1. Catriona Ross..
~Semuanya bermula apabila dia menemani sahabat karibnya ke sebuah butik tudung di KLCC pada 14 Julai lalu.
Tergerak hatinya mencuba satu tudung dan ketika melihat wajah di
cermin, tiba-tiba terbit satu perasaan pelik hingga bergenang air mata.
Sepantas kilat ditanggalkan tudung itu.
Dia yang dihenyak perasaan pilu, hiba dan syahdu kemudian berpusing ke arah temannya seraya spontan meluahkan hasrat mahu memakai tudung. Luahan itu bagaimanapun mengundang tawa sahabatnya kerana menyangka dia bergurau.
"Ketika memandu pulang ke rumah, saya menangis. Sukar untuk jelaskan
perasaan saya ketika itu. Sebak, syahdu, hiba, semuanya bercampur-baur.
Saya sedar perasaan pelik yang muncul tiba-tiba itu adalah hidayah dari
Allah.
"Sepanjang perjalanan, saya
tak henti-henti mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi. Terharu dan
rasa istimewa apabila Allah buka pintu hati saya. Memang sebelum itu
pernah terfikir untuk menutup aurat tetapi teragak-agak untuk
melaksanakannya.
"Esoknya di rumah,
saya gelisah dan rasa serba tak kena. Asyik terfikir untuk memakai
tudung dan malamnya saya tidak boleh tidur. Kebetulan pula suami tiada
di rumah kerana bertugas di luar Kuala Lumpur, jadi tiada tempat untuk
saya mengadu," katanya sambil menghela nafas panjang.
Pagi Jumaat (16 Julai lalu), berjam-jam pelakon yang popular menerusi
drama rantaian Sephia ini menyelongkar almari mencari hijab namun
kecewa apabila yang ada hanya selendang.
Dia kemudian menghubungi teman karibnya untuk meminjam tudung.
Terkejut dengan permintaan itu, temannya mengajak Cat ke butik untuk
belikan beberapa helai tudung. Selesai membuat pembayaran, hijab yang
dihadiahkan temannya itu terus disarungkan di kepala.
"Sejak itu saya terus bertudung. Tekad saya, sekali bertudung
Insya-Allah saya akan kekal begitu hingga ke akhir hayat. Itu prinsip
yang saya pegang sejak kecil.
"Apabila pulang ke rumah, suami
menyambut saya di muka pintu dan dia terkejut dengan perubahan itu. Dia
bertanya adakah saya benar-benar serius. Selepas berkongsi apa yang
saya alami dalam tempoh 48 jam itu, dia ternyata gembira dengan
keputusan saya.
"Banyak nikmat yang
Allah beri kepada hamba-Nya dan apa yang saya mohon selama ini dalam
doa dimakbulkan. Masih segar dalam ingatan, selepas terbabit dalam
nahas jalan raya, saya tidak putus-putus berdoa supaya boleh berjalan
semula dan doa itu Allah perkenankan.
"Kemudian, ada suara sumbang bercakap saya tak boleh hamil kerana
mengalami kecederaan teruk dalam kemalangan itu tetapi Allah makbulkan
doa saya.
Alhamdulillah saya bunting pelamin. Jadi, nikmat Tuhan yang mana lagi nak saya dustakan?
"Saya nekad bertudung kerana tidak mahu terus menerus buta hati. Jiwa
saya bagai disiat-siat ketika mendapat hidayah dalam butik itu. Jauh di
sudut hati, saya dapat rasakan itu adalah seru daripada Allah.
"Syukur, saat mula-mula pakai hijab hingga sekarang, hati saya tenang
dan damai. Ada rasa bahagia yang tidak boleh dizahirkan dengan
kata-kata. Ketenangan itu cuma Allah, saya dan teman sehijrah yang
faham," kata anak jati Kota Bharu Kelantan ini yang menahan air mata
daripada mengalir.
2. Irma Hasmie..
~“Alhamdulillah, sudah sampai masa untuk saya bertudung, sukar nak
jelaskan mengapa saya ambil keputusan secepat ini, tetapi ini semua
kerja Tuhan, dan bila sudah sampai seru-Nya, saya hanya menerima.
“Kalau boleh, saya tidak mahu cerita saya bertudung terlalu diberi
perhatian sebab takut disalahertikan niat sebenarnya, walaubagaimanapun
saya yakin lambat laun semua orang akan mengetahui juga.
“Saya bersyukur dan gembira dengan kehidupan saya sekarang, saya lebih
tenang dan lebih banyak belajar. Tiada siapa yang memaksa saya tampil
begini, semuanya berlaku secara natural. Alhamdulillah, setelah dua
minggu pulang ke Malaysia, ramai yang menerima baik niat saya ini,”
jelas Irma akui hidupnya kini lebih tenang dan bahagia Irma. Irma akui
hidupnya kini lebih tenang dan bahagia
Berdoa di Mekah
Mengerjakan umrah bersama ibu dan adiknya, jelas Irma, dia mengambil kesempatan itu untuk berdoa sebanyak yang mungkin.
“Satu perkataan yang dapat saya gambarkan tentang Mekah adalah
Subhanallah. Saya sangat bersyukur diberi peluang untuk menjejakkan kaki
ke tanah suci ini.
“Memang seronok
berada di sana, saya dapat lihat sendiri betapa hebat dan ajaibnya
ciptaan Tuhan. Saya memang tidak mahu melepaskan peluang untuk berdoa,
macam-macam doa saya minta.
“Slma 29
tahun saya hidup dibumi ini, saya mohon diampunkan segala dosa yang
pernah dilakukan, diberi rezeki dan jodoh yang baik,” jelas Irma yang
turut memohon ditenangkan hati setiap masa.
3. Abby Abadi...
~“Takut juga kalau terjadi senario sekejap pakai dan sekejap buka
tudung. Tetapi alhamdulillah, dua hari sebelum kembali ke Kuala Lumpur,
di depan Kaabah, saya nekad untuk bertudung sekali gus berdoa semoga
Tuhan tetapkan iman saya untuk kekal begini buat selama-lamanya.
Segala-galanya dipermudahkan.
“Saya
juga berharap perubahan ini tidak akan menjadi masalah atau beban
kepada orang sekeliling.Apatah lagi hal bertudung ini sering
diperkotak-katikkan, terutama apabila ia membabitkan individu yang
memilih kerjaya seni untuk mencari rezeki,” katanya sambil memberitahu,
sekalipun sudah bertudung, kerjaya seni tetap berjalan seperti sedia
kala.
Mengenai kesempatan indah
menunaikan umrah buat kali pertama itu, ibu kepada Mohamed Danish Hakim,
9, Marissa Dania Hakim, 7, dan Maria Danisha Hakim, 4, ini bersyukur
kerana kembara dan ibadatnya di sana berjalan lancar. Bahkan secara
tidak langsung, Abby ke sana seperti membawa hatinya yang lara.
Kata
Abby, jika diikutkan, sebelum ini dia memang memasang azam untuk ke
Tanah Suci, tetapi mungkin serunya belum tiba ketika itu.Ada saja
halangan yang tiba, termasuklah visa yang dimohon tidak dapat
diluluskan
.“Namun syukurlah, kali
pertama menjadi tetamuNya, kesihatan saya di sana senantiasa baik. Saya
juga sempat menunaikan umrah sebanyak tiga kali, mencium batu Hajarul
Aswad dua kali, dapat menyentuh Kaabah, memasuki Raudhah dan banyak
lagi. Perasaan berada di sana juga tidak dapat digambarkan dengan
kata-kata dan saya teruja akhirnya digerakkan juga ke Tanah Suci Makkah
selain Madinah
.
“Saya juga tak
terkilan sekalipun sebelum ke sana, tawaran berlakon datang
mencanak.Hampir lima ke enam tawaran berlakon saya terima, tetapi
terpaksa saya tolak secara baik kerana pihak produksi tidak dapat
menunggu. Tetapi saya tak ralat dan percaya rezeki tetap ada,
insya-Allah.
4. Diana Amir...
~“Saya
ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan
yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat.
“Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang
semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa
bulan kebelakangan ini,”
“Saya tak
tahu kenapa perkara itu berlaku kepada saya, mungkin Allah ingin
memberi petunjuk dan saya menceritakan semuanya kepada seorang rakan.
“Namun selepas itu rakan saya yang berhijrah lebih awal daripada saya,”
“Saya tahu saya masih lemah terutamanya mengenai hal-hal agama,
disebabkan itu saya ambil peluang untuk bertemu dengan Irma Hasmie
untuk mendapatkan nasihat dia.
“Ketika buat keputusan tersebut saya terus berjumpa David Teo untuk
meminta pendapat dia tentang lakonan dan kerjaya saya selepas ini,
“Biarpun dia tidak menjanjikan apa-apa, namun saya yakin rezeki adalah
ketentuan Allah,”
“Irma juga membawa saya berjumpa dengan Wardina Saffiyah untuk mendapatkan tunjuk ajar dan sokongan mereka,”
Alhamdulillah... (IH/FB)