Wednesday, December 19, 2012

Si Bogel Terjun Masuk Padang, Trend Baru Sukan?

Penonton dan suporter di sebuah pertandingan ini berani melakukan aksi nekatnya selebrasi tanpa kenakan busana.
REUTERS
Penonton tanpa pakain meloncati net selama kejuaraan tenis Wimbledon.

SUKAN
AWAS, penonton dan suporter sesebuah pertandingan, dengan berani tanpa malu terjun ke padang tanpa pakaian.. Satu trend baru dalam aktiviti sukan? Bahaya, sikap tidak bertamadun ini jangan sampai menjalar ke Malaysia. Lihat contoh-contoh yang telah berlaku ini.

Penonton dan suporter di sebuah pertandingan ini berani melakukan aksi nekatnya selebrasi tanpa kenakan busana.
Disamping David Beckham terlihat seorang wanita tanpa pakaian berlari di dalam padang pertandingan Liga Utama FA.

Penonton dan suporter di sebuah pertandingan ini berani melakukan aksi nekatnya selebrasi tanpa kenakan busana.
REUTERS
Penonton memasuki padang berbogel dengan tubuh dicat logo perusahaan telefon di pertandingan rugby. 

Penonton dan suporter di sebuah pertandingan ini berani melakukan aksi nekatnya selebrasi tanpa kenakan busana.
REUTERS
Seorang wanita dibawa keluar dari padang oleh penjaga keamanan di akhir pertandingan rugby union internasional. 
Penonton dan suporter di sebuah pertandingan ini berani melakukan aksi nekatnya selebrasi tanpa kenakan busana.
REUTERS
Seorang wanita berlari memakai pakaian dalam melalui penjaga padang.
Penonton dan suporter di sebuah pertandingan ini berani melakukan aksi nekatnya selebrasi tanpa kenakan busana.
REUTERS
Seorang penonton menari sambil mengenakan tutu selama pertunjukan renang di kejuaraan dunia renang di Barcelona. 
Penonton dan suporter di sebuah pertandingan ini berani melakukan aksi nekatnya selebrasi tanpa kenakan busana.
REUTERS
Seorang penonton tanpa pakaian memasuki padang selama pertandingan Kejuaraan bola sepak Eropah.U-20.



Penonton dan suporter di sebuah pertandingan ini berani melakukan aksi nekatnya selebrasi tanpa kenakan busana.
REUTERS
Penonton bogel masuk padang rugby guna handphone.
(IH/Merfeka.com)

Tuesday, December 18, 2012

Bohong! BN Jamin Masa Depan -Komen Pres. PAS

 
KL: BN jamin, atau masa depan negara terjamin di bawah BN?  Lihat apa komen presiden PAS. PAS menyeru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terus membohongi rakyat dengan slogan kosong.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kenyataan Najib yang menyebut 'masa depan negara hanya terjamin di bawah BN' adalah satu rayuan undi penuh pembohongan luar daripada batas-batas politik sihat. “Rakyat semakin bijak menonton kerosakan negara di tangan BN selama 55 tahun memerintah,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya, kedudukan ekonomi rakyat yang merudum dengan hilangnya aset-aset berharga negara semuanya berlaku semasa pemerintahan BN. Beliau menambah, Bank Bumiputera yang diwujudkan untuk membantu rakyat hilang terus di bawah pemerintahan BN.

Kini, kata beliau pemimpin negara semakin rakus memfaraidkan harta peneroka Felda dengan penyenaraian di bursa saham yang penuh dengan kontroversi. Begitu juga, ujarnya dengan kedudukan agama dan bahasa yang semakin lemah. Semuanya berlaku dibawah pemerintahan BN.

“Soalnya mengapa begitu sekali takut Perdana Menteri akan kejatuhan BN. Kita memahami amalan demokrasi membenarkan naik dan jatuhnya sesebuah parti,” ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Marang.

Menurutnya, jika jatuh sekalipun dalam pilihan raya terdekat, BN masih berpeluang untuk menyertai pilihan raya akan datang. Tetapi, ujar beliau pelik apabila mereka begitu bimbang dengan kekalahan. Justeru, kata beliau PAS ingin mengingatkan BN khususnya Najib supaya menghentikan tabiat buruk berbohong kepada rakyat kononnya hanya BN boleh menjamin masa depan negara.

“Kita juga ingin mengingatkan Najib supaya sedia untuk kalah secara terhormat kerana peluang masih terbuka di masa depan, bukannya jatuh dalam keadaan hina sebagaimana yang berlaku di negara-negara Timur Tengah,” katanya lagi. (IH)

Najib & Dr M Akan Tinggalkan Negara Ini -Husam




 KL: Datuk Seri Najib dan Tun Dr Mahathir, sibuk untuk meninggalkan negara ini..Begitu, PAS penuh keyakinan, perpindahan kuasa yang akan berlaku dalam pilihan raya ke 13 nanti bakal berjalan dengan penuh keamanan. Pihak istana akan memanggil pimpinan Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan seawal jam 10 malam hari pilihan raya nanti.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa membayangkan, pihak istana akan memanggil pimpinan Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan seawal jam 10 malam hari pilihan raya nanti.

"Ketika itu, Datuk Seri Najib dan Tun Dr Mahathir sibuk untuk meninggalkan negara kerana bimbang dengan kesalahan masa lalu mereka.
"Manakala rakyat keseluruhannya menyambut perubahan kerajaan dengan gembira," kata Husam dalam satu majlis bersama jentera pilihan raya PAS di Kota Bharu baru-baru ini.

Senario ini disebut sekali lagi oleh Husam yang juga Pengarah 'Roadmap  to Putrajaya' PAS ini kepada Harakahdaily. Oleh kerana semua rakyat menyambut baik perpindahan kuasa ini, beliau yakin semua pihak yang mendokong negara termasuk angkatan tentera dan polis tidak akan bertembung dengan kehendak rakyat.

"Apabila rakyat membuat keputusan yang jelas memberikan mandat kepada Pakatan, saya yakin semua aparatus negara akan bersama rakyat kerana terlalu tinggi risiko yang diambil kalau mereka tidak bersama rakyat," kata Husam penuh keyakinan.

80 kerusi

Maklumat terbaru yang beliau terima menunjukkan BN bakal mendapat hanya sekitar 80 dari 122 kerusi Parlimen sahaja dalam pilihan raya ke 13 nanti. Beliau juga diberitahu, para pengundi Melayu juga sudah berubah termasuk di kawasan Felda seiring dengan  kajian yang dibuat oleh sebuah badan di Selangor.

"Apabila ini berlaku, masalah yang bakal dihadapi oleh PAS dan parti-parti dalam Pakatan adalah menghadapi permohonan berbondong-bondong para wakil rakyat BN untuk menyertainya.

"Kita tidak akan mempunyai masa yang cukup untuk menapis mereka sedangkan kita perlu membuat keputusan segera," kata Husam yang merupakan antara pakar strategi PAS itu.

Sebelum ini, Husam yang mula-mula mencadangkan agar negeri-negeri Pakatan membuat pilihan raya berasingan dari kerajaan pusat jika tarikh yang dipilih BN tidak sesuai dengan Pakatan. Akibatnya, Selangor bertegas tidak mahu mengadakan pilihan raya awal dan menghalang Najib dari menetapkan tarikh pilihan raya bersendirian.

Oleh itu, bagi Husam, apa yang berlaku sekarang mencapai sasaran kenyataan beliau hari itu iaitu BN perlu berunding dengan Pakatan dalam menetapkan tarikh pilihan raya atau menolaknya sehingga ke hujung waktu.
(IH)

Selesai IC Masyarakat India Segera -N Surendran,

Samseng MIC 04

SHAH ALAM 18 DIS : Kerajaan Umno-BN diminta segera menyelesaikan masalah ketiadaan dokumen pengenalan diri melibatkan masyarakat India di negara ini dan tidak berdolak dalik berhubung isu berkenaan.
In kerana menurutnya Naib Presiden PKR, N Surendran, umum mengetahui perkara itu memang berlaku dengan beratus ribu masyarakat India terutamanya di Semenanjung dinafikan hak memiliki dokumen pengenalan diri biarpun mereka adalah rakyat yang lahir dan menetap di negara ini.

Beliau berkata, cabaran supaya dibuktikan terdapat kira-kira 300,000 masyarakat India tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, hanya akan dibuat seandainya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menunjukkan komitmen bagi menyelesaikan masalah berkenaan.
surendran pc 01

"Saya nak Najib dan kerajaan terangkan dulu kepada rakyat mengapa selepas 55 tahun merdeka masih ada begitu ramai rakyat negara kita yang dinafikan kad pengenalan biru walaupun mereka rakyat. Jikalau mereka (kerajaan Umno-BN) dapat memberikan jawapan yang munasabah, saya akan menunjukkan bukti mengenai kes 300,000 ini.
“Kita menuntut supaya kerajaan menyelesaikan masalah ini secepat mungkin dan jangan keluarkan cabaran-cabaran yang kosong dan tidak bermakna ini,” katanya kepada TVSelangor di sini hari ini.

Surendran mengulas kenyataan dibuat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk SK Devamany yang sedia meletakkan jawatan jika pakatan pembangkang dapat membuktikan dakwaan 300,000 masyarakat India di negara ini tiada dokumen pengenalan diri seperti dilaporkan Bernama.

Kenyataan tersebut disifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab daripada seorang Timbalan Menteri kerana sepatutnya tiada seorangpun rakyat yang lahir dan hidup di negara ini dinafikan hak memiliki dokumen itu.

“Saya lihat tiada apa-apa komitmen oleh kerajaan temasuk Perdana Menteri dan MIC untuk menyelesaikan masalah yang amat kritikal ini. Kita tahu beratus ribu rakyat menghadapi masalah ini,” katanya lagi.

Pada 12 Disember lalu, Surendran dan beberapa pemimpin PKR mengetuai Himpunan Duduk Bantah di Jabatan Pendaftaran Negara, Putrajaya yang dihadiri lebih 300 orang bagi menuntut Kerajaan Pusat menyelesaikan masalah masyarakat India yang dinafi hak sebagai warganegara. (MediaS'ngorku)

Ulama UMNO Tuduh Al-Qardhawi Khawarij/Sesat?


KL: Pemuda PAS Malaysia menyifatkan pemikiran ulama Qatar, Dr Yusuf Al-Qardhawi (gambar) tidak ada kaitan dengan pemikiran Khawarij sebagaimana didakwa oleh Ketua Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya. Bagi Pemuda PAS,  kelompok agamawan seperti Ulama Muda Umno adalah pengampu kerajaan dan wujud di mana-mana negara umat Islam yang dibayar upah untuk menghalalkan kebejatan pemerintah.
Demikian kata Ketua Penerangannya, Ridhuan Mohd Nor yang mengulas dakwaan Fathul Bari yang mendakwa pemikiran Yusuf Al-Qardhawi sama dengan Khawarij. Fathul mengatakan pemikiran Yusuf Al- Qardhawi cenderung kepada khawarij. Kenyataannya tersebar dalam laman Youtube sejak beberapa bulan yang lalu dan kini sedang hebat dikongsi oleh pengguna laman sosial Facebook.

Sebelum ini, Ulama Muda Umno juga membuat kenyataan kontroversi apabila berkata tidak ada jihad di Palestin sekarang. Khawarij yang muncul pada tahun 37 Hijrah menentang kerajaan Islam Saidina Ali namun, namun umat Islam hari ini jauh daripada syariat Islam dan menentang syariat Islam.

Bagi Riduan (gambar) , Yusuf Al-Qardhawi memahami gejolak perasaan rakyat serta kehebatan beliau menentang kezaliman pemerintah adalah berdasarkan ajaran Islam dan jauh sekali daripada nilai-nilai pendokong khawarij.

Menerusi karya, kata Ridhuan, beliau telah membuktikan ketokohan intelektualnya di samping komited untuk sama-sama memahami kemelut dan pergolakan yang melingkari setiap ruang lingkup kehidupan umat Islam kontemporari hari ini.

Katanya, ketegasan Qardhawi dalam mendokong hak dan kebenaran, dan menolak kemungkaran serta kebatilan harus diteladani oleh cendekiawan Islam yang lain.

Tambahnya, kemampuan beliau untuk turut sama menyelami denyut dan nadi umat seharusnya menjadi obor untuk menyemarakkan semangat di kalangan generasi muda.

"Qardhawi telah menghasilkan ratusan karya dan beliau adalah kader terbaik Ikhwanul Muslimin abad 21," katanya.

Dari sudut peribadinya Riduan berkata beliau beruntung berkesempatan untuk mengenali pemikiran Dr. Yusuf al-Qardhawi menerusi penglibatan dalam gerakan Islam serta karya-karyanya yang membuktikan ketokohannya.

"Kemampuan karya beliau telah teruji, contohnya sepertimana dalam bukunya 'Halal & Haram dalam Islam', yang mendapat sambutan di kalangan umat Islam seluruh dunia di samping dijadikan rujukan di pelbagai institusi pendidikan dan ulama di seluruh dunia Islam sehingga ke hari ini," katanya ketika dihubungi.(Hrkh)

Bogel Unt Menyuntik Motivasi. Adakah Trend Baru?


Gwyneth Paltrow

HALAMAN HIBURAN
LOS ANGELES: Adakah ini suatu trend baru dalam dunia hiburan atau suatu lifestyle dalam masyarakat? Aktres Gwyneth Paltrow berkata jurulatih kecergasannya Tracy Anderson memaksa dia berbogel semata-mata untuk menyuntik motivasi bagi memperolehi bentuk badan yang ideal.

Kata Paltrow, insiden itu berlaku ketika dia bertemu jurulatih itu buat kali pertama bagi memulakan sesi kecergasan tersebut. Laman dailystar.co.uk melaporkan, pelakon filem Shakespeare in Love itu memberikan pujian kepada jurulatih berkenaan kerana membantunya menurunkan berat badan ketika hamil anaknya, Moses sebelum ini.

“Saya tidak menghadapi kesukaran untuk menurunkan berat badan selepas melahirkan anak perempuan sebelum ini tetapi pada kali ini (Moses), ia tidak berkesan.
“Saya tidak boleh menurunkan berat badan tetapi sejak bertemu Tracy, dia menjadi penyuntik semangat saya.
“Saya tidak akan lupa pada insiden dia menanggalkan seluar saya dan berkata, ‘Oh tidak, saya sangat terkejut kerana awak nampak hebat di luar. Saya tidak menjangkakan ini (keadaan fizikal),” kata aktres itu.

Bagaimanapun, Paltrow menegaskan tindakan ekstrem jurulatih itu mengembalikan semua keindahan dalam rumah tangganya bersama penyanyi Chris Martin.

“Dia (Tracy) memberikan kebaikan kepada hidup saya, keyakinan diri, kehidupan seksual dan segala-galanya,” katanya seperti dipetik majalah Reebok.

Menurut Weblog Ibnu Hasyim, "Kalau betul begitu, ini suatu trend merbahaya kepada dunia ketamadunan. (IH)

Monday, December 17, 2012

S'ngor Banyak Judi & Pusat Maksiat,Mengapa?



SHAH ALAM: Mengapa di Selangor masih banyak kegiatan judi haram dan pusar maksiat? Hal ini dapat dilihat apabila Kerajaan negeri Selangor hari ini meminta pasukan polis dan Tenaga Nasional Berhad bekerjasama untuk membanteras judi haram dan pusat maksiat di negeri ini.

Bagi mereka, badan penguatkuasaan pusat ini seharusnya menjadi penggerak utama dalam membendung aktiviti perjudian haram dan pusat hiburan di Selangor. Ini kerana kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terhad berbanding polis yang mempunyai kuasa bagi menahan pesalah dan membawa kes ke mahkamah. Begitu juga dengan TNB, dimana syarikat itu boleh memotong bekalan elektrik ke premis yang menjalankan perjudian bagi melumpuhkan operasi mereka, kata pegawai Kerajaan Negeri Selangor sebagaimana dilaporkan oleh Selangorku, media rasmi kerajaan negeri Selangor.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu Tian Khiew (gambar) berkata setakat ini, PBT di seluruh negeri sudah memainkan peranan dengan menyita premis dan merampas perkakas judi.

Tidak Keluarkan Lesen Judi Baru.

Malah, katanya, Kerajaan Negeri juga tidak mengeluarkan lesen bagi premis itu sejak tahun 2006 dan dasar itu diteruskan sehingga kini. Tegasnya, semua lesen bagi rumah urut dan pusat hiburan di Selangor dikeluarkan semasa pentadbiran Umno-BN sebelum ini bukan dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat. Jika ada pun pusat yang baru, ia beroperasi secara haram tanpa lesen.

“Isu aktiviti premis berkenaan terletak pada penguatkuasaan, oleh itu polis lebih berkuasa daripada penguatkuasa PBT.
“Penguatkuasaan daripada polis adalah sangat penting berbanding PBT.
“Tetapi Umno-BN masih membangkitkan perkara ini sedangkan mereka tahu, bagi Kerajaan Negeri, pengeluaran lesen bukan daripada pihak kita,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, sebuah akhbar melaporkan bahawa pusat judi tumbuh seperti cendawan di Selangor dan ini membimbangkan penduduk. Menurut akhbar tersebut premis-premis tersebut banyak terletak di Petaling Jaya, Klang, Sungai Buloh, Selayang, Batu Caves, Rawang, Gombak dan Kepong.

Manakala, Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) Azmizam Zaman Huri (gambar kiri) berkata undang-undang berkenaan bekalan elektrik perlu diketatkan di peringkat pusat bagi mengekang pertumbuhan premis judi haram.

Salahguna Lesen Premis

Beliau berkata premis perjudian haram sukar untuk dibendung kerana pengusahanya menyalahgunakan lesen premis.

“Kalau sekat lesen premis baru beberapa ratus sahaja. Tetapi mereka beroperasi sahaja tanpa lesen perniagaan.  Cuma perkara asas yang perlu dibekalkan adalah elektrik dan air.  Operasi ini (pembenterasan) dibuat oleh pihak polis dan dibantu oleh PBT,” kata Azmizam. (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails