Wednesday, May 23, 2012

6 Thn Berzina, Mengandung Anak Zina Ke4

CERITA...Noni menceritakan pengalamannya kepada Muhd Khairul, semalam.
CERITA...Noni menceritakan pengalamannya kepada Muhd Khairul, semalam. 
KL: “Tak pernah saya lihat ibu menangis seperti itu hanya kerana mempunyai anak tak berguna seperti saya. Saya berasa diri ini begitu bodoh kerana mengikut kata teman lelaki yang mahu berseronok.

“Bukan saja perlu menjaga anak-anak seorang diri, saya terpaksa menanggung kehidupannya (teman lelaki) kerana dia tidak mempunyai pekerjaan tetap dan hanya menghabiskan masa dengan tidur di rumah,” kata Noni, 26 yang kini hamil anak keempat hasil hubungan luar nikah dengan teman lelakinya.

“Sejak dua bulan lalu saya tidak lena tidur memikirkan dosa-dosa saya yang terlanjur dengan teman lelaki sehingga melahirkan tiga anak. Saya sedar semua ini salah, tetapi saya harap diberikan peluang kedua.

“Disebabkan kesempitan hidup, saya menyerahkan mereka kepada keluarga angkat kerana tidak mampu menyara kehidupan mereka tambahan pula hidup sendiri pun tidak terurus,” katanya yang menyerahkan tiga anaknya kepada keluarga angkat termasuk yang dikandung kepada sebuah pertubuhan hasil hubungan terlarang sejak enam tahun lalu.

Noni ditemui ketika membuat aduan kepada Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Malaysia (Perbak), Muhd Khairul Hafiz Abdullah di sini, semalam. (myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim
  • Bukti keadilan sosial dalam negara ini terabai.
  • Pengajaran Islam tidak sampai secara menyeluruh kepada rakyat negara ini.
  • Kerajaan perlu peka, kena ambil tahu bukan menunggu pengaduan

Celaru Jantina: Undang Unt. Bapok & Tomboi Di Pahang


Hukuman untuk orang Islam amal gaya 'celaru jantina' di Pahang
GOLONGAN yang mengamalkan gaya kecelaruan jantina yang beragama Islam, akan berdepan tindakan tegas di negeri ini, apabila Dewan Undangan Negeri Pahang meluluskan Rang Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah (Pindaan) 2012.

Pindaan rang-rang undang itu dipersetujui sebulat suara selepas dibahaskan Pengerusi Jawatankuasa Dakwah dan Badan Bukan Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Shafri Abdul Aziz. Dalam perbahasannya, beliau mengupas permasalahan dalam masyarakat masa kini iaitu lelaki yang gemar menyerupai dan berkelakuan seperti perempuan dan perempuan yang berkelakuan seperti lelaki.

Mohd Shafri berkata itu sama sekali salah dan dilarang agama Islam. Kesalahan itu, katanya, terkandung dalam peruntukan Bahagian IV rang undang-undang itu iaitu kesalahan berhubung dengan kesusilaan.

"Bagi kedua-dua kesalahan iaitu mana-mana lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak perempuan di tempat awam atas tujuan yang tidak berakhlak dan perempuan yang memakai pakaian lelaki dan berlagak seperti lelaki di tempat dan tujuan sama, mereka boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya," katanya.

Selain itu, katanya, pindaan berkenaan dilakukan bagi menjelaskan kesamaran pada seksyen-seksyen tertentu undang-undang itu supaya lebih jelas serta mengikut keperluan semasa terhadap penguatkuasaan.

Perbahasan rang-rang undang itu disokong Shukri Ahmad Ismail (BN-Pulau Tawar) dan disahkan oleh Yang Dipertua DUN, Datuk Seri Wan Mohamad Razali Wan Mahussin.

Terdahulu, Chong Siew Onn (DAP-Tras), meminta pengecualian daripada membuat keputusan kerana ia membabitkan umat dan agama Islam manakala Tuan Syed Mohamed Syed Lonnik (PAS-Beserah) meminta penambahbaikan pada persiapan persediaan untuk memastikan pindaan itu lancar. - Bernama

Bagaimana 4 Artis Ini Mula Bertudung



HALAMAN HIBURAN

1. Catriona Ross..

~Semuanya bermula apabila dia menemani sahabat karibnya ke sebuah butik tudung di KLCC pada 14 Julai lalu.

Tergerak hatinya mencuba satu tudung dan ketika melihat wajah di cermin, tiba-tiba terbit satu perasaan pelik hingga bergenang air mata. Sepantas kilat ditanggalkan tudung itu.

Dia yang dihenyak perasaan pilu, hiba dan syahdu kemudian berpusing ke arah temannya seraya spontan meluahkan hasrat mahu memakai tudung. Luahan itu bagaimanapun mengundang tawa sahabatnya kerana menyangka dia bergurau.

"Ketika memandu pulang ke rumah, saya menangis. Sukar untuk jelaskan perasaan saya ketika itu. Sebak, syahdu, hiba, semuanya bercampur-baur. Saya sedar perasaan pelik yang muncul tiba-tiba itu adalah hidayah dari Allah.

"Sepanjang perjalanan, saya tak henti-henti mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi. Terharu dan rasa istimewa apabila Allah buka pintu hati saya. Memang sebelum itu pernah terfikir untuk menutup aurat tetapi teragak-agak untuk melaksanakannya.

"Esoknya di rumah, saya gelisah dan rasa serba tak kena. Asyik terfikir untuk memakai tudung dan malamnya saya tidak boleh tidur. Kebetulan pula suami tiada di rumah kerana bertugas di luar Kuala Lumpur, jadi tiada tempat untuk saya mengadu," katanya sambil menghela nafas panjang.

Pagi Jumaat (16 Julai lalu), berjam-jam pelakon yang popular menerusi drama rantaian Sephia ini menyelongkar almari mencari hijab namun kecewa apabila yang ada hanya selendang.

Dia kemudian menghubungi teman karibnya untuk meminjam tudung. Terkejut dengan permintaan itu, temannya mengajak Cat ke butik untuk belikan beberapa helai tudung. Selesai membuat pembayaran, hijab yang dihadiahkan temannya itu terus disarungkan di kepala.

"Sejak itu saya terus bertudung. Tekad saya, sekali bertudung Insya-Allah saya akan kekal begitu hingga ke akhir hayat. Itu prinsip yang saya pegang sejak kecil.
"Apabila pulang ke rumah, suami menyambut saya di muka pintu dan dia terkejut dengan perubahan itu. Dia bertanya adakah saya benar-benar serius. Selepas berkongsi apa yang saya alami dalam tempoh 48 jam itu, dia ternyata gembira dengan keputusan saya.

"Banyak nikmat yang Allah beri kepada hamba-Nya dan apa yang saya mohon selama ini dalam doa dimakbulkan. Masih segar dalam ingatan, selepas terbabit dalam nahas jalan raya, saya tidak putus-putus berdoa supaya boleh berjalan semula dan doa itu Allah perkenankan.

"Kemudian, ada suara sumbang bercakap saya tak boleh hamil kerana mengalami kecederaan teruk dalam kemalangan itu tetapi Allah makbulkan doa saya. Alhamdulillah saya bunting pelamin. Jadi, nikmat Tuhan yang mana lagi nak saya dustakan?

"Saya nekad bertudung kerana tidak mahu terus menerus buta hati. Jiwa saya bagai disiat-siat ketika mendapat hidayah dalam butik itu. Jauh di sudut hati, saya dapat rasakan itu adalah seru daripada Allah.
"Syukur, saat mula-mula pakai hijab hingga sekarang, hati saya tenang dan damai. Ada rasa bahagia yang tidak boleh dizahirkan dengan kata-kata. Ketenangan itu cuma Allah, saya dan teman sehijrah yang faham," kata anak jati Kota Bharu Kelantan ini yang menahan air mata daripada mengalir.

2. Irma Hasmie..

~“Alhamdulillah, sudah sampai masa untuk saya bertudung, sukar nak jelaskan mengapa saya ambil keputusan secepat ini, tetapi ini semua kerja Tuhan, dan bila sudah sampai seru-Nya, saya hanya menerima.

“Kalau boleh, saya tidak mahu cerita saya bertudung terlalu diberi perhatian sebab takut disalahertikan niat sebenarnya, walaubagaimanapun saya yakin lambat laun semua orang akan mengetahui juga.

“Saya bersyukur dan gembira dengan kehidupan saya sekarang, saya lebih tenang dan lebih banyak belajar. Tiada siapa yang memaksa saya tampil begini, semuanya berlaku secara natural. Alhamdulillah, setelah dua minggu pulang ke Malaysia, ramai yang menerima baik niat saya ini,” jelas Irma akui hidupnya kini lebih tenang dan bahagia Irma. Irma akui hidupnya kini lebih tenang dan bahagia

Berdoa di Mekah
Mengerjakan umrah bersama ibu dan adiknya, jelas Irma, dia mengambil kesempatan itu untuk berdoa sebanyak yang mungkin.

“Satu perkataan yang dapat saya gambarkan tentang Mekah adalah Subhanallah. Saya sangat bersyukur diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke tanah suci ini.

“Memang seronok berada di sana, saya dapat lihat sendiri betapa hebat dan ajaibnya ciptaan Tuhan. Saya memang tidak mahu melepaskan peluang untuk berdoa, macam-macam doa saya minta.

“Slma 29 tahun saya hidup dibumi ini, saya mohon diampunkan segala dosa yang pernah dilakukan, diberi rezeki dan jodoh yang baik,” jelas Irma yang turut memohon ditenangkan hati setiap masa.

3. Abby Abadi...

~“Takut juga kalau terjadi senario sekejap pakai dan sekejap buka tudung. Tetapi alhamdulillah, dua hari sebelum kembali ke Kuala Lumpur, di depan Kaabah, saya nekad untuk bertudung sekali gus berdoa semoga Tuhan tetapkan iman saya untuk kekal begini buat selama-lamanya. Segala-galanya dipermudahkan.

“Saya juga berharap perubahan ini tidak akan menjadi masalah atau beban kepada orang sekeliling.Apatah lagi hal bertudung ini sering diperkotak-katikkan, terutama apabila ia membabitkan individu yang memilih kerjaya seni untuk mencari rezeki,” katanya sambil memberitahu, sekalipun sudah bertudung, kerjaya seni tetap berjalan seperti sedia kala.

Mengenai kesempatan indah menunaikan umrah buat kali pertama itu, ibu kepada Mohamed Danish Hakim, 9, Marissa Dania Hakim, 7, dan Maria Danisha Hakim, 4, ini bersyukur kerana kembara dan ibadatnya di sana berjalan lancar. Bahkan secara tidak langsung, Abby ke sana seperti membawa hatinya yang lara.
Kata Abby, jika diikutkan, sebelum ini dia memang memasang azam untuk ke Tanah Suci, tetapi mungkin serunya belum tiba ketika itu.Ada saja halangan yang tiba, termasuklah visa yang dimohon tidak dapat diluluskan

.“Namun syukurlah, kali pertama menjadi tetamuNya, kesihatan saya di sana senantiasa baik. Saya juga sempat menunaikan umrah sebanyak tiga kali, mencium batu Hajarul Aswad dua kali, dapat menyentuh Kaabah, memasuki Raudhah dan banyak lagi. Perasaan berada di sana juga tidak dapat digambarkan dengan kata-kata dan saya teruja akhirnya digerakkan juga ke Tanah Suci Makkah selain Madinah
.
“Saya juga tak terkilan sekalipun sebelum ke sana, tawaran berlakon datang mencanak.Hampir lima ke enam tawaran berlakon saya terima, tetapi terpaksa saya tolak secara baik kerana pihak produksi tidak dapat menunggu. Tetapi saya tak ralat dan percaya rezeki tetap ada, insya-Allah.

4. Diana Amir...

~“Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat.

“Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini,”

“Saya tak tahu kenapa perkara itu berlaku kepada saya, mungkin Allah ingin memberi petunjuk dan saya menceritakan semuanya kepada seorang rakan. “Namun selepas itu rakan saya yang berhijrah lebih awal daripada saya,”

“Saya tahu saya masih lemah terutamanya mengenai hal-hal agama, disebabkan itu saya ambil peluang untuk bertemu dengan Irma Hasmie untuk mendapatkan nasihat dia.

“Ketika buat keputusan tersebut saya terus berjumpa David Teo untuk meminta pendapat dia tentang lakonan dan kerjaya saya selepas ini, “Biarpun dia tidak menjanjikan apa-apa, namun saya yakin rezeki adalah ketentuan Allah,”

“Irma juga membawa saya berjumpa dengan Wardina Saffiyah untuk mendapatkan tunjuk ajar dan sokongan mereka,”

Alhamdulillah... (IH/FB)

Serbu 11 Pusat Judi Haram Internet, Ada Judi Halal?

KOPAK...anggota polis memecah pintu masuk sebuah pusat judi yang berkunci dalam operasi, semalam.

KOPAK...anggota polis memecah pintu masuk sebuah pusat judi yang berkunci dalam operasi, semalam.

BRICKFIELDS: Makanan dan minuman percuma sebagi umpan. Itu antara tarikan terbaru di lebih lima pusat judi haram yang diserbu pihak berkuasa dalam operasi ke atas 11 premis perjudian Internet di Jalan Sri Sentosa 8A, Taman Sri Sentosa, di sini, semalam.

Dalam serbuan dijalankan Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jam 4.30 petang itu, lima premis dipecahkan berikutan dikunci.

Pegawai Turus D7 IPK Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Azman Mohd Isa berkata, polis bagaimanapun menahan dua lelaki tempatan berusia 40-an yang menjadi penjaga premis selepas pengunjung serta pemilik premis lain menyedari kehadiran pihak berkuasa. Katanya, pusat perjudian terbabit beroperasi lebih dua bulan dan pernah diserbu sebelum bertukar pengurusan dan mula beroperasi semula.

“Kami menyita 240 komputer yang digunakan untuk menjalankan aktiviti perjudian haram manakala tiada rampasan wang tunai berikutan pengusaha mengosongkan premis.

“Polis akan mengesan pemilik premis yang diserbu berikutan tidak mempunyai lesen serta menjalankan perjudian haram,” katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau ada lesen, ada judi hlal? (IH)

Lagi, Bekas Timbalan Residen Miri Sertai PAS


















MIRI 22 Mei 12: Sekarang ini adalah musim untuk golongan professional, selebriti, dan juga bekas pengawai kerajaan menyertai PAS.

Kalau di Perak bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari dengan rasminya menyertai PAS dan di Miri Sarawak pula seorang bekas pegawai kerajaan merangkap bekas Timbalan Residen Miri juga telah menyertai PAS baru-baru ini.

Sempena  lawatan Pimpinan Tertinggi PAS Pusat ke Sarawak, bekas Timbalan Residen Miri, Haji Johari Bujang telah menyerahkan borang keahlian kepada Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pada Majlis Hi-Tea di rumahnya di Luak baru-baru ini.

Beliau semasa Pilihanraya DUN Sarawak yang lepas bertanding di DUN Lambir atas tiket SNAP namun beliau tidak menjadi ahli SNAP.

Dalam ucapannya, Johari Bujang menyebut bahawa sebelum ini beliau tidak pernah menyertai mana-mana parti politik walaupun sebelum ini pernah bertanding di DUN Lambir dalam Pilihanraya DUN Sarawak tahun lepas atas tiket Parti SNAP.

Menurutnya lagi, beliau membuat keputusan untuk menjadi ahli PAS setelah sedar dan yakin akan prinsip perjuangan PAS serta begitu tertarik dengan kseungguhan PAS khususnya PAS Kawasan Miri dalam usaha membawa perubahan serta pembelaan kepada nasib rakyat.

Beliau ingin bersama-sama berada di dalam PAS bagi menyumbang secara langsung kepada perjuangan rakyat.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Sarawak, Jofri Jaraiee, Ketua Penerangan PAS Sarawak M Azwani, Ketua Pemuda PAS Sarawak M Arifiriazul Paijo dan setiausaha Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Miri, Yeo Kian Leong.

Acara sederhana tersebut menunjukkan yang PAS telah diterima oleh semua golongan masyarakat.

Pada sebelah malam, Datuk Mahfuz Omar bersama rombongan PAS Miri melawat rumah panjang Empading di Sg Bakas.

Penduduk di rumah panjang tersebut menyambut dengan baik dan memberi sambutan hangat kunjungan rombongan PAS pada malam itu.

PAS Miri memberi sedikit buah tangan sebagai tanda hormat atas kunjungan ke rumah panjang tersebut dan juga memberi penerangan tentang kunjungan serta matlamat perjuangan PAS bersama Pakatan Rakyat.

Dalam rumah panjang tersebut terdapat 2 orang OKU (Orang Kurang Upaya) salah seorang dari OKU tersebut, Idai ak Entebang mengadu kepada PAS bahawa beliau tidak menerima BR1M, E-Kasih dan juga bantuan dari kebajikan masyarakat.
"Kita minta pihak yang berkenaan agar dapat membantu Idai ak Entebang tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik kerana beliau juga golongan yang kurang upaya yang sepatutnya dapat menerima sumbangan dari wang pembayar cukai.

"Kita ingin mengingatkan pihak yang diamanahkan untuk menjaga kebajikan masyarakat agar dapat menjalankan tugas mereka dengan adil untuk semua, jangan disebabkan mereka ini tidak sehaluan dengan fahaman kita maka kita meminggirkan mereka ini tanpa balas kasihan," kata Jofri Jaraiee. (Hrkh)

Mahkamah Perancis: Waran Tangkap Unt. Najib?

2
 










  



Apakah Najib dan Zahid boleh tersenyum lagi di mahkamah Perancis nanti

Saksi: Jika enggan Interpol boleh tangkap
KUCHING: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi akan disapina agar datang ke mahkamah Perancis untuk memberikan keterangan.

Peguam Suaram yang baru pulang dari Perancis Fadiah Nadwa Fikri berkata, pihaknya telah memaklumkan kepada mahkamah Perancis tentang saksi-saksi yang akan dipanggil itu. Turut disenaraikan sebagai saksi adalah bekas penasihat Najib, Abdul Razak Baginda dan isterinya Mazlinda.

Mahkamah Perancis sedang menyiasat dakwaan rasuah dalam pembelian dua kapal selam Scorpean yang dibuat oleh syarikat Perancis.

“Bila kami berjumpa dengan hakim pada 16 Mac lalu, kami telah serahkan senarai saksi yang perlu disapina agar datang ke mahkamah.

“Kami memberikan nama Najib Tun Razak, Zahid Hamidi and Razak Baginda,” kata Fadiah dengan mendapat tepukan gemuruh dari lebih 2,000 yang hadir dalam ceramahnya di Third Mile Bazaar, Kuching Ahad lepas lapor Free Malaysia Today.

Apabila kesnya difailkan di Perancis, Zahid berkata, beliau akan memberikan kerjasama penuh.

Namun, baru-baru ini selepas namanya disebutkan sebagai saksi, Zahid berkata beliau keberatan untuk pergi ke sana kerana tidak ada dana yang cukup untuknya.

"Siapa akan membayar kos penerbangan dan hotel saya di Perancis, " soal Zahid.

Fadiah (gambar) dalam ceramahnya berkata, rakyat Malaysia sedia membayar kos penerbangan dan hotel Zahid di Perancis asalkan beliau sedia memberikan keterangan.

Menurut beliau, jika mereka enggan datang menjadi saksi selepas sapina dikeluarkan, mahkamah akan mengeluarkan notis sekali lagi.

Jika gagal hadir juga, mahkamah akan mengeluarkan waran tangkap untuk memaksa mereka hadir.

"Dan jika mereka gagal lagi, Interpol (International Police) boleh mengeluarkan amaran dan boleh ditangkap dan dibawa ke mahkamah Perancis," katanya.

Sementara itu, rakyat Malaysia mula memberikan respon ke atas laporan ini dengan berkata mereka sedia menyumbang untuk membolehkan mereka berdua (Najib dan Zahid) menjadi saksi.

"Saya akan menyumbangkan RM1.00 dari wang yang saya cari dengan susah payah untuk menampung kos mereka. Jika tak cukup, saya boleh tambah RM1.0 lagi," kata Cheong Seng Keong. (Hrkh)

Siasat Gambar Ini, DJ Radio Bogel Semasa On Air..


PIHAK berwajib, sila siasat berita ini, betulkah atau tidak, supaya jangan memalukan negara kita, yang dikenal sebagai negara Islam atau negara umat Islam. Lihat gambar-gambar dan berita di bawah ini.. Diangkat dari sebuah blog bahasa Malaysia, semalam..

Gambar DJ Radio Dibogelkan Semasa On Air - Panas!! Panas!!

 (SX) Selalu kita mendengar kata kata double meaning di konti dan sudah semestinya anda tidak ketahui apakah yang sedang berlaku ketika penyampai radio berdua-duaan terutama pada lewat malam.

DJ Radio ini tidak dapat disahirkan adakah penyampai radio ini dari radio tempatan atau luar tempatan. Tetapi gadis didalam gambar ini ternyata telah berbogel didalam konti stesen radio. Motif sebenar wanita tersebut menanggalkan pakaiannya tidak diketahui, dan apakah motifnya.

Sekiranya anda perhatikan pada tagline pada cemin di belakang gadis tersebut ialah "Today's Best Music". Memang ada radio tempatan yang menggunakan tagline tersebut tapi bagaimanapun agak terlalu awal tuk mengesahkannya.

Jom layan gambar tersebut dan sahirkan adakah ini DJ Radio Stesen Tempatan

Dijamin semua akan terkejut dan mata anda pasti terkeluar dengan ganas!



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails