Thursday, February 23, 2023

Pekenal 'Kediaman Patuh Syariah' pula.. & Panduan Hiburan.

 

Ahmad Samsuri (dua dari kiri) melihat model rumah yang akan dibina selepas melancarkan Dasar Perumahan Baharu Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman hari ini.

1. Terengganu perkenal kediaman patuh syariah

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu memperkenalkan rumah bersifat patuh syariah dengan mengambil kira aspek asas penyediaan pembinaan kediaman menurut pandangan Islam dalam menyediakan perumahan kepada rakyat.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kediaman patuh syariah itu dilaksanakan melalui Dasar Perumahan Baharu Terengganu yang mula berkuat kuasa mulai 1 September lalu.

"Rumah patuh syariah ini pertama asasnya adalah mempunyai tiga bilik. Kedua, ruang tamu dan ruang makan terasing dengan ruang keluarga supaya tidak mengganggu aktiviti keluarga bila tetamu datang.

"Bilik air pun kita buat ada partition (pengadang) antara tempat mandi dan tempat buang air, ini penambahbaikan kita buat," katanya ketika melancarkan Dasar Perumahan Baharu Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Zahari Md Azhar dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Zainal Abidin Hussin.

Pada majlis itu, turut diadakan adalah Majlis Menandatangani Perjanjian Projek Penswastaan Bercampur Kampung Bukit Cina, Pasir Akar, Besut yang melibatkan pembinaan 385 unit rumah berkonsep patuh syariah di sana.

Dasar Perumahan Baharu Negeri Terengganu terbahagi kepada dua sub dasar iaitu Dasar Pembangunan Perumahan Bercampur Melalui Penswastaan dan Dasar Pembangunan Rumah Mampu Milik (RMM) Jenis A Melalui Penswastaan.

Kewujudan pembangunan perumahan bercampur memberikan variasi harga jualan kepada pembeli bermula dari RM68,000 hingga RM185,000 seunit dan harga yang ditawarkan telah ditetapkan sebagaimana Dasar Perumahan Mampu Milik Negara yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Menurut Ahmad Samsuri, dasar perumahan baharu adalah proses penambahbaikan setelah dasar lama yang diperkenalkan sejak 2017 tidak membolehkan pihak swasta terlibat secara aktif dalam menyediakan perumahan kepada rakyat kerana kurang memberi keuntungan.

Beliau berkata, dasar baharu itu dilihat lebih mesra pelabur sekali gus dapat membantu merealisasikan manifesto kerajaan negeri yang mahu menyediakan 20,000 unit rumah mampu milik kepada rakyat dalam tempoh empat tahun lagi.

"Kalau ikutkan dalam sistem senarai yang setia menunggu, ada 151,000 orang yang masih perlukan rumah, jadi kita terpaksa wujudkan sistem penswastaan ini dalam mewujudkan perumahan untuk rakyat Terengganu.

"Rakyat yang berminat perlu mendaftar dengan bahagian perumahan melalui e-Perumahan Terengganu mengikut syarat-syarat yang ditetapkan," katanya. (Sinar)


2. Terengganu lancar Garis Panduan Hiburan 

Dr Ahmad Samsuri (dua dari kanan) menunjukkan Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan, Pelancongan dan Sukan Negeri Terengganu yang dilancarkan bagi memastikan aktiviti-aktiviti yang dijalankan mengikut syariat Islam atau patuh syariah.

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu hari ini melancarkan Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan, Pelancongan dan Sukan Negeri Terengganu bagi memastikan aktiviti-aktiviti yang dijalankan mengikut syariat Islam atau patuh syariah.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, garis panduan tersebut diwujudkan hasil perbincangan dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk Mufti dan ia akan diedarkan kepada semua jabatan serta agensi kerajaan sebagai rujukan.

“Ia bukan satu enakmen atau penguatkuasaan undang-undang, tiada hukuman dikenakan jika berlaku pelanggaran cuma permohonan program kepada PBT atau pihak berkaitan perlu berdasarkan kepada garis panduan ini.

“Perkara berkaitan garis panduan atau etika adalah perkara biasa, semua tempat ada etika dan garis panduan yang perlu dipatuhi, jadi tidak pelik bagi sebuah negeri yang ingin jaga maslahah lebih besar di kalangan rakyatnya.

“Ini kerana tanggungjawab sebuah kerajaan memastikan rakyatnya terpelihara dan dijauhi sebarang masalah yang boleh menganggu keharmonian,” katanya selepas melancarkan garis panduan itu sempena kempen Indahnya Hidup Bersyariat di Taman Tamadun Islam (TTI), di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Satiful Bahari Mamat, Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd Zaki Wan Mohd dan Ketua Pendakwa Syarie Terengganu, Mustafar Hamzah.

Garis panduan itu disediakan sebagai asas rujukan kepada pihak berkuasa, penganjur dan orang awam bagi penganjuran serta penyertaan sebarang bentuk aktiviti hiburan, persembahan kebudayaan, pelancongan dan sukan agar tidak menyalahi akidah dan syariat.

Pada majlis itu, Dr Ahmad Samsuri turut melancarkan pasukan sukarelawan Syariah negeri Terengganu sebagai langkah untuk memartabatkan syariah Islam dalam masyarakat.

Setakat ini, lebih 500 individu dari seluruh negeri ini sudah mendaftar sebagai sukarelawan Syariah yang berfungsi membantu 100 penguat kuasa Syariah membanteras maksiat dan aktiviti tidak sopan.

“Dalam melaksanakan penguatkuasaan undang-undang syariah, saya menyeru kepada semua pegawai penguat kuasa syariah dan mana-mana orang yang diberi kuasa untuk melaksanakannya, sentiasa berpegang kepada prinsip keadilan, bertindak dengan penuh bijaksana, berintegriti, tidak menimbulkan sebarang kegusaran dan penganiayaan kepada mana-mana pihak.

“Menjadi tanggungjawab semua pegawai penguat kuasa syariah mematuhi dan menghayati SOP (Standard Operation Procedure) yang telah ditetapkan dari masa ke semasa,” katanya. (Sinar)


Komen Weblog Ibnu HasyimPekenal 'Kediaman Patuh Syariah' pula..  & Panduan Hiburan.

Insya Allah, selamat dunia akhirat, kalau ikut Islam. Kalau ikut kerajaan sekular, dunia belum tentu dapat, akhirat jauh sekali.

4 comments:

Anonymous said...

Boboi mintak nyawa dengan PN. Hilang wang deposit. Atok pun tinggalkan boboi. Celaru dah pewaris atok.

PH pun celaru jugak. Banyak kesumat dengan PN. Dengan hoi hoi ya hoi boleh pulak. No istiqamah. Ikut nafsu. Gaya samseng versi baru.

Anonymous said...

Menu rahmah. Bunyinya suci. Macam madani. Tapi ada rambut gerbang muka geram macam muka bro an. Takuuuuut.

Anonymous said...

Mesti kasi balance. Tutup mata kes hoi hoi ya hoi. Proses menghalalkan kesalahan. Akibat berhukumkan faham komunis dapig.

Jom tolak politik luar tabii. Ekstreme guna aqal dan serakah.

Anonymous said...

Baru tengok replika pun dah gerun. Tapi bila tengok borang permohonan uec tak pulak gerun. Tengok babi bawa disease africa tak pulak gerun. Memang ph jenis spisis zombie. Bukan rupa tapi jiwa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails