Sunday, July 10, 2022

X ramai bukan Islam dapat maklumat ini..

 


Penduduk Tionghua terima sumbangan khairat kematian

KUALA KEDAH: Rakyat Kedah yang bukan beragama Islam turut menerima sumbangan khairat kematian tajaan kerajaan negeri.

Bagaimanapun tidak ramai masyarakat bukan Islam yang mendapat maklumat mengenai program berkenaan.

Yang Dipertua PAS Kuala Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi berkata, di Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Kundur sehingga sekarang seramai 10 penduduk kaum Tionghua menerima Khairat Kematian.

“Insya-Allah ada lagi yang sedang menunggu dan kita akan serah dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi di sini.

Semalam diadakan majlis penyampaian sumbangan Khairat Kematian di Dewan Al-Amin Telok Bagan melibatkan beberapa penerima termasuk dalam kalangan kaum Tionghua.

Dr Fakhruddin yang juga Penyelaras DUN Pengkalan Kundur berkata, maklumat mengenai program berkenaan perlu disebarluas supaya rakyat mendapat info yang lebih tepat.

Menurutnya juga sumbangan Khairat Kematian dinaikkan kepada RM500 setiap keluarga berbanding RM250 ketika Kedah diterajui kerajaan lama.

“Mereka (kaum Tionghua) meluahkan perasaan teruja dan ada antara mereka yang menyatakan sokongan tanpa berbelah bagi kepada Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

“Ini kerana sebelum ini sumbangan seperti itu jarang diterima mereka,” ujarnya.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah berkata, agenda kebajikan antara program utama kerajaan negeri selaras moto ‘Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua’. – HARAKAHDAILY 4/7/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tidak ramai bukan Islam dapat maklumat ini.. Yakni, Islam menaungi rakyat bukan Islam.  Contohnya, penduduk Tionghua ini terima sumbangan khairat kematian anjuran Islam. Al-hamulillah!


Hibur Hibur Sikit 
Singapura Melayu punya.. siri 3


Dikir Marilah Undi Bule


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 201

Hasut ganas terhadap PM S'pura & 5 militan maut di S/Thai.

 

Sebuah komputer riba, tablet dan empat telefon bimbit dirampas polis. - Foto CNA/SPF

1. Lelaki hasut keganasan terhadap PM Singapura ditahan

SINGAPURA. Seorang lelaki berusia 45 tahun ditahan, semalam, selepas disyaki terbabit dalam menghasut keganasan terhadap Perdana Menteri, Lee Hsien Loong.

Pihak polis menerima laporan itu kira-kira jam 3.10 petang, semalam, mengenai ancaman menghasut keganasan terhadap Perdana Menteri.

Ancaman itu dibuat menerusi laman Facebook CNA pada hantaran mengenai kejadian tembakan bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe.

Menerusi siasatan susulan, pegawai dari Pasukan Polis Singapura (SPF) sudah mengenal pasti identiti pengguna Facebook berkenaan.

Lelaki itu kemudian ditahan dalam tempoh lima jam selepas laporan itu, kata polis, sambil menambah sebuah komputer riba, tablet dan empat telefon bimbit turut dirampas.

Siasatan polis bagaimanapun sedang dijalankan.

Sesiapa yang disabitkan dengan kesalahan membuat atau menyampaikan apa-apa rekod elektronik yang mengandungi sebarang hasutan kepada keganasan akan berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.

Menurut SPF, pihaknya tidak akan membenarkan sebarang tindakan yang mencetuskan keganasan di negara itu. - AGENSI


2. 5 dipercayai anggota militan maut di Selatan Thailand

BANGKOK: Lima lelaki dipercayai anggota militan maut dalam tiga insiden berbalas tembakan selepas pihak berkuasa Thailand melancarkan operasi membanteras kumpulan militan di Yala, Pattani dan Narathiwat.

Dalam insiden terbaharu di daerah Raman, Yala semalam menyaksikan dua anggota militan maut.

Ketua Polis Kota Bharu Raman, Kolonel Rattaponchai Pensongkram, berkata dalam insiden pada jam 3 pagi (waktu tempatan) itu, pasukan keselamatan mengepung sebuah rumah yang dipercayai menjadi lokasi persembunyian sekumpulan anggota militan.

"Menyedari kehadiran pasukan keselamatan, anggota militan cuba meloloskan diri dan menyebabkan berlaku insiden berbalas tembakan. Pasukan keselamatan kemudian menemukan dua mayat dan senjata api," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Sementara itu, pada satu sidang media, Komander Tentera Bahagian Ke-4, Leftenan Jeneral Kriangkrai Srirak berkata, pasukan keselamatan turut menahan lapan militan yang menyerah diri, dipercayai anggota Pertubuhan Pembebasan Bersatu Patani (PULO).

Beliau berkata, pada 5 Julai pasukan keselamatan menemukan mayat seorang lelaki dipercayai anggota Barisan Revolusi Nasional (BRN) di Patani dan turut menahan seorang lelaki di Yala.

"Dua hari kemudian, dua lagi militan maut di Rueso, Narathiwat manakala beberapa lelaki bersenjata berjaya meloloskan diri," katanya. – BERNAMA


Hibur Hibur Sikit 
Singapura Melayu punya.. siri 3


Dikir Marilah Undi Bule


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 201

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails