Monday, October 06, 2008

Sejarah Politik B.Pulau 1: PAS & ….

Ibnu Hasyim
CATATAN SANTAI:

“SEJARAH PAS Balik Pulau,.. Nak cerita apa?” Saya tanya, ketika ada antara kawan-kawan yang suruh cerita balik, bagaimana saya bersama-sama mereka gerakkan PAS Balik Pulau?

Kebetulan kereta yang mereka pandu bawa saya ini melintasi kawasan Air Putih, simpang tiga antara Permatang Pasir, Titi Teras dan Jalan Baru. “Waktu saya jadi YDP PAS Kawasan Balik Pulau dulu, saya pernah menziarahi rumah itu…” Saya tunjuk kepada mereka.

Rumah seorang tokoh lama perjuangan rakyat Balik Pulau terkenal dengan gelaran ‘Hashim Chairman’. Waktu saya ziarah itu, beliau sedang sakit terlantar di rumahnya.. Maklumlah sudah lanjut usia, beliau dilahirkan di Balik Pulau pada tahun 1912. Latar belakang pendidikannya agak menarik. Dari sekolah Melayu Sungai Pinang, ke Daerattul Maarif Kepala Batas, Sekolah Al-Mashhor Pulau Pinang dan Anglo Chinese School Pulau Pinang. Namanya sama dengan nama ayah saya, iaitu Hashim bin Sulaiman.

Beliau pernah bekerja sebagai operator telefon, wakil akhbar Utusan Melayu & majalah Qalam dan guru Sekolah Nahdatun Al- Shun Al Dinnah, Balik Pulau. Beliau pernah menjadi AJK Kesatuan Melayu semasa pendudukan Jepun bagi Mukim Balik Pulau. Pengasas PKMM atau Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya cawangan Balik Pulau dan pengerusinya (1945-1949). Saya terangkan kepada mereka.

“Apa kena mengena dengan PAS?” Ada yang tanya.


“PAS masih belum ada waktu itu.. Tetapi darah perjuangan Islam tetap mengalir dalam tubuh perjaungannya. Itu sebab, kita jangan sombong bila berjaya menanam benih-benih di atas tanah yang sudah digembur oleh pejuang-pejuang terdahulu. Kita berjaya tubuh PAS Balik Pulau, juga kerana pertolongan kawan-kawan kita yang bukan PAS. Contoh, dari Partai Rakyat (atau PSRM = Partai Sosialis Rakyat Malaya) yang pernah memenangi Parlimen Balik Pulau tahun 1969. Lihat cerita saya sebelum ini ‘Kisah YB Balik Pulau’ di mana jasa Man Dagu (Maaf saya tak tahu nama sebenarnya) tidak dapat dilupakan.

Saya masih ingat lagi nama Non Jenjo (saya tak ingat nama sebenarnya) seorang pengembala lembu yang berani, turut membantu dan mengizinkan rumahnya diadakan ceramah PAS sekitar 1985-1986. Yang saya ingat rumahnya di belakang Pinang Nirai (nama dulu) antara jalan besar Simpang 4 ke Kongsi). Dia juga adalah aktivis Partai Rakyat, tidak takut dan gentar ugutan polis waktu itu.. yang puak-puak ustaz kita pun tak se berani beliau. Begitu juga saudara Umar Usman, beliau mengutus kawannya memberi tahu saya tidak dapat hadir dalam perjumpaan di kedai kopi Sungai Rusa malam beberapa hari lepas, kerana hari sudah larut malam dan badannya pun kurang sihat. Maaf saya tak sempat ke rumahnya selepas itu.

Kirim salam padanya, kalau ada kawan-kawan beliau membaca tulisan ini. Kami pernah berforum bersama-sama di KOMTAR, mengenai masalah Melayu Pulau Pinang berdepan dengan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang waktu itu Dr Ibrahim Saat, dan tokoh S46 Haji Sulaiman Palestin. Begitu juga jasa kawan-kawan lain, walaupun dari UMNO yang menyokong kami dari belakang tabir. Apalagi bila lahir dari turunan mereka pimpinan PAS Kawasan sekarang, seperti Setiausaha Kawasan dan lain-lain.

“Kalau macam tu, YB Parlimen sekarang tak boleh la sombong sangat kerana dapat kemenangan mudah!!” Kata salah seorang dari kami.

Saya meneruskan cerita, “Seorang lagi pimpinan lama PAS yang membantu membangunkan PAS di Balik Pulau ialah Pak Leh atau Haji Idris. Beliau tinggal di Sungai Nibung. Ceramah beliau yang pertama di sini ialah di rumah Haji Ramli, sempadan antara Kampung Perlis dengan Pulau Betong. Beliau hadir mewakili PAS Perhubungan Negeri Pulau Pinang.” Saya masih ingat lagi ceramahnya.

Semasa buku saya ‘1950-2000 Sejarah Kebangkitan Dan Masa Depan PAS Kuasai Malaysia?’ berada di pasaran pada 1991, seorang ahli PAS dari Bayan Baru menemui saya, katanya seolah-olah membantah, “Hampa (kamu) kata, hampa tubuh PAS Balik Pulau… bagi orang yang perjuangkan PAS sebelum ini di Balik Pulau macam mana? Contohnya Pak Leh, Haji Husin Derani dan ramai lagi..”

Saya akan huraikan lanjutnya dalam tulisan yang akan datang. Yang penting, Pak Leh mempunyai saham yang besar dalam membangkitkan PAS Balik Pulau. Terakhir saya jumpa Pak Leh di Sungai Nibong beberapa tahun lepas. Sehingga kawan saya berkata, “Pak Leh nampak makin muda, setelah lama tak jumpa. Di samping factor ketenangan dalam perjuangan, mungkin ada rahsia lain lagi..”

“Apa rahsianya, bagi tau la. Aku nak menuntut ilmunya?” Saya tanya.

“Tak boleh! Hanya orang yang lalui yang tahu. Atau kena tanya Pak Leh sendiri!!”

Terpinga-pinga saya. Saya diberitahu, Pak Leh baru berkahwin lagi, isteri muda orang Kemboja. Dan kawan saya yang bercakap tadi itupun baru tambah isteri. Tu kot rahsianya???

Sekian catatan santai di aidufitri kali ini. Insya Allah bertemu lagi akan datang…

Catatan santai:
ibnuhasyim.com
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
Oktober06, 08 Balik Pulau, PP.

7 comments:

Anonymous said...

T.kasih Ibnu Hasyim, kerana dah mula cerita sejarah PAS masuk Balik Pulau..

Saya tetap menunggu cerita sambungannya dengan sabar..

Alhamdu lillah..

Al-Farafisyah said...

Salam alaik,
Tuan Haji Mohd Bin Hashim (Md.Zaki)
Pertama sekali,nama sebenar Man Dagu ialah Othman Bin Haji Salleh,memang seorang politikus yang hebat dan ada 'nama' di P.Pinang,bekas pelajar Ma'ahad Al-Mashoor,seangkatan dengan Ustaz Haji Idris Bin Abd.Rahman (Pak Leh)
Kedua nya,PAS B.Pulau sekarang ini makin terhakis siongnya kerana hampir 90% golongan yang baru dengan PAS menerima 'Gua Tempurung' Simpang 3 Hashim Chairman,'Tarbiyah' mereka ialah dengan urutan belakang 'Shekh apa habaq,jaga baik2,jangan rapat sangat dengan si anu si anu'.. Insya ALLAH boleh sambung2 lagi masa akan datang..

Anonymous said...

Assalamualaikum...Pak hasyim.
maaf ana tumpang tanya,

Mcm mana nak dapatkan buku 1950-2000 Sejarah Kebangkitan Dan Masa Depan PAS Kuasai Malaysia?

Wallahu'alam.

sallehO said...

Salam... tumpang gembira..
Othman Hj Salleh @Man dagu
bapa saya.

Ibnu Hasyim said...

Al-hamdulillah.. Pengomen semua.

Latifah Idris said...

pakleh sg nibong adalah ayahanda saya...ayah dah meninggal dunia pada 11.5.2013 yang baru lalu

Ibnu Hasyim said...

Inna lillahi wainna ilai hi rajiun. T.kasih. kepada Latifah. Baru saya tahu.

Insya Allah, jika saya lalu di sana saya akan singgah kutip maklumat seorang pemimpin yang berjasa itu..

Al-fatihah!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails