Monday, August 19, 2024

T'ganu martabatkan wanita, cuma si jahil buat X reti..

 

Peserta taekwando dari India ini tiba-tiba menjadi bualan warga maya. Alkisah, atlet Taekwondo ini bukan beragama Islam tetapi kelihatan berhijab ketika bertanding

Zarani Othman

1. Isu wanita Terengganu: DMPNT jawab artikel Malaysiakini

KUALA TERENGGANU: “Wanita Terengganu tidak memilih,tetapi patuh dan komited kepada ajaran agama Islam.”

Itu respons Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (DMPNT) terhadap  artikel yang ditulis oleh Puan Mariam dari Green Bean Army dan Perak Liberation Organisation, yang diterbitkan portal  Malaysiakini  baru-baru ini.

Dalam tulisan artikel berkenaan, antaranya ia  mendakwa bahawa penggunaan agama telah digunakan untuk mengawal kaum wanita dalam sukan serta pelbagai aspek kehidupan di negeri itu. 

Sehubungan itu Ketua DMPNT, To’ Puan Zarani Othman berkata, Terengganu merupakan negeri terawal yang menerima serta mengamalkan Islam di Malaysia. 

Menurutnya, Islam telah membawa ajaran serta cara hidup yang meliputi aspek kehidupan manusia dari sekecil-kecil perkara seperti makan, minum, ke tandas hinggalah kepada sebesar-besar perkara seperti kenegaraan dan pemerintahan.

“Kami sebagai orang Muslim yang beriman tidak memilih. 

“Kami patuh kepada Allah SWT kerana Allah telah memberikan pilihan yang terbaik; dan sebagai wanita Muslim, kami Wanita Terengganu tidak memilih, tetapi kami komited untuk mengamalkan Islam dalam semua aspek kehidupan kami,” katanya menerusi kenyataan media di Facebook Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu. 

Beliau berkata, tanggungjawab melindungi dan mengangkat maruah wanita telah bermula semasa kedatangan Islam melalui Nabi Muhammad SAW kerana pada zaman jahiliah, wanita dipandang rendah serta menjadi objek pemuas nafsu semata-mata. 

Dengan kedatangan Islam, kaum wanita diberi hak dan ruang untuk sama-sama terlibat dan menyumbang selagi mana pekerjaan yang dilakukan mengikut syarak dan menjaga adab muslimah.

(Sila lihat lanjutannya 'Isu wanita Terengganu: DMPNT jawab artikel Malaysiakini' – HARAKAHDAILY 19/8/2024)


2. Paris 2024: Perancis dikutuk gara-gara larang atlet wanita berhijab. Malaysiakini tahu apa? 

Kumpulan hak asasi manusia menyelar Perancis 'hipokrasi diskriminasi' kerana enggan membenarkan atletnya memakai hijab semasa penyertaan mereka dalam Sukan Olimpik Paris hujung bulan ini.
Amnesty International, bersama sepuluh organisasi lain, berkata larangan itu menghalang atlet 'daripada menggunakan hak asasi mereka untuk bersukan tanpa sebarang bentuk diskriminasi'.
Amnesty sebelum ini memohon kepada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), bersama sepuluh kumpulan lain, meminta badan induk itu campur tangan untuk membatalkan larangan berkenaan.
IOC kemudian memberikan maklum balas bahawa membatalkan dasar itu adalah di luar bidang kuasa mereka, menjelaskan bahawa 'kebebasan beragama ditafsirkan dengan pelbagai cara oleh negara yang berbeza'.IOC, yang menyelia Sukan Olimpik, sebelum ini menyatakan bahawa atlet boleh memakai hijab di Perkampungan Sukan Olimpik.
"Untuk Perkampungan Sukan Olimpik, peraturan IOC terpakai. Tiada sekatan untuk memakai hijab atau pakaian agama atau budaya lain," kata badan induk itu.
Menteri Sukan Perancis, Amelie Oudea-Castera, berkata atas prinsip sekularisme bermakna ia tidak akan dibenarkan.
"Apa maksudnya? Ini bermakna larangan ke atas sebarang jenis dakwah," katanya kepada TV Perancis.
"Ia neutraliti mutlak dalam perkhidmatan awam dan pasukan Perancis tidak akan memakai hijab."
Terdapat jenis hijab khas yang dipakai oleh atlet semasa pertandingan sukan.
Perancis telah mendapat kritikan yang ketara, baik di dalam Perancis mahupun daripada kumpulan hak asasi antarabangsa.
"Mengharamkan atlet Perancis daripada bertanding dengan hijab sukan dalam Sukan Olimpik dan Paralimpik menjadikan dakwaan bahawa Paris 2024 adalah Sukan Olimpik dengan kesamarataan jantina yang pertama sebagai satu ejekan dan mendedahkan akses diskriminasi jantina dan perkauman kepada sukan di Perancis," kata Anna Blus, seorang Penyelidik Hak Wanita Antarabangsa di Eropah.
Perancis adalah satu-satunya negara di Eropah yang menghalang wanita memakai hijab daripada menyertai kebanyakan pertandingan sukan domestik. Kumpulan hak asasi telah mengatakan bahawa dasar itu melanggar bukan sahaja garis panduan IOC sendiri, tetapi juga kewajiban dalam perjanjian antarabangsa yang perlu dipatuhi oleh Perancis.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, pernah berlaku di Malaysia. Atlet taekwondo India bukan Islam, minta pakai hijab semasa kejohanan. 
Dia memakai tudung ketika membuat persembahan Poomsae pada Kejohanan Taekwondo Antarabangsa Terbuka Malaysia Ke-5 Gewinn Unimap. Pomsae sendiri adalah siri serangan asas dalam Taekwondo. 
Kejohanan itu yang berlangsung pada 2-4 September 2022 lalu, betempat di Universiti Malaysia Perlis (Unimap), yang turut disertai 15 negara termasuk India, Nepal, Brazil, Jepun, Singapura, Thailand.  
Penonton yang menyaksikan aksi atlet yang berasal dari India itu turut menitiskan air mata kerana aksinya berhijab mendapat restu kedua ibu bapa. 
Wanita berusia 36 tahun itu berkata, suaminya ditanya oleh salah seorang pemandu dari India, Data Nadeson. Data mengatakan ada atlet India yang ingin memakai tudung agar ia menjadi kenangan terindah buat mereka.
Di bawah ini gambar mereka. Dan gambar yang di atas sekali.

Sekian.

Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..

Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu.

...



PRK N.43 Nenggiri: BN menang, tapi di tunggang DAP?

 

Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong menyaksikan detik bersejarah Projek Rapid Transit System Link (RTS Link) secara simboliknya "disambungkan" antara Malaysia dan Singapura. - Gambar fail Bernama

1. Isu air di Kelantan disuarakan kepada PMX

KOTA BHARU: Kerajaan negeri menyuarakan hasrat kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX) bagi menyelesaikan masalah air yang menjadi rungutan dan keluhan rakyat di negeri itu sejak sekian lama.

Penyelesaian isu tersebut menjadi agenda paling penting bagi Dato’ Panglima Perang Mohd Nassuruddin Daud yang dilantik sebagai Menteri Besar selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Ogos tahun lalu.

Beliau berkata, sebagai sebuah kerajaan yang mengutamakan kebajikan rakyat, kerjasama antara negeri dan persekutuan perlu diselaraskan untuk menyelesaikan masalah air tanpa mengira fahaman parti politik.

“Hasrat ini telah saya suarakan kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim supaya rakyat Kelantan turut mendapat perhatian sewajarnya dari kerajaan persekutuan sekarang bagi mengatasi masalah air di Kelantan.

“Inilah antara fokus utama di awal pentadbiran saya adalah untuk menyelesaikan masalah ini, ini diharapkan dapat mengetuk hati Putrajaya demi kepentingan rakyat,” katanya dalam status di Facebook beliau, pada Selasa.

Sehubungan itu, beliau juga telah menghadiri mesyuarat Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri bersama Perdana Menteri di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya ditemani Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Kaya Setia Nazran Muhammad.

Mohd Nassuruddin yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dalam pada itu, berharap kerajaan negeri dan persekutuan dapat mengembalikan semangat federalisma sebenar yang menjadi asas dalam pembentukan negara Malaysia hari ini.

Beliau berkata, penghayatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera menjadi keutamaan bagi membawa hasrat kerajaan negeri supaya diambil perhatian sewajarnya oleh kerajaan persekutuan demi kepentingan rakyat.

Sementara, menerusi laman sosialnya pada Rabu, Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkongsi beberapa gambar mempengerusikan mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang ke-142 di Pejabat Perdana Putrajaya, hari ini. – HARAKAHDAILY  21/2/2024

2. Mengapa dengan berita ini? Hamas beri signal keras, sedangkan PMX masih tunduk. 

Rakyat bantah penjualan saham MAHB kepada GIP milik BlackRock.

KESYAHIDAN pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh pada 31 Julai lalu mendapat perhatian dunia. Rata-rata masyarakat dan pihak berkuasa dunia menzahirkan kesedihan serta marah dengan penjajah rejim Zionis Israel. Pemimpin tertinggi Revolusi Islam Iran telah memimpin solat jenazah dengan disertai puluhan ribu rakyat di Tehran. Manakala di Qatar, jenazah dikebumikan di Lusail, […] Lihat August 18, 2024 -Harakahdaily 

Perlu sikit perhatian:

Mengapa kerajaan Malaysia  meneruskan hasrat untuk menjual saham MAHB (Malaysia Airports Holdings Berhad) kepada GIP (Global Infrastructure Partner) yang dikuasai syarikat pro-Israel, BlackRock Inc. (BlackRock)? Sedangkan umum pun tahu siapa BlackRock dan apa peranan mereka dalam konflik di Semenanjung Gaza. 

Kerajaan juga dilaporkan melatih tentera maritim antarabangsa Rim of the Pacific (Rimpac) 2024 yang turut disertai tentera Israel. Sedangkan Mahkamah antarabangsa dah keluarkan waran tangkap ke atas (Perdana Menteri Israel) Benjamin Netanyahu dan mengiktiraf serangan Israel di Gaza adalah genosid. 

Sedangkan sebenarnya PM M'sia masih sempat arahkan Khazanah (Berhad) hentikan cadangan jualan saham MAHB dan memanggil semula KD Lekiu yang dalam perjalanan ke Hawaii (bagi sertai Rimpac).


Komen Weblog Ibnu Hasyim: PRK N.43 Nenggiri, BN menang, tetapi parti itu sedang menuju ke arah di tunggang DAP. Secara ringkas disebutkan, dalam BN dan kumpulan parti-partinya, yang di dalamnya ada DAP dan PMX Anwar Ibrahim. Merekalah yang memerintah Malaysia sekarang. 

Tetapi keputusan-keputusan yang diambil oleh PMX lebih berpihak kepada kaum Cina, samada Cina di Malaysia atau Cina pelabur dari luar. Boleh diperpanjangkan perbincangan ini. Sebenarnya DAP (Malaysia) lahir dari PAP (Singapura) yang mula cuba menguasai Malaysia, sekarang.

Apakah tidak mustahil puak-puak ini pula ditunggang penjajah Israel/AS? Insya Allah tulisan ini akan bersambung.

Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..

Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu.

...

Sunday, August 18, 2024

PRK N.43 DUN Nenggiri : Muhasabah PN

 


1. Guna jentera k’jaan sewenangnya jamin kemenangan BN

KUALA LUMPUR: Terdapat penggunaan segala bentuk jentera kerajaan yang berlaku secara sewenang-wenangnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) N.43 DUN Nenggiri yang memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN).

Ketua Armada BERSATU Malaysia, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, keputusan tersebut tidak dinafikan merupakan sesuatu yang mengecewakan Perikatan Nasional (PN).

“Apabila dilihat betul-betul dalam PRK Nenggiri, kerajaan jelas menggunakan segala jenteranya dan sudah tentu memudahkan BN untuk memperoleh kemenangan.

“Namun begitu, kita perlu berlapang dada dengan menghormati keputusan PRK ini,” katanya yang juga Ahli Parlimen Machang ketika dihubungi HarakahDaily hari ini.

Menurut beliau, PN telah benar-benar menunjukkan satu usaha dan semangat yang luar biasa dan ia merupakan sesuatu yang perlu dibanggakan walaupun tidak memperoleh kemenangan yang diinginkan.

“Lagipun, adalah tidak mudah untuk berhadapan dengan pihak lawan lebih-lebih lagi apabila segala jentera kerajaan itu sendiri telah digunakan bagi memastikan kemenangan mereka dapat dicapai.

“Tetapi sekurang-kurangnya PN menunjukkan usaha yang benar-benar tanpa henti untuk melakukan yang terbaik dalam PRK ini. Namun begitu, kita tetap menghormati pihak lawan apabila setiap kali pilihan raya dilakukan dalam negara ini,” jelasnya.

BN memperoleh majoriti besar iaitu 3,372 undi sekali gus membolehkan parti itu merampas kembali DUN Nenggiri yang sebelum ini di bawah BERSATU dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lalu.

PRK DUN Nenggiri membabitkan seramai 20,259 pengundi berdaftar menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN dan calon Perikatan Nasional (PN).

PRK itu diadakan berikutan kekosongan kerusi yang diumumkan Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun lepas, selepas bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh BERSATU pada 13 Jun lalu.

Sehubungan itu, Fayhsal mengucapkan tahniah kepada BN kerana berjaya merampas kembali Nenggiri daripada PN pada kali ini.

Kata beliau lagi, keputusan tersebut perlu diterima secara berlapang dada yang mana sudah tentu banyak pengajaran dapat diperoleh PN dalam PRK ini.

“Bagi saya, PN perlu bermuhasabah juga apabila berlakunya perkara sebegini kerana banyak perkara yang perlu dibaiki.

“Apapun kita perlu semak semula dan berusaha meningkatkan lagi usaha dengan lebih baik sekiranya berlaku mana-mana pilihan raya yang akan datang,” katanya. – HARAKAHDAILY 17/8/2024

2. Lapang dada, X dendam, Al-hamdulillah. 

GUA MUSANG: Kerajaan Kelantan menerima keputusan Pilihan Raya Kecil N.43 DUN Nenggiri dengan lapang dada dan menghormati pilihan yang telah dibuat pengundi.

Menteri Besar, Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud berkata, walaupun Perikatan Nasional (PN) tidak berjaya dalam PRK tersebut, namun kerajaan negeri komited dengan agenda berkebajikan dan tetap akan menyantuni dan menjaga kepentingan penduduk Nenggiri.

Katanya usaha itu melalui program dan skim yang dilaksanakan di bawah Kerajaan Negeri. 

(Lanjut lihat 'Penduduk Nenggiri tetap diberi keutamaan kerajaan negeri' HARAKAHDAILY 17/8/2024)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, semuanya berjalan lancar. 

Walaupun semasa kempen ada laporan polis dibuat oleh Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, Hanifulfuad Hussin terhadap Wan Mahussin Wan Zain di Balai Polis Gua Musang, yang disiarkan pada: Ogos 16, 2024 @ 9:34pm

Ketua Pemuda Pas Kelantan, Mohd Kamal Mohamed berkata, video ucapan Mohd Nassuruddin sudah disunting daripada video asal, didakwa dengan niat untuk memburukkan kerajaan negeri.

"Kita dapati Wan Mahussin memuat naik satu video berkaitan pembalakan dengan menggunakan suara latar Menteri Besar yang sudah disunting.

"Ucapan Menteri Besar yang sebenarnya adalah kerajaan negeri tidak pernah menebang hutan melebihi kuota yang ditetapkan Majlis Perhutanan Negara.

"Bagaimanapun ia disunting menjadi kerajaan negeri pernah menebang hutan melebihi kuota yang ditetapkan Majlis Perhutanan Negara," katanya ketika ditemui. 

Justeru, beliau meminta pihak polis mengambil tindakan terhadap individu terbabit berhubung fitnah berkenaan.

"Kita yakin tindakannya itu untuk menjatuhkan PAS di akhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri," katanya. 

MOHD Kamal bersama Pemuda Pas menunjukkan laporan polis terhadap individu yang didakwa menyunting dan memuat naik klip video ucapan Menteri Besar Kelantan dengan niat untuk memburukkan kerajaan negeri. FOTONikAbdullah Nik Omar.

Soalnya, apakah kempen-kempen kotor seperti ini boleh mempengaruhi pengundi?

Wallahu 'aklam.


Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..

Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu.

...

Saturday, August 17, 2024

Didik Solat Tahajud ke arah pemicu sukan -PAS

 

1. Tahajud beri kekuatan atlet wushu T’ganu rangkul emas

PETRAJAYA: Tanpa berselindung, pemenang pingat emas pertama Terengganu bagi acara wushu sanda (70kg) mendedahkan solat tahajud adalah sumber kekuatan dirinya meraih kejayaan.

Ekbal Dave Sandhu Aslam Dave mengakui pada awal pertarungan dia agak gugup, namun memikirkan sokongan rakan-rakan, atlet Terengganu itu tetap meneruskan saingan.

“Saya berdebar sangat hari ini, memang rasa tak boleh menang hari ini tapi demi kawan-kawan, demi keluarga yang datang saya kembali bersemangat.

“Di samping itu, antara kekuatan saya, saya cuba amalkan solat tahajud, jangan lewatkan solat dan bismillah setiap kali buat sesuatu,” katanya kepada UPDI.

Lebih manis katanya, kemenangan itu dilakar di hadapan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang hadir menyaksikan sukan terbabit.

Selain satu emas, Terengganu juga cemerlang merangkul empat lagi gangsa dalam sukan wushu hari ini. – TRDI.my

2. Sukan dalam Islam.

KETIKA sesi dialog dalam satu majlis, ada soalan mengenai bagaimana polisi Islam dalam hal ehwal kesukanan? Kalau PAS diberi kuasa pemerintahan kelak, adakah sukan akan diharamkan?

Bagi menjawab persoalan ini, perlu diketahui  bahawa sukan juga sebenarnya adalah salah satu ibadah.

Selain ibadah khusus seperti solat, menunaikan haji, membaca Al-Quran dan lain-lain, sukan juga adalah ibadah yang termasuk dalam kategori ibadah umum.

Ya! Sukan adalah ibadah!

Maka, tiada apa-apa yang salah pada aktiviti sukan. Yang menentukan sukan itu dibolehkan atau tidak ialah bagaimana sukan itu dianjurkan dan dimainkan oleh pemain.

Untuk menjadikan aktiviti sukan itu menjadi satu ibadah, ada lima syarat yang perlu dipatuhi:

(Lanjut sila lihat 'Bagaimana polisi Islam dalam sukan?' – HARAKAHDAILY 6/9/2019 )


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, komen kali ini saya (Ibnu Hasyim) tertarik untuk imbas sedikit mengenai acara sukan Olimpik Paris 2024.

Ia berkait dengan kisah misteri 'kotak emas' Olimpik Paris 2024 yang kononnya telah terungkai, dibongkar oleh apabila seorang atlet kayak Australia, Jessica Fox.  Beliau adalah pemenang dua pingat emas dalam acara perseorangan kanu (C1) dan kayak (K1) berkongsi rahsi kotak berkenaan menerusi TikTok di akaun @jessfoxcanoe.

Biasanya, pemenang pingat Sukan Olimpik akan dapat bunga dan maskot, namun kali ini di Paris berbeza. Dapat poster yang unik dan maskot kecil. Cantik serta istimewa, katanya. 

Jessica memenangi dua pingat emas Olimpik buat Australia. - Foto Agensi/Sinar Harian

Apa misterinya? Peminat sukan dunia sebelum ini tertanya-tanya selain dikalungkan pingat ketika upacara penyampaian hadiah, pemenang turut menerima seunit kotak yang dianggarkan berukuran 40 sentimeter. 

Rupanya, maskot mini Paris 2024 itu dikenali sebagai Phryge yakni perkataan tahniah ditulis dalam bahasa Perancis di belakangnya. 

Juga melalui video berdurasi 39 saat, memaparkan lukisan buatan tangan termasuk imej cincin Olimpik, Menara Eiffel, lokasi bersejarah dan venue pertandingan termasuk Olimpik Stade de France.

Berdasarkan portal rasmi temasya, poster berkenaan dihasilkan ilustrator terkenal Perancis, Ugo Gattoni.  Idea dan simbolik di sebalik lakaran poster itu ialah mengenai visi, alam dan keindahan kota Paris sebagai tuan rumah Sukan Olimpik Paris 2024. Gattoni menghabiskan lebih 2,000 jam dalam tempoh enam bulan bagi melakar kerja seni istimewa tersebut. 
Jessica memenangi dua pingat emas Olimpik buat Australia. - Foto Agensi/Sinar Harian
Ada lagi, sumber-sumber yang boleh dipercayai menyebutkan banyak upaacara mistik ke arah memuja jin dan syaitan simbul sukan sesat dari fahaman berbagai agama yang bukan dari Islam. Orang Islam tadak layak menghadirinya. 
(Sila rujuk huraian dan analisis Dr Mat Rofa mengenai acara sukan Olimpik Paris 2024.)
Begitu banyaknya usaha memotivasikan acara sukan Olimpik Paris 2024 itu, sedangkan bagi orang Islam 'Tahajud' mampu memberi kekuatan atlet wushu T’ganu rangkul emas dalam sukan.
Insya Allah!

Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..

Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu.

...

Perkosa, bunuh, mogok hari ini.. & DAP buat hal.


Persatuan Perubatan India (IMA), pertubuhan doktor terbesar di negara itu bakal mengadakan mogok perkhidmatan bukan kecemasan di seluruh negara pada esok, Sabtu, 17 Ogos 2024. (FOTO: Daily Sun)

1. Doktor diperkosa, bunuh: Persatuan perubatan anjur mogok esok

Persatuan Perubatan India (IMA), pertubuhan doktor terbesar di negara itu bakal mengadakan mogok perkhidmatan bukan kecemasan di seluruh negara pada esok, Sabtu, 17 Ogos 2024. (FOTO: Daily Sun)

MUMBAIIndia: Kemarahan terhadap tragedi pemerkosaan dan pembunuhan kejam seorang doktor di timur India tidak menunjukkan tanda-tanda reda pada hari ini Jumaat (16 Ogos), ketika pertubuhan pasukan perubatan menggesa penutupan perkhidmatan hospital terbesar di situ. dan parti politik bersiap sedia untuk mengadakan protes.

Pada minggu lalu, seorang doktor pelatih berusia 31 tahun telah diperkosa dan dibunuh ketika berada di dalam sebuah kolej perubatan di bandar timur Kolkata, tempat di mana dia bekerja, yang kemudian mencetuskan bantahan di seluruh negara di kalangan doktor, lapor Al Arabiya News.

Insiden itu hampir sama dengan insiden pemerkosaan beramai-ramai dan pembunuhan seorang pelajar berusia 23 tahun ketika menaiki bas yang sedang bergerak di New Delhi pada 2012.

Sehubungan itu, kumpulan perubatan terbesar India, Persatuan Perubatan India (IMA) berkata, pihaknya akan melaksanakan penutupan seluruh negara bagi kebanyakan jabatan, kecuali perkhidmatan penting, selama 24 jam mulai pagi esok, Sabtu (17 Ogos), mogok terbesar dalam sekurang-kurangnya satu dekad.

“Doktor, terutama golonganwanita terdedah kepada keganasan kerana sifat profesion mereka.

“Ia adalah tanggungjawab pihak berkuasa bagi menyediakan keselamatan doktor di dalam hospital dan kampus,” kata IMA dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada laman X, lewat malam Khamis.

Sementara itu, golongan pelakon Bollywood, selebriti dan ahli politik di India juga telah menyuarakan rasa terkejut dengan jenayah itu, dan menggesa hukuman yang lebih tegas bagi pelaku jenayah terhadap wanita.

Doktor berkata, insiden perkosa dan bunuh  itu menunjukkan keadaan pasukan perubatan yang dibiarkan tanpa perlindungan dan kemudahan yang sewajarnya. -Agensi/– HARAKAHDAILY 16/8/2024


2. Lagi (bekas) DAP buat hal, julang musuh negara. 

Zurk Ahmad

KUALA LUMPUR: PAS Negeri Selangor merakamkan rasa dukacita, kecewa dan penentangan yang keras terhadap perkembangan semasa dalam isu pembatalan Perintah Larangan terhadap penerbitan komik kontroversi, Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama, tulisan bekas ahli DAP, Hew Kuan Yau atau Superman Hew.

Ketua Penerangannya, Zurk Ahmad berkata, sebagai negara yang berdaulat, merdeka dan mempunyai identiti serta prinsipnya, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) – Barisan Nasional (BN) seharusnya mengambil tindakan yang proaktif, kritis, dan tidak berkompromi dengan isu tersebut. 

(Lanjut sila rujuk 'Lagi (bekas) DAP buat hal, julang musuh negara'. – HARAKAHDAILY 14/8/2024)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ya, kita perlu memandang serius mengenai Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menarik balik pengharaman komik, Inisiatif Jalur & Jalan Meraih Manfaat Bersama. Kerana motif dan tujuan penerbitan komik tersebut masih menjadi tanda persoalan. 

Komik karikatur yang mengandungi doktrinisasi ideologi-ideologi yang mengancam kepada keharmonian negara Malaysia. Komik yang  mengangkat ideologi komunisme, liberalisme dan sosialisme, mampu mencemarkan generasi muda dengan maklumat-maklumat terpesong.

Contohya, komik tersebut ada menyatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara pluralisme dalam satu kenyataan, hari ini. Itulah faktor pemecah keharmonian kaum di samping menyalakan api Islamofobia, di negara ini dan seluruh dunia sebenarnya.

Juga di dalam komik tersebut dibawa watak orang Islam Uighur di Xinjiang China, yang digambarkan sebagai pengganas. (Mengenai hal ini sila lihat pengalaman Ibnu Hasyim semasa berada di Xinjiang.  ('Orang Cina, kembalilah kepada Islam..') 

Akhirnya, kita kembali kepada masalah KDN. Terdahulu, media tempatan melaporkan KDN telah membatalkan Perintah Larangan terhadap penerbitan berjudul ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’, yang sebelum ini diwartakan pada 2019. 

Perkara itu terkandung dalam Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 12 Ogos 2024, yang ditandatangani Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bertarikh 6 Ogos 2024.

Berdasarkan warta tersebut, pembatalan Perintah Larangan, membabitkan penerbitan komik itu dalam tiga bahasa, iaitu versi bahasa Melayu, bahasa Inggeris yang bertajuk ‘Belt and Road Initiative for Win-Winism’ dan bahasa Cina.

Iaitu, pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh Subseksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301), Menteri membatalkan Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan Hasil Penerbitan Tidak Diingini) (No. 3) 2019 (P.U. (A) 288/2019) yang disiarkan dalam warta pada 23 Oktober 2019 dengan melarang pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan yang dinyatakan dalam jadual.

Begitulah kira-kira. 

Itulah, pentingnya PAS, tetap perjuangkan kebenaran dan keadilan menurut Islam. Berjuang di dalam negara, luar negara, di dunia, hingga luar dunia, iaitu di Negara Akhirat yang kekal Abadi.

Bukan dibawah tempurung DAP dan PM saja.

Sekian.

Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..

Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu.

...

Friday, August 16, 2024

Hebatnya tadbiran PAS, dipilih antarabangsa.

Dr. Ir. Ts. Mohmad Asari Dau

1. Dipilih N/Presiden Persatuan Air Antarabangsa (IWA) di Toronta Kanada. Al-hamdulillah.

KANGAR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat Air Perlis (SAP), Dr. Ir. Ts. Mohmad Asari Daud, dipilih sebagai Naib Presiden Persatuan Air Antarabangsa (IWA) semasa Perhimpunan Agung persatuan tersebut di Toronto, Kanada baru-baru ini.

Pelantikan itu disambut baik oleh Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, yang mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Mohmad Asari atas pencapaian tersebut.

Menurut Mohd Shukri, pemilihan tersebut merupakan satu penghormatan besar dan pencapaian yang boleh dibanggakan, terutama dengan pemilihan Kuching, Sarawak sebagai tuan rumah Kongres dan Pameran Air Dunia pada tahun 2028.

Sebagai Presiden Persatuan Air Malaysia (MWA), Mohmad Asari telah memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah peningkatan air tidak terhasil (NRW) di Perlis, yang mencapai 62 peratus pada tahun lalu.

Dengan kerjasama antara Syarikat Air Perlis dan kerajaan negeri, peratusan NRW berjaya dikurangkan kepada 60.73 peratus sehingga Jun 2024, hasil tindakan agresif SAP melalui program ‘We Care’.

Naib Presiden MWA, Adam Saffian Ghazali, turut mengucapkan tahniah kepada Mohmad Asari atas pemilihan tersebut, yang disifatkan sebagai pencapaian luar biasa.

Mohmad Asari akan memegang jawatan Naib Presiden IWA sehingga Mesyuarat Agung IWA pada tahun 2026 di Glasgow, Scotland. – HARAKAHDAILY 16/8/2024


2. Ini saranan rakyat, ‘PRK ini kita pilih bulan, tinggal warna biru’ 

Mohd Rizwadi Ismail menyantuni Orang Asli di Pos Tohoi.

GUA MUSANG: Penduduk Orang Asli dari Pos Tohoi, Pos Pulat dan Kampung Kuala Wias akan terjejas apabila projek Janakuasa Hidroelektrik Nenggiri beroperasi beberapa tahun lagi.

Bagaimanapun mereka bersyukur kerana kerajaan negeri meluluskan kawasan lebih 2,000 ekar bagi membangun penempatan baharu dijangka boleh diduduki pada pertengahan 2026.

Pemimpin masyarakat di Pos Pulat Ustaz Basri Abdullah berkata, penempatan baharu tersebut akan dilengkapi perumahan, ladang getah dan tapak dusun sebagai sumber pendapatan penduduk.

Selain itu katanya bantuan sara hidup bulanan sehingga ladang mengeluarkan hasil.

“Kami merakam ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri. Pada pilihan raya kali ini kita akan pilih bulan pula, tinggal warna biru.

“Penduduk yang lain juga memberitahu mahu tukar kepada warna hijau belaka. Ini warna pokok dan hutan kita,” katanya pada program ziarah NGO Misi Kembara Dakwah ke Pos Pulat baru-baru ini.

Menurutnya juga sebelum ini penduduk Orang Asli mudah percaya kepada pemimpin mereka, sebaliknya sekarang tidak lagi kerana mudah mendapat maklumat melalui internet.

Empangan Nenggiri dibina di Nenggiri melibatkan kos RM5 bilion bagi menjana 300 mega watt (MW) elektrik dijangka beroperasi pada 2027.

Projek tersebut akan mewujudkan kawasan takungan seluas 5,384 hektar dijangka dapat membantu mengurangkan banjir di Kelantan kerana empangan berfungsi sebagai kawasan tadahan. – HARAKAHDAILY 14/8/2024

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah. Mari kita sorot perkembangan terkini PAS. Amat berbeda dari sebelum ini. 

Di Gua Musang, laungan perkataan ‘bulan’ mulai kedengaran di Pos Simpor yang didiami lebih 550 penduduk Orang Asli. Lokasi itu mengambil masa perjalanan tiga jam dari bandar tersebut.

Namun, sekiranya hujan, perjalanan boleh melewati sehingga lima jam. Penduduk terpaksa meredah jalan balak untuk keluar ke bandar Gua Musang atau Kuala Betis.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas, PAS hanya mendapat 10 undi di dua saluran Unit Daerah Mengundi Simpor.

Namun, sekarang sudah berbeza jauh. Penduduk Orang Asli mulai mengenali PAS dengan lebih dekat dan ada petugas kempen PAS dan PN berkampung di penempatan tersebut.

Sepanjang mereka berada di sana sambutan penduduk tempatan begitu menggalakkan sekali. Mereka keluar beramai-ramai menyertai pelbagai program yang diatur. Golongan wanita di sana datang memasak bagi jamuan penduduk yang datang.

Masing-masing merasai pengalaman memecahkan padi bukit dengan lesung besar untuk menghasilkan beras. Selepas itu kaum wanita Orang Asli akan mengasingkan padi dan antah.

Dan sehingga kini, terasinglah antara padi dengan antah. Saudara-saudara kita itu cerdik memilih padi, membuang antah. 

Dan tinggallah antah itu kepada yang X cerdik, X mahu pilih bulan & tinggalkan warna biru.

Sekian.

Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..

Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu.

...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails