Wednesday, April 05, 2023

Bangun Kg baru Cina RM104 juta. Anwar/Zahid/Trump sekongkol?

 Kementerian juga bercadang menjadikan Kampung Baru Cina yang berpotensi sebagai destinasi pelancongan melalui pelaksanaan projek-projek pembangunan bagi menjana pendapatan penduduk kampung. - Gambar YouTube Live/ Parlimen Malaysia


1. Kerajaan cadang peruntuk RM104 juta bagi pembangunan Kampung Baru Cina

KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang untuk memperuntukkan sebanyak RM104 juta bagi tujuan pembangunan Kampung Baru Cina di Semenanjung Malaysia, Dewan Negara diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata jika Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) diluluskan di peringkat Dewan Negara, kementeriannya akan melihat kepada empat bidang utama dalam usaha pembangunan berkenaan.
"Pertama ialah soal pembangunan infrastruktur asas di Kampung Baru Cina iaitu pelaksanaan projek-projek pembangunan bersakala kecil bagi menyediakan kemudahan infrastruktur asas dan kemudahan sosial bagi memastikan kesejahteraan penduduk kampung.
 "Kedua ialah mempromosikan produk-produk Kampung Baru Cina iaitu mengenal pasti produk keluaran kampung baru yang berpotensi untuk dikomersialkan dengan menaik taraf dari segi pembungkusan dan pemasaran supaya ia lebih menarik dan berdaya saing," katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata, kementerian juga bercadang menjadikan Kampung Baru Cina yang berpotensi sebagai destinasi pelancongan melalui pelaksanaan projek-projek pembangunan bagi menjana pendapatan penduduk kampung dan merancakkan aktiviti ekonomi setempat.
"Kita juga akan mengadakan program keceriaan Kampung Baru Cina iaitu menggunakan pendekatan dari bawah ke atas yang melibatkan pemimpin tempatan dan penduduk kampung bersama-sama mengindah dan menceriakan kampung bagi memastikan persekitaran yang kondusif dan bersih," katanya.
Beliau berkata daripada peruntukan itu, kementerian menyasarkan sebanyak RM67.38 juta bagi pembangunan infrastruktur, RM5 juta bagi bantuan baik pulih rumah, RM1.12 juta untuk pembinaan rumah baharu dan sebanyak RM10.5 juta bagi pembiayaan penduduk melibatkan bantuan dana dan pinjaman mikro .
Terdahulu, media melaporkan pada 2021 kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM84 juta bagi pembangunan Kampung Baru Cina membabitkan kemudahan infrastruktur dan komuniti.-- BERNAMA
2. Zahid akan ‘memalukan’ Malaysia – Diplomat 

SEORANG diplomat veteran Malaysia memberi amaran bahawa keputusan memulangkan semula pasport Antarabangsa Ahmad Zahid Hamidi akan menjejaskan usaha Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk menonjolkan pentadbirannya sebagai bebas rasuah.

Dennis Ignatius, yang kali terakhir berkhidmat sebagai Duta Malaysia ke Kanada, berkata Timbalan Perdana Menteri dilihat hanya meneruskan agenda peribadinya semata-mata dan bukannya berusaha untuk membantu Kerajaan Anwar.

Beliau berkata dengan pelbagai pertuduhan rasuah yang dihadapi Zahid, Presiden Umno itu akan menjadi suatu yang memalukan ketika mewakili pentadbiran Anwar di luar negara.

“Mesej apa yang akan disampaikan kepada dunia apabila Timbalan Perdana Menteri sebuah kerajaan yang kononnya komited terhadap tadbir urus yang baik dan memerangi rasuah sendiri menghadapi pelbagai tuduhan rasuah, pengubahan wang haram dan salah guna kuasa?,” tulis Ignatius di blognya.

Minggu lalu, Zahid yang berdepan 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan yayasan kebajikan, berjaya dalam permohonannya untuk mendapatkan semula pasportnya secara kekal, selepas Mahkamah Rayuan membenarkannya bagi tujuan menjalankan tugas rasminya di luar negara.

Selepas Pilihan Raya Umum tahun lepas yang menyaksikan Parlimen tergantung, Zahid memainkan peranan penting dalam membawa sokongan semua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) terhadap Anwar walaupun mendapat tentangan hebat daripada pemimpin kanan yang merujuk kepada pendirian Umno menentang kerjasama dengan Anwar dan parti komponen Pakatan Harapan (PH), DAP.

Ignatius berkata Anwar tidak lama lagi akan berdepan masalah kerana Zahid terbukti menjadi dalang kepada usaha menggoncang kestabilan kerajaan negeri demi mengukuhkan pengaruhnya dalam Umno.

Beliau memetik peranan dimainkan Zahid ketika ‘orang kuatnya’ di Sabah cuba menggulingkan kerajaan negeri, serta menggantikan Ketua Menteri Melaka baru-baru ini.

“Apa yang menjadi keutamaan Zahid ketika beliau terus menjejaskan kestabilan politik yang cuba disatukan oleh Perdana Menteri?,” soal Ignatius.

Beliau juga mengkritik Setiausaha Agung DAP Anthony Loke kerana membenarkan beberapa siri pelantikan politik ke badan kerajaan, yang menyaksikan sekutu Zahid menerajui agensi penting seperti Mara dan Felcra.

“Loke dan yang lain mungkin berhempas pulas untuk mewajarkan pelantikan dilakukan Zahid tetapi rakyat tidak begitu mudah tertipu.

“Apa yang mereka lihat hanyalah ahli politik yang berkomplot dan tidak berprinsip yang tidak boleh dipercayai untuk menunaikan janji mereka dan memenuhi cita-cita sendiri,” tambahnya. 

Beliau berkata Anwar perlu mengekang Zahid, tetapi ia akan menimbulkan masalah.

“Sudah tentu, Anwar memerlukan Zahid dan Umno untuk mengekalkan majoriti yang stabil di Parlimen.

“Untuk mengekalkan Zahid di sisi, Perdana Menteri mungkin merasakan beliau perlu memberi Zahid bebas dan memberinya kelonggaran termasuk keputusan mencurigakan oleh RoS untuk membantu Zahid tidak dicabar dan langkah mengejutkan Pejabat Peguam Negara untuk tidak membantah permohonan Zahid untuk memulangkan semula pasportnya,” tulis Ignatius.

Beliau merujuk kepada keputusan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution melangkaui arahan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) kepada Umno supaya mengadakan pengundian bagi dua jawatan tertinggi parti itu. MN

HANISYA ABD HAMID – HARAKAHDAILY 3/4/2023

3. Trump, bekas Presiden AS pertama hadapi tuduhan jenayah  

NEW YORK: Donald Trump telah didakwa oleh juri besar Manhattan selepas siasatan terhadap wang haram yang dibayar kepada bintang filem porno, Stormy Daniels, menjadikan beliau bekas presiden AS pertama  menghadapi tuduhan jenayah.

Tuduhan itu, yang timbul daripada siasatan yang diketuai oleh Peguam Daerah Demokrat Manhattan, Alvin Bragg, dibuat ketika Trump memohon pencalonan Republikan untuk bertanding semula pada tahun 2024.

Dalam satu kenyataan, Trump berkata beliau ‘sama sekali tidak bersalah’.

“Ini adalah penganiayaan politik dan campur tangan pilihan raya di peringkat tertinggi dalam sejarah,” katanya tanpa memberikan bukti. 

Tidak lama selepas itu, Trump merayu kepada penyokongnya untuk menyediakan wang untuk pembelaan undang-undang.

Beliau  telah mengumpul lebih AS$2 juta, mengikut kempennya, kerana dia tersilap meramalkan pada 18 Mac bahawa  akan ditangkap empat hari kemudian.

Tuduhan khusus belum diketahui dan dakwaan itu mungkin akan dibongkar oleh hakim dalam beberapa hari akan datang. Trump perlu pergi ke Manhattan untuk cap jari dan pemprosesan lain pada ketika itu.

Pejabat Bragg berkata ia telah menghubungi peguam Trump untuk menyelaraskan penyerahan diri. 

Peguam Trump, Susan Necheles dan Joseph Tacopina berkata mereka akan ‘bermati-matian akan  melawan’ tuduhan terhadap anak guam mereka itu. – HARAKAHDAILY 31/3/2023 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bangun Kg baru Cina RM104 juta.. Anwar/Zahid/Trump sekongkol?

Anwar/Zahid sekongkol? Tergadai hak bumiputera?  Anwar/Zahid/Trump sekongkol? Sama-sama penjenayah. Jenayah seks bintang filem porno dan rasuah! 

8 comments:

Anonymous said...

Aku bukan penyokong si Trump, dan bukan pula peminat dia atau setuju semua apa saja polisi pemerentahan dia, tapi kan bila aku tengok dan sikit2 tinjau cara si Trump tu mengenai keperibadian dia maka ada la nampak sikit yg dia tu agak condong dengan kepercayaan berugama yg dia anuti dan bukan nya seorang yg liberal komunis lgbt.
Dan juga bahwa majoriti orang dari parti dia adalah cenderung kpd kebudayaan berugama.
Bak kata M.Luther King dulu bahawa parti Republican tu apa yg dia orang nak buat kita tahu dan tidak berselindung manakala parti Democrat pula adalah munafik yg tidak bercakap benar dan memperalatkan kita untuk tujuan pluralisma mereka dan dalam waktu yg sama mereka demokrat aka samada memperhambakan arau memerangi kita bagi mencapai matlamat liberal songsang mereka.

Anonymous said...

Rakyat kedah sokong judi dihapuskan. Semua jenis judi adalah haram. Selamatkan anak cucu dari judi. Yang disokong oleh ex mahpudz judi halal.

Anonymous said...

Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim, mempersoalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang tidak mengarahkan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan atau membuat pertuduhan terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ia susulan Perdana Menteri sebagai Ketua Pembangkang sebelum ini, didakwa amat lantang bersuara hingga menyatakan Ahmad Zahid yang kini Timbalan Perdana Menteri dan bekas Menteri Pertahanan sebagai pemimpin yang perlu menjawab isu Kapal Tempur Pesisir (LCS).

Anonymous said...

Isu Mainan geng Islam extreme dan x selesai walaupun pernah memerintah:

Babi
Tokong
Arak
Judi
Islam Melayu tertekan
Ruu
Dap.

Isu dan Tindakan Geng Perpaduan dgn sekali pemerintahan:

Hapus monopoli.
Menu rahmah
Selesai Telur x de
Tarik pelabur
Tangkapan rasuah
Bantuan kpd rakyat Kelantan
Belanjawan tertinggi
Gaji menteri discount
Pm x ambil gaji
Belanja berhemah
Bgi royalti
Belanjawan besar
X pau kontraktor cina atau Taikun Melayu utk parti.
Projek penyakau dulu dikaji save billion.
Istana suka sbb kerajaan stabil
Tiada perebutan pangkat jawatan
Penyakau asal diburu
Saman pemfitnah dan menang
Dan lagi.....tungguuuuuu

Anonymous said...

Ada orang cakap kerajaan liberal songsang madat-ni dah pun menibai duit kwsp maka sebab tu susah dan berputar2 cakap bila dituntut untuk dikeluarkan oleh penyimpan yg sedang susah ni kerana kebodohan dan ketololan dalam mengurus tadbir ekonomi negara.
pmx pergi china jual habis harta negara macam najib buat dulu (najib jual negara pada china kata ph).
Nah dulu najib jual sikit sekarang pmx dah jual 10 kali ganda dari najib kata pehak yg memerhatikan sepak terajang putar belit phumdap.
kalau betul memang celaka la sukusakat hoihoiyahoi extrem nih.

Anonymous said...

Pasai pa tak mau langsung sentuh ruu355. Musykil ni. Ruu yang lain dah banyak selesai. Mungkin ada muslim yang tak sokong. Lebih cenderung patuh komunis dapig. Golongan liberal tu.

Anonymous said...

Ala jangan nak gebang pasai parti lain. Parti sendiri tu dari mana datang dana. Katanya derma. Tunjuklah akaun.

Dulu ramai yang keluar pkr. Tak setuju ambik duit derma untuk guna belanja rumah tangga. Banyak. Sampai berjuta. Perjuangan apa tu. Lebih kepada kemandirian.

Kluster perpaduan. Semua yang tak bersih. Baik dari segi rasuah, mahupun perjuangan untuk bangsa.

Anonymous said...

Kampong cina nak dimajukan. Kampong melayu macam mana. Janganlah dok sebok nak pertahankan jawatan. Tapi taknak pertahankan bangsa. Bukan orang lain pun. Bangsa sendiri.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails