuddin bin Othman
5. Mohd Nasir Embong
6. Dato’ Fariz Irwan bin Dato Mustaffa

26 September 2023 @ 12.42pm
LUHAM Pusat – HARAKAHDAILY 26/9/2023

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

Harap maaf, tulisan ini akan berhenti di sini, kerana Ibnu Hasyim kini berada di luar kawasan liputan. Sekian.

5 comments:

Anonymous said...

Insya Allah. PAS bersedia dengan izin Allah.

Anonymous said...

Baru ja balik dari NY, ringgit terus merundum..dum..dum..dum.., poor governance agaknya?

Apa nak jadi dengan Malaysia?

Anonymous said...

SG4 terus melangkah maju, dikatakan mula diintai2 oleh para pelabur.

Walaupun kaki dan tangan diikat, inisiatif2 dari SG4 harus dilihat sebagai saingan sihat kepada kerajaan.

Harap terus kehadapan GREATER SG4!

Anonymous said...

setelah pmx dan 47 tukang tepuk balik dari ny ringgit merundum, harga barangan terus mencanak di mesia.

nb: tak pasti sebetulnya samada pmx tu pergi dgn 47 atau 40 tukang tepuk.

:tukang tepuk kalau di indonesia di sebut petepuk kot.

note: semacam tajuk filem alibaba pulak rombongan tu... hihi.

Anonymous said...

Undang undang tebuk atap. Ada 47 kes boleh bebas. Ada usahawan melayu ditibai. Usahawan cina usik pun tak berani. Ucapan kat unga pun tak laku. Rm terus digodam. Dulu balun hoi hoi ya hoi. Kerana jawatan prinsip pun tak istiqamah. Apa ke jadahnya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails