Tuesday, July 29, 2008

Kerajaan Bertukar, YB Hamdan Tetap Bela Rakyat..



Ibnu Hasyim:
Catatan Santai
Dari DUN Pulau Pinang.



(gambar katun:
memfitnah PAS)


MENILAI YB Hamdan Abdul Rahman sebagai Wakil Rakyat Permatang Pasir yang tunggal dari PAS, memegang banyak penggal berturut-turut, maka elok kita lihat ucapannya mengulas perbahasan 21 Julai 08di DUN Pulau Pinang. Antara kandungan yang menunjukkan prihatin kepada rakyat adalah mengenai gerai terbiar, kata beliau …


“…terdapat 182 buah gerai di dalam Daerah SPT dan SPU yang dibuat oleh MPSP melalui kerajaan yang lalu dikenali pasti terbiar dan tidak beroperasi walaupun telah siap dibina 18 tahun lalu. Gerai-gerai tersebut yang melibatkan kos jutaan ringgit itu sekarang hanya dipenuhi semak samun atau menjadi sarang penagih dadah berkhayal setiap malam.. Gerai-gerai yang saya maksudkan itu terdapat :


Lorong Perusahaan Sungai Lokan = 16 buah.
Lorong Mak Mandin 5/3 = 16 buah

Gerai Perusahaan Ringan Juru = 35 buah.
IKS Bukit Minyak = 120 buah
.


Tinjauan yang kita buat atau faktor yang paling ketara kenapa gerai tersebut tidak dapat beroperasi ialah kedudukannya yang tidak strategik keterbelakang dan tersorok seolah-olah projek yang dibuat itu sekadar orang kata ‘projek asal buat’ tanpa perancangan yang teliti atau mungkin yang dibuat itu hanyalah untuk kepentingan kroni sahaja.”


Mengenai projek perumahan mampu milik menurut beliau.. “… ada menyebut mengenai perumahan untuk rakyat khususnya rumah-rumah yang bertaraf kos rendah dan kos sederhana rendah. Dalam hal ini kerajaan pakatan rakyat haruslah mengujudkan satu dasar perumahan yang benar-benar dapat memberikan peluang kepada setiap rakyat kita dapat membeli dan memiliki rumah di negeri kita Pulau Pinang ini. Kerajaan harus mengkaji dengan sebaik mungkin untuk mengetahui berapa banyak lagikah rakyat kita yang perlu kepada rumah atau berapa banyakkah lagi rakyat kita yang tidak mempunyai rumah.


Mereka-mereka atau rakyat yang tidak mempunyai rumah ini bukan kerana mereka tidak mahu kepada rumah ini bukan kerana mereka tidak mahu kepada rumah tetapi kemampuan mereka untuk membeli rumah itu adalah terhad kerana rumah-rumah yang dimajukan melalui syarikat-syarikat swasta di negeri ini tidak mampu dibeli oleh rakyat kita kerana terlalu mahal. Kerana selalunya rumah-rumah yang dibuat syarikat swasta kebanyakkannya rumah kos tinggi yang menjurus lebih kepada bentuk komersial dan mereka tidak begitu berminat untuk membuat rumah kos rendah kerana ia kurang menguntungkan .


Oleh itu kalau perlu kerajaan harus menubuhkan Stata Housing Board dengan izin atau Lembaga Perumahan Negeri bagi mengendalikan persoalan perumahan mampu beli untuk rakyat ini.


Beliau juga menyebut mengenai Reserve Fund MPPP dan MPSP, banjir kilat, Jabatan Agama Islam (JAIPP) & lokap, Warisan Melayu Pulau Pinang dan tuntutan geran tanah. Mengenai geran tanah kata beliau…


Beratus-ratus penduduk di beberapa buah kampung sekitar Kepala Batas masih tidak mendapat geran tanah kediaman sampai ke hari ini sedangkan mereka telah selesai membayarnya belasan tahun dahulu. Antara kampung terbabit ialah Kampung Kubang Menerong, Pokok Jenerih, Kampung Tasek, Pinang Tunggal dan banyak lagi. Perkampungan terlibat merupakan estat getah kepunyaan Bertam Estate yang dibeli oleh Bank Persatuan daripada individu bernama Arumugam Pillai setelah didesak oleh penduduk kerana khuatir berlaku perpindahan.


Setelah Bank Persatuan mengambil alih jelasnya, mereka membuat lot dan dikenakan pada penduduk dengan kadar bayaran RM400.00 seekar. Ramai antara mereka yang telah membayar dan akhirnya tunggakan sehingga ribuan ringgit. Jadi untuk mengekalkan penempatan di sini kami terpaksa mencari wang dengan berbagai kaedah untuk menyelamatkan daripada tergadai kepada bank tersebut. Dan ramai diantara telah meninggal dunia sebelum sempat melihat geran tanah milik sendiri


Dan kita hairan kenapa pihak Bank Persatuan yang beroperasi di Butterworth dan Kepala Batas tidak menyerahkan geran tanah tersebut walhal rata-rata semuanya telah selesai. Kerajaan baru harus membantu dan campurtangan dapat memyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk penduduk berkenaan ..”


Walaupun kerajaan negeri telah bertukar, namun beliau tetap terus memperjuangkan nasib rakyat sebagaimana yang dituntut oleh agama Islam bawaan PAS tidak mengira apa agama dan kaum. Syabas Saudara Hamdan!


Sekian catatan santai dari DUN Pulau Pinang. Wallahu ‘aklam.


Catatan santai: ibnuhasyim.com (e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)
Julai29, 08. KL.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails