Monday, August 23, 2021

Peluang Jadi Usahawan. Ternak Siput Gergasi/Siput Babi. Ini...

 


Siri 1: Nilai lendir siput babi di Thailand seperti emas

REBUTAN… Mungkin ada yang berasa geli apabila lihat lendiran haiwan bercengkerang ini, namun tidak para petani tradisional di wilayah tengah Thailand, ia malah jadi rebutan mereka.

Stesen penyiaran Channel NewsAsia melaporkan, siput babi saiz gergasi itu lazimnya dimakan pesawah tempatan sebagai diet organik dihidangkan bersama dengan masakan labu dan timun.

Bagaimanapun kini firma-firma kosmetik dikatakan amat perlukan cecair likat dari moluska ini yang dikatakan amat kaya dengan khasiat kolagen dan lebih bernilai daripada jongkong emas.

Senario ini jauh berbeza denggan sebelum ini apabila lambakan siput babi di kebun Phatinisiri Thangkeaw pernah dibenci ramai petani sawah kerana sering makan tunas muda tanaman itu.

“Mereka biasanya akan campak sahaja siput babi itu ke jalan raya atau sungai,” kata wanita ini sebelum tambah bahawa kini para petani berebut jual kepadanya untuk duit poket tambahan.

Dengan memiliki lebih 1,000 ekor haiwan kecil itu, Phatinisiri mampu raih pendapatan 9,855 baht (RM1,316) sehingga 20,020 baht (RM2,672) sebulan di kebunnya di wilayah Nakhon Nayok itu

Dianggarkan ketika ini terdapat kira-kira 80 kebun ternakan siput babi secara komersial di sekitar wilayah tersebut yang terletak hanya dua jam pemanduan berkereta dari ibu kota Bangkok.

Ia pesat ekoran permintaan tinggi pasaran kecantikan global berasaskan siput babi dengan nilai 9.7 bilion baht (RM1.3 bilion), menurut data kumpulan penyelidikan Coherent Market Insights.

Lendiran ‘mahal’ itu bagaimanapun memerlukan tahap kesabaran tinggi kerana ia hanya boleh didapati daripada kelenjar yang direnjiskan air berterusan menerusi satu saluran tiub kecil.

Produk mentah itu dijual kepada sebuah syarikat kosmetik global berpusat di Thailand, Aden International sebelum dijual kepada pelbagai firma di Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS). 

Sebagai pengeluar lendir moluska tunggal di Thailand, Aden mula komersialkan produk itu tiga tahun lalu sebagai penyelesaian pintar bisnes bagi isu serangan siput babi di Nakhon Nayok.

Pengasasnya, Kitpong Puttarathuvanun berkata, serum dihasilkan di bawah jenama Acha, turut dijual kepada syarikat kosmetik Korea Selatan dan AS selain lendir dalam bentuk serbuk kering.

“Keseluruhan produk ini bernilai 1.8 juta baht (RM239,240) sekilogram, lebih mahal berbanding logam emas yang pada ketika ini berharga 1.4 juta baht (RM190,320) sekilogram,” jelas beliau.

Kitpong turut jelaskan perbezaan keluaran Aden dengan produk sama buatan China yang lendir siput itu dikutip setiap hari, walhal di Thailand ia pekat kerana dituai sekali setiap tiga minggu.

“Justeru, harga lendir haiwan ini lebih tinggi iaitu kira-kira 80,000 baht (RM10,700) sekilogram. Kami dapati siput di Thailand makan segala-galanya termasuk sayur, bijirin dan cendawan.”

Tidak hairanlah lendir keluaran negara itu amat bermutu tinggi, malahan Kitpong akui mukus dihasilkan di Thailand boleh digunakan untuk sembuh luka dan melecur akibat sinaran matahari.

Buat masa ini, belum ada lagi kajian saintifik terhadap khasiat lendiran siput babi, namun bagi Phatinisiri, ramai penternak haiwan itu sudah dapat merasai lonjakan permintaan di pasaran.

Guru tersebut imbau pengalaman lebih dua tahun lalu ketika beliau jadi penternak yang pertama, ramai petani rela beri siput babi secara percuma kerana anggap ia haiwan perosak tanaman.

“Kini, saya beli daripada mereka pada harga 30 baht (RM4.10) sekilogram, Tetapi ramai sudah buka kebun ternakan siput babi sendiri dan saingan harga jadi lebih sengit,” ujar Phatinisiri.-Bebasnews

Bolehkah orang Islam makan siput babi?

Soalan:

Assalamualaikum..

Ada seorang rakan saya menimbulkan satu persoalan..
bolehkah kita makan siput babi? Dalam hati saya kuat mengatakan tak boleh, tetapi saya tidak ada hujah yang kukuh untuk mengatakan tak boleh makan siput babi. Harap para ustaz dapat rungkaikan permasalahan ini. Syukran.

Jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Siput babi atau dalam Bahasa Arab disebut halazun, diperselisihkan ulama tentang hukumnya. Imam Malik dan fuqaha Malikiyyah berpendapat bahawa halazun barriy (siput babi) halal dimakan. (Al-Mudawwanah 1/542). Manakala sebahagian ulama berpendapat: Ia haram dimakan. ِAntaranya Ibn Hazm dalam Muhalla (7/405).

Masalah ini adalah masalah ijtihadiyyah. Yang mengharuskannya berpegang kepada asal hukum makanan adalah halal sehingga ada nas yang mengharamkannya. Manakala yang mengharamkannya berpendapat ia bukan haiwan yang disembelih, kerana tiada leher. Maka jika ia mati, ia adalah bangkai.

Bagaimanapun, pendapat yang lebih ihtiyat (berjaga-jaga) ialah pendapat yang mengharamkannya. Wallahu A’lam.

Jawapan asal penulis di: al-ahkam.net

04/06/2008 


Video

...bersambung..

Untuk perbincangan lanjut sila hubungi Salmas Tel 011 33111321 (KL)

Imej yang berkaitan
Lihat lagi

Ini agenda PH.. 122 bukti!


Komen rakyat dalam weblog ini..

4 comments:

Anonymous said...

Puak reformasi dan PH masih memainkan sentimen Kerajaan Gagal. Celah mana kerajaan itu gagal.!? PH membuat tuduhan serah kuasa pada kerajaan gagal kembali.

Sama juga kalau PM ke 9 Anwar sudah tentu anggota kabinet dapur orang yang gagal menerajui PH semasa Tun jadi PM kali ke 2 dulu. Maka PN/UMNO juga menuduh Anwar terajui kerajaan gagal.

Ini juga fakta bukti Kerajaan PH gagal senarai 120 Pengkhianatan PH Semasa Mereka Memerintah Negara Selama 22 Bulan Sahaja

1. Yang meletakkan kafir Harbi mengurus hal ehwal Islam spt T.Haji - PH
2. Yang laksanakan tender terbuka secara direct nego untuk kroni sahaja - PH
3. Yang kata untuk bayar hutang 1MDB , hutang negara 1 Trillion- PH
4. Yang hapuskan GST supaya peniaga proPH dapat melarikan cukai- PH
5. Yang janji hapus tol - PH
6. Yang konon stabilkan dan subsidi harga minyak ke RM1.50- PH
7. Yang kata hendak mansuh kilang arak - PH
8. Yang ciplak usaha BN iaitu BR1M melalui BS. Potongan BRIM kepada separuh - PH
9. Yang perkenal skim carum KWSP untuk suri rumah, 22 bulan tiada bayang - PH
10. Yang berjaya lelong aset Tabung Haji - PH
11. Yang membebas perasuah dan pesalah dalam kalangan MP sendiri ke muka pengadilan dengan bantuan Tommy Thomas - PH
12. Yang bawa balik dan lelong bahan bukti kapal pesiaran kes 1MDB - PH
13. Yang membawa masuk pendatang haram warga China masa KLIA blackout- PH
14. Yang sabotaj KLIA dan KLIA2 supaya pendatang haram warga China bolos - PH
15. Yang mesra LGBT Seksuality Merdeka dan arak - PH
16. Yang mengajar menghina institusi raja-raja, Islam dan Melayu - PH
17. Yang mengekalkan kebebasan bersuara dengan lantang hanya media proPH/yang lain dilaporkan ke SKMM - PH
18. Yang tiada kebebasan media lagi seperti TV3 sehingga ramai pembaca berita letak jawatan - PH
19. Yang beri dana SK/SM Persendirian Cina - PH
20. Yang meletakkan level kasut sekolah putih-hitam - PH
21. Yang buang elaun kritikal kakitangan Awam- PH
22. Yang meminjam BON samurai sedangkan rezab BNM masa ada - PH
23. Yang hapuskan akta anti berita palsu gubalan zaman BN - PH
24. Yang membebaskan perasuah, perogol, pemabuk dan pengganas LTTE - PH
25. Yang lantik kononnya teknokrat dan pakar daripada kroni PH untuk ketuai GLC - PH
26. Yang mansuhkan jabatan kerajaan seperti JASA, BTN dan MEIA - PH
27. Yang meletakkan T.Haji bawah kawalan MOF-LGEng - PH
28. Yang beri duit kepada sekolah tahfiz hanya RM250Ribu tapi SJKC RM21 juta- PH
29. Yang beri RM30 e- wallet utk kaburi rakyat tapi RM420 juta yang tidak dituntut masuk poket kroni DAP - PH
30. Yang pecat 12K kakitangan Awam - PH
31. Yang jual TRX kepada SPV - PH
32. Yang tiada langkah PKP dan memulakan kes Covid19 tanpa kawalan- PH
33. Yang meneruskan bantuan persekolahan RM100 idea BN - PH
34. Yang perkenal statut rome ICERD - PH
35. Yang kencing dan seleweng Tabung Harapan konon utk bayar hutang - PH
36. Yang turunkan gaji minimum dari RM1200 cadangan BN ke RM1000 - PH
37. Yang menyambung skim B40/M20 peninggalan BN- PH
38. Yang berjaya tangani krisis pencemaran air sungai kim kim tanpa menangkap pelaku iaitu suami kepada Menteri DAP - PH
39. Yang gagal tangkap dan dakwa individu bukan islam menghina islam dan Raja - PH
40. Yang memusnahkan wawasan 2020 - PH
41. Yang menyebabkan kenaikan harga barang setelah perkenal semula SST- PH
42. Yang mengedar komik propaganda komunis - PH
43. Yang beri tumpuan menghidupkan E-hailing dan menipu pemandu Teksi dengan pelbagai janji - PH
44. Yang berjaya membantah Tulisan Jawi,mesra Dong Zhong, Dong Jiao Zong - PH

Sambung ---

Anonymous said...

Sambung ---

45. Yang menghasut rakyat Sabah dan Sarawak keluar Malaysia - PH
46. Yang yang janji mansuh AES,diskaun AES mansuh dan kamera ditambah- PH
47. Yang menyambung projek BN tanam buluh - PH
48. Yang jadi broker tanah untuk lelong Kampung Bahru, K.Lumpur oleh Menteri PAN - PH
49. Yang menyebabkan Negara India menolak pembelian Kelapa Sawit Malaysia - PH
50. Yang bawa Abu Chin Peng - PH
51. Yang DIAM isu rusuhan kuil tanpa pembelaan kematian anggota Bomba-PH
52. Yang menyebabkan saham ASB, LTAT dan TH jatuh merundum -PH
53.MP sendiri menjadi peguam bela terhadap jenayah IC Palsu menentang kerajaan sendiri-PH
54.Yang bermadah dengan warkah kakanda buat Adinda -PH
55.Yang kalah setiap kali PRK -PH
56.Yang buat Langkah Kajang dgn paksa ADUN sendiri letak jawatan-PH
57.Yang mengatakan pengacara bertudung menurunkan ranking penonton TV -PH
58.Yang mengatakan BRIM rasuah,tapi BSH adalah bantuan-PH
59. Yang menyebabkan ekonomi terus merosot-PH
60. Yang mansuhkan kad siswa RM250 -PH
61. Yang perkenalkan cukai minuman bergula-PH

--- sambung...

Anonymous said...

sambung...

62.Yang memansuhkan jawatan tetap dan berpencen kakitangan awam dimansuhkan-PH
63.Yang menaikan Caj taksiran PBT dinaikkan seluruh negara- PH
64.Yang menaikkan Caj Doktor dan Pergigian-PH
65.Yang menaikkan caj harga pos- PH
66. Yang menaikkan cukai petak di Selangor dan P.Pinang-PH
67.Yang menaikkan tarif elektrik -PH
68.Yang DIAM kes kematian Syed Daniyal dilebuhraya -PH
69.Yang menipu kelulusan sijil dan Ijazah-PH
70.Yang menipu memansuhkan/tangguh PTPTN bawah RM4K -PH
71.Yang tidak kisah bawa anjing naik troli di Pasaraya -PH
72. Yang hendak mengkaji dan penambahbaikan subjek Pend Islam oleh Bukan Islam -PH
73.Yang suruh nelayan tanam nenas -PH
74.Yang banyak lakonan menteri menangis -PH
75.Yang buat kempen minum sesudu sawit -PH
76.Yang bebaskan 2 ADUN yang terlibat LTTE-PH
77. Yang hendak agihkan zakat untuk Bukan Islam-PH
78.Yang menyatakan salah dan jenayah tatkala perempuan BERSUNAT-PH
79.Yang benarkan Transgender boleh masuk tandas perempuan-PH
80. Yang BEBAS kan kes mahkamah Tian Chua...L.G.Eng-PH
81.Yang GUGURkan peguam Adib-PH
82.Yang DIAM bila Jalur Gemilang diterbalikkan -PH
83. Yang DIAM bila perhimpunan kerabat komunis di Kajang-PH
84.Yang kata 'Apa hendak takut dengan Abu Mayat Chin Peng' dan Chin Peng pejuang kemerdekaan oleh (M.Sabu)-PH
85.Yang ponteng persidangan Parlimen sebab sejuk-PH
86.Yang DIAM bila ada majlis TATU bogel-PH
87.Yang anti kemasukan Dr Zakir Naik ke Malaysia-PH
88. Yang kena Menteri kena penampar dan lompat pagar -PH
89.Yang DIAM bila ditamatkan prosiding pendawaan 12 penyokong LTTE-PH
90.Yang ramai ahli keluarga adalah BEKAS komunis - PH
100. Jual 12 strategic assets worth RM25.6 including pada Singapura Hong Kong dll - PH
101 Jual assets IHH Berhad (RM8.42 billion) pada Singapura - PH
102. Jual Sapura Upstream (RM3.7 bililon) - PH
103. Jual Acibadem Sigort (RM1.25 billion) -PH
104. Jual Telco M1 (RM1.65 billion) - PH
105. Jual TNB shares (RM1.05 bililon) - PH
106. Jual Boustead Plantation (RM1.2 bililon) pada Singapura - PH
107. Jual Axiata Digital (RM0.579 bililon) - PH
108 Jual BDO Unibank (RM0.415 bililon) - PH
109. Jual CIMB (RM0.364 billion) - PH
110. Jual Royale Chulan Hotel (RM0.197 bililon) pada Singapura - PH
111. Jual Bangunan Hong Kong Consulate building, sold to a buyer from China (RM1.6 billion) - PH
112. Khazanah’s jual 16% of its stake in IHH Healthcare to Japan’s Mitsui & Co for a meagre RM8.42 billion, leaving Khazanah only 26% equity interests in the company, a share cut worth RM13.13 billion today...!! - PH
113. Yang perkenal Dosa Peribadi - PH
114. Wujudkan Tabung Harapan dan lesapkan kutipan lebih RM200 juta - PH
115. Ganti GST dgn SST yg penuh dengan ketirisan. 200 negara dunia termasuk Afganistan Nepal Mali Indon laksana GST- PH
116. Refund cukai pada pengelak cukai - PH
117. Pecat 45k kakitangan pencuci dan sekuriti sekolah yang melibatkan lebih 1600 sykt - PH
118. Menari 'Twist Again' sampai mabok antara Legalistatif, Pentadbiran ialah Tommy Thomas, Siti Kasim, and gangs - PH
119. Pecat kakitangan awam kontrak - PH
120. Keluarga Gabnor Bank Zety terima duit 1MDB dri Jho Low - PH
121. Jo Low bertukar jadi beruang - PH
122. Tun beri percuma selama lamanya Pulau Batu Putih pada Singapura sedangkan ada bukti bersurat milik negara - PH

https://m.facebook.com/isham.abdjalil/videos/sebab-mahathir-menyerahkan-pulau-batu-putih-kepada-singapuraoleh-isham-jalilbebe/2402559560066584/

Inilah agenda PH bukan 120 tapi 122 bukti ahaksss yg mahu kekal berkuasa di Malaysia.

Anonymous said...

Banyak nyer keburukkan ph. Eloklah jauhkan diri mendekati mereka, nanti jadi rosak macam mereka.

Lawatan kerja rasmi pertama Ismail Sabri ke Kuala Muda, Yan hari ini

 

Penduduk melihat kemusnahan di Salak Denai akibat banjir disebabkan fenomena kepala air di kawasan air terjun berhampiran Gunung Jerai. - NSTP/Luqman Hakim Zubir

ALOR SETAR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang baru mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri pada Sabtu lalu, dijadual mengadakan lawatan kerja rasmi pertamanya ke daerah Kuala Muda dan Yan, Kedah, hari ini.

Perdana Menteri kesembilan itu, melawat dua daerah berkenaan bagi meninjau keadaan kawasan terjejas banjir susulan fenomena kepala air dari Gunung Jerai yang berlaku pada Rabu lalu.

Menurut atur cara dikeluarkan Bahagian Komunikasi Korporat, Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, Ismail Sabri dijadual berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, Selangor menaiki pesawat khas pada 10 pagi dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, di sini, 45 minit kemudian.

Beliau kemudian akan ke Merbok di daerah Kuala Muda bagi melawat kawasan terjejas banjir di kawasan berkenaan, iaitu Jambatan Tupah dan Taman Lembah Merbok sebelum meninjau keadaan Loji Rawatan Air Tupah yang turut terkesan.

Ismail Sabri kemudian akan ke Titi Hayun di Yan dan akan diberikan taklimat oleh Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor mengenai perkembangan semasa susulan kejadian banjir itu selain meninjau kawasan terjejas di situ.

Ismail Sabri seterusnya dijadual ke majlis penyampaian sumbangan yang diadakan di Masjid Jame' Badlishah, Pekan Yan, dan perdana menteri dijangka mengadakan sidang media di lokasi tersebut.

Selepas program berkenaan, Perdana Menteri dijadual berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada sebelah petang.

Setakat ini, lima mangsa disahkan menjadi korban dengan seorang lagi masih hilang dalam kejadian banjir ekoran fenomena kepala air dari Gunung Jerai, pada petang 18 Ogos.

Banjir itu turut menjejaskan kira-kira 800 rumah di Yan dan 200 di daerah Kuala Muda. – BERNAMA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails