Thursday, September 20, 2007

Pakistan, Jadi Anjing Suruhan Bush?


Ibnu Hasyim
CATATAN SANTAI:


‘SELAMAT datang ke Republik Islam Pakistan’, begitulah kira-kira tulisan terpampang di lapangan terbang Karachi, sewaktu saya tiba di sana kira-kira 23 tahun lalu. Dikatakan negara pertama di dunia yang menamakan dirinya sebagai Republik Islam. Pakistan adalah singkatan dari perkataan Punjap, Afghan, Kashmir, Sindh,dan Baluchistan. Istilah ini mula diperkenalkan pada 1934 oleh Choudhary Rahmat Ali dalam risalah 'Now or Never'

Mulanya dikenali sebagai Dominion of Pakistan pada 1947। Kemudian ditukar kepada Republik Islam Pakistan pada 1956. “Republik Islam, atau Republik Orang Islam??” Tersimpul pertanyaan di kepala otak saya॥

Republik Islam adalah dasar dan perundangannya total mengikut Islam, berbeza dengan Republik Orang Islam, iaitu penghuninya majoriti orang Islam, tetapi belum tentunya negaranya berdasarkan perundangan Islam। Sesampai di Sardar, pusat bandar (macam Chow Kit di KL) saya terjumpa dan membeli 3 keping keset ceramah Allahyarham Muhammad Ali Jinnah dalam bahasa Inggeris. Beliau juga dikenali sebagai Quaid-Azam atau Pemimpin Besar di negaranya.

Melalui keset-keset itu dan beberapa buku mengenainya, saya mula mengenali beliau। Beliau sebenarnya adalah seorang nasionalis, pemimpin Liga Muslim dan perintis penubuhan negara Pakistan yang terpisah dari India. Menyorot sejarah Liga Muslim, mula-mula ditubuhkan di Dacca (kini Dhaka dalam negara Bangladesh) ibu negara Benggala Timur, semasa India di bawah jajahan British iaitu, pada 30 Disember 1906.

Waktu itu, ibukota India British (British Raj) terletak di Calcutta (kini Kolkotta) dalam wilayah Benggala Barat. Muktamar Tahunan Pendidikan Islam Seluruh India telah memutuskan penubuhan Liga Muslim sebagai sebuah parti politik. Presiden kehormat pertamanya ialah Aga Khan III, beribu pejabat di Lucknow. Perjuangannya ialah menuntut hak politik orang Islam di India, bukan untuk berpisah dari India, seperti yang tercatat dalam perlembagaan asalnya.
Bukan sahaja orang Islam lebih suka hidup aman selesa di dalam India di bawah British yang dianggap sebagai pelindung semua kaum, bahkan enggan menyokong perjuangan kemerdekaan India, kerana bimbang ditindas oleh majoriti Hindu। Tetapi pada tahun 1913 penjajah di India telah memansuhkan pemisahan antara dua Benggala ini, menyebabkan India dikuasai oleh golongan majoriti Hindu.

Hal ini mendorongkan kepada perubahan platfom Liga Muslim, dan seorang peguam dipilih sebagai Presiden। Itulah Muhammad Ali Jinnah. Liga di bawah pimpinannya ini memulakan perjuangan kemerdekaan bersama antara kaum Muslim dan Hindu. Tetapi kemudiannya, beliau tidak bersetuju dengan Mahatma Gandhi yang memilih cara ekstrem Hindu, berkonfrantasi dengan British, dan juga dengan Jawaharlal Nehru yang sosialis sekular.

Menyebabkan beliau keluar dari Parti Kongres pada tahun 1920 dan jawatannya diambil oleh Allama Iqbal yang terus memperjuangkan konsep negara Pakistan। Bagaimanapun tahun 1940, beliau kembali menjadi Presiden Liga Muslim dan berjuang hingga berjaya menubuhkan negara Pakistan pada tahun 1947. Semasa merdeka, beliau menjadi Gabenor Jeneral dan Liaquat Ali Khan, seorang lagi pemimpin Liga Muslim menjadi Perdana Menteri.

Pada masa itu Liga Muslim dipecah dua, iaitu untuk Pakistan dan India। Malangnya beliau meninggal dunia pada tahun 1948 dan Liquat Ali dibunuh pada tahun 1951, menyebabkan Liga Muslim tiada pemimpin serta kalah dalam pilihan raya 1955. Dalam suasana kacau-bilau itulah pada tahun 1958, Ayub Khan merampas kuasa dan semua parti politik diharamkan, termasuk Liga Muslim.

Tetapi, Presiden Ayub Khan menubuhkan semula parti Liga Muslim Konvensyen, dan lawannya pula menubuhkan Liga Muslim Majlis। Setelah rejim Ayub, naik pula rejim Yahaya Khan. Setelah rejim Yahaya digulingkkan pada tahun 1971, dikatakan sebuah pilihan raya bebas pertama diadakan di Pakistan. Kedua-kedua liga ini kalah, yang menang ialah Parti Liga Awami pimpinan Mujibur Rahman di Pakistan Timur dan Parti Rakyat Pakistan (PPP) pimpinan Zulfikar Ali Bhutto di Pakistan Barat.

Kerana Mujibur Rahman seorang nasionalis dari Pakistan Timur, walaupun beliau mendapat undi terbesar memerintah Pakistan, namun beliau membawa Pakistan Timur keluar dari Pakistan menjadi Bangladesh, di mana beliau sebagai Presidennya, dan Ali Bhutto menjadi Presiden Pakistan। Di sinilah dikatakan Amerika Syarikat (AS) mula bermain catur, mendalangi politik Pakistan walaupun penjajah British dulunya sudah pergi.

AS masih tidak puas hati dengan peranan Bhutto yang sosialis। Apalagi bila AS rasa tertekan dengan kehilangan rakan karibnya Shah Iran, selepas bangkitnya revolusi Islam Iran (1979) melawan AS. Sehingga berlaku pula di Pakistan rampasan kuasa oleh Jeneral Ziaul Haq yang memilih pendekatan Islamisasi, macam kerajaan Malaysia juga. Saya berada di Pakistan waktu itu (1984) pada zaman Presiden Zia.

Semasa berada di Genting Cyber bandar kecil utara bersempadan Afghanistan, walaupun mantan Presiden Bhutto telah dihukum gantung, namun poster-poster gambarnya masih laris dijual di bandar tersebut। Waktu itu Soviet memasuki Afghanistan. Bagi AS, Zia perlu diperalatkan untuk menyekat kemaraan komunis, apabila Zia aktif membantu Mujahidin. Malangnya tiba-tiba pesawat yang ditumpangi Zia meletup pada tahun 1988,dan beliau terkorban.

Berlaku pula pilihan raya, di mana kemenangan kepada PPP pimpinan Banazir Bhutto, anak perempuan kepada Ali Bhutto, yang sudah tentu direstui AS demi melindungi kepentingan mereka di sana। Pada tahun yang sama Liga Muslim baru ditubuhkan di bawah pimpinan Nawaz Sharif, dikenali dengan PML-N. Nawaz Sharif menjadi Perdana Menteri dari 1990-1993 dan dari 1997-1999 bersilih dengan Banazir Bhutto, sehingga berlaku rampas kuasa oleh Pervez Musharraf yang menjadi presiden Pakistan hingga sekarang.

Walaupun bertukar kerajaan, namun polisi tentera Pakistan mengenai Afghanistan dan Kashmir tetap konsisten. Dengan bantuan senjata dari AS, mereka membantu Mujahidin dan kemudiannya Taliban. Tetapi segala-galanya telah berubah setelah berlaku peristiwa 11 September 2001. Kerajaan Pakistan telah mengisytiharkan menentang Taliban dan sekutunya rangkaian Al-Qaeda yang mereka sokong dulu. (Sila lihat buku ‘In The Line Of Fire A Memoir Pervez Musharraf’ & ‘Catatan Santai Masjid Merah Berdarah, Samakah Dengan Memali?’ dalam ibnuhasyim।blogspot.com 18-07-2007).

Musharraf sendiri mengakuinya dalam buku di atas dan beliau terpaksa akur dengan kata dua Presiden Bush dan AS। Maka jelaslah apa yang disebutkan oleh Pemimpin Al-Qaeda Osama Laden melalui mesejnya, disiarkan oleh TV3, 20 September 8 malam tadi, saya dengar sepintas lalu kalau tak salah, menyebutkan bahawa Al-Qaeda akan mengisytiharkan perang terhadap pimpinan Pakistan yang menjadi anjing suruhan Bush!!

Tentunya anjing suruhan itu anjing kurap, kalau tak kurap atau korap, takkanlah beliau sanggup tidak jadi alat atau barua kepada musuh-musuh Allah, walaupun dari sebuah republik yang bertopengkan Islam! Wallahu ‘aklam।

Catatan santai: ibnuhasyim.blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@ gmail.com) 20-09-2007.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails