Wednesday, June 05, 2013

Siti Nurhaliza Mahu Ke Gaza.. Syabas Artis!

KL: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin  (gambar) menyimpan hajat untuk ke wilayah Gaza di Palestin bagi melihat sendiri keadaan negara itu yang telah diserang oleh rejim Zionis.

Siti, 34, berkata, hasrat itu sudah lama diimpikan selepas tersentuh melihat masyarakat Palestin terutama kanak-kanak yang hidup menderita dan berharap impiannya itu tertunai dengan segera.

"Sudah lama sebenarnya saya mahu ke Gaza bagi melihat sendiri kesusahan masyarakat di sana dan pada masa sama ingin memberikan bantuan yang diperlukan.
"Bagaimanapun saya perlu berbincang dengan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, dahulu untuk meminta izin daripadanya.
"Lagipun suami masih lagi menjalani proses rawatan susulan (gara-gara ditimpa kemalangan motosikal di Queenstown, New Zealand pada 13 Disember tahun lalu)," katanya.

Siti ditemui pada sidang media Majlis Minum Petang 'Rebuild Gaza For A Nation' di Hotel De Palma di sini, pada Isnin Tambah penyanyi lagu Galau ini, walaupun mendengar pelbagai cerita menakutkan daripada rakan-rakan yang pernah ke negara itu, namun dia tetap nekad mahu menjejakkan kaki ke tanah Gaza selain bertawakal kepada Allah S.W.T agar tidka berlaku perkara yang tidak diingini.

Justeru itu, sebagai langkah membantu masyarakat Palestin, Siti bersama-sama kumpulan Rabbani bakal mengadakan persembahan majlis minum petang 'Rebuild Gaza For A Nation' yang bakal berlangsung di Hotel De Palma Ampang pada 29 Jun ini.

Siti (duduk tiga dari kiri) dan kumpulan Rabbani bakal mengadakan persembahan majlis minum petang 'Rebuild Gaza For A Nation' yang bakal berlangsung di Hotel De Palma Ampang pada 29 Jun ini. 
Majlis tersebut adalah atas usaha Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dengan kerjasama Rabbani Production Sdn Bhd, bagi mencetus kesedaran serta mengumpul dana membangunkan semula Gaza, daerah yang musnah teruk kerana serangan Zionis Israel.

Salah seorang ahli Rabbani, Azadan Abdul Aziz berkata, majlis tersebut merupakan salah satu acara dalam merealisasikan enam projek khas Mapim untuk rakyat Gaza seperti membina semula rumah dan masjid, menyediakan rumah anak yatim, menaik taraf dan membina hospital, program tajaan pendidikan dan menyediakan modal (mikro kredit) kepada usahawan kecil.

"Kesemua projek ini memerlukan kos sebanyak RM30 juta bagi membantu penduduk Gaza. Tetapi untuk majlis minum petang ini ia merupakan sebahagian acara dalam mengumpulkan dana tersebut.
"Dewan hotel dapat memuatkan seramai 800 orang dan kami harap agar dewan penuh dengan jualan tiket RM1,500, RM 2,500 dan RM5,000 untuk satu meja. Sebahagian wang tersebut akan disumbangkan ke tabung berkenaan," ujarnya.

Dalam pada itu sebuah program realiti masyarakat di Gaza yang memaparkan usaha pembangunan semula daerah berkenaan juga bakal diterbitkan. Kemudian, ia akan disusuli dengan konsert Malam Kemuncak 5 Negara: Rebuild Gaza For A Nation yang bakal berlangsung pada hujung tahun ini (tarikh belum ditentukan).

Acara kemuncak itu yang diadakan di Kompleks Space U8 Shah Alam akan turut diisi dengan segmen bersama aktivis Mapim yang berkunjung ke Gaza. Sebelum ini, penganjur telah mengadakan pelbagai aktiviti berkaitan, antaranya Makan Malam Amal Hospital For Gaza dan Konsert Prelude Rebuild Gaza For A Nation, di Alor Setar, Kedah.

Untuk maklumat lanjut, layari Facebook di www.facebook.com/mapim dan www.mapim2u.com.
Kepada mereka yang ingin menghulurkan sumbangan untuk Dana Pembangunan Semula Gaza, boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank: Tabung Gaza MAPIM 5582-2060-1374 dan BIMB: Tabung Gaza MAPIM 0801-3010-1007-5820. (mStar)

Komen Webog Ibnu Hasyim: Syabas, wahai artis!

Tuesday, June 04, 2013

Suami 2X Rogol Isteri Kerana Tuntut Cerai..


Jaakko  Isteri




Gombak: Tidak dapat menerima keputusan isteri yang tetap mahu bercerai walaupun sudah dipujuk berulang kali, seorang lelaki tergamak ‘menculik’ wanita itu di sebuah pasar raya di Kepong, dekat sini dan membawanya ke Batu Arang, sebelum mengikat tangan serta memperkosanya di dalam kereta.

Malah, lelaki berusia 30-an itu turut mengambil gambar bogel isterinya berusia 35 tahun itu selepas permintaan supaya mangsa kembali hidup bersamanya tidak diendahkan.

Selain itu, lelaki terbabit mengugut mahu melakukan sesuatu supaya kedua-dua mereka mati bersama jika isteri enggan kembali kepadanya menyebabkan mangsa yang ketakutan meminta suaminya memikirkan masa depan tiga anak mereka sebelum bertindak demikian.

Lelaki terbabit yang ‘lembut hati’ selepas mendengar rayuan isterinya itu kemudian menghantar semula mangsa ke tempat letak kereta pasar raya di Kepong sebelum melarikan diri.

Difahamkan, pasangan terbabit sudah tiga tahun tidak tinggal bersama dan kini dalam proses bercerai selepas mangsa tidak tahan kerana sering dibelasah.

Sumber berkata, sebelum kejadian pada Khamis lalu, mangsa yang berada dalam kereta di hadapan sebuah pasar raya di Kepong selepas membeli barang terkejut apabila suaminya membuka pintu kereta dan terus mengacukan pisau serta mengarahkannya berdiam diri, kira-kira jam 9 pagi.

“Belum sempat mangsa berbuat apa-apa, suaminya terus mengikat tangan dan mengarahkannya ke tempat duduk penumpang hadapan sebelum memecut kereta milik mangsa menghala ke Batu Arang.
“Sebaik tiba di kawasan semak, mangsa dipaksa melakukan hubungan seks, namun wanita terbabit enggan,” katanya.

Menurut sumber berkenaan, berang dengan keengganan wanita itu, suami mangsa terus merogolnya sebanyak dua kali dalam keadaan tangan isterinya terikat.
“Tidak cukup dengan itu, gambar mangsa dalam keadaan bogel turut dirakam dan suami mangsa turut merayu supaya mereka kembali hidup sebagai pasangan suami isteri,” katanya.

Bagaimanapun, kata sumber itu, mangsa yang serik dengan sikap panas baran suami enggan kembali kepadanya menyebabkan lelaki itu naik angin dan mengugut mahu membunuh diri bersama sebelum merayu memikirkan masa depan anak mereka.

“Terkejut dengan ugutan itu, mangsa meminta suaminya itu memikirkan semula kerana tindakan itu akan menggelapkan masa depan anak mereka.
“Suaminya akur dan terus menghantar isterinya pulang semula ke pasar raya berkenaan sebelum melarikan diri,” katanya.

Sebaik dibebaskan, mangsa membuat laporan di Balai Polis Gombak.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Rosly Hassan mengesahkan menerima laporan mangsa dan polis sedang giat memburu suspek. (myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Hal ini tentu berlaku d kalangan bukan Islam...

Pelawak S. Shamsudin Meninggal Dunia


 S. Shamsudin
PETALING JAYA: Pelawak veteran S. Shamsudin, 84, meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi Selasa di Hospital Alexendra, Singapura akibat sakit tua dan paru-paru berair. Berita pemergiannya Allahyarham itu disahkan oleh pelakon Datuk Aziz Sattar yang merupakan rakan artis seangkatannya ketika mereka memulakan kerjaya lakonan di studio Jalan Ampas, Singapura.

"Allahyarham meninggal dunia pada pagi tadi (Selasa) di hospital dan telah dibawa ke kediamannya di Bukit Batok, West Avenue, Jurong, Singapura.
"Sudah lama dia menderita sakit paru-paru berair. Moga saya sempat melawatnya sebelum dikebumikan," katanya ketika dihubungi mStar Online yang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang, untuk berlepas ke Singapura.

Tambah Aziz, pada mulanya dia terkejut apabila diberitahu oleh anaknya bahawa Allahyarham telah meninggal dunia namun beliau reda dengan pemergian itu.
"Saya terkejut apabila mendapat tahu dia dah pergi, cuma berasa sedikit ralat kerana tidak dapat bertemu dengannya sebelum dia meninggal dunia.

Pak Sudin bersama isterinya, Puteh Esmoon (kiri) dan pelakon Datuk Sarimah Ahmad ketika di Hospital Universiti Singapura pada awal tahun ini. Foto koleksi deejay radio Ria, Singapura, Freda Hassan.
"Kali terakhir sekali saya melawat Allahyarham iaitu pada awal tahun ini. Ketika itu dia sudah pun uzur," ujarnya.

S. Shamsudin atau nama sebenarnya Sahamsudin Dali dilahirkan di Pasir Panjang, Singapura, memulakan aktiviti seni pada 1948 dalam filem Chempaka sebagai pelakon tambahan.
Kerjayanya sebagai tukang kayu di studio Jalan Ampas membuka peluang untuk beliau meneruskan kerjaya seninya selepas diterima berlakon menerusi filem Aloha pada tahun 1950. Beliau yang dikenali dengan nama Pak Sudin terus mencipta nama apabila terlibat dengan filem-filem lakonan bersama Tan Sri P. Ramlee seperti Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok, Nujum Pak Belalang, Seniman Bujang Lapok dan Penyamun Tarbus.
 
Allahyarham telah berkahwin dengan Puteh Esmoon pada tahun 1954 dan mempunyai tujuh orang anak.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lim Chu Kang, Singapura pada Selasa. (mStar)

Lihat sebelum ini..
Hibur, Hibur Sikit... 34 - Kami Penyamun (Aziz Satar, s.shamsudin)...

Mashaf Khusus Al Quran Braille, PAS Sambut Baik


KL: PAS menyambut baik langkah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang mengorak langkah untuk menghasilkan suatu mashaf khusus Al Quran Braille bagi kegunaan mereka yang kurang upaya penglihatan di negara ini. Sekretariat Prihatin OKU, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS dalam kenyataannya berkata, mereka menyokong penuh jawatankuasa yang telah dibentuk bagi melaksanakannya.

"Kami difahamkan diletakkan bawah seliaan Jakim bagi menghasilkan mashaf yang dinamakan Al Quran Braille Mashaf Malaysia tersebut," kata Mohammad Faizal Che Yusof, Pengerusi Sekretariat Prihatin OKU PAS dalam kenyataannya.

Adalah diyakini usaha Jakim tersebut mampu mengawal dan menyemarakkan lagi penyebaran ilmu Al Quran kepada golongan OKU penglihatan di seluruh negara dengan langkah ini. Sementara itu, sebagaimana sesi Parlimen penggal ke-13 yang akan memulakan sidangnya pada 24 Jun 2013, pihak sekretariat pada masa ini sedang mengumpul seberapa banyak isu-isu berkaitan OKU yang ingin dikemukan untuk di ketengahkan.

Selain sesi-sesi perbincangan langsung, sebarang cadangan atau usul berkaitan OKU bolehlah dihantar melalui email di alamat 21 Rejab 1434 H | 31 Mei 2013pusatrakyatcp@gmail.comThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it untuk diselaraskan, kata Faizal.

"Sedaya upaya kami iltizam mengusahakan perubahan yang lebih baik untuk OKU di Malaysia sebagaimana saranan Al Quran dan Sunnah," katanya. (IH)

PRU13: BN Perak Pun Ragui Peranan SPR -Dr Ahmad Nuri Al-Amin

 


KUALA LUMPUR: PAS Perak melihat cadangan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Khas di bawah Parlimen bagi memantau Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah secara langsung memperakui kelemahan dan ketidakbolehpercayaan badan tersebut dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah bagi mengendalikan sistem pilihan raya di Malaysia.

“Tindakan BN untuk memfailkan petisyen untuk lebih 50 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) juga dilihat secara terangan sebagai satu bentuk protes dan bantahan terhadap kredibiliti SPR dalam menguruskan proses pilihanraya yang adil dan telus,” ujar Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri Al-Amin (gambar) dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Malah, ujarnya BN negeri adalah antara yang paling awal meragui ketelusan SPR bilamana Pengerusinya, Datuk Seri Zambry Abd Kadir, telah mengesahkan pihaknya akan memfailkan petisyen mencabar keputusan PRU13 sejak23 Mei lagi.

Katanya, ia jelas menunjukkan bahawa BN Perak turut meragui peranan SPR dalam mengendalikan PRU yang lalu dan bersetuju dengan Pakatan Rakyat bahawa badan itu tidak cekap menjalankan pilihan raya yang perlu dicabar keputusan tersebut di mahkamah.

“BN Perak secara tidak langsung percaya bahawa keputusan PRU13 yang lalu tidak 'tepat' dan sewajarnya dicabar sepertimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia,” ujarnya lagi.

Beliau berkata, ia juga kegagalan SPR menjalankan tugas yang sewajarnya dan selama ini menjadi pertikaian banyak pihak di atas ketelusan dan kemampuannya.

Tambah beliau, justerun ramai yang mendesak agar diwujudkan satu Suruhanjaya Diraja bagi mengkaji peranan dan kebolehpercayaan SPR untuk mengendalikan PRU akan datang. (Hrkh)

Rahsia Pembunuh Altantuya Mahu Isytihar Mahkamah Silap?


Sirul Azhar Umar, one of the three men charged in the murder case


Sirul Azhar mahu Mahkamah Rayuan isytihar perbicaraan silap
PUTRAJAYA - Bekas anggota Unit Tindakan Khas Polis Sirul Azhar Umar, yang disabitkan kesalahan membunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibuu, hari ini memfailkan permohonan di Mahkamah Rayuan bagi memohon pembebasannya, mendakwa wujud perbicaraan silap oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.
  
Notis usul itu difailkan firma guaman The Chambers of Kamarul Hisham and Hasnal Rezua di pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan di sini dalam usaha untuk memasukkan alasan rayuan tambahan.
  
Dalam permohonan itu, bekas Koperal Sirul Azhar mendakwa beliau terdedah kepada "publisiti buruk" secara meluas semasa perbicaraan itu yang jelas mengelirukan dan prejudis terhadap dirinya, dengan itu menafikan dirinya perbicaraan adil.
  
Beliau memohon Mahkamah Rayuan mengisytiharkan perbicaraan itu sebagai perbicaraan silap, sabitannya diketepikan dan beliau dibebaskan.  

Sirul Azhar, 39, mendakwa publisiti buruk yang diterimanya telah mewujudkan kebarangkalian bahawa hakim mahkamah tinggi bersikap berat sebelah, menyebabkan sabitannya boleh dipertikaikan.  

Sirul Azhar mendakwa beliau terdedah kepada publisiti buruk menerusi tiga akuan bersumpah, dua dibuat oleh penyiasat persendirian mendiang P. Balasubramaniam dan satu lagi oleh Raja Petra Kamarudin.
  
Beliau berkata akuan bersumpah yang pertama oleh Balasubramaniam, dibuat selepas pihak pendakwaan menutup kesnya pada 23 Jun, 2008, mengandungi perkara-perkara yang prejudis terhadap dirinya kerana perkara itu tidak didedahkan dalam keterangannya (Balasubramaniam) pada perbicaraan.
  
Katanya Balasubramaniam telah, pada 4 Julai, 2008, membuat satu lagi akuan bersumpah menyatakan beliau menarik balik akuan bersumpah yang pertama.  

Sirul Azhar berkata akuan bersumpah itu telah dimuat naik di pelbagai laman web dan telah menjadi punca pelbagai spekulasi, perdebatan dan ulasan daripada orang awam, pengamal undang-undang dan pemimpin yang telah ditafsirkan sebagai mempersoalkan kesahihan dan ketulenan akuan bersumpah itu.
  
Katanya persoalan penting yang bermain di fikiran para pembaca yang mendapat akses kepada bahan itu mungkin ialah, "Apa yang mendorong perayu-perayu untuk membunuh mangsa" dan "Siapa yang memberi arahan supaya pembunuhan dilakukan oleh perayu-perayu".
   
Sirul Azhar berkata Raja Petra telah, pada 21 Jun, 2008, memuat naik akuan bersumpahnya di laman web Internet menyatakan tiga individu lain turut hadir semasa mangsa dibunuh, yang boleh ditafsirkan untuk membawa maksud bahawa beliau (Sirul Azhar) adalah pembunuhnya.
  
Beliau mendakwa Raja Petra juga telah memuat naik satu salinan kenyataan beramaran dipercayai olehnya (Sirul Azhar) menyatakan beliau (Sirul Azhar) telah mengaku membunuh wanita Mongolia itu.
  
Sirul Azhar dan bekas Cif Inspektor Azilah Hadri didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 bagi kesalahan membunuh Altantuya, ketika itu berusia 28 tahun, di Mukim Bukit Raja di Shah Alam, Selangor antara 10 malam pada 19 Okt 2006 dan 1 pagi, 20 Okt 2006.
  
Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, yang dituduh bersubahat dengan mereka, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Okt 2008 selepas pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadapnya.
  
Rayuan mereka terhadap sabitan dan hukuman mati dijadual didengar Mahkamah Ryuan pada 10 Jun.
  
Peguam yang mewakili Sirul Azhar, Kamarul Hisham Kamarudin berkata salinan notis usul itu akan diserahkan kepada pihak pendakwaan. - Bernama

Komen Webog Ibnu Hasyim: Apa rahsiaya?

Pertunjukan 1/2 Ini Yang PAS Bantah. Ini Bukti UMNO Suka!

Penari yang terlibat dalam penganjuran majlis tarian separuh bogel di sebuah pusat beli belah Sabtu lalu.

SEGAMAT - Pas Segamat membantah penganjuran tarian separuh bogel yang diadakan di sebuah pusat membeli belah di daerah ini, malam Sabtu lalu. Yang Dipertuanya, Firdaus Masod dalam satu kenyataan semalam melahirkan kekesalan di atas penganjuran majlis tersebut yang sepatutnya tidak dilakukan di Segamat mahupun Malaysia. ..Lihat.. Bantah Tarian 1/2 Bogel, Contohi PAS Segamat -IH...


Gambar ini bukti UMNO suka lucah

Lihat sebeum ini..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails